You are on page 1of 36

DEFINISI TAFSIR

At-Tafsir menurut bahasa : " ‫د‬ ‫"كشف لمرا‬ (menerangkan sesuatu). Firman  Allah Ta’ala:

" ‫" وال يأتونك إال جئناك بالحق وأحسن تفسيرا‬


“Dan mereka tidak membawa kepada Mu sesuatu kata-kata ganjil (untuk menentangmu)
melainkan Kami bawakan kepada kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya untuk
menangkis segala yang mereka katakan itu “

    Setengah ulama’ berpendapat ilmu tafsir bukanlah sesuatu ilmu yang boleh ditafsirkan

seperti ilmu-ilmu yang lain malah ilmu Tafsir lebih merupakan  )‫ملكة(باكة‬ , kerana demikian
cukuplah sebagai takrifan: Menerangkan Kalam Allah atau menerangkan lafaz-lafaz al-Qur’an
dan mafhumnya.

            Walaubagaimanapun, setengah ulama’ cuba mentafsirkan ‘Tafsir’  dengan berbagai


takrif. Antaranya ialah takrif yang diberikan oleh Abu Hayyan dalam kitabnya ‘al-Bahru al-
Mahith’ sebagai berikut:
 “Ilmu Tafsir ialah ilmu yang membicarakan tentang bagaimana hendak menuturkan
perkataan-perkataan Al-Qur’an (dari segi tajwid) dan memberikan makna menurut keadaan

perkataan dan hukuman-hukuman pada ketika ia satu perkataan ( ‫)مفرد‬ dan pada ketika

bersusun ( ‫)مركب‬ dan makna-makna yang boleh diertikan pada ketika hakikat atau majaz.


Juga membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan nasikh dan mansukh dan sabab nuzul”

Dari takrifan yang diberikan oleh Abu Hayyan di atas jelas menunjukkan bahawa
mentafsirkan Al-Qur’an itu mengandungi penjelasan, huraian, cara membacanya mengikut
tajwidnya, menghuraikan maksud-maksud ayat sesuai dengan keadaan perkataan ketika

( ‫)مف(((رد‬ dan pada ketika ( ‫)م(((ركب‬ ,menghuraikan makna-makna hakiki dan majazi dan


menghuraikan ayat-ayat naskh dan mansukh juga sabab nuzulnya.
SYARAT-SYARAT PENTAFSIR AL-QURAN (MUFASSIR)

Para ulama banyak membahaskan syarat-syarat tfsir al-Quran sebelum ditafsirkannya seperti al-
Suyuti melalui kitabnya, al-Itqan Fi Ulim al-Quran, Syeikh Ibn Taimiyah dalam Mukadimah Fi Usul
al-Tafsir, Ibn al-Qayyim dalam al-Tibyan Fi Aqsam al-Quran, al- Zarkasyi dalam al-Burhan, al-
Zurqani dalam anahil al-Irfan dan ramai lagi ulama.

Mentafsirkan al-Quran merupakan amanah yang berta dan besar. Sehubungan dengan itu,
bukan sebarang orang yang mampu untuk memikul amanah yang besar ini. Oleh itu, sesiapa
sahaja yang ingin mentafsirkan al-Quran, hendaklah memenuhi syarat-syarat tertentu agar
terhindar daripada melakukan kesilapan ketika mentafsirkan ayat-ayat al-Quran. Antara syarat-
syarat tersebut adalah seperti yang berikut :
a) Akidah yang benar. Syarat ini sangat penting bagi menjamin mufassir tidak melakukan
penyelewengan terhadap ayat-ayat al-Quran. Selain itu, mereka juga tidak terdorong
kepada mazhab-mazhab yang menyeleweng dengan mengemukakan pentakwilan yang
bertentangan dengan akidah yang benar.

b) Bersih daripada hawa nafsu.Hal ini kerana hawa nafsu akan mendorong diri seseorang
itu untuk membela dan menegakkan kepentingan mazhabnya semata-mata.

c) Mempunyai keahlian dalam bidang hadis, riwayah dan dirayah, kerana hadis-hadis Nabi
merupakan penjelasan dalam mentafsirkan ayat-ayat mujmal dan mubham dan
seterusnya hadis-hadis Rasulullah akan membntu pentafsir menerangkan segala
kemusykilan yang timbul berhubung perkara ini.

d) Mempunyai ilmu yang luas dalam pelbagai bidang seperti :


i) Ilmu Bahasa Arab. Oleh kerana pentingnya penguasaan terhadap ilmu bahasa
Arab dalam menafsirkan ayat al-Quran terutamanya yang berkaitan dengan
tatabahasa dan i’rab perkataan, maka mujahid telah mengatakan yang
bermaksud,
“ Tidak halal bagi seseorang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat berbicara mengenai
sesuatu yang terdapat dalam Kitabullah apabila di tidak mengetahui bahasa Arab”

Selain itu, ilmu bahasa Arab juga merangkumi ilmu-ilmu berikut :


 Ilmu Tasrif (sorof) kerana dengannya dapat diketahui bina’ (struktur) dan sighah (kata
kerja) sesuatu kata.
 Isytiqaq (derivasi) kerana sesuatu nama apabila isytiqaqnya berasal daripada dua subjek
yang berbeza, maka ertinya pun juga pasti berbeza.
 Al-Bayan kerana dengannya dapat diketahui kekhususan tarkib (komposisi) suatu
kalimat dari segi perbezaanya sesuai dengan jelas atau tidaknya sesuatu makna.
 Al-Badi’ kerana dengannya dapat diketahui kekhususan tarkib (komposisi) suatu kalimat
dari segi keindahan suatu kalimat Ketiga-tiga ilmu di atas ( al-Ma’ani, al-Bayan dan al-
Badi’) disebut sebagai ilmu balaghah yang merupakan ilmu yang perlu dikuasai dan
diperhatikan oleh seseorang mufassir agar peka terhadap keindahan bahasa (I’jaz) al-
Quran.

ii) Ilmu Qira’ah kerana dengannya dapat diketahui cara mengucapkan al-Quran dan
kuat tidaknya model bacaan yang disampaikan antar satu qari dengan qari yang
lainnya.
iii) Mendalami ilmu usuluddin dan ilmu tauhid kerana dengannya seseorang
mufassir dapat mentafsirkan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan .
iv) ketuhanan dan hak-hak Allah dengan betul serta tidak mentakwilkannya dengan
sewenag-wenangnya atau dengan melampaui batas.
v) Berpengetahuan dalam Usul Fiqh kerana ia dapat membantu mufassir membuat
kesimpulan dari ayat-ayat al-Quran dan berdalil dengannya. Juga dengannya
dapat diketahui wajh al-istidlal (segi penunjukan dalil) terhadap hukum dan
istinbat.
vi) Berpengetahuan luas dalam ilmu Ulum Al-Quran seperti :
 Asbabun Nuzul (sebab-sebab turunnya ayat) kerana dengannya dapat diketahui
maksud ayat sesuai dengan peristiwa diturunkannya.
 An-Nasikh wa al-Mansukh agar diketahui mana ayat yang muhkam(ditetapkan
hukumnya) dari yat selainnya.

iv) Mengetahui ilmu-ilmu lain seperti sosiologi, antropologi, zoology, ilmu


sejarah, geografi, psikolgi serta ilmu semasa seperti ekonomi, politik sosoal dan
sebagainya bagi membantu mufassir untuk mentafsirkan al-Quran.

e) Memulakan tafsir al-Quran dengan al-Sunnah itu sendiri.

f) Mentafsirkan al-Quran dengan al-Sunnah.

g) Merujuk kepada pandangan dan ijtihad para sahabat.

h) Merujuk kepada pendapat Tabi’in jika tidak terdapat tafsiran para sahabat.

i) Ilmu mauhibbah, iaitu ilmu yang Allah Taala anugerahkan kepada orang yang
mengamalkan ilmunya.

ADAB-ADAB PENTAFSIR AL-QURAN (MUFASSIR)

Pentafsir perlu memiliki adab-adab yang baik untuk membolehkan mereka mentafsirkan ayat-
ayat al-Quran. Antaranya adalah seperti berikut :

1) Niat dan tujuan yang baik

Nabi s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang sahih bermaksud : “ Setiap amalan adalah
berdasarkan kepada niatnya”. Justeru, untuk berkhidmat kepada al-Quran, perlulah memiliki
niat yang baik agar tidak terjerumus ke dalam usaha yang melibtkan keduniaan dan
sempamanya.
2) Berakhlak Mulia

Seorang mufassir akan dijadikan contoh teladan oleh orang lain. Oleh itu, dia hendaklah
mempunyai akhlak dan budi pekerti yang mulia sesuai dengan ajaran al-Quran itu sendiri.

3) Beramal dengan isi kandungan al-Quran

Ilmu yang dipraktikkan akan lebih mudah diterima berbanding ilmu yang tidak diamalkan. Selain
itu, ilmu yang diamalkan juga akan membawa kepada keberkatan. Pepatah Arab telah
menyatakan : “ Ilmu tanpa mal ibarat pohon yang tidak berbuah”

4) Bersikap Tawadhuk dan Merendahkan Diri

Kesombongan yang wujud akan menjadi hijab daripada ilmu tersebut dimanfaatkan.

5) Tegas dalam Menyampaikan Kebenaran

Raulullah telah menyatakan bahawa “ Sebaik-baik jihad ialah perkataan yang benar di hadapan
pemerintah yang zalim”.

SEJARAH PERKEMBANGAN TAFSIR PADA ZAMAN RASULULLAH, SAHABAT DAN TABIEN.

