You are on page 1of 35

BUKU PANDUAN

LEPASAN SPM
SESI 2009/2010

PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL (PEMBINA)


TERENGGANU

WWW.PEMBINATERENGGANU.WORDPRESS.COM
PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

ISI KANDUNGAN

• Pendahuluan – Ada Apa Selepas SPM? 2

• Pilihan 1: Matrikulasi KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) 3

• Pilihan 2: Kemasukan ke IPTA

(Asasi, Matrikulasi IPTA atau Diploma IPTA) 9

• Pilihan 3: Politeknik (peringkat diploma atau sijil) 16

• Pilihan 4: Kolej Komuniti (peringkat sijil) 21

• Pilihan 5: STPM – Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (Tingkatan 6) 27

• Pilihan 6: STAM – Sijil Tinggi Agama Malaysia 30

• Pilihan 7: Persedian Luar Negara 32

• Pilihan 8: IPTS – Institusi Pengajian Tinggi Swasta

(peringkat sijil, diploma atau Ijazah) 33

• Rujukan 34

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 1


PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

PENDAHULUAN

Pengajian pasca SPM merupakan antara peringkat pengajian yang paling kritikal sebelum
seseorang pelajar, menceburi bidang kerjaya. Kegagalan memahami dan memanfaat segenap
peluang yang ada di peringkat ini mungkin akan menjejaskan peluang individu untuk memiliki
kerjaya yang terbaik.

Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Terengganu telah mengambil langkah proaktif bagi
membantu golongan belia khususnya lepasan SPM dalam memahami bentuk-bentuk peluang yang
ditawarkan di peringkat ini. Aspirasi PEMBINA Terengganu adalah memastikan tidak berlaku
sebarang bentuk keciciran pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat
seterusnya. Jika ini mampu dilaksanakan, maka peningkatan taraf sosio-ekonomi di kalangan belia
mampu dicapai. Dengan ini diharapkan dapat mengurangkan masalah-masalah sosial belia yang
sedikit sebanyak disebabkan jumlah keciciran pelajaran peringkat pasca SPM di kalangan belia
khususnya belia Melayu Islam

Buku Panduan Lepasan SPM ini akan memberi panduan bagi para pelajar yang masih belum jelas
tentang peluang-peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.

Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Terengganu

www.pembinaterengganu.wordpress.com

www.pembina.com.my

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 2


PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

PILIHAN 1: MATRIKULASI KPM (KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA)

1.1 Program Yang Ditawarkan


Matrikulasi KPM menawarkan 2 jenis program:

1. Program 1 tahun – mendaftar masuk pada bulan April (keutamaan diberikan kepada pelajar yang
memiliki keputusan
2. Program 2 tahun – mendaftar masuk pada bulan Jun

Matrikulasi KPM menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu :

Jurusan/Aliran Mata Pelajaran


a. Sains Hayat – Biologi, Kimia dan Matematik
Jurusan Sains
b. Sains Fizikal – Fizik, Kimia dan Matematik
Jurusan Perakaunan Perakaunan, Ekonomi, Matematik dan Pengurusan Perniagaan
Matematik, Asas Kejuruteraan, Sains Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Awam /
Aliran Teknikal
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Eletronik.

Mata Pelajaran Wajib (Semua jurusan dan aliran)


• Sains Informatik, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam / Moral dan Dinamika Kemahiran.

Kokurikulum (Semua jurusan dan aliran)


• Sukan dan Permainan, Kelab dan Persatuan, Kawad.

Senarai Matrikulasi KPM:

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 3


PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

1.2 Syarat Kelayakan

1. Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia atau pelajar bukan


bumiputera warganegara Malaysia dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan yang
berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2010.
2. Borang permohonan dihantar sebelum atau pada 10 Oktober 2009.
3. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan
SPM tahun 2009.
o Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001)
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik
atau Biologi.
o Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003)
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana –
mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas,
Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi
dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan
Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan /
Lukisan Kejuruteraan).
o Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007)
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik,
Lukisan Kejuruteraan dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian
Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan
Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut :

1. Jurusan Sains (M001)

• 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia


• 4B Matematik
• 6C Salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi atau Mata Pelajaran Teknik
(Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 4


PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

2. Jurusan Perakaunan (M003)

• 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik


• 7D Matematik Tambahan
• 6C Dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan,
Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik
(Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)

3. Aliran Teknikal (M007)

• 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan Lukisan
Kejuruteraan
• 4B Matematik
• 6C Satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian
Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau 4B
Teknologi Kejuruteraan

Perlu diingatkan kelayakan di atas merupakan kelayakan MINIMUM, biasanya pihak Matrikulasi
akan memilih mereka yang mempunyai keputusan yang cemerlang dan memenuhi mata merit
yang ditetapkan

1.3 Permohanan Kemasukan

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua cara permohonan iaitu :

1. Permohonan Secara Manual (PSM)


2. Permohonan Melalui Internet (PMI)

Pelajar dikehendaki menggunakan salah satu cara di atas kerana hanya satu permohonan sahaja
yang akan diproses bagi setiap pelajar. Jika pelajar mengemukakan lebih daripada satu
permohonan, Bahagian Matrikulasi mengguna pakai permohonan melalui internet sahaja.

1.3.1 Tarikh Tutup

• Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Oktober 2009.


• Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada
tarikh tutup tidak akan diproses.

1.3.2 Semakan Permohonan

Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran
Malaysia pada awal atau pertengahan bulan Februari 2010 untuk membuat pembetulan
maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 5


PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

1.3.3 Semakan KeputusanPermohonan

Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web
Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan April 2010 untuk mengetahui
status permohonan.

1.3.4 Surat Tawaran dan Pendaftaran

Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para
pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei 2010. Pelajar boleh mendapat
keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.

1.3.5 Rayuan

Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua minggu
bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2010.
Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi
Dua Tahun (PDT).

1.3.2 Pertanyaan

Sila rujuk portal Aplikasi Permohonan Atas Talian Program Matrikulasi atau laman web Matrikulasi
KPM atau hubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03 8884 4083 atau faks 03 8884 4028 untuk
maklumat lanjut.

Laman web rasmi Matrikulasi KPM - http://www.moe.gov.my/bmkpm/

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 6


PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

1.4 Peringkat Seterusnya


Pelajar yang lulus program ini dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pelajaran Malaysia akan berpeluang mengikuti program ijazah pertama di semua
universiti awam. Pelajar boleh mengisi borang UPU secara online di http://upu.mohe.gov.my/

Rujuk Pilihan 2

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 7


PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

Pelajar yang lulus Program Matrikulasi Sains boleh memohon untuk mengikuti program pengajian ijazah
pertama dalam bidang seperti berikut:-

• Perubatan
• Pergigian
• Sains
• Sains Komputer
• Teknologi
• Kejuruteraan
• Seni Bina
• Bioperubatan
• Bioteknologi
• Farmasi
• Sains Gunaan
• Sains Pendidikan
• Teknologi Maklumat
• Bidang-bidang lain yang sesuai

b) Pelajar yang lulus Program Matrikulasi Perakaunan boleh memohon untuk mengikuti program pengajian
ijazah pertama dalam bidang seperti berikut:-

• Perakaunan
• Ekonomi
• Pengurusan Perniagaan
• Pentadbiran Perniagaan
• Pentadbiran Awam
• Teknologi Maklumat
• Pengurusan Sumber Manusia
• Bidang-bidang lain yang sesuai

Pelajar yang mengikuti bidang perubatan juga berpeluang ditaja ke unversiti luar negara.

