You are on page 1of 13

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan TIngkatan 3

Nama: _________________________________ Tingkatan: _______

Kertas ini mengandungi 60 soalan. Jawab semua soalan.

1. Mengapakah seseorang itu perlu mempunyai cita-cita?

A Supaya dapat hidup dengan senang


B Supaya dapat mengatasi kebolehan orang lain
C Supaya akan memperoleh kejayaan dalam hidup
D Supaya mendapat sanjungan daripada orang lain

2. Seseorang individu boleh mendapatkan maklumat tentang kerjaya yang ingin


diceburinya melalui

A keluarga
B televisyen
C rakan-rakan
D agensi pekerjaan

3. Zana menyimpan cita-cita untuk menjadi pakar perubatan. Oleh itu, dia perlu
cemerlang dalam subjek-subjek yang berikut, kecuali

A Fizik
B Kimia
C Biologi
D Sejarah

4. Yang manakah antara penyataan berikut bukan langkah-langkah untuk memilih


kerjaya?

A Mengambil kira persekitaran tempat kerja


B Mempunyai kelayakan akademik yang diperlukan
C Mengetahui serba-sedikit tentang kerjaya yang dipilih
D Mengadakan perbincangan dengan kaunselor tentang kerjaya

5. Mengapakah personaliti penting kepada individu semasa membuat keputusan


memilih kerjaya?

A Kerana personaliti akan dapat melahirkan kepuasan bekerja


B Kerana berjaya atau tidak kerjaya bergantung kepada personaliti
C Kerana setiap kerjaya yang ditawarkan memerlukan personaliti yang berbeza
D Kerana personaliti dapat mempengaruhi majikan dalam setiap keputusan yang
dibuat
6. Adam ingin mencuba mendapatkan peluang kerjaya di luar negara. Bagaimanakah
cara Adam dapat mengetahui peluang kerjaya tersebut?

A Melancong ke tempat tersebut


B Melayari laman web di Internet
C Mendapatkan maklumat di lapangan terbang
D Mendapatkan maklumat melalui akhbar berbahasa Inggeris

7. Antara berikut merupakan kerjaya yang tergolong dalam bidang profesional, kecuali

A pensyarah
B komposer
C peguam bela
D doktor perubatan

8. Apakah kebaikan kepada individu yang memilih kerjaya yang sesuai dengan
dirinya?

A Mendapat gaji yang lumayan


B Memperoleh kepuasan ketika melakukan kerja
C Mengelakkan individu tersebut mendapat kerja orang lain
D Memudahkan individu tersebut mendapat kenaikan pangkat

9. Pemilihan kerjaya yang tidak sesuai dengan kebolehan individu akan menyebabkan

A individu itu akan mendapat gaji yang sedikit


B individu itu tidak disukai oleh majikannya
C individu itu akan dipandang serong oleh rakan sekerja
D individu itu akan mengalami tekanan ketika melakukan kerja

10. Seseorang yang hendak memilih kerjaya yang sesuai mestilah berlandaskan

I persekitaran tempat kerja


II minat dan kebolehan
III kelayakan akademik
IV gaji yang ditawarkan

A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV

11. Berikut ialah pekerjaan yang mementingkan kelayakan ikhtisas, kecuali

A buruh
B pelakon
C peguam
D peniaga
12. Kelayakan ikhtisas merujuk

A kemahiran dan kebolehan


B kecekapan dalam pengiraan
C kebolehan dalam kokurikulum
D kecemerlangan dalam akademik

13. Datuk A bermula sebagai penjual burger sebelum menjadi usahawan berjaya.
Apakah nilai yang sesuai diamalkan oleh Datuk A sehingga berjaya dalam kerjaya
beliau?

A Baik hati
B Sopan santun
C Mementingkan diri
D Tidak mudah putus asa

14. Antara berikut merupakan kemahiran yang diperlukan oleh seseorang yang bercita-
cita menjadi juruterbang, kecuali

A mempunyai minat yang mendalam


B mempunyai rekod kesihatan yang baik
C mengikuti latihan penerbangan di luar negara
D menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan baik

15. Apakah ciri-ciri yang diperlukan oleh seseorang yang bercita-cita menjadi
kaunselor?

A kreatif
B Peramah
C Kemahiran
D personaliti menarik

16. Apakah kesan penebangan hutan terhadap alam sekitar?

A Udara akan menjadi kotor


B Kepupusan flora dan fauna
C Cuaca akan menjadi tidak menentu
D Manusia tidak dapat bernafas dengan selesa

17. Bagaimanakah mengekalkan keseimbangan alam sekitar?

A Menanam sampah sarap


B Tidak melakukan pembangunan
C Memastikan air sungai sentiasa bersih
D Memastikan pokok-pokok ditanam semula selepas penebangan
18. Apakah tujuan Penilaian Kesan kepada Alam Sekitar (EIA) diwujudkan?

