You are on page 1of 19

KEPIMPINAN MENURUT

PANDANGAN ISLAM
DISEDIAKAN OLEH:
US PISOL NASIR
PENSYARAH JABATAN PENGAJIAN AM
POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM
MU,ADZAM SHAH JITRA KEDAH.
1. PENDAHULUAN

 RASULULLAH S.A.W SEBAGAI


CONTOH IKUTAN.
 Firman Allah S.W.T dalam surah al-Ahzab
ayat 21
 “ Demi Sesungguhnya adalah bagi kamu
pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang
baik, iaitu bagi orang yang sentiasa
mengharapkan keredhaan Allah dan
balasan baik hari akhirat serta ia pula
menyebut dan mengingati Allah banyak-
banyak dalam masa susah dan senang.”
 Islam sebagai satu cara hidup yang
lengkap dan sempurna.
 Umat manusia diberi tanggungjawab
untuk mengendalikan segala urusan
dan pentadbiran alam selaku wakil
Allah di bumi dengan tugas untuk
mengatur, mentadbir( pemimpin) di
bumi Allah S.W.T.
Sabda Nabi S.A.W
“Setiap kamu adalah
pemimpin dan mestilah
bertanggungjawab di
atas kepimpinan kamu…
2. MANUSIA MAKHLUK YANG
TERMULIA
 Surah At-Tin ayat 4: “Sesungguhnya Aku(Allah)
jadikan manusia itu dengan seindah-indah
kejadian”.

 Surah Al-Israa’ ayat 70: “Dan sesungguhnya


Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan
Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-
bagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami
telah memberikan rezeki kepada mereka dari
benda-benda yang baik-baik serta kami lebihkan
mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak
makhluk yang telah Kami ciptakan”.
3. KEPIMPINAN MENURUT
ISTILAH AL-QURAN
 i. Imam/Imamah(al-Baqarah : 124)
 ii. Khalifah.(al-Baqarah : 30-31)
 iii. Amir al-Mukminin.( Sejarah Pemerintahan Islam)
 iv. Ulil Al-Amri (an-Nisa’ : 59)
 Selain itu ada juga istilah yang dipakai
bagi maksud yang berkaitan dengan
kepimpinan dalam sesuatu kumpulan
kerohanian seperti istilah;
 Mursyid – Penunjuk.
 Syeikh – Keketuaan
 Murabbi – Pendidik.
5.KEPIMPINAN DAN JANJI
ALLAH.
 Ditugaskan untuk memimpin/
 mewujudkan keamanan sejagat.

 Kepimpinan hendaklah diamanahkan


kepada orang yang beriman,
beramal saleh, kecerdasan akal yang
mampu imbang rohani dan jasmani.
6.KEPIMPINAN SEJAGAT
 Nabi Muhammad s.a.w contoh ideal
dan praktikal.
 Diutus untuk membimbing manusia.

 Wilayah kepimpinan tanpa sempadan


/bangsa/ negara,seluruhnya.
 Surah al-anbiya :107

 Surah Saba’ : 28

 Surah al-Qalam :4
7. SIFAT KEPIMPINAN
 meliputi segala bidang kehidupan.
 Pemimpin agama ( akidah/ kepercayaan.
 Pemerintah yang baik.
(politik/pentadbiran/ketahanan
negara/ekonomi/pendidikan/sosio budaya.
 Seorang ahli hikmah/pelaksana
ajaran/negarawan yang ulung/perajurit dan
komandan yang genius/pentadbir dan pengubal
undang/pembina akhlak dan moral.
 Pemimpin seluruh bidang duniawi dan
ukhrawi/spiritual dan kebendaan.
8. PENTADBIRAN DAN
KEPIMPINAN
 Pentadbiran- proses pelaksanaan
kegiatan yang dirancang oleh
institusi kepimpinan. (IK)
 IK – daya penggerak kepada
pelaksanaan proses pentadbiran.
 Daya penggerak (IK) dan pelaksana
(pentadbiran) mestilah
berkomunikasi.
9. TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN
 Islah(memperbaiki) Masyarakat,
melalui gunatenaga yang patut.
 Menegakkan kebenaran Islam.

