You are on page 1of 25

Page |1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA,

KEDAH DARULAMAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

(PISMP) AMBILAN JANUARI 2008

SEMESTER 05

PKB 3109
TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

NAMA PELAJAR :

NO. KP :

TAJUK TUGASAN : TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

KUMPULAN : PISMP SEM 5 PK/PJ 1

PENSYARAH PEMBIMBING : EN AZMI BIN ABU BAKAR

TARIKH SERAHAN : 26 APRIL 2010


Page |2

KANDUNGAN MUKASURAT
MAKLUMAT DIRI PELATIH 3
SOALAN TUGASAN 4
PENGENALAN 5
MAKLUMAT 6 AKTIVITI TERAPI
 Terapi hidro
 Terapi pertuturan
 Terapi seni
 Terapi ozon 6

 Terapi ais
 Terapi warna
KEPENTINGAN & FAEDAH TERAPI 7
AKTIVITI AMALI TERAPI PERTUTURAN 11
 Maklumat murid 12
 Perancangan aktiviti 13

 Alatan yang digunakan 14


LAPORAN TERAPI PERTUTURAN 16
 Sesi 1 17
 Sesi 2 18

 Sesi 3 19

 Sesi 4 20
21
 Sesi 5
22
 Sesi 6
23
 Sesi 7
24
 Sesi 8
RUMUSAN 25
BIBLIOGRAFI 27
Page |3

SOALAN TUGASAN
Page |4

PENGENALAN

Konsep terapi dalam Pendidikan Khas adalah berdasarkan konsep kepelbagaian


kategori individu berkeperluan khas. Murid-murid berkeperluan khas mempunyai sama
ada ketidakupayaan, kecacatan, halangan atau rintangan untuk mencapai
perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Sehubungan itu
kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran mencapai
perkembangan tersebut.

Oleh yang demikian, setiap murid Pendidikan Khas yang mempunyai kelemahan,
kecacatan, halangan atau rintangan tertentu yang mengganggu mereka menjalani
kehidupan seharian atau pembelajaran harus melibatkan diri dalam terapi yang sesuai.
Terdapat pelbagai jenis dan bentuk terapi yang boleh membantu mereka dalam setiap
kekurangan tersebut. Sebagai contoh, jika murid berkenaan mempunyai masalah dalam
pertuturan, dia boleh menjalani terapi pertuturan. Jika dia menghadapi masalah dalam
pergerakan motor kasar atau halus (psikomotor), dia boleh didedahkan dengan terapi
fisio atau cara kerja.

Pelaksanaan kaedah terapi ke atas murid haruslah dilakukan oleh mereka yang
berpengalaman dan berpengetahuan seperti doktor atau pakar kesihatan.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa terapi yang boleh dijalankan sendiri oleh ibu
bapa dan guru seperti terapi muzik, terapi seni, terapi pertuturan dan terapi pergerakan.
Namun begitu, untuk menjalankan terapi tersebut, pihak berkenaan haruslah
mendapatkan maklumat atau pengetahuan yang sesuai sama ada melalui pembacaan
atau rujukan pada pakar.
Page |5
Page |6
Page |7

KEPENTINGAN DAN FAEDAH AKTIVITI TERAPI KEPADA MURID


PENDIDIKAN KHAS
Aktiviti terapi amat membantu murid Pendidikan Khas khususnya bermasalah
pembelajaran sama ada di dalam proses pembelajaran atau kehidupan seharian
mereka. Seperti yang diketahui, murid-murid Pendidikan Khas mempunyai masalah
tersendiri sehinggakan ada di antara mereka yang tidak dapat menguruskan diri dengan
baik dan mempunyai halangan dalam menjalani kehidupan seharian.

Di sini, saya menyenaraikan beberapa kepentingan terapi kepada murid


Pendidikan Khas :

1. Membantu untuk meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan.


 Melalui aktiviti terapi, murid Pendidikan Khas dapat meningkatkan keupayaan
mereka dalam mengawal mental dan emosi dengan baik. Sekiranya mereka
dapat mengawal mental dan emosi dengan baik, maka kesihatan diri mereka
juga dapat dijaga dengan baik. Sebagai contoh, terapi main yang membantu
murid dalam mengawal mental dan emosi mereka ketika bermain dengan
kawan-kawan selain membantu mereka menyihatkan tubuh badan dalam
bentuk riadah.

2. Membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan


 Murid-murid Pendidikan Khas yang mempunyai masalah dalam psikomotor
mereka boleh dipulihkan dengan melakukan terapi yang sesuai. Sebagai
contoh, melalui aktiviti terapi hidro yang dapat memberi sokongan ke atas
tubuh badan melalui apungan air sedikit sebanyak membantu murid
mengawal tubuh badan. Selain itu, terapi fisio juga boleh membantu murid
seperti cerebral palsy atau lumpuh untuk menggerakkan psikomotornya untuk
menjalankan aktiviti harian atau pembelajaran.
Page |8

3. Merangsang pemikiran dan kreativiti murid


 Aktiviti terapi juga dapat membantu murid Pendidikan Khas dalam pemikiran
dan kognitif mereka. Sebagai contoh, aktiviti terapi seperti terapi seni dan
terapi pergerakan dapat merangsang pemikiran dan kreativiti murid dalam
mencipta, membina dan membentuk hasil seni atau pergerakan melalui
pemikiran mereka. Melalui terapi seni dan terapi pergerakan juga
menggalakkan murid untuk menggunakan keupayaan kognitif mereka ke
tahap yang maksimum.

4. Membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi


 Terapi pertuturan merupakan salah satu aktiviti yang membantu murid untuk
mempunyai masalah dengan alat artikulasi mereka seperti gagap, sengau,
sumbing dan sebagainya. Melalui aktiviti terapi pertuturan, mereka dapat
melatih dan merangsang alat pertuturan mereka untuk berkomunikasi dengan
lebih baik dan membantu mereka menyampaikan maklumat kepada individu
lain.

5. Mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi


 Murid-murid Pendidikan Khas biasanya menghadapai gangguan atau
tekanan mental dan emosi sama ada dari keluarga atau persekitaran mereka.
Oleh yang demikian, melalui aktiviti seperti terapi bermain, terapi muzik atau
aromatherapy dapat membantu mereka dalam menenangkan perasaan,
emosi dan mental. Hal ini kerana terapi-terapi tersebut dalam membuatkan
mereka melupakan tekanan atau trauma yang pernah dihadapai dalam
kehidupan melalui permainan yang mereka gemari, lagu atau muzik yang
perlahan dan bau-bauan yang menenangkan.
Page |9

6. Memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri.


 Murid-murid yang mempunyai masalah dalam pengurusan kehidupan
seharian boleh dibantu dengan terapi yang sesuai. Sebagai contoh, terapi
cara kerja yang melatih murid dalam membuat kerja atau aktiviti yang
mendatangkan hasil. Murid juga akan diajar untuk melakukan kerja-kerja
yang membantu nya dalam kehidupan seharian seperti memasak, mendobi,
menukang, menanm, menjahit, menguruskan diri dan sebagainya. Melalui
terapi ini juga mereka dapat meningkatkan keyakinan diri dengan
mempercayai keupayaan dan kebolehan diri mereka dalam meningkatkan
kualiti hidup mereka dan untuk membantu orang lain.

7. Membantu untuk meningkatkan kemahiran bersosial murid.


 Melalui aktiviti terapi, murid dapat bergaul dan berkomunikasi dengan individu
dan masyarakat di sekitar mereka. Sebagai contoh. Terapi main yang
melibatkan murid dengan murid lain akan membantu mereka untuk
berkomunikasi dan bergaul sesama sendiri. Selain itu, terapi membeli belah
juga dapat membantu murid untuk berinteraksi dengan masyarakat dalam
proses jual beli.

8. Meningkatkan kemahiran pengamatan (pendengaran dan penglihatan)


 Kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai masalah dalam
pengamatan sama ada pendengaran atau penglihatan boleh dibantu dengan
menjalani beberapa terapi tertentu. Sebagai contoh, terapi muzik dapat
meningkatkan pengamatan mereka dalam pendengaran dan terapi visual
atau penglihatan dapat membantu meningkatkan pengamatan dalam
penglihatan.
P a g e | 10

MAKLUMAT MURID

NAMA

:
KHAIRUL
AZHAR BIN
SALLEH

TARIKH LAHIR
:

UMUR

: 11
TAHUN

NO KP
:

ALAMAT
:

JANTINA : LELAKI

KELAS : B (LEMAH)

J. KETIDAKUPAYAAN : LEMBAM (slow learner)


P a g e | 11
P a g e | 12

PERANCANGAN AKTIVITI TERAPI PERTUTURAN

Setelah melakukan pembacaan dan pengumpulan maklumat, saya telah memilih


untuk menjalankan aktiviti terapi pertuturan terhadap murid Pendidikan Khas yang telah
dipilih. Terapi pertuturan ialah terapi yang dilakukan ke atas murid yang mempunyai
masalah pertuturan dan komunikasi. Selain itu, ia adalah untuk melatih dan
merangsang murid untuk menggunakan alat artikulasi seperti lidah, bibir, kotak suara
dengan betul.