A Mengadakan kempen kitar semula


B Mengenal pasti tempat yang tercemar
C Untuk menangani masalah alam sekitar
D Memastikan projek pembangunan berjalan lancar

19. Apakah peranan utama Sahabat Alam Malaysia (SAM)?

A Memastikan alam sekitar terjaga


B Mengadakan kempen alam sekitar
C Memastikan hutan dijaga dengan baik
D Menangkap pihak yang mencemarkan alam sekitar

20. Mengapakah kita perlu menjaga alam sekitar?

A Supaya kita dapat hidup senang


B Supaya kita tidak dianggap pengotor
C Supaya kesejahteraan masyarakat terjaga
D Supaya kita dapat menambahkan pendapatan

21. Kempen kitar semula diadakan bertujuan

A menunjukkan masyarakat yang kreatif


B melahirkan masyarakat yang pemurah
C mengurangkan kuantiti sampah yang dibuang
D memupuk masyarakat yang pentingkan kesihatan

22. Antara berikut merupakan barang-barang yang boleh dikitar semula, kecuali

A cermin
B botol kaca
C barang plastik
D kertas surat khabar

23. Penyataan yang manakah menunjukkan perbuatan menghargai alam sekitar?

A Puan Choi membuang sampah di belakang rumah


B Johnny membuang sampah sarap ke dalam sungai
C Pak Cik Jamal membakar sampah sarap di halaman rumah
D Keluarga Encik Chan menghantar barang-barang yang tidak digunakan ke pusat
kitar semula

24. Bagaimanakah pihak sekolah memainkan peranan memupuk murid-murid mencintai


alam sekitar?
A Membina taman sains di sekolah
B Selalu membawa murid-murid berkelah
C Memaksa murid-murid membersihkan kelas
D Menyuruh murid-murid mengumpul bahan kitar semula

25. Penilaian Kesan kepada Alam Sekitar


(EIA)
Sahabat Alam Malaysia (SAM)
Jabatan Alam Sekitar (JAS)

Mengapakah organisasi di atas diwujudkan?

A Memulihara kawasan yang tercemar


B Mengenal pasti kawasan yang tercemar
C Menangkap individu yang melakukan pencemaran
D Untuk memastikan alam sekitar sentiasa terpelihara

26. Apakah kesan jika sumber alam dapat diuruskan dengan baik?

A Dapat mengelakkan bencana alam


B Dapat mengekalkan keseimbangan alam
C Dapat menguntungkan pihak yang terlibat
D Dapat menyumbang kepada ekonomi negara

27. Antara berikut, yang manakah bukan tujuan hutan simpan diwartakan?

A Menjaga petempatan orang asli


B Mengelakkan kepupusan haiwan
C Mencegah berlakunya bencana alam
D Mengekalkan keindahan tumbuhan hutan

28. Kemusnahan hutan berlaku kerana aktiviti

I pembinaan lebuh raya


II penerokaan tanah untuk pertanian dan petempatan
III penanaman semula hutan
IV kegiatan beriadah

A I dan II
B I dan IV
C II dan IV
D I, II, dan III

29. Bilakah Hari Bumi disambut oleh masyarakat seluruh dunia?


A Mac
B April
C Oktober
D Disember

30. Antara badan berikut, yang manakah bertanggungjawab memulihara alam sekitar?

A PERHILITAN
B Jabatan Kerja Raya
C Jabatan Alam Sekitar
D Jabatan Parit dan Saliran

31. Apakah tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak?

A Mengawal pergerakan anak-anak


B Menyediakan wang yang banyak untuk anak-anak
C Memberi pendidikan yang cukup kepada anak-anak
D Memastikan anak-anak tidak mempunyai kawan di luar rumah

32. Apakah tanggungjawab setiap anggota keluarga?

A Memberi wang kepada ahli keluarga


B Sentiasa memberi hadiah yang mahal
C Saling menyayangi antara satu dengan yang lain
D Membiarkan ahli keluarga menentukan masa depan masing-masing