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 8


PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

PILIHAN 2: KEMASUKAN KE IPTA (Asasi, Matrikulasi IPTA atau Diploma)


Borang UPU merupakan platform bagi pelajar lepasan SPM dan lepasan STPM/setaraf* untuk memohon
melanjutkan pelajaran di IPTA

*Setaraf = Matrikulasi/Diploma/STAM

2.1 Program Yang Ditawarkan


Antara program yang ditawarkan adalah seperti berikut:

2.1.1 Lepasan SPM


• Program ASASI (UM, UiTM, UIAM)
• Matrikulasi IPTA (UM, UIAM, UiTM, UPM)
• Diploma di IPTA-IPTA utama

2.1.2 Lepasan STPM/Matrikulasi/STAM


• Diploma di IPTA-IPTA utama
• Ijazah di IPTA-IPTA utama

2.2 Syarat Kelayakan

2.2.1 Lepasan SPM

Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti
berikut :-

• Warganegara Malaysia dan


• Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-
kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu.

Program berikut adalah dikhaskan untuk Bumiputera sahaja:

• Semua program Asasi di UIAM;


• Semua program Asasi Sains di UM; dan
• Semua program Asasi di UiTM;

2.2.2 Lepasan STPM/Matrikulasi/STAM

Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah seperti
berikut :-

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 9


PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu atau Kepujian Bahasa Melayu Kertas Julai.
dan
Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2009 dengan mendapat sekurang-
kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya :
 Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am.
dan
 Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain.

atau
Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2009 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00.
atau
Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2009, 2008 atau 2007 dengan mendapat
sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid.
atau
Memiliki kelulusan Diploma/Setaraf atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA;
atau
Lulus peperiksaan STPM Tahun 2008 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C
(NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi Tahun 2007 dan
sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

2.2.3 Syarat-Syarat Khusus Kemasukan Program IPTA bagi Lepasan STPM/Setaraf

Bagi mengetahui syarat khas program pengajiankemasukan ke ipta program pengajian lepasan
stpm/setaraf sesi akademik 2010/2011 rujuk https://www.mohe.gov.my/emas/v2009/index_syarat.php

2.2.4 Kaedah Pengiraan Merit Bagi Calon Lepasan SPM


http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/KENYATAAN%20AKHBAR%20KAEDAH%20PENGIRAAN%20MERIT.pdf

2.3 Permohanan Kemasukan


Permohonan kemasukan ke IPTA adalah dengan mengguna pakai Aplikasi Dalam Talian sepenuhnya melalui
laman web upu.mohe.gov.my

Nombor Unik ID bagi permohonan


kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi
Dalam Talian boleh dibeli di kaunter
Bank Simpanan Nasional atau
menggunakan mesin ATM atau SMS
Banking bagi pemegang akaun GIRO
sehari selepas iklan disiarkan.

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 10


PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

1.4 Soalan-Soalan Lazim


Permohonan

1. Bilakah pelawaan iklan Permohonan Kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2010/2011 disiarkan?
Pelawaan iklan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2010/2011 :-
1. Lepasan Diploma/Setaraf : 03 Januari 2010
2. Lepasan STPM/STAM : 31 Januari 2010
3. Lepasan SPM/Setaraf : 31 Januari 2010

2. Bilakah Pemohon boleh mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA?


Permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2010/2011 boleh dikemukakan mengikut program
melalui Aplikasi Dalam Talian mulai tarikh seperti berikut :-

1. Lepasan Diploma/Setaraf : 04 Januari 2010 (capaian mulai 12 tengah hari)


2. Lepasan STPM/STAM : 02 Februari 2010 (capaian mulai 12 tengah hari)
3. Lepasan SPM/Setaraf : 02 Februari 2010 (capaian mulai 12 tengah hari)

3. Bilakah tarikh tutup Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011?


Tarikh tutup permohonan adalah seperti berikut :-

1. Lepasan Diploma/Setaraf : 04 Februari 2010


2. Lepasan STPM 2009 : 30 Mac 2010
3. Lepasan STAM 2009,2008,2007 : 30 Mac 2010
4. Lepasan SPM : (Kategori B, C dan D) 30 Mac 2010
5. Lepasan SPM 2009 : 30 Mac 2010

4. Bagaimanakah mendapatkan borang permohonan kemasukan ke IPTA ?


Permohonan kemasukan ke IPTA adalah dengan mengguna pakai Aplikasi Dalam Talian sepenuhnya melalui
laman web upu.mohe.gov.my

Nombor Unik ID bagi permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian boleh dibeli di kaunter
Bank Simpanan Nasional atau menggunakan mesin ATM atau SMS Banking bagi pemegang akaun GIRO
sehari selepas iklan disiarkan.

5. Perlukah saya sertakan salinan sijil sebagai bukti mengesahkan penglibatan Kokurikulum?
Tidak perlu. Maklumat Kokurikulum akan diselaraskan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

6. Adakah saya perlu menghantar salinan borang permohonan bersama dokumen sokongan ke IPTA
pilihan?
Ya. HANYA bagi Kategori Diploma/Setaraf (Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf - Ijazah Pertama) dan
Kategori C dan D (Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf).

Calon perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar bersama-sama dengan salinan dokumen
berketerangan sendiri yang telah disahkan ke IPTA pilihan.

7. Bilakah keputusan permohonan ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011 diumumkan?


Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf : Minggu ketiga Jun 2010
Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 11
PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf : Minggu pertama Mei 2010


8. Bolehkah pemohon Bukan Warganegara memohon kemasukan ke IPTA Bagi Program Lepasan
SPM/Setaraf?
TIDAK. Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA sahaja.

9. Bolehkah pemohon Bukan Warganegara dari Luar Negara atau Penduduk Tetap memohon kemasukan
ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM /Setaraf - Ijazah Pertama?
YA. Pemohon Bukan Warganegara dari Luar Negara diminta memohon terus ke IPTA pilihan melalui Pejabat
Pendaftar Bahagian Akademik dan Kemasukan dengan menggunakan borang khas yang disediakan oleh
IPTA berkenaan.

Walau bagaimanapun, pemohon bertaraf Penduduk Tetap perlu memohon melalui Aplikasi Dalam Talian di
upu.mohe.gov.my

10. Adakah saya dibenarkan membuat pertukaran/pindaan kod program pengajian selepas tarikh tutup
permohonan kemasukan ke IPTA?
TIDAK DIBENARKAN.

11. Adakah saya dibenarkan menukar program pengajian yang telah ditawarkan oleh sesebuah IPTA?
TIDAK DIBENARKAN.

12. Adakah pemohon dibenarkan menukar IPTA setelah menerima tawaran?


TIDAK DIBENARKAN.

13. Apakah yang perlu saya buat jika ibu bapa tiada sijil kelahiran atau sijil kelahiran hilang?
Anda boleh mendapatkan cabutan sijil lahir yang hilang atau tercicir di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
terdekat.

