You are on page 1of 11

Folio Geografi 2010

MIGRASI DALAMAN PENDUDUK


DI TAMAN SRI SINAR
KUALA LUMPUR
NAMA  : SYAHMIE FAYYADH BIN JAAFAR

KELAS : 3 JUJUR

SEKOLAH : SMK SINAR BINTANG, KUALA LUMPUR

NAMA GURU : PN ROSNAH SAMLEE

TAHUN : 2010

TANDATANGAN PELAJAR                          TANDATANGAN GURU


ISI KANDUNG
TAJUK

1. Bismillah
2. Penghargaan

3. Pendahuluan

4. Objektif Kajian

5. Kawasan Kajian

6. Kaedah Kajian

7. Hasil Kajian

8. Rumusan

9. Rujukan

10. Lampiran

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH


LAGI MAHA PENYAYANG
APK TEAM
KUALA LUMPUR

PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua
SMK Sinar Bintang, Pn. Sumarni b. Junin kerana telah memberikan
kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa
juga kepada guru Geografi saya iaitu Pn. Rosnah Samlee yang telah
banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini
dijalankan.

Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana
memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan
kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi
memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu Adib Akmal dan Mohd.
Azwandy yang telah banyak membantu saya ketika proses soal selidik
dan temu bual dilakukan. Terima kasih juga kerana sudi meminjamkan
wang ringgit kepada saya.

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Taman


Sri Sinar yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya
semasa kajian ini dijalankan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas
jasa dan budi baik kalian semua.

PENDAHULUAN
Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat
untuk pensijilan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah
diberikan tajuk iaitu  Migrasi Dalaman Penduduk. Oleh itu, kami semua
telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di taman
perumahan sendiri memandangkan ia amat bersesuai dengan tajuk yang
diberikan. Di Taman Sri Sinar,  sememangnya terdapat migrasi yang
berlaku di taman ini disebabkan perkembangan sektor pekerjaan di
kawasan sekitarnya.

Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula
bulan Mac sehingga bulan Mei iaitu kira-kira 3 bulan. Setiap pelajar
perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah
dijalankan.

Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat
dan faedah khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di
kawasan tempat  tinggal saya.

OBJEKTIF KAJIAN
Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan

1. Mendefinisikan Konsep migrasi penduduk dengan tepat dan jelas


2. Menyatakan Pola migrasi penduduk di kawasan kajian
3. Menyatakan Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman
penduduk di kawasan kajian.
4. Menyatakan Kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian.
5. Mencadangkan Langkah untuk mengatasi kesan migrasi yang
berlaku di kawasan kajian.
6. Penerapan nilai dan unsur patriotisme terhadap penduduk  di Kg.
Selulun mengenai kepentingan migrasi.
KAWASAN KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan di Taman Sri Sinar, Kuala Lumpur. Lokasi
kawasan kajian ini terletak kira-kira 12.7 kilometer Jalan Kucing dari 
dan kira-kira 14.9 km dari Lebuhraya Mahameru. Biasanya tambang bas
yang dikenakan untuk pengangkutan bas ke sekolah ialah RM 0.50
untuk perjalanan pergi dan balik yang mengambil masa 5 minit untuk
sampai ke sekolah. Kawasan taman ini mempunyai sebuah sekolah
rendah iaitu SK Sri Kepong yang mempunyai pelajar seramai 600 orang.

KAEDAH KAJIAN

Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa


kaedah yang akan digunakan untuk memudahkan saya mencatat
maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah
menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut
merupakan kaedah yang telah digunakan :-
1)    Pemerhatian             = saya telah membuat pemerhatian untuk
mengenalpasti pola migrasi yang berlaku di kawasan Taman Sri Sinar
dan Sri Segambut.

2)    Temu Bual                =  seterusnya saya telah menemu bual


beberapa orang penduduk untuk mengetahui pendapat dan pandangan
mereka pola migrasi di kampung saya. Temu bual dijalankan kepada
penduduk yang telah lama menetap disitu kerana mereka lebih
berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasan kampung.

3)    Soal Selidik               = saya juga telah menyediakan 20 borang


soal selidik yang perlu diisi oleh penduduk kampung yang akan menjadi
responden terhadap kajian yang akan dilakukan.

