You are on page 1of 83

Jaafar bin Haji Muhammad

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Menteri Besar Johor Pertama - Dato' Jaafar bin Muhammad


Datuk Jaafar bin Haji Muhammad (1838- 3 Julai 1919) merupakan Menteri Besar Johor yang
pertama. Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim telah melantiknya menjadi Menteri Besar pada tahun
1882.

Isi kandungan
• 1 Kehidupan Awal
• 2 Kerjaya
• 3 Sumbangan
• 4 Meninggal Dunia
• 5 Lihat juga
• 6 Rujukan

Kehidupan Awal
Beliau dilahirkan dalam tahun 1838 di Teluk Belanga, Singapura, dan mendapat pendidikan
Melayu dan Inggeris. Beliau adalah berketurunan Bendahara Paduka Raja Johor dan Bendahara
Kerajaan Melaka.
Kerjaya
Beliau mulai berkhidmat dengan kerajaan negeri Johor ketika berumur 16 tahun, sebagai Pelatih
Kerani di Pejabat Menteri kepada Temenggung Ibrahim. Dalam tahun 1856 beliau telah dilantik
sebagai Kerani Besar di Pejabat Menteri, dan kemudiannya beliau terus memangku jawatan
Dato' Menteri sehingga tahun 1882, dan kemudian terus dilantik sebagai Menteri Besar Johor
oleh Maharaja Abu Bakar.
Perlantikan Datuk Jaafar bin haji Muhammad sebagai Menteri Besar ini adalah merupakan
peristiwa bersejarah bagi negeri Johor, kerana inilah julung-julung kalinya seorang Menteri
Besar dilantik dalam pentadbiran kerajaan Johor.
Beliau adalah pengiring Maharaja Abu Bakar dalam lawatan pertamanya ke Eropah pada tahun
1866. Ketika memegang tugas sebagai Menteri Besar, beliau pernah memangku tugas Sultan
Johor untuk menjalankan pentadbiran negeri, ketika baginda keluar negeri. Pada tahun 1904
beliau telah dilantik oleh Sultan sebagai Pemangku Raja.
Tugasnya yang terpenting ialah memimpin negeri serta menjalankan pentadbiran negeri. Beliau
adalah seorang yang berani dan bersemangat waja dalam menjalankan tugasnya.
Sumbangan
Semasa beliau menjadi Menteri Besar dari tahun 1882 hingga 1919, semua pegawai British yang
berkhidmat di Johor diwajibkan memakai pakaian rasmi kerajaan Johor. Bendera Union Jack,
iaitu bendera kerajaan British, tidak boleh dikibarkan lebih tinggi daripada bendera negeri Johor.
Di samping itu, semua surat-menyurat mestilah ditulis dalam Bahasa Melayu.
Bagi mengenang jasa dan bakti beliau kepada kemajuan negeri Johor, baginda Sultan telah
menganugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) kepada beliau. Beliau juga
dikurniakan Darjah Ketiga Bintang St. Michael dan St. George oleh Queen Victoria England.
Meninggal Dunia
Beliau meninggal dunia pada tahun 3 Julai 1919 dan telah dikebumikan dengan penuh istiadat di
Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.
Sebuah sekolah iaitu "Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Jaafar" telah ditubuhkan di sebelah
Istana Bukit Senyum iaitu kediaman Dato Jaafar sempena jasa dan sumbangan beliau kepada
Johor.
Lihat juga
• Dato' Onn Jaafar (Anak)
• Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn (Cucu)
• Datuk Seri Hishamudiin Tun Hussein (Cicit)
Rujukan
• Biografi Dato' Onn - Hidup Melayu, by Anwar Abdullah
Onn Jaafar
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Dato' Onn Jaafar ketika muda.

Dato' Onn Jaafar


Dato Onn Jaafar (12 Februari 1895 - 19 Januari 1962). Beliau ialah pengasas dan Presiden
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor
pada 1 Oktober 1946 tetapi tiga tahun kemudian, meletakkan jawatan untuk menumpukan
perhatiannya kepada UMNO.

Isi kandungan
[sorok]
• 1 Kehidupan awal
• 2 Kerjaya politik
• 3 Garis masa
• 4 Senarai karya
• 5 Lihat juga
• 6 Rujukan

Kehidupan awal
Beliau dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru, Dato Onn ialah anak kepada Datuk Jaafar bin
Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. Seorang kerabat diraja Johor, beliau
dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil, dan mendapat pendidikan
Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England.
Dato Onn bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun, dan pada tahun
1934, menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Disamping itu, beliau juga
pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman Pendudukan Jepun, Dato
Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.
Kerjaya politik
Dato Onn pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah dalam pentadbiran penjajah British, tetapi
kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan.
Pada 1 - 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman,
Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk menentang
Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan
kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili
orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946.
Disebabkan Dato Onn amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu melantik
beliau sebagai presiden pertama.
Pada 1 Oktober 1946, Datuk Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian,
beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah
kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union
dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan
kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak
istimewa Melayu.
Datuk Onn kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai dasar-dasar
perkauman UMNO, dan mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk
Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan
Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu ditentangkan, Dato
Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung
Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951.
Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951.
Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954,
beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam
pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti Negara
menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan
daripada orang-orang Melayu. Walaupun demikian, partinya masih gagal mendapat sokongan
dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu. Bagaimanapun, Dato Onn masih
berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu
kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum 1959 dengan
bantuan parti PAS.
Dato Onn Jaafar mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah seorang
daripada anak mereka ialah Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn. Beliau meninggal dunia
pada tahun 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.
Garis masa
• 1895: Dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru .
• 1901 Menjadi anak angkat Sultan Ibrahim dan menghabiskan masa di Istana Johor.
Belajar bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris.
• 1902 Ibunya Rugayah meninggal dunia
• 1903 Belajar di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England . Dia ke sana sebagai
pengiring putera-putera Sultan Johor.
• 1910 25 Mac kembali ke Johor dengan perawakan Barat.
• 1910-1911 Belajar di di Maktab Melayu Kuala Kangsar agar 'diMelayukan'.
• 1911 Kerani sambilan di Jabatan Setiausaha Kerajaan Johor .
• 1911 Berkahwin kali pertama Rafeah Abdullah ( gadis Cina, anak angkat
bapanya).Mendapat 4 anak dan isterinya meninggal dunia.
• 1915 Berkahwin kali ke-2 dengan Che Jamilah dan mendapat anak - Ismail bin Onn.
Isterinya meninggal dunia.
• Berkahwin kali ke-3 dengan Che Kah, seorang pelakon Bangsawan.
• 1917 Menyertai Pasukan Tentera Johor dan ditempatkan di Pulau Belakang Mati,
Singapura- markas JMF. Pangkat Leftenan.
• 1919 Berkahwin kali ke-4 dengan Halimah Hussein , janda adiknya.Mendapat 3 anak
termasuk Hussein Onn.
• 1920 Bekerja semula di Pejabat Pnasihat Johor tetapi dipecat oleh Sultan Ibrahim pada 31
Jun 1920 kerana membidas baginda tanpa berselindung berkaitan isu harta.
• 1922 Diterima bekerja semula sebagai penolong pegawai di Pejabat Tanah Johor kerana
pujukan Tengku Ismail.
• 1923 Pegawai di Pejabat Tanah Muar
• 1924 Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dengan gaji RM1440.00.
• 1927 Pindah ke Johor Bahru dengan jawatan yang sama. Pegawai British menahan elaun
RM200.00 setahun, tidak diberi motokar kerajaan dan tidak disediakan rumah kerajaan
sedangkan pegawai British mendapat pelbagai kemudahan.
• 1927-1936 Dibuang negeri ke Singapura oleh Sultan Ibrahim kerana menyiarkan berita
Sultan Ibrahim memperalatkan JMF sebagai buruh paksa dalam akhbar Sunday Mirror.
Sultan Ibrahim membina padang lumba kuda dan membuka ladang di Pagoh, Tasek Utara
dan Pasir Pelangi menggunakan JMF.
• 1930-1936 (umur 35): Bertugas sebagai wartawan akhbar-akhbar Melayu di Singapura
• 1934 (umur 39): Menjadi pengarang Lembaga Malaya dan harian Lembaga.
• 1936-1941 Menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor
• 1942 – 1945: Menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor
• 1945-1946 Menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat
• 1946-1949 Memimpin Pergerakan Melayu Semenanjung, Johor.
• 1946 Menganjurkan Kongres Melayu 1946
• 1946-1951 (umur 51): Menubuhkan UMNO dan menjadi presidennya yang pertama.
Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Oktober.
• 1949 (umur 54): Meletakkan jawatan Menteri Besar Johor dan menumpukan kepada
UMNO.
• 1951 Pengerusi Rural and Industrial Development Authority (RIDA).
• 1951 (umur 56): Cadangan membuka keahlian UMNO kepada semua kaum telah ditolak.
Maka Dato' Onn meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dalam persidangan Majlis
Mesyuarat Agung Keenam pada 25 dan 26 Ogos 1951.
• 1951 Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
• 1954 (umur 59): Menubuhkan Parti Negara mengganti Parti Kemerdekaan Malaya.
Tujuan penubuhan parti tersebut adalah untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang
pertama pada tahun 1955.
• 1955 Kalah dalam Pilihan raya Persekutuan 1955
• 1959 Ahli Dewan Rakyat - sebagai anggota pembangkang (dikatakan menyertai PAS).
• 1959 (umur 64): Mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan
dalam pilihan raya Persekutuan.
• 1962 (umur 67): Meninggal dunia dan dikebumikan di Makam Mahmoddiah Johor
Bahru.
Senarai karya
Senarai ini tidak lengkap; bantulah Wikipedia mengembangkannya.
• Sumpah Melayu (1946)
Lihat juga
• Datuk Jaafar bin Haji Muhammad (bapa)
• Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn (anak)
• Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (cucu)
Rujukan
• Ramlah Adam, ' Dato' Onn Ja'afar - Pengasas Kemerdekaan'. Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 1993, hlm 12
Tunku Abdul Rahman
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Tengku Abdul Rahman)
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Yang Teramat Mulia
Tunku Abdul Rahman Al-Haj
AC CH

Perdana Menteri Malaysia


Dalam pejabat
31 Ogos 1957 – 22 September 1970
Abdul Rahman
Hisamuddin Alam Shah
Raja
Putra
Ismail Nasiruddin Shah
Timbalan Abdul Razak
Didahului oleh Pejabat ditubuhkan
Digantikan oleh Abdul Razak

8 Februari 1903(1903-02-08)
Lahir
Alor Star, Kedah, British Malaya
6 Disember 1990 (umur 87)
Meninggal
Kuala Lumpur, Malaysia
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu-Parti Perikatan/National Front
Pasangan Meriam Chong (1933 – 1935)
Violet Coulson (1935 – 1946)
Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah (1939 – 1990)
Pekerjaan Peguam
Agama Islam
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah
(8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari
1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970.
Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang
teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa
Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

Isi kandungan
• 1 Kehidupan peribadi
○ 1.1 Pendidikan
○ 1.2 Keluarga
• 2 Kerjaya politik
○ 2.1 Laluan ke kemerdekaan
○ 2.2 Sebagai Perdana Menteri
• 3 Kegiatan Islam
• 4 Kehidupan kemudian
• 5 Garis masa
• 6 Rujukan
• 7 Pautan luar

Kehidupan peribadi
Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin,
Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul
Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan
Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb),
seorang pegawai daerah Thailand. Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau
bukan bakal pengganti Sultan Kedah. Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan
Abdul Hamid, telah pun berumur 30 tahun ketika itu.
Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak adik-beradiknya
yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk pasukan bola sepak
kampung. Tunku biasa mengendap burung dan melastik, serta bermain lumpur sehingga
menghidapi penyakit puru di kakinya.
Pendidikan
Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu,
Alor Setar. Biasa berbahasa Siam di rumah, beliau belajar bahasa Melayu di sekolah itu. Seorang
guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa Inggeris. Tunku kemudian berpindah ke
sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Di
sini, beliau belajar di sekolah pada waktu siang dan membaca Al-Quran pada waktu petang.
Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama
Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya, dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat
(Debsirindir School). Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang
Free School. Antara gurunya ialah HR Cheeseman dan SM Zainal Abidin. Seorang yang aktif,
beliau menyertai Pengakap dan Kor Kadet.
Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk
melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge. Beliau merupakan
penuntut pertama untuk menerima pendidikan di United Kingdom dibawah tajaan Kerajaan
Negeri Kedah. Ketika Tunku tidak dibenarkan tinggal di asrama St Catharine kerana dasar
aparteid ('kulit berwarna') masih diamalkan, beliau membantah kepada William Peel, Penasihat
British kepada Kedah. Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksa meminta maaf.
Dari segi berpakaian, Tunku agak kebaratan. Semasa beliau dihantar ke England, tiada sepasang
pun baju Melayu yang dibawa. Tunku dan keluarganya hanya menempah pakaian Barat di kedai
Pritchards di Pulau Pinang. Ketika di England, Tunku amat berlainan dengan Sultan Perak yang
berbaju Melayu, siap dengan tengkolok.
Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama rakannya, Ivor Jenning (Sir),
H.V. Davies dan George Brown, tetapi kemudian bertukar kepada jurusan sastera (Sejarah).
Beliau suka bersiar-siar dengan motosikal Riley Sport dan kereta mewah, dan melakukan 28
kesalahan trafik jalan raya semasa berada di Cambridge. Tunku tidak dapat menduduki
peperiksaan akhir Ijazah Sarjana Muda Sastera kerana terlupa jadual waktu peperiksaan. Dengan
bantuan dan kerjasama daripada sahabatnya, Taib Andak, beliau memperolehi ijazahnya pada
tahun 1925.
Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti
Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu. Beliau lulus
semester pertama dalam jurusan undang-undang di Inner Temple pada tahun 1930. Selepas
pemulangannya, Tunku bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang
Kedah pada tahun 1931, dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerang pada tahun
berikutnya. Beliau dipindahkan ke Pulau Langkawi pada tahun 1935 oleh Clayton, Penasihat
British sewaktu itu. Pada tahun 1937, Tunku bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani
bersamping bertindak sebagai hakim daerah dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani.
Sebuah masjid di Sungai Petani telah dinamakan Masjid Rahmaniah sempena nama Tunku.
Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk menyambung
pelajaran undang-undangnya. Antara temannya ialah Sardon Haji Jubir. Beliau kembali ke
Kedah pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawa perang akan meletus di Eropah. Pada
1940, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan
Kedah.
Pada 9 Disember 1941, Tunku menyorokkan Sultan Abdul Hamid Halim Syah, ayahandanya
yang ketika itu berumur 80 tahun, sewaktu pegawai British hendak membawanya ke India. Bagi
beliau, tidak wajarlah seseorang sultan melarikan diri daripada tanah airnya sewaktu peperangan.
Berpakaian Tentera Utara Australia, Tunku menculik ayahandanya yang ketika itu bersama
dengan Syed Abu Bakar al Idrus, seorang Merinyu Kesihatan Kedah dan menyembunyikannya
di Sedim, dekat dengan Kulim, di bawah jagaan Penghulu Wahab. Tunku Badlishah, Pemangku
Raja Kedah, tidak berpuas hati dengan tindakan Tunku yang membelakangkannya sebagai bakal
pengganti Sultan Kedah.
Pada 19 Disember 1941, Sultan Abdul Hamid dibawa semula ke Alor Star. Jepun mengiktiraf
baginda sebagai Sultan Kedah tetapi pentadbirannya diletakkan di bawah Gabernor dan Tentera
Jepun. Sultan Abdul Hamid meninggal pada tahun 1943. Semasa Jepun memerintah, Tunku
kekal sebagai Pegawai Jajahan Kulim tetapi ditemani oleh Ohata, seorang pegawai Jepun yang
pernah menjadi tukang gunting di pekan Alor Star.
Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun 1947. Sewaktu tempoh
itu, Tunku bertemu dengan Abdul Razak Hussein. Beliau dipilih sebagai presiden untuk
Persatuan Pelajar Melayu Britain, dan Abdul Razak, yang berumur 26 ketika itu, dipilih sebagai
setiausaha. Semasa itu, Tunku menyertai "Persatuan Pelajar India Islam" yang menuntut
kemerdekaan India. Beliau juga berkempen untuk Lyold George Jurith, seorang calon Parti
Liberal. Tunku akhirnya dilayakkan menjadi peguam pada tahun 1949.
Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku memulakan pertandingan bola sepak antarabangsa
yang digelar "Pesta Bola Merdeka" pada tahun 1957. Pada tahun berikutnya, beliau dipilih
sebagai presiden pertama untuk Konfederasi Sepak Bola Asia (AFC), sebuah jawatan yang
beliau memegang sehingga 1976.
Keluarga
Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan Cina-Siam yang
merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Star. Beliau dikurniakan dengan dua cahaya
mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. Mariam meninggal dunia pada
tahun 1934 kerana menghidapi penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah.
Selepas kematian Mariam, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson, bekas tuan rumahnya di
England. Antara saksi perkahwinannya di Geylang Serai, Singapura ialah Syed Ahmad al Sagoff.
Sebenarnya, kerabat diraja Kedah dilarang berkahwin dengan wanita Inggeris kerana peristiwa
penipuan Pulau Pinang oleh Kapten Francis Light, seorang Inggeris.
Tunku mengalami nasib yang sama seperti Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid. Dititahkan
untuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah, Tunku kemudian berkahwin dengan
Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, seorang saudara jauh yang juga merupakan adik Syed
Omar Barakbah, rakan sekuliahnya di England, pada tahun 1939. Perkahwinan ini direstui
kerana berketurunan Arab yang ternama dan kaya di Kedah (Islam disamakan dengan Arab).
Oleh sebab perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun, mereka mengambil tiga anak
angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan Mariam. Tunku juga telah mengahwini seorang yang
berbangsa Cina pada tahun 1963 dengan rahsia dan telah mendapat dua orang cahaya mata
perempuan yang diberi nama Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura.
Kerjaya politik
Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk bekerja di sebuah
pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau kemudian meminta perpindahan ke Kuala
Lumpur di mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik sebagai Yang
Dipertua Mahkamah Sesyen.
Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan kaum Melayu di tengah-
tengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain. Datuk Onn Jaafar mengetuai
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk menentangi Malayan Union (sila lihat:
Sejarah Malaysia) dan Tunku menyertai partinya. Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO
memaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan Tunku dilantik sebagai
presiden yang baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20 tahun.
Laluan ke kemerdekaan
Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi
kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun yang
berikut, pilihan raya persekutan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang pada saat itu
merupakan parti campuran UMNO dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yang
ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC yang mewakili
kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955.
Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang
kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh
kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku
mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!". Gambar-gambar Tunku dengan tangan
yang diangkat naik, dan perakaman-perakaman suaranya yang penuh emosi tetapi berazam
mengetuai sorakan, kini merupakan lambang kemerdekaan Malaysia yang biasa.
Sebagai Perdana Menteri
Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti Perikatan ke
kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964. Pembentukan Malaysia
pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian Tunku yang teragung.
Tunku pertama sekali mencadangkan sebuah persekutuan Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak,
dan Brunei dalam ucapannya kepada "Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara" pada tahun
1961 di Singapura. Pada 16 September 1963, dengan persekutuan negeri-negeri tersebut kecuali
Brunei, beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Bagaimanapun, faktor-faktor perkauman bertambah buruk dengan pemasukan Singapura yang
menaikkan bahagian kaum Cina sehingga hampir-hampir 40%. Kedua-dua UMNO dan MCA
berasa tegang terhadap daya tarikan Parti Tindakan Rakyat (PAP pada waktu itu, diperlihatkan
sebagai sebuah parti sosialis yang radikal) Lee Kwan Yew kepada pengundi-pengundi di
Malaya. Untuk mengatasi kebimbangan itu, Parti Perikatan mencuba membentukkan sebuah
parti di Singapura untuk mencabar kedudukan Lee di sana. Sebagai gerak balas, Lee mengancam
bahawa PAP akan menyertai Pilihan Raya Persekutuan 1964 di Malaya, walaupun terdapatnya
perjanjian awal bahawa beliau tidak akan berbuat demikian (sila lihat Hubungan PAP-UMNO.
Ini membangkitkan kemarahan Tunku yang mendesak supaya Singapura meninggalkan
Malaysia.
Pada 7 Ogos 1965, Tunku mengumumkan kepada Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur bahawa
Parliamen haruslah mengundi untuk menyokong peninggalan Singapura daripada Persekutuan.
Dalam perkataannya, Parliamen harus memilih untuk "memutuskan semua pertalian dengan
sebuah Kerajaan Negeri yang tidak mempertunjukkan sebarang kesetiaan kepada Kerajaan
Pusat" berbanding kaedah yang tidak diingini untuk menindas tindakan PAP. Pemisahan dan
kemerdekaan Singapura menjadi rasmi pada 9 Ogos 1965.
Pada tahun 1961, Tunku menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yang
memperkumpulkan Malaya, Thailand dan Filipina Perkumpulan ini kemudian digantikan dengan
perkumpulan yang lebih besar, iaitu Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), pada 8
Ogos 1967.
Dalam Pilihan Raya Umum 1969, majoriti Parti Perikatan dikurangkan dengan hebat.
Perhimpunan-perhimpunan tunjuk perasaan yang mengikuti pilihan raya itu mencetuskan
rusuhan kaum pada 13 Mei di Kuala Lumpur. Sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO yang
diketuai oleh Tun Abdul Razak kritis terhadap cara pengendalian krisis itu oleh Tunku, dan
MAGERAN, sebuah jawatan kuasa darurat, mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan keadaan
darurat.
Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar, dan pada 22 September 1970,
beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Tunku kemudian meletakkan
jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 di tengah-tengah penentangan hebat oleh
'Turki Muda' yang terdiri daripada penentang-penentang parti seperti Dr Mahathir dan Musa
Hitam. Pasangan itu kemudian masing-masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana
Menteri.
Kegiatan Islam
Selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang rasmi pada 1960, Tunku mengasaskan
Pertubuhan Kebajikan Agama Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu mualaf
Islam untuk menyesuaikan diri kepada penghidupan baru. Beliau memegang jawatan Presiden
PERKIM sehingga setahun sebelum kematiannya.
Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada "Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat
Antarabangsa" yang pertama, suatu peristiwa yang diperkembangkan daripada gagasan Tunku
sewaktu beliau mengadakan pertandingan tahap negeri yang pertama di Kedah pada tahun 1951.
Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantikkan
sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank Pembangunan
Islam sebagai sebuah institusi yang khusis di dalam OIC. Tunku juga merupakan Presiden
"Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga
1988.

