You are on page 1of 17

KAJIAN LAPANGAN

GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA

Tema 2 : Pembangunan Ekonomi dan


Impak Alam Sekitar
“ Kajian Mengenai Jenis Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam
Sekitar di Kawasan Sekitar Pusat Pemuliharaan Gajah & Institut
Biodiversiti, Lanchang, Pahang. ”

Kelas : 6 AA

Kumpulan 1

Ahli-ahli:

1] HOR KAH LOON


2] ERNA SUZANA
3] NUR HAMIZAH
4] LEONG KAH WEI
5] KALPANA
Ringkasan Eksekutif

Secara keseluruhan, kajian lapangan ini ialah mengenai pembangunan ekonomi dan impak
alam sekitar terhadap kawasan sekitar Pusat Pemuliharaan Gajah di Lanchang, Pahang. Kami
telah berpeluang melakukan aktiviti seperti menunggang gajah, memandikan gajah dan
memberi makan kepada gajah. Kesemua aktiviti ini telah membolehkan kami berinteraksi
dengan lebih dekat terhadap gajah-gajah yang terdapat di Pusat Pemuliharaan Gajah ini.
Berdasarkan kajian, kami mendapati penduduk setempat terdiri daripada dua komuniti orang
Asli yang tinggal di sekitar Rezab Hidupan Liar Krau iaitu: masyarakat Che Wong dan Jah
Hut. Masyarakat Che Wong menggunakan tumbuhan hutan sebagai ubatan. Masyarakat Jah
Hut pula ialah masyarakat yang terkenal dengan hasil kraftangan termasuk ukiran dan
anyaman, ada di antara mereka yang berkhidmat di bahagian pentadbiran di pejabat-pejabat
kerajaan atau sebagai buruh pembalakan. Ternyata pembangunan ekonomi seperti aktiviti
pelancongan telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat yang
mahir dengan kwasan sekitar mereka. Secara tidak langsung, kami telah dapat mengenal pasti
jenis-jenis aktiviti pelancongan di Kuala Gandah seperti yang terdapat dalam objektif kajian
ini. Seterusnya, kami telah dapat melakukan kaedah temu bual terhadap seorang kakitangan
Institut Biodiversiti Lanchang, Pahang dan berkesempatan melawat laman sesawang beliau
untuk memenuhi kajian lapangan ini. Walau bagaimanapun, kami mendapati terdapat kesan
negatif akibat daripada aktiviti pelancongan terhadap alam sekitar fizikal setempat. Oleh itu,
kami berusaha mencari cadangan tentang langkah-langkah mencegah masalah yang terdapat
di kawasan kajian tersebut. Selain itu, kajian lapangan ini telah menanamkan semangat
cintakan alam sekitar terhadap pelajar-pelajar tingkatan 6 atas. Kami bukan sekadar
menjalakan kajian, malahan turut mempelajari tentang kepentingan kepelbagaian biologi di
bumi. Ringkasnya, setiap hidupan di muka bumi ini memainkan peranan dalam
menyeimbangkan kitaran semulajadi terhadap sistem hidrologi, ekologi, atmosfera dan
geomofologi. Konklusinya, kajian lapangan ini mengandungi butir-butir dapatan kajian
tentang sumbangan kegiatan ekonomi pelancongan seperti pengwujudan Taman Negara
Pahang, DEERLAND dan Pusat Pemuliharaan Gajah yang menarik kedatangan pelancong
asing ke kawasan sekitar kajian ini.
1.0 Pengenalan

