You are on page 1of 17

1.

0 Pengenalan

Komputer secara umumnya dianggap sebagai satu lambang pemodenan dan


pembangunan sesebuah negara. Ini adalah kerana komputer memainkan peranan yang
penting dalam pelbagai bidang kehidupan manusia seperti ekonomi, pentadbiran,
kemanusiaan, pendidikan dan sebagainya. Atas dasar tersebut, setiap individu sama
ada sedar atau tidak sedar pastinya akan berurusaan dengan teknologi komputer setiap
hari dan sedikit sebanyak mereka harus sekurang-kurangnya mengenali apakah
komputer itu sebenarnya.

Komputer secara amnya bolehlah dikatakan sebagai suatu mesin elektronik yang telah
diprogramkan oleh manusia bagi melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan. Prinsip
sifat komputer yang utama ialah bertindakbalas kepada set arahan yang spesifik
mengikut kaedah atau turutan yang ditentukan dan ia mampu menjalankan senarai
arahan yang pelbagai bentuk dan lebih sistematik.

Terdapat banyak kompenen di dalam satu sistem komputer yang boleh kita perolehi
sekarang. Diantaranya ialah perkakasan tambahan komputer yang sangat mudah
diperolehi dan banyak membantu dalam kerja manusia seharian. Perkakasan komputer
yang juga disebut peranti pemprosesan merujuk kepada komponen-komponen yang
terlibat bagi memastikan data-data yang dimasukkan (input) ke dalam sesebuah
komputer diproses sebelum boleh dikeluarkan semula sebagai maklumat yang
bermanfaat kepada pengguna.

2.0 Perkakasan Tambahan Komputer

1
Perkakasan komputer merujuk kepada bahagian-bahagian yang membentuk komputer
yang lengkap dan merujuk juga kepada pelbagai komponen fizikal bagi sesuatu sistem
bagi komputer. Perkakasan komputer juga dikenali sebagai peranti. Istilah perkakasan
atau peranti merujuk kepada keseluruhan fizikal sesebuah komputer, manakala perisian
menyediakan arahan kepada perkakasan untuk melaksanakan kerja komputer.

Perkakasan tambahan pada komputer digunakan untuk memudahkan lagi kerja


pengguna. Kebanyakan perkakasan komputer tidak dapat dilihat oleh pengguna. Ia
merupakan sebahagian dari sistem terbenam yang selalunya digunakan dalam
kenderaan, ketuhar gelombang mikro, mesin elektrokardiograf, pemain cakera padat
dan banyak lagi. Dengan kemudahan teknologi yang semakin pesat, perkakasan yang
paling senang untuk dilihat adalah pada komputer peribadi. Boleh dikatakan
kebanyakan komputer peribadi pada masa kini dilengkapkan dengan segala
perkakasan tambahan komputer. Berikut adalah beberapa perkakasan tambahan
komputer yang kerap digunakan oleh pengguna.

2.1 Kad Output TV

Kad output TV merupakan komponen yang membenarkan input dari


komputer dipaparkan pada skrin televisyen. Peranti ini merupakan alat
yang menukarkan isyarat digital yang yang merupakan output dari
komputer kepada isyarat gelombang (analog).

Di bawah merupakan diagram menunjukkan proses penukaran isyarat


dari digital kepada gelombang (analog).

2
2.1.1. Proses penukaran isyarat dari digital ke analog

2.1.2. Contoh kad output TV

2.2 Kad Video/TV Capture

3
Kad Video/TV Capture disebut juga sebagai video card merujuk kepada
papan litar yang dipasangkan kepada sesebuah komputer bagi
meningkatkan kebolehan paparan sistem sesebuah komputer. Ia
memainkan peranan yang penting dalam menghantar signal digital ke
monitor komputer. Kad video mempunyai RAM tersendiri dan boleh
memproses data mengikut cip yang terbina dalam kad tersebut. Ia
membolehkan rancangan televisyen dirakam dan direkod ke dalam cakera
keras (hard disk). Dengan teknologi kini, kad video dibina terus di dalam
papan induk dan ini lebih menjimatkan kos pengeluar dan dimanfaatkan
sepenuhnya oleh pengguna.

