You are on page 1of 32

PERKEMBANGAN

MANUSIA
PENGENALAN
Manusia merupakan kejadian alam yg unik
dan kompleks.

Ahli-ahli psikologi perkembangan


memfokus kepada bagaimana dan mengapa
sesuatu perubahan berlaku seterusnya
merangka suatu panduan tentang cara-
cara mengatasi masalah tersebut.
Pengetahuan yg mendalam mengenai
perkembangan manusia merupakan
sesuatu yg perlu diketahui terutama
sekali untuk menjangka , merancang,
serta mencungkil potensi yg ada.
ASAS PERTUMBUHAN DAN
PERKEMBANGAN

Pertumbuhan manusia merupakan satu


proses. Ianya bermula dengan
persenyawaan antara sperma bapa dengan
ovum ibu. Daripadanya, ia berkembang
menjadi satu tubuh badan manusia.
FAKTOR PERKEMBANGAN BAYI
1. Emosi. Kepercayaan berkenaan emosi ibu
banyak mempengaruhi bayi telah bermula
sejak dahulu kala lagi. Ahli-ahli psikologi
kini telah melakukan kajian dan
mendapati ketakutan yg amat sangat,
tekanan dan kemurungan mampu merubah
tindak balas fisiologi manusia.
2. Zat makanan. Zat makanan yg diperolehi
oleh bayi sewaktu dalam kandungan akan
mempengaruhi pertumbuhan bayi
tersebut.
3. Persekitaran (faktor teratogen).
Teratogen merupakan agen-agen dari
luar yg melepasi masuk halangan placenta
dan menganggu perkembangan bayi.
4. Dadah.
5. Rokok.
6. Arak.
7. Cahaya Ultra Unggu.
KELAHIRAN BAYI

Kebiasaannya selepas lebih kurang 9 bulan


dalam kandungan, bayi akan lahir ke dunia.
Proses kelahiran ini melibatkan pelbagai
cara dan peralatan. Di antara kaedah
kelahiran yg biasa digunakan ialah melalui
pembedahan, forcep, vakum dan juga cara
semulajadi. Kaedah-kaedah yg digunakan
bergantung kepada keadaan dan juga
kedudukan bayi dalam kandungan. Beberapa
perkara yg berkaitan dengan kelahiran bayi
adalah dibincangkan seperti berikut :
 Konflik Sewaktu Kelahiran

 Bayi Baru Lahir


Kebanyakkan orang menganggap bayi yg baru lahir
tidak mengetahui apa-apa. Akan tetapi kajian-kajian
yg dijalankan menunjukkan bahawa bayi ini telah
mempunyai sistem maklumat mereka sendiri.
 Di antara ciri-ciri bayi yg baru lahir
ialah mereka mempunyai kepala yg agak
besar berbanding badan, berbulu lebat
yg dikenali sebagai lanugo serta dibaluti
oleh vernix caseosa iaitu sejenis minyak
untuk melindungi bayi dari jangkitan.
Sistem-sisttem yg berfungsi dalam
tubuh badan bayi boleh dilihat seperti
berikut :
1. Sistem tubuh bayi.
2. Sistem pernafasan bayi.
3. Sistem gastrousus
4. Keupayaan pancaindera bayi
 Pengkaji-pengkaji ini telah menggunakan
beberapa kaedah untuk mengukur tahap
kepekaan berdasarkan gerakbalas yg
diberikan oleh bayi.

