You are on page 1of 45

Sistem urinari

Struktur sistem urinari


PENGENALAN
 Sistem urinari ialah satu daripada sistem
perkumuhan tubuh.
 Sistem ini terdiri daripada :
1. 2 buah pinggang.
2. 2 salur buah pinggang (ureter)- tiub yang
membawa air kencing dari buah pinggang ke
pundi kencing.
3. 1 pundi kencing- alat penakung air kencing.
4. 1 salur kencing (uretra)- terusan yang
membawa air kencing dari pundi kencing ke luar.
Fungsi Sistem Urinari
 Sistem urinari adalah kumpulan organ yang
menyah air berlebihan dan bahan-bahan
tidak diperlukan daripada salur darah.
 Bahan ini di tapis keluar daripada badan
sebagai air kencing.
 Air kencing dihasilkan di ginjal, dikumpul di
pundi kencing dan keluar di uretra.
 Organ urinari ialah ginjal, ureters, bladder
dan urethra.
 Sistem ini membantu menstabilkan
homeostasis.
 Ginjal adalah organ utama homeostasis
kerana ia menstabilkan asid asas dalam
badan dan air garam dalam darah.
BUAH PINGGANG ATAU GINJAL
 Ciri-ciri buah pinggang manusia:
- Berbentuk biji kacang panjang.
- Berwarna merah tua.
- Setiap buah pinggang terletak di dinding
belakang abdomen.
- Terletak di bahagian pinggang(lumbar) kiri dan
kanan.
- Luar dari selaput selom.
-Tisu lemak mengelilingi setiap buah pinggang
dan menyangga organ itu.
- Buah pinggang kanan terletak ke bawah sedikit
dari aras buah pinggang kiri kerana hati
menggunakan bahagian yang luas di sebelah
kanan abdomen.
- Setiap buah pinggang dewasa sekurang-
kurangnya berat 5 aun, 41/2 inci panjang, 2 inci
lebarnya dan 11/4 inci tebalnya.
PERHUBUNGAN DENGAN STRUKTUR LAIN
 Buah pinggang kanan

- Permukaan belakangnya terletak di atas otot


soas dan sebahagian dari otot diafragma.
- Permukaan depannya terdapat hati dan duodenum.
- Di kutub atasnya terdapat kilang endokrina adrenal kanan.
- Kutub bawahnya menyentuhi bahagian liku (lengkok) hati
kolon.
- Pinggir sisi dalamnya menentangi pembuluh bawah dan
salur buah pinggang kanan keluar dari pinggir ini.
 Buah pinggang kiri

- permukaan belakangnya terletak di atas otot


soas dan sebahagian dari otot diafram.
- Di depannya terdapat perut,limpa dan hujung

pankreas.
- Di kutub atasnya terdapat kilang endokrinal

adrenal kiri.
- Kutub bawahnya menyentuhi bahagian liku atau

lengkok limpa kolon.


- Pinggir sisi dalamnya menentangi salur nadi

aorta dan salur buah pinggang kiri keluar dari


pinggir ini.
TUGAS GINJAL (BUAH PINGGANG)

 Ginjal atau buah pinggang memainkan


peranan yang penting dalam penyelarasan
kepekatan atau bahan yang terkandung di
dalam darah.
 Tugas ginjal adalah seperti :
Pembuangan air yang berlebih-lebihan.
(buah pinggang mengawal banyaknya air
dalam darah).
 Pembuangan kumuh hasil metabolisma zat
protein iaitu urea, asid urik, kreatinin, bahan
urine (air kencing mengandungi lebih kurang
2% urea).
 Pembuangan garam,galian yang berlebihan
seperti garam natrium dan garam kalium
dan kalsium.
 Pembuangan darah yang mungkin hadir di
dalam darah serta pigmen racun dan bisa
kuman yang beredar di dalam darah.
URETER (SALUR BUAH PINGGANG )
 Ureter ialah tiub yang keluar dari setiap
buah pinggang.
 Membawa air kencing ke dalam pundi
kencing.
 Salur ini dibahagiakan kepada dua
bahagian:
 corong atau pelvis buah pinggang. Ini
ialah bahagian atas yang kembang. Ia
bermula sebagai alat berbentuk mangkuk,
yang dikenali sebagai kaliks.
 Salur buah pinggang benar. Ukurannya
sepuluh inci panjangnya.Bahagian atasnya
terletak di hadapan otot belakang abdomen,
bahagian bawah masuk ke dalam ruang
pelvis dan berakhir di permukaan belakang
pundi-pundi kencing.

