You are on page 1of 18

1

Definisi, Pengertian & Takrifan Motivasi


Oleh Taidin Suhaimin

"Kemampuan adalah apa yang anda boleh lakukan. Motivasi menentukan apa yang anda lakukan. Sikap pula menentukan
bagaimana baik anda lakukannya." - Lou Holtz

Perkataan MOTIVASI sejak akhir kurun kedua puluh sudah menjadi sesuatu yang lumrah.
Namun kini, masih ramai yang kurang faham tentang apa yang dimaksudkan dengan
perkataan MOTIVASI. 
 
Artikel ini menjelaskan pengertian, definisi dan takrifan motivasi dengan cara yang lebih
mudah difahami.

1. Motivasi Sebagai Pengarah Tuju dan Penggerak Tindakan

Perkataan MOTIVASI adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris - "MOTIVATION".


Perkataan asalnya ialah "MOTIVE" yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu / Bahasa
Malaysia kepada MOTIF, yakni bermaksud TUJUAN. Di dalam surat khabar, kerap pemberita
menulis ayat "motif pembunuhan". Perkataan motif di sini boleh kita fahami sebagai sebab
atau tujuan yang mendorong sesuatu pembunuhan itu dilakukan.

Jadi, ringkasnya, oleh kerana perkataan motivasi adalah bermaksud sebab, tujuan atau
pendorong, maka tujuan seseorang itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utama
baginya berusaha keras mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada
secara negatif atau positif.
 
Oleh itu, kita boleh definisikan bahawa: 

1. Motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam


tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif.

2. Motivasi Sebagai Pendorong

Tujuan atau motif adalah sama fungsinya dengan matlamat, wawasan, aspirasi, hasrat atau
cita-cita. Jadi, wawasan, cita-cita, impian, keinginan atau keperluan seseorang itu malah
bagi sesebuah negara merupakan pendorong utama yang menggerakkan usaha
bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang dihajatkan. 
 
Lebih penting sesuatu yang ingin dicapai, dimiliki, diselesaikan atau ditujui, lebih serius dan
lebih kuatlah usaha seseorang, sesebuah keluarga, organisasi, masyarakat atau negara
untuk mencapai apa juga matlamat yang telah ditetapkan. Jadi, dengan matlamat atau
hasrat yang lebih penting atau besar, lebih kuatlah pula dorongan atau motivasi seseorang
itu untuk berusaha bagi mencapai matlamatnya.
 
Oleh itu, bolehlah kita buat kesimpulan di sini bahawa:

2. Motivasi adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak
utama seseorang, sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa juga
yang diinginkan.
2

(Definisi kedua saya di atas ada kesamaan sedikit dengan definisi pertama).

3. Motivasi Sebagai Darjah Kesungguhan

Tahap kepentingan sesuatu yang seseorang ingin capai, memberi kesan terhadap tahap
kesungguhannya berusaha. Sungguhpun masa untuk mencapainya agak lama, tetapi jika
apa yang dihasratkan itu amat penting, ia akan terus tetap mempunyai keinginan atau
kesungguhan untuk berusaha sehinggalah matlamatnya tercapai.

Oleh itu, bolehlah juga kita buat kesimpulan di sini bahawa:

3. Motivasi adalah darjah atau tahap kesungguhan dan tempoh keterusan


seseorang, berusaha untuk mencapai tujuan atau matlamat.

4. Motivasi Sebagai Stimulator


Untuk menjelaskan maksud ini, saya ingin ambil kisah berikut:
Seseorang lelaki dan wanita yang sedang saling amat cinta mencintai sehingga telah
berjanji untuk hidup bersama, akan berusaha dengan penuh kesungguhan untuk menjadi
suami isteri walaupun menghadapi pelbagai halangan untuk berbuat demikian. Itulah
sebabnya, ramai pasangan yang kita dengar pergi bernikah ke luar negara apabila ada
halangan yang tidak membolehkan mereka mendapat sijil perkahwinan di dalam negara
atas sebab halangan undang-undang. Seperti kata pepatah Melayu "Nak, seribu daya. Tak
nak, seribu dalih." 

Di sini dapatlah kita simpulkan bahawa: 

4. Motivasi adalah stimulasi atau semangat akibat rangsangan atau keghairahan


terhadap sesuatu yang benar-benar diingini.

Taidin Suhaimin sedang mengendalikan Program Motivasi untuk Dewan


Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia pada 2-3 Jun 2009. 

5. Motivasi Sebagai Pemangkin Keberanian


3

Untuk menjelaskan maksud ini, saya ingin menceritakan sedikit pengalaman saya semasa
kanak-kanak dahulu. Semasa saya baru berusia kira-kira 10 tahun, saya amat takut berada
di tempat gelap, sebab takut akan "terjumpa hantu". Amalan di kampung saya terutamanya
pada tahun-tahun 60an dan 70an ialah apabila seseorang ahli keluarga meninggal dunia,
pada rumah orang yang meninggal dunia itu hendaklah ada orang yang tidak tidur atau
berjaga sampai pagi, selama tujuh hari. Amalan ini dipanggil "modtudau".

Suatu hari, ada kematian di kampung saya. Masa itu, banyak cerita tentang "hantu bangkit"
di tempat kelahiran saya (Kundasang, Ranau, Sabah - Kini Kundasang adalah sebuah pusat
peranginan yang terkenal di rantau ini). Kerana minat "modtudau", saya tidak melepaskan
peluang untuk "modtudau" bersama. 