14. Apakah dasar MUET dalam permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2010/2011?
Pemohon perlu mendapatkan Tahap 1 (Band 1) dalam peperiksaan MUET bagi kelayakan Lepasan
STPM/Setaraf yang memohon ke Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf - Ijazah Pertama di IPTA.

Untuk mengikuti program pengajian Perubatan, Farmasi dan Pergigian calon perlu mencapai sekurang-
kurangnya Tahap 3 (Band 3) dan Tahap 4 (Band 4) bagi mengikuti Program Pengajian TESL, Undang-undang
dan Kesusasteraan Inggeris.

Hebahan/Pertanyaan

15. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi
program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf ATAU program pengajian Lepasan SPM/Setaraf?
Anda boleh menyemak status keputusan permohonan ke IPTA melalui 3 kaedah berikut :

1. Internet :
- http://upu.mohe.gov.my
- http://www.jpt.uum.edu.my
- http://www.jpt.utm.my
2. SMS Taip UPU<space>RESULT<space>NO KP dan hantar ke 15888
3. Hotline : 03-8883 5858 (10 Talian

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 12


PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

16. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan tajaan ke IPTA?


Anda diminta merujuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di alamat berikut untuk
maklumat lanjut:

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL


Lot G2, Tingkat Bawah,
Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Semantan,
Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur.

Sebarang aduan/pertanyaan sila e-mel kepada:


webmaster@ptptn.gov.my

Sila hubungi PTPTN HOTLINE - 03-2092 7788 untuk sebarang kemusykilan.


Faks : 03- 2092 1925

Aplikasi Dalam Talian

17. Apakah elemen yang perlu dimasukkan semasa mengemukakan permohonan?


Elemen yang WAJIB diisi ialah No. Kad Pengenalan/My Kad, No. Unik ID, Kata Laluan, Nama Ibu dan Kod
Imej.

18. Bagaimanakah saya menjana 5 elemen wajib di atas?


i- Nombor Kad Pengenalan/My Kad - menggunakan No.KP yang sah
ii- Nombor Unik ID - yang dibeli di BSN
iii- Kata Laluan - dicipta sendiri perlulah ringkas iaitu terdiri daripada enam(6) hingga lapan (8) aksara
(alphanumeric) .
iv- Nama Ibu - perlulah ringkas dan mudah untuk diingati.
v.Kod Imej - berdasarkan Imej yang tertera.

19. Sekiranya saya terlupa Kata Laluan dan Nama Ibu yang dimasukkan semasa permohonan, apakah
langkah atau cara terbaik untuk saya melaksanakan proses kemaskini atau semakan permohonan?
Anda boleh menghubungi BPKP JPT dengan memberi No.KP dan nombor rujukan permohonan untuk
mendapatkan semula Kata Laluan atau Nama Ibu yang telah dimasukkan.

Lepasan Matrikulasi - Sekiranya anda kehilangan Nombor Unik ID dan tidak mengingati Kata Laluan, anda
perlu memaklumkan kepada Kaunselor Kolej Matrikulasi, PASUM dan Koordinator Asasi UiTM untuk
penyelarasan dengan pihak BPKP JPT.

20. Adakah kemungkinan berlaku persamaan pada Nombor Unik ID yang dijana oleh BSN?
YA. Namun bagi mengemukakan permohonan, anda perlu memasukkan Nombor Kad Pengenalan, Nombor
Unik ID, Kata Laluan dan Nama Ibu. Ini menunjukkan anda dan rakan anda yang mempunyai Nombor Unik
ID yang sama akan memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang berbeza.

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 13


PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

21. Bagaimanakah caranya untuk saya mengetahui program pengajian yang dipilih adalah program
pengajian yang ada temu duga?
Program pengajian yang ada temu duga boleh dikenal pasti dengan adanya tanda (#) di bahagian akhir
nama program. Contoh adalah seperti berikut:

KH03 - Sarjana Muda Senibina #

22. Saya ingin mencetak semua maklumat yang telah dimasukkan, adakah saya boleh mencetak
maklumat permohonan semasa mengisi maklumat?
Maklumat permohonan hanya boleh dicetak setelah anda selesai mengemukakan permohonan iaitu
setelah klik butang "Sah & Hantar". Cetakan daripada laman SEMAKAN dan laman SELESAI
PERMOHONAN/KEMASKINI sahaja yang boleh dicetak dan dijadikan bukti dan rujukan bahawa
permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem.Maklumat permohonan yang dicetak selain daripada
laman ini, TIDAK boleh dijadikan bukti permohonan kemasukan ke IPTA telah berjaya dilakukan oleh anda.

23. Bagaimanakah saya boleh mengetahui permohonan saya telah selamat diterima oleh sistem ?
Anda boleh mengetahui permohonan telah diterima oleh sistem dengan membuat semakan melalui [Menu
Semakan].

24. Semasa permohonan Fasa 1 saya belum memiliki keputusan akhir Matrikulasi/ KPM/PASUM/ASASI,
bagaimanakah cara membuat pilihan program pengajian bagi kemasukan ke IPTA?
Anda boleh membuat pilihan program pengajian semasa permohonan Fasa 1 berdasarkan keputusan
Semester Pertama. Setelah keputusan semester akhir diketahui, anda boleh membuat pengemaskinian
pilihan program pengajian semasa permohonan Fasa 2 dibuka.

Perlu diingatkan program pengajian yang mempunyai ujian dan temu duga tidak boleh diubah semasa Fasa
2 sekiranya calon telah membuat pilihan program bertemu duga semasa Fasa 1.

25. Saya berminat mengikuti Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di IPTA. Apakah syarat-
syarat yang perlu dipenuhi?
Calon yang ingin mengikuti Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan diwajibkan menduduki ujian
MEdSI dan temu duga yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Hanya calon yang memenuhi
Syarat Am serta Syarat Khas program sahaja akan dipanggil untuk menghadiri ujian MEdSI.

26. Bilakah Ujian MEdSI dan Temu Duga dijalankan bagi Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan?
Hebahan mengenai ujian MEdSI boleh disemak mulai minggu kedua April 2010 di laman web Majlis
Peperiksaan Malaysia (MPM) www.mpm.edu.my dan panggilan temu duga pada minggu kedua Mei 2010 di
laman web upu.mohe.gov.my.

27. Bagaimanakah saya mendapat surat tawaran dari IPTA?


Anda boleh mendapat surat tawaran melalui laman web IPTA. Anda juga WAJIB menyatakan setuju terima
tawaran dalam tempoh yang ditetapkan.

28. Bagaimanakah saya mengemukakan rayuan sekiranya gagal mendapat sebarang tawaran ke IPTA?
Anda WAJIB mengemukakan permohonan rayuan melalui Aplikasi Dalam Talian (e-Rayuan). HANYA calon
yang GAGAL mendapat sebarang tawaran ke IPTA sahaja dibenarkan mengemukakan permohonan e-
Rayuan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 14


PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

29. Bilakah keputusan rayuan diumumkan?


Keputusan rayuan permohonan kemasukan ke IPTA akan diumumkan pada minggu ketiga Julai 2010
selepas pendaftaran pelajar baru di IPTA.

Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran
pelajar baru di IPTA. Sekiranya tidak mendapat sebarang tawaran sehingga 31 Julai 2010, permohonan
rayuan anda dianggap TIDAK BERJAYA.

30. Adakah BPKP JPT melaksanakan Ambilan Semester Kedua (Disember)?


TIDAK. Walau bagaimanapun terdapat beberapa IPTA tertentu melaksanakan Ambilan Semester Kedua. Sila
layari laman web IPTA berkaitan untuk maklumat lanjut.

Jika ada soalan-soalan lain berkenaan dengan kemasukan ke IPTA, sila kemukakan ke alamat e-mel kami
upu@mohe.gov.my atau kunjungi kami di Karnival Pengajian Tinggi Negara - JOM MASUK U Tahun 2010
di 10 lokasi terpilih mulai minggu pertama Januari hingga Akhir Mac 2010. Maklumat lanjut sila layari laman
web www.upu.mohe.gov.my

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 15


PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

PILIHAN 3: POLITEKNIK (PERINGKAT DIPLOMA ATAU SIJIL)


Politeknik KPT ditubuhkan bagi melahirkan lulusan separa profesional dalam bidang kejuruteraan,
perdagangan, hospitaliti dan ICT di peringkat sijil dan diploma bagi membantu memenuhi keperluan
sumber manusia di sektor awam dan swasta. Terdapat 27 buah Politeknik yang sedang beroperasi di
seluruh negara.

Pengambilan pelajar ke Politeknik KPT diadakan dua (2) kali setahun. Pengambilan pertama di pertengahan
tahun manakala pengambilan kedua di hujung tahun berkenaan. Politeknik KPT menyediakan 45,000
tempat pengajian untuk lulusan SPM, lulusan Sijil Politeknik dan lulusan Sijil Kolej Komuniti pada setiap
tahun bagi mengikuti pelbagai program.

Polteknik KPT menawarkan 20 program sijil dan 49 program diploma dalam pelbagai bidang. Ia juga
menawarkan program kemahiran di peringkat sijil kepada calon berkeperluan khas yang masalah
pendengaran. Ketika ini terdapat 86,000 pelajar yang sedang mengikuti program pengajian di Politeknik
KPT.

3.1 Program Yang Ditawarkan


3.1.1 Lepasan SPM (senarai Program Sijil dan Diploma)
Untuk senarai program Sijil dan Diploma yang ditawarkan kepada pelajar Lepasan SPM, sila rujuk
http://www.politeknik.edu.my/webjan06/menu/index.asp

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 16


PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

3.1.2 Senarai Politeknik


1. Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak
2. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang
3. Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah
4. Politeknik Kota Bharu, Kok Lanas, Kelantan
5. Politeknik Kuching, Kuching, Sarawak
6. Politeknik Port Dickson, Si Rusa, Negeri Sembilan
7. Politeknik Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah
8. Politeknik Shah Alam, Shah Alam, Selangor
9. Politeknik Johor Bahru, Pasir Gudang, Johor
10. Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh, Pulau Pinang
11. Politeknik Kota, Melaka, Balai Panjang, Melaka
12. Politeknik Kota, Kuala Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu
13. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu
14. Politeknik Merlimau, Merlimau, Melaka
15. Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak
16. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah
17. Politeknik Sultan Idris Shah, Sungai Lang, Selangor
18. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis
19. Politeknik Muadzam Shah, Muadzam Shah, Pahang
20. Politeknik Mukah, Mukah, Sarawak
21. Politeknik Balik Pulau, Bayan Lepas, Pulau Pinang
22. Politeknik Jeli, Jeli, Kelantan
23. Politeknik Nilai, Nilai, Negeri Sembilan
24. Politeknik Banting, Banting, Selangor
25. Politeknik Mersing, Pasir Gudang, Johor
26. Politeknik Hulu Terengganu, Hulu Terengganu, Terengganu
27. Politeknik Sandakan, Sandakan, Sabah

3.2 Syarat Kelayakan

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 17


PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

Syarat Kelayakan Bagi Permohonan Kemasukan Politeknik Lepasan SPM

3.3 Permohanan Kemasukan


Permohonan kemasukan pelajar ke Politeknik KPT bagi hendaklah dibuat melalui kaedah dalam talian
(ON-LINE) dengan melayari laman web;

http://www.politeknik.edu.my

Carta aliran permohonan kemasukan politeknik secara online

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 18


PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

Pemohon diminta membeli nombor PIN untuk mengakses e-Borang, di kaunter atau Mesin ATM Bank
Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM6.00(Ringgit Malaysia: Enam sahaja. Pemohon perlu
mengemukakan Kad Pengenalan atau MyKad semasa membeli nombor PIN di kaunter BSN.

Jika pemohon mewakilkan seseorang untuk membeli nombor PIN, salinan kad pengenalan atau
MyKadpemohon mesti dikemukakan oleh wakil tersebut kepada pihak BSN. Maklumkan dengan jelas
kepada pihak BSN bahawa nombor PIN yang hendak dibeli adalah untuk permohonan kemasukan ke
Politeknik KPT.

Pastikan slip pembayaran BSN dicetak nombor kad pengenalan pemohon dengan betul serta terdapat
nombor PIN enam (6) digit sebelum meninggalkan kaunter BSN. Pemohon perlu membeli semula nombor
PIN sekiranya hilang dan terlupa.

NOTA:
Nombor PIN yang sama boleh digunakan untuk mengakses e-Borang Kolej Komuniti KPT.

Pemohon hendaklah mencetak paparan butiran permohonan setelah menekan butang 'HANTAR
MAKLUMAT PERMOHONAN'. Pindaan maklumat pada e-borang boleh dibuat sebelum tarikh tutup dan
mencetak semula butiran permohonan terkini.

http://www.politeknik.edu.my/webjan06/menu/index.asp

3.4 Soalan Lazim


Soalan Lazim bagi Politeknik.
01. Saya seorang pelajar lulusan sijil kolej komuniti.Oleh sebab itu, adakah politeknik
menawarkan tempat untuk lulusan seperti kami?
Anda boleh mengikuti kursus Bridging di Politeknik mengikut kursus yang anda
pohon.Permohonan bolehlah buat secara atas talian.
Syarat Kelayakan Masuk Untuk Semua Program Bridging Lulusan Sijil Kolej Komuniti adalah

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 19


PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia.
2. Lulus SIJIL KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA yang
berkaitan dengan kursus yang dipohon serta memenuhi syarat minimum berikut:
o Memperolehi Himpunan Purata Nilaian Mata (HPNM) 3.00 atau lebih pada
semester akhir DAN
o Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya satu (1) tahun.

02. Berapakah bilangan Politeknik yang sedang beroperasi pada masa kini?
Politeknik yang sedang beroperasi adalah 20 Politeknik.

