You are on page 1of 5

Unit Kawalan Penyakit Berjangkit

Pengenalan
Program Kawalan Penyakit di Kementerian Kesihatan telah bermula sejak tahun 1961 melalui program-
program vertikal Kawalan Penyakit seperti Program Kawalan Penyakit Batuk Kering Kebangsaan (1961),
Program Membasmi Malaria (1967) dan Program Kawalan Kusta Kebangsaan (1969). Pada tahun 1971
Unit Kawalan Penyakit Berjangkit telah ditubuhkan dibawah Bahagian Perkhidmatan Kesihatan. Unit
Kawalan Penyakit Berjangkit JKNK memberi tumpuan kepada kepada Program Kawalan Penyakit
Berjangkit berdasarkan corak epidemiologi penyakit berjangkit semasa.
Objektif

 Menjalankan tinjauan Epidemiologi serta membuat pengawasan terhadap pengesanan, rawatan


pesakit serta diagnosa komuniti penyakit berjangkit dan seterusnya mengambil langkah-langkah
pencegahan dan kawalan yang sesuai dan segera.
 Menjalankan penguatkuasaan undang-undang di bawah akta/ peraturan kawalan penyakit
berjangkit.
 Melaksanakan promosi dan pendidikan kesihatan.
 Mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti akibat penyakit berjangkit.

Objektif Kualiti
Memastikan 80 % wabak dapat dikawal dalam jangkamasa yang di tetapkan mengikut jenis penyakit.

i. Wabak Typhoid - Tiada kes baru yang dilaporkan selepas 42 hari dari tarikh onset kes terakhir.
ii. Wabak Kolera - Tiada kes baru yang dilaporkan selepas 10 hari dari tarikh onset kes terakhir.

iii. Wabak Difteria - Tiada kes baru yang dilaporkan selepas 10 hari dari tarikh onset kes terakhir.
iv. Wabak Disentri - Tiada kes baru yang dilaporkan selepas 14 hari dari tarikh onset kes terakhir.
v. Wabak Measles - Tiada kes baru yang dilaporkan selepas 28 hari dari tarikh onset kes terakhir.
vi. Wabak HFMD - Tiada kes baru yang dilaporkan selepas 10 hari dari tarikh onset kes terakhir.
Piagam Pelanggan
Kami berjanji;

 Memastikan perkhidmatan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit dilaksanakan


dengan cepat dan berkesan.  
 Meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan mengenai penyakit berjangkit kepada
masyarakat dan lain-lain agensi melalui promosi kesihatan berterusan.
 Memastikan semua penyakit berjangkit yang dinotifikasikan dan kejadian wabak disiasat dengan
segera dan menyeluruh.
 Membuat perancangan, pemantauan dan analisa situasi penyakit berjangkit serta memberi
maklumbalas kepada pejabat kesihatan daerah, Kementerian Kesihatan Malaysia, lain-lain agensi yang
berkaitan secara berkala.
 Berkerjasama dan memberi sokongan teknikal secara berterusan kepada pejabat kesiahatan
daerah dan lain-lain agensi yang berkaitan dalam melaksanakan aktiviti pencegahan dan kawalan
penyakit berjangkit.

Perkhidmatan/Aktiviti

1. Aktiviti kawalan penyakit berjangkit terdiri dari Kawalan Penyakit :-

 Penyakit Cegahan Melalui Imunisasi.


 Penyakit Bawaan Air Dan Makanan.
 Penyakit Jangkitan Sistem Pernafasan.
 Penyakit Zoonosis.
 Penyakit-penyakit berjangkit yang baru muncul @ kemunculan semula (Emerging & re-emerging
disease).

2. Pengawasan Penyakit (Survelan)

 Notifikasi Penyakit Berjangkit di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkir
1988 (Akta 342)
 Demam Denggi
 Demam Denggi Berdarah
 Keracunan Makanan 
 Chancroid 
 Tifus & Ricketsioses
 Kolera 
 Kusta 
 Tuberkulosis
 Demam Kuning
 Rabies 
 Malaria  
 Viral
 Ensefalitis
 Akut Poliomilitis 
 Plague 
 Jangkitan Gonococcal 
 Viral Hepatitis
 Ebola
 Difteria 
 Disentri 
 HIV/AIDS
 Demam Campak 
 Batuk Kokol
 Tetanus 
 HFMD
 Tifoid 
 Relapsing Fever 
 Siflis  
 Apa-apa jangkitan mikrobial lain yang mengancam nyawa
       Survelan Sentinel meliputi.
- AGE
- AFP
- Measles
- ILI (Influenza Like Illness)

 Survelan Makmal (Laboratory-base Survelance) meliputi pemantauan makmal bagi orginisma:-

- Haemophilus influenza type b


- Salmonella typhi
- Salmonella sp
- Neisseria meningitidis
- Vibrio cholerae
- Leptospira.
Berdasarkan penerangan yang diberikan oleh Hj Mohd. Zin Bin Daud, beliau mengatakan bahawa kita
kekurangan kesedaran mengenai penjagaan asas di rumah untuk mengelakkan pembiakan nyamuk
aedes.