TAFSIR ZAMAN RASULULLAH

Metode/Bentuk Penafsiran

Orang yang mula-mula mewujudkan ilmu Tafsir al-Quran dan menjelaskan maknanya kepada
orang ramai ialah Rasulullah s.a.w . Baginda ialah orang yang paling faham tentang makna-
makna ayat al-Quran. Baginda juga memahami tentang rahsia-rahsia yang terkandung dalam al-
Quran dan mengetahui tujuan sesuatu ayat berkenaan diturunkan. Bahkan dalam sesetengah
ayat, seruan itu ditujukan terus secara langsung kepada baginda s.a.w supaya menjelaskannya
kepada manusia. Contohnya ayat berikut:
“Supaya Engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa Yang telah diturunkan kepada
mereka”,

Menurut Ibn Kaldun dalam Muqaddimahnya, Nabi s.a.w menjelaskan kepada sahabt-sahabat
tentang ayat-ayat yang umum dengan mempericikan supaya difahami dengan jelas oleh mereka.
Demikian juga bginda s.a.w membezakan mana ayat yang Nasikh dan mana yang mansukh.
Penjelasan Rasulullah member faham makna dan maksud tersirat dalam ayat, manakala
peristiwa atau sebab nuzul sedia diketahui oleh para sahabat yang menyaksikan wahyu
diturunkan. Semuanya ini diperjelaskan oleh Nabi sendiri kepada sahabat –sahabat baginda
s.a.w sehingga mereka benar-benar faham dan mengerti penjelasan dan pentafsiran sesuatu
ayat al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya. Ilmu pentafsiran ini kemudiannya
berpindah daripada generasi sahabat kepada generasi tabi’in dan begitulah seterusnya.

Keadaan ini berterusan apabila ilmu ini sentiasa berpindah randah dari generasi pertama iaitu
generasi sahabat kepada generasi seterusnya iaitu generasi tabi’in dan sehingga generasi
kebelakangan. Sehinggalah pengetahuan ini menjadi satu cabang ilmu yang akhirnya dibukukan
khusus. Kemudian ilmu ini kian bercambah dengan penulisan buku-buku yang tumbuh bagaikan
cendawan selepas hujan. Semua ini dipindahkan secara asli daripada sahabat, tabi’in dan
generasi selepasnya sehinggalah lahir tokoh-tokoh Tafsir yang terkenal seperti al-Tabari , al-
Wafidi, al-Tha’libi dan seumpama mereka.

Kesimpulannya, boleh dikatakan metode yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah metode
terus atau secara langsung. Ini bersesuaian dengan keadaan Nabi yang bertindak sebagai
pemberi penjelasan terhadap ayat-ayat al-Quran yang diturunkan kepadanya.
Secara kesimpulannya, metode Rasulullah s.a.w menafsirkan al-Quran kepada sahabat ialah
seperti yang berikut:
a) Menjelaskan sesuatu yang mujmal (tidak disebut secara terperinci). Seperti Nabi s.a.w
menjelaskan cara solat dan kadar zakat yang diwajibkan yang terdapat dalam surah al-
Baqarah ayat 43.
ْ ‫وا ال َّز َكاةَ َوارْ َكع‬
]43-2[‌ َ‫ُوا َم َع الرَّا ِك ِعين‬ ْ ُ‫صالَةَ َوآت‬ ْ ‫َوأَقِي ُم‬
َّ ‫وا ال‬
b) Menerangkan sesuatu ayat yang kabur. Seperti penjelasan Rasulullah s.a.w terhadap
surah al-Baqarah ayat 186.

ْ ُ‫ُوا لِي َو ْلي ُْؤ ِمن‬


‫وا بِي لَ َعلَّهُ ْم‬ ْ ‫َان فَ ْليَ ْستَ ِجيب‬
ِ ‫اع إِ َذا َدع‬ ُ َ َ‫َوإِ َذا َسأَل‬
ِ ‫ك ِعبَا ِدي َعنِّي فَإِنِّي قَ ِريبٌ أ ِجيبُ َد ْع َوةَ ال َّد‬
]186-2[‌ َ‫يَرْ ُش ُدون‬

c) Mengkhususkan yang umum. Contohnya kezaliaman yang dimaksudkan dalam surah al-
An;aam ayat 83.

ٍ ‫َوتِ ْلكَ ُح َّجتُنَا آتَ ْينَاهَا إِ ْب َرا ِهي َم َعلَى قَوْ ِم ِه نَرْ فَ ُع د ََر َجا‬
َ َّ‫ت َّمن نَّ َشاء إِ َّن َرب‬
]83-6[‌‫ك َح ِكي ٌم َعلِي ٌم‬

Sumber Ilmu Tafsir di Zaman Rasulullah

Apabila sahabat- sahabt mempunyai persoalan tentang ayat-ayat al-Quran, mereka merujuk
terus kepada baginda s.a.w. Mereka akan bertanya Rasulullah penjelasan terhadap sesuatu ayat
atau perkataan tertentu dalam mana-mana ayat. Maka Rasulullah s.a.w akan menjawab serta
menjelaskan segala kemusykiln itu. Ini adalah kerana Allah mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w
sebagai pemberi penjelasan terhadap al-Quran yang diturunkan kepada baginda. Ini dijelaskan
melalui ayat berikut:

“Kami pula turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Al-Quran Yang memberi peringatan,
supaya Engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa Yang telah diturunkan kepada
mereka, dan supaya mereka memikirkannya”.

Rasulullah s.a.w adalah sumber utama untuk menjelaskan segala keraguan terhadap ayat-ayat
al-Quran pada masa itu. Para sahabat sangat tekun mempelajari al-Quran dan penafsirannya
daripada Rasulullah s.a.w. Mereka juga terus menghafal ayat-ayat itu dan mengamalkannya.
Uthman bin Affan, Abdullah bin Mas’ud dan selainnya apabila mempelajari daripada Nabi s.a.w
sepuluh ayat, mereka tidak akan meneruskan ayat yang lain sehinggalah mereka benar-benar
faham ayat itu dan beramal dengannya.

Walaupun tafsir al-Quran tidak pernah dibukukan ahupun dikelaskan sebagai ilmu yang
berasingan pada zaman Rasulullah s.a.w. Bahkan ilmu ini hanya diriwayatkan oleh sahabat dari
Rasulullah sebagaimana mereka meriwayatkan hadis-hadis lain.

TAFSIR AL-QURAN ZAMAN SAHABAT

Sebagaimana yang diketahui bahawa Rasulullah s.a.w menjelaskan kebanyakan makna al-Quran
kepada sahabat-sahabat baginda. Mereka ialah golongan yang paling mengetahui al-Quran
selepas Rasulullah s.a.w. Ilmu Tafsir pada zaman sahabat tidak jauh bezanya dari zaman
Rasulullah s.a.w. Para sahabat merupakan rujukan utama apabila ada kemusykilan terhadap
ayat-ayat al-Quran. Bahkan terdapat perbezaan di antara mereka dalam memahaminya
berdasarkan keupayaan akal mereka, lamanya tempoh mereka bersama Nabi s.a. w. Antara
sahabat yang paling mengetahui tentang ilmu tafsir al-Quran ialah khalifah yang empat,
Abdullah bin Mas’ud, Ubai bin Ka’b dan Abdullah bin Abbas. Selain mereka, terdapat sahabat
lain seperti Abu Musa al-Asya’ri, Amru ibn al-‘As, Anas bin Malik, Jabir bin Abdullah dan A’isyah.
Ali bin Abi Talib dianggap sebagai sahabat yang paling mengetahui tentang ilmu Tafsir,
sementara Abdullah bin Abbas pula yang paling muda dalam kalangan mereka.

Sumber Tafsir Zaman Sahabat

Sahabat-sahabat Nabi s.a.w berijtihad dalam Ilmu Tafsir berdasarkan sumber-sumber berikut;
 Tafsir al-Quran dengan al-Quran. Ini adalah sumber utama yang diajar oleh
Rasulullah kepada para sahabat.
 Tafsir al-Quran dengan al-sunnah al-sahihah. Ini adalah sumber yang tidak
kurang pentingnya kerana Rasulullah s.aw. ialah orang yang paling
mengetahui tentang kitab Allah dan penafsiran makna-maknanya.
 Tafsir al-Quran dengan ijtihad yang dilakukan dengan penelitian dan
kefahaman yang baik. Sumber ini juga penting kerana sahabat adalah orang
yang paling mengetahui tentang al-Quran selepas Rasulullah s.a.w . Mereka
berada bersama Rasulullah s.a.w ketika al-Quran diturunkan.

TAFSIR AL-QURAN ZAMAN TABI’IN DAN TABI’ TABI’IN

Zaman ini bermula pada awal abad kedua Hijrah hingga awal abad keempat Hijrah.Pada zaman
itu Islam telah tersebar luas dan Negara jajahan Islam telah banyak hingga ke Negara bukan
Arab.Lantaran itu,pengaruh dan kebudayaan asing mulai menular ke dalam mmasyarakat Islam
dan Arab.Antara lain juga ia telah mempengaruhi ajaran Islam.Untuk itu ulama waktu itu
mencari jalan dan memikirkan untuk membentuk pentafsiran al-Quran sebagai suatu ilmu yang
tersendiri.Hal itu supaya ia menjadi lebih berkesan dan mudah difahami oleh pelbagai bangsa
dan ,masyarakat Islam yang bukan berasal dari kalangan bangsa Arab.