 Tiap-tiap salur buah pinggang terbina


daripada tisu berfiber,tisu otot bebas,tisu
epitelium peralihan.
PUNDI KENCING

 Pundi kencing merupakan organ penakung air


kencing dan ianya terletak di dalam ruang
pelvis sebenar.
 Bagi lelaki ,usus hujung terletak di
belakangnya dan sendi ari-ari terdapat di
hadapannya.
 Bagi wanita sendi ari-ari terdapat di
hadapannya,tetapi rahim dan liang faraj
terletak di belakangnya.
 Ruang di dalam pundi kencing
menunjukkan satu bahagian segitiga yang
dipanggil trigone.
 Dasar segitiga berarah ke atas dan
puncak ke bawah.
 Kedua-dua salur buah pinggang
membuka di bahagian atau trigone
manakala salur kencing bermula dari
puncaknya.
Struktur pundi kencing

 Lapisan luar pundi adalah terbina daripada


selaput selom permukaan atas sahaja
 Lapisan otot bebas redapat di bawah lapisan
selaput selom.
 Lapisan perantaran, didapati di bawah
lapisan otot.
 Lapisan dalamnya terbina tisu epitelium
peralihan.
 Biasanya pundi boleh mengandungi air
sebanyak satu paun air kencing, tetapi dalam
keadaan luar biasa, isipadu bertambah tiga
paun.

 Dalam keadaan biasa, perasaan hendak


kencing timbul apabila pundi kencing
mengandungi 6 hingga 10 aun air kencing.
Struktur pundi kencing lelaki
Struktur pundi kencing perempuan
URETRA (SALUR KENCING)

 Uretra atau salur kencing iailah suatu terusan


yang membawa air kencing dari pundi-pundi
kencing ke arah luar.
 Salur kencing wanita adalah pendek. Lubang
keluarnya membuka di antarabibir faraj, di
atas liang faraj.
 Otot pencerut salur kencing wanita terdapat di
permulaan terusan itu.
 Bagi lelaki salur kencing itu adalah diantara
enam hinggan lapan inci panjanganya dari
pundi-pundi kencing ke lubang keluarnya di
hujung zakar.
 Salur kencing lelaki dibahagiankan kepada tiga
bahagian:
-bahagian prostat.
-bahagian selaput atau selapeha.
-bahagian zakar.
 Salur kencing lelaki menjalankan dua
tugas.Tugas yang pertama ialah menyalurkan air
kencing dan yang kedua menyalurkan air mani.
BEKALAN DARAH

 Darah beroksigen masuk ke dalam buah


pinggang melalui salur nadi buah pinggang
iaitu satu cabang dari aorta abdomen.
 Salur nadi buah pinggang adalah pendek
dan yang keluar terus dari aorta.
 Tekanan darah di dalamnya lebih tinggi
berbanding cabang lain dari aorta.
 Keadaan ini amat penting untuk proses
tapisan air kencing.
 Setelah masuk ke dalam buah pinggang,
salur nadi buah pinggang memecah lalu
menjadi salur nadi yang kecil, kemudiannya
mengeluarkan cabang salur nadi halus
(arteriola).
 Arteriola masuk ke dalam kapsul Bowman
lalu membentuk gumpalan rerambut atau
kapilari di situ.
 Dari gumpalan rerambut suatu lagi salur nadi
halus terbian iaitu salur nadi pengeluar, ia
mengalirkan darah yang telah beredar di
dalam gumpalan rerambut.
 Apabila sampai ke salur halus kencing, salur
nadi halus pengeluar ini memecah lalu
membentuk rerambut darah yang yang
mengelilingi salur halus kencing itu.
 Satu pembuluh halus (venul) keluar dari tiap-
tiap nefron dan bersatu.
 Kemudiannya membentuk pembuluh buah
pinggang yang mencurahkan darah ke dalam
vena kava infra.
STRUKTUR NEFRON DAN SALUR DARAH
YANG BERKAITAN

 Setiap ginjal
terdiri daripada
lebih sejuta unit
berfungsi yang
disebut nefron.

 Kedudukan nefron di dalam ginjal


Nefron terdiri
daripada :
okapsul Bowman
otubul berlingkar
proksimal
oliku Henle
otubul berlingkar
distal
oduktus
pengumpul.

Struktur nefron dan salur darah yang berkaitan


Kapsul bowman berbentuk cawan dan
menerima jaringan kapilari darah yang
dinamakan glomerulus.