Tunku Abdul Rahman pada tahun-tahun yang akhirnya.


Kehidupan kemudian
Pada 1977, setelah memperolehi sebahagian besar hak milik The Star, sebuah syarikat surat
khabar yang berasaskan di Pulau Pinang, Tunku menjadi pengerusinya. Ruang-ruangnya,
"Mengenang kembali" ("Looking Back") dan "Sebagaimana yang Saya Perlihatkan" ("As I See
It") kritis kepada kerajaan, dan pada tahun 1987, Perdana Menteri Dr Mahathir mengharamkan
surat khabar itu. Ini menyebabkan perpecahan di dalam UMNO, dengan Tunku dan bekas
Perdana Menteri, Tun Hussein Onn menubuhkan sebuah parti baru yang digelar "UMNO
Malaysia", tetapi pendaftarannya dibatalkan oleh Dr Mahathir yang menubuhkan UMNO Baru.
Tunku kemudian menyokong Semangat 46 yang merupakan kumpulan serpihan UMNO yang
diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berkempen dengan cergas untuk Semangat 46
dalam Pilihan Raya Umum 1990, tetapi sewaktu itu, kesihatannya telah merosot.
Dalam tahun-tahun terakhirnya, Tunku tinggal di sebuah rumah di Pulau Pinang. Beliau
meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berumur 87, dan disemadikan di Makam Diraja
Langgar, Alor Star.
Garis masa
• 1903: Dilahirkan pada 8 Februari di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar yang lebih dikenali
sebagai Istana Pelamin.
• 1913 (umur 10): Beliau dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni
Sultan Abdul Hamid, iaitu abang sulung Tunku Abdul Rahman. Tunku belajar di Sekolah
Debsirindir, Bangkok.
• 1916 (umur 13): Pulang ke Kedah dan memasuki Penang Free School.
• 1919 (umur 16): Belajar di England.
• 1925 (umur 22): Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) dengan bantuan
dan kerjasama dari sahabatnya Taib Andak.
• 1927 (umur 24): Dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti
Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu.
• 1930 (umur 27): Lulus semester pertama, jurusan undang-undang di Inner Temple.
• 1931 (umur 28): Berkhidmat sebagai pegawai latihan di Pejabat Penasihat Undang-
Undang Kedah dengan gaji sebanyak RM300.00 sebulan, dan kemudiannya sebagai
Penolong Pegawai Jajahan di Kulim.
• 1932 (umur 29): Berkhidmat sebagai Pegawai Jajahan di Kuala Nerang.
• 1933 (umur 30): Berkahwin dengan Mariam, gadis kacukan Cina-Siam, anak tauke
lombong Cina di Alor Setar. Akhir 1933, Mariam melahirkan anak perempuan dan
dinamakan Tunku Khatijah ibni Tunku Abdul Rahman. Kemudian anak lelaki bernama
Tunku Ahmad Nerang ibni Tunku Abdul Rahman.
• 1934: Mariam meninggal dunia kerana penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah. Tunku
berkahwin dengan kekasih lamanya Violet Coulson di Geylang Serai, Singapura.
• 1935 (umur 32): Dipindahkan ke Pulau Langkawi oleh Penasihat British, Clayton. Selain
itu , perkahwinan Tunku dengan Violet kurang direstui.
• 1937 (umur 34): Bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani.Beliau juga
bertindak sebagai hakim daerah Sungai Petani dan Pengerusi Lembaga Kebersihan
Sungai Petani.
• 1938 (umur 37): Pergi ke England buat kali ke-3 untuk menyambung pelajaran dalam
bidang undang-undang. Antara temannya ialah Saadon Zubir. Tunku berbaik semula
dengan isterinya yang telah diceraikan , Violet Coulson.
• 1939 (umur 36): Kembali ke Kedah kerana ada berita perang akan meletus di
Eropah.Berkahwin dengan Syarifah Rodziah binti Syed Barakbah .Syarifah Rodziah
Syed Syeikh Barakbah ialah adik rakan sekuliahnya di England iaitu Syed Omar
Barakbah. Perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun.
• 1940 (umur 37): Dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan
Am Selatan Kedah.
• 1941 (umur 38): Jepun menyerang Kota Bharu , Kelantan pada 8 Disember.
• 1947 (umur 44): Berangkat semula ke England untuk menyambung pengajian * 1948
(umur 45): Dipanggil ke bar di Inner Temple.
• 1949 (umur 46): Pulang ke Tanah Melayu. Pada mulanya, beliau dihantar ke pejabat
Pegawai Undang-undang di Alor Star. Kemudian beliau memohon untuk bertukar ke
Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Tunku menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan
kemudiannya, dilantik sebagai Presiden Mahkamah Sesi.
• 1946: Menyertai UMNO.
• 1951 (umur 48): Menjadi Presiden UMNO pada Oktober sewaktu Datuk Onn Jaafar
meletakkan jawatan. Menganjurkan Pertandingan Membaca Al-Quran peringkat negeri
yang pertama di Kedah.
• 1954 (umur 51): Mengetuai satu rombongan ke England untuk berbincang bagi menuntut
kemerdekaan bagi Tanah Melayu, tetapi kunjungan itu tidak berhasil.
• 1955 (umur 52): Pilihan raya persekutuan umum yang pertama diadakan, dan Parti
Perikatan(Barisan Nasional) memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.
Dengan majoriti ini, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri Tanah
Melayu yang pertama. Satu lagi rombongan ke London diadakan.
• 1956 (umur 53): England bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah
Melayu. Sebaik pulang dari England, Tunku mengisytiharkan berita gembira ini buat kali
pertamanya pada 20 Februari di Bandar Hilir, Melaka.
• 1957 (umur 54): Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos.
Memperkenalkan kejohanan Pestabola Merdeka, yang merupakan pertandingan
bolasepak antarabangsa.
• 1958 (umur 55): Dilantik sebagai Presiden pertama Asian Football Confederation (AFC)
(1958 – 1976).
• 1960 (umur 57): Menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM), sebuah
pertubuhan untuk membantu golongan mualaf dalam menyesuaikan hidup baru sebagai
Muslim.
• 1961 (umur 58): Memulakan penubuhan Association of Southeast Asia (ASA) yang
menggabungkan Tanah Melayu, Thailand dan Filipina. Menjadi tuan rumah Pertandingan
Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang pertama.
• 1963 (umur 60): Membentuk Malaysia pada 16 September, apabila Tanah Melayu
bergabung dengan Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (sekarang Sabah).
• 1967 (umur 64): ASA dibubarkan untuk memberi laluan kepada persatuan yang lebih
besar, iaitu Association of Southeast Asian Nations.
• 1969 (umur 66): Membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan
dilantik sebagai Setiausaha Agungnya yang pertama.
• 1971 (umur 68): Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno dan
digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein.
• 1982 (umur 79): Menjadi Presiden Majlis Dakwah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik
(RISEAP) (1982 – 1988).
• 1990 (umur 87): Mangkat pada 6 Disember, dan disemadikan di Makam Diraja Langgar
di Alor Star.
Rujukan
Ramlah Adam, Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra, DBP, Kuala Lumpur, 2004
Pautan luar
• (Melayu) Maklumat mengenai YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj; atau Sokongan
di Google cache.
• (Melayu) Universiti Utara Malaysia
• (Melayu) TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA ALHAJ BAPA KEMERDEKAAN.
• (Melayu) The Star.
• (Inggeris) 1st PRIME MINISTER.
• (Inggeris) Perpustakaan Negara Malaysia Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Abdul Razak Hussein
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Perdana Menteri Malaysia ke-2


Jawatan
Tempoh perkhidmatan 22 September 1970 - 14 Januari 1976
Ismail Abdul Rahman (1970 - 1973)
Timbalan
Tun Hussein Onn (1973 - 1976)
Menurut Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Menggantikan Tun Hussein Onn
Parti politik UMNO
Tarikh lahir 11 Mac 1922
Tempat lahir Pekan, Pahang
Tarikh kematian 14 Januari 1976
Tempat kematian London, England
Pekerjaan Peguam
Agama Islam

Allahyaraham Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976)
merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976.
Beliau termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (1971) (NEP) yang bertujuan untuk
mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme
perkauman dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya,
beliau telah dikenang sebagai "Bapa Pembangunan".
Isi kandungan
• 1 Kehidupan peribadi
○ 1.1 Pendidikan
• 2 Kerjaya
• 3 Garis masa
• 4 Sumbangan Tuanku Abdul Razak
• 5 Pautan luar

Kehidupan peribadi
Dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang, Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan anak
sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Beliau keturunan
bangsawan Bugis yang telah lama merupakan ketua-ketua suku kaum Pahang.
Abang ipar Abdul Razak, Tun Hussein Onn, ialah penggantinya sebagai Perdana Menteri ketiga.
Anak sulungnya, Dato' Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak, menjadi Perdana Menteri Malaysia
keenam menggantikan Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada tahun 2009. Anak-anaknya
yang lain ialah Datuk Ahmad Johari Razak, Mohamed Nizam, Mohamed Nazim dan Mohamed
Nazir.
Pendidikan
Sejak di sekolah rendah lagi, Abdul Razak telah menunjukkan kepintaran dan kecemerlangan
dalam bidang pelajaran dan sukan. Beliau kemudian dipilih untuk menyambung pelajaran di
Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.
Selepas pendidikannya tamat di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Abdul Razak bertugas dengan
Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu. Pada tahun 1939, beliau ditawarkan biasiswa untuk
menuntut di Kolej Raffles, Singapura pada 1940. Bagaimanapun, pendidikannya terpaksa
ditamatkan sewaktu pencetusan Perang Dunia II.
Selepas peperangan, Abdul Razak pergi ke Britain pada tahun 1947 untuk belajar jurusan
undang-undang. Sewaktu menuntut di England, beliau bertemu dengan Tunku Abdul Rahman
yang sedang membuat percubaan yang ketiga untuk memperoleh ijazah undang-undangnya.
Abdul Razak menjadi ahli Parti Buruh British dan sebagai ahli Kesatuan Melayu United
Kingdom (KMUK), dipilih sebagai setiausaha di bawah Tunku yang dipilih sebagai presiden
kesatuan itu. Bersamping itu, Abdul Razak juga menubuhkan "Forum Malaya", sebuah wadah
untuk perbincangan persoalan-persoalan politik negara untuk penuntut-penuntut Malaya. Pada
tahun 1950, Abdul Razak menerima ijazahnya daripada Lincoln's Inn di London.
Kerjaya
Selepas kepulangannya, Abdul Razak menyertai Perkhidmatan Awam Malaya dan bergiat dalam
bidang politik. Disebabkan keupayaan politiknya, beliau dilantik menjadi ketua pemuda
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO. Dua tahun kemudian, Abdul Razak berkhidmat
sebagai Penolong Setiausaha Negeri Pahang dan kemudian, pada Februari 1955, beliau menjadi
Pemangku Ketua Menteri Pahang sewaktu berumur hanya 33 tahun.
Selepas memenangi pilihan raya umum yang pertama di Malaya pada Julai 1955, Abdul Razak
dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Abdul Razak juga menyertai misi Februari 1956 yang
diketuai oleh Tunku Abdul Rahman ke London untuk menuntut kemerdekaan Malaya daripada
pihak British.
Selepas pilihan raya umum 1959, Abdul Razak menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar di
samping memegang portfolio Timbalan Perdana Menteri Malaysia Timbalan Perdana Menteri
dan Kementerian Pertahanan Menteri Pertahanan. Pencapaian-pencapaiannya yang utama
termasuk perumusan dasar pembangunan yang dikenali sebagai "Buku Merah".
Selepas Peristiwa 13 Mei 1969, puaknya di dalam UMNO menggulingkan Tunku Abdul Rahman
serta mengisytiharkan Keadaan Darurat dan beliau memerintah melalui dekri sehingga 1970.
Pada 22 September 1970, Abdul Razak mewarisi Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri
Malaysia yang kedua.
Abdul Razak termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (NEP) pada tahun 1971. Beliau
dan "generasi kedua" ahli-ahli politik Melayu memperlihatkan keperluan untuk mengendalikan
ketaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman. NEP
menetapkan dua sasaran yang asas, iaitu mengurangkan dan pada akhirnya:
• menghapuskan kemiskinan; dan
• menghapuskan pengenalpastian fungsi ekonomi dengan kaum.
Abdul Razak menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 sebagai gantian untuk Parti
Perikatan. Beliau menambahkan ahli-ahli parti untuk mengasaskan apa yang dikatanya
"Ketahanan Nasional" melalui kestabilan politik.
Disebabkan sebahagian oleh penyakit leukemia, Abdul Razak meninggal pada tahun 1976
sewaktu mendapat rawatan perubatan di London, dan disemadikan di Makam Pahlawan,
berdekatan dengan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Selepas kematiannya, beliau dianugerahkan
dengan gelaran Bapa Pembangunan.
Garis masa
• 1922: Dilahirkan di Pekan, Pahang pada 11 Mac.
• 1934 (umur 12): Melanjutkan pengajian ke peringkat menengah di Maktab Melayu Kuala
Kangsar.
• 1947 (umur 25): Mendapat biasiswa kerajaan British untuk melanjutkan pengajian dalam
bidang undang-undang di England.
• 1950 (umur 28): Menerima ijazah undang-undang dari Lincoln's Inn. Sekembali ke tanah
air, beliau menyertai Perkhidmatan Awam dan juga dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno.
• 1951 (umur 29): Dilantik menjadi Timbalan Presiden Umno.
• 1952 (umur 30): Dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.
• 1955 (umur 33): Menjadi Menteri Besar Pahang yang termuda. Bila Parti Perikatan
memenangi pilihan raya umum pertama pada tahun ini, beliau dilantik sebagai Menteri
Pelajaran dalam barisan kabinet pertama Tunku Abdul Rahman.
• 1956 (umur 34): Berada di London sekali lagi bersama Tunku Abdul Rahman, kali ini
sebagai anggota rombongan Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan daripada
Britain.
• 1957 (umur 35): Selepas kemerdekaan dicapai, beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana
Menteri merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar.
• 1969 (umur 47): Selepas perselisihan kaum tercetus di Kuala Lumpur selepas pilihan raya
tahun, keadaan darurat telah diisytiharkan dan sebuah badan dikenali sebagai Majlis
Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan, dengan Abdul Razak sebagai ketuanya.
• 1970 (umur 48): Menjadi Perdana Menteri Malaysia kedua pada September, selepas
Tunku meletakkan jawatan dari kerajaan dan Parti Perikatan. Beliau memperkenalkan
Dasar Ekonomi Baru pada pertengahan tahun untuk membasmi kemiskinan dalam
kalangan semua kaum dan menyusun semula aktiviti ekonomi ke arah pembahagian
kekayaan negara yang lebih saksama.
• 1972 (umur 50): Menjemput Dr Mahathir Mohamad, yang tersingkir pada 1969, kembali
ke pangkuan Umno.
• 1976 (umur 54): Meninggal dunia akibat leukemia di London pada Januari. Dikebumikan
di Makam Pahlawan, Masjid Negara.
Sumbangan Tuanku Abdul Razak
• Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang (4 Oktober 1971 hingga
Februari 1984).
• Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1 November 1974 hingga 31
Oktober 1976)
• Canselor Universiti Malaya sejak 8 Februari 1986.
• Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh Universiti Malaya pada
30 Jun 1979
• Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Sains Malaysia
, Pulau Pinang pada 28 Jun 1980.
• Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh University of
Nottingham pada 11 Julai1986.
• Dianugerah ‘Kerusi Kehormat’ oleh Lincoln’s lnn, London pada 1988
• Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universitas Gadja
Mada, Jogjakarta, lndonesia pada 28 September 1990
• Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Brunei
Darussalam pada 30 Oktober 1990.
Dianugerahkan Ijazah Kehormat oleh Universiti Chulalongkon, Bangkok, Thailand pada 19
Disember 1990 Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Physician of lreland
pada 2 Oktober 1991 Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Surgeons of
Edinburgh dan The Royal College of Surgeons of England pada 1999
Pautan luar
• (Melayu) Maklumat mengenai Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein. atau
laman sokongan.
• (Melayu) http://www.bernama.com/events/merdeka03/bm/tunRazak.shtml
• Universiti Utara Malaysia
• (Melayu) Ensiklopedia Malaysia: Tun Abdul Razak
• (Melayu) Ensiklopedia Malaysia: Tun Rahah Noah
Ismail Abdul Rahman
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Jawatan Timbalan Perdana Menteri Ke-2


Tempoh perkhidmatan 22 September 1970 - 2 Ogos 1973
Tun Abdul Razak
Menurut
(1957–1970)
Tun Hussein Onn
Menggantikan
(1973 -1976)
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Tarikh lahir 4 November 1915
Tempat lahir Johor Bahru
Tarikh kematian 2 Ogos 1973
Tempat kematian Kuala Lumpur
Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato' Hj. Abdul Rahman (4 November 1915 - 2 Ogos
1973), lebih dikenali sebagai Tun Dr Ismail, merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri
kepada Perdana Menteri Malaysia ke-2 Tun Abdul Razak.

Isi kandungan
• 1 Pendidikan
• 2 Jawatan semasa hayat
• 3 Meninggal dunia
• 4 Kata-kata
• 5 Penghormatan
• 6 Pautan luar

Pendidikan
Tun Dr. Ismail mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Zaharah, Johor Bahru, dan
seterusnya melanjutkan pelajaran di Maktab Sultan Abu Bakar, (dulu dikenali sebagai English
College), Johor Bahru. Setelah menamatkan pelajarannya di sekolah tersebut, Tun Dr. Ismail
meneruskan pengajiannya ke Kolej Perubatan King Edward di Singapura. Pada tahun 1943,
beliau berangkat ke Australia untuk menambahkan ilmu perubatannya di Universiti Melbourne
Australia. Beliau memperolehi Ijazah doktor perubatan tahun 1945 dan merupakan anak Melayu
pertama yang memperolehi ijazah doktor perubatan dari universiti Melbourne, Australia.
Jawatan semasa hayat
Tun Dr. Ismail terdorong menceburi politik selepas perletakan jawatan Dato' Onn Jaafar sebagai
presiden UMNO, dan digantikan oleh Tunku Abdul Rahman. Beliau menceburkan arena politik
setelah dilantik sebagai Timbalan Presiden UMNO pada 1951.
Tun Dr. Ismail menjadi duta pertama ke Amerika Syarikat pada tahun 1957. Beliau juga
diberikan tauliah menjadi Duta negara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. kedua jawatan ini
dipegang oleh beliau sehingga tahun 1959.
Tun Dr. Ismail menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada 1 September 1960 sehingga 21
Mei 1967, apabila beliau meninggalkan kabinet atas sebab-sebab kesihatan. Jawatan Menteri Hal
ehwal Dalam Negeri yang dikosongkannya diisi oleh Tun Abdul Razak.
Tun Dr. Ismail sekali lagi dilantik oleh Tun Abdul Razak menjadi menteri Hal Ehwal Luar
Negeri pada 14 Mei 1969 berikutan peristiwa berdarah 13 Mei. Tun Abdul Razak
mempengerusikan MAGERAN) dan meminta Tun Dr. ismail membantunya. Tun Dr. Ismail
kembali menjawat jawatan Kabinet dan kekal sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri sehingga
1 Ogos 1973.
Semasa hayat beliau, Tun Dr. Ismail pernah menyandang jawatan sebagai Menteri Perdagangan
dan Perusahaan, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jawatan terakhirnya ialah Timbalan
Perdana Menteri. Tun Dr Ismail Abdul Rahman merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia
yang kedua selepas Tun Abdul Razak pada 1970.
Jasa paling besar Tun Dr. Ismail adalah mengembalikan keyakinan rakyat Malaysia terhadap
Kerajaan Malaysia. Menurut Tun Suffian "it was during the agonising days that his outstanding
qualities came to the fore. Perhaps it can be said that more than anybody else the Tun
contributed substantially to the restoration of public confidence in the Government's
determination to restore law and order after the May 13th incidents."
Apabila Tunku Abdul Rahman melepaskan jawatan Perdana Menteri Tun Abdul Razak, Tun Dr.
Ismail dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Tun Dr. Ismail meninggal dunia pada 2 Ogos
1973 dan disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Beliau merupakan pahlawan negara
pertama dikebumikan di situ.
Meninggal dunia
Pada 1973 beliau meninggal dunia dan dimakamkan di Makam Pahlawan, Masjid Negara dan
menjadi pemimpin pertama yang disemadikan di situ.
Kata-kata
Ungkapan beliau yang sangat terkenal ialah ' Jangan sapu ke bawah permaidani'. Peribahasa ini
timbul berikutan permasalahan ekonomi orang Melayu yang sangat daif tetapi cuba ditutup
begitu sahaja, sehingga akhirnya tercetus Peristiwa 13 Mei.
Penghormatan
• Pidato Tun Ismail diadakan sekali setiap dua tahun oleh Akademi Perubatan Malaysia
untuk memperingati Tun Dr. Ismail. Pidato ulung diberikan oleh Yang Amat Arif Tun
Mohamed Suffian bin Hashim, Ketua Hakim Negara pada bulan Ogos 1974.
• Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur dinamakan untuk memperingati beliau.
• Kolej Tun Dr Ismail di UPM, Serdang dinamakan untuk memperingati beliau.
• Kolej kediaman Tun Dr. Ismail di UTHM, Batu Pahat diberi nama sebagai memperingati
jasa beliau.
Pautan luar
• http://www.acadmed.org.my/html/tun_dr_ismail_oration.htm
Hussein Onn
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Jawatan Perdana Menteri ke-3


Tempoh perkhidmatan 15 Januari 1976 - 16 Julai 1981
Dr. Mahathir Mohamad
Timbalan
(1976 - 1981)
Menurut Tun Abdul Razak
Menggantikan Dr. Mahathir Mohamad
Parti politik UMNO
Tarikh lahir 12 Februari 1922
Tempat lahir Johor Bahru, Johor
Tarikh kematian 29 Mei 1990
San Francisco Selatan,
Tempat kematian
Amerika Syarikat
Pekerjaan Peguam
Agama Islam
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990) merupakan
Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Beliau
diperlihatkan sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan
kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba
membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan
perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa
Perpaduan".

