You are on page 1of 12

Kitar semula

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Simbol kitar semula

Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan
barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan
penggunaan bahan mentah baru, menggurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan
pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan
mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari
bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan
moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar
semula"

Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik,
tekstil, dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan
lain bahan buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman –
biasanya tidak dianggap kitar semula.Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa
ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses
semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.

mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama,
sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang
baru, atau polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain.
Bagaimanapun, ini seringkali terlalu sukar atau terlalu mahal (berbanding dengan
menghasilkan keluaran yang sama dari bahan mentah atau sumber lain), dengan itu
kebanyakan barangan atau bahan "kitar semula" sebaliknya membabitkan kegunaan
semula bagi menghasilkan bahan lain (contoh., kadbord). Satu bentuk lain kitar semula
adalah salvage bahan tertentu dari keluaran rumit, samaada disebabkan nilai intrinsik
(contoh, plumbum dari bateri kereta, atau emas dari komponen komputer), atau akibat
sifat beracunnya (contoh, mengeluarkan dan mengitar raksa dari pelbagai bahan).
Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah
merupakan salah satu punca pencemaran udara, air dan bau. Amalan mengitar semula
dapat mengurangkan ancaman alam sekitar tersebut daripada terus mengancam kualiti
kehidupan kita.

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Jugra, Pn
Norhayati bt Sarbini kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan
kerja kursus ini selepas waktu persekolahan. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya
iaitu Puan hatijah bt Bassir yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat
sepanjang kajian ini dijalankan.

Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan
dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang
telah mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu Nur Syahlyn Adila Bt Zulkepli, Najwa
Syafiqah btAbdul azizdan Norazwa bt Saad yang telah banyak membantu saya ketika
proses soal selidik dan temu bual dilakukan.

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Taman Banting Baru
yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini
dijalankan. Hanya Allah sahaja yang dapat jasa dan budi baik kalian semua.
PENDAHULUAN

Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan
Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk Amalan Kitar
Semula. Oleh itu, saya telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan
yang mempunyai amalan kitar semula.

Oleh sebab itu, saya memilih tajuk ini kerana di kawasan kami mempunyai  pusat kitar
semula dan ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini.

Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan April
sehingga bulan Jun iaitu kira-kira 3 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang
lengkap tentang kajian yang telah dijalankan.

Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah
khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat  tinggal saya.

OBJEKTIF KAJIAN

Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan

1)    Menyatakan maksud konsep kitar semula dengan tepat dan jelas2)    Menyenaraikan
jenis-jenis bahan dan amalan kitar semula3)    Menghuraikan kepentingan amalan kitar
semula 4)    Menghuraikan masalah/halangan amalan kitar
semula 5)    Mencadangkan langkah mengatasi masalah
dalam melaksanakan amalan kitar semula.6)    Dapat menerapkan unsur nilai dan
patriotisme terhadap penduduk  di Kg. Parit Raja Ahmad tentang kepentingan amalan
kitar semula.

KAWASAN KAJIAN
Bandar Banting terletak di negeri Selangor Darul Ehsan pada kedudukan 2.8' Utara dan
101.6' Timur. Ia merupakan bandar pentadbiran bagi Daerah Kuala Langat. Banting
terletak di tepi Sungai Langat. Terdapat rangkaian jalan raya yang baik dari Bandar
klang, Banting dan Port Dickson, Negeri Sembilan. Perkhidmatan awam seperti bas dan
teksi menyambungkan lokasi seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA), Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, Bandar DiRaja Klang dan
Bandaraya Kuala Lumpur.

Tempat menarik di Banting ialah terletaknya tempat bersejarah seperti Istana Bandar,
Masjid Alauddin, Makam Sultan Abdul Samad Jugra dan Pantai Moribserta Pantai
Kelanang.

Jumlah penduduk banting adalah sebanyak 48,240 orang. Bandar Banting pesat
membangun kerana limpahan pembangunan dari pembukaan Pusat Pentadbiran Kerajaan
Putrajaya dan Lapangan Terbang KLIA.Kajian ini telah dijalankan di taman banting baru
Banting, selangor. Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira 7 kilometer dari pekan
banting dan kira-kira 35km dari KLIA. Biasanya tambang bas yang dikenakan untuk
pengangkutan bas ke sekolah ialah 40 sen untuk perjalanan pergi dan balik yang
mengambil masa 5 minit untuk sampai ke sekolah. Kawasan kampung saya mempunyai
sebuah sekolah menengah iaitu SMK Jugra yang mempunyai pelajar seramai 1200 orang.
Kampung saya juga mudah untuk dikunjungi kerana mempunyai sistem perhubungan dan
pengangkutan yang baik.