Darah mengalir ke ginjal melalui…


Ini bermakna terdapat dua tahap jaringan
kapilari di ginjal iaitu glomerulus dan kapilari
peritubul.
Kapilari peritubul membelit-belit tubul
berlingkar proksimal, gelung Henle, dan tubul
berlingkar distal.
Plasma dan bahan yang terturas di glomerulus
akan memasuki…
PROSES PEMBENTUKAN AIR KENCING
 Fisiologi pembentukan air kencing boleh
dibahagikan kepada tiga peringkat :

1. Penapisan oleh gumpalan rerambut.


(ultraturasan)
1. Penyerapan semula oleh salur halus
kencing.
2. Rembesan dari salur halus kencing.
PENAPISAN (ULTRATURASAN)
 Proses penapisan atau proses ultraturasan ialah
pergerakan plasma serta kandungannya (kecuali sel
darah dan protein yang bersaiz besar) secara pukal
merentas dinding glomerulus ke dalam kapsul Bowman
dan seterusnya ke dalam nefron.
 Penapisan ialah peringkat pertama dalam pembentukan
air kencing.
 Proses ini berlaku antara gumpulan rerambut dan kapsul
Bowman.
 Kandungan darah di dalam rerambut yang membina
gumpalan rerambut tertapis keluar secara mekanikal ke
dalam kapsul Bowman.
Proses ultraturasan di kapsul Bowman
 Air bahan-bahan habluran(bahan yang mudah
larut) ditapis keluar dari gumpalan rerambut ke
dalam kapsual Bowman.
 Bahan-bahan koloid (bahan yang mempunyai
molekul yang besar) seperti protein darah, tidak
tertapis keluar.
 Sebenarnya, daya yang menggerakkan cecair
merentas dinding kapilari ialah tekanan
hidrostatik (iaitu tekanan darah) dan tekanan
osmosis di dalam kapilari berbanding denga
kapsul Bowman.
 Tekanan hidrostatik merupakan daya yang
menolak, manakala tekanan osmosin merupakan
daya yang menarik.
Daya yang menggerakkan plasma merentas dinding kapilari glomerulus
Proses ultraturasan berlaku dengan kadar yang
lebih tinggi di glomerulus berbanding dengan
kapilari lain kerana :

a)tekanan darah di dalam glomerulus lebih tinggi


daripada tekanan darah di dalam kapilari lain.
b)glomerulus merupakan kapilari yang lebih
panjang berbanding dengan kapilari biasa
c)terdapat liang-liang di dinding glomerulus yang
menyebabkan ketelapannnya lebih tinggi
berbanding dengan kapilari lain.
Hasil turasan yang memasuki kapsul Bowman serupa
dengan lasma darah ang memasuki arteriol eferen dai
semua segi kecuali kandungan protein.
Plasma terturas bersama-sama kandungannya (air,
nutrein, garam, urea, dan sebagainya ) kecuali sel darah
dan molekul protein yang bersaiz besar.
Walaupun tekanan hidrostatik adalah tinggi di dalam
kapilari, proses ultraturasan tidak akan berlaku sekiranya
daya yang menghalang pergerakan plasma keluar dari
kapilari ke kapsul Bowman juga tinggi.
Daya penghalang ini terdiri daripada tekanan osmosis di
dalam kapilari dan tekanan hidrostatik di dalam kapsul
Bowman.
Sekiranya daya penghalang ini lebih tinggi daripada
tekanan hidrostatik di dalam kapilari, tiada ultaturasan di
dalam kapsul Bowman berlaku, malah cecair akan
memasuki kapilari dari kapsul Bowman.
PENYERAPAN SEMULA
 Proses penyerapan semula ialah pergerakan
air dan zat terlarut yang dituras ke dalam
nefron balik semula ke dalam salur darah
iaiutu ke dalam kapilari peritubul.
 Penyerapan semula berlaku terutamanya
merentas dinding tubul proksimal.
 Penyerapan semula tidak berlaku secara
pukal, tetapi setiap bahan diserap semula
secara berasingan.
Penyerapan semula berlaku kerana ion
natrium diserap semula secara aktif.
Implikasinya ialah :
i. air akan turut diserap semula secara osmosis

ii. apabila air diserap semula, kepekatan urea di


dalam tubul berlingkar proksimal akan
meningkat.
iii. kepekatan nutrein organik seperti glukosa
dan asid amino juga turut meningkat dan
diserap semula secara resapan berbantu.
REMBESAN

 Proses rembesan atau pengeluaran air


kencing ialah pergerakan bahan yang tidak
terturas dari kapilari peritubul ke dalam tubul
ginjal.
 Bahan yang dirembes termasuklah ion
kalium, ion hidrogen, dan bahan lain yang
tidak diperlukan.
 Strategi rembesan dimanfaatkan untuk
mengawal atur PH badan dan menyingkirkan
bahan yang tidak diperlukan.
 Urea tidak dirembeskan secara aktif ke
dalam tubul ginjal.
 Kira-kira separuh daripada urea ang
dituras tidak diserap semula, justeru
dikumuhkan.
 Salur halus kencing juga merembeskan
ammonia yang tercampur di dalam air
kencing.
 Proses penyerapan dan perembesan
berlaku secara resapan, osmosis serta
mekanisma pengangkutan aktif.

You might also like