Isi kandungan
• 1 Masa muda
• 2 Kerjaya politik
○ 2.1 Kebangkitan untuk berkuasa
○ 2.2 Selepas persaraan
• 3 Rujukan
• 4 Garis masa
• 5 Lihat juga
• 6 Pautan luar

Masa muda
Dilahirkan di Johor Bahru, Hussein Onn adalah anakanda kepada Dato' Onn Jaafar yang
menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1946. Bondanya
Datin Halimah Hussein.
Hussein Onn menerima pendidikan awalnya di Telok Kurau School Singapura, kini Telok Kurau
Primary School (Sekolah Rendah Telok Kurau) dan di English College (kini digelar "Maktab
Sultan Abu Bakar"), Johor Bahru. Selepas persekolahannya, Hussein Onn menyertai Pasukan
Tentera Johor sebagai kadet pada tahun 1940. Setahun kemudian, beliau dihantar ke Maktab
Tentera Sandhurst di Dehradun, India. Selepas ditauliahkan, beliau menyertai Regimen
Hyderabad (Tentera India) dan berkhidmat di Timur Tengah sewaktu peperangan. Selepas
peperangan, kerajaan British melantik Hussein Onn sebagai pengajar di "Pusat Perekrutan dan
Latihan Polis Malaya" di Rawalpindi.
Hussein Onn pulang ke Malaysia pada 1945 dan dilantik sebagai Komandan Depot Polis Johor
Bahru. Pada tahun berikut, beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya sebagai Penolong
Pegawai Pentadbir di Segamat, Johor. Hussein Onn kemudian ditugaskan untuk bekerja di negeri
Selangor, di mana beliau menjadi pegawai daerah untuk Klang dan Kuala Selangor.
Kerjaya politik
Hussein Onn yang berasal daripada sebuah keluarga yang mempunyai semangat nasionalisme
dan akar politik yang mendalam, kemudian meletakkan jawatan perkhidmatan awam untuk
menyertai politik. Pada tahun 1949, beliau menjadi Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu (UMNO) yang pertama dan kemudian, pada tahun 1950, beliau dipilih menjadi
Setiausaha Agung. Bagaimanapun, Hussein Onn meninggalkan UMNO pada tahun 1951 untuk
menyertai Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) yang ditubuhkan oleh ayahandanya.
Oleh sebab IMP tidak menerima sambutan yang baik, Hussein Onn pergi ke London untuk
belajar undang-undang di Lincoln's Inn dan berjaya melayakkan diri sebagai Barrister-at-Law
pada tahun 1958. Beliau pulang ke Malaya sebagai seorang peguam bertauliah dan bekerja di
Kuala Lumpur.
Kebangkitan untuk berkuasa
Hussein Onn kembali ke politik untuk menyertai UMNO pada tahun 1968 selepas dipujuk oleh
Tun Abdul Razak, Perdana Menteri ketika itu. Beliau bertanding dan menang dalam pilihan raya
umum pada tahun 1969 dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran.
Kenaikan pangkatnya yang pantas itu berterusan sewaktu beliau mewarisi Tun Dr Ismail yang
meninggal dunia pada 2 Ogos 1973 sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pada 15 Januari 1976,
Hussein Onn dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas kematian Tun
Abdul Razak. [1]
Hussein Onn termasyhur dalam penegasannya terhadap persoalan perpaduan melalui dasar-dasar
yang bertujuan semata-mata untuk membetulkan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum
masyarakat. Ketika menjadi Perdana Menteri, beliau meneruskan agenda pembangunan
Allahyaraham Tun Abdul Razak; usahanya dalam memajukan Malaysia tidak pernah lari dari
sasaran Dasar Ekonomi Baru. Hussein Onn sentiasa mencuba meningkatkan taraf hidup kaum
Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain pada waktu itu.
Dengan itu, pada 20 April 1981, beliau melancarkan Skim Amanah Saham Nasional yang
merupakan satu dana amanah bumiputera yang bertujuan untuk meningkatkan ekuiti bumiputera
dalam ekonomi negara.
Hussein Onn juga memberi penekanan kepada konsep Rukun Tetangga dan perjuangan terhadap
ancaman dadah. Di bawah pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia juga diperbesar dan
dipermodenkan kerana kekalahan Vietnam Selatan oleh pihak komunis yang menggemparkan
seluruh rantau Asia Tenggara.
Hussein Onn menjalani pintasan koronari pada awal 1981. Pada 17 Julai dalam tahun itu, beliau
bersara daripada politik aktif dan meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri atas sebab-
sebab kesihatan. Jawatan Perdana Menteri diambil alih oleh timbalannya, Mahathir bin
Mohamad. Disebabkan perkhidmatannya kepada negara, Hussein Onn dikurniakan dengan
gelaran Tun yang merupakan anugerah diraja yang tertinggi di Malaysia.
Selepas persaraan
Selepas persaraannya sebagai Perdana Menteri, Tun Hussein meneruskan sumbangannya kepada
pertubuhan-pertubuhan kebajikan. Beliau memainkan peranan utama dalam pertubuhan Hospital
Mata Tun Hussein Onn. Tun Hussein juga menjadi Pengerusi Institut Kajian Strategik dan
Antarabangsa (ISIS) dan penasihat kepada Petronas.
Sewaktu krisis kepimpinan UMNO yang berlaku pada tahun 1987, hubungan Tun Hussein
dengan Dr. Mahathir menjadi buruk, dan beliau menyokong 'Team B' bersama-sama dengan
Tunku Abdul Rahman. Mulai dari saat itu, Tun Hussein dan Tunku menjadi pengkritik yang kuat
terhadap pentadbiran Mahathir.
Tun Hussein menghembuskan nafas terakhir pada hari Selasa, 29 Mei 1990, sewaktu berumur 68
tahun di Pusat Perubatan Seaton, San Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan sakit jantung,
dan disemadikan pada hari Jumaat di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Tun Hussein mempunyai dua anak lelaki serta empat anak perempuan. Isterinya Toh Puan
Suhaila Tan Sri Haji Mohd Noah. Pada 30 Mac 2004, anak lelakinya, Datuk Seri Hishamuddin
Tun Hussein, menjadi Menteri Pelajaran Malaysia. Sebaliknya, anak perempuan sulungnya,
Datin Roqiyah Hanim, meninggal di Kuala Lumpur pada 17 September 2005 sewaktu berumur
56, kerana menghidap penyakit barah payu dara.
Rujukan
* Tan, Chee Khoon & Vasil, Raj (ed., 1984). Without Fear or Favour, m.s. 38. Eastern
Universities Press. ISBN 967-908-051-X.
Garis masa
• 1922: Dilahirkan di Johor Bahru pada 12 Februari.
• 1942 (umur 20): Terlibat secara aktif dalam peperangan di Mesir, Syria, Palestin dan
Iraq.
• 1945 (umur 23): Pulang ke tanah air dan dilantik sebagai Komandan Polis Johor Bahru.
• 1946 (umur 24): Menyertai ayahandanya dalam bidang politik apabila Dato’ Onn bin
Jaafar menubuhkan Pergerakan Melayu Johor Semenanjung dan dilantik sebagai
Penolong Setiausaha Agung UMNO.
• 1950 (umur 28): Dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama; juga
dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan disamping menduduki Majlis
Mesyuarat Perundangan Negeri Johor dan Majlis Kerja Negeri Johor.
• 1951 (umur 29): Menyertai ayahandanya keluar dari UMNO dan menubuhkan
Independent of Malaya Party (IMP) dan kemudiannya Parti Negara.
• 1958 (umur 36): Mendapat ijazah undang-undang di Lincoln's Inn, England.
• 1964 (umur 42): Menyertai UMNO semula atas pelawaan birasnya, Tun Abdul Razak,
Yang DiPertua UMNO
• 1969 (umur 47): Dilantik sebagai ahli jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis Kerja
Tertiggi UMNO) pada Jun.
• 1970 (umur 48): Menjadi Menteri Pelajaran pada September.
• 1972 (umur 50): Dipilih sebagai Naib Presiden UMNO
• 1973 (umur 51): Dilantik sebagai pemangku Timbalan Presiden pada 8 Ogos oleh Majlis
Tertinggi UMNO berikutan kematian Tun Dr. Ismail. Juga dilantik sebagai Timbalan
Perdana Menteri pada 13 Ogos dan memegang portfolio Menteri Perdagangan dan
Perindustrian.
• 1976 (umur 54): Disahkan sebagai pemangku Presiden UMNO berikutan kematian Tun
Razak. Menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga pada 15 Januari.
• 1978 (umur 56): Menang jawatan Presiden UMNO tanpa bertanding.
• 1981 (umur 59): Menyatakan hasratnya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden
UMNO sekaligus mengundurkan diri dari kepimpinan negara. Meletakkan jawatan
sebagai Perdana Menteri negara pada Julai 1981 atas sebab kesihatan dan diambil alih
oleh Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad.
• 1990 (umur 68): Pulang ke Rahmatullah pada 29 Mei 1990 di San Francisco, Amerika
Syarikat kerana serangan sakit jantung. Allahyarham disemadikan di Makam Pahlawan
Masjid Negara.
Lihat juga
• Datuk Jaafar bin Haji Muhammad (Datuk)
• Dato' Onn Jaafar (Bapa)
• Datuk Seri Hishamudiin Tun Hussein (Anak)
Pautan luar
• (Melayu) Maklumat mengenai Tun Hussein bin Dato Onn atau laman sokongan.
• Universiti Utara Malaysia
Mahathir bin Mohamad
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Yang Amat Berbahagia Tun
Mahathir bin Mohamad

Perdana Menteri Malaysia ke-4


Dalam pejabat
16 Julai 1981 – 31 Oktober 2003
Sultan Ahmad Shah (1979 - 1984)
Sultan Iskandar (1984 - 1989)
Sultan Azlan Shah (1989 - 1994)
Raja
Tuanku Ja'afar (1994 - 1999)
Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah (1999 - 2001)
Tuanku Syed Sirajuddin (2001 - 2006)
Musa Hitam (1981 - 1986)
Ghafar Baba (1986 - 1993)
Timbalan Presiden
Anwar Ibrahim (1993 - 1998)
Abdullah Ahmad Badawi (1998 - 2003)
Didahului oleh Hussein Onn
Digantikan oleh Abdullah Ahmad Badawi

Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-4


Dalam pejabat
15 September 1978 – 16 Julai 1981
Didahului oleh Hussein Onn
Digantikan oleh Musa Hitam

20 Disember 1925 (umur 84)


Lahir
Alor Star, Kedah Darul Aman
Parti politik UMNO
Pasangan Dr. Siti Hasmah
Pekerjaan Doktor
Agama Islam

Tandatangan

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Tulisan Jawi: ‫محضير بن محمد‬, dilahirkan pada 20 Disember
1925; juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det) adalah Perdana Menteri
Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober
2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan
kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.
Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam
sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang
Melayu. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang
autokratik dan dituduh bersifat kronisme.
Beliau juga merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang suka berterus-terang dan
bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia — kapitalisme
autokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai alternatif kepada individualisme Amerika
Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).
Dr Mahathir telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega pada zaman
pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar
PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya
Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC).
Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia",
negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan
penuh bertenaga. Pada Jun 2005, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang
tertinggi di Malaysia. Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau
merupakan pemimpin paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara.

Isi kandungan
• 1 Latar belakang
• 2 Pendidikan
• 3 Kerjaya dan keluarga
• 4 Kerjaya politik
• 5 Kesihatan
• 6 Kontroversi
○ 6.1 Krisis perlembagaan
○ 6.2 Pemecatan Anwar Ibrahim
○ 6.3 Keluar UMNO
○ 6.4 Penulisan blog
• 7 Garis masa
• 8 Rujukan
• 9 Pautan luar