Taman Bating baru mempunyai tanah  subur (tanah pamah) yang rata dan ini
menggalakkan sebahagian besar penduduk terlibat dalam aktiviti pertanian. Pekerjaan
utama penduduk ialah dalam sektor pertanian iaitu menanam kepala sawit dan
sesetengahnya terlibat dengan sektor perkilangan, perniagaan dan profesional seperti
menjadi guru dan pekerja swasta.

KAEDAH KAJIAN
Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan
digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan
bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja
kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan :-

1)    Pemerhatian            = saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti amalan
kitar semula yang terdapat di kawasan kampung saya.

2)    Temu Bual                =  seterusnya saya telah menemu bual beberapa orang
penduduk kampung untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka tentang amalan
kitar semula. Temu bual dijalankan kepada penduduk kampung yang telah lama menetap
disitu kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasan kampung.

3)    Soal Selidik               = saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik yang
perlu diisi oleh penduduk kampung yang akan menjadi responden terhadap kajian yang
akan dilakukan. ( borang soal selidik – sila rujuk lampiran )

4)    Rujukan                     = selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan
melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai amalan kitar semula
DAPATAN KAJIAN

8.1  Konsep Kitar Semula

Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses semula barang-barang terpakai


dan terbuang untuk dijadikan barangan baru yang berguna. Amalan kitar semula barang-
barang terpakai diperkenalkan dalam usaha untuk menjimatkan penggunaan sumber,
memastikan alam sekitar sentiasa bersih, mengelakkan pencemaran, dan mengurangkan
pembaziran. Antara barang yang boleh dikitar semula termasuklah kertas, plastik, besi,
aluminium dan getah. Barang seperti botol kaca boleh digunakan semula setelah melalui
proses pembersihan.

8.2  Jenis Bahan dan Amalan Kitar Semula

Bahan kitar semula yang biasanya di lakukan oleh penduduk di kampung saya ialah
kertas, plastik dan kaca.

Amalan kitar semula yang dijalankan oleh penduduk kampung saya ialah MENJUAL
bahan-bahan kitar semula ini di pekan Parit Sulong. Kebanyakan daripada penduduk
kampung akan membawa sendiri bahan tersebut ke pusat memproses bahan kitar semula.

Terdapat juga penduduk kampung  yang MENGGUNAKAN SEMULA bahan kitar


semula ini untuk menjimatkan perbelanjaan. Contohnya, digunakan untuk membuat
keceriaan di dalam rumah, menggunakan kedua-dua helaian kertas dan membuat
perhiasan rumah seperti bunga kertas dan pasu kaca yang telah dibersihkan.

Selain itu, terdapat penduduk kampung yang sudi bekerjasama MEMBERI


SUMBANGAN KEPADA PIHAK SEKOLAH bahan-bahan kitar semula mereka untuk
menambah pendapatan Persatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG) bagi menampung program-
program pelajar di sekolah memandangkan bahan kitar semula mempunyai nilai ringgit
yang tinggi di pasaran.

Di samping itu juga, apa yang saya dapat perhatikan ialah terdapat penduduk yang cuba
untuk MENGURANGKAN PENGGUNAAN BAHAN SEPERTI KERTAS DAN
PLASTIK. Sebagai contoh terdapat penduduk yang tidak menggunakan plastik,
polisterin ketika membungkus barang atau makanan. Kertas juga dijimatkan supaya tidak
membazir begitu sahaja.

Amalan ini akan dapat menjimatkan penggunaan bahan kitar semula dan seterusnya
menambahkan pendapatan hasil jualan kitar semula.

8.3 Kepentingan Kitar Semula.

1) Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita


Kini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya
berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang
dibuang. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru
akan dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi
ruang hidup kita. Sudahnya di mana kita akan tinggal?

2) Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih

Sampah boleh menjejaskan kesihatan manusia dan kebersihan persekitaran. Jika


dibiarkan bersepah ia boleh mengeluarkan bau dan menyebabkan penyakit. Melalui kitar
semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal
penyakit daripada merebak.

3) Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran

Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah
merupakan salah satu punca pencemaran udara, air dan bau. Amalan mengitar semula
dapat mengurangkan ancaman alam sekitar tersebut daripada terus mengancam kualiti
kehidupan kita.