 Ahli-ahli psikologi juga mendapati


bahawa bayi yg baru lahir amat berminat
dengan bentuk segi empat tepat yg
mudah berbanding yg komplek. Dari segi
gambar, bayi lebih cenderung untuk
merenung wajah manusia berbanding
gambar-gambar lain.
FAKTOR PENGALAMAN DAN KEMATANGAN

Sikap dan tingkah laku manusia banyak


dipengaruhi oleh persekitaran dimana
individu tersebut dibesarkan. Di
antara faktor-faktor yg memainkan
peranan penting dalam pembentukan
kedua-dua aspek penting ini
kematangan dan pengalaman.
Kematangan
Kematangan merupakan satu proses bila
mana sesuatu organisme telah sampai ke
peringkat optima untuk memperolehi atau
mencapai satu kebolehan baru. Dalam
proses kematangan latihan tidak
memainkan peranan penting. Hanya
setelah berlakunya kematangan, galakkan
serta latihan diperlukan bagi
mempercepatkan sesuatu tingkah laku yg
baru. Menurut Hurlock, dalam (Asmah
Bee), terdapat 2 fungsi penting dalam
proses kematangan iaitu fungsi filogenetik
dan fungsi ontogenetik.
1) Fungsi filogenetik. Keadaan kemetangan
yg akan berlaku kepada setiap individu.
Setiap individu akan melalui peringkat-
peringkat kebolehan fizikal yg sama
sahaja tidak kira bangsa apapun yg
dimiliki oleh individu tersebut. Masing-
masing akan menyiarap, merangkak,
berjalan dan berlari.
2) Fungsi ontogenetik. Fungsi ini hanya
terdapat pada individu tertentu sahaja.
Kebolehan seperti melukis, menari dan
berenang merupakan kebolehan yg perlu
disertai dengan latihan.
PENGALAMAN
Pengalaman yg dilalui oleh seseoang
individu banyak mempengaruhi tindak
tanduk mereka dikemudian hari. Proses
pembelajaran yg diperolehi dari
pengalaman lalu merupakan aspek penting
dalam perkembangan dan pertumbuhan
seseorang individu. Melalui proses
pembelajaran, individu akan memperolehi
sesuatu kebolehan dan kebolehan ini akan
kekal hasil dari latihan dan modifikasi
pengalaman yg dilalui.
Tempoh Waktu Kritikal