Latar belakang
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det)
dilahirkan pada 20 Disember 1925 adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika
penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui negara
ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan
masyarakat Malaysia.
Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam
sebuah negara yang berbilang bangsa melalui peningkatan golongan miskin menjadi golongan
pertengahan orang Melayu begitu ketara. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya
pemerintahannya yang autokratik dan tidak dapat lari dituduh bersifat kronisme seperti
pemerintah-pemerintah lain di dunia.
Beliau juga merupakan seorang tokoh politik penting antarabangsa yang suka berterus-terang
dan disifatkan kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia — kapitalisme
autokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai alternatif kepada individualisme Amerika
Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).
Dr Mahathir telah bertanggungjawab dengan apa yang dipanggil pembangunan projek mega
pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara
Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor
Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC), yang akhirnya menjadi lambang
kemegahan rakyat dan diterima ramai.
Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia",
negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan
penuh bertenaga. Seperti dijangka pada Oct 2003, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat
kehormatan yang tertinggi di Malaysia atas jasanya yang teramat besar pada nusa dan bangsa.
Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan
pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas
Presiden Suharto dari Indonesia.
Pendidikan
Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Government English School (GES),
kini Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar pada tahun 1932. Beliau akhirnya lulus Sijil Tinggi
Pelajaran (Senior Cambridge) di sekolah tersebut. Sewaktu Perang Dunia Ke-2, Dr. Mahathir
menghabiskan masanya dengan berniaga cendol, diikuti dengan membuka kedai kopi dan
kemudiannya gerai buah-buahan di Pekan Rabu, Alor Setar.
Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura,
dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953.
Selepas mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau
Pinang, Malaysia.
Kerjaya dan keluarga
Pada tahun 1954, Dr. Mahathir berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar, Jitra,
Langkawi dan Perlis sehingga tahun 1957.Beliau kemudian melangsungkan perkahwinan dengan
Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali pada 5 Ogos 1956 dan dikurniakan tujuh cahaya mata, iaitu
empat lelaki dan tiga perempuan. Anak-anak beliau ialah :
• Marina Mahathir
• Mirzan Mahathir
• Melinda Mahathir
• Mokhzani Mahathir
• Mukhriz Mahathir
• Maizura
• Mazhar
Pada tahun 1957, beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri,
MAHA Klinik yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim. Ketika itu, beliau merupakan anak Melayu
pertama yang membuka klinik persendirian di Alor Star yang pada ketika itu terdapat lima buah
klinik sahaja. Klinik ini kemudiannya berpindah ke 1587, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor
Setar dan kekal sehingga sekarang.
Kerjaya politik
Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 yang mana beliau mengambil bahagian
dalam kempen menentang Malayan Union. Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946, beliau adalah
salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi Parti Negeri
Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanya menimbulkan
perasaan marah di golongan yang mempunyai perkaitan dengan Perdana Menteri Tunku Abdul
Rahman apabila beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon untuk
pilihan raya umum 1959. Berasa sakit hati atas penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan
calon-calon yang rapat dengannya, Dr Mahathir enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya
tersebut.
Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota
Setar selepas menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan majoriti sebanyak
60.2%. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya 1969,
beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan cuma 989 undi sahaja, selepas
beliau mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai
kerusinya.
Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis
Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul
Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September
1969, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.
Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku "Dilema Melayu" (The Malay Dilemma).
Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayu telah
diharamkan pada tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Tun Dr Mahathir
menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya.
Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir masuk semula ke dalam
UMNO pada 7 Mac 1972 dan dilantik sebagai senator pada tahun 1973. Beliau bertanding di
Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas
pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak.
Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975. Pada
1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya
Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih mengekalkan
portfolio pendidikan yang disandangnya. Tidak lama selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi
Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan
persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10 Julai, 1981 Dr
Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai
Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober, 2003, Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya,
Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya.
Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008 dalam satu ceramah di
Alor Setar, Kedah kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi .
Bagaimanapun dalam Perhimpunan Agung UMNO 2008 pada Mac 2009, Dr Mahathir
menghadiri hari terakhir perhimpunan itu sebagai jemputan. Dr Mahathir kembali menyertai
UMNO .Nombor ahli 0000001 dikekalkan.[1]
Kesihatan
Pada 24 Januari 1989 Dr Mahathir Mohamad pernah menjalani pembedahan pintasan arteri
koronari di Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL), Kuala Lumpur.
Pada 9 November 2006, beliau sekali lagi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana
serangan jantung setelah saluran darah arteri tersumbat.
Pada 14 Mei 2007, beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Langkawi
selepas kesukaran bernafas pada jam 4.00 petang.
Pada 4 September 2007, Dr Mahathir Mohamad menjalani pembedahan pintasan arteri koronari
di IJN selama 5 jam. Pembedahan diketuai pakar jantung terkemuka, Tan Sri Dr. Yahya Awang,
Datuk Dr. Razali Wathooth, Datuk Dr. Azahari Yakub, Datuk Dr. Venugopal Balchand, Datuk
Ezani Mohd. Taib dan Ketua Pakar Bedah Kardiologi Klinik Mayo di California, Amerika
Syarikat, Prof. Dr. Hartzell Schaff. Ini merupakan pembedahan saluran darah arteri kali ke-2.
Pada 15 September 2007, sekali lagi beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di IJN jam 7.00
pm. Ketika ini beliau berusia 82 tahun.[2]
Kontroversi
Krisis perlembagaan
Pada tahun 1983 dan 1991, Mahathir berdepan dengan pihak Raja dan Sultan dengan membuang
kuasa veto Raja dan imuniti mereka dari dihukum. Sebelum pindaan ini, setiap Bil yang akan
menjadi undang-undang dikehendaki mendapat persetujuan Agung. Dengan pindaan tersebut, bil
yang diluluskan oleh Parlimen akan menjadi undang-undang selepas 30 hari tanpa mendapat
persetujuan Agung. Bagaimanapun, perkara ini hanya untuk undang-undang sekular dan Sultan
masih berkuasa dalam undang-undang Islam yang berada dibawah bidang kuasa mereka.
Pada tahun 1988, apabila UMNO diisytiharkan haram oleh Mahkamah Agung, Mahathir
dipercayai merencanakan pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan tiga orang lagi
hakim Mahkamah Agung yang cuba untuk menghalang kes tersebut. Siri insiden 1988 ini dilihat
sebagai titik hitam sejarah perundangan negara Malaysia yang sepatutnya bebas dari campur
tangan pihak eksekutif.Mahathir selaku ketua badan eksekutif telah mencampuri urusan badan
kehakiman ketika itu.
Pemecatan Anwar Ibrahim
Pada tahun 1998, kerajaan di bawah pimpinan Mahathir mendakwa Dato' Seri Anwar Ibrahim
atas kesalahan salah laku seksual dan penyalahgunaan kuasa. Anwar pada masa itu adalah
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Anwar mendakwa bahawa beliau dizalimi
kerana beliau membawa isu korupsi dan nepotisme dan Mahathir serta orang-orangnya adalah
sasaran bagi tuduhan tersebut. Penyokong Mahathir pula percaya bahawa Anwar sebenarnya
korupsi dan nepotisme dan cuba untuk menggantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri selepas
melihat kejatuhan Presiden Suharto di Indonesia atas isu yang sama.
Krisis Anwar membawa kepada protes besar-besaran yang dikenali sebagai "Gerakan
Reformasi" dan tertubuhnya Parti Keadilan Nasional (PKR) dalam Pilihan Raya Umum Malaysia
1999. Namun begitu, PKR hanya memenangi lima kerusi Parlimen pada pilihan raya tersebut
dan hampir pupus pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 apabila hanya memenangi satu
kerusi Parlimen di Permatang Pauh yang dimenangi oleh isteri Anwar, Dr Wan Azizah. Parti
tersebut walaubagaimanapun berjaya mendapat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum
Malaysia 2008 dengan memenangi 31 kerusi Parlimen, jumlah terbesar antara semua parti-parti
pembangkang di Malaysia.
Keluar UMNO
Pada 19 Mei 2008, Dr Mahathir mengisytiharkan keluar dari parti UMNO[3]. Beliau bertindak
demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan UMNO sekarang yang gagal membela
nasib orang Melayu di negara ini. Dr Mahathir mendakwa UMNO kini hanyalah dijadikan parti
untuk mengiktiraf Abdullah sebagai Presiden UMNO dan mengutamakan kepentingan
keluarganya (menantunya Khairy adalah Naib Ketua Pemuda UMNO) sehingga
membelakangkan negara. Pengumuman keluar UMNO ini dibuat ketika beliau berucap di
hadapan 1,000 orang di Alor Star, Kedah.
Pemerhati politik berpendapat tindakan keluar UMNO berkait rapat dengan cubaan gagal Dr
Mahathir untuk mendesak Abdullah turun dari jawatan sebagai presiden UMNO. Dr Mahathir
dilaporkan mengadakan perjumpaan dengan Dato' Seri Najib Tun Razak, Timbalan Presiden
UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri pada 18 Mei 2008. Perjumpaan itu
berkemungkinan tidak berhasil memujuk Najib menentang Abdullah menyebabkan Mahathir
tidak mempunyai pilihan lain selain keluar dari UMNO[4].
Mengulas pengumuman Mahathir keluar dari UMNO, bekas timbalan perdana menteri, Tun
Musa Hitam berkata 'duri dalam daging sudahpun terkeluar' dan pucuk pimpinan UMNO pula
harus menerima realiti bahawa UMNO tidak sekuat dahulu dan konsep 'Mahathirisme' sudah
berlalu[5].
Sehari selepas perlantikan secara rasmi Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang
keenam, Dr. Mahathir bersama-sama isterinya,Dr. Siti Hasmah dan anak mereka, Datuk
Mokhzani telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli UMNO semula. Upacara tersebut
berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya. Bertitik tolak kemasukan inilah
UMNO menjadi kuat semula dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan negara yang diterajui
UMNO semakin dipulihkan.
Untuk rekod, bekas presiden-presiden UMNO terdahulu meninggal dunia selepas melepaskan
jawatan presiden di dalam parti UMNO kecuali Tun Abdul Razak, yang meninggal ketika masih
menjawat jawatan tersebut.[6]. Dato' Onn Jaafar keluar dari UMNO apabila cadangan beliau
untuk menjadikan UMNO parti berbilang bangsa tidak dipersetujui. Tunku Abdul Rahman dan
Tun Hussein Onn pula meninggal dunia selepas melepaskan jawatan di dalam parti UMNO
kerana berselisih pendapat dengan Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri selama lebih 22
tahun.
Penulisan blog
Beliau mula menulis blog pada 1 Mei 2008 pada pukul 1:27 AM, dengan penulisan beliau "The
Appointment of Judges". Pada 19 Jun, blog beliau telah berpindah ke laman baru yang lebih
dipercayai dan selamat simpanannya.[7]
Kini blog beliau terletak di http://www.chedet.cc/.
Garis masa
• 1925: Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 20 Disember.
• 1945: Mengambil bahagian dalam penentangan Malayan Union.
• 1946: Menjadi ahli UMNO semasa ia ditubuhkan.
• 1953: Mendapat ijazah perubatan dari Kolej Perubatan King Edward (yang kemudiannya
dikenali sebagai Universiti Malaya) di Singapura;
• 1954: Berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Alor Star, Hospital Langkawi,
Hospital Jitra dan Hospital Perlis.
• 1957: Berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, MAHA
Klinik di Alor Setar.
• 1964: Dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar atas tiket Parti Perikatan selepas beliau
menewaskan calon PAS, Mohd Shaari Haji Abdul Shukur, dengan majoriti 4,210 undi;
Dr Mahathir mendapat 12,406 undi, sementara Mohd Shaari mendapat 8196 undi.
• 1965: Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO.
• 1968: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pelajaran Tinggi.
• 1969: Ditewaskan oleh calon Pas, Haji Yusoff Rawa dalam Pilihanraya pada 10 Mei,
dengan 989 undi di kawasan Kotar Setar; beliau dikatakan kalah kerana kehilangan "undi
Cina" apabila beliau mengumumkan bahawa beliau tidak perlu undi Cina untuk
memenangi dalam pilihanraya;
○ Dipecat jawatan daripada Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, berikutan
pengedaran suratnya kepada Tunku Abdul Rahman;
○ Diberhentikan keahliannya dalam UMNO pada 26 September.
• 1970: Mengeluarkan buku dalam bahasa Inggeris yang bertajuk "Dilema Melayu" (The
Malay Dilemma); buku ini diharamkan dengan serentak.
• 1972: Diterima kembali menjadi ahli UMNO pada 7 Mac;
○ Dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Perindustrian Makanan Malaysia (FIMA).
• 1973: Dilantik sebagai senator.
• 1974: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Universiti Nasional;
○ Melepaskan jawatan sebagai senator untuk bertanding di Pilihanraya 1974, yang
mana beliau menang tanpa bertanding;
○ Dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 5 September.
• 1975: Menjadi salah satu daripada tiga naib presiden UMNO, selepas memenangi dengan
majoriti sebanyak 47 undi.
• 1976: Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada 5 Mac.
• 1978: Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Tun Hussein Onn pada
15 September;
○ Melepaskan jawatan sebagai Menteri Pelajaran untuk menjadi Menteri
Perdagangan dan Perindustrian Malaysia (1 Jun 1978 - Julai 1981);
• 1981: Menjadi Presiden UMNO pada 26 Jun, dan Perdana Menteri Malaysia ke-empat
pada 10 Julai, berikutan perletakan jawatan Tun Hussein Onn atas sebab-sebab kesihatan;
○ Menjadi Menteri Pertahanan (18 Julai, 1981 - 6 Mei, 1986) disamping memegang
jawatan Perdana Menteri;
○ Melancarkan slogan-slogan "Bersih, Cekap dan Amanah", "Kepimpinan Melalui
Teladan", the "Dasar Pandang ke Timur", "Pemupukan Nilai-nilai Islam", dan
polisi pemulauan barang UK ("Buy British Last");
○ Mencepatkan masa sebanyak setengah jam di Semenanjung Malaysia untuk
menyeleraskannya dengan Malaysia Timur;
○ Meminta maaf daripada Tunku Abdul Rahman secara umum;
○ Menarik balik pengharaman buku Dilema Melayu (The Malay Dilemma)
○ Merancangkan serangan subuh dengan pengambilan kembali Guthrie Corporation
oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB) di Bursa Saham London pada 7
September, supaya memulangkan hakmilik lebih kurang 200,000 ekar tanah
pertanian kepada rakyat Malaysia.
• 1983: Mengemaskinikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Sultan-sultan, supaya rang
undang-undang yang diputuskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dapat
menjadi akta, selepas penerimaan pendapat Yang Di-Pertuan Agung ataupun Sultan-
sultan negeri masing-masing;
○ Menubuhkan PROTON, sebuah projek kereta nasional.
• 1986: Datuk Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada
27 Februari;
○ Ghafar Baba dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia;
○ Menjadi Menteri Dalam Negeri pada 7 Mei di samping memegang jawatan
Perdana Menteri;
○ Suatu pertikaian tertimbul dengan negeri Singapura tentang lawatan rasmi Chaim
Herzog, Presiden negara Israel.
• 1987: Menewaskan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan Presiden UMNO
dengan majoriti yang nipis sekali pada 24 April;
○ Menjadi Menteri Kehakiman di samping memegang jawatan Menteri Dalam
Negeri dan Perdana Menteri Malaysia.
• 1988: Memecat empat hakim Mahkamah Tertinggi, termasuk Tun Salleh Abas kerana
menghalang perbicaraan tentang salah laku tata tertib semasa kehadapan UMNO akan
diputuskan oleh Mahkamah Tertinggi (pada masa itu, UMNO telah diharamkan oleh
Makhamah Tinggi);
• 1990: Menjadi Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri (Oktober 1990 - Januari 1999) di
samping memegang jawatan Perdana Menteri.
• 1993: Melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri;
○ Mengehadkan pengecualian Sultan-sultan daripada pendakwaan, selepas peristiwa
Douglas Gomez;
○ Perhubungan di antara Dr. Mahathir dan pemimpin-pemimpin Australia merosot
apabila Paul Keating mewajahkan Dr. Mahathir sebagai seorang yang degil
("recalcitrant") kerana enggan menghadiri Persidangan APEC.
• 1997: Menetapkan nilai mata wang Malaysia pada 1 September supaya mengatasi Krisis
Kewangan Asia 1997.
• 1998: Memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari semua jawatan dalam kerajaan dan dalam
UMNO pada 2 September;
○ Mendakwa Anwar Ibrahim atas kesalahan liwat dan penyalahgunaan kuasanya;
Anwar dihadapkan ke mahkamah pada 2 November;
○ Pergaulan dengan Amerika Syarikat menjadi buruk apabila Al Gore, Naib
Presiden Amerika Syarikat, merendahkan nama baik negara Malaysia di
Persidangan APEC yang pada masa itu dianjurkan oleh Malaysia.
○ Melantik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan Perdana
Menteri;
○ Pembukaan rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di
Sepang, yang menelan kos sebanyak RM13 bilion;
○ Penghabisan pembinaan Menara Berkembar Petronas yang mempunyai 88
tingkat, iaitu menara berkembar yang tertinggi di dunia;
○ Dipilih sebagai "Asia's Newsmaker of 1998" oleh Majalah TIME.
• 1999: Menjadi Menteri Kewangan Pertama pada 8 Januari, di samping memegang
jawatan Perdana Menteri ketika Malaysia masih mengalami Krisis Ekonomi 1997;
○ Pembukaan rasmi Cyberjaya, sebuah bandar yang baru yang memainkan peranan
yang penting dalam Koridor Raya Multimedia Malaysia.
• 2001: Menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Tugas-tugas Khas (5 Jun 2001)
disamping memegang jawatan Perdana Menteri.
• 2002: Mengumumkan penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajarkan mata pelajaran
Matematik dan Sains, mulai tahun 2003;
○ Mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dalam
Perhimpunan Agung UMNO, tetapi telah dirayu untuk membuat penangguhan
selama 18 bulan.
• 2003: Bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober, 2003 dan menamakan
timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi, sebagai pengganti; beliau memegang jawatan
Perdana Menteri selama 22 tahun, dan terjadi salah satu daripada pemimpin-pemimpin
negara Asia yang paling lama perkhidmatannya;
○ Dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia.
• 2008: Dianugerahkan Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) membawa gelaran
"Datuk Seri Utama".
Rujukan
1. ↑ Mahathir dan Abdullah akan hadir perasmian Perhimpunan Agung Umno
2. ↑ Dr. Mahathir masuk semula ke ICU, Utusan Online.
3. ↑ Tun Dr Mahathir Umum Keluar Umno Berkuatkuasa Serta Merta, Bernama. Dicapai 19
Mei 2007
4. ↑ [1], Malaysian Insider, 19 Mei 2008
5. ↑ Musa: 'Duri dalam daging sudahpun terkeluar', Malaysiakini, 19 Mei 2008
6. ↑ Nur Jazlan, The Umno curse strikes, again, Malaysian Insider, 19 Mei 2008
7. ↑ http://dr-chedet.blogspot.com/, Blog lama.
• Victor A. Pogadaev. 20 Tahun Yang Mengubah Wajah Malaysia. Berita Harian, 13. 3.
2002
Pautan luar

Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:


Mahathir bin Mohamed
• (Melayu) Blog Mahathir - Che Det
• (Melayu) Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir
• (Melayu) http://www.tunmahathir.com
• (Melayu) Laman sokongan Tun Mahathir.
• (Melayu) Ensiklopedia Malaysia: Mahathir bin Mohamad
Musa Hitam
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Tun
Musa Hitam

Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-5


Tempoh berjawat
1981 – 1986
Didahului oleh Mahathir bin Mohamad
Digantikan oleh Tun Ghafar Baba

Menteri Dalam Negeri


Tempoh berjawat
1981 – 1986

Tarikh lahir 18 April 1934 (umur 76)


Tempat lahir Segamat, Johor.

Parti politik
BN - UMNO
Pekerjaan Ahli politik
Agama Islam
Tun Musa Hitam (lahir 18 April 1934) ialah Timbalan Perdana Menteri kelima di Malaysia dari
1981-1986 di bawah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Isi kandungan
• 1 Biodata
• 2 Kerjaya politik
• 3 Selepas politik
• 4 Anugerah

Biodata
Dilahirkan di Segamat, Johor. Musa belajar di English College (kini "Maktab Sultan Abu
Bakar"), Johor Bahru dan memperoleh ijazah Sarjana Mudanya dari Universiti Malaya. Beliau
kemudian mengambil kursus sarjana dalam bidang hubungan antarabangsa di Universiti Sussex,
United Kingdom. Selain daripada menerima pelbagai anugerah dan penghargaan, termasuk
Doktor Kehormat dari Universiti Sussex, Musa juga pernah memegang pelbagai jawatan di
peringkat antarabangsa beberapa kali. Ini termasuklah Pengerusi Persatuan Parlimen Komanwel,
Ahli Lembaga UNESCO, Ketua Perwakilan Pemerhati Komanwel untuk pilihan raya umum
Malawi, serta Ahli Perwakilan Menteri Komanwel ke Nigeria, Pakistan, Fiji, dan Gambia.
Kerjaya politik
Dalam tahun 1960-an, Musa dilantik menjadi Pemangku Setiausaha Agung UMNO. Beliau
masuk Parlimen Malaysia buat pertama kali pada tahun 1969 dan berkhidmat sebagai timbalan
menteri untuk suatu tempoh yang singkat. Musa kemudian dipecat daripada UMNO, akibat
pengingkaran semasa Peristiwa 13 Mei, oleh Tunku Abdul Rahman, Presiden UMNO dan
Perdana Menteri ketika itu. Semasa dipecat, beliau mengambil sarjananya di Universiti Sussex.
Apabila kembali ke Malaysia pada tahun 1971, beliau diterima semula menyertai UMNO oleh
Tun Abdul Razak. Musa dilantik sebagai Timbalan Whip Parlimen untuk parti campuran Parti
Perikatan dan dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau juga dipilih sebagai Naib
Presiden UMNO pada 1978.
Pada tahun 1981, Musa dipilih menjadi Timbalan Presiden UMNO dan seterusnya sebagai
Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Sebelum menjawat Timbalan Perdana Menteri Malaysia,
dan Menteri Dalam Negeri pada 1981-1986, Musa telah menjawat beberapa jawatan dalam
kerajaan seperti Pengerusi FELDA, Timbalan Menteri Perdagangan & Industri, Menteri
Perusahaan Utama (1974-1978) dan Menteri Pendidikan (1978-1981).
Musa meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1986, disebabkan
percanggahan pendapat dengan Perdana Menteri Dr. Mahathir terhadap dasar-dasar negara.
Kemudian pada 1987, beliau dicabar oleh Tun Ghafar Baba untuk jawatannya sebagai Timbalan
Presiden UMNO dan ditewaskannya.
Selepas politik
Antara tahun 1990 dan 1991, Musa dilantik sebagai Utusan Khas Malaysia untuk Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan sejak 1995, beliau merupakan Utusan Khas Perdana Menteri
untuk Kumpulan Bertindak Peringkat Menteri Komanwel (CMAG). Beliau juga mengetuai
perwakilan Malaysia untuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB (UNCHR) dari 1993 sehingga
1998, dan dipilih sebagai Pengerusi Sesi Ke-52 untuk Suruhanjaya tersebut pada tahun 1995.
Musa dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dari
1999 hingga 2002.
Anugerah
• Dikurniakan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran Tun oleh Seri
Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail
pada 3 Jun 2006.
• Dikurniakan Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri
oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung, pada 1994.
Abdul Ghafar bin Baba
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Ghafar Baba

Tun Abdul Ghafar bin Baba (18 Februari 1925 - 23 April 2006) merupakan Timbalan Perdana
Menteri di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Abdul
Ghafar bin Baba mula memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 10 Mei 1986
sehingga 15 Oktober 1993. Kehadiran beliau dilihat sebagai tokoh penstabil politik Malaysia,
ikon 'tokoh politik kampungan' yang berjiwa Melayu tulen.

Isi kandungan
• 1 Pendidikan
• 2 Kehidupan awal
• 3 Keluarga
• 4 Politik
• 5 MARA
• 6 Masalah kepimpinan MCA
• 7 Ketua Menteri Melaka
• 8 Menolak jawatan Menteri
• 9 Timbalan Perdana Menteri
• 10 Jawatan
• 11 Penghargaan
• 12 Meninggal dunia
• 13 Lihat juga
• 14 Rujukan

Pendidikan
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Pilah (1931 - 1936) dan dan Sekolah
Melayu Tangga Batu (1937 - 1940), Melaka. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Maktab
Perguruan Sultan Idris (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris), Tanjung Malim (1946 - 1949).
Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang guru (1949 - 1955) sebelum beralih sepenuhnya
kepada kerjaya politik (1955 - 2004).
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan pada 18 Februari 1925 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.Adik-beradiknya
seramai 10 orang dan beliau menjaja ubi kayu di Melaka untuk menambah pendapatan keluarga.
Ketika usia 14 tahun beliau menjadi pemungut bola golf dan bola tenis golongan atasan seperti
Yang di-Pertuan Agong pertama, Tunku Abdul Rahman. Ketika umur 34 tahun beliau menjadi
Ketua Menteri Melaka dan duduk semeja dengan Tunku Abdul Rahman apabila menghadiri
Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara.
Keluarga
Beliau berkahwin dengan Allahyarhamah Toh Puan Hajjah Asmah binti Alang dan kemudian
berkahwin dengan Dayang Heryati binti Abdul Rahim pada tahun 1992, tetapi bercerai pada
tahun 2003. Beliau dikurniakan 11 orang anak. Antaranya ialah bekas ahli parlimen Batu
Berendam , Dato Tamrin Abdul Ghafar dan anak bungsu Kartika Sri. Tiga anaknya telah
meninggal dunia.
Politik
Tun Ghafar Baba mula mengorak langkah untuk memperjuangkan nasib bangsa dan negara
Malaysia, apabila melibatkan diri dalam politik pada tahun 1940 dengan menyertai Kesatuan
Melayu Muda (KMM) di Melaka ketika berusia 15 tahun. Kemudian aktif dalam PKMM sejak
1945 hingga 1948.
Pada 1955 Tun Ghafar menyertai UMNO di Melaka. Kira-kira 11 tahun kemudian, bintang
politik beliau semakin terserlah apabila memegang beberapa jawatan seperti Setiausaha UMNO
Melaka, Pengerusi UMNO Melaka, Pegawai Penerangan UMNO Malaya, Ahli Majlis Tertinggi
UMNO, Naib Presiden UMNO (1962-1987), Ketua Perhubungan UMNO Sabah (1991) ,
Pengerusi BN Sabah (1992), dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (1974-1993).
Beliau mula terbabit secara sepenuh masa dalam politik dengan bertanding di kawasan Dewan
Undangan Negeri Melaka Luar pada pilihan raya umum pertama 1955. Kawasan pilihan raya
terakhir yang diwakilinya ialah kawasan Parlimen Batu Berendam di Melaka yang dimenanginya
pada pilihan raya umum 1999. Beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka atau Ahli
Parlimen Jasin selama 49 tahun berturut-turut, menerusi 11 pilihan raya umum sejak 1955 hingga
1999.
Beliau merupakan antara kepimpinan UMNO yang telah berkhidmat di bawah 3 Perdana Menteri
iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Mahathir. Beliau keluar kabinet
selama 10 tahun apabila Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri. Apabila Tun Dr. Mahathir
dilantik Perdana Menteri beliau masih berada di luar kerajaan dan hanya masuk kembali pada
tahun 1986 apabila Tun Musa Hitam meletakkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.
MARA
Ghafar Baba pernah menjadi pengerusi MARA yang pertama dari 1 September 1967 hingga 31
Oktober 1971 bagi meninggikan martabat ekonomi orang Melayu. Beliau juga merupakan
pengasas Kolej MARA (1972),Institut Kemahiran Mara, Yayasan Pelajaran Mara dan ITM yang
kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau juga pernah menjadi
Pengerusi Lembaga Pengarah Utusan Melayu (M) Bhd dan Kompleks Kewangan selama 10
tahun bermula 1 September 1976 hingga 1986 apabila dilantik Timbalan Perdana Menteri.
Masalah kepimpinan MCA
Ghafar merupakan satu-satunya pemimpin UMNO yang diberi kepercayaan menerajui MCA
sebagai pemangku Presiden MCA selama 10 bulan ketika parti berasaskan kaum Cina itu dilanda
krisis akibat perebutan kuasa antara presidennya ketika itu, Tan Koon Swan dan bekas presiden
Tan Sri Dr Neo Yee Pan.
Ketua Menteri Melaka
Seawal 1959 Tun Ghafar menolak tawaran jawatan Ketua Menteri Melaka sehingga memaksa
Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj mengancam untuk
membiarkan negeri itu tanpa Ketua Menteri. Ghafar akhirnya akur dengan kehendak Tunku dan
memegang jawatan itu selama lapan (1959-1967) tahun. [1]
Menolak jawatan Menteri
Pada 1974 Tun Ghafar meninggalkan kabinet pimpinan Perdana Menteri Tun Hussein Onn .
Pada 1981 menolak jawatan Menteri Pelajaran yang ditawarkan oleh Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Antara jawatan yang disandangnya ialah Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar,
Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan. Pada 1989 Tun Ghafar memangku jawatan Perdana Menteri semasa Dr. Mahathir
menjalani pembedahan jantung.
Timbalan Perdana Menteri
Dalam pemilihan Perhimpunan Agung UMNO 1987, beliau berjaya mengalahkan Musa Hitam
bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO dengan majoriti tipis, 40 undi.
Encik Ghafar Baba dilantik oleh Dr Mahathir Mohamad menjadi Timbalan Perdana Menteri
Malaysia selepas Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia
pada 1987.
Pada 1993 Tun Ghafar berundur daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan
Perdana Menteri apabila kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO dicabar oleh Datuk
Seri Anwar Ibrahim. Tujuannya bagi mengelak perpecahan dalam parti dan mempertahankan
kestabilan negara. Surat perletakan jawatan ditulis pada kertas Penerbangan Malaysia di bilik
VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Subang untuk berlepas ke Korea Selatan bagi tugas rasmi.
[2]