ZAMAN TABI’IN

Sebagaiman dimaklumi,pada zaman nabi dan sahabat,riwayat-riwayat tafsir adalah diwarisi dari
mulut ke mulut,di mana waktu itu belum lagi ada pembukuan.Ulama pertama yang berusaha
kea rah penulisan dan mencatat tafsir yang berkaitan dengan ayat-ayat al-Quran dalam bentuk
buku adalah daripada kalangan ulama Tbi’in yang dipelopori oleh Mujahid.Selepas batu asas
yang dibuat oleh Mujahid,maka munculah kemudiannya ulama lain yang bertungkus-lumus
untuk mengumpulkan tafsir ayat-ayat al-Quran yang asalnya berselerak dan ada di tempat yang
berbagai-bagai itu.Ulama terkenal yang menjadi pengumpul dan berusaha untuk mengimpulkan
segala tafsir ayat-ayat al-Quran yang berselerak itu ialah:

 Sufian Ibn Uyainah yang meninggal dunia pad tahun 198 Hijrah
 Waki’ Ibn al-Jarah yang meninggal dunia pada tahun 197 Hijrah
 Syu’bah Ibn al-Hajjaj yang meninggal dunia pada tahun 160 Hijrah.
 Ishak Ibn al-Rahawiyah yang meninggal dunia pada 238 Hijrah.
Seterusnya satu hal lain yang perlu difahami ialah tentang wilayah Islam yang sudah mulai
terbuka luas pada zaman Tabi’in.Ekoran daripada keadaan tersebut ramai daripada kalangan
para sahabat terkemuka telah berpindah ke kota-kota yang baru dibuka,dan ini semua
menyebabkan munculnya beberapa aliran di berbagai kota Islam yang diketuai atau dipimpin
oleh para sahabat terkemuka tersebut.Ekoran perluasan wilayah dan penghijrahan para
sahabat terkemuka ke berbagai daerah dan kota yang baru dibuka dalam hubungannya dengan
ilmu Tafsir dapat dinyatakan sebagaiman berikut:

> Di Mekah.Madrasah al-Tafsir telah diasaskan oleh Ibn Abbas .Di antara murid Ibn Abbas terdiri
dari ulama Mekah:Mujahid Ibn Jabar yang meninggal dunia pada tahun 103 Hijra,’Ata’ Ibn Abi
Rabah yang meninggal dunia pada 114 Hijrah,’ikrimah Maula Ibn Abbas yang meninggal
duniayang meninggal dunia pada tahun 105 Hijrah,Sa’id Ibn Jubair yang meninggal dunia pada
tahun 93 hijrah dan Tawus Ibn Kasan al-Yamani yang meninggal dunia pada tahun 106 Hijrah.

> Di Madinah.Madrasah al-Tafsir diasaskan oleh Ubai Ibn Ka’ab menjadi masyhur lebih dari
sahabat lain dalam bidang tafsir.Antara murid beliau yang terkenal dari kalangan Tabi’in,samada
yang belajar daripada beliau secara langsung atau tidak langsung iala:Zaid Ibn Aslam,Abu al-
Aliyah serta Muhammad Ibn al-Qarazi.

> Di Kufah,Iraq,Madrasah Tafsir diasaskan oleh Abdullah Ibn Mas’ud yang dianggap oleh para
ulama sebagai asas awal kepada kemunculan aliran Ahl al-Ra’yi dalam bidang Tafsir.Ramai
daripada kalangan Tabi’in daripada penduduk Iraq yang terkenal dalam bidanga Taffsir.Antara
murid –muridnya:terdiri daripada ulama majoritinya berada di Kufah,antara mereka
ialah:’Alqamah Ibn Qais yang meninggal dunia pada tahun 102 Hijrah .al-Aswad Ibn Zaid yang
meninggal dunia pada tahun 105 Hijrah ,’Ubaidah Ibn ‘Amru al-Salmani dan Msruq Ibn al-Ajda’.

Nama-nama yang tersebut di atas merupakan ahli-ahli tafsir terkenal dari kalangan tabi’in yang
muncul di berbagai kota Islam pada waktu itu.Menyusul selepas mereka ialah generasi Tabi’in al
Tabi’in yang merupakan para murid al-Tabi’in.Mereka semua telah meninggalkan kepada kita
suatu warisan ilmiah yang berkekalan.

-Dari kalangan ahli tafsir yang tersebut di atas merupakan ahli-ahli tafsir terkenal ialah Mujahid
Ibn Jabar dan Sa’id Ibn Jubair.Hal tersebut dapat dibuktikan dengan ungkapan oleh Imam
Nawawi sebagaimana katanya:Apabila kamu sudah mengetahui Tafsir Mujahid,maka ia adalah
memadai bagi kamu.

-Antara lain juga sebagaiman ungkapan Sufian al-Thauri:Ambillah Tafsir al-Quran daripada
empat orang ulama Tafsir.iaitu :Said Ibn Jubair,Mujahid ,Ikrimah dan al-Dhahhak.

-Walaupun pada zaman Tabi’in ilmu Tafsir telah berkembang pesat ,namun sebagai
rumusannya,majoritinya ia masih terus wujud dalam bentuk pengajaran dan riwayat secara
lisan.Dimana pembukuan yang berlaku pada zaman Tabi’in masih belum begitu pesat.

-Apa yang ketara dan jelasnya ,satu perkembangan baru yang berlaku dalam zaman al-Tabi’in
ialah dimana pada waktu itulah mulanya menyelinap masuk ke dalam disiplin ilmu Tafsir unsur-
unsur Israilliyat.

-Hal itu terjadi disebabkan pada waktu itu telah ramai golongan ahli kitab yang memeluk Islam.

-Maka golongan Tabi’in menukilkan cerita-cerita daripada mereka terutamanya


daripada:Abdullah Ibn Salam,Ka’ab Ibn al-Ibn Juraij. Cerita-cerita israilliyat tersebut diselitkan di
sana sini semasa mereka membuat tafsiran terhadap ayat-ayat tertentu di dalam al-Quran.
KITAB TAFSIR ZAMAN TABI’IN

Tafsir al-Saudi
ϯΩ
Ϯδϟ΍
ήϴδϔ
Η)
Yang meninggal dunia pada tahun 127
Hijrah.Tafsir itu menerangkan riwayat-
riwayat yang dirujukkan kepada Ibn
Mas’ud dan Ibn Abbas.
Tafsir Ibn Juraij
yang meninggal
dunia pada tahun
Tafsir 150 Hijrah .Tafsir itu
Muhammad Ibn KITAB meriwayatkan
Ishak. TAFSIR segala riwayat
ZAMAN mengenai ayat-ayat
TABI’IN al-Quran,sahih atau
dho’if.

Tafsir Maqatil yang


meninggal dunia
pada tahun 150
Hijrah.

ZAMAN TABI’ TABI’IN

 Bermula pada permulaan kurun ketiga Hijrah.


 Perkembangan tafsir zaman ini juga ekoran wilayah Islam yang sudah mulai terbuka
luas.
 Hal itu menyebabkan munculnya beberapa aliran di berbagai-bagai kota Islam yang
diketuai atau dipimpin oleh para Tabi’in.
 Ulama golongan tabi’ tabi’in tersebut telah berusaha dengan gigih untuk
menyempurnakan lagi pentafsiran al-Quran.
 Usaha tersebut dilakukan berdasarkan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka,bahasa
Arab,lahjah Arab di samping saranan ahli Tafsir.

KITAB TAFSIR ZAMAN TABI’ TABI’IN.


- Kitab tafsir yang wujud pada zaman tersebut merupakan ekoran kewujudan dan
perkembangan daripada penyusunan kitab tafsir yang dilakukan oleh tabi’in.
- Ulama Tabi’ Tabi’in telah menyusun dan menulis kitab tafsir dengan lebih teratur.
- Di mana pada peringkat zaman itu mereka telah mulai menulis tafsir yang merangkumi atau
melengkapi semua surah-surah al-Quran.
- Antara lain juga di dalam kitab tafsir tabi’ tabi’in majoritinya mengandungi perkataan-
perkataan sahabat dan para tabi’in yang tersebut sebelum ini.

Antara kitab tafsir terkenal yang wujud pada peringkat zaman itu ialah:
 Al-Waqidi yang meninggal dunia pada tahun 207 Hijrah.

 Al-‘Allaf yang meninggal dunia pada tahun 226 Hijrah.

 Ibn Jarir al-Tabari yang meninggal dunia pada tahun 310 Hijrah.

-Pada peringkat itu kitab tafsir Ibn Jarir yang terkenal dengan tafsir al-Tabari merupakan kitab
tafsir mutaqaddimin yang paling besar yang wujud hinnga kini.
-Tafsir al-Tabari tersebut asalnya bernama Jami’ al-Bayan.
-Ibn Jarir telah menulis tafsirnya itu dengan mengikuti kaedah-kaedah salaf.Iaitu mentafsir al-
Quran berdasarkan Hadis ,di samping itu juga beliau menerangkan ta’wil-ta’wil yang kukuh yang
diperolehinya daripada para sahabat .
-Selain itu ,Ibn Jarir juga memasukkan ijtihad beliau sendiri dalam tafsirnya.

SUMBER TAFSIR ZAMAN TABI’ TABI’IN

Pertamanya:Mereka
berpegang kepada
penjelasan yang
Kelima:Akhirnya terdapat dalam al-
para pentafsir dari Quran itu sendiri .
kalangan ini Kedua :Kemudian
berpegang kepada mereka berpegang
apa yang kepada penjelasan-
dibukakan oleh penjelasan
Allah terh Rasulullah yang
mereka terima
SUMBER TAFSIR menerusi riwayat
ZAMAN TABI’ para sahabat.
TABI’IN.

Keempat:Di samping itu mereka


juga mengambil pandangan Ketiga :Mereka juga
golongan ahli kitab. bersandarkan kepada
Dap mereka menerusi Ijtihad tafsiran para sahabat.
dan pemikiran mereka sendiri .