33. Antara berikut ialah tugas dan tanggungjawab ibu bapa, kecuali

A menentukan masa depan anak-anak


B menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
C membentuk sahsiah yang baik kepada anak-anak
D menyediakan tempat perlindungan kepada ahli keluarga

34. Bagaimanakah ibu bapa menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak?

A Menjaga keselamatan mereka


B Memaksa anak-anak berdikari
C Menurut segala kehendak anak-anak
D Tidak campur tangan hal peribadi anak-anak

35. Yang manakah bukan keperluan asas yang diperlukan oleh anak-anak?

A Pakaian
B Makanan
C Kenderaan
D Tempat tinggal
36. Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan?

A Harta yang banyak


B Kurang didikan agama
C Ahli keluarga yang terlalu ramai
D Tidak mempunyai ilmu pengetahuan

37. Mengapakah aspek keselamatan perlu diutamakan dalam sebuah keluarga?

A Untuk memastikan ahli keluarga sentiasa gembira


B Untuk memastikan ahli keluarga tidak berasa tersisih
C Untuk membuktikan kasih sayang kepada ahli keluarga
D Untuk mengelakkan berlakunya sebarang kecederaan ahli keluarga

38. Antara berikut ialah tips keselamatan yang perlu diamalkan di rumah, kecuali

A membela haiwan peliharaan


B menyimpan ubat-ubatan di tempat yang selamat
C menyimpan benda tajam di tempat yang selamat
D tidak menjemput orang yang tidak dikenali masuk ke dalam rumah

39. Bagaimanakah seseorang itu dapat menjaga keselamatan diri ketika berada di luar
rumah?

A Tidak keluar rumah terlalu lama


B Sentiasa membawa senjata bersama-sama
C Melemparkan senyuman kepada sesiapa sahaja
D Tidak bercakap dengan orang yang tidak dikenali

40. Seseorang yang tidak mempunyai __________ akan menyebabkan maruah keluarga
tercemar.

A harga diri
B gaya hidup
C kasih sayang
D ilmu pengetahuan

41. Yang manakah antara situasi berikut menunjukkan amalan menyayangi keluarga?

A Sarah membantu ibunya pada hari minggu


B Sarah keluar rumah tanpa memberitahu ibu bapanya
C Sarah memarahi adiknya kerana menggunakan begnya tanpa minta izin
D Sarah memberi alasan hendak belajar apabila ibunya meminta bantuannya
42. Apakah yang perlu dilakukan untuk melahirkan kesihatan mental yang baik dalam
keluarga?

A Mengamalkan sikap mementingkan diri


B Menyediakan kemewahan kepada ahli keluarga
C Tidak mempedulikan hal yang remeh dalam keluarga
D Sentiasa meluangkan masa untuk bersama-sama keluarga

43. Antara penyataan berikut, yang manakah bukan tindakan yang dapat mewujudkan
hubungan mesra antara keluarga?

A Membawa ahli keluarga pergi bercuti


B Menyediakan makanan yang lazat untuk ahli keluarga
C Membiarkan ahli keluarga menyelesaikan masalah sendirian
D Membelikan hadiah untuk ahli keluarga yang menyambut hari lahir

44. Apakah yang perlu dilakukan oleh anggota keluarga untuk menjaga maruah
keluarga?

A Tidak berkawan dengan orang lain


B Tidak menceritakan tentang keluarga
C Tidak mendedahkan rahsia anggota keluarga
D Tidak membawa rakan-rakan pulang ke rumah

45. Bagaimanakah sebuah keluarga yang harmoni dapat diwujudkan?

A Setiap ahli keluarga mempunyai wang yang banyak


B Setiap ahli keluarga mesti mempunyai pelajaran yang tinggi
C Setiap ahli keluarga tahu membuat keputusan untuk diri sendiri
D Setiap ahli keluarga melaksanakan tanggungjawab masing-masing

46. Antara berikut merupakan ciri-ciri dalam membuat suatu keputusan, kecuali

A kebolehan
B keyakinan
C kelayakan
D keberanian

47. Keputusan yang dibuat secara tidak seimbang akan

A memuaskan hati kedua-dua belah pihak yang terlibat


B menyenangkan kehidupan kedua-dua belah pihak
C menimbulkan persengketaan antara kedua-dua belah pihak
D mengelakkan perbalahan antara kedua-dua belah pihak yang terlibat
48. Alvin amat cemerlang dalam mata pelajaran Matematik dan Kimia. Dia bercita-cita
untuk menjadi saintis. Tindakan Alvin menunjukkan dia

A tidak mempunyai potensi diri


B bijak membuat keputusan yang tepat
C lemah dalam membuat keputusan yang tepat
D terburu-buru apabila membuat keputusan

49. Antara pilihan berikut, yang manakah perlu ada terhadap seseorang yang hendak
menjadi pemimpin supaya dia dapat membuat keputusan dengan bijak?