Konsep yg diketengahkan oleh Konrad Lorenz


(1952) ini merupakan konsep asas yg penting
untuk memahami kepentingan pengalaman. Pada
tempoh ini, organisme telah bersedia untuk
mempelajari sesuatu yg baru. Di tahap ini
pembelajaran yg berlaku akan menghasilkan
kesan yg optima.
Deprivasi Sosial
Apabila seseorang dinafikan haknya untuk
mendapatkan sesuatu ianya dikenali sebagai
deprivasi sosial. Secara asasnya seseorang bayi
memerlukan belaian dan kasih sayang dari ibu-
bapa dan masyarakat sekitar. Bagi bayi yg
dinafikan haknya untuk dibelai dan dimanja
mereka dikatakan mengalami deprivasi sosial.
Keadaan ini akan memberikan impak yg besar
kepada pertumbuhan bayi sama ada dari segi
mental ataupun fizikal. Individu yg membesar
dalam keadaan ini akan bertingkah laku dengan
tingkah laku yg berbeza dari manusia normal.
PERKEMBANGAN REMAJA
Usia remaja menurut ahli-ahli psikologi
bermula seawal 12 tahun dan berakhir
pada usia 21 tahun. Ianya merupakan
tempoh perantaraan diantara dua zaman
iaitu zaman kanak-kanak dan zaman
dewasa. Tempoh remaja melibatkan
perubahan dari berbagai aspek iaitu
fizikal, sosial, emosi dan juga pemikiran.
Ianya bergantung kepada norma
masyarakat setempat dan juga jenis
masyarakat tersebut iaitu membangun
ataupun kurang.
Perubahan-perubahan yg berlaku semasa
remaja
Di antara cabaran yg dilalui sewaktu usia
remaja ialah perubahan-perubahan yg
berlaku kepada remaja tersebut.
Perubahan ini berlaku dari segi fizikal,
emosi, dan juga sosial. Perubahan yg
berlaku terhadap fizikal remaja adalah
sesuatu yg amat ketara.
1. Perubahan Fizikal.
2. Perkembangan Seksual.
3. Perubahan Kognitif.
4. Perkembangan Sosial dan Personaliti.
Masalah-masalah Psikologi sewaktu
Remaja
Remaja sering dilihat berdepan dengan pelbagai
dugaan dan cabaran dalam proses mereka
menempuh alam dewasa. Pada ketika ini setiap
aspek dalam kehidupan mereka berada pada tahap
yg maksimum. Nafsu yg memuncak, fizikal yg
begitu bertenaga serta emosi yg bercelaru
membuatkan setiap langkah yg diambil perlu
difikirkan dengan mendalam. Kesilapan yg dilakukan
sewaktu usia remaja akan menghantui masa depan
seseorang individu. Justeru itu remaja memerlukan
sokongan, dorongan serta bantuan dari semua
pihak untuk menjalani kehidupan yg positif, optimis
lagi dinamik.
Konflik-konflik yg dihadapi oleh remaja ini
merupakan sebahagian dari pengalaman yg
akan membentuk identiti sebenar remaja
tersebut. Konflik-konflik yg dialami oleh
remaja boleh dilihat seperti huraian di
bawah :
1) Konflik remaja- ibubapa.
2) Konflik kasih sayang.
3) Konflik kebebasan.
4) Konflik tanggungjawab.
5) Konflik rakan-sebaya.
6) Konflik emosi dan tingkah laku.
PERKEMBANGAN SELANJUTNYA
Terdapat pandangan yg berbeza mengenai
usia yg semakin meningkat. Bagi masyarakat
Barat, peningkatan usia merupakan sesuatu
yg dikaitkan dengan pelbagai imej negatif
dan mereka berusaha untuk mengelakkan
dari berhadapan dengan kenyataan
tersebut. Dalam masyarakat yg
mengamalkan sikap penyayang, usia tua
disenamgi oleh majoriti masyarakat dan
orang-orang tua dikenali dengan panggilan
warga tua, warga emas serta tuawan.
Ahli psikologi perkembangan yg mengkaji
tahap usia lanjut ini akan mempelajari
bidang ilmu gerontologi. Mereka
mendefinisikan tahap lanjut usia mengikut
kategori tertentu.

Tahap awal tua : 53-63 tahun


Tahap pertengahan tua : 65-70 tahun
Tahap tua sebenar : 70 tahun ke atas
Lugo dan Hershey (1997) pula mendefinisikan
tahap tua usia lanjut kepada beberapa aspek
tertentu. Kriteria yg digunakan merangkumi
aspek :
1) Aspek penuaan sosial.
2) Aspek penuaan biologikal.
3) Aspek penuaan kognitif.
4) Aspek penuaan afaktif.
Keempat-empat aspek tersebut di atas saling
berkaitan antara satu sama lain. Pada usia lanjut,
pelbagai komplekasi akan timbul sama ada dari segi
emosi, fizikal, mental dan juga biologikal.
Sokongan sosial yg kuat dari keluarga dan
masyarakat sekitar diperlukan untuk membantu
warga tua ini berhadapan dengan kehidupan yg
serba mencabar ini.
TEORI-TEORI BERKENAAN
PERKEMBANGAN MANUSIA
Manusia berkembang mengikut masa
secara berperingkat-peringkat. Beberapa
teori dikemukan berdasarkan kepada
peringkat perkembangan.
Teori-teori perkembangan adalah seperti
yg dibincangkan selanjutnya.
Teori Perkembangan Kognitif Piaget
Konsep utama yg dikemukan oleh Jean Piaget
ialah bagaimana kita memperolehi,
memproses dan menggunakan maklumat.
Piaget telah memberi tumpuan kepada proses
mental yg berlaku dari peringkat awal
pembelajaran di mana terdapat dua andaian
utama iaitu :

Penyesuaian secara biologikal.