BANDINGBEZA SEJARAH BAGI SETIAP ZAMAN


PERBEZAAN PENGAJIAN TAFSIR ZAMAN RASULULLAH, SAHABAT DAN TABIIN

ZAMAN
RASULULLAH SAHABAT TABIIN TABI’ TABIIN

PERBEZAAN

-Tafsir al-Quran -Tafsir al-Quran dengan al-Quran


dengan al-Quran.
Tafsir daripada -Tafsir al-Quran dengan al-Sunnah
SUMBER al-Quran -Tafsir al-Quran al-Sahihah
TAFSIR dengan al-Sunnah
al-Sahihah -Tafsir al-Quran dengan kata-kata
sahabat
-Tafsir al-Quran
dengan ijtihad
dengan penelitian
dan kefahaman
yang baik.

Mujahid, Said bin -Sufian Bin


Khalifah yang Jabir, Ikrimah Uyainah
empat: Maula Ibn Abbas, -Waki’ bin al-
TOKOH YANG Rasulullah Thawus, Atha’ bin Jarrah dan lain-
TERLIBAT -Abdullah bin bin Abi Rabiah, lain.
Mas’ud Alqamah, al-
-Ubai bin Ka’b, Aswad bin Yazid
--Abdullah bin al-Nakha’I,
Abbas Ubaidah bin
-Zaid Bin Thabit Amru al-Salmani
-Abu Musa al- dan Amru bin
Asya’ari, Amru ibn Syarbahil.
al-‘As
-Anas bin Malik,
Jabir bin Abdullah
-Aisyah.
-Ali Bin Abi Talib

RUJUKAN UTAMA Rasulullah Para sahabat Para Tabi’in Para Tabi’


KITAB TAFSIR -Tafsir al-Saudi -Tafsir al-
YANG MASYHUR Belum dibukukan. Waqidi
Dari mulut ke mulut. -Tafsir Ibn Juraij
Hijrah -Tafsir al-‘Allaf

-Tafsir Maqatil -Tafsir Ibn Jarir


al-Tabari
-Tafsir
Muhammad
Ibn Ishak

PEMBAHAGIAN TAFSIR

PEMBAHAGIAN TAFSIR

Para ulama telah membahagikan tafsir kepada tiga bahagian mengikut aliran yang wujud dalam
perkembangan tafsir Al-Quran iaitu:
Pertama:Tafsir bi Al-Ma’thur atau juga dikenali Tafsir Bi al-Riwayah dan Tafsir Bi al-Naqli
Kedua: Tafsir Bi Al-Ra’yi atau dikenali juga dengan Tafsir Bi al-Dirayah atau Tafsir bi-al’aql
Ketiga: Tafsir Sufi atau Al-Tafsir Al-Isyari yang dipelopori oleh golongan sufi.

TAFSIR BIL MA’THUR

TAFSIR BIL MA’THUR

Tafsir bil Ma’thur ialah tafsir yang merujuk kepada Al-Quran, As-Sunnah dan pendapat para
sahabat dan tabi’in untuk menjelaskan atau menghuraikan maksud ayat Al-Quran.Sehubungan
dengan itu,tafsir daripada jenis ini hanya berpegang kepada riwayat yang sahih iaitu penafsiran
Al-Quran dengan Al-Quran sendiri atau mentafsirkan Al-Quran berpandukan hadis kerana fungsi
hadis itu sendiri ialah menerangkan serta menjelaskan isi kandungan Al-Quran,atau riwayat para
sahabat yang menafsirkan Al-Quran memandangkan golongan para sahabat merupaka golongan
yang paling mengetahui tentang al-Quran al-Karim.
Tafsir bil Ma’thur berkembang melalui beberapa cara iaitu:
 Pertama:Secara lisan.Disebut juga sebagai periwayatan
Berlaku pada zaman sahabat dan permulaan zaman tabiin iaitu kurun pertama hijrah
pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin dan kerajaan Bani Ummayah
Melalui cara ini, para sahabat mengambil penafsiran daripada Rasulullah saw atau para
sahabat meriwayatkan daripada sahabat iaitu dengan cara penukilan yang boleh
dipercayai, diteliti dan mengambil berat tentang sanad periwayatan. (Pengantar Usul
Tafsir]

Pada waktu ini lahirnya mufassirin dari kalangan sahabat utama seperti khulafa’ al-
Rasyidin, Ibn Masud, Ibn Abbas, Ubai bin Kaab dan Aisyah r.anhum. Keadaan ini
berterusan sehingga zaman permulaan tabiin yang mana mereka menerima secara lisan
dari sahabat. Pada zaman ini munculnya Madrasah Tafsir; Ibn Abbas di Mekah, Ubay bin
Kaab di Madinah dan Abdullah bin Masud di Kufah.

 Kedua: Secara penulisan atau pembukuan (tadwin)


Cara kedua adalah hasil lanjutan daripada cara pertama iaitu riwayat-rowayat tersebut
dicatit. Pada peringkat awal ia ditulis dalam kitab-kitab hadith seperti kitab al-Tafsir
dalam sohih al-Bukhari.
Cara ini berlaku pada zaman tabiin dan tabi’ tabiin iaitu pada kurun ke-2 Hijrah pada
zaman pemerintahan kerajaan Abbasi. Golongan tabiin dan tabi’ tabiin telah mencatat
riwayat-riwayat tafsir sama ada dalam bentuk marfu’ atau mauquf pada sahabat atau
kata-kata tabiin yang utama(Kibar al-Tabiin). Riwayat-riwayat ini ditulis dengan sanad
bersama dengan hadith-hadith termasuklah pandangan sahabat berkaitan hadith, fiqh ,
aqidah dan istinbat hukum. Pada masa ini munculnya Mujahid(m104H), Said bin
Jubayr(m95H), Qatadah(m118H) yang mencatat tafsiran guru mereka Ibn Abbas,
Muhammad bin Kaab(m120H), Zaid bin Aslam(m136H) yang mencatat tafsiran Ubay bin
Kaab dan Hasan al-Basri(m110H) dan Masruq bin al-Ajda’(m63H) yang mencatat tafsiran
Abdullah bin Mas’ud.
 Ketiga: Penulisan tafsir bil Ma’thur dengan jalur sanad terasing dari hadith
Pada peringkat ini tafsir bil Ma’thur ditulis secara berasingan dari hadith. Penulisan ini
berlaku pada zaman Atba’ al-Tabiin iaitu pada kurun ke-2 dan ke-3 hijrah. Antara tafsir
yang dibukukan pada tempoh ini ialah:

 Sahifah Ali bin Abi Talhah(m143H) yang mencatat riwayat Ibn Abbas.

 Tafsir Sufyan bin Said al-Thawri(m161H)

 Tafsir Sufyan bin Uyahnah(m198H)

 Tafsir Abd al-Razzaq bin Hammam al-San’ani(m211H)

 Tafsir Abd bin Humayd(m249H)

 Tafsir Ishaq bin Rahawayh(m238H)

 Tafsir al-Nasai(m303H)

 Keempat: Penulisan tafsir secara lengkap beserta dengan sanad yang bersambung


Peringkat ini berlaku sekitar tahun ke-4 Hijri dengan tafsir menjadi satu disiplin ilmu
yang tersendiri dan berpisah secara sepenuhnya dari hadith. Para mufassirin sepanjang
tempoh ini berusaha mengumpulkan riwayat yang ma’thurat dalam tafsir dari hadith-
hadith, kata-kata sabahat, kata-kata Tabiin dan Tabi’ Tabiin.
Pada peringkat ini munculnya tafsir al-Quran yang lengkap mengikut susunan mushaf
dengan menyebut riwayat-riwayat dan pandangan-pandangan yang ma’thur bagi setiap
ayat.
Antara tafsir yang dibukukan pada peringkat ini ialah Tafsir Ibnu Majah(m273H), Tafsir
Imam Ibnu Jarir al-Tabari(m310H), Tafsir Abu Bakar bin al-Mundhir al-
Naysaburi(m318H), Tafsir Ibn Abi Hatim al-Razi(m327H), Tafsir Ibn Hibban(m369H),
Tafsir al-Hakim(m405H), dan tafsir Abu Bakar bin Mardawayh(m410H).

 Kelima: Pengguguran Sanad dari tafsir bil Ma’thur


Peringkat ini adalah peringkat selepas al-Tabari, Ibn Abi Hatim, Ibn al-Mundhir dan Ibn
Mardawayh. Pada peringkat para pentafsir menggugurkan sanad riwayat-riwayat tafsir
dengan tujuan memudahkan penuntut ilmu tafsir. Mereka menyebut semua riwayat
tanpa mengambil kira riwayat yang sohih dan daif. Oleh kerana riwayat-riwayat tersebut
ditulis tanpa sanad maka sukar sekali untuk menilai riwayat tersebut dan membezakan
antara riwayat yang sohih dan daif. Para pentafsir pada peringkat ini menyebut pelbagai
pandangan yang ma’thur dari sahabat atau tabiin atau tabi;tabiin sehinggakan ada
diantara riwayat tersebut bertentangan antara satu sama lain.
Antara tafsir yang menjadi contoh kepada peringkat ini ialah tafsir Bahr al-Ulum oleh al-
Samarqandi, al-Kashf wa al-Bayan An Tafsir Al-Quran karya Abu Ishaq al-Tha’labi, Tafsir
Bahr al-Muhit karangan Abu Hayyan, Al-Durr al-Manthur fi Tafsir bil Ma’thur hasil
tangan al-Sayuti , Tafsir al-Quran al-Azim hasil garapan Ibn Kathir al-Dimashqi dan Fath
al-Qadir tinggalan al-Shawkani

SYARAT-SYARAT TAFSIR BIL MA’THUR

Tafsir bil Ma’thur memerlukan kepada beberapa syarat.Antaraynya ialah:


 Mempunyai ilmu yang cukup mengenai sunnah
 Mengetahui sunnah yang berkaitan dengan tafsir,juga mengenai kata-kata para sahabat
dan tabi’en
 Mampu untuk mengumpul dan menyatukan riwayat-riwayat yang bercanggah
 Mengetahui tentang asbab al-Nuzul dan nasakh mansukh
 Tidak bersandar kepada riwayat Israiliyyat