Peranti ini merupakan alat yang menukarkan isyarat gelombang (analog)


yang diterima dari aerial televisyen kepada isyarat digital. Ini kerana
komputer hanya boleh menafsir isyarat digital yakni dalam bentuk ‘0’ dan
‘1’. Di bawah merupakan diagram menunjukkan proses penukaran isyarat
dari gelombang (analog) kepada digital.

2.2.1. Proses penukaran isyarat gelombang (analog) kepada digital

4
2.2.2. Contoh Kad Video/TV Capture

2.3 Kad Grafik Video

Kad grafik video dirujuk sebagai kad pemecutan grafik adapter paparan
kad grafik dan bermacam-macam istilah lain, Ia adalah sejenis
perkakasan yang digunakan di dalam komputer peribadi yang berfungsi
sebagai penjana dan mengeluarkan imej-imej paparan komputer. Kad
grafik video mempunyai fungsi yang serupa dengan alat perisian yang
lain.

Kad grafik video merupakan peranti yang disambungkan kepada peranti


output seperti monitor. Kad grafik video adalah komponen yang penting
dalam menentukan prestasi dalam sesuatu komputer. Istilah kad grafik
video dicipta untuk memisahkan di antara kad yang boleh disambung ke
dalam slot dengan grafik bersepadu yang terus digabungkan dengan
papan induk. Permainan computer memerlukan kad grafik yang boleh
mengeluarkan efek 2D dan 3D.

5
2.3.1. Contoh Kad Grafik Video

2.4 Kad Suara

Kad suara ataupun kad bunyi (sound card) merupakan sejenis papan litar
sokongan yang membolehkan komputer memanipulasikan audio sebagai
sumber outputnya. Ia merupakan perkakasan tambahan komputer yang
boleh menerima input dan mengeluarkan output bunyi dengan kawalan
perisian. Kad suara yang biasa termasuk cip bunyi biasanya mempunyai
ciri penukar digit ke analog yang menukarkan bunyi gelombang digit atau
dirakamkan kepada format analog. Isyarat dialirkan kepada penyambung
jenis fon telinga dimana kabel penyambung kepada amplifier. Sambungan
biasanya akan digunakan terus kepada mikrofon dan boleh dirakamkan
kepada cakera keras.

Kad suara membolehkan sesebuah komputer mengeluarkan bunyi-


bunyian seperti muzik dan kesan khas dan ia juga membolehkan
seseorang pengguna menggunakan suara sebagai salah satu cara
6
memasukkan data dengan bantuan perisian audio dan juga alat pembesar
suara.

2.4.1. Contoh Kad Suara

2.5 Kad Rangkaian NIC

Kad rangkaian NIC atau boleh juga dikenali sebagai Kad Antaramuka
Rangkaian (Network Interface Card) merupakan sambungan fizikal antara
satu rangkaian dengan komputer stesyen kerja. Kebanyakan kad ini
merupakan kad dalaman, dimana ianya dipasang pada slot yang terdapat
di dalam sebuah sistem komputer. Kad ini merupakan perhubungan fizikal
antara stesyen kerja dan rangkaian.

Ia juga merupakan satu peranti yang digunakan oleh komputer untuk


berkomunikasi di dalam rangkaian. Ia bertindak sebagai penyambung di
antara komputer anda dengan kabel rangkaian. Fungsinya adalah untuk
menyediakan data dari komputer ke kabel rangkaian, menghantar data ke
komputer yang lain dan juga mengawal aliran data di antara aliran
komputer dan sistem kabel penyambung.

7
Ada antara muka rangkaian ini yang berbentuk kad dan ada yang
berbentuk komponen dalam papan induk komputer. Kad rangkaian juga
menerima data input dari kabel dan menterjemahkan kepada byte yang
difahami oleh unit pemprosesan pusat komputer.