4)    Rujukan                     = selain itu, saya juga membuat rujukan di


perpustakaan dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat
tambahan terutamanya tentang penerangan migrasu yang berlaku di
Malaysia.
HAK CIPTA TERPELIHARA

DAPATAN KAJIAN
Konsep Migrasi Penduduk

Secara umum migrasi penduduk ialah penghijrahan seseorang yang


melintasi sempadan, kawasan, negeri, negara atau sempadan
antarabangsa. Merujuk kepada kajian ini migrasi yang dibincangkan
ialah migrasi dalaman. Dalam konteks ini, migrasi ialah penduduk dari
satu tempat ke tempat yang lain.

Pola Migrasi Penduduk

Setelah kajian dijalankan, saya dapati terdapat beberapa pola migrasi


yang sering berlaku di taman perumahan saya. Berikut ialah pola
migrasi yang wujud:

i) Migrasi Luar Bandar Ke Bandar

Ini ialah merupakan migrasi yang paling banyak berlaku di kawasan


kampung saya.  Migrasi ini berlaku disebabkan oleh dia faktor iaitu
tolakan dan tarikan. Faktor tolakan disebabkan kurangnya peluang
pekerjaan dan pendapatan yang terhad, tidak lumayan dan tidak tetap
di luar bandar. Manakala faktor tarikan pula ialah kerana kawasan
bandar menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik sama ada di
sektor awam dan swasta seperti perkilangan, pembinaan, perniagaan
dan perkhidmatan.

ii) Migrasi Bandar Ke Luar Bandar

Migrasi ini juga berlaku di kawasan taman perumahan saya. Keadaan ini
berlaku disebabkan oleh dasar kerajaan yang membuka rancangan
pembangunan tanah seperti FELDA, KEJORA, KETENGAH dan KESEDAR
telah menarik penduduk yang tidak mempunyai tanah di bandar untuk
berhijrah ke rancangan pembangunan tanah ini. Keadaan ini telah
menarik minat penduduk kawasan bandar yang lain berhijrah ke luar
bandar.

Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman Penduduk di


Kawasan Kajian

Migrasi dalaman yang berlaku di kawasan kampung saya ini disebabkan


oleh beberapa faktor. Setelah menyemak borang soal selidik didapati
faktor tersebut ialah :-

A (Migrasi Luar bandar ke Bandar)

i)  melanjutkan pelajaran

- kebanyakan pelajar yang telah menghabiskan persekolahan telah


meninggalkan kampung untuk melanjutkan pelajaran ke bandar kerana
di sini menawarkan banyak peluang pendidikan seperti ILP (institut
latihan perindustrian), Giat Mara, universiti awam dan swasta serta
kolej-kolej yang boleh memberikan masa depan kepada pelajar.

ii) peluang pekerjaan

- sememangnya migrasi luar bandar ini berlaku disebabkan oleh peluang


pekerjaan yang lebih meluas di kawasan bandar. Sebagai contoh
peluang kerja dalam sektor perindustrian, perniagaan, pembuatan dan
lain-lain. Kadar upah yang tinggi juga menyebabkan penduduk di
kampung saya berpindah ke kawasan bandar.
B (Migrasi Luar Bandar ke Luar Bandar)

iii) Governan

- pihak kerajaan telah memajukan kawasan luar bandar dengan adanya


pembukaan tanah-tanah baru untuk kawasan pertanian seperti kelapa
sawit di bawah agensi FELDA dan FELCRA. Keadaan ini menyebabkan
terdapatnya penduduk dari kawasan bandar telah berpindah ke kawasan
luar bandar untuk mencari peluang pekerjaan daripada sektor pertanian.

iv) Ikut Keluarga / Perkahwinan

- daripada borang soal selidik yang telah dikaji saya mendapati terdapat
beberapa buah keluarga yang datang kawasan kajian saya ini
disebabkan kerana mengikut keluarga dan berkahwin dengan penduduk
daripada kawasan kajian.

Penerapan Unsur Patriotisme

Saya sangat bersyukur kerana di taman perumahan ini mempunyai


penduduk yang hidup dalam keadaan aman, damai dan sentosa walau
pun bilangan penduduk sering berubah disebabkan oleh faktor migrasi
dalaman ini.