SUMBER TAFSIR BIL MA’THUR


Tafsir bil Ma’thur bersumberkan kepada beberapa sumber iaitu tafsir al-Quran dengan al-
Quran,tafsir al-Quran dengan hadis Rasulullah s.a.w,pendapat dan ijtihad para sahabat dan
Tabi’in.
a) Pertama:Tafsir al-Quran dengan al-Quran
Bentuk tafsir seumpama ini adalah yang terbaik dan paling mulia.Hal ini kerana tidak
ada seorang pun yang lebih mengetahui kalam Allah selain daripada Allah. Justeru
itu,Ibn Kathir telah menyatakan bahawa sekiranya ada orang bertanya tentang kaedah
yang terbaik untuk mentafsir,maka jawapannya ialah Al-Quran itu sendiri.
“ Sekiranya ada orang bertanya, apakah jalan terbaik mentafsir, maka jawapannya
ialah al-Quran itu sendiri.”
Mentafsir ayat al-Quran dengan al-Quran dapat dilihat dari pelbagai sudut. Antaranya
ialah:

i. Pentafsiran terhadap ayat-ayat ringkas


Terdapat ayat yang ringkas di dalam al-Quran, namun telah ditafsirkan dengan
lebih jelas dan lengkap pada ayat yang lain.Contohnya firman Allah dalam surah
al-Fatihah:

]4-1[‌‫ك يَوْ ِم الدِّي ِن‬


ِ ِ‫َمل‬
Maksudnya:“Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)”

Perkataan ‫ الدين م يو‬ditafsirkan dengan firman Allah dalam surah Al-Infitar ayat
17-19:

‫] يَ((وْ َم اَل‬18-82[‌‫] ثُ َّم َم((ا أَ ْد َراكَ َم((ا يَ((وْ ُم ال (دِّي ِن‬17-82[‌‫ِّين‬ ِ ‫ك َما يَوْ ُم ال (د‬ َ ‫َو َما أَ ْد َرا‬
]19-82[‌ِ ‫س َش ْيئًا َواأْل َ ْم ُر يَوْ َمئِ ٍذ هَّلِل‬
ٍ ‫ك نَ ْفسٌ لِّنَ ْف‬ ُ ِ‫تَ ْمل‬

Maksudnya:“Dan mereka (sentiasa berada Dalam azab seksanya), tidak ghaib


daripadanya. dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari
Pembalasan itu? sekali lagi, apa jalannya Engkau dapat mengetahui kedahsyatan
hari Pembalasan itu? (hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan
pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan Segala urusan pada hari itu
tertentu bagi Allah.”

ii. Pentafsiran secara lebih jelas terhadap ayat yang berbentuk


menyeluruh(mujmal)

Dimaksudkan dengan ayat yang berbentuk menyeluruh ialah sesuatu yang tidak
jelas dalilnya.Contohnya ialah firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 187:

‫ُوا َحتَّى يَتَبَيَّنَ لَ ُك ُم ْالخَ ْيطُ األَ ْبيَضُ ِمنَ ْالخَ ي ِْط األَ ْس َو ِد ِمنَ ْالفَجْ ِر‬
ْ ‫وا َوا ْش َرب‬
ْ ُ‫‌ َو ُكل‬

Maksudnya; “dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu


benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), Iaitu waktu
fajar.”
Perkataan fajar telah menerangkan maksud perkataan benang putih dan benang
hitam.

iii. Pentafsiran dengan mengkhususkan ayat-ayat yang umum.


Contohnya ialah firman Allah:

]225-26[‌ َ‫] أَلَ ْم ت ََر أَنَّهُ ْم فِي ُك ِّل َوا ٍد يَ ِهي ُمون‬224-26[‌ َ‫َوال ُّش َع َرا ُء يَتَّبِ ُعهُ ُم ْالغَاوُون‬
]226-26[‌ َ‫َوأَنَّهُ ْم يَقُولُونَ َما اَل يَ ْف َعلُون‬
Maksudnya:. “dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan Yang sesat - tidak
berketentuan hala.tidakkah Engkau melihat Bahawa mereka merayau-rayau
Dengan tidak berketentuan hala Dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-
angan kosong)?dan Bahawa mereka memperkatakan apa Yang mereka tidak
melakukannya?”
(Al-Syuara’:224-226)

Ayat umum di atas telah dikhususkan dengan pengecualian terhadap penyair-


penyair yang beriman seperti firman Allah dalam surah al-Syuara’ ayat 227:

َ َ‫ت َو َذ َكرُوا هَّللا َ َكثِيرًا َوانت‬


‫صرُوا ِمن بَ ْع ِد َم((ا ظُلِ ُم((وا‬ ِ ‫إِاَّل الَّ ِذينَ آ َمنُوا َو َع ِملُوا الصَّالِ َحا‬
]227-26[‌ َ‫ب يَنقَلِبُون‬ َّ َ‫َو َسيَ ْعلَ ُم الَّ ِذينَ ظَلَ ُموا أ‬
ٍ َ‫ي ُمنقَل‬
Maksudnya: “Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh (dari
kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-
banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. dan (ingatlah),
orang-orang Yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke

tempat mana, mereka akan kembali.”

iv. Pentafsiran melalui ketentuan ikatan terhadap sesuatu ayat yang mutlak

Contohnya ialah berhubung dengan hukm darah yang diharamkan di dalam


islam.Terdapat tiga ayat al-Quran yang menunjukkan darah itu secara mutlak iaitu
ayat 173 surah al-Baqarah,ayat 3 surah al-Ma’idah dan ayat 115 surah al-
Nahl.Firman Allah:

... ِ ‫ير َو َما أُ ِه َّل بِ ِه لِ َغي ِْر هّللا‬ ِ ‫إِنَّ َما َح َّر َم َعلَ ْي ُك ُم ْال َم ْيتَةَ َوال َّد َم َولَحْ َم ْال ِخ‬
ِ ‫نز‬
(Surah al-Baqarah ayat 173)
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu
memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang
disembelih tidak kerana Allah..”

Darah yang telah disebut secara mutlak dalam ayat ini dikaitkan dengan darah
yang mengalir (al-masfuh) dalam ayat yang lain.Firman Allah:

ْ َ‫اع ٍم ي‬
‫ط َع ُمهُ إِالَّ أَن يَ ُكونَ َم ْيتَةً أَوْ َد ًما‬ ِ َ‫ي ُم َح َّر ًما َعلَى ط‬ َّ َ‫قُل الَّ أَ ِج ُد فِي َما أُوْ ِح َي إِل‬
…‫ير فَإِنَّهُ ِرجْ سٌ أَوْ فِ ْسقًا أُ ِه َّل لِ َغي ِْر هّللا ِ بِ ِه‬
ٍ ‫نز‬ِ ‫َّم ْسفُوحًا أَوْ لَحْ َم ِخ‬
Maksudnya: “ Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak dapati Dalam apa
Yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu Yang diharamkan bagi orang Yang
hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah Yang
mengalir, atau daging babi - kerana Sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu
Yang dilakukan secara fasik, Iaitu binatang Yang disembelih atas nama Yang lain
dari Allah…”
(Al-An’am:145)
v. Pentafsiran melalui ayat-ayat nasakh
Contohnya ialah firman Allah:

‫صيَّةً أِّل َ ْز َوا ِج ِهم َّمتَاعًا إِلَى ْال َحوْ ِل َغ ْي َر‬


ِ ‫َوالَّ ِذينَ يُتَ َوفَّوْ نَ ِمن ُك ْم َويَ َذرُونَ أَ ْز َواجًا َو‬
ٍ ‫َاح َعلَ ْي ُك ْم فِي َما فَ َع ْلنَ فِ َي أَنفُ ِس ِه َّن ِمن َّم ْعر‬
ُ ‫ُوف َوهّللا‬ َ ‫اج فَإ ِ ْن خ ََرجْ نَ فَالَ ُجن‬ ٍ ‫إِ ْخ َر‬
]240-2[‌‫َزي ٌز َح ِكي ٌم‬
ِ ‫ع‬
Maksudnya: “Dan orang-orang Yang (hampir) mati di antara kamu serta
meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, Iaitu diberi
nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya,
Dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. kemudian jika mereka
keluar (dari tempat tinggalnya Dengan kehendakNya sendiri) maka tidaklah
kamu bersalah (Wahai wali waris si mati) mengenai apa Yang mereka (isteri-
isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara Yang patut Yang tidak dilarang
Syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(Al-Baqarah:240)

Ayat di atas menerangkan tentang edah wanita yang kematian suami iaitu
setahun lamanya. Kemudian ayat ini dimansukh atau diganti dengan ayat yang
lain yang mengatakan bahawa edahnya ialah empat bulan 10 hari,sebagaimana
firman Allah:

…‫َوالَّ ِذينَ يُتَ َوفَّوْ نَ ِمن ُك ْم َويَ َذرُونَ أَ ْز َواجًا يَتَ َربَّصْ نَ بِأَنفُ ِس ِه َّن أَرْ بَ َعةَ أَ ْشه ٍُر َو َع ْشرًا‬
Maksudnya: “Dan orang-orang Yang meninggal dunia di antara kamu, sedang
mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka
(beridah) selama empat bulan sepuluh hari...”
(al-Baqarah:234)

vi. Pentafsiran dengan cara menyesuaikan antara perkara yang dilihat secara
zahirnya bertentangan di antara satu sama lain
Contohnya ialah ayat-ayat yang menyatakan tentang penciptaan Nabi Adam
yang pada zahirnya seolah bertentangan.Ayat-ayat tersebut adalah seperti yang
berikut:

ٍ ‫إِ َّن َمثَ َل ِعي َسى ِعن َد هّللا ِ َك َمثَ ِل آ َد َم خَ لَقَهُ ِمن تُ َرا‬
ُ ‫ب ثِ َّم قَا َل لَهُ ُكن فَيَ ُك‬
]59-3[‌‫ون‬

Maksudnya: “Sesungguhnya Perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah


adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari
tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia.”
(Al-Imran:59)

Dinyatakan di dalam ayat di atas bahawa Nabi Adam diciptakan daripada tanah.
Manakala dalam ayat yang lain pula,dinyatakan bahawa Nabi Adam diciptakan
daripada tanah yang becampur air (‫ )طين‬seperti dalam ayat berikut:

ٍ َّ‫ال أَنَاْ خَ ْي ٌر ِّم ْنهُ َخلَ ْقتَنِي ِمن ن‬


‌‫ار َو َخلَ ْقتَهُ ِمن ِطي ٍن‬ َ َ‫ال َما َمنَ َعكَ أَالَّ تَ ْس ُج َد إِ ْذ أَ َمرْ تُكَ ق‬
َ َ‫ق‬
Maksudnya: “Allah berfirman: "Apakah penghalangnya Yang menyekatmu
daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik
daripada Adam, Engkau (Wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang Dia Engkau
jadikan dari tanah."
(Al-A’raf:12)

Seterusnya,Allah menjelaskan bahawa Nabi Adam diciptakan daripada tanah

hitam yang liat (‫ )حماء‬yang boleh dibentuk sebagaimana firman Allah:


]28-15[‌‫ال ِّم ْن َح َمإ ٍ َّم ْسنُو ٍن‬
ٍ ‫ص‬َ ‫ص ْل‬ ٌ ِ‫ك لِ ْل َمالَئِ َك ِة إِنِّي خَ ال‬
َ ‫ق بَ َشرًا ِّمن‬ َ َ‫َوإِ ْذ ق‬
َ ُّ‫ال َرب‬
Maksudnya: “Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada
malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat Yang
kering, Yang berasal dari tanah kental Yang berubah warna dan baunya.”
(Al-Hijr:28)

Seterusnya Nabi Adam juga dijadikan daripada tanah kering sehingga


terbentuknya satu lembaga,seperti firman Allah dalam surah ar-Rahman ayat 14:

ِ ‫صا ٍل َك ْالفَ َّخ‬


]14-55[‌‫ار‬ َ ‫ص ْل‬
َ ‫ق اإْل ِ ن َسانَ ِمن‬
َ َ‫َخل‬
Maksudnya: “Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering
seperti tembikar”
Justeru,daripada beberapa ayat al-Quran diatas yang membincangkan tentang
penciptaan Adam a.s,dapat disimpulkan bahawa kejadian Adam adalah menerusi
beberapa peribgkat iaitu:

 Bermula daripada tanah (‫تراب‬ )


 Kemudian diikuti dengan tanah yang bercampur air (‫)طين‬

 Peringkat ketiga adalah daripada tanah hitam yang liat yang boleh dibentuk (
‫)حماء‬
 Seterusnya peringkat terbentuknya kejadian Adam ialah (‫ )صلصل‬iaitu tanah
kering seperti tembikar.
 Bentuk terakhir ialah ditiupkan roh.

b) Kedua:Tafsir Al-Quran dengan As-sunnah


Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia yang paling layak untuk mentafsir al-Quran.Hal
ini adalah kerana al-Quran itu sendiri telah diturunkan kepada Nabi Muhammad
s.a.w,justeru Nabi lah orang yang paling memahami al-Quran.Sehubungan dengan
itu,para sahabat apabila menghadapai sebarang kemusykilan mengenai al-Quran akan
terus merujuk kepada Nabi s.a.w bagi memahami ayat tersebut.

Contoh tafsir al-Quran dengan al-sunnah (al-Hadith):

]82-6[‌ َ‫ُوا إِي َمانَهُم بِظُ ْل ٍم أُوْ لَئِكَ لَهُ ُم األَ ْم ُن َوهُم ُّم ْهتَ ُدون‬
ْ ‫وا َولَ ْم يَ ْلبِس‬
ْ ُ‫الَّ ِذينَ آ َمن‬

Maksudnya: “Orang-orang Yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka
Dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang Yang mendapat keamanan dan
merekalah orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.”
(Al-An’am:82)
Maksud ‘zulm’ (kezaliman) di dalam ayat di atas bukanlah merujuk kepada sebarang
kezaliman,akan tetapi ia ditafsirkan sebagai perbuatan yang syirik berdasarkan kepada
hadis Nabi s.a.w yang menyatakan sedemikan.

c) Ketiga:Tafsir al-Quran dengan pendapat dan Ijtihad Sahabat


Memandangkan para sahabt merupakan golongan yang sentiasa bersama Rasululah dan
mendapat penerangan tentang al-Quran secara langsung daripada Nabi s.a.w,maka
sewajarnya pandangan serta ijtihad mereka mengenai tafsiran al-Quran diterima.
Contohnya ialah firman Allah:

‫ض َكانَتَا َر ْتقًا فَفَتَ ْقنَاهُ َما َو َج َع ْلنَا ِمنَ ْال َما ِء ُك َّل‬
َ ْ‫ت َواأْل َر‬ َ ‫أَ َولَ ْم يَ َر الَّ ِذينَ َكفَرُوا أَ َّن ال َّس َم‬
ِ ‫اوا‬
]30-21[‌ َ‫َش ْي ٍء َح ٍّي أَفَاَل ي ُْؤ ِمنُون‬
Maksudnya: “Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai Bahawa
Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang
satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda
Yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman?”
(al-anbiya’:30)

“Ibn Abbas mentafsirkan “langit yang padu”ialah langit yang tiada hujan,manakala “bumi
yang padu” ialah bumi yang tiada tumbuhan.Manakala “lalu Allah pecahkan
keduanya”,ditafsirkan sebagai turunnya hujan dan tumbuhnya tumbuhan.
d) Keempat:Tafsir al-Quran dengan Pendapat Tabi’in
Para ulama tidak bersependapat mengenai tafsiran melaui pendapat Tabi’in.Sebahagian
ulama berpendapat bahawa tafsir mereka termasuk dalam kategori tafsir bi-al
Ma’thur.Manakala sebahagian ulama yang lain menyatakan bahawa pendapat Tabi’in
termasuk dalam kategori Tafsir bi al-Ra’yi

Contoh tafsir al-Quran menurut pendapat Tabi’in ialah firman Allah:

َ ‫ك َح َّتى َيأْ ِت َي‬


]99-15[‌ ُ‫ك ْال َيقِين‬ َ ‫َواعْ ب ُْد َر َّب‬
Maksudnya: “Dan Sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara Yang
tetap) yakin.”
(al-Hijr:99)
Mujahid seperti yang telah diriwayatkan oleh Ibn Jarir ,Ibnu Munzir dan Ibn Abi Hatim
dalam mentafsir “al-yaqin” pada ayat di atas telah menyatakan bahawa ia bermaksud
“al-maut”(kematian).

TAFSIR BI AL-RA’YI

Tafsir bi al-Ra’yi ialah tafsir yang menggunakan akal fikiran untuk berijtihad mencari sesuatu
maksud ayat al-Quran al-Karim. Ahli tafsir bi al-Ra’yi menggunakan seluruh ilmu yang dikuasai
tanpa terikat kepada penjelasan para sahabat atau tabi’in. Mereka berpandukan kepada ilmu
pengetahuan yang mantap dalam bahasa Arab dan ilmu yang berkaitan dengan asas-asas agama
yang lain seperti usul fiqh,ilmu Hadis dan sebagainya. Tafsir bi al-Ra’yi terbahagi kepada dua
iaitu: mahmud dan mazmum.

Tafsir Mahmud:Tafsir Mahmud bermaksud tafsir yang baik dan terpuji iaitu tafsir yang
bertepatan dengan syarak,tidak terdapat unsur-unsur penyelewengan dan ianya selari dengan
tatabahasa Arab dan kaedah syarak.
Tafsir Mazmum:Tafsir Mazmum bermaksud tafsir yang buruk dan keji iaitu tafsir yang tidak
berdasarkan ilmu,sebaliknya mengikuti hawa nafsu,tanpa merujuk kepada kaeda-kaedah bahasa
atau syari’ah atau menafsirkan ayat al-Quran berasaskan aliran pemikiran (mazhab) yang sesat dan
Tafsir bi al-Ra’yi berkembang pada zaman Bani ‘Abbasiyah seiring dengan berkembangnya ilmu
bid’ah.
pengetahuan pada masa itu.Tafsir ini menggalakkan peranan ijtihad berbanding dengan
penggunaan tafsir bi al-Ma’thur.Dengan bantuan ilmu-ilmu bahasa Arab,ilmu qiraah,ilmu-ilmu
al-Qur’an,hadis dan ilmu Ulum Hadis,usul fiqh dan ilmu-ilmu lain ,seorang ahli tafsir akan
menggunakan kemampuan ijtihadnya untuk menerangkan maksud ayat dan
mengembangkannya lagi dengan bantuan perkembangan ilmu-ilmu pengetahuan yang ada.

Syarat Tafsir Bi al-Ra’y

Imam al-Zarkasyi menjelaskan di dalam Kitabnya al-Burhan Fi ‘Ulum al-Quran bahawa terdapat
empat perkara yang perlu dijadikan sebagai asas sandaran ahli tafsir dalam mentafsir ayat al-
Quran al-Karim iaitu:
 Pertama:Dinaqhalkan daripada Rasulullah s.a.w dengan bersikap waspada terhadap
hadis dha’if dan maudhu’
 Kedua:Mengambil riwayat yang sahih daripada para sahabat Rasulullah s.a.w dan tabi’in
 Ketiga:Berpegang dengan Bahasa Arab secara total kerana al-Quran diturunkan dalam
bahsa arab yang fasih
 Keempat:Berpegang dengan makna yang sesuai dengan pertuturan Arab yang disokong
oleh asas-asas syariat Islam.