Perkembangan menjadi tersusun apabila
individu bertindak balas dengan persekitaran.
Beberapa konsep penting yg perlu diketahui dalam
teori kognitif Piaget ialah :
1. Skema. Potensi am yg ada dalam diri manusia untuk
melakukan sesuatu atau bertindak dengan cara
tertentu.
2. Assimilasi. Penyatuan objek yg baru diperolehi
dengan skema yg ada.
3. Akomodasi. Proses di mana struktur kognitif
mengalami perubahan. Ia berlaku apabila skema
tidak dapat mengasimilasi persekitaran yg baru yg
masih belum ada dalam perolehan kognitif kanak-
kanak.
4. Adaptasi. Keadaan di mana wujud keseimbangan di
antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan
dengan persekitaran.
Terdapat 4 peringkat perkembangan kognitif yg
diutarakan oleh Piaget iaitu :

1) Tahap deria motor (sejak lahir hingga dua


tahun).
2) Tahap pra-operasi (dua hingga tujuh
tahun).
3) Tahap operasi konkrit ( tujuh hingga
sebelas tahun).
4) Tahap operasi formal ( remaja sehingga
dewasa).
Teori Psikososial Erik Erikson
Teori psikososial yg dikemukakan oleh Erik
Erikson mengenai perkembangan manusia
lebih menjurus kepada perkembangan
identiti. Beliau menegaskan bahawa
perkembangan personaliti manusia berlaku
secara berterusan di sepanjang hayat.
Menurut Erikson, pada setiap peringkat
perkembangan individu terdapat 2 komponen
iaitu komponen bersifat positif dan komponen
negatif. Erikson telah mengenengahkan 8
peringkat perkembangan berhubung dengan
pembentukan dan perkembangan manusia
bermula dari lahir hingga ke akhir hayat.
Tahap-tahap tersebut adalah seperti berikut :

1. Percaya lawan ketidakpercayaan.


2. Otonomi lawan curiga.
3. Inisiatif lawan perasaan bersalah.
4. Berlumba-lumba lawan rasa rendah diri.
5. Identiti lawan kecelaruan peranan.
6. Kemesraan lawan pengasingan.
7. Pembelaan nasib generasi lawan kekakuan.
8. Integriti ego lawan sesalan.
Menurut Erikson, setiap tahap mempunyai
krisis yg tersendiri. Sekiranya seseorang
individu berjaya menangani krisis
tersebut akan berjaya membentuk
identiti dan personaliti yg berjaya. Jika
gagal menangani krisis tersebut, maka
seseorang individu akan berhadapan
dengan kecelaruan dan konflik identiti.
Teori Perkembangan Moral Kohlberg
Teori ini dikemukan oleh Lawerence Kohlberg
setelah beliau melakukan kajian membujur
(longitudinal study) terhadap sekumpulan remaja.
Menurut beliau moral reasoning berlaku secara
berperingkat. Ianya dibentuk daripada penilaian
jawapan-jawapan yg diberikan dan bukannya
berdasarkan samada tindakan tersebut betul atau
salah. Peringkat-peringkat tersebut adalah seperti
berikut :
1. Tahap pra-konvensional.
2. Tahap konvensional. (kebiasaan mengikut adat)
3. Tahap pascakonvensional.
Pandangan Kohlberg mengenai moral
mendapat kritikan dari pelbagai pihak.
Antara kritikan tersebut ialah seperti
berikut :

 Kajian-kajian menunjukkan bahawa tahap


moral orang dewasa biasanya berada di
peringkat konvensional dan tidak
berkembang ketahap pascakonvensional
seperti yg diketengahkan oleh Kohlberg.
 Teori moral Kohlberg tidak mengambil
kira akan perbezaan budaya.
 Teori ini juga dilihat sebagai sexist
kerana dapatan Kohlberg sering
melihat lelaki lebih baik daripada
wanita dalam konteks moral.

Walau apapun kritikan yg diberikan,


teori Kohlberg tetap dijadikan
panduan dalam menilai perkembangan
moral bagi manusia.

You might also like