Jenis-jenis Kad Antaramuka Rangkaian


 Kad Ethernet
 Penyambung Localtalk
 Kad Token Ring

2.5.1 Contoh Kad Rangkaian NIC

8
PC1

Switch
PC2
Modem

INTERNET

PC3

2.5.2. Diagram LAN (Local Area Network) bersama modem

9
Diagram 2.5.2 menerangkan mengenai komputer yang mempunyai peranti NIC
dirangkaikan dengan menggunakan ’switch’. Dari switch kemudian rangkain
tersebut disambungkan kepada modem dan seterusnya membolehkan
komputer-komputer yang berada di dalam lingkungan rangkaian ataupun di
dalam LAN (Local Area Network) itu memperolehi capaian jalur lebar (Internet).

2.6 Modem

Modem merupakan peranti komputer yang melaksanakan proses yang


menukarkan isyarat berbentuk digital yang dihasilkan oleh komputer kepada
isyarat berbentuk gelombang supaya ia dapat dihantarkan menerusi talian
telefon dan juga sebaliknya. Dengan pendek kata, ia berkemampuan untuk
mengalihkan isyarat gelombang kepada isyarat digital. Modem merupakan
singkatan daripada perkatan modulate/demodulate. Ianya berperanan menukar
signal digital kepada analog dan juga sebaliknya. Terdapat tiga jenis modem
yang utama iaitu :

 Modem dalaman dan sambungan terus (internal modem or Direct Connect


Modem)
 Modem luaran (External Modem)
 Personal Computer Memory Card International Association (PCMCIA)
 Modem USB

Modem sambungan terus biasanya berupa sekeping kad litar sokongan seperti
juga kad audio yang dipasangkan kepada papan induk.

10
2.6.1. Contoh modem luaran

2.6.2. Contoh modem PCMCIA

2.6.3. Contoh modem USB


3.0 Kelebihan Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

11
Kad Output TV mampu memaparkan bahan bantu mengajar dalam bentuk media
pada skrin televisyen kepada pelajar dimana inputnya datang dari komputer peribadi
ataupun komputer riba. Input-inputnya pula boleh datang dari cakera padat (CD), fail
yang dimuat turun dari jalur lebar (internet) serta pelbagai perisian yang
dibangunkan khas untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kerana
televisyen dijadikan medium paparan, ia sedikit sebanyak mampu menarik minat
murid dan pelajar untuk menumpukan perhatian mereka kepada proses
penyampaian ilmu yang sedang dijalankan. Selain itu, skrinnya yang lebih besar dan
lebar serta umumnya televisyen sememangnya tidak menjanggalkan para murid dan
pelajar dan seterusnya mampu membentuk satu proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih efektif.

Kad Video / TV Capture merupakan komponen yang membenarkan signal


televisyen untuk diterima oleh komputer. Ini bermaksud ia berkebolehan untuk
menayangkan rancangan televisyen yang disiarkan secara langsung (live) kepada
para murid dan pelajar. Rancangan televisyen seperti dokumentari, sebarang
pertandingan seperti pertandingan debat antara sekolah, TV pendidikan dan lain-
lain adalah antara yang boleh dipertontonkan. Bukan itu sahaja, kad video / tv
capture juga mampu merakam rancangan pilihan dan seterusnya disimpan untuk
tujuan arkib.

Kad Grafik Video berfungsi untuk menjana dan mengeluarkan imej-imej paparan
pada skrin monitor komputer. Ia antara peranti yang mesti ada di dalam komputer.
Kad Grafik Video membolehkan pengguna yang mahir dengan perisian seperti
Adobe Flash dan 3D Maya membangunkan sesuatu yang mana hasilnya boleh
membantu dalam proses P&P dengan lebih lancar. Hasil yang dijanakan lebih
interaktif dan selanjutnya mampu menarik minat dan perhatian para murid dan
pelajar.
Kad Suara merupakan peranti yang boleh menerima input dan mengeluarkan
output bunyi dengan kawalan perisian. Dengan adanya peranti ini, bunyi dari media

12
seperti muzik latar belakang, kesan bunyi dan penceritaan dapat dialirkan pada para
pendengar dan seterusnya memahamkan mereka akan apa yang mereka tontoni.

