You are on page 1of 19

BAB LIMA

PENYELESAIAN
KONFLIK MORAL
PENYELESAIAN KONFLIK MORAL

 DEFINISI
KONFLIK
 BENTUK-BENTUK KONFLIK
 PUNCA-PUNCA KONFLIK
 STRATEGI PEMBINAAN HIRARKI
 STRATEGI PENCAIRAN MASALAH
 STRATEGI KOMPROMI
DEFINISI

 Menurut Kamus Dewan, konflik bermaksud


pertentangan antara individu, idea dan
organisasi.
 Dengan kata lain, konflik bermaksud
ketegangan yang timbul akibat terdapat
beberapa kemungkinan atau syor yang
berbeza dan tidak sepadan dalam usaha
menanggani sesuatu isu.
BENTUK-BENTUK KONFLIK

 Konflik Intra Personel


– Konflik ini berkaitan dengan diri sendiri yang
berkisar kepada matlamat dan kekecewaan:
 Konflik Antara Personel.
– Konflik ini berlaku apabila wujud konflik antara
seorang dengan seseorang yang lain atau antara
individu dengan kumpulan.
 Konflik Antara Kumpulan.
– Konflik yang wujud dalam kumpulan akibat
kedudukan hirarki jawatan dalam kumpulan dan
konflik dalam menyelaraskan tugas kumpulan.
PUNCA-PUNCA KONFLIK

 Perkongsian punca bahan pengeluaran.


– Konflik akan wujud apabila sesuatu bahan
keluaran terhad.
 Perbezaan matlamat.
– Konflik juga akan timbul akibat tidak setuju
dengan matlamat, objektif atau nilai-nilai.
 Kebergantungan.
– Ia bermaksud pengharapan seseorang
kepada orang lain untuk mencapai satu hasil
atau matlamat.
PUNCA-PUNCA KONFLIK

 Ketidakjelasan tanggungjawab.
– Ini wujud apabila individu tidak dapat
mempastikan tanggungjawabnya.
 Desakan untuk memperolehi kuasa.
– Ini akan berlaku apabila terdapat inidividu
yang mempunyai cita-cita tinggi. Mereka akan
berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan
kuasa.
STRATEGI PEMBINAAN HIRARAKI.

 Strategi
Pembinaan Hirarki adalah strategi
yang menyusun atur nilai-nilai bermula
dengan yang paling penting hingga ke bawah
dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
KES AHMAD

 Ahmad adalah ketua kesatuan buruh.


Kebanyakan ahli kesatuan itu memegang
jawatan yang tidak memerlukan kemahiran.
Mereka kerap diberhentikan kerja dan tiada pula
dana untuk membiayai program kebajikan bagi
bekas pekerja yang menganggur kerana
dibuang kerja. Oleh itu, kepada kumpulan ahli
ini, jaminan kerja amat penting kerana tanpanya
mereka dan keluarga masing-masing akan
berdepan dengan pelbagai masalah sosial.
Samb…

 Kesatuan Buruh Ahmad juga mempunyai


sekumpulan pekerja yang amat mahir dan
kepakaran mereka sentiasa diperlukan. Bagi
kumpulan ahli ini, jaminan kerja bukanlah suatu
isu kerana yakin mereka sentiasa mudah
mendapat pekerjaan. Kumpulan ini mahu
Ahmad mendesak majikan supaya ditambah
hari cuti pada hujung minggu.
– Sebagai ketua kesatuan, apakah yang Ahmad patut
lakukan?
 Dalam kes di atas, Ahmad mempunyai konflik antara :
– Jaminan kerja untuk pekerja kurang mahir
– Masa lapang untuk pekerja mahir

 Untuk itu, Ahmad perlu membuat hirarki, contoh :


– Lebih penting : Memastikan terjaminnya pekerjaan bagi pekerja
kurang mahir.
– Kurang penting : Mendapatkan hari cuti lebih untuk masa
lapang.
 Cara untuk menilai apakah nilai yang perlu diutamakan
ialah melihat kepada :
– Nilai yang lebih asas. Dalam kes ini Ahmad perlu
mengutamakan kebajikan pekerja kurang mahir kerana nilai ini
adalah nilai asas untuk mencapai nilai-nilai yang lain
– Mengutamakan nilai yang bersifat menyeluruh (melibatkan
banyak nilai)

 Kelemahan strategi ini ialah :