Kajian lapangan atau kajian luar ini telah dijalankan pada 29 Mac 2010 bersamaan hari Isnin
di kawasan yang bersifat mikro, iaitu sekitar Institut Biodiversiti & Pusat
Pemuliharaan/Konservasi Gajah, Jabatan PERHILITAN, Kuala Gandah, 28500 Lanchang,
Pahang Darul Makmur, MALAYSIA. Pusat Pemuliharaan Gajah ini giat memberi kesedaran
kepada orang ramai tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar. Para
pelawat digalakkan untuk menonton dokumentari tentang proses pemindahan semula gajah
liar yang dilakukan pada tahun 1996 dengan kerjasama krew ‘National Geographic’.
Seterusnya, program khas turut disediakan untuk rombongan sekolah. Kami telah dibahagikan
kepada beberapa kumpulan semasa menjalankan kajian ini. Selain itu, kami turut diberi
ceramah ringkas semasa di dalam ‘Bilik Kuliah Merak’ ketika lawatan di Institut Biodiversiti.
Sehubungan dengan itu kami telah mencatat pelbagai informasi berguna untuk direkodkan
bagi menyempurnakan kajian lapangan ini. Oleh itu, kami akan menghuraikan tentang kaedah
kajian, memperincikan lebih lanjut lagi tentang kawasan kajian, dan menyelaras dapatan
kajian ketika melakukan pelbagai aktiviti di kawasan kajian ini. Kajian lapangan ini
digunakan untuk mempersembahkan laporan agar kami terdedah dengan kajian empirikal di
lapangan yang melibatkan aspek-aspek seperti pemerhatian, pemerolehan data, pengujian
hipotesis tentang kesan aktiviti manusia, serta menganalisis. Kami telah memberi tumpuan
terhadap faktor yang menyumbang kepada kegiatan sosioekonomi penduduk setempat dan
mengenal pasti kesan aktiviti pelancongan terhadap alam sekitar fizikal di kawasan kajian.
Justeru itu, kajian ini amat berguna kerana dapat mengukuhkan kefahaman kami tentang teori
yang dipelajari dalam subjek geografi dan menyatukannya dengan realiti yang telah disatukan
dalam rangka kerja geografi yang menarik.
1

2.0 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk:

1) Mengenal pasti jenis-jenis aktiviti pelancongan di Kuala Gandah.

2) Menilai sumbangan kegiatan ekonomi pelancongan terhadap sosioekonomi penduduk


setempat.

3) Mengenal pasti kesan aktiviti pelancongan terhadap alam sekitar fizikal setempat.

4) Mencadangkan langkah-langkah mencegah masalah atau kesan kegiatan ekonomi


pelancongan.

2
4.0 Kaedah Kajian

1) Pemerhatian dan pencerapan.

Pemerhatian dan pencerapan di kawasan lapangan dilakukan bagi mengenal pasti

jenis-jenis tanaman yang ditanam di sekitar dan jenis kegiatan sosioekonomi penduduk serta

kesannya terhadap alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia. Antara kesan yang telah

diperhatikan ialah perubahan landskap, pencemaran air dan perkembangan kegiatan

pelancongan di Kuala Gandah. Kami menggunakan kamera sebagai peralatan dalam kajian

untuk melakukan pemerhatian.

2) Temu bual.

Temu bual telah dijalankan terhadap seorang kakitangan Institut Biodiversiti Lancang,

Pahang iaitu Encik Mujahidin yang telah bermurah hati memberi kami maklumat tentang

kawasan kajian kami. Beliau turut memberikan laman sesawang beliau iaitu

http://pokding.blogspot.com/

3) Rujukan sumber sekunder.

Laman web rasmi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman

Negara(PERHILITAN) http://www.wildlife.gov.my/ telah kami lawati bagi menambahkan

lagi pengetahuan kami tentang pentingnya memulihara biodiversiti negara. Selain itu kami

turut merujuk laman web berita seperti Berita Pahang dan BERNAMA.
3
4.0 Kawasan Kajian