Rumah kami jaraknya lebih kurang 500 meter dari


rumah jiran kami itu yang ada kematian. Apabila
malam semakin larut, saya mula rasa mengantuk.
Tiba-tiba saya rasa nak balik rumah sangat.
Waktu itu bekalan elektrik belum ada. Kerana
takut terjumpa hantu, saya telah cuba mencari
jika ada sesiapa yang nak balik rumah mereka
agar dapat menemani saya pulang, tetapi, (Kundasang - Terletak Di Bawah Kaki Gunung
nampaknya tak ada seorangpun yang nak balik.  Kinabalu - Gunung Tertinggi Di Asia Tenggara -
13,455 Kaki)

Yang nak balik, sudah balik awal. Yang tak nak balik rumah, ada yang sudah tidur atas
lantai. Pada masa yang sama, saya juga malu minta tolong hantar pulang kerana saya pergi
ke rumah jiran itupun sebenarnya tidak ada sesiapa yang menjemput. Ibu bapa saya pun
tak tahu. Ingatkan nak pergi sekejap sahaja. 

Oleh kerana rasa tak selesa tidur di rumah orang


lain, dan takut pula dimarahi ibu bapa, saya terus
memberanikan diri balik seorang diri. Mula-mula
jalan, OK - (takut juga tetapi masih terkawal).
Sampai di pertengahan jalan, tiba-tiba saya terasa
macam ada sesuatu di sebelah kiri saya - seperti
lembaga hitam besar. 
Kinabalu Pine Resort, Kg. Sinisian, Kundasang,
Ranau, Sabah, Malaysia

Saya terus sangat terkejut dan takut. Apa lagi….. sayapun memecut lari seperti lipas
kudung - sekuat-kuatnya menyelamatkan diri ... badan dan mukapun rasa amat pucat dan
sejuk, bulu romapun naik! Taaakut sangat! Sampai rumah - dalam keadaan amat seram,
saya berteriak.. AMAAAAAAAK IWANGAII ILO NONGOBOOONNN (Bahasa Ibunda saya) atau
MAAAK BUKA PINTUUUUU!!!. Terdengar suara ketakutan dari saya, mak saya cepat-cepat
buka pintu! Mungkin masih berjaga - dan tak dapat tidur kerana risau tentang diri saya.
Oleh kerana terlalu takut dan tercungap-cungap, ibu saya yang mungkin tadinya risau dan
marah, cepat-cepat mententeramkan saya.

Itulah salah satu daripada pengalaman-pengalaman saya semasa kanak-kanak yang saya
tak dapat lupakan; kerana teringin sangat nak balik rumah, dalam keadaan takut-takut pun
tetap nak pulang rumah, akhirnya memberanikan juga balik seorang diri walaupun dalam
keadaan gelap. 
4

Apa yang boleh saya rumuskan di sini berasaskan pengalaman saya itu ialah; apabila kita
betul-betul dan benar-benar inginkan sesuatu, ketakutan atau kemalasan menjadi
perkara kedua - mencapai matlamat akan menjadi perkara utama; keberanian,
kerajinan dan ketekunan akan timbul.

Oleh itu, bolehlah kita simpulkan atau definisikan di sini bahawa:

5. Motivasi adalah suatu mangkin yang menimbul dan menyeramakkan keinginan,


keberanian dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu matlamat mencabar yang
benar-benar diingini serta diyakini boleh dicapai / perolehi. 

(Definisi kelima ini pula ada kesamaan sedikit dengan definisi keempat).

Kritikan Terhadap Pendapat Tentang Motivasi

Ramai ahli psikologi yang menyatakan bahawa,


apabila sesuatu matlamat sudah tercapai, ianya
tidaklah berfungsi lagi sebagai pemotivasi. Ini
kerana, bila yang diinginkan sudah tercapai, ia
akan berpuas hati dan tidak lagi menjadi
perangsang kepadanya; ianya tidak lagi menjadi
sesuatu yang mendorong atau memotivasikan
Pusat Latihan Telekom di Kundasang, Ranau,
dirinya untuk terus berusaha mendapatkannya. Sabah, Malaysia

Saya agak kurang bersetuju dengan pendapat atau konotasi ini. Sesuatu yang dahulunya
menjadi pemotivasi - sebelum kita miliki, sebenarnya masih berperanan sebagai
pemotivasi. Misalnya, seorang yang sangat kepingin memiliki suatu kereta (mobil) idaman;
cita-cita tercapai; walaupun membelinya secara ansuran, apakah apabila dengan sudah
memiliki kereta idaman, kereta idaman itu tidak lagi menjadi salah satu pemotivasinya?
Pada hemat saya, ia masih tetap sebagai pemotivasi tetapi dalam bentuk lain yakni;
misalnya, motivasi untuk memastikan kereta idamannya itu tetap bersamanya atau terus
dimilikinya dengan membuat bayaran ansuran bulanannya secara konsisten.

Jadi, pendapat yang mengatakan "a satisfied need doesn't motivate", boleh dipertikaikan. A
satisfied need, in actuality still has its motivational functions. Themotivational
functions shall be: to nurture and sustain what is or are being possessed or hold
so long as they are needed.

Semoga definisi-definisi motivasi yang dipaparkan di atas itu dapat sedikit sebanyak
membantu anda dalam usaha anda memahami dengan lebih mudah makna atau erti
perkataan motivasi. 

P1

Terima Kasih. Semoga kita semua sentiasa dalam keredhaan Allah.


5

Bagaimana Memotivasi Diri Anda


Oleh Taidin Suhaimin

"Waktu saya budak-budak dahulu, setiap 10 perkara yang saya buat, 9 gagal. Saya tidak
mahu menjadi seorang yang gagal. Sebab itu, saya berusaha 10 kali ganda daripada
biasa." – George Bernard Shaw

Artikel ini menjelaskan bagaimana anda boleh memantapkan motivasi diri anda khususnya
tatkala anda terasakan "kesesatan" hala tuju kehidupan, kurang keyakinan diri atau kurang
pasti tentang apa yang patut anda lakukan.