Dalam rumah kita, banyak tempat ang boleh disinggahi oleh nyamuk ini untuk bertelur. Seterusnya,
mengembangkan populasi mereka di kalangan manusia.

Sekali bertelur, nyamuk jenis hitam belang putih ini mampu melahirkan sehingga 300 biji telur. Akhirnya,
yang susah, kita juga. Kita juga kena demam denggi dan demam denggi berdarah (hemorrhagic dengue
fever).
Justeru, tugas orang awam ialah mengelakkan nyamuk ini terus bertelur dan menambah populasi dalam
kalangan manusia. Jauhkan rumah dari ai bertakung. Jangan terlalu yakin dengan kebersihan rumah
sendiri kerana nyamuk aedes sukakan air yang bersih.

Mereka tidak suka air yang kotor. Bukan pilihan mereka air longkang di tepi rumah, malahan, mereka
suka air yang bersih. Contohnya? Air takungan pasu, air takungan hujan dan air dalam sampah sarap.
Itulah sasaran mereka. Mereka suka air yang jernih dan mengeluarkan telurnya di situ.

Sememangnya , menjadi tangggungjawab Unit Inspektorat untuk mengawal penularan penyakit aedes di
komuniti tertentu. Oleh kerana itu, mereka sememangnya memainkan peranan penting (important role)
dalam menentukan adakah wabak aedes masih bermaharajelela dalam masyarakat sekitar.

Bersempena dengan itu, mereka kumpul statistic, mereka kumpul data dan mereka buat surveillance
dari tempat ke tempat. Jika sesuatu kawasan itu disuspek dengan penyakit aedes dan mempunyai
populasi nyamuk aedes yang tinggi, unit ini akan memulakan operasi fogging di kawasan tersebut.

Orang yang berada dalam umah atau bangunan berdekatan perlu mengosongkan premis mereka dan
membenarkan Unit Inspektorat mem’fogging’ kawasan mereka. Sejurus selepas itu, ia mungkin
mengambil beberapa keika untuk kesan asap itu hilang.

Selain itu, unit ini bertindak sebagai peneraju undang-undang dan menjalankan akta yang sudah tersedia
dalam kitab perundangan kita. Mereka boleh menyita kedai makan atau premis perniagaan selama
sekurang-kurangnya 2 minggu sehingga pemeriksaan selesai. Ini merupakan langkah berjaga-jaga demi
keselamatan awam.

Selain itu, en. Zin juga memberi pesanan kepada kami untuk menasihati sesiapa juga untuk menjaga
persekitaran dari terdedah kepada ancaman aedes. Ini kerana, masyarakat agak liat dan idak peka
dengan keadaan tersebut. Walaupun mereka takut mati, mereka tidak ingin untuk mencegah diri
daripada mendapat risikopenyakit demam denggi.

Sudah jadi tugas kami sebagai frontline (barisan hadapan) dalam perkhidmatan kesihatan di sekitar kita.
Jururawat berada di mana-mana. Klinik, hospital dan komuniti, semua ada jururawat. Kadang-kala, ada
yang tak perasan, betapa besarnya jasa sang jururawat ke atas komuniti itu sendiri. Pendidikan
kesihatan pun bagi, injection pun bagi, akhi sekali, tugas nak ajar demam denggi pun kena ajar patient.

Tatacara elak aedes di rumah:

 20 minit seminggu sudah memadai.


 Perhatikan kawasan rumah yang mempunyai air bertakung.
 Jika tandas tersumbat, baiki segera.
 Jika ada kesekatan pada perkumbahan dalam rumah, nyatakan pada pihak berkenaan.
 Jika ada unit Inspektorat datang untuk memeriksa halaman rumah, benarkan mereka masuk.
 Selalu-selalulah kumpul dan kambus daun-daun kering di halaman rumah.
 Elakkan sampah berteraburan, takut-takut jadi tempat aedes membiak.
 Ikat plastic beg sampah

You might also like