Jawatan

Ghafar Baba semasa menjadi Ketua Menteri Melaka


• Setiausaha Kesatuan guru - guru 1949 - 1951,
• Setiausaha UMNO Melaka 1951 - 1955
• Pengerusi UMNO Melaka 1955 - 1973
• Ketua Menteri Melaka 1959 - 1967
• Ahli Majlis Tertinggi UMNO 1957 - 1993
• Ketua Penerangan UMNO 1958 - 1962
• Naib Presiden UMNO 1962 - 1987
• Presiden de facto MCA pada tahun 1985 (MCA mengalami krisis kepimpinan pada 1985
dan 1986)
• Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri 1986 - 1993
Beliau merupakan seorang yang rendah diri, tabah dan sentiasa berjuang demi nasib bangsa
Melayu.
Penghargaan
Tun Ghafar Baba enggan menerima sebarang gelaran datuk atau pingat daripada mana-mana
sultan . Tambahan pula Melaka tidak mempunyai sultan atau raja kecuali Yang diPertua Negeri
Melaka. Sehingga akhir hayatnya beliau dipanggil Encik Ghafar sahaja. Beliau menerima
gelaran Tun selepas bersara sepenuhnya daripada politik.
• Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba di Masjid Tanah, Melaka juga dinamakan
sempena nama beliau. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan
Masjid Tanah. Encik Abdul Ghafar bin Baba selaku Ketua Menteri Melaka telah
meletakkan batu asas pada 24 September 1962.
• MRSM Jasin ditukar nama kepada MRSM Tun Ghafar Baba pada 27 Julai 2006 selepas
beliau meninggal dunia bagi mengenang jasa beliau. Majlis penjenamaan semula itu
dilakukan oleh Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, Y.B Dato’ Seri Mohamed
Khaled Nordin.
• Muzium Tun Abdul Ghafar merupakan rumah asal beliau di Jasin, Melaka.
• Enam Felda di Melaka dinamakan semula sempena nama Tun Abdul ghafar iaitu Felda
Tun Ghafar Machap, Felda Tun Ghafar Hutan Percha, Felda Tun Ghafar Menggong,
Felda Tun Ghafar Kemendor, Felda Tun Ghafar Air Kangkong dan Felda Tun Ghafar
Bukit Senggeh. Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak
mengumumkan perkara itu pada 7 April 2007.[3]
Meninggal dunia
Pada 23 April 2006. Beliau meninggal dunia di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Jalan
Ampang, Kuala Lumpur pada pukul 7:35 pagi kerana komplikasi jantung, paru-paru dan buah
pinggang. Beliau berusia 81 tahun ketika menghembuskan nafas terakhirnya. Jenazah beliau
dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Perdana
Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bekas isterinya Dayang Heryati binti Abdul
Rahim.Sembahyang jenazah diketuai oleh Imam Besar Masjid Negara, Datuk Kamaruddin
Zakaria dan pengkebumian diketuai oleh Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Wan Halim Wan
Harun.
Tun Abdul Ghafar merupakan negara ke-4 disemadikan di bawah kubah Makam Pahlawan
selepas Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn . Jenazah lain
ialah Tan Sri Syed Jaafar Albar, Allahyarham Tun Syed Nasir Syed Ismail, Allahyarham Tun
Sardon Jubir, Allahyarham Tan Sri Mohd Noah Omar dan Allahyarham Tan Sri Abdul Kadir
Yusof.[4]

Lihat juga
• Muzium Tun Ghafar Baba
• Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghaffar Baba, Jasin
Anwar Ibrahim
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar

Yang Berhormat Datuk Seri


Anwar Ibrahim

Ketua Pembangkang Malaysia


Tempoh berjawat
26 Ogos 2008 – kini
Didahului oleh Lim Kit Siang
Digantikan oleh masih menyandang

Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-7


Tempoh berjawat
1 Disember 1993 – 2 September 1998
Didahului oleh Tun Ghafar Baba
Digantikan oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi

Ahli Parlimen Malaysia


bagi Permatang Pauh
Penjawat kini
Mula berkhidmat
1982-1999
28 Ogos 2008- sekarang
Zabidi Ali (pertama)
Didahului oleh
Wan Azizah Wan Ismail (ke-2)

Tarikh lahir 10 Ogos 1947 (umur 62)


Tempat lahir Cherok Tok Kun, Pulau Pinang

Parti politik (1982-1999)

(1999-)
Pasangan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail
Pekerjaan Ahli politik
Agama Islam
Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim Abdul Rahman (lahir 10 Ogos 1947) merupakan
seorang ahli politik Malaysia, bertindak sebagai penasihat Parti Keadilan Rakyat dan ketua
umum Pakatan Rakyat serta ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia. Semasa awal kerjaya
politiknya, beliau merupakan 'anak didik' Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, tetapi kemudiannya
tampil sebagai seorang pengkritik Tun Dr. Mahathir yang lantang.
Dalam tahun 1999, beliau telah dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun kerana didapati
bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa. Pada tahun 2000, iaitu selama sembilan tahun
kerana didakwa melakukan kesalahan di luar tabii (liwat). Walau bagaimanapun, pada tahun
2004, mahkamah, Mahkamah Persekutuan Malaysia telah mengugurkan sabitan kesalahan liwat
kerana pihak pendakwa raya gagal mengemukakan bukti yang kukuh tanpa sebarang keraguan
bahawa perbuatan meliwat tersebut telah berlaku. Oleh itu beliau telah dibebaskan. Pada Julai
2008, beliau telah ditahan sekali lagi atas tuduhan dakwaan bahawa beliau telah meliwat
pembantu peribadinya. Kes tersebut sedang disebut di mahkamah tinggi Malaysia.
Anwar merupakan satu-satunya warga Malaysia yang pernah tersenarai di dalam 100 orang yang
katakan paling berpengaruh di dunia oleh majalah Time iaitu pada 2008.[1][2]
Setelah menjalani tempoh larangan berpolitik, Anwar telah berjaya memenangi kerusi Parlimen
Permatang Pauh pada pilihan raya kecil 26 Ogos 2008. Beliau menang dengan majoriti lebih 15
ribu undi, menewaskan calon BN yang juga ADUN Seberang Jaya, Arif Shah Omar Shah dan
calon AKIM Hanafi Mamat.

Isi kandungan
[sorok]
• 1 Biodata
• 2 Pendidikan
• 3 Zaman belia
• 4 Meninggalkan ABIM
• 5 Tidak menyertai PAS
• 6 Penglibatan dengan politik UMNO
○ 6.1 Jawatan dalam kerajaan
○ 6.2 Menyertai UMNO
○ 6.3 Kementerian Kewangan
○ 6.4 Terlalu pantas
○ 6.5 Penyingkiran
• 7 Krisis politik dan pemecatan keluar dari UMNO
• 8 Pandangan bukan Melayu
• 9 Sukan
• 10 Sumbangan
• 11 Buku tentang Anwar Ibrahim
• 12 Lihat juga
• 13 Pautan luar
• 14 Rujukan

Biodata
Beliau dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.[3]
Anwar bermaksud 'bercahaya'. Ayahnya Datuk Haji Ibrahim bin Abdul Rahman adalah bekas
ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia. Manakala ibunya Che
Yan Hussein adalah ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO. Anwar sering dibawa ke majlis-
majlis ceramah wanita.
Pendidikan
Semasa kecil, beliau bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam, Pulau
Pinang. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Maktab Melayu
Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966. Semasa di MCKK, beliau aktif dalam
Persatuan Bahasa Melayu dan wakil pemidato sekolahnya. Beliau juga pernah dilantik sebagai
Ketua Pengawas MCKK. Semasa di MCKK, Anwar mengenali Sanusi Junid, Kamaruddin Jaafar
dan Yahaya Ahmad. Selepas itu pada tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di
Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera).
Zaman belia
• 1968 menjadi Presiden Kesatuan Bahasa Melayu 1968. 1968 juga menjadi Presiden
Kesatuan Kebangsaan Penuntut Muslim Malaysia.
• 1969 Anwar berganding dengan Dr Mahathir Mohamad berdiri di pentas PAS
menghentam Tunku Abdul Rahman dan menyebarkan surat layang .
• 1971 menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia , ABIM dengan rakan-rakan daripada
MCKK dahulu.
• Menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM)
• 1973 Penasihat Majlis Belia Bangsa-Bangsa Bersatu.
• 1979 Menerima Pingat Utama Iqbal 100 Tahun oleh Presiden Zia Ul Haq, Presiden
Pakistan.
• Menerima gelaran Datuk daripada Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni
Almarhum Sultan Abu Bakar di Istana Pekan, Pahang dan dari Sultan Selangor
kemudiannya.
• 1978 berkahwin dengan Dr Wan Azizah Datuk Ismail seorang penuntut Royal College of
Surgeons, Dublin, Ireland. Azizah bertugas di klinik mata di Hospital Universiti, Petaling
Jaya.
• Ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri,ISA 1974-1976 kerana demonstrasi
jalanan di Universiti Malaya berhubung kemiskinan tragis di Baling, Kedah. Penduduk
pedalaman Baling dibiarkan 'reput' kerana dipercayai tempat persembunyian komunis.
• Anwar pernah berada di pentas PAS dan mengkritik Tunku Abdul Rahman berhubung
Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Pertubuhan, kemiskinan, ekonomi dan lain-lain.
Meninggalkan ABIM
• Anwar Ibrahim meninggalkan Angkatan Belia Islam Malaysia ( ABIM ) pada 29 Mac
1982 untuk menyertai UMNO. Terdapat 40000 ahli ABIM ketika itu.
ABIM merupakan sebuah gerakan Islam .Abim melihat UMNO sebuah parti yang sekular.
• Sesetengah pemimpin ABIM bertindak menjauhkan diri daripada ABIM kerana
menganggap ABIM tidak mempunyai maruah lagi, pengasasnya mudah dibeli.
• Ramai meramalkan Anwar terperangkap oleh pujukan Dr Mahathir dan akan
dimusnahkan oleh Dr Mahathir kemudian hari. Ternyata telah ini benar-benar berlaku
pada tahun 1998.
• Kekuatan ABIM 'lumpuh' dengan ketiadaan Anwar Ibrahim.
Tidak menyertai PAS
Anwar pernah dikatakan akan menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS).
• Anwar pernah dianggap sebagai 'Pemimpin al Khahfi' oleh ahli-ahli PAS dan benar-benar
berharap Anwar akan menyertai PAS. Subki Latif dalam bukunya Siapa Ganti Asri
menamakan Anwar Ibrahim akan mengambil teraju PAS daripada Datuk Mohd Asri Haji
Muda. Calon ini layak kerana idealisme dan prinsip perjuangan yang sama dengan PAS.
• Dalam pilihan raya umum 1978, Anwar dan ABIM pernah membantu Datuk Mohd Asri
bin Haji Muda mempertahankan kerajaan PAS di Kelantan.
• Beberapa pemimpin kanan ABIM menyertai PAS menjelang pilihan raya dan bertanding
atas tiket PAS. Antaranya ialah Nakhaei Haji Ahmad, Datuk Fadzil Noor, Abdul Halim
Arshad, Haji Abdul Hadi Awang, dan Ustaz Yahya Othman.
• Keengganan Anwar menyertai PAS menyebabkan ada yang menuduh Anwar sebagai
kecewa dan mengaku kalah sebelum berperang dengan UMNO.
Malahan Datuk Asri sanggup mengundurkan diri dari jawatan Yang diPertua PAS untuk
memberi laluan kepada Anwar Ibrahim. Tindakan Anwar ini dianggap tidak syar'ie.
Penglibatan dengan politik UMNO
Anwar terjun kedunia politik dan bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh di atas tiket
UMNO dalam dalam tahun 1982. Beliau menang dengan majoriti yang besar. Beliau kemudian
dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dalam tahun yang sama Anwar
menewaskan Haji Suhaimi Kamarudin, penyandang, untuk menjadi ketua Pergerakan Pemuda
UMNO. Anwar kemudiannya dilantik menjadi menteri penuh sebagai Menteri Belia,
Kebudayaan dan Sukan. Dua tahun kemudian Anwar dilantik ke portfolio Kementerian
Pertanian. Pada tahun 1987, beliau telah memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dan
kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan
pada 1991. Pada 1993 Anwar telah memperolehi pencalonan yang terbanyak untuk lerusi
Timbalan Presiden UMNO. Penyandang jawatan pada ketika itu ialah Tun Ghafar Baba telah
gagal mendapatkan kuota yang mencukupi bagi mempertahankan kerusi. Oleh yang demikian,
Anwar telah memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO tanpa bertanding. Susulan dari itu,
sebagai memenuhi tradisi BN, Tun Dr. Mahathir telah melantik Anwar sebagai Timbalan
Perdana Menteri.
Diantara jawatan-jawatan lain Datuk Seri Anwar ialah, beliau pernah dipilih menjadi Presiden
Persidangan Tahunan UNESCO dan Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan dalam mesyuarat
besama Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Di atas sumbangannya
terhadap kesefahaman antara kebudayaan beliau telah dianugerahi ijazah Doktor Kehormat oleh
Ateneo de Manila University dan anugerah Presiden oleh Georgetown University.
Jawatan dalam kerajaan
• 1982 - 1983 Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
• 1983 - 1985 Menteri Belia dan Sukan
• 1985 - 1986 Menteri Pertanian
• 1986 - 1990 Menteri Pendidikan
• 1990 - 1998 Menteri Kewangan
• 1993 – 1998 Timbalan Perdana Menteri
Menyertai UMNO
Keberkecualian kandungan rencana ini boleh dipertikaikan.
Sila lihat pada laman perbincangan ini.
Diharap anda tidak mengalihkan pesanan ini sehingga pertikaian ini diselesaikan.

• 29 Mac 1982 menyertai UMNO dan bertanding di kawasan parlimen Permatang Pauh,
Pulau Pinang. Penyertaannya berjaya menyekat pengaruh Yusuf Rawa, Mahfuz Omar,
dan Mohamad Sabu di Pulau Pinang khususnya.
• Difahamkan Datuk Ibrahim Ali dan Tengku Razaleigh Hamzah membawa Anwar
Ibrahim berjumpa dengan Dr Mahathir Mohamad di Seri Perdana, Kuala Lumpur.
• Dalam Pilihan raya umum 1982, Anwar mendapat 18,849 undi di kawasan parlimen
Permatang Pauh. Haji Zabidi Ali (PAS) hanya 4497 undi dan Tan Ah Huat (DAP) 1825
undi. Sebelum ini termasuk Pilihan Raya Umum 1978, kawasan ini dikatakan sebagai
sebuah kubu PAS.
• Kemasukan Anwar telah menyisihkan Tengku Razaleigh Hamzah, Ghafar Baba, Sanusi
Junid, Abdullah bin Ahmad Badawi, dan lain-lain. Keluarnya Sanusi Junid dari ABIM
dan menyertai UMNO pernah ditentang hebat oleh Anwar Ibrahim sendiri.
• 1982 menang dalam pertandingan jawatan Ketua Pemuda UMNO dengan majoriti 10
undi. Beliau menewaskan Datuk Haji Suhaimi Kamarudin dan Hang Tuah Arsad. Anwar
dapat 183 undi, Suhaimi Kamarudin 173 undi dan Hang Tuah Arshad 3 undi sahaja.
• 1984 Perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO. Anwar dapat 226 undi, Suhaimi
Kamaruddin dapat 137. Slogannya 'Pemuda Penggerak Zaman'. Majoriti 89 undi.
• 1986 menewaskan Syed Hamid Jafar Albar. Anwar dapat 303 undi dan Syed Hamid
dapat 109 undi.
• 24 April 1987 menduduki kerusi Naib Presiden UMNO bersama Datuk Abdullah bin
Ahmad Badawi dan Datuk Seri Wan Mokhtar Ahmad.
• 1990 mengekalkan jawatan Naib Presiden UMNO dengan majoriti terbanyak, 1067 undi.
Sanusi Junid dapat 953 undi dan Abdullah dapat 750 undi.
• 1993 Anwar sekali didesak oleh Team Wawasan untuk mencabar Ghafar Baba. Isu Grand
Design dan politik wang digembar-gemburkan sehingga imej Anwar Ibrahim tercalar.
• Kemasukan Anwar ke dalam UMNO merupakan panglima baru yang ditunggu-tunggu.
Anwar adalah bukti UMNO sebuah parti Islam, bukan parti sekular.
• Selepas Anwar masuk, penerapan nilai-nilai Islam telah dijalankan. Bank Islam,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Takaful dan lain-lain telah dijalankan. Sebelum
ini umat Islam hanya bermimpi dengan ekonomi Islam.
• Anwar Ibrahim dilihat cuba mengAbimkan UMNO. Ramai pemimpin menyertai UMNO.
Antaranya ialah Anuar Tahir.
• Mereka berharap Anwar tidak disekularkan seperti bersalam dengan wanita.
Kementerian Kewangan
Keberkecualian kandungan rencana ini boleh dipertikaikan.
Sila lihat pada laman perbincangan ini.
Diharap anda tidak mengalihkan pesanan ini sehingga pertikaian ini diselesaikan.

• Ramai yang meragui kemampuannya kerana tiada asas kewangan.