Kad Rangkaian merupakan satu peranti yang digunakan oleh komputer untuk
berkomunikasi di dalam rangkaian. Peranti ini dapat menghubungkan setiap komputer
pada satu pangkalan sistem di mana maklumat dapat dikongsi bersama oleh setiap
pengguna. Para murid atau pelajar dibawah bimbingan guru boleh mencapai sesuatu
informasi dan seterusnya saling berinteraksi antara satu sama lain pada waktu yang
sama. Ini bukan sahaja menggalakkan pembabitan mereka di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P), malah turut mampu menyuburkan semangat integriti di antara
mereka.

Modem merupakan peranti komputer yang menukarkan isyarat digital kepada


gelombang (analog) supaya ia dapat dihantar melalui talian telefon dan juga sebaliknya.
Dengan kata lain modem merupakan peranti yang diperlukan oleh pengguna untuk
mencapai talian jalur lebar (internet). Ia mampu menghubungkan dan mendekatkan
pelajar dan guru dengan dunia luar, dimana ilmu baru boleh dicapai dengan lebih cepat
dan mudah. Ini kerana dengan adanya jalur lebar (internet), istilah batasan geografi
tidak lagi boleh diguna pakai. Penemuan baru yang lengkap dengan maklumat
mengenainya dan video-video ilmiah, jurnal dan lain-lain bahan yang boleh diguna
pakai dalam proses P&P dapat dimuat turun.

4.0 Kebaikan

13
Perkakasan tambahan komputer sebanyaknya memberi kebaikan serta kelebihan
kepada penggunanya. Di dalam dunia multimedia dan Internet yang tiada sempadan ini,
sistem komputer yang lengkap dengan peranti tambahan mampu meningkatkan
kelebihannya kepada tahap yang maksima dimana pengguna yang mahir mampu
menyelesaikan setiap perkara dengan lebih berkesan.

Gabungan setiap peranti boleh menjadikan komputer itu satu sistem yang sistematik
kerana semuanya terkandung di dalam satu mesin dan selanjutnya mampu
melaksanakan setiap kerja yang ingin diselesaikan. Kini pengguna komputer bukan
sahaja boleh menaip malah turut boleh menghasilkan animasi, melayari jalur lebar
(internet) dan juga menonton video dengan menggunakan televisyen sebagai
mediumnya.

Perkakasan tambahan komputer juga berupaya memudahkan kerja samada dalam


proses penyediaan bahan mengajar malah juga semasa proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Sebagai contoh peranti kad grafik yang berkualiti memudahkan
pengguna untuk menghasilkan animasi flash atau perisian interaktif dengan lebih cepat
dan lebih menarik. Selain itu modem yang digunakan untuk mencapaikan pengguna
pada jalur lebar (internet) boleh menjimatkan sejumlah masa yang akan diperuntukkan
dalam mencari maklumat dimana kini maklumat boleh diperolehi dihujung jari. Ini
seterusnya menjimatkan masa dan kerja menjadi lebih efektif dan efisyen.

5.0 Keburukan

14
Untuk melengkapkan komputer dengan perkakasan-perkakasan tambahan, kos yang
tinggi disediakan. Harga sesebuah peranti yang terkini di pasaran dan diperlukan oleh
komputer untuk memenuhi keperluan spesifikasi perisian pembina seperti 3D Maya,
dan Adobe Photoshop pada tahap yang maksima adalah mahal. Sebagai contoh kad
bunyi yang berkualiti mampu mencecah harga ratusan ringgit. Penelitian serta
perancangan kewangan perlu dibuat. Harga yang mahal mencerminkan kualiti
sesebuah peranti itu. Satu sistem komputer itu tidak memerlukan peranti yang canggih
sekiranya penggunaannya hanyalah untuk perkara-perkara asas. Sebagai contoh, kad
grafik video yang berharga ribuan ringgit tidak diperlukan jika penggunaannya hanyalah
sekadar untuk menayangkan video yang dimuat turun dari jalur lebar (Internet). Dengan
kata lain, kualiti peranti yang dibeli seharusnya selaras dengan cara dan gaya
penggunaannya

Asas kemahiran ICT amat diperlukan oleh seseorang itu dalam untuk menggunakan
perkakasan tambahan ini. Sebagai contoh, pengguna yang tiada asas ini mungkin
terkial-kial dan memerlukan bantuan orang lain dalam untuk menggunakan peranti kad
TV Output. Ini kerana pengguna harus tahu bagaimana untuk melakukan konfigurasi
pada peranti itu supaya ia dapat menayangkan input dari komputer pada skrin
televisyen. Penyelenggaraan yang kerap juga turut perlu dilakukan untuk menjaga
jangka hayat peranti-peranti tersebut.