4) Kitar semula untuk menjimatkan kos, sumber dan tenaga

i) Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimatkan penggunaan


tenaga elektrik 3 jam televisyen.

ii) Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan 4,360 tan
sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok. Untuk menghasilkan satu tan
kertas, sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan
mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana
ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara yang bersih.

iii) Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama menjimatkan penggunaan
tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam.

iv) Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan
sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca.

Dengan amalan kitar semula ini ia akan dapat menerapka unsur tanggungjawab dan
sayangkan kepada negara seperti peribahasa negara bersih rakyat sihat.

8.4  Masalah /halangan Amalan Kitar Semula

Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti.
1. Sikap

Terdapat segelintir penduduk yang tidak mempedulikan amalan kitar semula ini.
Kebanyakan plastik, kertas dan kaca yang boleh dikitar semula dibuang ke tempat
sampah dan kemudiannya dibakar dengan begitu sahaja. Keadaan ini akan menyebabkan
berlakunya pencemaran udara.

2. Kurang Pengetahuan

Hasil daripada kajian saya, kebanyakan penduduk kampung yang membuang bahan kitar
semula ini adalah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang pentingnya amalan
kitar semula. Mereka lebih senang membuang bahan tersebut daripada mengitarnya
semula. bagi mereka amalan kitar semula ini hanya membuang masa dan tidak
mempunyai apa-apa kepentingan.

3. Harga Terlalu Rendah

Kebanyakan pusat pengumpulan mengambil barangan kitar semula dengan harga yang
rendah. Kertas di beli dengan harga tidak kurang 20 sen untuk I kilogram. Harga yang
rendah menyebabkan penduduk lebih senang membakar bahan tersebut daripada
menjualnya kerana harga yang rendah dan tidak menguntungkan.

4. Kurang Pusat Pengumpulan.

Di kawasan Parit Sulong hanya terdapat sebuah pusat pengumpulan bahan kitar semula.
Keadaan ini menyukarkan penduduk untuk menjual barangan kitar semula
memandangkan lokasi pusat ini terlalu jauh buat penduduk yang tinggal di kawasan
hujung kampung. Tambahan pula, pusat ini hanya menerima bahan kitar semula yang
dihantar oleh penduduk sahaja.  Mereka tidak menyediakan perkhidmatan mengambil
barangan kitar semula daripada penduduk kampung.

5. Kurang Kerjasama

Terdapat juga penduduk yang tidak memberikan kerjasama apabila kempen kitar semula
ini dijalankan oleh kerajaan. Sikap tidak peduli dan tidak mahu mengambil kisah amalan
kitar semula ini menyebabkan usaha kerajaan untuk menjimatkan tenaga dan bahan kitar
semula tidak akan tercapai atau terlaksana.

Saya berpendapat penduduk kampung perlu insaf dan berubah sikap untuk menjadikan
amalan kitar semula ini sebagai sebahagian daripada hidup mereka. Amalan ini dapat
menyelamatkan negara kita daripada mengalamai kemusnahan sumber.

8.5 Langkah/cadangan untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula


Bagi memastikan amalan kitar semula ini dijalankan di kawasan kajian, beberapa langkah
atau tindakan dapat di lakukan bagi memastikan amalan tersebut dapat dilaksanakan
dengan baik.
Langkah tersebut ialah seperti :-

1. Kempen

Negara kita menyambut perayaan seperti Hari Perhutanan Sedunia, Hari Bumi, Hari
Alam Sekitar Sedunia dan Minggu Alam Sekitar Malaysia pada setiap tahun. Objektif
utamanya adalah untuk meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar. Ini bagi
melahirkan masyarakat yang lebih prihatin, peka dan bersama-sama memainkan peranan
untuk mengamalkan amalan kitar semula. kempen dan  program yang dilaksanakan ini
dapat member keinsafan kepada rakyat supaya menjaga alam sekitar daripada mengalami
kemusnahan.

2. Pendidikan

Guru-guru di sekolah boleh memberi galakan kepada pelajar untuk melaksanakan amalan
kitar semula. Guru perlu menyatakan bahawa amalan kitar semula ini dapat
menyelamatkan bumi dan alam sekitar kita daripada musnah. Guru juga boleh
mengadakan pertandingan di sekolah untuk menarik minat pelajar mengamalkan kitar
semula dengan menyediakan hadiah kepada pelajar yang menyertai pertandingan
tersebut.