Kesan Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan Kajian

Kegiatan migrasi yang berlaku di kawasan taman perumahan saya 


sebenarnya telah memberi yang positif dan negatif di kawasan taman
perumahan saya. Antara kesan yang dapat dilihat ialah :-

A ( KESAN POSITIF )

1) Penduduk Bertambah

- Migrasi dalaman yang berlaku  ini telah menyebabkan bilangan


penduduk di taman perumahan saya telah meningkat walau pun
terdapat penduduk yang telah berhijrah ke luar. Ini diseimbangkan oleh
kemasukan penduduk disebabkan oleh faktor-faktor seperti peluang
pekerjaan, ikut keluarga dan perkahwinan. Walau bagaimana pun
penduduk di taman perumahan ini masih stabil dan masih lagi ada
kawasan yang belum dihuni  oleh penduduk.
2) Peluang Pekerjaan Bertambah

- migrasi yang berlaku ini telah menyebabkan peluang pekerjaan telah


bertambah disebabkan oleh pertambahan penduduk dan pertambahan
pembukaan kawasan sektor industri.

B ( KESAN NEGATIF )

3) Masalah Sosial

- Hal ini sebenarnya disebabkan oleh masalah yang ditimbulkan oleh


pekerja asing yang di bawa oleh penduduk bandar untuk bekerja dalam
sektor industri dan pembinaan. Keadaan ini telah menyebabkan
penduduk asing semakin bertambah di kawasan perumahan saya.
Mereka ini kadang kala telah menimbulkan masalah sosial seperti kes
pecah rumah dan rogol.

4) Struktur Penduduk Berubah

- migrasi luar bandar ke bandar yang berlaku di kawasan kampung saya


telah menyebabkan struktur penduduk berubah. Ini kerana kebanyakan
penduduk yang berhijrah ialah golongan tua. Keadaan ini  telah
menyebabkan golongan tua semakin berkurangan dan golongan kanak-
kanak serta belia terus bertambah.

Penerapan Unsur Patriotisme

Saya berharap penduduk bandar berusaha untuk meningkatkan taraf


hidup, kemakmuran bandar juga perlu dipelihara. Penduduk bandar
perlulah saling bekerjasama untuk memastikan keadaan bandar sentiasa
selamat untuk dihuni. Perlu wujudkan rukun tetangga untuk menjaga
keselamatan bandar daripada sebarang masalah sosial daripada terus
berlaku.

Walau bagaimanapun, saya bersyukur kerana kampung saya masih lagi


aman dan selamat untuk dihuni.

Cadangan Mengatasi Kesan Migrasi Dalaman Penduduk

Bagi memastikan keadaan kampung saya ini selamat daripada sebarang


masalah beberapa tindakan boleh diambil. Antaranya ialah :-
Wujudkan Rukun Tetangga

- rukun tetangga ini perlu diwujudkan di taman perumahan saya untuk


memastikan kawasan bandar sentiasa selamat daripada masalah sosial
seperti pecah rumah. Giliran bertugas dan jaga malam perlu di lakukan
oleh penduduk bandar bagi memastikan keadaan bandar sentiasa
terkawal terutamanya pada waktu malam.

Penerapan Unsur Patriotisme

Saya sebagai penduduk berasa amat bangga kerana melalui langkah-


langkah yang dilakukan , masalah  dan kesan negatif lain dapat
dikurangkan. Kita perlu sedar bahawa bandar ini merupakan tempat
tinggal bagi saya sehingga saya menghembuskan nafas yang terakhir.

Justeru, saya amat mengharapkan agar semua individu mempunyai


kesedaran yang tinggi untuk menjaga kawasan bandar ini daripada
sebarang masalah yang dihadapi. Semangat kerjasama dan tolong
menolong perlu ada dalam setiap diri penduduk bandar saya ini.
RUMUSAN
Migrasi ini sememangnya merupakan satu perkara yang tidak dapat
dielakkan. Apa yang penting migrasi ini perlu di kawal supaya ia tidak
menimbulkan masalah kepada penduduk bandar. Sebagai contoh,
kemasukan warga asing yang keterlaluan boleh menyebabkan
berlakunya masalah sosial kepada penduduk bandar.

RUJUKAN
Segala penulisan telah dilakukan mengguna Google Documents.

 Google
o Maps

o Image

o Documents

 Dromoz.com

 Blog SMK Penghulu Saat

 Papagomo.com
 Rakan-rakan Sekalian

SEKIAN

You might also like