• Kadar pertumbuhan ekonomi naik 8% setahun selama 8 tahun berturut-turut.
• Dilantik Pengerusi Jawatankuasa Bank Dunia / Tabung Kewangan Antarabangsa pada 1
April 1998. Beliau mula berkenalan dengan Presiden Bank Dunia, James Wolfenson dan
Ketua Pengarah Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Michael Camdessus.
• Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan dilihat berjaya menangani kemelesetan
ekonomi dan jatuhnya mata wang 1997.
• Datuk Seri Mahathir Mohamad dilihat mengharapkan kebijaksanaan Anwar untuk
menangani masalah kemelesetan ekonomi malaysia pada masa itu.
Terlalu pantas
• Semasa pemimpin ABIM , Anwar dikatakan pernah memijak bendera UMNO tetapi
segera dinafikan.
• Beliau tidak hanya ditentang oleh Tengku Razaleigh Hamzah, Abdullah bin Ahmad
Badawi dan Mohd Najib bin Abdul Razak kerana bergerak terlalu pantas dalam
kepimpinan UMNO.
• 1993 Anwar Ibrahim bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO menentang Ghafar
Baba kerana Ghafar hanyalah tokoh sementara yang dilantik oleh Dr Mahathir selepas
'kekosongan' yang ditinggalkan oleh Datuk Musa Hitam. Ghafar Baba bukanlah calon
yang sesuai untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Golongan muda mahu
Anwar berbanding Ghafar sebagai tokoh veteran sahaja. Anwar telah menguasai setiap
sendi. Ghafar tidak jadi bertanding kerana tidak bersedia dan kemenangan percuma
diberikan kepada Anwar Ibrahim.
• Malah beliau ditentang oleh Dr Mahathir Mohamad sendiri yang dilihat terperangkap
antara sayang dan benci dengan Anwar Ibrahim. Anwar dilihat boleh menguatkan
kedudukan Dr Mahathir dan UMNO tapi pada akhirnya boleh menjahanamkan visi Dr
Mahathir yang belum kesampaian.
• Dalam Perhimpunan Agung UMNO 1997 tersebar surat layang setebal 30 halaman yang
memfitnah Anwar Ibrahim. Kononnya mempunyai skandal dengan isteri orang dan
homoseks. Anwar Buat laporan polis pada 15 Ogos 1997.
• Kemasukan semula Tengku Razaleigh Hamzah selaku pemimpin Parti Melayu Semangat
46 ke dalam UMNO dilihat menggugat peluang Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana
Menteri.
• Anwarisme pada 1997 sudah menguasai setiap sendi UMNO dan bila-bila masa boleh
menjatuhkan Dr Mahathir Mohamad yang dilihat tidak cukup Islamik.
• Anwar sering mengadakan usrah, sembahyang jemaah di rumahnya dan memberi jamuan
makan para wartawan Malaysia. Kegiatan ini dilihat sebagai kempen dan politik wang.
Para pegawai kerajaan, akademis dan rakyat bawahan menyokong Anwar yang tertarik
dengan wawasan Islamnya.
• Golongan profesional merupakan rakan seangkatan dengan Anwar dan sama sekolah
dengan Anwar di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Contohnya Tan Sri Yahya Ahmad.
• Presiden Pas ketika itu iaitu Datuk Fadzil Mohd Noor menyokong Anwar . Anwar selaku
Menteri Kewangan banyak meluluskan peruntukan di Kelantan.
• Zahid Hamidi selaku Ketua Pemuda UMNO dan Datin Siti Zaharah Sulaiman selalu
Ketua Wanita UMNO / Timbalan Menteri Kesihatan dilihat menyokong Anwar.
• Tahun 1993 95 % ahli UMNO menyokong Anwar. 137 daripada 145 mencalonkan
Anwar. Ghafar hanya 7 bahagian sahaja.
Penyingkiran
Penyingkiran Anwar dari UMNO dan Kerajaan Persekutuan berkait rapat dengan krisis
kewangan yang dialami oleh Malaysia dan negara-negara rantau Asia yang lain pada 1997.
Anwar yang juga Menteri Kewangan dilihat telah gagal mengangani krisis tersebut. Dengan
mengamalkan pelan-pelan tindakan yang digariskan oleh Bank Dunia dan IMF, negara telah
terjerumus kedalam krisis kewangan yang lebih teruk. Oleh itu, Dr. Mahathir Mohamed telah
membawa masuk bekas menteri kewangan sebelum ini, iaitu Tun Daim Zainuddin ke dalam
barisan kabinet. Anwar melihat hal tersebut sebagai kehilangan kepercayaan dari Dr. Mahathir,
lalu berusaha untuk terus relevan dalam UMNO. Usaha tersebut, termasuk menjatuhkan Dr.
Mahathir dari kerusi Presiden UMNO. Gerakan telah dimulakan oleh Ketua Pemuda UMNO
pada ketika itu, iaitu Ahmad Zahid Hamidi, yang dengan lantang membidas Dr. Mahathir yang
dikatakan mengamalkan Nepotisma dan Kronisma.
Pada masa yang sama, buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM" oleh Khalid Jafri
telah tersebar. Buku tersebut menyebut tentang aktiviti homoseksual Anwar.
Pada 1998, Anwar Ibrahim telah dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan
kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO. Dr. Mahathir yang juga
merupakan "mentor" kepada Anwar telah mengambil tindakan yang drastik tersebut setelah
beliau mempunyai bukti kukuh untuk mempercayai bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti
homoseksual. Dr. Mahathir merasakan bahawa aktiviti tersebut boleh dijadikan "bahan ugutan"
oleh anasir-anasir luar negara untuk mempengaruhi Malaysia seandainya Anwar dipilih sebagai
Perdana Menteri suatu hari nanti.
Krisis politik dan pemecatan keluar dari UMNO
Rencana utama: Kes pemecatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia 1998
Anwar dipecat pada 1998 atas dakwaan rasuah dan liwat, dan beberapa bulan selepas itu, ditahan
atas tuduhan perbuatan homoseksual. Setelah 3 kali pihak pendakwa memindah tuduhan, barulah
Anuwar disabitkan kesalahan berdasarkan satu saksi. Saksi tersebut menjadi pertikaian kerana
telah beberapa kali menukar pengakuan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudiannya disabitkan kesalahan di atas empat tuduhan rasuah
berhubung penyalahgunaan kuasa dengan campur tangan dalam penyiasatan polis terhadap
dakwaan salah laku seksual. Beliau menjalani hukuman enam tahun penjara sebelum dibebaskan
oleh Mahkamah Persekutuan di sini apabila rayuannya dibenarkan bagi mengetepikan sabitan
kesalahan meliwat berhubung pensabitannya dalam kes, iaitu genap enam tahun beliau dipecat
daripada Kabinet.

Anwar Ibrahim ditahan oleh polis pada 7 Februari 2002.


Keputusan itu bermakna Anwar telah bebas daripada hukuman penjara sembilan tahun yang
dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2000 atas kesalahan tersebut.
Beliau akhirnya dipenjarakan dibawah tuduhan lain, diatas tuduhan beliau cuba mempengaruh
penyiasatan polis ke dalam tuduhan beliau seorang homoseksual. Isteri beliau menubuhkan Parti
Keadilan Rakyat untuk memperjuangkan Anwar dan politiknya.
Dalam tahun 2004 Mahkamah Persekutuan menerima rayuan Anwar terhadap pensabitan atas
tuduhan liwat dan beliau seterusnya dibebaskan. Selepas dibebaskan beliau pergi ke Munich,
Jerman untuk menjalani pembedahan dan rawatan. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ahli
Bersekutu Kanan di Kolej Santo Anthony, Universiti Oxford. Selepas tamat tugasnya di Oxford
beliau pergi ke Washington untuk mengambil jawatan sebagai profesor pelawat di School of
Advanced International Studies (SAIS) dan kemudiannya di Universiti Georgetown.
Pandangan bukan Melayu
• Segelintir kaum Cina dan India dan Melayu sendiri tidak senang dengan idealisme yang
mungkin menjejaskan perpaduan kaum. Sebenarnya Dr Mahathir pernah dianggap
sebagai 'Ultra Malay' oleh Lee Kuan Yew.
• Anwar Ibrahim dilihat terlalu Islamik yang mungkin akan melaksanakan perlembagaan
dan Undang-Undang Islam seperti 'potong tangan'.
• Jika Anwar menjadi Perdana Menteri semua wanita akan guna telekung / kelubung
kerana isterinya Wan Azizah begitu cantik dan anggun pakai telekung. Ramai yang
membandingkan Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan Rafidah Aziz, Dr Siti Hasmah
Mohd Ali. Trend bertudung di dalam Abim menjadi ikutan rakyat Malaysia sejak 1974.
• Sebenarnya Anwar tidak menolak integriti sejagat. Anwar sering menghadiri pada majlis
perayaan Tahun Baru Cina dan Deepavali.
Sukan
• Sukan yang diminatinya ialah menunggang kuda dan bermain bot ski sebagaimana Dr
Mahathir Mohamad. Anwar pernah jatuh dari kuda dan menerima rawatan beberapa
bulan . Beliau merupakan pernah menjadi pengerusi Persatuan Equestarian Malaysia.
Sumbangan
• Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia / Dana Kewangan Antarabangsa
(IMF).
• Mencetuskan idea / istilah seperti Masyarakat madani, generani rabbani, waima,
nawaitu ,
• Anwar Ibrahim berjaya meredakan ketegangan antara penganut Hindu dan Islam
berikutan pembinaan Masjid dan kuil sebelah-menyebelah di Kampung Rawa, Pulau
Pinang 1996.
Buku tentang Anwar Ibrahim
1. Anwar Ibrahim - Mimpi Dan Realiti, Mohd Sayuti Omar, Tinta Merah, 1990
2. Anwar di Zalimi, Siapa TPM Baru?, Mohd Sayuti Omar, Tinta Merah, 1998
3. Anwar Terjerat oleh Ahmad Lufti Othman
4. 50 Dalil oleh Khalid Jafri.

Lihat juga
• Reformasi (Malaysia)
• Saman menyaman Anwar Ibrahim
Pautan luar
• Tentang Anwar
• Laporan mengenai Anwar
• Mahkamah bebaskan Anwar -- Panel hakim ketepikan hukuman penjara sembilan tahun
dengan majoriti 2-1
• Impak politik
• Blog Anwar Ibrahim.
• Laman Web Anwar Ibrahim.
Rujukan
1. ↑ Time 100 list for 2008 2 Mei 2008, Time Magazine
2. ↑ Senarai 100 Time Magazine
3. ↑ 07 Ogos 2008, "Mampukah Anwar membuat 'come-back'?" Hafizah Kamarudin,
Bernama.
Abdullah bin Ahmad Badawi
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Yang Amat Berhormat Tun
Abdullah bin Ahmad Badawi

Perdana Menteri Malaysia ke-5


Dalam pejabat
31 Oktober 2003 – 3 April 2009
Tuanku Syed Sirajuddin
Raja
Tuanku Mizan Zainal Abidin
Timbalan Najib bin Tun Razak
Didahului oleh Mahathir bin Mohamad
Digantikan oleh Najib Razak
Kawasan Kepala Batas

26 November 1939 (umur 70)


Lahir
Kepala Batas, Pulau Pinang
Parti politik UMNO
Endon Mahmood Ambak (meninggal dunia Okt 2005)
Pasangan
Jeanne Abdullah
Agama Islam
Yang Amat Berhormat Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939; juga
dikenali sebagai Pak Lah) merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, mewarisi
kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan bekas Presiden
UMNO ke-6, parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Selepas melepaskan jawatan
Perdana Menteri Malaysia, 1 September 2009, beliau dilantik menjadi Pengerusi Institut
Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).[1]
Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam kerajaan
Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong 'Team B' dalam Majlis
Agung UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi sehingga 1991.
Anwar Ibrahim, yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri, dipecat oleh Tun Dr. Mahathir
pada tahun 1998. Pada tahun 1999 Abdullah dilantik sebagai Timbalan kepada Tun Dr.
Mahathir, dan pada tahun 2003, Abdullah akhirnya mewarisi jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai
Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

Isi kandungan
• 1 Biodata peribadi
• 2 Kerjaya dan politik
○ 2.1 Menyertai UMNO
○ 2.2 Sebagai Timbalan Perdana Menteri
○ 2.3 Sebagai Perdana Menteri
• 3 Pasca Perdana Menteri
○ 3.1 Sebagai Presiden Barisan Nasional
○ 3.2 Melepaskan jawatan Perdana Menteri
• 4 Kontroversi
○ 4.1 Kebebasan media
○ 4.2 Pembubaran Parlimen Malaysia pada 13 Februari 2008
○ 4.3 Fakta bercelaru tentang daya saing Malaysia
○ 4.4 Usul undi tidak percaya
○ 4.5 Serah 'blok minyak RM320b' kepada Brunei
• 5 Anugerah
• 6 Garis masa
• 7 Rujukan
• 8 Pautan luar

Biodata peribadi
Dilahirkan dalam keluarga yang warak di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang, beliau
menerima pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam dan
di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Abdullah memulakan kerjayanya sebagai guru.
Beliau pada mulanya ingin belajar Ekonomi di Universiti, namun setelah gagal dalam kertas
Statistik, beliau tidak dibenarkan melanjutkan kursus kepujian dalam bidang ekonomi dan
memilih untuk belajar Pengajian Islam[2]. Selepas menerima Sarjana Muda Sastera dalam bidang
Pengajian Islam daripada Universiti Malaya pada tahun 1964, beliau menyertai sektor
perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun
1969, Abdullah berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yang
berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei
1969. Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha dalam kementerian
yang sama pada tahun 1974.
Abdullah berkahwin dengan Allahyarhamah Datin Seri Endon binti Dato' Mahmood pada tahun
1965 dan dikurniakan dua orang cahayamata dan empat cucu. Pada 20 Oktober 2005, Endon
Mahmood meninggal dunia selepas bergelut dengan penyakit barah payu dara sejak 2003.
Dalam tempoh kurang daripada 2 tahun menduda, beliau berkahwin dengan Jeanne Abdullah dan
melangsungkan akad nikah pada 9 Jun 2007.
Beliau dikatakan mementingkan menikmati makan malam bersama keluarga dan gemar makanan
Jepun. Sebagai seseorang yang dibesarkan di Pulau Pinang, beliau amat gemar mencuba pelbagai
jenis makanan.
Setiap hari, selepas sembahyang Maghrib, beliau akan mengaji Al-Quran. Adalah menjadi
kebiasaan beliau menulis nota dalam Jawi. Karangan Shakespeare kegemaran beliau ialah ‘Julius
Caesar’. Selain dari keluarga sendiri, tokoh yang banyak mempengaruhinya, yang beliau anggap
sebagai mentor ialah Tun Abdul Razak.
Antara peristiwa dunia yang meninggalkan kesan yang mendalam pada diri beliau ialah peristiwa
9/11, yang telah mendorong beliau untuk memperjuangkan fahaman Islam yang sederhana.
Beliau juga adalah pencetus Islam Hadhari[1].
Beliau juga sangat berminat dengan kereta. Malangnya beliau tidak banyak berpeluang memandu
kereta sendiri atas sebab-sebab keselamatan. Untuk menghilangkan lelah bekerja, beliau
mungkin bermain golf, melakukan senaman atau meluangkan masa bersama cucu-cucunya.
Abdullah juga gemarkan pertunjukan muzikal – ‘My Fair Lady’ antara yang paling diminatinya
– serta seniman klasik seperti Nat King Cole. Beliau juga mempunyai alat iPod Nano. Beliau
menghargai hasil seni Malaysia, dan merupakan seorang pengumpul seni ukiran kayu, serta
anyaman rotan.
Kerjaya dan politik
Menyertai UMNO
Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Pada tahun 1978, beliau meletakkan jawatan untuk
menjadi ahli parlimen Kepala Batas di Seberang Perai Utara (kawasan parlimen yang pernah
diwakili oleh allahyarham ayahandanya) sehingga kini. Sejak 1981, Abdullah adalah ahli Majlis
Tertinggi UMNO. Beliau telah dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun
1984, 1987 dan 1990, dan dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996. Pada
Perhimpunan Agung UMNO 2000, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal
2000 - 2003.
Pada awal tempoh khidmat Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, satu pertikaian yang pahit
terletus dalam UMNO dan membahagikan parti menjadi dua kem. Kumpulan yang menyokong
Dr Mahathir digelar 'Team A' manakala kumpulan yang menyokong bekas Menteri Kewangan,
Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Musa Hitam digelar
'Team B'. Kemenangan Mahathir menyebabkan Tengku Razaleigh Hamzah dihalang daripada
menyertai UMNO (Baru) yang baru ditubuh. Oleh sebab Abdullah seorang penyokong kuat
kepada Musa Hitam, mentor politiknya, beliau dipecat sebagai Menteri Pertahanan dalam
kabinet.
Abdullah dikembalikan jawatannya dalam kabinet pada 1991 dan diberikan jawatan Menteri
Luar Negeri. Sehingga 1987, beliau pernah menjawat jawatan:
• Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1978-80)
• Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81)
• Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84)
• Menteri Pelajaran (1984-86)
• Menteri Pertahanan (1986-87)
• Menteri Luar Negeri (15 Mac 1991 - Januari 1999).
Sebagai Timbalan Perdana Menteri
Kerjaya politiknya kembali sempurna dengan perlantikan beliau sebagai Timbalan Perdana
Menteri serta Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri pada Januari 1999, selepas pemecatan Anwar
Ibrahim. Sebagai Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri, Abdullah membatalkan pengharaman Kitab
Iban.
Seterusnya, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam
Negeri pada Januari 1999, sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober
2003. Selain itu, Abdullah juga adalah Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam
Negeri.
Sebagai Perdana Menteri

Abdullah Badawi dengan George W. Bush


Sejak menjadi perdana menteri, Abdullah telah berjanji mengetatkan kawalan rasuah dengan
memberikan lebih kuasa kepada agensi-agensi pencegah rasuah serta memudahkan rakyat untuk
mendedahkan amalan rasuah kepada pihak berkuasa. Beliau juga membuat tuduhan rasuah ke
atas beberapa tokoh masyarakat dari zaman Mahathir, satu tindakan yang dipuji oleh orang
ramai.
Abdullah juga mengemukakan Islam Hadhari, satu tafsiran Islam yang mengatakan bahawa
perkembangan ekonomi dan teknologi adalah secocok dengan ajaran Islam. Selain itu,
pentadbirannya menumpukan pemulihan sektor pertanian Malaysia. Pada 10 September 2004,
Abdullah, sebagai Menteri Kewangan, mengemukakan belanjawan sulungnya yang dianggap
oleh orang ramai sebagai berorientasi pengukuhan dan penyelenggaraan berbanding dasar
pertumbuhan yang ditekankan oleh Dr Mahathir.Abdullah juga terkenal kerana menekankan
keselamatan dalam negeri, selepas menyaksikan pertumbuhan amalan rasuah seperti penyogokan
dalam pasukan polis.
Dikenali dalam lingkungan orang Melayu di Malaysia sebagai Pak Lah (singkatan untuk "Pak
Cik Abdullah"), kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa Abdullah harus tidak
dirujuk dengan nama panggilannya dalam dokumen rasmi serta dalam surat khabar;
bagaimanapun, nama panggilan tersebut masih boleh digunakan secara tidak rasmi. Sebenarnya,
Abdullah sering menggunakan nama panggilan itu untuk merujuk kepada diri sendiri dalam
perhimpunan awam. Sejak menjadi Perdana Menteri, Abdullah telah menjawat jawatan
pengerusi untuk Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan
Islam (OIC). Bermula dari 2005, beliau juga menjadi pengerusi untuk ASEAN.
Pasca Perdana Menteri
Selepas melepaskan jawatan perdana menteri dan presiden UMNO, beliau berehat sebentar di
luar negara dan pada 1 September 2009, beliau dilantik menjadi pengerusi Institut Kefahaman
Islam Malaysia(IKIM).
Sebagai Presiden Barisan Nasional
Apabila Tun Dr. Mahathir berundur dari arena politik, beliau telah menggantikan beliau sebagai
pucuk pimpinan parti pemerintah, Barisan Nasional.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 yang merupakan pilihan raya sulung Abdullah sejak
menjadi Perdana Menteri, beliau mencapai kemenangan besar untuk Barisan Nasional, parti
campurannya, dengan pencapaian 198 daripada 220 kerusi di Parlimen. Di Terengganu, partinya
menewaskan PAS yang merupakan kerajaan negeri itu serta hampir-hampir menawan kubu PAS
di Kelantan. Kemenangan ini dianggap secara meluas sebagai tanda berkenan kepada visi Islam
yang sederhana berbanding fundamentalisme agama serta sokongan kepada dasar-dasar
pencegah rasuahnya.Pada September 2004, sewaktu dilepaskan dari penjara, bekas Timbalan
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang telah dikurung oleh bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir,
memuji Abdullah di khalayak ramai kerana tidak campur tangan sewaktu mahkamah mengubah
keputusan tentang sabitan liwatnya.
Selepas kecemerlangan besar dalam penggal pertama beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia
apabila menyapu banyak kerusi pada Pilihanraya Umum Malaysia 2004, beliau menerima
tamparan dan ujian hebat apabila Barisan Nasional yang diketuainya pada Pilihan raya umum
Malaysia 2008 telah gagal mempertahankan majoriti 2/3 kerusi Parlimen dan kehilangan kuasa
pemerintahan di 4 buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, dan Perak kepada parti
pembangkang serta sekali lagi gagal merampas balik kuasa di Kelantan dalam Pilihanraya
Umum Malaysia 2008. Oleh ini, bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohammad
berpendapat bahawa Abdullah harus mempertimbangkan perletakan jawatannya sebagai Perdana
Menteri Malaysia setelah kegagalan besar Barisan Nasional dalam pilihanraya tersebut. [2]
Melepaskan jawatan Perdana Menteri
Abdullah tidak menawarkan diri untuk menjadi calon Presiden pada pemilihan Agung UMNO
pada 2009. Ini kerana beliau ingin menyerahkan jawatan tersebut kepada pengganti beliau
sebagai Presiden UMNO sekaligus sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6.
Modal Insan sentiasa mendapat tempat di hati Tun Abdullah Ahmad Badawi sepanjang
memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Ini kerana beliau percaya modal insan merupakan
aset terpenting untuk memacu negara ke hadapan. Selain itu pemahaman Islam Hadhari juga
menyumbangkan kepada pembangunan modal insan ini. Itulah legasi Abdullah kepada Malaysia
selepas mengundurkan diri sebagai pemimpin No. 1 negara. Oleh itu, beliau telah dikenali
sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan.
Kontroversi
Setelah gerakan untuk menuduh orang-orang kenamaan seperti Eric Chia dan Isa Abdul Samad
dengan rasuah, usaha pentadbiran Abdullah untuk membanteras rasuah dikatakan menjadi
kurang jelas. Masih dibahaskan sama ada Abdullah masih terus melawan rasuah secara diam-
diam ataupun dia telah sengaja melambatkan usaha dalam menghapuskan rasuah.
Walaupun Abdullah mengatakan bahawa dia mengalu-alukan pandangan atau kritikan yang
membantu memperbaiki pentadbirannya, dia telah memberi amaran kepada Mukhriz Mahathir
yang mengkritik dasar ekonominya pada Mesyuarat Agong UMNO 2006. [3] Kerajaannya juga
cuba mengawal sumber-sumber "bawah tanah" seperti laman web, forum dan blog, menganggap
mereka yang menyebarkan maklumat secara maya sebagai "tidak punya kredibiliti". [4] Di bawah
Bill of Guarantee MSC, kebebasan Internet dijamin oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu sebarang
usaha untuk menyekat kebebasan bersuara di Internet dilihat sebagai usaha sia-sia.
Kebebasan media
Abdullah juga sering dikritik oleh penulis blog Malaysia dan media luar negara kerana sentiasa
mendiamkan diri dengan kritikan terhadapnya. Dia telah bersumpah untuk bertindak keras ke
atas penunjuk-penunjuk perasaan yang pro-demokrasi dan memberi sokongannya kepada polis
untuk menghapuskan pertunjukan perasaan dan menangkap peserta dalam pertunjukan perasaan.
[3] Ini telah diikuti oleh suatu siri larangan media berkenaan beberapa perhimpunan pro-
demokrasi bersifat aman seperti Perhimpunan Bersih 2007 yang diadakan pada 10 November
2007. Media tempatan yang dikawal oleh kerajaan Malaysia tidak menyiarkan hal itu (dengan
penuh) sedangkan ia telah diperihalkan oleh media luar negara seperti Al-Jazeera, Reuters, BBC
dan CNN. Abdullah kemudian menyatakan bahawa dia pantang dicabar. [4]
Pembubaran Parlimen Malaysia pada 13 Februari 2008
Abdullah Badawi sekali lagi dikritik mengamalkan tabiat menipu oleh ahli-ahli politik
pembangkang, setelah beliau mengumumkan pembubaran Parlimen Malaysia pada 13 Februari
2008. [5] Ini kerana beliau telah berjanji pada 12 Februari 2008 bahawa pembubaran Parlimen
tidak akan berlaku pada hari keesokan. [6]
Walau bagaimanapun, ketika ditanya wartawan mengapa Parlimen dibubarkan pada 13 Februari
sedangkan beliau pada hari sebelumnya menafikan akan membubarkan Parlimen, Abdullah
Badawi mengatakan beliau tidak boleh memberi sebarang bayangan mengenai pembubaran
parlimen [7].
Fakta bercelaru tentang daya saing Malaysia
Pada 28 Januari 2008, Abdullah Badawi mendakwa bahawa Malaysia di tangga kelapan dunia
dalam konteks daya saing negara berdasarkan Laporan Daya Saing Dunia 2007 (World
Competitiveness Yearbook 2007). Dakwaan itu hanya betul di kalangan kategori negara-negara
yang mempunyai populasi 20 juta penduduk ke-atas, manakala keseluruhannya Malaysia hanya
menduduki tempat ke-23 di dalam dunia. [8]
Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim mengatakan bahawa Abdullah
Badawi sengaja memutarbelitkan hakikat dan keputusan Abdullah untuk mengeluarkan fakta
yang bercelaru ini adalah usaha yang sangat lemah untuk menyembunyikan fakta bahawa asas-
asas ekonomi Malaysia telah gagal bergerak di bawah pemerintahannya. Menurut Anwar, daya
saing Malaysia semakin merosot dan dalam keadaan di mana ekonomi Malaysia dulunya setaraf
dengan Singapura dan Hong Kong, Malaysia sekarang di kedudukan ke-23 di seluruh dunia,
manakala Singapura di kedudukan kedua dan Hong Kong ketiga.
Anwar berpendapat bahawa Malaysia memerlukan kepimpinan yang lebih berwibawa sekiranya
Malaysia ingin memperkasakan ekonominya sebagai gagasan ekonomi bertaraf global.[9]
Usul undi tidak percaya
Pada 14 Julai 2008, ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengetuai 14
Anggota Parlimen dari PKR, PAS dan DAP mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap
kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2). Usul itu
"Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan tidak percaya terhadap kepimpinan YAB
Perdana Menteri Malaysia dan jemaah menteri beliau dalam menjalankan urus tadbir negara
disebabkan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap integriti kerajaan." Bagaimanapun usul itu
ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dengan alasan peraturan
18(7).[5] SAPP pimpinan Datuk Yong Teck Lee bertindak keluar dari Barisan Nasional kerana
tidak lagi mempercayai Datuk Seri Abdullah. UPKO juga hendak mengikut jejak SAPP tetapi
membatalkan hasrat itu.[6]
Serah 'blok minyak RM320b' kepada Brunei
Pada 30 April 2010, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa
penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menyerahkan kepada Brunei dua blok
pengeluaran minyak luar pantai, Blok L dan Blok M yang kaya dengan minyak sebelum bersara
awal pada 2008 seperti yang dilaporkan oleh The Edge Financial Daily (22 April) dan Brunei
Times sebagai pertukaran dengan daerah Limbang, Sarawak.[7]Ia 'dinafikan' oleh beliau yang
berkata bahawa sumber di 'blok L dan M' di Laut China Selatan yang dirujuk oleh Dr Mahathir,
kini dikongsi bersama oleh Malaysia dan Brunei di bawah perjanjian wilayah dan komersil yang
ditandatangani pada 16 Mac 2009 untuk tempoh 40 tahun, bertujuan untuk menyelesaikan isu
sempadan antara kedua negara.[8]
Anugerah
Tahun Nama Anugerah Daripada
Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) - Datuk Seri
2010 Persekutuan
Utama
2009 Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) - Tun Persekutuan
2007 Bintang Republik Indonesia Adi Pradana Indonesia
2005 Darjah Seri Utama Sultan Mizan Zainal Abidin (S.U.M.Z.) Terengganu
Universiti Jamia Millia
2004 Ijazah Doktor Persuratan (Honoris Causa)
Islamia, New Delhi, India
2004 Pingat Jose Marti (Jose Marti Order) Cuba
Darjah Utama Negeri Melaka (D.U.N.M.) - Datuk Seri
2004 Melaka
Utama
Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat
2004 Johor
Pertama (D.K.J.)
2003 Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (D.P.) - Datuk Patinggi Sarawak
Darjah Seri Paduka Sultan Azlan Shah (S.P.S.A.) - Dato'
2003 Perak
Seri Diraja
Institute of Engineers
2001 Fellowship Kehormat
Malaysia
Darjah Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamallulail (S.S.S.J.) -
2001 Perlis
Dato' Seri Diraja
Darjah Seri Paduka Negeri Sembilan (S.P.N.S.) - Datuk Seri
2000 Negeri Sembilan
Utama
Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.)
2000 Selangor
- Dato' Seri
London Chartered Institute
1999 Fellowship Kehormat
of Marketing
Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat
1999 DiMulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad (S.S.A.P.) - Pahang
Dato' Seri
Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) - Datuk Seri
1999 Sabah
Panglima
Republik Rakyat
1997 First Class Order Of Friendship Of DPRK Demokratik Korea (Korea
Utara)
1997 Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N.) - Datuk Seri Pulau Pinang
A Knight Grand Cross, First Class Of The Most Exalted
1994 Thailand
Order Of The White Elephant
1994 Grand Cross Of The Order Of Merit Chile
1992 Dato' Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A.) - Dato' Selangor
Republik Korea (Korea
1992 Anuguerah "Qwang Hwa Chang" dari Republik Korea
Selatan)
1991 Grand Cordan Of The Order Of The Sacred Treasure Jepun
Kedoktoran Kehormat oleh Universiti Western Michigan,
1987 Amerika Syarikat
Amerika Syarikat
Diplomatic Service Merit, The Kwangha Medal oleh Republik Korea (Korea
1983
Presiden Republik Korea, Chun Doo Hwan Selatan)
1981 Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (D.M.P.N.) - Datuk Pulau Pinang
1979 Darjah Johan Negeri (D.J.N.) Pulau Pinang
1974 Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) Persekutuan
1971 Ahli Mangku Negara (A.M.N) Persekutuan