Saya berharap setelah anda membaca artikel saya tentang Pengertian, Definisi & Takrifan
Motivasi anda kini lebih faham maksud MOTIVASI. Artikel tersebut telah saya fikirkan dan
tuliskan pada sekitar bulan Oktober 2003. 

Alhamdullillah, Allah masih lanjutkan usia saya dan kini saya dengan besar hati ingin pula
mengutarakan saranan saya tentang bagaimana anda boleh memotivasikan atau
meningkatkan lagi motivasi diri anda. 

Bagaimana Memotivasi Diri Anda


1. Bina Matlamat yang Jelas, Tumpu dan Fokuskan Usaha untuk
Mencapainya

Seperti yang telah saya jelaskan, perkataan MOTIVASI adalah berasal daripada perkataan
Bahasa Inggeris - "MOTIVATION" yang mana perkataan asalnya ialah "MOTIVE" yang juga
telah dipinjam oleh Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia kepada MOTIF, yakni bermaksud
TUJUAN. Oleh itu, tidak dapat anda tolak bahawa kunci utama yang  memotivasikan diri kita
dalam apa keadaan sekali pun adalah TUJUAN atau MOTIF anda. Atau, dalam kata-kata
yang lebih mantap;  matlamat, wawasan, aspirasi, hasrat atau cita-cita anda. 

Ini bererti, jika anda sudah mempunyai matlamat atau tujuan-tujuan yang jelas dalam
kehidupan anda, anda dengan sendirinya sudah mempunyai pendorong yang menggerakkan
serta mengarah tuju anda untuk bertindak ke arah mencapai matlamat-matlamat anda. 

Seseorang yang tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas, akan seolah-seolah meniti
kehidupannya seperti berjalan dalam kegelapan yang tidak pasti akan ke mana sampainya.

Oleh kerana itu, binalah matlamat atau apa juga yang anda ingin sekali capai atau miliki
dalam kehidupan anda dengan jelas. Matlamat anda itu akan menjadi kompas dan
pendorong kehidupan anda. 

Fokuskanlah segala perhatian dan tenaga anda ke arah mencapai matlamat, wawasan,
aspirasi, hasrat atau cita-cita anda itu.
6

"Motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakan-
tindakannya sama ada secara negatif atau positif." - Taidin Suhaimin

"Motivasi adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak utama
seseorang, sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa juga yang diinginkan." -
Taidin Suhaimin

2. Tanamkan dan Pegang Falsafah bahawa untuk Berjaya Kita Mesti


Benar-Benar Serius, Dedikasi dan Usaha Sungguh-Sungguh

Tahap kepentingan sesuatu yang seseorang ingin capai, memberi kesan terhadap tahap
kesungguhan seseorang itu berusaha. Ketekunan atau sikap tidak kenal putus asa
sebenarnya adalah terhasil daripada kemantapan dan kejelasan matlamat anda. Lagi
penting atau besar ertinya sesuatu yang anda hasratkan, akan lebih terdorong dan
bersungguh-sungguhlah anda berusaha. Secara tidak anda sedari atau sedari, matlamat
anda yang sangat jelas itu disokong pula oleh pegangan hidup yang berlandaskan "kalau
tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya" akan memberi peringatan dan dorongan
kuat kepada anda berusaha bersungguh-sungguh. Ini kerana, anda percaya bahawa hanya
dengan cara itu sahajalah anda boleh mencapai kejayaan. Ini dengan sendirinya pula akan
meningkatkan darjah atau tahap kesungguhan, semangat atau motivasi diri anda untuk
berusaha lebih gigih terutamanya dalam suasana di mana anda mendepani cabaran kuat.

"Motivasi adalah darjah atau tahap kesungguhan dan tempoh keterusan seseorang,
berusaha untuk mencapai tujuan atau matlamat." - Taidin Suhaimin

"Motivasi adalah stimulasi atau semangat akibat rangsangan atau keghairahan terhadap
sesuatu yang benar-benar diingini." - Taidin Suhaimin

3. Tanamkan Semangat Berani & Keyakinan Diri yang Tinggi

Salah satu sebab utama kenapa motivasi seseorang itu menjadi lemah ialah apabila timbul
ketidakyakinan pada diri sendiri. Seseorang yang tidak yakin biasanya akan kalah
sebelumpun melakukan apa yang patut dilakukannya untuk mencapai kemenangan. 

Oleh itu, untuk mencapai kejayaan, seseorang itu mesti berani. "Berani kerana benar, takut
kerana salah." - "Alang-alang menyeluk pekesam, biar sampai ke pangkal lengan. - "Alang-
alang berusaha, biarlah berusaha betul-betul." harus menjadi pegangan anda. Anda
mestilah tanamkan keberanian positif pada diri anda. Anda mestilah mempunyai sikap
berani melakukan apa sahaja yang anda patut buat tetapi takut melakukannya untuk
mencapai kejayaan. 

Agar anda lebih yakin dan berani, anda mestilah tahu benar-benar apa yang anda harus
lakukan untuk mengatasi ketakutan atau mencapai kejayaan.  Ini bererti, anda hendaklah
mempunyai perancangan dan pelan tindakan mantap yang bertindak sebagai rangka
panduan, penguat fikiran dan hati anda serta tindakan anda dalam menangani apa juga
cabaran, halangan yang anda hadapi.
7

Penutup

Saya yakin dengan berpandukan kepada tiga perkara di atas, anda akan sentiasa dapat
memantapkan lagi motivasi diri anda khususnya tatkala mood atau semangat anda menjadi
lemah.