Oleh yang demikian, saya memilih Azhar untuk menjalani terapi pertuturan kerana
murid ini mempunyai masalah dengan alat artikulasinya. Dia sering menghadapi
masalah dalam sebutan dan pengeluaran bunyi yang menyebabkan percakapannya
sukar difahami oleh guru dan kawan-kawan. Azhar juga kadangkala sukar
menyampaikan maklumat dan kehendaknya ketika di dalam bilik darjah. Selain itu, dia
juga lambat untuk menjawab soalan secara lisan walaupun dia mengetahui jawapan
yang betul

Saya telah merancang satu program terapi pertuturan untuk Azhar. Aktiviti terapi ini
terdiri daripada lapan sesi dan dijalankan secara berperingkat. Lapan aktiviti terapi
tersebut adalah seperti berikut :

1) Latihan senaman muka dan mulut


2) Meniup belon
3) Menyedut dan membuat buih di dalam air
4) Meniup alat peniup hari jadi
5) Meniup wisel
6) Meniup bola pingpong menggunakan straw
7) Meniup alat buih sabun
8) Meniup warna air di atas kertas dengan menggunakan straw
P a g e | 13

ALATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK TERAPI PERTUTURAN

1. Air dan cawan

2. Alat peniup hari jadi

3. Belon

4. Bola ping pong

5. Straw

6. Warna air
7.

Alat buih sabun


8.

Wisel
9.

Kertas lukisan

10. Papan litar permainan


P a g e | 14
P a g e | 15

LAPORAN SESI 1 : LATIHAN SENAMAN MUKA DAN ALAT ARTIKULASI

ALATAN : BAHAGIAN MUKA DAN ALAT ARTIKULASI

PELAKSANAAN AKTIVITI

Aktiviti ini melibatkan bahagian muka dan alat artikulasi seperti bibir, lidah dan
kotak suara. Murid dikehendaki untuk membuat senaman muka iaitu senyum, gelak dan
sedih. Murid juga dikehendaki melakukan latihan alat artikulasi seperti bunyi ‘aaaaaaa’,
‘ooooooo’ dan ‘brrrrrrr’. Selain itu juga, murid disuruh untuk mengetap bibir, mengetak
lidah, dan meludah.

Membuat bunyi ‘aaaaaaaa’ membuat bunyi ‘brrrrrr’

mimik muka sedih senaman muka- senyum


P a g e | 16

LAPORAN SESI 2 : MENIUP BELON

ALATAN : BELON BERLAINAN JENIS

PELAKSANAAN AKTIVITI

Murid dikehendaki meniup belon pelbagai jenis mengikut tahap kesusahan.


Terdapat tiga jenis belon iaitu yang mudah ditiup, yang sederhana susah dan yang
susah ditiup. Murid dikehendaki meniup belon dengan dua cara iaitu meniup sehingga
satu saiz tertentu dan meniup mengikut masa yang ditetapkan (30 saat). Aktiviti ini
untuk menguji tahap kekuatan dan keupayaan pengawalan pernafasannya.

Murid bersedia untuk meniup belon

Murid meniup belon mengikut masa yang ditetapkan

Murid meniup belon sehingga saiz yang ditetapkan


P a g e | 17

LAPORAN SESI 3 : MENYEDUT DAN MEMBUAT BUIH DI DALAM AIR

ALATAN : AIR MASAK, CAWAN, STRAW.

PELAKSANAAN AKTIVITI

Melalui aktiviti ini, murid dikehendaki minum air masak menggunakan straw.
Kemudian, murid dikehendaki membuat buih di dalam air mengikut dua cara iaitu
mengikut masa yang ditetapkan (30 saat) dan mengikut kekerapan tertentu (5 kali).
Aktiviti ini diulangi sebanyak 3 kali.

Murid menyedut air di dalam cawan

Murid membuat buih di dalam cawan


P a g e | 18

LAPORAN SESI 4 : MENIUP ALAT PENIUP HARI JADI

ALATAN : ALAT PENIUP HARI JADI

PELAKSANAAN AKTIVITI

Murid diberi satu alat peniup hari jadi yang biasa digunakan semasa majlis hari
jadi. Murid dikehendaki untuk meniup alat tersebut sehingga ia mencapai kepanjangan
maksimum. Murid dinilai berdasarkan kekerapan tiupan yang dibuat dalam masa 30
saat. Aktiviti diulangi sebanyak 3 kali selang sela masa rehat selama seminit.
P a g e | 19