Garis masa
• 1939: Dilahirkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 26 November.
• 1964 (umur 25): Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Islam dari Universiti
Malaya; menjadi Penolong Setiausaha, Jabatan Perkhidmatan Awam (sehingga 1969).
• 1965 (umur 26): Berkahwin dengan Datin Paduka Seri Endon Mahmood.
• 1969 (umur 30): Dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha kepada Majlis Gerakan
Negara, Jabatan Perdana Menteri Malaysia (sehingga 1971).
• 1971 (umur 32): Dilantik sebagai Ketua Pengarah, Kementerian Kebudayaan, Belia dan
Sukan (sehingga 1973).
• 1974 (umur 35): Dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Kebudayaan,
Belia dan Sukan.
• 1978 (umur 39): Menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas; juga menjadi Setiausaha Parlimen
di Kementerian Wilayah Persekutuan (sehingga 1980).
• 1979 (umur 40): Menjadi Ketua UMNO Cawangan Bertam serta Ketua UMNO Bahagian
Kepala Batas.
• 1980 (umur 41): Dilantik sebagai Timbalan Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan
(sehingga 1981).
• 1981 (umur 42): Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO; menjadi Menteri di Jabatan
Perdana Menteri (sehingga 1984).
• 1984 (umur 45): Dilantik sebagai Menteri Pendidikan sehingga 1986; menjadi Naib
Presiden UMNO sehingga 1990.
• 1986 (umur 47): Dilantik sebagai Menteri Pertahanan (sehingga 1987).
• 1990 (umur 51): Dilantik sebagai Ketua Delegasi UMNO ke Jawatankuasa Perundingan
Ekonomi Negara/Pengerusi Jawatankuasa Penyusunan Semula Masyarakat.
• 1991 (umur 52): Dilantik sebagai Menteri Luar Negeri (sehingga 1999).
• 1993 (umur 54): Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO (sehingga 1996).
• 1996 (umur 57): Menjadi Naib Presiden UMNO.
• 1998 (umur 59): Menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang.
• 1999 (umur 60): Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada Januari
sehingga Oktober 2003; menjadi Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara
(MTEN).
• 2000 (umur 61): Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada Mei.
• 2003 (umur 64): Dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima pada 31
Oktober.
• 2004 (umur 65): Menjadi Presiden UMNO pada September.
• 2007 (umur 68): Berkahwin dengan Datin Seri Jeanne Abdullah pada 9 Jun.
• 2008 (umur 69): Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Abdullah mengekalkan
kuasa tetapi tidak mendapat majoriti dua pertiga dalam Pilihanraya Umum ke-12.
• 2008 (umur 69): Mengumumkan tidak akan bertanding sebagai Presiden UMNO pada 8
Oktober
Rujukan
1. ↑ "Pak Lah dilantik Pengerusi IKIM", Utusan Online. 29 Ogos 2009.
2. ↑
http://www.pmo.gov.my/WebNotesApp/PMMain.nsf/hv_PMKiniSemasaNew/D63C3C4
E562A452548256EB000304EB7
3. ↑ Mukhriz dikecam gara-gara kritik ucapan Pak Lah, mStar on-line.
4. ↑ Nihaz Mohd Yusoff (8 Disember 2007). "Media Perdana VS Media Maya". MYKMU
NET. http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=5587.
5. ↑ Usul Undi Tak Percaya Terhadap PM Ditolak, Anggota Pembangkang Bertindak
Keluar Dewan
6. ↑ UPKO akan kaji semula sokongan kepada SAPP
7. ↑ "Dr M: Pak Lah serah 'blok minyak RM320b' pada Brunei", Malaysiakini.com. 30
April 2010.
8. ↑ "Ini penjelasan Pak Lah...", Malaysiakini.com. 30 April 2010.

Pautan luar
• Laman web rasmi Perdana Menteri
• Profil Perdana Menteri
• Profil: Abdullah Ahmad Badawi
• Laman Kerajaan Malaysia: Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
• Abdullah yang setia memenangi jawatan pesaing Anwar
• Universiti Utara Malaysia
Mohd Najib bin Abdul Razak
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Yang Amat Berhormat Dato' Sri
Mohd Najib bin Tun Abdul Razak

Perdana Menteri Malaysia


Masih berkhidmat
Memasuki pejabat
3 April 2009
Raja Tuanku Mizan Zainal Abidin
Timbalan Muhyiddin Yassin
Didahului oleh Abdullah bin Ahmad Badawi
Kawasan Pekan

23 Julai 1953 (umur 56)


Lahir
Kuala Lipis, Pahang
Parti politik UMNO
Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar (cerai)
Pasangan
Rosmah binti Mansor
Anak 5
Agama Islam
YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak[1] (lahir 23 Julai 1953) adalah
Perdana Menteri Malaysia terkini sejak 3 April 2009, selain sebagai Menteri Kewangan dan ahli
parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteri
Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Di peringkat akar umbi politik, beliau
merupakan Presiden UMNO yang ke-7.

Isi kandungan
• 1 Latar belakang
• 2 Pendidikan
• 3 Politik
• 4 Kontroversi
○ 4.1 Kes pembunuhan Shaariibuugiin Altantuyaa
○ 4.2 Perhimpunan Kampung Baru 1987
○ 4.3 Dakwaan Malaysia sebuah negara bukan sekular
○ 4.4 Perkauman
○ 4.5 Kecekapan dan kemampuan diragui
• 5 Semasa menjawat Perdana Menteri
• 6 Rujukan
• 7 Pautan luar

Latar belakang
Dato' Seri Najib lahirkan di Kuala Lipis, Pahang. Beliau merupakan anak sulung kepada Tun
Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohammad Noah.
Pada tahun 1976, Najib berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dan
mendapat tiga anak: Mohd Nizar Najib (lahir 1978), Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa
Najib. Pada tahun 1987 beliau bercerai dengan Ku Yie dan berkahwin dengan Datin Seri
Rosmah Mansor dan mendapat dua anak lagi: Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa
Najib. Beliau juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein.
Pendidikan
Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan
kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah
Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham,
England pada tahun 1974.
Politik
Najib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun
Abdul Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut
kerusi Parlimen Pekan yang kosong, akibat kematian bapanya, ketika berumur 23 tahun, dan
merupakan ahli parlimen termuda yang pernah dipilih ketika itu.
Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga,
Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982 hingga
1986, beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai
Menteri Besar Pahang ketika berumur 29 tahun.
Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:
• 1978-1980 - Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
• 1980-1981 - Timbalan Menteri Pendidikan
• 1981-1982 - Timbalan Menteri Kewangan
• 1982-1986 - Menteri Besar Pahang
• 1986-1987 - Kementerian Belia dan Sukan|Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan
• 1990-1995, 1999-2008 - Menteri Pertahanan
• 1995-1999 - Menteri Pendidikan
Najib juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan (Majuternak)
pada tahun 1977-1979. Kepimpinan beliau teruji dan terus diberi tanggungjawab oleh pucuk
pimpinan negara. Dalam UMNO, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan
dan ahli EXCO Pemuda UMNO pada 1976. Kemudian beliau dipilih sebagai ahli Majlis
Tertinggi UMNO mulai tahun 1981.
Pada tahun 1982, Najib memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding setelah
Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan itu.
Pada 1987, beliau diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO oleh Anwar
Ibrahim setelah Anwar didesak bertanding Naib Presiden UMNO. Beliau menjadi ketua pada 25
Mei 1988 setelah UMNO ditubuhkan semula. Pada tahun 1993 pula, beliau bertanding jawatan
Naib Presiden UMNO, ekoran langkah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden
UMNO. Beliau terus mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada tahun
1993, 1996 dan 2000.
Pada 7 Januari 2004, Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Datuk Seri Najib bertanding menggunakan tiket
Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Pekan , negeri Pahang. Datuk
Seri Najib telah menang dengan mendapat undi sebanyak 36262. Calon lawan ialah Khairul
Anuar Bin Ahmad Zainudin dari PKR mendapat 9,798 undi -kalah .
Kontroversi
Najib telah menjadi sasaran pihak pembangkang tanpa asas dan bukti. Kencaman-kecaman yang
dilemparkan gagal memberi apa-apa bukti yang sah, tetapi lebih bergantung kepada tuduhan dan
kenyataan bersumpah. Dalam beberapa kes, kenyataan bersumpah tersebut kemudiannya
dibatalkan. Terdapat juga dimana kenyataan bersumpah dialakukan atas nama orang lain.
Kecaman terhadap Najib semakin rancak ketika ura-ura menyatakan bahawa Tun Abdullah bakal
meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Pihak pembangkang terutamanya tidak mahu Najib
naik semakin Presiden UMNO dan Perdana Menteri kerana khuatir sokongan pada UMNO dan
BN akan pulih semula.
Kes pembunuhan Shaariibuugiin Altantuyaa
Rencana utama: Isu Najib-Altantuya
Pada 9 April 2009, dua bekas ahli keselamatan Najib Razak Azilah Hadri dan Sirul Umar telah
didapati bersalah dalam kes pembunuhan Altantuya dan dijatuhkan hukuman mati.[2]
Sebuah akhbar Perancis mendakwa timbalan perdana menteri pernah bertemu mangsa bunuh
Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah
Baginda.
Dalam laporan Liberation 5 March 2009, Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar
bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh
politik itu sebelumnya. Bagaimanapun tiada gambar yang sah pernah dikemukakan sebagai bukti
dan laporan tersebut sama dengan kenyataan laman web pengkritik kerajaan.
Timbalan perdana menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang
mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam. Beliau juga pernah bersumpah tidak mengenali
wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh,
Ogos tahun lepas.
Keputusan kes bunuh tersebut mendapati kedua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK)
bersalah.
Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersubahat dengan anggota polis itu, dibebaskan
daripada pertuduhan tersebut.
Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian
Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia. Arnaud
Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa
ditanggalkan dan mayatnya selepas itu dibungkus dalam beg plastik hitam. Altantuya ditembak
sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.[perlu rujukan]
Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan
pembunuhan wanita itu - berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian
Pertahanan - dalam projek bukunya akan datang.
Walaupun meringkuk di bawah tahanan ISA, tapak web Raja Petra Kamarudin Malaysia Today
telah melaporkan melalui sebuah artikel bertajuk Abuse of Power by the Deputy Prime
Minister [1] pada 11 Oktober 2008 tuduhan pertukaran mesej teks (SMS) antara Najib dan
Shafee Abdullah, peguam terkemuka yang mewakili Abdul Razak Baginda sebelum dia dituduh
dengan tuduhan bersuhabatnya dengan dua pegawai polis dalam kes pembunuhan Altantuyaa.
SMS-SMS tersebut, bertarikh dari 8 November hingga 2 Disember 2006 menimbulkan beberapa
soalan mengenai penanganan kes pembunuhan itu dan mencadangkan yang Najib bercampur
tangan dan berkepentingan sendiri dalam penyiasatan kes tersebut dari awal-awal lagi.[3]
Bagaimanapun, Raja Petra Kamarudin enggan/gagal memberi bukti berkenaan tuduhan ini.
Perhimpunan Kampung Baru 1987
Ketika krisis dalaman UMNO pada tahun 1987, satu perhimpunan yang diketuai oleh Najib
diadakan di Kampung Baru. Penulis Chin Huat Wong dalam rencana berjudul "The political
revival of Malaysia's Anwar" mendakwa sentimen anti-Cina diluahkan secara terbuka semasa
perhimpunan itu di mana sepanduk-sepanduk yang bertulis slogan seperti "13 Mei telah
bermula", dan "Basahkan keris dengan darah Cina". [4]Perkara ini menyebabkan ketegangan
antara kaum yang membawa kepada kebimbangan berulangnya keganasan kaum dan membawa
kepada operasi keselamatan yang dikenali sebagai Operasi lalang, di mana beratus-ratus individu
ditahan[5]. Perkara ini telah dinafikan oleh Najib dalam sidang Dewan Rakyat. [6]
Dakwaan Malaysia sebuah negara bukan sekular
Dalam mengekalkan stategi UMNO untuk mempolitikkan isu perkauman dan agama[7], Najib
mengisytiharkan Malaysia "tidak pernah sekular kerana sekular mengikut definisi Barat
bermaksud pemisahan antara prinsip Islam dengan cara kita memerintah negara."[8]
] Perkauman
Chin Huat Wong dalam Asia Times Online mendakwa bahawa pada tahun 1987, ketika
menyandang Ketua Pemuda UMNO, Najib mempertahankan hak istimewa orang Melayu dalam
satu ucapan di mana dia bersumpah untuk memandikan keris dengan darah kaum cina. [9] Perkara
ini telah dinafikan oleh Najib dalam sidang Dewan Rakyat. [10] Tiada ada bukti bergambar atau
rakaman pernah dikemukakan bagi menyokong tuduhan tersebut.
Kecekapan dan kemampuan diragui
Mantan Perdana Menteri Malaysia Mahathir bin Mohamad menyifatkan Najib tidak mempunyai
kemampuan yang secukupnya untuk menghadapi kemelesetan ekonomi sejagat. Sebelum ini,
Mahathir menyifatkan Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri yang tidak cekap kerana tidak
mempunyai pendirian sendiri dan sering mengikut kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi. Malaysiakini pada 21 April 2008 melaporkan Dr Mahathir menganggap Najib
"lemah dan pengecut".[11]
Semasa menjawat Perdana Menteri
Selepas menjawat jawatan perdana menteri Malaysia ke-6 pada 3 April 2009, beliau telah
melancarkan kempen Satu Malaysia, sebuah gagasan yang menepati definisi setiap rakyat
Malaysia tanpa membezakan warna kulit, keturunan, agama dan latar belakang.Beliau
memperkenalkan beberapa langkah drastik tetapi populis iaitu dengan menghapuskan dasar
(PPSMI) sebagai langkah mendengar keluhan rakyat apabila dasar yang diamalkan sejak 2003
itu mendapat reaksi negatif daripada banyak pihak, dan Biasiswa Nasional di dalam memenuhi
keperluan tajaan pendidikan untuk pelajar cemerlang daripada semua kaum.[12]
Rujukan
1. ↑ Biodata di tapak web Parlimen Malaysia
2. ↑ Najib’s Ex-Security Guards Guilty of Malaysian Murder Bloomberg
3. ↑ "Najib under pressure, again", The MalaysianInsider, Malaysian Insider, 2008-10-11.
Dicapai pada 2008-10-11.
4. ↑ The political revival of Malaysia's Anwar
5. ↑ Brown, Graham K. (April 2005), Balancing the Risks of Corrective Surgery: The
political economy of horizontal inequalities and the end of the New Economic Policy in
Malaysia, Oxford: Centre for Research on Inequality, Human Security and Ethnicity,
CRISE; Queen Elizabeth House, University of Oxford,
http://www.crise.ox.ac.uk/pubs/workingpaper20.pdf, retrieved 07-12-08
6. ↑ Fitnah burukkan imej PM
7. ↑ Freedom House: Country report (Malaysia, 2007 update)
8. ↑ Islam’s war on sin dims bright lights in a nation torn between cultures, Nick Meo, Kota
Bharu, August 18, 2007
9. ↑ The political revival of Malaysia's Anwar.
10. ↑ Fitnah burukkan imej PM
11. ↑ Krisis ekonomi: Dr M sifatkan Najib tidak mampu, HarakahDaily.net
12. ↑ Transformasi 100 hari Najib", Utusan Online, 11 Julai 2009.