03. Apakah syarat untuk lulusan sijil politeknik bagi meyambung ke kursus diploma di mana-mana
politeknik?
Syarat kelayakan masuk untuk semua kursus Diploma Lulusan Sijil Politeknik:
1. Warganegara Malaysia.
2. Lulus SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA yang berkaitan dengan
kursus yang dipohon serta memenuhi syarat minimum berikut:
o Memperolehi Himpunan Purata Nilaian Mata (HPNM) 2.50 atau lebih pada
semester akhir ATAU
o Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya tiga (3) tahun jika HPNM kurang
daripada 2.50.

04. Bolehkah pembelajaran dibuat secara sambilan di Politeknik?


Anda boleh mengikuti kursus yang dinamakan Kursus Secara Sambilan.Diperingkat Politeknik,
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam telah dilantik bagi menguruskan program
ini. Hanya 10 buah politeknik yang menawarkan peluang pembelajaran untuk Kursus Secara
Sambilan ini. Anda boleh menghubungi talian 03-51634019/18/17 untuk keterangan lanjut.

05. Saya telah diterima masuk ke Politeknik tetapi bercadang ingin menukar tempat pengajian ke
politeknik lain?Adakah ini dibenarkan.
Pertukaran politeknik adalah tidak dibenarkan.Keputusan tawaran adalah muktamad.

06. Berapakan jumlah yuran pengajian untuk mengikuti program di Politeknik?


1. Yuran Pengajian - RM 200 setiap semester (dibayar semasa pendaftaran)
2. Bayaran Lain - Ditetapkan oleh Politeknik(dianggarkan RM 500)

07. Siapakah yang membiayai pelajar-pelajar Politeknik?


Pelajar Politeknik Peringkat Diploma ditaja oleh PTPTN. Walaubagaimanapun mulai 1 Jan 2005,
semua pelajar peringkat Sijil juga akan ditaja oleh PTPTN.

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 20


PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

PILIHAN 4: KOLEJ KOMUNITI (PERINGKAT SIJIL)


Kolej Komuniti merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia (KPTM). Kolej Komuniti telah ditubuhkan melalui Memorandum No 398/2225/00 yang
dikemukakan oleh Menteri Pendidikan kepada Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000. Tujuan penubuhan Kolej
Komuniti adalah untuk merealisasikan konsep pembelajaran sepanjang hayat dalam system pendidikan
negara amnya dan pengajian tinggi khasnya. Ia berperanan untuk memberi peluang latihan dan kemahiran
kepada semua peringkat masyarakat serta peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke
pasaran pekerjaan atau melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) merupakan institusi pendidikan yang
menyediakan pelbagai latihan dan kemahiran peringkat sijil serta program jangka pendek kepada pelajar
lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), pekerja dan kumpulan
lain dalam masyarakat setempat. Kolej Komuniti mula beroperasi dengan sepuluh buah kolej perintis pada
Jun 2001 dan kin bilangannya telah meningkat kepada 38 buah kolej komuniti dan 18 buah cawangan di
seluruh
negara.

4.1 Program Yang Ditawarkan


4.1.1 Senarai Kursus yang ditawarkan
• V01 - SIJIL MULTIMEDIA KREATIF (ANIMASI) – (SAN)
• V02 - SIJIL TEKNOLOGI PEMBUATAN BERSEPADU – (STB)
• V03 - SIJIL AUTOMOTIF – (SAU)
• V04 - SIJIL PELUKIS PELAN SENI BINA – (SPS)
• V05 - SIJIL PENYENGGARAAN BANGUNAN – (SBM)
• V06 - SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK (PEMASANGAN DAN PERKHIDMATAN) – (STE)
• V07 - SIJIL SISTEM KOMPUTER DAN SOKONGAN – (SKS)
• V08 - SIJIL HOTEL & KATERING – (SHK)
• V09 - SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN – (SFP)
• V10 - SIJIL PEMPROSESAN DAN KAWALAN MUTU MAKANAN – (SPK)
• V11 - SIJIL TEKNOLOGI PEMBINAAN – (STP)
• V12 - SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT – (STM)
• V13 - SIJIL PERAKAUNAN PERNIAGAAN – (SPP)
• V14 - SIJIL MULTIMEDIA KREATIF (PENGIKLANAN) – (SMP)
• V15 - SIJIL PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA – (SPU)
• V16 - SIJIL PELANCONGAN DAN PENGEMBARAAN – (SPL)
• V17 - SIJIL REKABENTUK DALAMAN – (SRD)
• V18 - SIJIL LANSKAP DAN PENGURUSAN NURSERI – (SLP)
• V19 - SIJIL KECANTIKAN DAN DANDANAN RAMBUT – (SKD)
• V20 - SIJIL BAKERI DAN KONFEKSIONARI – (SBK)
• V21 - SIJIL INDUSTRI SERAMIK – (SIS)
• V22 – SIJIL TEKNOLOGI PEMBUATAN PERABOT - (SFM)

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 21


PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

4.1.2 Senarai Kolej Komuniti

1. PERLIS 7. JOHOR 5. SELANGOR


i- Kolej Komuniti Arau i- Kolej Komuniti Segamat i- Kolej Komuniti Sabak Bernam
- Kolej Komuniti Cawangan
ii- Kolej Komuniti Ledang
Tanjung Karang
2. KEDAH - Kolej Komuniti Cawangan Muar ii- Kolej Komuniti Kuala Langat
i- Kolej Komuniti Bandar DarulAman - Kolej Komuniti Cawangan Pagoh - Kolej Komuniti Cawangan Klang
- Kolej Komuniti Cawangan Bandar
iii- Kolej Komuniti Bandar Penawar iii- Kolej Komuniti Hulu Selangor
Baharu
- Kolej Komuniti Cawangan Jerai iv- Kolej Komuniti Segamat 2 iv- Kolej Komuniti Hulu Langat
ii- Kolej Komuniti Sungai Petani v- Kolej Komuniti Pasir Gudang v- Kolej Komuniti Selayang
- Kolej Komuniti Cawangan
- Kolej Komuniti Cawangan Jeli
Tanjung Piai
iii- Kolej Komuniti Kulim 11. SARAWAK
iv- Kolej Komuniti Langkawi 8. TERENGGANU i- Kolej Komuniti Kuching
v- Kolej Komuniti Baling i- Kolej Komuniti Kuala Terengganu ii- Kolej Komuniti Mas Gading
- Kolej Komuniti Cawangan Pasir - Kolej Komuniti Cawangan
Mas Santubong
- Kolej Komuniti Cawangan - Kolej Komuniti Cawangan Betong
3. PULAU PINANG
Kemaman
i- Kolej Komuniti Kepala Batas
- Kolej Komuniti Cawangan Nibong
9. NEGERI SEMBILAN 6. PAHANG
Tebal
- Kolej Komuniti Cawangan Bukit
i- Kolej Komuniti Jempol i- Kolej Komuniti Kuantan
Mertajam
ii- Kolej Komuniti Bayan Baru ii- Kolej Komuniti Jelebu ii- Kolej Komuniti Bentong
- Kolej Komuniti Cawangan Raub
4. PERAK 10. MELAKA iii- Kolej Komuniti Mentakab
i- Kolej Komuniti Teluk Intan i- Kolej Komuniti Bukit Beruang iv- Kolej Komuniti Paya Besar
- Kolej Komuniti Cawangan Kota
ii- Kolej Komuniti Chenderoh v- Kolej Komuniti Rompin
Melaka
iii- Kolej Komuniti Gerik ii- Kolej Komuniti Masjid Tanah
iv- Kolej Komuniti Sungai Siput iii- Kolej Komuniti Selandar 12. SABAH
v- Kolej Komuniti Pasir Salak iv- Kolej Komuniti Jasin i- Kolej Komuniti Tawau
- Kolej Komuniti Cawangan
Semporna
13. KELANTAN
i- Kolej Komuniti Kok Lanas

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 22


PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

http://www.bpkk.edu.my/pengambilan/?lang=my&id=1&mnu=1

4.1.2 Fokus Kursus - Kursus Yang Ditawarkan


Kolej Komuniti KPT menawarkan program berbentuk formal dan tidak formal yang
menitikberatkan kemahiran.