1) Kawasan kajian kami terletak di Lanchang, merupakan sebuah bandar kecil di antara
bandar Karak dan Mentakab di negeri Pahang, Malaysia. Pekan Lanchang boleh dihubungkan
melalui jalan lama Kuala Lumpur ke Kuantan dan juga melalui Lebuhraya Pantai Timur.
Pusat Pemeliharaan Gajah Kuala Gandah dan 'Deer Land' juga terletak di Lanchang. Ini
adalah tarikan utama bandar ini selain daripada pertanian dan banyak Skim FELDA untuk
tanaman getah dan kelapa sawit iaitu di Felda Lakum dan Felda Bukit Damar. Pekan
Lanchang adalah merupakan pekan kebanggaan penduduk sekitarnya. Pekan ini dihidupkan
dengan pelbagai aktiviti mingguan seperti Pekan Sehari pada setiap selasa dan Pasar Malam
pada malam Sabtu. Selain daripada itu pekan ini disediakan dengan kemudahan asas seperti
pejabat pos, masjid, klinik, perpustakaan awam, dewan orang tamai, Dataran Bahaman,
sekolah menengah dan rendah, deretan kedai-kedai, Pusat Belian Getah Skrap, balai polis dan
pasar awam. Lanchang telah melahirkan ramai pelajar yang berjaya di dalam sektor awam dan
swasta, kebanyakan mereka telah mendapat pendidikan menengah di Sekolah Kebangsaan
Lanchang yang kini dikenali sebagai Sek Men Dato Bahaman.

2) Secara khususnya kami telah ke Pusat Pemuliharaan/Konservasi Gajah, Jabatan


PERHILITAN, Kuala Gandah, 28500 Lanchang, Pahang Darul Makmur, MALAYSIA yang
berdekatan dengan Hutan Simpan Hidupan Liar Krau. Terdapat 12 ekor gajah termasuk dua
ekor gajah berumur 70 tahun bernama Mek Bunga dan Lokimala. Pusat Konservasi Gajah
Kuala Gandah telah ditubuhkan pada tahun 1989 ini dibiayai oleh Jabatan Perlindungan
Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia. Pusat ini
merupakan ibu pejabat Pasukan Pemindahan Semula Gajah yang telah wujud sejak tahun
1974. Pusat ini mempunyai beberapa ekor gajah tempatan dan gajah yang dibawa masuk dari
Thailand dan Myanmar. Gajah-gajah ini dilatih dan digunakan untuk memindahkan gajah-
gajah liar dari kawasan yang bermasalah di seluruh Semenanjung Malaysia. Pusat ini juga
memelihara anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya untuk memastikan anak-anak
gajah tersebut terus hidup.

4
3) Selain itu kami turut singgah ke Institut Biodiversiti, Jabatan Perlindungan Hidupan
Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) , Pahang. Di sini telah banyak ditempatkan bahan
rujukan penyelidikan seperti haiwan yang diawet kerana mati akibat kecederaan yang
disebabkan jerat dawai pemburu haram dan pelbagai jenis binatang liar seperti ular, seladang
dan sebagainya.

5.0 Jenis- jenis Aktiviti Pelancongan

1) Ekopelancongan.

Terdapat aktiviti pelancongan yang berkembang berasaskan sumber semula jadi


seperti hutan hujan tropika di kawasan kajian. Contohnya: Taman Negara Pahang yang
menyediakan aktiviti mendaki gunung dan eksplorasi hutan, lawatan ke perkampungan orang
asli, pemerhatian burung dan bumbun (pemerhatian hidupan liar).

2) Pelancongan pendidikan.

Di Pusat Pemuliharaan Gajah, mereka menggalakkan kajian dan penyelidikan


berkaitan teknik pemindahan semula dan konservasi gajah. Terdapat program khas yang boleh
disediakan untuk rombongan sekolah yang menggalakkan aktiviti pelancongan sambil belajar.
Begitu juga yang terdapat di Institut Biodiversiti yang menyediakan galeri pameran tentang
kepelbagaian biologi dan mempamerkan haiwan yang diawet berikutan kejadian pemburuan
haram. Sebahagian bintang yang diawet telah dijadikan rujukan untuk penyelidikan.

3) Pelancongan kesihatan.

Kedatangan pelancong untuk mendpatkan rawatan perubatan tradisonal turut


berkembang di kawasan sekitar kajian ini. Sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan yang
bernama ‘mogot’ atau nama saintifiknya ‘Henckelia sp.’ Digunakan sebagai rawatan penyakit
tekanan darah tinggi. Masyarakat Che Wong merebus akarnya dan air rebusannya diminum
untuk mengubati penyakit tersebut.