 Memelihara karamatul Insan (Nilai


Kemanusiaan).
 Memakmurkan bumi Allah.

 Menjalankan Urusan Amar Makruf


dan Nahi Munkar.
10. MATLAMAT KEPIMPINAN
 Untuk Pengabdian/Perhambaan diri
kepada Allah.
 Untuk mencapai keredhaan, keberkatan
dan Rahmat dari Allah serta RasulNya.
 Untuk mencapai Kesempurnaan Akhlak
yang mulia.
 Untuk menyeru berbuat baik dan
mencegah kejahatan.
 Untuk mencapai kebahagian, kesenangan,
kesejahteraan, dan keselamatan manusia
sejagat dunia dan akhirat.
11. CIRI DAN SIFAT PEMIMPIN
YANG BAIK

Mengikut petunjuk al-Quran dan mencontohi


sifat
kepimpinan rasulullah s.a.w.

Berimantakwa/mempunyai sifat terpuji


Tidak buat kerosakan/tidak fasik/amal soleh

Sembahyang/ Adil/ takwa/amanah/ Jauh perbuatan keji/jahat/ maksiat

Memelihar kehormatan/berjihad Sabar/taat/suruh buat baik &cegah munkar


12. SIFAT SIFAT PEMIMPIN
YANG BAIK.
 Memiliki fizikal yang sihat.
 Berpengetahuan luas.

 Penuh keyakinan/percaya kepada diri


sendiri.
 Mengetahui dengan jelas tujuan yang
hendak dicapai.
 Memiliki stamina dan semangat yang
besar.
 Gemar dan cepat mengambil keputusan.
Sifat sifat pemimpin yang baik.
 Dapat menguasai emosi dan lebih banyak
menggunakan akal.
 Adil dalam memperlakukan sesuatu.
 Menguasai prinsip-prinsip perhubungan
manusia.
 Menguasai teknik-teknik berkomunikasi.
 Dapat dan mampu bertindak sebagai
penasihat.
 Mengetahui gambaran yang menyeluruh
tentang semua aspek kegiatan organisasi.
13. KOMUNIKASI DALAM ISLAM
 Definisi Komunikasi Kepimpinan – stail,
kaedah dan strategi komunikasi yang
digunakan oleh pemimpin semasa
menjalankan peranan dan tugas formal
pemimpin dalam organisasi.
 Tugas tersebut memberi arahan,
taklimat,dan penjelasan; memberi tunjuk
ajar, teguran dan nasihat;
mempengerusikan mesyuarat dan dapat
maklumbalas; menyelia, menyelaras dan
sebagainya.
KOMUNIKASI DALAM ISLAM
 Komunikasi - dianggap mulia dalam
Islam.
 “Sampaikan dariku walaupun sepotong
ayat” hadith.
 Dan hendaklah ada diantara kamu satu
puak yang menyeru kepada kebaikan…….”
(3:104)
 “Wahai orang yang berselimut. Bangunlah
serta beri peringatan dan amaran
( kepada umat manusia)” (74:1-2)
14. PRINSIP KOMUNIKASI
DALAM ISLAM
 Bercakap dengan lemah lembut
 Menggunakan perkataan yang baik-baik.
 Menggunakan hikmah dan nasihat yang
baik.
 Menyesuaikan bahasa dan isi percakapan
dengan tingkat kecerdasan pendengar.
 Berbahas dengan cara yang baik.
 Menyebut perkara yang penting berulang
kali.
 Mengotakan apa yang dikata.
PENUTUP
 Sebaik-baik kepimpinan adalah
kepimpinan Rasulullah s.a.w.
 Baginda sentiasa berpandukan
wahyu, syariat dan petunjuk Allah.
 Kita sebagai umat Muhammad s.a.w
bertanggungjawab menanggung
risalah dan perjuangan baginda
untuk kebaikan seluruh umat
manusia.

You might also like