4.1.3 Tempoh Pengajian


Tempoh minimum pengajian bagi semua program sijil ialah dua tahun (4 semester) dan
tempoh maksimum ialah lima tahun (10 semester).

4.1.4 Latihan Industri


Setiap pelajar diwajibkan menjalani dan lulus latihan industri (LI) selama satu semester
(enam bulan). LI dijalankan pada semester ketiga bagi program peringkat sijil, bertujuan
memberi pendedahan kepada pelajar tentang alam pekerjaan

4.2 Syarat Kelayakan


1. Calon mestilah WARGANEGARA Malaysia.
2. Lulus peperiksaan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) atau SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
VOKASIONAL (SPMV) – Lulus Bahasa Melayu.
3. Nota :
Pelajar lepasan Sekolah Menengah Teknik dalam aliran vokasional digalakkan memohon

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 23


PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

4.3 Permohanan Kemasukan


4.3.1 Permohonan Secara Atas Talian (On-Line):
- Permohonan kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti KPT bagi Sesi Januari 2010 hendaklah dibuat melalui
kaedah dalam talian (ON-LINE) dengan melayari laman web ini mulai 13 September 2009 (Ahad).

:- Pemohon baru diminta membeli nombor PIN untuk mengakses e-Borang, di mana-mana Bank Simpanan
Nasional (BSN) dengan harga RM6.00 (Ringgit Malaysia: Enam sahaja) mulai tarikh tersebut.

:- Jika nombor PIN hilang atau terlupa, pemohon hendaklah membelinya semula.

:- Pemohon perlu mengemukakan Kad Pengenalan semasa membeli nombor PIN di BSN bagi mengelakkan
berlakunya kesilapan nombor kad pengenalan. Kesilapan tersebut akan menyebabkan pemohon tidak
boleh mengakses e-Borang.

:- Jika pemohon mewakilkan seseorang untuk membeli nombor PIN, salinan kad pengenalan pemohon
mesti dikemukakan oleh wakil tersebut kepada pihak BSN.

:- Pastikan slip pembayaran BSN dicetak nombor kad pengenalan pemohon dengan betul serta terdapat
nombor PIN enam (6) digit.
NOTA:
Nombor PIN yang sama juga boleh digunakan untuk mengakses e-Borang Politeknik KPT.

4.3.2 Permohonan Secara Manual/Borang

:- Borang Permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti bolej dibeli di mana-mana Kolej Komuniti
dengan menggunakan Wang Pos berharga RM 6.00. Borang yang telah lengkap diisi, hendaklah
dihantar ke Kolej Komuniti yang berhampiran.

PERHATIAN: Gunakan HANYA satu kaedah sahaja, untuk membuat permohonan baru.

4.3.3 Semakan Status Permohonan


:- Calon yang berjaya ditawarkan tempat pengajian di Kolej Komuniti KPT HENDAKLAH mencetak Surat
Pengesahan Tawaran dan Borang Jawapan Tawaran (BJT-SPKK) melalui laman web ini. Arahan selanjutnya
yang perlu calon lakukan terdapat dalam surat tersebut.
Web rujukan: http://www.bpkk.edu.my/pengambilan/?lang=my&cat=1&id=1&mnu=1
:- SURAT TAWARAN RASMI AKAN DIPOSKAN KEPADA TUAN-TUAN SETELAH PIHAK KOLEJ MENERIMA
BORANG JAWAPAN TAWARAN BJT-SPKK.

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 24


PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

4.4 Soalan Lazim (FAQ)


S1: Apakah perbezaan kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti dengan Politeknik?
J1: Kursus di Kolej Komuniti menekankan aktiviti hands on atau praktikal iaitu nisbah teori dengan amali
adalah
25% : 75%

S2: Apakah kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti?


J2: Kolej Komuniti menawarkan kursus formal dan kursus pendek. Terdapat 22 kursus formal yang
ditawarkan manakala kursus pendek bergantung kepada permintaan dan keperluan komuniti.

S3: Berapakah tempoh pengajian bagi kursus sijil yang ditawarkan di Kolej Komuniti?
J3:Tempoh pengajian minimum bagi kursus Sijil ialah selama 2 tahun (4 semester) dan tempoh maksimum
ialah selama 5 tahun (10 semester). Setiap pelajar diwajibkan menjalani dan lulus Latihan Industri selama 6
bulan pada semester ketiga.

S4: Apakah syarat kemasukan bagi kursus Sijil yang ditawarkan di Kolej Komuniti?
J4: Syarat minimum untuk memohon ke kursus formal di Kolej Komuniti adalah warganegara Malaysia yang
lulus SPM atau SPMV, manakala kursus pendek adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang
berminat.

S5: Bagaimanakah cara untuk memohon belajar di Kolej Komuniti?


J5: Bagi kursus formal, calon boleh memohon dengan menggunakan borang yang boleh dibeli di mana-
mana Kolej Komuniti atau permohonan secara on–line di http://www.bpkk.edu.my. Iklan mengenai
permohonan akan dikeluarkan pada bulan Februari/Mac dan September/Oktober setiap tahun. Bagi kursus
pendek pula mereka yang berminat boleh melihat iklan atau brosur mengenai kursus yang ditawarkan di
kolej yang berkenaan.

S6: Adakah Kolej Komuniti menyediakan kemudahan penginapan?


J6: Kolej Komuniti tidak menyediakan asrama atau tempat penginapan. Walaubagaimanapun pihak
Kolej sedia membantu untuk mendapatkan tempat penginapan.

S7: Apakah kemudahan-kemudahan yang disediakan di Kolej Komuniti?


J7: Kolej Komuniti menyediakan kemudahan-kemudahan seperti bilik kuliah, makmal komputer, makmal
sains, perpustakaan, percetakan, kemudahan sukan dan kemudahan pengangkutan.

S8: Berapakah bayaran yang dikenakan?


J8: Bayaran yang dikenakan bagi Kursus Sepenuh Masa (peringkat sijil) ialah yuran pengajian adalah
sebanyak RM200.00 (setiap semester) dan yuran pelbagai sebanyak RM210.00 dibayar semasa pendaftaran
semester pertama sahaja. Bayaran yang dikenakan bagi Kursus Pendek pula adalah minimumRM5.00 dan
maksimum adalah RM20.00.

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 25


PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

S9: Adakah bantuan kewangan yang disediakan?


