You are on page 1of 21

BATUAN DAN

PROSES
PEMBENTUKANNYA
Batuan merupakan pepejal yang terdiri daripada
himpunan bahan mineral.
Penjenisan batuan dapat dibuat berdasarkan cara
pembentukannya, saiz dan tekstur batuan,
ketelusan dan ketelapan air serta ketahanan
terhadap proses penggondolan.
Batuan boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu;
a) Batu igneus
b) Batu enapan
c) Batu metamorfosis
BATU IGNEUS

Ciri utama batuan igneus ialah bertekstur hablur. Terdapat


dua jenis batuan igneus iaitu;
Batuan igneus jalar dalam / rejahan
Batuan igneus jalar luar / terobosan
Batuan igneus tidak mengandungi fosil kerana bahan
asalnya sangat panas dan tidak berlapis-lapis.
Batuan igneus juga sangat keras dan berkilat.
BATUAN ENAPAN
Terbentuk daripada pemendapan bahan-bahan hakisan, tumbuh-
tumbuhan, dan haiwan yang telah mati di bawah permukaan air seperti di
dasar sungai, tasik dan dasar lautan untuk satu jangkamasa yang panjang.
Pemendapan ini berlaku secara berlapis-lapis di bawah suhu dan tekanan
yang tinggi
Batuan ini tidak berhablur dan sering kali mengandungi fosil.
Setiap lapisan batuan enapan boleh dibezakan daripada lapisan lain
berdasarkan ketebalan, kekerasan, kandungan, warna dan tekstur.
Contoh batu enapan ialah batu kapur, konglomerat, syal dan batu pasir.
Batuan enapan boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama iaitu;
Batuan enapan mekanika
Batuan enapan kimia
Batuan enapan organik
BATUAN METAMORFOSIS / BATUAN JELMAAN
Tekanan dan haba yang sangat tinggi akan mengubah batuan igneus dan
batuan enapan menjadi batuan metemorfosis.
Tekanan dan haba yang tinggi ini disebabkan oleh gerakan kerak bumi secara
besar-besaran, misalnya semasa proses lipatan kerak bumi dan aliran magma
dalam kerak bumi.
Batuan metamorfosis berlaku secara;
Metamorfosis terma
• Berlaku apabila batuan menjadi panas akibat bersentuhan dengan
magma. Suhu yang tinggi mengubah kandungan mineral batuan.
Metamorfosis serantau
• Berlaku apabila geseran antara lapisan menyebabkan tekanan dan suhu
yang tinggi.
Pada umumnya batuan metamorfosis lebih keras dan mampat daripada jenis
batuan asalnya kecuali sekiranya batuan asalnya adalah batuan igneus.
Kitaran Batuan
Kitaran batuan bermaksud perubahan batuan daripada satu jenis kepada jenis yang lain.
Proses ini melibatkan pembentukan batuan baru, pemusnahan atau perubahan jenis
batuan akibat tindakan proses endogenetik dan eksogenetik.
Melalui kitaran ini, kumin-kumi batuan akan bergerak daripada beberapa meter sehingga
ke beberapa kilometer, sama ada ke atas atau ke bawah atau secara mendatar di
permukaan bumi.
Batuan igneus berubah dari segi kandungan kimia, struktur dan tekstrur akibat tekanan
dan kepanasan oleh sentuhan ignues jalar dalam atau sentuhan igneus jalar luar.
B atuan juga boleh berubah apabila batuan terdedah kepada pergerakan dan letusan
magma iaitu ketika letusan gunung berapi yang dikenali sebagai batuan jelmaan/
metemorfosis.
Batuan juga mengalami proses penggondolan seperti luluhawa, hakisan, pengangkutan
dan pemendapan oleh agen-agen penggondolan seperti air mengalir, ombak, angin dan
pergerakan glasier.
Sisa batuan yang mengalami proses penggodolan ini akan diangkut dan dimendapkan di
dasar sungai, tasik atau laut dan membentuk batuan enapan.
Pengaruh Batuan Terhadap Pembentukan Konfigurasi Bentuk
Bumi.