Kedudukan Tafsir bi al-Ra’yi

Para ulama telah berselisih pendapat mengenai persoalan ini. Terdapat dua golongan ulama’
yang bertentangan pendapat:
 Satu golongan berpendapat tidak wajar mentafsirkan al-Quran dengan pendapat atau
ijtihad. Bagi mereaka al-Quran hanya perlu ditafsirkan dengan sumber yang ma’thur
sahaja yang diterima.
 Sementara golongan lain pula berpendapat  harus mentafsirkan al-Quran dengan
pendapat atau ijtihad. Ia tidak bermakna mengenepikan sumber-sumber yang
terdahulu  yang lebih baik dan sahih, malah ini adalah pilihan terakhir setelah sumber-
sumber asli tidak dapat diperolehi.
Contoh tafsir Mazmum
Firman Allah:

َ َ‫َو َمن َكانَ فِي هَ ِذ ِه أَ ْع َمى فَهُ َو فِي اآل ِخ َر ِة أَ ْع َمى َوأ‬
]72-17[‌ً‫ضلُّ َسبِيال‬
Maksudnya: “Dan (sebaliknya) sesiapa Yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta
(matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalanNya”
(Al-Isra’:72)

Terdapat penafsiran yang salah terhadap ayat di atas dengan mentafsirkan perkataan “Imam”
dengan maksud “ummahat” iaitu ibu-ibu yang memberi pengertian “(Ingatlah) hari kami
menyeru tiap-tipa kumpulan manusia dengan nama ibu-ibu mereka” Golongan yang
mentafsirkan sedemikian menyangka bahawa perkataan “imam” di dalam ayat tersebut adalah
kata jamak bagi kata nama mufrad “umm” sedangkan sebenarnya kata jamak bagi kata mufrad
“umm” ialah “ummahat”.Pentafsiran seperti ini ditiolak sama sekali kerana tidak mengikut
kaedah bahasa arab yang tepat dan bertentangan dengan prinsip asas syariat Islam.Pentafsiran
yang betul ialah perkataan “imam” member maksud pemimpin iaitu nabi yang menjadi
pemimpin kepada sesuatu ummat.

Ahli-ahli Tafsir Bi al-Ra’y  yang terkenal:

1. Imam al-Baydawi dan tafsirnya  Anwar al-Tanzil  wa Asrar al-Ta’wil


Beliau ialah al-Qadi Nasir al-Din Abu al-Khayr Abdullah bin Umar bin Muhammad bin Ali al-
Baydawi, al-Syirazi, al-Farisi, al-Syafie. Dilahirkan di Bandar al-Bayda’ yang terletak di Syiraz
tetapi tarikh lahirnya tidak diketahui. Beliau datang dari keluarga yang alim kerana kedua-dua
bapa dan datuknya merupakan orang alim dan kadi. Para ulama berselisih tentang waktu
kematian al-Baydawi dan menurut Ibn Hubayb beliau meninggal pada tahun 685H semasa
berusia 100 tahun.
Beliau menghasilkan penulisan dalam pelbagai bidang seperti fiqh, usul fiqh, Usuluddin
dan bilangan karya mencapai 21 buah buku. Antara karyanya yang terkenal ialah tafsir Anwar al-
Tanzil, al-Ghayah al-Quswa fi Dirayah al-Fatwa tentang fiqh mazhab syafie, Minhaj al-Wusul
Ila  Ilm al-Wusul ringkasan kepada kitab al-Mahsul karangan al-Razi tentang usul fiqh dan Tawali
al-Anwar tentang akidah.
Tafsir al-Baydawi:
Beliau mengarang tafsirnya semasa beliau menetap di Bandar Tibriz, satu dari Bandar di Parsi di
penghujung usianya. Tafsirnya Anwar al-Tanzil  wa Asrar al-Ta’wil mendapat tempat dikalangan
generasi selepasnya seperti yang disebut oleh Haji Khalifah dalam kitabnya “ Kashf al-Zunun An
Asami al-Kutub wa al-Funun”
“ Tafsir al-Baydawi kitab yang hebat dari segi kedudukannya, tidak perlu dijelaskan lagi, beliau
telah mengambil intisari dari kitab al-Kashhaf berkaitan fleksi(I’rab), ilmu al-Maani dan Ilmu al-
Bayan, dari tafsir al-Kabir berhubung hikmah-hikmah dan ilmu kalam, dan dari tafsir al-
Raghib(Jami’ al-Tafasir) berhubung derivasi(istiqaq), kesamaran dan rahsia…selain beliau
mengemukan pandangan-pandangan yang sendiri…”
Pengaruh tafsir al-Baydawi sangat jelas melalui syarah dan Hashiyah yang bilangan mencecah
empat puluh mengikut perkiraan Haji Khalifah dalam  Kashf al-Zunun, tujuh puluh mengikut
perkiraan Ismail al-Baghadadi dan 83 mengikut perkiraan orientalis Brokelmen . Antara yang
masyhur ialah:
(a)Hashiyah Jalal al-Din al-Sayuti “ Nawahid al-Abkar wa Shawahid al-Afkar”
(b)Hashiyah al-Kazruni Abu al-Fadl Al-Qurashy al-Sadiqi al-Khatib(m940H)
(c) Hashiyah al-Qunuwy; Muhammad bin Mustafa(m951H)
(d) Hashiyah Abd al-Hakim al-Siyalkuti al-Lahuri(m1060H)
(e) Hashiyah Shihabuddin al-Khafaji(m1069H) 

2. Imam al-Nasafi dan tafsirnya Madarik al-Tanzil wa Haqaiq al-Tafsir


Beliau ialah Abu al-Barakat Abdullah bin Ahmad bin Mahmud al-Nasafi. Digelar al-Nasafi
merujuk kepada Nasaf yang terletak di wilayah Samarqand.Tidak diketahui tahun lahirnya dan
meninggal pada 710H mengikut pandangan yang rajih. Beliau meninggalkan lebih 15 karya
seperti Umdah al-Aqaid dalam aqidah yang terkenal dengan al-Aqaid al-Nasafiyah, Manar al-
Anwar dalam usul fiqh dan tafsirnya.
Tafsir al-Nasafi
Al-Nasafi menjelaskan  objektif penulisan tafsirnya:
“Saya telah diminta oleh pihak yang  berkuasa(sultan) menulis kitab yang sederhana berkaitan
ta’wil al-Quran, yang menghimpunkan pandangan tentang bentuk-bentuk fleksi(I’rab), dan
qiraat,  mengandungi perbahasan tentang ilmu badi, al-Maani dan al-Bayan, berisi dengan
pandangan ahli sunnah dan jauh dari pandangan batil, tafsir yang tidak panjang yang
menjemukan dan tidak pendek yang tidak sampai maksudnya.”
Beliau telah menyelesaikan tafsirannya dalam masa  yang singkat seperti yang dinyatakan di
muqaddimah tafsir Madarik al-Tanzil.
Antara sumber tafsir al-Nasafi ialah
 Tafsir al-Khashaff dan tafsir al-Nasafi merupakan ringkasan kepada tafsir ini dengan
menggugurkan pandangan muktazilah
 Tafsir al-Baydawi: al-Nasafi sezaman dengan al-Baydawi kerana beliau meninggal 25
tahun
sebelum al-Nasafi
 Tafsir “al-Kashf wa al-Bayan’ karya Abu Ishaq al-Tha’labi
 Tafsir Syarh Ta’wilat Ahl al-Sunnah karangan Abu Mansur al-Maturudi.

Metodologi:
Menurut Dr.al-Dhahabi, al-Nasafi dalam tafsirnya menggunakan Qiraat  Tujuh, dan
membincangkan serba sedikit berkaitan permasalahan nahu. Dalam masalah fiqh pula  beliau
mentarjihkan mazhab Hanafi, dalam persoalan aqidah beliau mendukung pandangan ahli
sunnah dan menolak pandangan aliran yang menyeleweng, beliau tidak banyak menyebut
riwayat Israiliyyat dan alangkah baik sekiranya beliau tidak menyebutnya.”
3.Burhan al-Din al-Biqai dan tafsirnya Nazm al-Durar
Biografi:
Beliau ialah Burha:n al-Di:n Abu: al-Hasan Ibra:hi:m bin ،Umar bin Hassan al-Ruba:t. Beliau
merupakan anak kelahiran Kg. Hirbah Duha:, Lubnan pada tahun 809H. Semasa berusia 12
tahun, beliau berpindah bersama keluarganya ke Damsyik pada tahun 821H. al-Biqa:  ،i: menadah
ilmu dengan beberapa tokoh ilmuan pada waktu itu seperti Ibn al-Jaza:ri: dalam disiplin ilmu
Qiraah, Ta:j al-Di:n bin Baha:dir dalam ilmu fekah, al-Qayati dalam ilmu feqah, usul fiqh, nahu,
balaghah. Beliau turut membaca dengan gurunya ini tafsir al-Kashsha:f. Dalam ilmu hadith pula
beliau menuntut ilmu dengan tokoh hadith Ibn  Hajar al-،Asqa:la:ni: dan Ibn Na:sir al-Di:n al-
Dimashqi:. Beliau telah mengembara kebeberapa tempat dalam usaha pencarian ilmu seperti
Baitul Maqdis, Kaherah, Dimyat, Mekah, Taif, Madinah dan Halab. Selain menjadi tokoh dalam
pelbagai disiplin ilmu, al-Biqa: ،i: tidak  ketinggalan dalam menyertai beberapa siri peperangan.
al-Biqa: ،i: meninggal dunia pada 18 Rejab tahun 885H ketika berusia 76 tahun. Beliau
meninggalkan lebih dari tujuh puluh karya dalam pelbagai disiplin ilmu.