Oleh itu, mantapkanlah matlamat hidup anda. Fokuskanlah usaha dan tenaga anda untuk
mencapai matlamat-matlamat anda itu.  Berusahalah dengan penuh ketekunan, dedikasi
serta kesungguhan. Yakinlah bahawa anda sebenarnya BOLEH. Katakanlah kepada diri
anda, SAYA BOLEH! seberapa kerap yang boleh. Jangan sekali-kali ragu-ragu melakukan
apa yang mesti anda lakukan demi mencapai kejayaan (di Dunia & Akhirat).

Insya-Allah. Semoga Sukses Selalu.

Ikhlas dari saya

Taidin Suhaimin

Dkemaskini pada: 25 Februari 2010.

P.S.
Artikel di atas mungkin masih terdapat beberapa kesilapan nahu. InsyaAllah akan saya
perbaiki dari semasa ke semasa.

7 Ciri Cemerlang Orang 


(Pemimpin / Usahawan) yang Positif
Oleh Taidin Suhaimin

"Waktu saya budak-budak dahulu, setiap 10 perkara yang saya buat, 9 gagal. Saya tidak
mahu menjadi seorang yang gagal. Sebab itu, saya berusaha 10 kali ganda daripada
biasa." – George Bernard Shaw

Artikel motivasi ini memaparkan ciri-ciri, sikap-sikap dan sifat-sifat atau jati diri cemerlang
orang-orang (pemimpin / usahawan) yang positif.

1. Semakin Tercabar, Semakin Kuat

Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh
keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh melayari kehidupan. 

Seseorang yang berperibadi lemah, laksana timah atau lilin; apabila terkena api, hancur
lebur. Apabila terketuk oleh cabaran, berkecai!

Dr. Mahathir Mohamad banyak memberi contoh yang cemerlang kepada kita semua. Lagi
banyak masalah yang dihadapi, lagi bertambah kuat beliau. Seperti gam "exhaust pipe",
8

semakin kepanasan, semakin keras mencengkam! Orang lain sudah habis dan gawat idea,
beliau keluar pula dengan idea (pencetus penyelesaian masalah) yang mengejutkan! Itulah
yang amat kita kagumi mengenai YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bersifat semakin
tercabar, semakin gagah! 

Dunia amat mengkagumi keperibadian dan idea-idea beliau. Dunia juga amat
mengharapkan pandangan-pandangan dan fikiran-fikiran tajam Dr. Mahathir. 

2. Melihat Peluang Dalam Kegawatan

Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang
positif dapat melihat peluang keemasan dalam kegawatan! 

Kisah hidup Onassis amat menarik perhatian saya. Aristotle Onassis, seorang jutawan Greek
di Argentina, asalnya adalah seorang budak miskin. Ia pindah ke Argentina dari Greek
untuk membina satu penghidupan baru di sana. Umurnya waktu itu hanya 17 tahun. 

Lepas Perang Dunia Kedua, dunia menghadapi kemelesetan ekonomi yang sangat teruk;
banyak syarikat muflis; ramai orang yang jadi miskin dan papa; ramai orang yang hilang
harapan. Tetapi, Onassis tidak membiarkan dirinya menjadi gagal. Ia tekad mencari
peluang dalam kekemelutan itu. Ia telah nampak suatu peluang. Ia sedar yang tentera-
tentera Amerika Syarikat sedang menghadapi masalah kelebihan kapal perang; kapal-kapal
tidak lagi digunakan untuk berperang. Ia telah membeli kapal-kapal kecil tentera Amerika
Syarikat itu dengan harga yang murah. Setelah membuat sedikit-sedikit pindaan, kapal-
kapal tersebut sudah boleh digunakan bagi mengangkut barang-barang dan minyak yang
diperdagangkan. 

Onassis yang positif telah dapat melihat peluang dalam kegawatan, manakala, orang lain
lebih melihat halangan-halangan dalam kegawatan.

3. Sentiasa Berusaha Bersungguh-sungguh

Seseorang yang positif berpegang kepada falsafah bahawa kalau tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya. Fokusnya ialah untuk mencapai kejayaan; mencapai matlamat
yang telah ditetapkannya dengan penuh kesungguhan dan keberanian. 

Seperti pesanan Paul Getty; untuk mencapai sesuatu kejayaan, seseorang itu perlu / mesti
membuat dua perkara ini: 

Pertama: TETAPKAN SATU MATLAMAT BESAR 


Kedua: MENCAPAINYA DENGAN PENUH KEBERANIAN!

4. Tidak Menyalahkan Keadaan

Seseorang yang positif tidak mengeluh atau mengecam bila ditimpa musibah atau terdapat
kekurangan pada dirinya. Sebaliknya ia menggunakan kekurangan-kekurangan itu untuk
kebaikan kepada dirinya serta orang lain.

Napoleon, yang kecil dan rendah iaitu 5 kaki 1 inci sahaja, selalu dipermain-mainkan oleh
rakan-rakannya di Maktab Tentera tempat ia belajar. Tambahan pula, Napoleon ialah
9

seseorang yang berasal dari Pulau Corsica, pulau yang dipandang tidak begitu penting oleh
orang-orang Perancis. 

Kerana itu, Napoleon telah berazam untuk menunjukkan / membuktikan kepada rakan-
rakannya yang selalu mengejek-ejeknya bahawa ia lebih baik daripada mereka. Ia telah
belajar ilmu ketenteraan dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, beliau telah menjadi
Maharaja Perancis - menakluki tiga suku Benua Eropah. Kekurangannya, serta ejekan-
ejekan dari rakan-rakannya itulah yang mendorongnya menjadi panglima terkenal. 