– Nilai-nilai berkonflik selalunya tidak dapat disusun menurut
hirarki. Kadang-kadang sukar untuk dinyatakan mana satu nilai
yang lebih asas atau lebih menyeluruh.
STRATEGI PENCAIRAN MASALAH

 Strategipencairan masalah ialah


penghasilan satu alternatif atau lebih yang
dapat menjauhkan kita daripada masalah
tersebut.
KES BALA

 Bala telah ditawarkan jawatan oleh syarikat XYZ di


negara Afrika bermula 1 Mei 2004. Jawatan ini
merupakan pekerjaan yang memang diminatinya
dan sesuai dengan program pengajiannya semasa di
universiti. Tetapi Bala telah membuat beberapa
komitmen. Beliau telah menerima jawatan dan
mengikat kontrak dengan syarikat ABC di Melaka
dan akan mula bertugas pada 1 April 2004. Bala
tidak boleh mungkir janji dengan ABC kerana telah
menandatangani kontrak dan tidak boleh
mengubahnya
Samb…

Tetapi banyak peluang yang boleh Bala nikmati di XYZ.


Pekerjaan baik, gaji lumayan dan potensi untuk menguruskan
syarikat itu. Dengan Syarikat XYZ dia dapat berinteraksi
dengan masyarakat antarabangsa dan mengenali budaya
mereka. Dengan Syarikat ABC, Bala mempunyai peluang
yang kurang untuk memajukan diri. Walau bagaimanapun,
Bala masih ragu untuk ke Afrika memandangkan keadaan di
negara itu yang tidak stabil walaupun selepas perang saudara
reda. Apa akan terjadi kepada Bala jika pekerjaannya di XYZ
ditamatkan kerana syarikat dikuasai kerajaan Afrika yang
tidak mahu pekerja asing. Apakah sepatutnya keputusan
yang perlu Bala ambil?
 Dalam kes di atas, Bala mempunyai dua konflik iaitu
– Konflik antara tidak memungkiri janji dengan bekerja di ABC
dengan tanggungjawab memajukan diri dengan bekerja di
XYZ.
– Masalah memilih tanggungjawab memajukan diri dengan
masa depan yang terjamin.
 Masalah yang dihadapi Bala tidak semestinya
menjadi satu konflik jika Bala mengambil strategi
pencairan masalah iaitu dengan mengadakan satu
alternatif lain dan tukarkan masalah yang dihadapi
kepada (pemesongan) atau mencari alternatif lain.
Alternatif itu ialah dengan membeli insuran untuk
menjamin keselamatannya ketika bekerja di XYZ.
KELEMAHAN
 Sesetengah konflik tidak dapat dielakkan terutamanya
apabila berhadapan dengan keadaan yang tidak dapat
dijangka. Contohnya, Bala tidak menjangka akan
mendapat tawaran yang lebih baik daripada XYZ
sedangkan beliau telah berjanji untuk bekerja dengan
ABC. Dalam hal ini strategi pencairan masalah tidak
dapat menyelesaikan konflik tidak memungkiri janji
dengan tanggungjawab memajukan diri.
 Masalah membina perwatakan. Strategi ini tidak tegas
dalam membina moral dan keteguhan hati dalam
menghadapi konflik sebaliknya terus berusaha untuk
mengelak daripada berhadapan secara langsung dengan
konflik dengan mengadakan alternatif lain.
STRATEGI KOMPROMI

 Strategi kompromi ialah memperuntukkan


sesuatu tetapi bukan segala-galanya kepada
setiap orang dengan mengadakan rundingan
antara dua pihak ataupun lebih. Atau
memperuntukkan sedikit daripada setiap
nilai, bukan untuk mencapai satu nilai sahaja
dengan mengetepikan nilai lain.
• Dalam kes Bala sebagai contohnya, Bala boleh
mengambil langkah berkompromi (berunding)
dengan ABC dan XYZ di mana Bala akan terus
menepati janjinya untuk bekerja di ABC dan
tidak lama kemudian mengambil cuti atau
berhenti untuk bekerja di XYZ pula. Namun Bala
terpaksa menanggung risiko-risiko yang bakal
dihadapinya melalui rundingan yang dibuat.
KELEMAHAN

 Nilai-nilai yang berkonflik mungkin hanya dapat


dicapai pada kadar yang tertentu sahaja dan tidak
sepenuhnya. Mungkin semasa berkompromi,
sebahagian nilai akan terpaksa dikorbankan.
 Dari segi praktis pula, kompromi akan memihak
kepada pihak yang mempunyai autoroti yang lebih
dan ini akan menimbulkan ketidakadilan.

You might also like