LAPORAN SESI 5 : MENIUP WISEL

ALATAN : WISEL

PELAKSANAAN AKTIVITI

Aktiviti ini melibatkan murid dengan penggunaan wisel. Murid dikehendaki


meniup wisel dengan 3 cara iaitu

I. Tiup wisel selama yang boleh


II. Tiup wisel selama masa yang ditetapkan (30 saat)
III. Tiup wisel dengan menghasilkan alunan bunyi atau ritma
P a g e | 20

LAPORAN SESI 6 : MENIUP BOLA PINGPONG MENGGUNAKAN STRAW

ALATAN : STRAW, BOLA PINGPONG, PAPAN LITAR PERMAINAN

PELAKSANAAN AKTIVITI

Pada permulaan aktiviti, murid dibenarkan untuk meniup bola ping pong dengan
menggunakan straw secara bebas di atas meja. Kemudian, murid dikehendaki meniup
bola ping pong secara perlahan dan kelajuan bertambah secara berperingkat.
Seterusnya, murid dikehendaki meniup bola ping pong sehingga mencapai satu jarak
yang ditetapkan iaitu sejauh 20 sentimeter. Aktiviti disusuli dengan meniup bola ping
pong di atas papan lita yang telah disediakan.

Murid meniup bola ping pong menggunakan straw papan litar permainan
P a g e | 21

LAPORAN SESI 7 : MENIUP ALAT BUIH SABUN

ALATAN : ALAT BUIH SABUN

PELAKSANAAN AKTIVITI

Murid dikehendaki untuk meniup alat yang menghasilkan buih sabun. Aktiviti ini
melibatkan dua cara iaitu :

I. Tiup buih sabun mengikut masa yang ditetapkan (30 saat)


II. Tiup buih sabun selama yang boleh
P a g e | 22

LAPORAN SESI 8 : MENIUP WARNA AIR MENGGUNAKAN STRAW

ALATAN : WARNA AIR, STRAW, KERTAS LUKISAN

PELAKSANAAN AKTIVITI

Murid dikehendaki untuk menghasilkan kerja seni dengan menggunakan warna


air dan straw. Murid akan mengambil warna air dan menitiskannya di atas kertas
lukisan. Seterusnya meniup titisan warna air tersebut sehingga membentuk corak.
Murid menyiapkan hasil kerja dengan kreativiti sendiri.
P a g e | 23
P a g e | 24

RUMUSAN

Pada permulaan aktiviti terapi, Azhar seperti tidak yakin dan malu untuk
melakukan aktiviti yang dirancang. Namun, setelah diberi penerangan dan sokongan
serta peneguhan, Azhar bersedia untuk menjalankan terapi yang dirancang.

Kelemahan yang terdapat pada Azhar ialah lemah dalam sebutan dan
pengeluaran bunyi ketika percakapan. Dia juga bercakap agak perlahan dan tidak yakin
jika bertanyakan soalan. Namun, setelah lapan sesi terapi dijalankan, Azhar
menunjukkan perubahan yang positif pada setiap peringkat terapi yang telah dia lalui.
Peningkatannya juga boleh dilihat apabila dia mampu mengikut dan menyanyikan lagu
kegemarannya. Sikapnya juga berubah dimana dia lebih yakin dan tidak malu dalam
setiap pertuturannya. Sebutan dan pertuturannya juga bertambah baik, namun dia tetap
memerlukan terapi pertuturan untuk jangka masa yang lebih panjang lagi bagi
memantapkan lagi kemahiran bertutur nya.

Aktiviti terapi yang dijalankan adalah hasil pembacaan dari beberapa sumber di
internet seperti http://www.speechtx.com/index.htm dan Buku Panduan Bahasa Melayu
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran oleh Jabatan Pendidikan Khas
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Secara keseluruhannya, aktiviti amali terapi pertuturan dapat dijalankan


mengikut perancangan yang betul. Murid berasa seronok dengan aktiviti yang dibuat
dan bersedia untuk melakukan setiap aktiviti yang dirancang. Respon murid juga amat
positif sepanjang terapi dijalankan dan Azhar menunjukkan peningkatan berbanding
dirinya sebelum menjalani terapi pertuturan.
P a g e | 25

BIBLIOGRAFI

http://en.wikipedia.org/wiki/Art_therapy#Purpose_of_Art_Therapy

http://www.nasam.org/bahasa/pemulihan-terapi-cara-kerja.php

http://www.nasam.org/bahasa/pemulihan-terapi-pertuturan.php

http://ftmk.upsi.edu.my/~s24611/color/terapi.html

http://www.ozone.com.my/terapi_Ozon.htm

http://jppp.hukm.ukm.my/JPPP%20Bahasa/services.htm

http://www.spe-ed.net/ld-terapi.php

You might also like