P. 1
BAB ENAM moral kbu

BAB ENAM moral kbu

4.5

|Views: 12,227|Likes:
Published by gnooliy

More info:

Published by: gnooliy on May 29, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/13/2015

pdf

text

original

BAB ENAM ISU-ISU MORAL

ISU-ISU MORAL
ALAM SEKITAR KEHIDUPAN
EUTHANASIA HUKUMAN MATI PENGGUGURAN

DISKRIMINASI ETIKA PERNIAGAAN SEKSUALITI
BERSEKEDUDUKAN HUBUNGAN SEJENIS

TEKNOLOGI MAKLUMAT

ALAM SEKITAR
Antroposentrisme.
mementingkan kehidupan manusia berbanding hidupan lain Perbuatan dianggap bermoral jika membunuh binatang dan mengeksploitasi tumbuhan mendatangkan kebaikan untuk manusia.

Ekosentrisme.
semua bentuk kehidupan mempunyai nilai intristik, iaitu tidak membezakan kehidupan manusia dengan kehidupan lain – sama-sama mempunyai hak.

EUTHANASIA
Tindakan menamatkan riwayat seseorang pesakit atas permintaan pesakit itu sendiri atau permintaan keluarga pesakit dengan tujuan mengurangkan kesakitan dan kesengsaraan pesakit itu. Terbahagi kepada dua iaitu;
Euthanasia sukarela Euthanasia bukan sekarela

PANDANGAN DARI AGAMA
Ada beberapa negara yang meluluskan undang-undang membenarkan euthanasia tetapi mengikut syarat-syarat yang tertentu Agama Islam mengharamkan euthanasia dan dianggap sebagai membunuh orang serta dikira sebagai dosa besar. Membunuh diri pula dianggap syirik. Agama Kristian- melarang penganutnya membunuh orang lain dgn apa cara sekalipun.

Samb…
Agama Buddha – melarang membunuh manusia, binatang dan tumbuhan dan meminta penganutnya memelihara dan menjaga nyawa sehingga capai nirwana. Agama Sikh menganggap perbuatan euthanasia sebagai suatu perbuatan kejam. Agama Hindu juga menentang euthanasia – tuhan sahaja boleh mengambil nyawa

DARI SUDUT TEORI MORAL
Teleologi – kemoralan sesuatu tindakan melihat kepada kesan atau akibat daripada tindakan itu. Utilitarian – tindakan yang membawa kebaikan kepada orang ramai dianggap bermoral. Egoisme – tindakan doktor mementingkan dirinya dianggap bermoral. Deontologi – euthanasia dianggap salah kerana memang secara semulajadinya adalah salah.

HUKUMAN MATI

Suatu hukuman yang diputuskan oleh pihak mahkamah membabitkan pesalah dibunuh samada secara pancung, gantung, suntikan maut dan sebagainya.

PIHAK YANG MENENTANG
Hukuman mati tidak berperikemanusiaan, kejam, zalim dan tidak bertamadun serta menjatuhkan martabat manusia. Ketidakadilan dan kesilapan mungkin berlaku dalam pengadilan dan penjatuhan hukuman. Mengganggu proses perundangan sesebuah negara kerana memakan masa perbicaraan yang lama. Tidak dapat mencegah jenayah berbanding hukuman penjara untuk jangka masa panjang.

PIHAK YANG MENYOKONG
–Adil bagi mereka yang melakukan kesalahan besar seperti membunuh. Pesalah merbahaya tidak semestinya dibiarkan hidup kerana dia akan mengulangi perbuatannya atau mempengaruhi orang lain. –Dapat mengurangkan kos yang tinggi untuk memelihara banduan di dalam penjara untuk tempoh masa yang lama. –Sebagai satu cara pencegahan - Amaran untuk orang ramai.

Pandangan mengenai hukuman mati
Di Malaysia, hukuman mati dijalankan contohnya di bawah Akta Senjata Api, Akta Dadah Berbahaya dan kesalahan membunuh orang. Dari sudut agama Islam, hukuman mati termasuk dalam jenayah hudud dan qisas iaitu hukuman mati bagi jenayah zina dan bunuh. Tujuan hukuman mati ialah sebagai pembalasan, pencegahan dan pemulihan.

PENGGUGURAN.
Pengguguran ialah menamatkan kehamilan sebelum kelahiran seorang bayi. Menurut kamus dewan, lahir sebelum cukup bulan ( sebelum cukup atau sampai masanya). Pengguguran mungkin berlaku atas sebab semulajadi atau disengajakan.