Pautan luar
• Laman Jabatan Penerangan.
• Biodata di tapak web Parlimen Malaysia
• (Melayu) Ensiklopedia Malaysia: Najib Razak - 30 Tahun Dalam Politik
Muhyiddin Yassin
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin

Timbalan Perdana Menteri


Penjawat kini
Mula berkhidmat
9 April 2009
Didahului oleh Najib Tun Razak

Menteri Pelajaran
Penjawat kini
Mula berkhidmat
9 April 2009
Didahului oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Menteri Industri Agro dan Asas Tani

Ahli Parlimen
bagi kawasan P145 Pagoh, Johor
Penjawat kini
Mula berkhidmat
1978

Menteri Besar Johor

Tarikh lahir 1947


Tempat lahir Muar, Johor
Parti politik
Barisan Nasional - UMNO
Pasangan Norainee Abd. Rahman
Anak 4
Pekerjaan Ahli Parlimen
Agama Islam
Tan Sri Tuan Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin (lahir 15 Mei 1947), merupakan
Timbalan Perdana Menteri Malaysia Malaysia dan Timbalan Presiden UMNO . Beliau juga
merupakan bekas Menteri Besar Johor, Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan dan Hal
Ehwal Pengguna, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri.

Isi kandungan
[sorok]
• 1 Kehidupan awal
• 2 Kerjaya
• 3 Politik
• 4 Jawatan kerajaan
• 5 Aktiviti kemasyarakatan
• 6 Keluarga
• 7 Pilihan raya Malaysia 2008
• 8 Lihat juga

Kehidupan awal
Beliau berasal dari Muar, Johor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan
Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail serta Sekolah Tinggi Muar di Muar. Kemudiannya
beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana
Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu (1971).
Kerjaya
Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (1970) dan
kemudiannya Penolong Pegawai Daerah Muar (1974). Pengalaman sebagai penjawat awam
digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk berkecimpung dalam dunia korporat. Antara tahun
1974 hingga tahun 1978, Tan Sri Dato' telah memegang beberapa jawatan penting di SGS Ates
Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Perjawatan, Pengarah Urusan Sri Saujana Berhad serta Pengarah
Syarikat Equity Mal Sdn Bhd.
Politik
Beliau kini mengetuai UMNO Bahagian Pagoh iaitu jawatan yang beliau pegang sejak April
1985 lagi. Sebelum itu beliau telah dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pagoh pada
tahun 1976. Dari situ karier politiknya terus berkembang apabila beliau dilantik menjadi Ketua
Pemuda UMNO Malaysia (1982). Pada tahun 1985, buat pertama kalinya, Y.B. Tan Sri Dato'
Muhyiddin dipilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Jawatan ini digunakan sepenuhnya
untuk menabur bakti dan kemudiannya menjadi tokoh yang dipilih menduduki kerusi Naib
Presiden bermula September 1993 sehingga 2008.Beliau kemudiannya diundi menjadi Timbalan
Presiden UMNO dengan mengalahkan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib
Jawatan kerajaan
Beliau pertama kalinya dipilih menjadi wakil rakyat apabila beliau memenangi kawasan
Parlimen Pagoh pada pilihan raya tahun 1978. Beliau yang berjaya mempertahankan kerusi
parlimen berkenaan pada pilihan raya umum pada tahun 1982 telah dilantik menjadi Menteri
Besar Johor selepas Pilihan Raya Umum ke-7 apabila memenangi kerusi Dewan Undangan
Negeri kawasan Bukit Serampang. Di bawah kepimpinan beliau, negeri Johor terus berkembang
pesat dan menjadi antara negeri yang termaju di Malaysia.
Tan Sri Dato' juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri
Malaysia pada tahun 1981, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pada tahun 1982 dan
Menteri Belia dan Sukan selepas Pilihan Raya Umum ke-9 iaitu pada Mei 1995. Empat tahun
kemudian, beliau dilantik menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
mulai bulan Disember 1999. Pada bulan Januari 2004, beliau diberi kepercayaan mengetuai
Kementerian Pertanian berikutan penstrukturan semula Kabinet Persekutuan. Selepas Pilihan
Raya Umum ke-11, beliau dilantik semula menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
yang fungsinya ditambah bagi memajukan sektor pertanian dan industri yang berkaitan agar
lebih berdaya saing.
Aktiviti kemasyarakatan
Selain itu, Tan Sri juga banyak terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan. Beliau pernah dilantik
menjadi Yang DiPertua Royal Johor Country Club dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor
(1986-1995) serta Presiden Persatuan Kanak-Kanak Spastik Negeri Johor selama 10 tahun
(1986-1996).
Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin juga merupakan pengasas TSM Charity Golf yang ditubuhkan
dalam tahun 2002. Ia merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bermatlamat untuk
membentuk masyarakat penyayang melalui sumbangan kebajikan dan derma dari sukan golf.
TSM Charity telah sedikit sebanyak mengubah persepsi masyarakat kepada sukan Golf. Jika
sebelum ini golf dianggap sukan untuk golongan elit, Tan Sri Dato' Muhyiddin melalui TSM
Charity Golf telah mengubah persepsi ini dengan menjadikan golf sebagai satu wadah untuk
membuat kebajikan dan menyumbang kepada mereka yang memerlukan.
Banyak pertandingan Golf Amal telah dibuat di Australia, New Zealand dan Indonesia. Melalui
pertandingan amal ini, kutipan yang dibuat disumbangkan kepada badan-badan kebajikan pelajar
di negara tersebut. Sumbangan ini seterusnya digunakan untuk pelbagai aktiviti kebajikan pelajar
dan rakyat Malaysia. Selain itu, ia juga sumbangkan kepada mereka yang didalam kesusahan dan
mereka yang terlibat dalam pelbagai bencana alam.
Di dalam konteks sukan, Tan Sri Dato' Muhyiddin melalui TSM Charity Golf juga cuba untuk
membangunkan aktiviti golf di Malaysia. Pada tahun 2006, TSM Charity dengan kerjasama
Kementerian Belia dan SUkan telah menganjurkan pertandingan "TSM Golf Challenge - In
Search of Malaysian Tiger", dalam usaha untuk mencari bakat-bakat baru dalam sukan golf di
Malaysia.
Keluarga
Tan Sri Dato' Muhyiddin telah mendirikan rumahtangga pada 1972. Hasil daripada perkongsian
hidup beliau bersama Puan Sri Hajjah Norainee Abd. Rahman, mereka dikurniakan cahaya mata
iaitu Fakhri Yassin, Nabilah, Najwa dan Farhan Yassin. Ayah beliau yang bernama Muhammad
Yassin bin Mohammad adalah seorang ulamak terkenal di Bandar Maharani (Muar), Johor.Hasil
perkongsian hidup ayahanda beliau dengan 4 orang isterinya dikurniakan 46 orang anak. Isteri
pertama ayah beliau ialah Allahyarhamah Hajjah Maznah binti Daud, isteri kedua
Allahyarhamah Hajjah Khadijah binti Kassim (ibu kandung Muhyiddin), Allahyarhamah Hajjah
Sapiah binti Abdullah dan Allahyarhamah Hajjah Kintan binti Ibrahim.
Allahyarham Hj. Muhammad Yassin dikatakan asalnya dari Siak mengikut apa yang diceritakan
oleh isteri beliau, Allahyarham Kintan.Allahyarham Muhammad Yassin pula mempunyai adik
beradik iaitu bernama Muhammad Nor bin Muhammad dan Sulaiman bin Muhammad. Oleh itu
bapa saudara Muhyiddin di sebelah bapa adalah Md. Nor bin Muhammad dan Sulaiman bin
Muhammad. Keluarga Allahyarham Muhammad Yassin yang ramai bilangan ini tinggal se
kampung di batu 1 1/4 Jalan Bakri, Muar, Johor di rumah-rumah ibu yang berasingan. Kampung
ini masih terdapat sehingga ke hari ini.
Pada masa hayat, Allahyarham Muhammad Yassin telah banyak mengajar di daerah Muar
seperti di Mesjid Jamek Muar, Mesjid Parit Jamil, Mesjid Seri Menanti, Mesjid Bukit Gambir,
Masjid Bukit Kangkar dan Masjid Sungei Mati Muar. Malah yang paling jauh tempat beliau
mengajar ialah di Chohong Melaka iaitu di antara sempadan Melaka dan Muar. Suara
Allahyarham dengan lantang dan bergema semasa menyampaikan pengjaran ilmu Tasauf dan
Ilmu Tauhid. Allahyarham Muhammad Yassin telah dibawa menaiki kereta untuk mengajar oleh
anak beliau sendiri iaitu Allahyarham Haron bin Mohd. Yassin iaitu antara anak tua dari isteri
yang pertama.
Allahyarham juga telah mengasaskan Sekolah Men. Md. Yassin (Persendirian) di Batu 1 1/4
Jalan Bakri, Muar. Anak-anak Allahyarham seperti Allahyarham Ismail Mohd. Yassin pernah
menjadi Guru Besar manakala Allahyarham Kamaruddin Mohd. Yassin, Fatimah Mohd. Yassin
dan Baharuddin Mohd. Yassin pernah mengajar di sekolah tersebut dalam tahun-tahun 70an
dulu.
Bukan setakat itu sahaja, Allahyarham telah mengasaskan sekolah Arab Saadiah di Batu 1 1/2
Jalan Bakri yang mengambil pelajar-pelajar lelaki dan perempuan untuk mengikuti pelajaran
dalam bahasa Arab. Antara murid Allahyarham yang terkenal ialah Allahyarham Tuan Guru Hj.
Azman bin Azhari yang telah mengasaskan Haujakan Johor dan pengikut bertaburan di serata
negeri Johor.
Anak Allahyarham, Baharuddin bin Mohd. Yassin yang kini bertugas sebagai Pegawai Kastam
Tinggi di KDRM Johor Bahru pernah semasa usia kecil mengikut sama beliau pergi mengajar.
Adik beradik Muhyiddin dari pihak seibu yang masih hidup ialah Aziz Mohd. Yassin
(abang),Rohana Mohd Yassin (kakak) Sahid Mohd. Yassin (adik lelaki) dan Fatimah Mohd.
Yassin (adik perempuan). Kakak Muhyiddin yang bernama Norani Mohd. Yassin dan Ismail
Mohd. Yassin telah pun kembali ke rahmatulah.
Tan Sri Dato' Muhyiddin seperti biasa pada tiap-tiap tahun selalu mengadakan hari perjumpaan
keluarga pada hari kedua atau hari raya ketiga di kediamannya di Tanjung Emas Muar. Di sini
keluarga yang ramai dari pihak adik beradik seibu sebapa, sebapa, cucu, cicit dan piut bertemu
untuk berkenal-kenalan dan menjalinkan silatur rahim.
Pilihan raya Malaysia 2008
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Mahiaddin Bin Md Yasin bertanding menggunakan
tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Pagoh , negeri Johor.
Mahiaddin Bin Md Yasin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 21028.
Calon lawan ialah Mohamad Rozali Bin Jamil dari PAS mendapat 8,447 undi - Kalah . Peratus
pengundi yang keluar ialah 75 %. Undi rosak sebanyak 787.
Lihat juga
• Senarai Majlis Tertinggi UMNO 2004
• http://pmr.penerangan.gov.my/custom.cfm?name=lihatbiodatadetail.cfm&id=14
Hishammuddin Hussein
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Dato' Seri
Hishammuddin Hussein

Menteri Dalam Negeri Malaysia


Penjawat kini
Mula berkhidmat
9 April 2009
Didahului oleh Tan Sri Dato' Seri Musa Mohamad
Kawasan Sembrong

Ketua Pemuda UMNO


Penjawat kini
Mula berkhidmat
30 Mac 2004
Didahului oleh Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi
Digantikan oleh Khairy Jamaluddin

Menteri Belia dan Sukan Malaysia


Tempoh berjawat
1999 – 30 Mac 2004
Didahului oleh Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Yassin
Digantikan oleh Azalina Othman Said

Tarikh lahir 5 Ogos 1961 (umur 48)


Parti politik
Barisan Nasional - UMNO
Pasangan Yang Mulia Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah

Pekerjaan Ahli Parlimen


Menteri
Agama Islam
Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein (lahir 5 Ogos 1961) ialah seorang ahli politik dan ahli
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau juga merupakan Menteri Pelajaran
Malaysia terkini sejak 30 Mac 2004. Beliau berkhidmat sebagai Ketua Pemuda UMNO.

Isi kandungan
• 1 Pendidikan awal
• 2 Kerjaya politik
• 3 Kontroversi Keris
• 4 Lihat juga
• 5 Rujukan
• 6 Pautan luar

Pendidikan awal
Hishammuddin merupakan anak kepada Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ke-3 dan
cucu kepada Onn Jaafar, pengasas UMNO dan pejuang kemerdekaan Malaya.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sek. Ren. St. John's Kuala Lumpur dan Kolej Melayu Kuala
Kangsar sebelum ayahnya dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1973. Setelah
perlantikan jawatan dilakukan ke atas ayahnya, beliau menuntut ke Sekolah Alice Smith, Kuala
Lumpur sebelum ditukarkan ke sebuah sekolah swasta. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian
tinggi ke Universiti Wales, Aberystwyth, United Kingdom dan dianugerahkan Ijazah Undang-
Undang (LL.B Hons) pada tahun 1984. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat
Ijazah Sarjana dan memperolehi LL.M (London) dalam bidang Undang-Undang Komersil dan
Korporat pada 1988 di Sekolah Ekonomi London, United Kingdom.
Hishammuddin telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Sri Marsila Tengku Abdullah dan
dikurniakan empat orang cahaya mata. Beliau meminati sukan taekwando.
Kerjaya politik
Hishammuddin merupakan ahli UMNO Cawangan Sri Tambak, Sembrong, Johor. Beliau kini
juga memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Ketua Pemuda UMNO Malaysia
Ketua Pemuda Barisan Nasional Malaysia. Selain itu, beliau turut dilantik sebagi Ahli
Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin UMNO Malaysia dan Ahli Jawatankuasa Biro UMNO
Malaysia.
Beliau pernah juga dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Johor, Ketua Pemuda UMNO
Bahagian Ledang, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenggara dan Ketua UMNO Bahagian
Tenggara. Kerjaya beliau sebagai wakil rakyat bermula apabila beliau bertanding di kerusi
Parlimen Tenggara pada pilihan raya umum tahun 1995. Pada tahun 1999, iaitu pilihan raya
berikutnya, beliau telah berjaya mengekalkan kerusi parlimen tersebut.
Walau bagaimanapun, kesan daripada persempadanan semula yang dilakukan oleh Suruhanjaya
Pilihanraya (SPR), beliau telah bertukar ke kawasan baru, iaitu Parlimen Sembrong pada pilihan
raya ke-11 yang lalu. Beliau menewaskan calon PAS, Onn Jaafar dengan majoriti 16,978 undi.
Sebagai seorang wakil rakyat, beliau bertekad untuk membangunkan kawasan Parlimen
Sembrong ke arah matlamat cemerlang, gemilang dan terbilang.
Sejak menjadi Ahli Parlimen, Hishammuddin telah berkhidmat di pelbagai jenis kementerian.
Pada tahun 1995, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri. Beliau kemudian dilantik sebagai Timbalan Menteri Perusahaan
Utama pada tahun 1997. Sejak tahun 1999 hingga 2004 pula, beliau telah memegang jawatan
sebagai Menteri Belia dan Sukan. Kini, setelah tamat pilihan raya 2004, beliau mempunyai
tanggungjawab sebagai Menteri Pelajaran.
Kontroversi Keris

Hishammuddin menghunus keris dalam Perhimpunan Agung UMNO 2005 menimbulkan


ketidaksenangan kaum-kaum lain di Malaysia.
Pada 2005, tindakan Hishammuddin menghunus keris dalam Perhimpunan Agong UMNO telah
dipertikaikan oleh masyarakat bukan Melayu . Komentator menganggap aksi ini sebagai
mempertahankan Ketuanan Melayu dan mengancam mereka yang membantah hak istimewa
Melayu seperti yang disebut dalam Perkara 153, Konstitusi Malaysia dan dalam kontrak sosial.
Perhimpunan UMNO 2006 menampakkan pernyataan-pernyataan kontroversi dibuat oleh
beberapa wakil, seperti Hashim Suboh, yang bertanyakan Hishamuddin bila dia akan
menggunakan keris; Hishamuddin sekali lagi telah menghunus keris di perhimpunan agong
tahun tersebut.[1]
Hishamuddin menyatakan bahawa "Keris itu ada dalam bendera UMNO... Ia suatu simbol
kebudayaan Melayu. Awak boleh menghadiahkannya kepada bukan Melayu, dan bukan Melayu
memberikan kepada saya di majlis-majlis. Tetapi, ahli-ahli politik menyatakan mereka tidak
dikonvinsikan oleh penjelasan Hishammuddin, dengan Liow Tiong Lai, Ketua Pemuda MCA
berkata, "kalau saya memegang pedang di suatu majlis wushu, ia akan berbeza kalau saya
memegangnya pada suatu majlis politik. Ini adalah satu majlis politik, jadi ia dilihat dalam
konteks berlainan. Ia mewujudkan ketidaksenangan."
Seorang komentator mencadangkan bahawa "Keris itu tidak mengakibatkan ketidaksenangan.
Gerak-geri dan pengacungan itu yang membuat orang tidak senang hati", manakala seorang
penganalisa politik Cina pula menyatakan "Awak kata keris itu simbol kebudayaan, tetapi ia
suatu simbol kebudayaan yang mewakili keganasan."[2]
Dalam Perhimpunan Agong UMNO tahun 2007, dalam ucapan beliau sebagai Ketua Pemuda,
beliau menjelaskan secara terperinci tentang kedudukan keris dalam budaya orang Melayu. Kata
beliau, "Sebenarnya keris adalah lambang kemelayuan yang mendukung kedaulatan, kekuasaan,
maruah, jati diri, amanah dan tanggungjawab. Keris amat unik sama ada dalam cara membuatnya
atau cara disepuh, disarung, dipakai, diguna dan dipantang larangkan. Keris bukan seperti kapak
yang boleh digunakan untuk menebang bukan juga seperti parang untuk menyembelih. Keris
bukan senjata gunaan seharian untuk ke sawah ladang tetapi untuk ke istana atau ke majlis rasmi.
Keris juga lambang kesatuan bernegara seperti Keris Panjang milik ke Bawah Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Keris ini ditempa dari cantuman besi yang
berasal dari sebelas bilah keris negeri-negeri di Tanah Melayu. Jelas keris bukan sekadar simbol
kekuasaan tetapi juga adalah simbol kesatuan. Masih ramai di kalangan rakyat Malaysia yang
masih tidak mengetahui bahawa keris juga merupakan lambang kewibawaan, kebijaksanaan dan
ilmu. Orang yang memakai keris itu, orang yang ada hikmah, bijaksana dan berpengetahuan
dalam ilmu, bukan hanya ilmu pendekar dan persilatan sahaja. Kita mengucup keris bukan
sekadar menerima kuasa tetapi ada kaitan dengan tugas yang datang bersamanya. Perlakuan ini
ada hubungannya dengan kesediaan menjunjung tinggi tugas yang diwarisi dengan penuh
keinsafan dan kejujuran. Keris dijulang bermakna menjulang kuasa, kedaulatan dan
tanggungjawab yang diserahkan dengan ikrar untuk berlaku adil dan saksama dalam menunaikan
amanah yang diterima. Keris tidak dihunus tanpa bertempat. Keris dihunus dengan tekad untuk
mempertahankan bangsa dan kepentingan negara, bukan hanya untuk orang Melayu tetapi juga
untuk mempertahankan kaum-kaum lain yang bernaung di negara ini. Keris Melayu menjadi
pelindung kepada semua orang seperti juga kerajaan yang ada pada hari ini yang sentiasa
melindungi rakyat pelbagai kaum yang bernaung di bawahnya. Berteduhlah di bawah
perlindungan keris Melayu yang berdaulat ini. Tiada siapa yang harus gementar atau gugup
dengan lambang yang abadi itu. Oleh itu jangan dicipta musuh yang tiada dan jangan takut akan
bayang-bayang. Janganlah dikhuatiri sebuah perlambangan. Janganlah terbawa-bawa dengan
semangat perkauman melulu sehingga hilang rasa hormat yang dibina sekian lama dengan
pengorbanan Melayu."."[3]
Lihat juga
• Dato' Jaafar bin Haji Muhammad (Moyang)
• Dato' Onn Jaafar (Datuk)
• Tun Hussein bin Dato' Onn (Bapa)
Rujukan
1. ↑ Finding the way out of the extreme edge. Malaysia Today.
2. ↑ Lau, Leslie (Nov. 28, 2006). Non-Malays still troubled by Umno keris waving act.
Malaysia Today.
3. ↑ Perutusan Ketua Pemuda. Laman Web Pemuda UMNO.
Pautan luar
• http://pmr.penerangan.gov.my/custom.cfm?name=lihatbiodatadetail.cfm&id=31
• http://thestar.com.my/news/archives/story.asp?ppath=
%5C2005%5C2%5C6&file=/2005/2/6/nation/10104124&sec=nation

You might also like