I Kekuasaan
II Kebijaksanaan
III Keegoan
IV Keadilan

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

50. Seseorang yang dipertanggungjawab mengadili sesuatu pertandingan mestilah

A bijak dan adil


B bersikap pilih kasih
C membuat keputusan sesuka hati
D membuat keputusan berdasarkan kepentingan

51. Sesuatu keputusan yang bakal diambil akan memberi kesan kepada seseorang
individu, selain itu turut memberi akibat kepada

A orang lain
B kehidupan
C diri sendiri
D persekitaran

52. Sikap adil sangat penting kepada seorang hakim. Mengapakah sikap tersebut perlu
diamalkan oleh seorang hakim?

A Supaya dia dihormati oleh pihak yang menang


B Supaya dia mendapat tempat dalam kalangan masyarakat
C Supaya keputusan tidak berpihak kepada satu pihak sahaja
D Supaya para peguam tidak perlu mencari bukti yang banyak

53. Individu yang bijak dan adil dalam membuat keputusan akan melakukan perkara-
perkara berikut, kecuali
A berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan
B tidak mempercayai sesuatu berita tanpa usul periksa
C berfikir baik buruk sesuatu perkara secara mendalam
D membuat keputusan tanpa meminta pendapat daripada orang lain

54. Yang manakah antara berikut menunjukkan seseorang itu membuat keputusan secara
bijak

A memikirkan kepentingan diri sendiri


B membuat keputusan berdasarkan gerak hati
C tidak membuat keputusan secara terburu-buru
D bertindak berdasarkan keuntungan yang diperoleh

55. Shukri menyahut cabaran rakan-rakannya untuk mengadakan perlumbaan haram


pada malam minggu nanti. Perbuatan Shukri menunjukkan

A tindakan yang berani


B tindakan yang bertanggungjawab
C tindakan yang tidak bertanggungjawab
D tindakan yang tidak menjatuhkan maruah diri

56. Seseorang yang bijak dan berpengetahuan mestilah membuat keputusan berdasarkan
_________________.

A persekitaran
B pengaruh emosi
C pemikiran yang matang
D pengaruh daripada orang lain

57. Syamri telah dicalonkan sebagai pengawas di sekolahnya. Syamri berada dalam
dilema sama ada hendak menerima jawatan tersebut atau tidak kerana bimbang tidak
dapat menjalankan tanggungjawab tersebut. Sebagai murid yang bijak, Syamri
sepatutnya

A menolak sahaja pencalonan tersebut


B mendesak cikgu memberikan masa untuk berfikir
C menyuruh cikgu menggantikan dengan pelajar lain
D menerima pencalonan tersebut dan bersedia memikul tanggungjawab

58. Mengapakah setiap orang perlu bijak membuat keputusan?

A Untuk kebaikan diri sendiri


B Untuk mengelakkan umpatan orang lain
C Untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain
D Untuk mendapat pujian daripada orang lain
59. Apakah yang perlu diambil kira sebelum seseorang itu mengambil sebarang
tindakan?

A Memikirkan tentang kepentingan orang lain


B Mengambil keputusan tanpa berfikir panjang
C Memastikan kewajaran tindakan yang diambil
D Membuat keputusan dengan memikirkan kepentingan sendiri

60. Manimala telah berasa tertekan dengan sikap ibu bapanya yang sering bergaduh.
Cadangkan keputusan yang sepatutnya diambil oleh Manimala dalam menghadapi
situasi tersebut.

A Melarikan diri dari rumah


B Memarahi ibu bapa terhadap sikap mereka itu
C Berbincang terlebih dahulu dengan ahli keluarga
D Menceritakan masalah tersebut kepada rakan-rakan

Disediakan Oleh Disemak Oleh

______________ ______________
(Nazliza (Azree b. Ahmad)

You might also like