5. Sentiasa Mencari Jalan Memperbaiki Diri

Orang yang positif sedar bahawa apa yang dilihat sebagai terbaik pada hari ini mungkin
hanya dinilai sebagai sederhana saja sepuluh tahun akan datang. Oleh kerana itu, orang
yang positif tidak henti-henti mencari jalan dengan bersungguh-sungguh untuk membaiki
kehidupannya. 

Selaras dengan itu, Peter Drucker, seorang profesor ilmu pengurusan Amerika Syarikat ada
berkata: "Pengurus yang berjaya sentiasa bertanya kepada dirinya apakah yang boleh ia
buat, bukan apa yang orang lain patut buat untuk dia."

6. Mendengar Dahulu Pendapat Orang Lain

Orang-orang yang positif tidak mengenepikan kecaman-kecaman musuhnya misalnya


dengan terus mengatakan orang itu salah. Tetapi, ia akan mendengar kecaman-kecaman
tadi dan memikirkan betulkah ia salah atau tidak. Perlu diingat, bahawa, bila orang
mengecam tentulah ada sebab-sebabnya. Kadang-kadang daripada kecaman orang lain,
kita boleh dapat petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita.

Presiden Abraham Lincoln pernah dikecam oleh Menteri Pertahanannya, Edward Stanton. Ia
telah digelar oleh Stanton sebagai seorang dungu. Adakah Lincoln marah dan memecat
Menteri Pertahanan itu? Tidak! Sebaliknya, ia telah bertanya kepada Stanton mengapa ia
berkata demikian? Stanton telah menerangkan bahawa langkah Lincoln memindahkan
beberapa batalion tentera ke suatu tempat itu hanya akan merugikan kerajaan Amerika
Syarikat. Presiden Lincoln yakin terhadap penjelasan Stanton itu, lalu menarik balik
rancangannya tadi. 

Sebaliknya, pemimpin-pemimpin yang tidak mengindahkan kecaman orang bahawa dasar


pentadbiran dan ekonominya tidak dapat membawa keadilan sosial kepada rakyatnya,
akhirnya, terpaksa meletakkan jawatan atau kalah dalam keadaan yang mengaibkan.

Inilah yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin-pemimpin termasuk di negara kita. Mereka
bukan sahaja perlu mendengar dengan telinga tetapi juga dengan mata, hati, dan minda
terhadap setiap rintihan rakyat (pengundi) sama ada yang tersurat atau tersirat. Jika ini
dapat diamalkan, insya-Allah, rakyat akan merasa sentiasa terbela dan terus memberi
sokongan. Jika tidak, rakyat boleh bertindak balas! Rakyat adalah pelanggan yang
mesti diberi layanan yang cemerlang dan kepuasan oleh pemimpin-pemimpin (wakil rakyat-
wakil rakyat). 

7. Sentiasa Bangun Apabila Terjatuh


10

Orang yang positif tidak gemar dengan sikap berputus asa. Orang positif memandang
sesuatu kegagalan itu di sudut positif. Mereka memandang kegagalan sebagai guru terbaik
dalam konteks mencapai kejayaan. Oleh kerana itu, orang-orang yang positif walau betapa
teruknya mereka jatuh, akan terus berusaha untuk bangun semula serta berusaha
mengukir kejayaan yang lebih besar daripada sebelum mereka mengalami kegagalan. 

Oleh itu, janganlah sekali-kali berputus asa. Sikap berputus asa adalah amalan syaitan.
Allah mencintai makhluk-makhlukNya yang positif dan cekal serta sentiasa memohon
keredaanNya. Insya-Allah.

Penulis: Taidin Suhaimin

Dikemaskini pada 23 Februari 2010.

Pengertian, Kepentingan & Keajaiban


Keyakinan Diri
Oleh Taidin Suhaimin

"Apabila sesuatu bangsa tidak mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri, maka sudah tentu bangsa itu akan kekal
dalam kehinaan." - Tun Dr. Mahathir Mohamad

Pengertian Keyakinan

Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Keyakinan diri pula ialah
kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala
cabaran yang dihadapi dengan jayanya.

Kepentingan Membina Keyakinan Diri

Kebolehan anda mengatasi segala halangan dalam hidup untuk mencapai kejayaan, banyak
dipengaruhi oleh keyakinan diri anda. Ini bermakna lebih yakin anda terhadap diri anda
serta masa hadapan anda, lebih terbukalah kejayaan untuk anda. 

Jenis-Jenis Keyakinan 

Pada hemat saya, terdapat 4 jenis keyakinan utama yang perlu kita miliki:

 Keyakinan diri terhadap Tuhan dan KeesaanNya


 Keyakinan terhadap diri sendiri
 Keyakinan diri sendiri terhadap orang lain
 Keyakinan orang lain terhadap diri sendiri

Punca-Punca Utama Ketidakyakinan Diri

 Tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup


11

 Tidak mempunyai prinsip hidup yang mantap


 Kurang pengetahuan, pengalaman dan pendedahan
 Kurang kemahiran dan persediaan
 Suka bergaul dengan orang-orang yang berfikiran negatif, hala tuju yang tidak
menentu atau tidak jelas, atau dilahirkan di kalangan orang-orang yang pesimis
 Kemiskinan (Idea & Sains Kejayaan Hidup) 
 Berpenyakit kronik atau badan kerap kurang sihat / cergas

Petanda-Petanda Orang yang Kurang Keyakinan Diri

 Kurang senyum
 Risau dan kelihatan risau
 Gugup dan kelihatan gugup
 Kurang berinteraksi
 Malas bekerja atau berusaha
 Selekeh dan cincai
 Bersikap meminta-minta
 Mudah putus asa
 Suka gossip dan mengumpat
 Defensif dan cepat marah
 Mudah atau suka berbohong

Keajaiban Keyakinan Diri

Kejayaan datang kepada mereka yang dapat mengendalikan kehidupan dengan yakin dan
cemerlang. 

