You are on page 1of 2

LAPORAN ‘POST MORTEM’ TEMASYA SUKAN TAHUNAN 2010 SK SITIAWAN

Satu mesyuarat ‘Post Mortem’ Temasya sukan sekolah telah diadakan pada 11 Mac
2010, jam 1.00 petang di kelas Tahun 6 Delima.Mesyuarat ini diadakan bertujuan
berbincang perkara-perkara berbangkit yang timbul semasa temasya sukan berlangsung
pada 4 Mac 2010 yang lalu. Hasilnya, beberapa perkara yang berupa aduan, komen,
cadangan telah dimaklumkan oleh pihak pentadbir dan guru-guru untuk diberi perhatian
dan tindakan. Berikut adalah dapatan dari “post mortem’ tersebut:

1. Cadangan asal daripada En. Harith wakil pegawai dari PPD Manjung supaya
rumah sukan ditambah satu lagi daripada 3 kepada 4 telah mendapat pro dan
kontra daripada guru-guru. Dengan bertambah bilangan rumah akan memberi
peluang yang lebih kepada murid untuk menyertainya. Namun sekolah
menghadapi kekangan saiz padang yang kecil. Jika mahu dilaksanakan,
perlawanan saringan harus diadakan.

2. Penyertaan individu dalam acara perlu dihadkan. Dicadangkan penyertaan


individu hanya terhad kepada 3 acara sahaja demi memberi peluang kepada
murid lain. Perkara ini mendapat persetujuan semua guru.

3. Perbarisan lintas hormat didapati memuaskan walaupun latihan agak kurang.


Dicadangkan untuk kelihatan lebih cantik, pembawa bendera dan sepanduk
rumah sukan hendaklah berpakaian baju Melayu lengkap. Selain itu,
dicadangkan ditambah dengan dua unit beruniform untuk turut dalam perbarisan
lintas hormat pada tahun hadapan.

4. Peralatan sukan didapati ada yang tidak disimpan di tempatnya walaupun sukan
sudah seminggu berlalu.

5. Pelaksanaan acara merentas desa agak baik. Cuma diharapkan pada bahagian
penamat perlu dibuat lorong. Manakala bilangan pegawai bertugas bagi acara
sukantara perlu ditambah. Contohnya, 2 orang pegawai bagi acara lontar peluru
menimbulkan masalah.

6. Pengacara sukan hanya mengumumkan nama pemenang sahaja tanpa


menyebut nama rumah sukan yang memenangi sesuatu acara semasa
mengambil hadiah. Ini menyebabkan tiada sorakan gembira daripada penyokong
rumah sukan berkenaan. Keadaan ini berlaku apabila pencatat hanya
menyerahkan nama pemenang acara tanpa menulis nama rumah sukan itu
kepada pengacara.

7. Murid yang menerima hadiah acara sukan lambat ke pentas hadiah.


Dicadangkan dilantik 4 orang murid dari setiap unit beruniform menjadi
penyelaras peserta yang menerima hadiah ke pentas hadiah.

8. Juruacara yang baik sememangnya kena merangka skrip semasa mengacara


majlis. Namun pengacara perlu peka dengan memberikan butiran maklumat yang
sesuai pada sesuatu situasi yang tiba-tiba berubah.

9. Penglibatan AJK PIBG atau ibu bapa murid yang berkebolehan perlu ditambah
dalam pelaksanaan temasya sukan pada masa akan datang.Perkara ini bukan
sahaja dapat meringankan tugas guru-guru bahkan dapat mewujudkan tali
silaturrahim di kalangan guru-guru dan ibu bapa.

10. Makanan murid didapati kurang berbaloi dengan harganya. Malah tiada sudu
plastik disertakan bersama bungkusan makanan tersebut.

Kesimpulannya, segala dapatan di atas lebih kepada cadangan penambahbaikan


kepada perkara kecil yang timbul. Namun ianya tidak menjejaskan perjalanan temasya
sukan. Malah boleh dianggap bahawa temasya sukan kali ini telah berlangsung dengan
jayanya. Tahniah kepada semua warga sekolah yang telah memberikan komitmen demi
memastikan temasya sukan SK Sitiawan kali ini berjaya dengan cemerlang. Berat sama
dipikul, ringan sama dijinjijng. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Bulat air
kerana pembetung. bulat kata kerana muafakat. Sekian.

Dicatat oleh,

..................................................
(MOHAMAD BIN HASSAN)
Setiausaha Sukan,
SK Sitiawan.

Sk.
Guru Besar

You might also like