Bentuk-bentuk kesalahan dalam tafsir


 Salah dari segi matlamat dan tujuan seperti pandangan orang bukan Islam terhadap al-
Quran.
 Salah dalam metodologi memahami al-Quran seperti tafsiran mazhab-mazhab yang
menyeleweng
 Salah dalam mentafsirkan aspek kecil yang berlaku dikalangan mufassir ahli sunnah wa
al-Jamaah.

Penyelewengan dan kesilapan dapat dilihat seperti berikut:

1. Salah dari segi menjadikan dalil tetapi pegangannya adalah betul. Pentafsir menerima
makna asal ayat tetapi pentafsir memberikan tafsiran tambahan kepada ayat tersebut

Contohnya tafsir ayat 66 surah al-Nisa oleh Abu Abdul Rahman al-Sulami.
ْ ُ‫ار ُكم َّما فَ َعلُوهُ إِالَّ قَلِي ٌل ِّم ْنهُ ْم َولَوْ أَنَّهُ ْم فَ َعل‬
‫وا‬ ْ ‫اخ ُرج‬
ِ َ‫ُوا ِمن ِدي‬ ْ ‫وا أَنفُ َس ُك ْم أَ ِو‬ ْ ُ‫َولَوْ أَنَّا َكتَ ْبنَا َعلَ ْي ِه ْم أَ ِن ا ْقتُل‬
]66-4[‌‫َما يُو َعظُونَ بِ ِه لَ َكانَ خَ ْيرًا لَّهُ ْم َوأَ َش َّد ت َْثبِيتًا‬
Maksudnya: “Dan Sesungguhnya kalau kami perintahkan kepada mereka: “Bunuhlah
dirimuatau keluarlah kamu dari kampungmu”, niscaya mereka tidak akan melakukannya kecuali
sebagian kecil dari mereka. dan Sesungguhnya kalau mereka melaksanakan pelajaran yang
diberikan kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih
menguatkan (iman mereka)”

Beliau mentafsirkan “Bunuhlah dirimu” dengan melawan hawa nafsu dan “keluarlah dari
kampungmu” dengan keluarkan perasaan cinta dunia dari hatimu.
Makna  yang diberikan oleh Abu Abdul Rahman al-Sulami adalah betul iaiatu kewajipan
melawan hawa nafsu dan mengeluarkan dunia dari hati tetapi menjadikan ayat sebagai dalil
adalah salah kerana perkataan Bunuhlah dirimu adalah makna yang sebenar iaitu bunuh dengan
makna mengeluarkan roh  dari badan dan keluar dari kampung adalah keluar dengan fizikal.
2. Salah dari segi menjadikan dalil tetapi pegangannya adalah betul. Bentuk kedua berbeza
dari pertama kerana pentafsir menafikan makna asal ayat dan  menjadikan ayat sebagai
dalil yang menyokong pandangannya. Dengan ini pentafsir telah melakukan dua kesalahan.

Pertama: Meninggalkan makna ayat yang betul.


Kedua:Mentafsirkan ayat dengan makna yang salah

Contohnya tafsiran  Sahl bin Abdullah al-Tasturi tentang ayat 35 surah al-Baqarah. Firman Allah:

ُ ‫ك ْال َجنَّةَ َو ُكالَ ِم ْنهَا َرغَداً َحي‬


‫ْث ِش ْئتُ َما َوالَ تَ ْق َربَا هَ ِذ ِه ال َّش َج َرةَ فَتَ ُكونَا‬ َ ‫َوقُ ْلنَا يَا آ َد ُم ا ْس ُك ْن أَنتَ َو َزوْ ُج‬
]35-2[‌ َ‫ِمنَ ْالظَّالِ ِمين‬
Maksudnya: ” Dan kami berfirman: “Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu surga ini, dan
makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan
janganlah kamu dekati pohon ini[37], yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang
zalim ”
[37]  pohon yang dilarang Allah mendekatinya tidak dapat dipastikan, sebab Al Quran dan Hadist
tidak menerangkannya. ada yang menamakan pohon khuldi sebagaimana tersebut dalam surat
Thaha ayat 120, tapi itu adalah nama yang diberikan syaitan.
Menurut Sahl makan dalam ayat ini bukan makan yang sebenarnya dan mentafsirkannya
dengan memberikan penumpuan kepada selain Allah.

3. Tafsiran yang dari segi pegangan salah dan dalilnya salah seperti tafsiran Ibnu Arabi
terhadap ayat 8 surah al-Muzammil

َ ‫َو ْاذ ُك ِر اسْ َم َرب‬


]8-73[‌ ‫ِّك َو َت َب َّت ْل إِ َل ْي ِه َت ْبتِياًل‬

Maksudnya: ”Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh


ketekunan”

Ibnu  Arabi mentafsirkan sebutlah nama Tuhanmu iaitu diri kamu sendiri atau kenalilah diri anda
janganlah lupa nanti Allah akan lupakan kamu.
Ibnu Arabi  dalam tafsiran ini menyokong fahaman yang dipegangnya iaitu wehdah al-Wujud
iaiatu  tuhan dan manusia benda yang sama, nama tuhanmu ditafsirkan dengan diri
manusia(kamu), jelas sekali kesesatan  dan kebatilan tafsiran ini.
TAFSIR ISYARI/SUFI

Menurut ahli,setiap ayat mempunyai makna yang zahir dan batin.Yang zahir adalah yang segera
mudah mudah difahami oleh akal fikiran,sedangkan yang batin adalah yang merupakan isyarat-
isyarat yang tersembunyi di sebaliknya itu yang hanya diketahui oleh ahlinya.

Menurut al-Zahabi,tafsir sufi atau Isyari bermaksud mentakwilkan ayat-ayat al-Quran dengan
tidak berpandukan kepada kenyataan-kenyataan zahir ayat,disebabkan terdapat tanda-tanda
tersembunyi yang hanya diketahui oleh ahli tasawwuf dan pentakwilan ini mempunyai titik
pertemuan dengan maksud zahir ayat.

Syarat Penerimaan Tafsir Sufi/Isyari

Semua tafsir Isyari tidak boleh diterima begitu sahaja,akan tetapi ia hendaklah memenuhi
syarat-syarat yang tidak boleh ditinggalkan oleh para mufassir.Syarat-syarat tersebut adalah
seperti yang berikut:
 Pentafsiran Isyari / Sufi ini tidak bercanggah dengan makna ayat yang zahir
 Pentafsiran tersebut perlu disokong dengan bukti-bukti syarak yang benar
 Tidak bertentangan dengan syariat dan akal
 Hendaklah dimulakan dengan penafisran terhadap makna zahir terlebih dahulu dan
kemudian barulah didatangkan kemungkinan adanya makna lain selain makna zahir
 Pentakwilan yang dibuat tidak terlalu asing
 Seseorang mufassir tidak boleh mendakwa bahawa Ta’sir SufiIsyari sahaja yang tepat

Contoh penafsiran secara Isyari

]22-2[‌ َ‫وا هّلِل ِ أَندَاداً َوأَنتُ ْم تَ ْعلَ ُمون‬


ْ ُ‫فَالَ تَجْ َعل‬..
Maksudnya: “.. maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu
semua mengetahui”(bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)
(Al-Baqarah:22)

Al-Tastary mentafsirkan perkataan (‫ )اندادا‬yang bermaksud ‘sekutu’ sebagai nafsu amarah yang

jelek.Jadi maksud (‫)اندادا‬ di sini bukan hanya merujuk kepada patung-patung berhala,syaitan
atau jiwa sahaja,akan tetapi nafsu amarah yang sering dijadikan tuhan ole manusia juga
merupakan apa yang dimaksudkan daripada ayat tersebut,kerana manusia selalu
menyekutukan tuhannya dengan selalu menjadi hamba bagi nafsu amarahnya.

Mentafsirkan ayat-ayat al-Quran dengan melihat isyarat yang ada di dalamnya telah banyak
dilakukan oleh para sahabat Nabi,di antaranya pentafsiran Isyari sahabat iaitu ketika turunnya
ayat daripada surah al-Nasr yang berbunyi:

ْ‫] فَ َسبِّح‬2-110[‌‫ين هَّللا ِ أَ ْف َواجًا‬ َ َّ‫] َو َرأَيْتَ الن‬1-110[‌‫إِ َذا َجاء نَصْ ُر هَّللا ِ َو ْالفَ ْت ُح‬
ِ ‫اس يَ ْد ُخلُونَ فِي ِد‬
]3-110[‌‫بِ َح ْم ِد َربِّكَ َوا ْستَ ْغفِرْ هُ إِنَّهُ َكانَ تَ َّوابًا‬
Maksudnya: “Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa Engkau Wahai
Muhammad berjaya Menguasai negeri Makkah),. dan Engkau melihat manusia masuk Dalam
ugama Allah beramai-ramai, -maka Ucapkanlah tasbih Dengan memuji Tuhanmu dan mintalah
ampun kepadaNya, Sesungguhnya Dia amat menerima taubat.”
(Al-Nasr:1-3)
Di antara para sahabat,ada yang memberikan pentafsiran ayat tersebut memerintahkan kepada
mereka untuk bersyukur kepada Allah dan meminta keampunannya.Akan tetapi berbeza
dengan Ibn Abbas yang mengatakan bahawa ayat tersebut adalah sebagai tanda hampirnya ajal
Rasulullah s.a.w
‫~‬ ‫~ وهللا تعالى أعلم‬

You might also like