Kisah Keyakinan Diri Joan of Arc amat menarik perhatian saya. Joan of Arc pada umur 17
tahun, seorang pengembala kambing biri-biri yang miskin di Perancis, amat percaya yang ia
telah mendapat ilham dari Tuhan bahawa beliau harus mengetuai bala tentera Perancis
untuk menentang tentera-tentera Inggeris yang amat sukar dikalahkan. Tentera-tentera
Perancis telah kehabisan idea tentang bagaimanakah lagi cara menepis serangan-serangan
serta mengalahkan tentera-tentera Inggeris. Kerana terlalu kekalutan, mereka telah
merayu kepada sesiapa sahaja di kalangan rakyat Perancis untuk tampil ke hadapan
memberi idea tentang bagaimanakah lagi cara menentang tentera-tentera Inggeris.

Joan of Arc seorang gadis yang masih amat muda itu telah tampil ke hadapan dengan
keyakinan yang begitu tinggi, berapi-api - amat yakin sekali - seyakin-yakinnya! bahawa ia
telah mendapat ilham dari Tuhan yang dia sahajalah yang akan dapat memimpin bala
tentera Perancis bagi mengalahkan tentera-tentera Inggeris. Keyakinannya yang sungguh
kental dan mengkagumkan itu telah memberi harapan baru kepada pucuk pimpinan tentera
Perancis. Beliau telah diberi tugas berat; mengepalai tentera Perancis yang sedang
menghadapi kebuntuan dan kemelut itu! 

Keyakinan si gadis lidi yang tidak dapat dipertikaikan lagi itu telah menyemarakkan
semangat seluruh tentera dan rakyat Perancis. Dengan keyakinan dan pimpinan Joan of
Arc, mereka telah mendapat semangat dan tenaga baru untuk menyerang balas dan
menggempur tentera-tentera Inggeris dengan strategi peperangan yang berbisa serta
keyakinan dan semangat juang yang tidak terperi tingginya! Ini telah amat meNGEJUTKAN
12

tentera-tentera Inggeris sehingga hilang arah, kekuatan dan semangat walaupun jumlah
mereka lebih ramai daripada tentera-tentera Perancis - kelamkabut serta bertempiaran
tentera-tentera Inggeris! Lantas, Perancis meraih kemenangan besar!

Inilah bukti KEAJAIBAN keyakinan diri!

Orleans, 1429

This battle of the hundred years war might also be known as 'How
the English were beaten by a small girl'. The English, after
winning at Agincourt in 1415, were in possession of large portions of
Northern France including Paris. The English conquest of France
seemed inevitable and so they began the siege of Orleans, the city
being a 'gateway' to southern regions. The legend of Joan of Arc was
born when a young 17 year old maid took upon herself the task of
leading a French reprieve of Orleans. 

Accounts of Joan and the events that lead to her appointment as the
leader of an army are littered with myth and religious overtones, she
was seen as an angel or a saviour from heaven, men could not A medieval
understand how she was able to command such respect and loyalty portrait of Joan
from the troops.  of Arc.
She led a relief force, with food and supplies, to Orleans and, once there, led an attack
against the English camps outside of the city. Guerrilla style tactics were used, small
attacks in different locations, splitting up the English forces and making them more
vulnerable. Soon the English siege was broken despite the fact that they had
outnumbered the French defenders.

An English relief force was defeated almost to a man despite also outnumbering the
French led by Joan. Accounts of the battle once again speak of the French being
supported by angels and having a divine leadership. These victories, combined with
subsequent liberation of several French towns and cities by Joan, led to Joan of Arc being
forever remembered as a heroine of France, her name and legend being equated with
that of a saint or holy leader. She was captured and burned at the stake by the English in
1430.

Spurious counter argument...

Joan of Arc never lived to enjoy her victories, we killed her.

The fact that the leader of an army was eventually murdered cannot wipe out the
victories that the army had. The English were defeated soundly at Orleans. 

Artkel ini dipetik dari: British Military Defeat

Lagi tentang: Joan of Arc


 
13

7 Langkah untuk 
Mencapai Matlamat & Kejayaan
Oleh Taidin Suhaimin

"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan
menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille

Artikel motivasi ini menjelaskan langkah-langkah, cara-cara, kaedah-kaedah, strategi-


strategi, teknik-teknik, tip-tip, panduan-panduan atau rahsia-rahsia mencapai matlamat
dan kejayaan yang anda inginkan.

Untuk mencapai matlamat anda dan berjaya dalam kehidupan, anda mestilah membina
suatu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah yang telah terbukti keberkesanannya seperti
berikut:

1. Wujudkan Keinginan Anda Sebesar Mungkin

Keinginan tersebut mestilah yang benar-benar anda idamkan. Bagaimana menyemarakkan


keinginan anda? Duduk dan tulis semua keinginan anda. Nyatakan faedah-faedah dan
kebaikan-kebaikan mencapai segala keinginan anda itu. Fikir dan tulislah sepuas-puasnya.
Apabila senarai anda menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat
pada diri anda akan timbul. Teruskan. Anda akan mula menjadi lebih bersemangat. Jika
anda terus menulis dan menghayati segala matlamat anda itu, semangat anda akan
bertambah menyala, berapi-api! InsyaAllah.

2. Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda

TULIS matlamat-matlamat anda di atas sehelai kertas. Jika anda tidak tulis, ia hanya akan
menjadi angan-angan sahaja. Salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda. Ini PENTING,
kerana dengan berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang penting bagi anda. Dengan
berbuat demikian juga, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda.

3. Tetapkan Tempoh dan Bila Anda Akan Mencapai Matlamat Anda

Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanding dengan apa yang anda inginkan. Kira
dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda itu.
TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai.

4. Buat Perancangan

RANCANGKAN tindakan-tindakan anda. Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan


keutamaannya. Perbaiki senarai anda; optimumkannya, sempurnakannya. 

5. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda


14

Letakkan suatu Studio Filem di minda anda! Bayangkan satu GAMBARAN MENTAL yang
anda telah berjaya mencapainya. Buat imej minda yang jelas dan terang pada mata minda
anda. Mainkan gambaran itu berulang-ulang – berkali-kali di fikiran anda. Ingatlah bahawa:
"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan
menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille. Ingatlah juga kata Mahatma
Gandhi: Seseorang itu 

6. Tangani Halangan

1) Kenalpastikan halangan-halangan yang perlu anda atasi.

2) Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda akan perlukan untuk
mencapai matlamat anda - misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau
badan-badan tertentu. adalah hasil dari fikirannya. Apa yang dia fikir, itulah yang dia akan
menjadi". 

7. Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman Anda 

Sokong rancangan anda dengan KEAZAMAN (Resolve) dan SEMANGAT TIDAK MENGENAL
PUTUS ASA (Persistence). Tekadkan semangat. Tumpukan kepada kejayaan. Fokuskan
segala perhatian dan tenaga anda untuk mencapai segala matlamat anda pada waktu yang
anda sendiri tetapkan. Bulatkan hati dan fikiran. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap
sebarang cabaran. Lakukanlah tindakan-tindakan proaktif dan produktif. 

InsyaAllah, dengan diiringi doa, keazaman, disiplin yang tinggi serta usaha gigih, anda akan
mencapai apa juga matlamat yang anda ingini dan impikan. 

Untuk Berjaya, 
Anda MESTI Buat 2 Perkara!
Oleh Taidin Suhaimin

"Sekiranya kita sanggup menghadapi risiko dan bersikap berani, tidak ada sebab mengapa
kita tidak boleh berjaya." - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 16 September 1995, Kuala
Lumpur - Perhimpunan Agung MIC ke-42

Matlamat jitu merupakan asas dan kompas menjana kejayaan. Ianya merupakan tunjang
pendorong, agar kita tidak mengenal erti putus asa, kecewa dan malas berusaha. Kejayaan
dan kesenangan hidup hanya dapat dicapai melalui keberanian dan usaha gigih. Itulah di
antara pegangan Paul Getty, seorang billionaire Amerika Syarikat. 

Menurutnya, untuk mencapai kejayaan, kita perlu membuat dua perkara: 

Pertama: TETAPKAN SATU MATLAMAT BESAR 


Kedua: MENCAPAINYA DENGAN PENUH KEBERANIAN!
Nasihat dan saranan ini amat berguna kerana ianya datang daripada seorang yang amat
berjaya dalam perniagaannya. Paul Getty membuat kesimpulan ini berdasarkan
15

pengalamannya sebagai seorang usahawan yang bermula sejak dari peringkat bawah
hinggalah menjadi seorang billionaire minyak. 

Sebelum mencapai kejayaan, beliau terpaksa menghadapi pelbagai dugaan yang amat
mencabar. Namun, wawasannya yang besar serta semangat beraninya yang begitu tinggi
menjadi asas pemacu utama kejayaan Paul Getty. Beliau tidak mengenal erti putus asa.
Pelbagai kata-kata negatif dilemparkan kepadanya supaya memberhentikan sahaja
usahanya yang banyak mengalami kegagalan. Namun, semangat wajanya tetap utuh.

Mencari telaga minyak bukanlah suatu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi ianya
melibatkan usaha pencarian dan penggalian yang memerlukan teknologi yang tinggi dan
semangat jitu. Pada masa itu, teknologi pencarian dan penggalian minyak masih agak
primitif. Namun, semangat menyala-nyala beliau yang sukar dipadamkan, serta keberanian,
usaha gigih dan keyakinannya yang begitu tinggi akhirnya membawa kejayaan besar
kepada Paul Getty dalam bidang perniagaan. 

Beliau juga telah meluaskan operasi perniagaannya dengan menjadi pengimport minyak
dari negara-negara Timur Tengah. Pengluasan perniagaannya dari segi geografi juga adalah
selaras dengan wawasan besar dan semangat berani beliau.

Daripada cebisan kisah hidup Paul Getty ini dapatlah kita simpulkan bahawa: 

 Kejayaan tidak akan tercapai jika kita hanya mengharapkan nasib. 


 Untuk mencapai kejayaan, matlamat kita mestilah jelas; berani mencapainya dengan
usaha yang tidak mengenal erti penat lelah dan putus asa.

Rahsia Kejayaan: 
Pengurusan Masa Cemerlang
Oleh Taidin Suhaimin

Firman Allah (Maksud):


Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan
mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. [al-‘Ashr 103:1-3]

"Maaf, saya sudah lambat ............................................"


"Jika saya masih ada masa sedikit lagi............................."
"Saya betul-betul minta maaf, saya terlalu banyak kerja....."

Berapa banyak kali kah anda mendengar alasan-alasan di atas? 