ANTI PENGGUGURAN
Undang-undang yang mengharamkan pengguguran janin wajar diwujudkan. Janin punyai hak untuk hidup Pengguguran adalah perbuatan tidak bermoral Wanita yang dirogol perlu diberi bimbingan dan sokongan dan tiada hak baginya untuk menggugurkan kandungannya itu. Menghalalkan pengguguran akan menyebabkan seks secara bebas berleluasa. Pengguguran akan melahirkan gangguan psikologi iaitu rasa bersalah kepada wanita yang terlibat.

PRO PENGGUGURAN
Pengguguran secara haram masih berlaku walaupun ada undang-undang yang mengharamkannya. Wanita yang enggan atau belum bersedia untuk hamil atau hamil bukan kehendak sendiri menganggapnya sebagai pilihan bermoral dalam keadaan tertentu. Memaksa wanita untuk melahirkan anak hasil daripada perbuatan rogol adalah satu penderaan dan paksaan. Bayi yang dilahirkan secara terpaksa mungkin akan menimbulkan penderaan kepada bayi berkenaan. Gangguan psikologi tidak mungkin timbul jika pengguguran dilakukan secara sukarela.

PANDANGAN AGAMA DAN UNDANG-UNDANG
Di Malaysia – Pengguguran adalah salah di sisi undang-undang dan boleh dipenjara maksimum 20 tahun kecuali pengguguran yang dilakukan atas nasihat doktor. Dari sudut Islam, tindakan itu dianggap salah dan haram setelah janin bernyawa kecuali atas nasihat doktor. Hukumnya bergantung kepada peringkat pembesaran janin Agama Kristian juga melarang pengguguran kerana janin punyai hak untuk hidup. Pengguguran dianggap sebagai pembunuhan

DARI SUDUT TEORI MORAL
Utilitarianisme – Tindakan dianggap bermoral jika membawa kebaikan kepada orang ramai. Egoisme – Tindakan dianggap bermoral jika membawa kebaikan pada individu (ibu).

DISKRIMINASI.

Satu layanan berbeza terhadap individu atau kumpulan disebabkan perbezaan ras, jantina, kebudayaan, warna kulit, agama, kelas sosial atau taraf hidup.

BENTUK-BENTUK DISKRIMINASI
Diskriminasi dengan sengaja. Diskriminasi layanan tidak sama. Diskriminasi kesan tidak sama. Diskriminasi masa lalu Tindak balas terhadap orang yang menentang diskriminasi.

JENIS DISKRIMINASI
Diskriminasi Jantina
Iaitu layanan berbeza terhadap individu atau kumpulan atas dasar jantina.

Diskriminasi Ras
Iaitu perbezaan layanan berdasarkan perbezaan ras atau kaum.

Diskriminasi umur, politik, agama dan sosioekonomi.
Iaitu layanan yang berbeza yang diberikan kepada individu atau kumpulan atas dasar umur, fahaman politik dan agama.

ETIKA PERNIAGAAN
Pertimbangan moral yang berlandaskan peraturan dan prinsip tertentu yang menentukan samada tindakan atau perlakuan dalam perniagaan itu betul atau salah.

Kepentingan Etika Perniagaan
Biasanya, peniaga akan sentiasa berikhtiar untuk meningkatkan perniagaan dan mengaut keuntungan yang lebih hingga terlupa kepada tanggungjawab mereka kepada masyarakat, mengelak daripada membayar cukai, menjalankan perniagaan secara haram dan seumpamanya. Beberapa undang-undang dan akta telah diperkenalkan oleh kerajaan seperti Akta Kawalan Harga 1946, Akta Keterangan 1950, Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Sewa beli 1967, Akta Timbang dan Sukat 1972 dll. Kod etika juga diperkenalkan supaya menjadi panduan kepada peniaga untuk memiliki nilai dan etika perniagaan yang baik.

Etika Dalam Amalan Perniagaan
Mematuhi perjanjian yang telah dibuat dengan mana-mana pihak (pembekal atau pemodal) Peniaga juga mempunyai tanggungjawab moral terhadap pekerjanya seperti menjaga kebajikan, tiada diskriminasi dan lain-lain. Tanggungjawab peniaga kepada pembeli atau pengguna perlu dititikberatkan seperti memberi perkhidmatan yang memuaskan, harga barang atau perkhidmatan yang berpatutan dan lain-lain. Tanggungjawab peniaga kepada masyarakat derma dan sumbangan. Tanggungjawab peniaga kepada kerajaan – cukai.