J9: Kolej Komuniti ada menyediakan pembayaran elaun sebanyak RM 250 sebulan kepada pelajar Kolej
Komuniti yang layak sahaja (Tertakluk kepada syarat dan perubahan). Kepada yang tidak layak mendapat
elaun, pelajar boleh memohon pinjaman yang ditawarkan oleh KPT.

S10: Adakah lulusan Kolej Komuniti berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi?
J10: Ya, lulusan Kolej Komuniti boleh menyambung pengajian ke program diploma di Politeknik melalui
program ‘bridging’ selama 6 bulan dan pengajian diploma selama 1 tahun. Seterusnya ke peringkat yang
lebih tinggi di universiti tempatan atau luar negara. Lulusan Sijil Kolej Komuniti boleh juga memohon untuk
meneruskan pengajian ke peringkat Diploma di Kolej Komuniti.

S11: Adakah kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti diiktiraf?


J11: Sebanyak 18 kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti telah mendapatkan pengiktirafan daripada JPA
manakala bakinya 4 kursus masih lagi dalam proses mendapatkan pengiktirafan. Berikut adalah senarai
kursus yang telah mendapat pengiktirafan JPA:

1. Kursus Teknologi Pembuatan Bersepadu


2. Kursus Automotif
3. Kursus Pelukis Pelan Senibina
4. Kursus Penyenggaraan Bangunan
5. KursusTeknologi Pembinaan
6. KursusTeknologi Elektrik
7. Kursus Sistem Komputer dan Sokongan
8. Kursus Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan
9. Kursus Multimedia Kreatif (Animasi)
10. Kursus Fesyen dan Pakaian
11. Kursus Hotel dan Katering
12. Kursus Teknologi Maklumat
13. Kursus Pelancongan dan Pengembaraan
14. Kursus Multimedia Kreatif (Pengiklanan)
15. Kursus Perakaunan Perniagaan
16. Kursus Penyejukan dan Penyamanan Udara
17. Kursus Rekabentuk Dalaman
18. Landskap dan Pengurusan Nurseri

Empat lagi kursus sedang dalam proses mendapatkan pengiktirafan JPA iaitu:

1. Kursus Kecantikan dan Dandanan Rambut


2. Kursus Bakeri & Konfeksionari
3. Industri Seramik
4. Teknologi Pembuatan Perabot

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 26


PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

PILIHAN 5: STPM – SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (TING. 6)


STPM merupakan peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh pelajar M alaysia. Peperiksaan ini dulu
dikenali sebagai Higher School Certificate (HSC).STPM disediakan oleh M ajlis Peperiksaan M alaysia (M PM)
yang juga menyediakan M alaysian University English Test (M UET), berbeza dengan Sijil Pelajaran M alaysia
(SPM), Penilaian M enengah Rendah (PM R) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang disediakan
oleh Lembaga Peperiksaan M alaysia (LPM). Walau bagaimanapun, kedua-dua LPM dan M PM adalah
terletak di bawah Kementerian Pelajaran M alaysia.

STPM adalah salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan universiti awam
Malaysia. Sistem yang lain pula adalah program matrikulasi yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran.

STPM diiktiraf oleh banyak universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara
Komanwel dan juga Amerika syarikat dan Ireland. Kebanyakan universiti menganggap keputusan STPM
sama
dengan A-level.

5.1 Program Yang Ditawarkan


Pembelajaran Tingkatan 6 hanya ditawarkan di sekolah-sekolah tertentu dan ini dimaklumkan melalui surat
tawaran kepada pelajar yang layak. Para pelajar akan mengikuti kelas di Tingkatan 6 selama 1.5 tahun.
Tingkatan 6 itu sendiri dibahagi kepada 2 peringkat; setengah tahun yang pertama dikenali sebagai
Tingkatan Enam Bawah dan tahun kedua dikenali sebagai Tingkatan Enam Atas.

5.1.1 Mata Pelajaran


Terdapat dua jurusan yang ditawarkan di Tingkatan 6:
• Kemanusiaan
• Sains

Calon STPM menduduki maksimum 5 mata pelajaran. Kertas peperiksaan bagi mata pelajaran sains dan
matematik seperti M athematics S, M athematics T, Further M athematics T, Computing, Physics,
Chemistry, dan Biology ditawarkan dalam dwibahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa M elayu sehingga
2007 di mana kertas peperiksaan bagi mata pelajaran tersebut ditawarkan dalam bahasa Inggeris
sepenuhnya. Bagi mata pelajaran yang lain, kertas peperiksaan masih disediakan dalam bahasa M elayu
atau bahasa masing-masing. Bagi peperiksaan STPM, pengambilan sebarang kombinasi mata pelajaran
adalah dibenarkan, iaitu pengambilan apa-apa mata pelajaran adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun,
kebanyakan pelajar yang memohon university tempatan diwajibkan mengambil Pengajian Am. Kebanyakan
sekolah atau kolej menawarkan kombinasi mata pelajaran berdasarkan aliran sains atau kemanusiaan.

Senarai mata pelajaran yang ditawarkan:


• 900 Pengajian Am
• 910 Bahasa M elayu
• 911 Bahasa Cina
• 912 Bahasa Tamil
• 913 Bahasa Arab
• 920 Literature in English

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 27


PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

• 922 Kesusasteraan M elayu


• 930 Syariah
• 931 Usuluddin
• 940 Sejarah
• 942 Geografi
• 944 Ekonomi
• 946 Pengajian Perniagaan
• 948 Perakaunan
• 950 M athematics S
• 954 M athematics T
• 956 Further M athematics T
• 958 Computing
• 960 Physics
• 962 Chemistry
• 964 Biology
• 966 Sains Sukan
• 970 Seni Visual

5.1.2 Gred
STPM menggunakan sistem Nilai Gred M ata Pelajaran. Terdapat 11 gred, iaitu:
A- 4.00 (Lulus Penuh)
A- 3.67 (Lulus Penuh)
B+ 3.33 (Lulus Penuh)
B- 3.00 (Lulus Penuh)
B- 2.67 (Lulus Penuh)
C+ 2.33 (Lulus Penuh)
C- 2.00 (Lulus Penuh)
C- 1.67 (Lulus Sebahagian)
D+ 1.33 (Lulus Sebahagian)
D- 1.00 (Lulus Sebahagian)
F 0.00 (Gagal)

Para pelajar bebas memilih sama ada ingin mengambil 4 atau 5 mata pelajaran. Walau bagaimanapun,
hanya 4 mata pelajaran terbaik diambil kira sebagai keputusan akhir peperiksaan STPM.

Perbezaan mengambil 5 dan 4 mata pelajaran:


Contohnya 5 principal B iaitu 3.00 darab 5 = 15.00/4 = 3.75 (CGPA), 4 principal B iaitu 3.00 darab 4 =
12.00/4 = 3.00 (CGPA). Perbezaan pointer CGPA yang ketara, antara 3.75 – 3.00 = 0.75. Walau
bagaimanapun bebanan lebih kepada pelajar yang mengambil 5 mata pelajaran

5.2 Syarat Kelayakan


Umur calon mestilah tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang dari 17 tahun pada 1 Januari tahun semasa
permohonan dilakukan. Lulus SPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-
mana mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan SPM termasuk Bahasa Melayu.