Berapa banyak kali kah anda mendengar pekerja-pekerja di pejabat, di rumah, di restoran
atau di mana-mana sahaja bercakap mengenai masalah kekurangan masa?
16

Masa merupakan sumber yang unik. Dari sehari ke sehari, setiap orang mempunyai jumlah
masa yang sama iaitu 24 jam; tidak lebih dan tidak kurang. Masa tidak dapat dikumpulkan.
Masa tidak dapat ditukar ganti. Kita tidak dapat membuka atau menutupnya. Masa
sebenarnya akan kekal atau sentiasa ada. Yang tidak kekal ialah masa hidup kita di dunia. 

Apakah yang membezakan antara orang-orang yang berjaya dengan yang kurang berjaya?
Albert E.N. Gray dalam eseinya "The Common Denominator of Success" menyatakan
bahawa kejayaan yang dicapai oleh orang-orang yang berjaya bukannya kerana kerja kuat,
nasib baik atau bijak dalam selok-belok perhubungan manusia walaupun semua itu adalah
penting. Katanya:

"Orang yang berjaya mempunyai amalan membuat perkara yang mana orang gagal tidak
suka melakukan." 

Satu faktor yang jelas menjadi inti kejayaan mereka ialah orang-orang yang berjaya
sentiasa mengukir amalan keberkesanan dalam hidup mereka. Mereka sentiasa
menggunakan fikiran dan tenaga mereka untuk perkara-perkara yang berfaedah,
mendahulukan apa yang paling penting dahulu serta yang memberikan pulangan
maksimum.

PRINSIP 20/80

Prinsip 20/80 sangat bertepatan dengan "seruan" di atas. Prinsip ini telah diperkenalkan
oleh Vilfredo Pareto, seorang ahli ekonomi Itali. Mengambil sempena namanya, prinsip ini
juga dikenali sebagai Prinsip Pareto.

Secara ringkasnya, menurut prinsip ini, untuk mencapai keberkesanan pada kadar
(optimum) sekitar 80% setiap hari, minggu, bulan, tahun atau dalam seumur hidup kita,
kita hendaklah menumpukan perhatian / tindakan kita terhadap perkara-perkara atau
tugasan yang paling penting dahulu. Misalnya, jika kita  mempunyai 10 senarai tugasan /
kerja pada hari ini dan dapat menumpu atau menyelesaikan 2 tugasan yang paling penting
atau paling tinggi pulangannya, pencapaian atau keberkesanan kita pada hari ini ialah 80%.

Jika rahsia pengurusan masa ini dijadikan sebagai prinsip dan amalan hidup anda, anda
akan akhirnya tergolong dalam golongan orang-orang yang berkecapaian tinggi - amat
berkesan, cemerlang dan gemilang! InsyaAllah.

Sabda Rasululah SAW:


"Sepatutnya ke atas seorang yang berakal itu, ia mempunyai empat waktu; waktu untuk
dia berdoa kepada Allah SWT, waktu dia bermuhasabah dirinya, waktu untuknya
memikirkan ciptaan Allah dan waktu untuk dia mencari keperluan makanan dan
minuman."

Pepatah Cina:
"Berlambat-lambat itu pencuri masa." 
17

TAIDIN SUHAIMIN adalah penceramah dan fasilitator profesional dari Sabah,


Malaysia dalam bidang pembangunan diri, kepimpinan, pengurusan dan komunikasi yang
berpengalaman di peringkat antarabangsa.

Semenjak tahun 1993, ribuan peserta dari pelbagai lapisan dari lebih 200 buah organisasi
di Asia Tenggara khususnya di Malaysia, Singapura dan Brunei serta di Timur Tengah telah
mengikuti program-program latihan dan pembangunan diri dalam sesi-sesi ceramah,
seminar-seminar, persidangan-persidangan dan kursus-kursus yang beliau kendalikan.
Beliau pernah menyampaikan siri-siri ceramah motivasi menerusi TV1, RTM dalam
Rancangan Inspirasi Pagi dan Radio Malaysia Sabah dalam Rancangan Motivasi Pagi.

Graduan Sains Pengurusan (Pemasaran) dari Lancaster University, United Kingdom; dan
Diploma Pentadbiran Awam dari Universiti Teknologi MARA, Malaysia, Encik Taidin Suhaimin
mengkhusus dalam bidang-bidang berikut:

 Motivasi & Pembangunan Diri


 Kepimpinan & Pengurusan

Komunikasi & Perhubungan Pelanggan


Beliau yang mengendalikan program-program latihan dan pembangunan sumber
manusia dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris merupakan penulis buku-buku
yang berjodol:

 Awakening The GIANT In You!


 Membangunkan GERGASI Dalam Diri Anda
 How to Speak Confidently & Effectively in Front of Audience
18

 Effective Leadership, Management & Supervisory Skills


 Motivasi, Teknik Belajar & Strategi Menghadapi Peperiksaan

Merupakan Pengasas, Pengerusi dan Ketua Juruperunding UGMC, beliau mempunyai


lebih 29 tahun pengalaman kerja termasuk lebih 17 tahun sebagai perunding serta
penceramah motivasi dan pembangunan diri.

Misi beliau adalah untuk menyumbang ke arah pembangunan dan kejayaan diri peserta-
peserta program-program beliau dengan menyajikan maklumat dalam suasana yang
membangunkan minda, saling bantu-membantu serta menyeronokkan. 

Taidin Suhaimin in a Stress Management Training


Programme at The Regional Training Centre for Public
Administration Asia-Middle East Dialogue, based at the
Institute of Administrative Development (IAD) in Doha,
Qatar, 25-28 May 2009. 

You might also like