Selain itu, perkembangan teknologi yang terlalu pantas memungkinkan potensi


perisian terbaru yang berada dipasaran tidak dapat digunakan secara maksima oleh
komputer yang menggunakan peranti yang terdahulu. Dengan kata lain untuk
memenuhi keperluan spesifikasi terkini, pengguna harus pertimbangkan keputusan
untuk menggantikannya dengan yang baru. Perancangan perbelanjaan baru yang
berkaitan dengan kos yang tinggi terpaksa dilaksanakan kembali.

Kebergantungan yang berlebihan juga boleh terjadi sekiranya komputer yang


lengkap dengan peranti tersebut dijadikan bahan sandaran untuk melakukan setiap
tugasan dan akan buntu kiranya ianya tidak berfungsi.

6.0 Kesimpulan

15
Perkakasan tambahan komputer fungsinya adalah untuk memudahkan lagi kerja
pengguna. Ia bukan sahaja menjimatkan masa malah mampu membantu untuk
menghasilkan sesuatu output atau hasil yang multimedia dan memberangsangkan. Ia
kini menjadi seakan satu kemestian dalam satu sistem komputer, dimana pengguna
sanggup melaburkan lebih wang untuk memastikan mereka memperolehi apa yang
mereka citakan. Kelebihan dalam penggunaannya yakni menjimatkan masa, cepat dan
efektif memainkan peranan dalam membantu pengguna dalam menyelesaikan pelbagai
perkara.

Namun kebergantungan yang berlebihan boleh berlaku jika komputer tersebut


dijadikan tempat bergantung. Pengguna akan merasakan diri mereka di dalam
kesusahan kiranya ada peranti yang rosak atau tidak berfungsi dan mereka tidak
mampu mencari jalan penyelesaian yang lain. Selain itu kos membeli serta
penyelenggaraannya yang tinggi harus diambil kira. Satu kerugian jika peranti yang
mahal hanya digunakan untuk menyelesaikan suatu kerja yang biasa seperti menaip
dokumen. Maka dengan ini, perancangan teliti harus dilakukan sebelum urusan
pembelian berlaku.

Kesimpulannya pengguna harus bijak dalam menentukan perkakasan tambahan


yang mereka perlukan sejajar dengan cara penggunaan. Pengguna juga harus
mempunyai ilmu pengetahuan dalam mengoperasikan ia. Dan dengan bantuan peranti-
peranti ini, sesungguhnya ia banyak membantu dalam kontek pengajaran dan
pembelajaran (P&P) seterusnya kepada murid atau pelajar itu sendiri.

Rujukan

16
Othman Shariff. Manual Asas Pemasangan Komputer Peribadi dan Internet. Venton
Publishing
Muhammad Razin Abdullah. Perkakasan Sistem Komputer. New Horizans Publishing
Center
Baharuddin Aris, Mohammad Bilal Ali, Jamaluddin Harun, Zaidatun Tasir. Sistem
Komputer dan Aplikasinya. Venton Publishing
Mohammad Noorman Masvek, Safani Abd Rahman, Kamarul Ariffin Abd Jalil. Analisis
dan Rekabentuk Sistem Maklumat. Mc Graw –Hill (Malaysia) Sdn Bhd
Jamaluddin Harun,Zaidatun Tasir. Pengenalan Kepada Mutlimedia. Venton Publishing

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kad_bunyi. Accessed on 11 Julai 2009.

http://en.wikipedia.org/wiki/Network_card. Accessed on 14 Julai 2009.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Modem. Accessed on 11 Julai 2009.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kad_Rangkaian. Accessed on 11 Julai 2009.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kad_Video. Accessed on 11 Julai 2009.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Unit_Pemprosesan_Grafik. Accessed on 11 Julai 2009.

17

You might also like