3. Menyediakan Kemudahan Pusat Pengumpulan.

Pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan lebih banyak pusat pengumpulan kitar
semula bagi menarik penduduk untuk mengamalkan amalan kitar semula. Ini penting
supaya penduduk lebih peka dengan tidak membuang bahan yang boleh dikitar semula
sesuka hati. Ini dapat mengelakkan daripada pembaziran.

Pihak sekolah juga boleh menyediakan tong-tong kitar semula dan diletakkan di lokasi
yang strategik bagi memudahkan pelajar membuang bahan yang boleh dikitar semula ke
dalam tong yang betul.

4. Gotong Royong

Penduduk kampung boleh juga bersama-sama bergotong royong untuk membersihkan


kawasan kampung. Pastikan penduduk kampung mengumpulkan bahan kitar semula ini
dan tidak membakar atau membuangnya begitu sahaja. Ketua kampung memainkan
peranan yang penting supaya penduduk  bekerjasama mengamalkan amalan kitar semula
ini.

Semua pihak perlulah berganding bahu dan bekerjasama untuk memastikan amalan kitar
semula ini dapat dijalankan dengan sempurna. Semua peringkat umur perlu mempunyai
sikap bertanggungjawab untuk sama-sama menjaga bumi ini daripada terus mengalami
kemusnahan.
Nombor 9) RUMUSAN

Kitar semula ini merupakan satu amalan yang harus dipupuk dan disemai di kalangan
rakyat Malaysia. Sekiranya kita mengamalkan kitar semula, banyak hutan dapat
diselamatkan daripada ditebang. Alam sekitar pula dapat terpelihara daripada sebarang
ancaman dan bahaya. Sikap bertanggungjawab dan cintakan tanah air perlu ada dalam
setiap diri rakyat Malaysia supaya seruan kerajaan untuk mengamalkan amalan kitar
semula mendapat sokongan daripada segenap lapisan masyarakat.

Bahan Grafik

- Pelajar boleh memilih untuk menggunakan dua bahan grafik  :-

i)             Jadual

ii)            Graf

iii)           Carta Pai

iv)           Peta  Aliran

- Bahan grafik boleh diletakkan di mana-mana aspek dapatan kajian yang sesuai

(Nombor 9) RUMUSAN

Kitar semula ini merupakan satu amalan yang harus dipupuk dan disemai di kalangan
rakyat Malaysia. Sekiranya kita mengamalkan kitar semula, banyak hutan dapat
diselamatkan daripada ditebang. Alam sekitar pula dapat terpelihara daripada sebarang
ancaman dan bahaya. Sikap bertanggungjawab dan cintakan tanah air perlu ada dalam
setiap diri rakyat Malaysia supaya seruan kerajaan untuk mengamalkan amalan kitar
semula mendapat sokongan daripada segenap lapisan masyarakat.

Kawasan kajian
M
enurut cerita yang disampaikan secara lisan oleh orang-orang dahulu,
kawasan Banting merupakan tanah sawah yang sering digenangi air dan
dipanggil tanah paya atau lembah. Petani pada masa dahulu
menggunakan bajak atau tenggala yang diheret oleh “banteng” iaitu sejenis
kerbau yang memiliki kekuatan tenaga dan garang. Bermula dari nama kerbau
itulah kawasan ini diberi nama Banting.

Pada ketika dahulu, Banting merupakan sebuah pekan dan kini telah melalui
pembangunan pesat sejak pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa
Sepang (KLIA) pada tahun 1998. Banting juga terkenal di Daerah Kuala Langat
melalui fungsinya sebagai pusat pentadbiran kerajaan di daerah ini dan bakal
dinaiktarafkan kepada Majlis Perbandaran tidak lama lagi. Selain itu, usaha
sedang dibuat bagi membangunkan Banting dan kawasan sekitarnya sebagai
Lembah Klang Dua yang juga melibatkan beberapa kawasan di utara Negeri
Sembilan. Perjalanan dari Banting ke KLIA memakan masa hanya 30 minit
sahaja dan ini menjadikan Bandar Banting sebagai pusat perdagangan dan
perindustrian bagi Daerah Kuala Langat.

Bandar Banting juga mempunyai tinggalan sejarah yang tersendiri seperti yang
terdapat di Pekan Jugra, kira-kira 20 km dari Bandar Banting. Antara tinggalan
sejarah di sini ialah Istana Bandar, Rumah Api Jugra dan Makam Sultan Abdul
Samad. Jugra merupakan kawasan yang pernah menjadi pusat pentadbiran
Sultan Selangor suatu ketika dahulu. Kini, ia menjadi tumpuan para pelancong
dalam dan luar negeri.

You might also like