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 28


PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

5.2.1 Jurusan Kemanusian


Calon mestilah memperoleh agregat tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran yang diambil dalam
peperiksaan SPM

5.2.2 Jurusan Sains


Calon mestiliah memperoleh sekurang-kurangnya 3 kepujian dan agregat tidak melebihi 18 unit bagi 3
mata peajaran sains yang diambil dalam peperiksaan SPM

5.3 Permohanan Kemasukan


Selepas keputusan SPM dikeluarkan pada bulan Februari, pelajar dinasihatkan utk berhubung dengan guru
kauselor masing-masing bagi pendaftaran kemasukkan ke Tingkatan 6. Permohonnan akan dilakukan
mengikut sekolah Tawaran akan dibuat oleh Jabatan Pendidikan Negeri melalui sekolah masing-masing

Pelajar yang gagal ditawarkan ke Tingkatan 6 boleh membuat rayuan di Pejabat Pendidikan Negeri/Daerah

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 29


PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

PILIHAN 6: STAM (SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA)


S ijil Tinggi Agama Malaysia merupakan peperiksaan yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam M
alaysia (JAKIM) dengan kerjasama Lembaga Peperiksaan M alaysia (LPM) untuk memastikan pelajar
Malaysia yang diterima masuk ke Universiti Al-Azhar dan universiti yang setaraf dengannya di dalam dan di
luar negara, terdiri daripada mereka yang benar-benar berkualiti dan dapat memiliki ijazah dalam jangka
masa yang paling singkat.

Kemasukkan pelajar Malaysia ke Universiti Al-Azhar kini dibuat melalui lebih kurang 26 jenis sijil yang
dikeluarkan oleh kerajaan negeri dan pelbagai sekolah seperti Sijil Tinggi Ugama. STAM diperkenalkan agar
sistem dan syarat kemasukan pelajar Malaysia ke Universiti Al-Azhar akan lebih selaras.

6.1 Program Yang Ditawarkan


6.1.1 Mata pelajaran
Mata pelajaran yang ditawarkan adalah seperti berikut:
S101 – Hifz Al-Qur’an dan Tajwid
S102 – Fiqh
S103 – Tauhid dan M antiq (ilmu akal logik)
S104 – Tafsir dan Ulumuhu
S105 – Hadith dan M ustolah
S106 – Nahu (tatabahasa) dan Sarf
S107 – Insya’ dan M utalaah
S108 – Adab dan Nusus
S109 – ‘Arudh dan Qafiyah
S110 – Balaghah (kesusateraan)

6.1.2 Gred
• Sijil akan dianugerahkan kepada calon yang lulus sekurang-kurangnya peringkat M aqbul dalam
semua mata pelajaran. Sijil akan dikeluarkan dalam versi Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.
• Calon yang gagal satu mata pelajaran atau lebih hanya akan diberi Penyataan Keputusan.
• Calon yang ingin mengulang peperiksaan tersebut boleh memilih untuk mendaftar dan menduduki
mana-mana mata pelajaran yang ingin diperbaiki dalam tempoh 3 tahun mulai dari tarikh
keputusan peperiksaan yang pertama kali diduduki.
• Pangkat bagi setiap mata pelajaran dan sijil dilaporkan adalah seperti berikut:
o Mumtaz - Cemerlang
o Jayyid Jiddan - Sangat Baik
o Jayyid - Baik
o Maqbul - Lulus
o Rasib - Gagal

6.2 Syarat Kelayakan


• Telah menduduki Sijil Pelajaran M alaysia (SPM), atau
• Telah mencapai umur 18 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan STAM.
Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 30
PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

6.3 Permohanan Kemasukan


Calon-calon yang berminat boleh membuat pendaftaran di mana-mana sekolah kerajaan yangmenawarkan
STAM atau mendaftar di pusat-pusat pengajian swasta

Bagi calon yang mendafatar di sekolah-sekolah kerajaan yang menawarkan pembelajaran STAM,
pendaftaran selalunya mengikut jadual pembelajaran sekolah biasa. Bermula pada awal Januari

Bagi calon-calon persendirian atau yang mendaftar di institusi swasta, kebiasaannya pendaftaran ditutup
pada hujung bulan Mac, selepas keputusan SPM diumumkan. Antara institusi-institusi swasta yang
menawarkan pembelajaran STAM adalah Akedemi Ikatan Muslimin di Ipoh, Perak

Dapatkan maklumat lanjut mengenai pengajian STAM di Akademi Ikatan Muslimin (AIM), Perak. Maklumat
lanjut boleh diperolehi di http://ismaperakdr.wordpress.com/

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 31


PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

PILIHAN 7: PERSEDIAAN LUAR NEGARA


7.1 Program Yang Ditawarkan
Terdapat pelbagai jenis program-program persediaan pengajian luar negara. Antara yang sering menjadi
tumpuan pelajar-pelajar tajaan mahupun persendirian adalah seperti berikut:

Institusi yang menawarkan


No Program Persedian Luar Negara Negara
program persediaan
1 A-Level INTEC, KYUEM, KDU International
2 International Baccalaureate Kolej Mara Banting International
3 AUSMAT INTEC, KBU Australia
ADFP (American Degree Foundation
4 Programme) & ACTP (American INTEC, Taylor’s College USA
Credit Transfer Programme)
5 Ambang Asuhan Jepun (AAJ) UM Jepun
SAM – South Australian Taylor’s College, INTI
6 Australia
Matriculation international University College
Persediaan Timur Tengah, Rusia, Timur Tengah, Rusia, Korea,
7 INTEC
Korea, Perancis dan Jepun Perancis dan Jepun

7.2 Syarat Kelayakan


Tajaan– bergantung kepada badan/syarikat tajaan

Persendirian – bergantung kepada institusi yang menawarkan program persediaan (kebiasaanya minimum)

7.3 Permohanan Kemasukan


Tajaan– perlu melaui proses pemilihan yang ketat. Ini termasuk sesi temuduga dan ujian

Persendirian – boleh mendaftar terus di institusi yang menawarkan program persediaan

7.4 Peringkat Seterusnya


Menyambung pengajian di IPT luar negara/

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 32


PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

PILIHAN 8: IPTS (INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA)


8.1 Senarai IPTS

PENUBUHAN

Senarai Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Malaysia dan Tahun Penubuhannya seperti pada tahun
2007
Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 33
PEMBINA Terengganu | www.pembinaterengganu.wordpress.com

RUJUKAN
http://www.moe.gov.my

http://www.moe.gov.my/bmkpm/

http://upu.mohe.gov.my/

http://upu.mohe.gov.my/index1.php

http://www.politeknik.edu.my/webjan06/menu/index.asp

http://www.bpkk.edu.my/pengambilan/?lang=my&id=1&mnu=1

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sijil_Tinggi_Persekolahan_Malaysia

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sijil_Tinggi_Agama_Malaysia

Pendidikan Selepas SPM, Abdul Hakim Mustor, PTS Professional, 2006

Buku Panduan Lepasan SPM 2009/10 34

You might also like