5
6.0 Sumbangan Aktiviti Pelancongan.

Antara sumbangan aktiviti pelancongan ialah:

1) Kegiatan pembinaan yang telah menyumbang dari segi meningkatkan infrastuktur


kawasan di pusat pemuliharaan tersebut serta di kawasan sekitarnya. Jalan raya juga mula
dibina untuk menghubungkan pusat pemuliharaan gajah ini dengan tempat-tempat lain.
Kemudahan elektrik dan air juga telah meningkat dengan baik. Selain itu, kegiatan pembinaan
ini juga telah berjaya meningkatkan taraf hidup penduduk setempat.

2) Di samping itu, sektor ini juga menyumbang kepada pendapatan dalam negara kita di
mana para pelancong telah berkunjung ke Pusat Pemuliharaan Gajah ini menyebabkan apabila
ramai pelancong dari negara luar berkunjung ke negara kita menyebabkan pertukaran mata
wang asing akan berlaku di mana pendapatan negara kita akan meningkat.

3) Selain itu, peluang pekerjaan meningkat menerusi penjualan kraf tangan dari
buluh, rotan dan damar serta kewujudan jawatan pengawal keselamatan, pemandu pelancong
serta buruh binaan telah meningkatkan taraf hidup penduduk kerana masing-masing
mempunyai pekerjaan.

6
7.0 Kesan-kesan Aktiviti Pelancongan

7.1 Kesan positif:

1) Memberi kesan positif kepada industri pelancongan. Jumlah kedatangan


pelancong semakin meningkat seterusnya meningkatkan imej negeri Pahang sebagai
salah satu pusat pelancongan yang popular di Asia. Memetik kata-kata daripada
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan Datuk Shafik Fauzan
Sharif "Kedatangan pelancongan ke Pahang pada 2008 ialah 7.7 juta dan telah
memberi pulangan dalam industri pelancongan sebanyak RM6 bilion". Hal ini
mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan
Malaysia di mata dunia.

2) Menambah lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk. Penduduk boleh


bekerja sebagai pemandu pelancong, pengusaha restoran, penjaja kedai barangan
cenderamata, pengusaha chalet dan sebagainya. Situasi ini turut menggalakkan industri
kraftangan / desa.

3) Pemangkin kepada pembangunan kawasan pelancongan spt infrastruktur /


kemudahan asas. Walaupun di kawasan kajian ini terletak jauh di tengah
hutan,hakikatnya tidak dinafikan terdapat kemudahan utiliti elektrik, air dan gas.
Destinasi pelancongan yang terdapat di Kawasan sekitar iaitu: Taman Negara Pahang,
DEERLAND dan Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah. Kemudahan infrastruktur
seperti tandas telah dilengkapi dengan utiliti air dan elektrik. Selain itu, terdapat cafe
yang sentiasa memerlukan bekalan gas.

7
7.2 Kesan negatif:

1) Kawasan hutan telah ditebang untuk pembinaan petempatan, pembalakan dan


pembukaan kawasan ladang secara haram akan memberi kesan negatif kepada
hidupan.Terdapat proses penyahhutanan di kawasan sekitar Kuala Gandah.
Kepelbagaian spesies flora dan fauna akan diancam kepupusan. Apabila sesuatu
spesies pupus, kita bukan sahaja kehilangan satu bentuk hidupan tetapi juga hilang
informasi genetiknya. Dengan setiap kepupusan bumi kehilangan sebahagian daripada
kepelbagaiaan biologinya. Kadar kepupusan terpantas yang pernah dialami ialah-
kadar kepupusan spesies ialah satu spesies setiap 15 minit.

2) Penduduk setempat turut menerima tempias akibat daripada pencemaran


budaya oleh pelancong asing seperti mereka yang datang dari negara Australia,
Amerika Syarikat dan sebagainya. Kebanyakkan daripada mereka tidak mempedulikan
cara berpakaian mereka yang dianggap ‘menjolok mata’ bagi masyarakat timur. Cara
pergaulan bebas juga turut akan mempengaruhi remaja setempat yang mungkin
terikut-ikut dengan negara barat yang dianggap sudah maju itu.