Batuan keras seperti batuan granit membentuk


banjaran gunung, manakala batuan lembut
seperti syal dan tanah lempung pula membentuk
lurah atau dataran pamah.
Pengaruh geologi ini dibantu oleh proses
geomorfologi seperti hakisan, luluhawa, dan
proses endogenetik dalam membentuk
konfigurasi bentuk muka bumi sesuatu kawasan.
Ciri-ciri batuan seperti kekerasan, kejerapan air,
keporosan, rekahan, dan lain-lain akan
menentukan rupa bumi di kawasan tersebut.
Kepentingan Batuan Kepada Manusia
1. Pertanian
 Batuan yang terluluhawa akan
menghasilkan tanih yang subur dan
sesuai untuk pertanian.
 Contohnya batuan basalt yang
terluluhawa menjadi tanih yang subur
untuk pertanian di Pulau Jawa.
 Batuan igneus yang terluluhawa akan
membentuk tanih laterit yang sesuai
untuk pelbagai jenis tanaman
pertanian seperti kelapa sawit, getah
dan koko.
Kepentingan Batuan Kepada Manusia
2. Perlombongan
 Batuan juga kaya dengan kandungan
logam,
 Logam ini biasanya terdapat di
celahan atau alur rekahan batuan
seperti arang batu dan bijih besi.
 Terdapat juga logam yang dihanyutkan
dari kawasan tanah tinggi dan
dimendapkan di sungai-sungai seperti
bijih timah dan emas.
Kepentingan Batuan Kepada Manusia
3. Bahan binaan
 Terdapat banyak batuan seperti granit,
batu kapur, batu pasir, marmar dan slat
yang boleh digunakan sebagai bahan
binaan.
 Batu granit digunakan untuk membina
jalan dan bagunan.
 Batu kapur digunakan untuk membuat
simen bagi membina bangunan
 Marmar merupakan antara bahan yang
digunakan untuk membuat kemasan
dalam pembinaan.
Kepentingan Batuan Kepada Manusia
4. Bahan Mentah
 Batuan lempung seperti kaolin banyak
digunakan dalam industri pembuatan
tembikar dan jubin.
 Pasir merupakan bahan mentah utama
dalam industri pembuatan barangan kaca.
 Batuan juga mengandungi pelbagai jenis
garam yang boleh digunakan dalam
pelbagai jenis industri.
 Antara garam yang penting ialah fosfat
(Maghribi) kalium karbonat (Stassfort,
UK) dan nitrat (Gurun Ataccama, US)
Kepentingan Batuan Kepada Manusia
5. Perhiasan
 Batuan metemorfik menghasilkan
pelbagai jenis batu permata yang
digunakan untuk membuat barang
kemas.
 Antaranya intan, garnet, delima, nilam
dan zirkon.
Kepentingan Batuan Kepada Manusia
6. Bahan api.
 Batuan yang boleh digunakan sebagai
bahan api ialah gambut, arang batu
lignit, bitumen dan arang batu wap,
antrasit dan minyak galian.
 Bahan api ini digunakan sebagai
sumber haba dan tenaga di rumah,
kilang dan kenderaan.
Kepentingan Batuan Kepada Manusia
7. Ekopelancongan
 Pandang darat karst dan kawasan gua
batu kapur menjadi kawasan tarikan
pelancong kerana mempunyai
pemandangan yang indah dan
mempunyai nilai sejarah.
 Contohnya Gua Niah dan Gua Mulu di
Sarawak
Kepentingan Batuan Kepada Manusia
8. Keagamaan
 Terdapat juga penganut-penganut
agama yang menjadikan gua sebagai
tempat ibadat mereka.
 Contohnya Gua Batu Caves (Hindu)
dan Gua Sam Poh Tong (Buddha)
Batuan Igneus Jalar Dalam / Rejahan

Batuan ini terbentuk akibat penyejukan magma secara


perlahan-lahan dalam kerak bumi yang menghasilkan
bentuk batuan berhablur kasar.
Pembentukannya berlaku akibat terdedah kepada
permukaan bumi hasil daripada proses penggondolan.
Contohnya batuan gabro, diorit dan granit.
Batuan Igneus Jalar Luar / Terobosan

Batuan ini terbentuk di permukaan bumi.


Batuan ini terbentuk apabila magma yang disejukkan dan
dibekukan dengan cepat di permukaan bumi.
Tindakan ini menghasilakn batuan yang berhablur halus.
Contohnya basol, punis, dan riolit.
Batuan Enapan Mekanika

Batuan ini terbentuk melalui


pemadatan sisa batuan lain seperti
batu pasir, syal, brekia, konglomerat
dan pasir.
Lempung dan tanah lanar
dimendapkan oleh air, morain, dan
batu tongkol oleh glasier dan loes oleh
angin.
Batuan Enapan Kimia

Batuan ini terbantuk melalui pelbagai


tindakan larutan kimia.
Stalaktit dan stalagmit terbentuk hasil
daripada larutan kalsium karbonat
dalam air hujan setelah airnya tersejat.
Gipsum (kalisum sulfat terbentuk
daripada penyejatan air di tasik-tasik
masin seperti di Laut Mati.
Batuan Enapan Organik

Batuan ini terbentuk melalui sisa


haiwan, tumbuh-tumbuhan dan
organisma laut.
Pemendapan sisa tumbuh-tumbuhan
akan menjadi karbon dan berubah
menjadi gambut, arang b atu dab
lignit.
Batu kapur dan batuan karang
terbentuk daripada kulit keras hidupan
laut.
Contoh Batuan Metamorfosis

Batuan Asal Batuan Metamorfosis


Arang batu (batu enapan) Grafit
Batu kapur (batu enapan) Marmar
Batu pasir (batu enapan) Kuartzit
Syal (batu enapan) Syis
Granit (batu igneus) Gneis

You might also like