DARI SUDUT TEORI MORAL
Egoisme : bertanggungjawab melakukan sesuatu yang terbaik untuk kepentingan dan kebaikan syarikat asalkan usahanya itu membawa kebaikan dan kepentingan dirinya. Utilitarianisme : Tindakan dikatakan bermoral jika tindakan itu memaksimumkan kebaikan untuk orang ramai dan mengambil kira kepentingan semua pihak.

BERSEKEDUDUKAN

Pasangan berlainan jantina tinggal bersama tanpa ikatan perkahwinan secara sah. Pasangan ini tinggal bersama seperti suami isteri dan sesetengah mereka mempunyai anak di luar nikah.

Alasan mereka yang bersekedudukan di Barat
Mereka dapat mengenali secara lebih mendalam pasangan masingmasing sebelum berkahwin. Pasangan ingin menjimatkan wang kerana kos perkahwinan tinggi. Tidak mahu terikat dengan ikatan perkahwinan.

Scot: Empat Jenis Bersekedudukan
Linus blanket – Kerana kurang keyakinan diri dan merasa kurang selamat tinggal bersendirian Emancipation – Berlaku di kalangan gadis yang ingin bebas dari kongkongan ibu bapa dan larangan agama. Convenience – Untuk mendapatkan kemudahan asas sahaja. Testing – Anggap bersekedudukan sebagai perkahwinan percubaan.

DARI SUDUT TEORI MORAL
Egoisme – Tindakan dianggap bermoral jika bersekedudukan membawa kebaikan kepada dirinya. Utilitarianisme – tindakan dianggap bermoral jika ia merupakan pilihan terbaik dan menguntungkan semua pihak yang terlibat. Eksistensialisme – dianggap bermoral jika tindakan itu merupakan pilihan terbaik oleh seseorang itu. Individu bebas membuat pilihan.

PANDANGAN AGAMA
Kebanyakan agama melarang pengikutnya bersekududukan sebaliknya menggalakkan perkahwinan dan berkeluarga terutamanya Islam. Perbuatan itu dianggap keji, tidak bermoral dan berdosa besar (zina). Di Malaysia, bersekedudukan adalah salah di sisi undang-undang sivil mahupun syariah.

KESAN BERSEKEDUDUKAN
 Pembuangan bayi akibat penzinaan  Anak tidak mempunyai bapa yang sah.  Kemungkinan perempuan terpaksa menanggung sendiri anak-anaknya setelah berpisah dengan pasangannya.  Kehidupan anak-anak tidak terurus.  Kesukaran peninggalan harta kepada pasangan.

HUBUNGAN SEJENIS
Dikenali sebagai homoseksualiti iaitu keinginan untuk melakukan hubungan seks dengan golongan sejenis iaitu lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan.

PANDANGAN AGAMA DAN UNDANG-UNDANG
Dari sudut agama, semua agama menentangnya. Agama Islam menganggap ianya perbuatan terkutuk dan haram. Bersetubuh sesama lelaki dikenali sebagai liwath manakala sesama wanita dikenali sebagai sihaaq atau musaaqh. Dari sudut undang-undang pula ada negara yang membenarkannya seperti di United Kingdom dan ada yang menganggapnya sebagai satu kesalahan seperti di Malaysia.

DARI SUDUT TEORI MORAL
Naturalisme – walupun manusia digalakkan membentuk dan mengekalkan hubungan peribadi sesama manusia, hubungan sejenis patut dijauhi kerana ia sesuatu yang luar biasa. Intuisionisme – individu menentukan sesuatu perbuatan sebagai baik atau buruk mengikut nalurinya sendiri. Eksistensialisme – Individu bebas memilih yang mana baik atau buruk untuk dirinya.

TEKNOLOGI MAKLUMAT

Tujuan penggunaan komputer adalah untuk meningkatkan produktiviti dalam zaman yang semakin banyak maklumat yang perlu dikendalikan dalam setiap industri.

Isu Berkaitan Komputer
Keselamatan – Fail atau data yang kita bina mungkin dimusnahkan secara tidak sengaja atau disengajakan Persendirian (privacy) – menjadi isu apabila seseorang memasuki data orang lain dan membaca data itu. Etika – Mungkin sedar atau tidak, kita mempunyai masalah etika jika membenarkan orang lain menggunakan perisian yang hanya kita dibenarkan menggunakannya.

Jenayah Komputer Yang Kerap Berlaku
–Mencuri masa komputer untuk membina perisian samaada untuk kegunaan persendirian atau menjualkannya. –Mencuri, memusnah atau memanipulasi program atau data. –Mengubah data yang disimpan dalam fail komputer. –Menyalin perisian secara tidak sah. (cetak rompak) –Penjenayah komputer dikenali sebagai hacker dan ‘penyeluk poket elektronik’

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->