8
8.0 Langkah-langkah Mencegah/Mengatasi Masalah Kegiatan Ekonomi
Pelancongan

1) Mengamalkan pembangunan lestari yang mengadunkan pembangunan atau


kemajuan berterusan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada
musnah. Berdasarkan langkah bukan perundangan. Langkah pengurusan hutan yang
strategik mengadakan sistem penebangan terpilih dengan ini jumlah pokok balak yang
ditebang boleh dikawal. Kesemua pokok-pokok yang mempunyai nilai dagangan
ditebang dalam satu operasi dan tempoh pusingan tebangan adalah antara 60 tahun
hingga 80 tahun. Satu inventori di sesuatu kawasan yang hendak ditebang akan dibuat,
selepas itu 2 kaedah penebangan akan diamalkan iaitu Kaedah Polikitar ialah
sebilangan kecil sahaja pokok yang telah dipilih dan ditandakan untuk ditebang. Pokok
tersebut mestilah cukup umur dan mempunyai diameter minimum 45 sentimeter
hingga 50 sentimeter. Pusingan tebangan adalah antara 25 tahun dan 30 tahun.
Seterusnya, penanaman semula hutan iaitu menanam semula pokok-pokok yang cepat
tumbuh seperti pokok jati, Yamane dan Batai untuk mengekalkan pokok-pokok di
hutan yang telah ditebang. Silvilkultur ialah satu cara pemulihan hutan yang
melibatkan penubuhan ladang hutan, pertumbesaran, penjagaan, dan penggantian
sesuatu dirian hutan dengan teratur.

Pendidikan alam sekitar boleh dilaksanakan secara dua peringkat iaitu:

(a) peringkat sekolah sebagai kurikulum formal yang diajar dalam mata pelajaran
geografi dan interdisiplin seperti dalam mata pelajaran sains.

(b) kempen kesedaran untuk orang ramai seperti Cintailah Hutan Kita dan The
Green World.Usaha ini adalah untuk melahirkan masyarakat yang boleh hidup
dengan harmoni antara manusia dan flora.

9
2) Tambahan lagi, langkah perundangan boleh dilaksanakan jika langakah bukan
perundangan kurang berkesan. Akta Perhutanan Negara 1984 telah
mengariskan beberapa larangan yang berkaitan dengan kawasan hutan simpan
kekal. Larangan-larangan tersebut ialah :
(a) memasuki hutan simpan kekal.
(b) menebang, memotong , menggelang, menanda atau menoreh pokok.
(c) mencari, mengambil , dan mendedahkan kepada sebarang proses
pengilangan atau memindahkan sebarang hasil hutan atau mineral.
(d) membersih atau membajak mana-mana tanah untuk tanaman atau sebarang
maksud lain.
(e) menggunakan bahan beracun atau bahan letupan di dalam sungai atau tasik
bagi maksud menangkap ikan, memburu , menembak, memasang jerat, dan
menjebak.
(f) menceroboh dengan apa jua cara.

Akta ini juga menetapkan bahawa sesiapa yang didapati melanggar larangan-larangan
tersebut boleh didakwa di mahkamah dan boleh didenda maksima sehingga RM50,000 atau 2
tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, Dasar Perhutanan Negara 1978 diisytiharkan untuk bertujuan mewartakan
hutan simpan kekal supaya dapat mengekalkan habitat flora dan fauna. Seterusnya
mewujudkan hutan perlindungan iaitu keadaan iklim dan rupa bumi yang sempurna, bekalan
air bersih, kesuburan tanah dan keadaan alam sekeliling yang memuaskan supaya kesan banjir
dan hakisan kepada sungai dan tanah pertanian dapat dikurangkan. Mewujudkan hutan
berhasil iaitu pengeluaran semua jenis keluaran hutan dalam negara akan berkekalan serta
pada kadar yang berpatutan untuk pertanian, kegunaan tempatan, dan eksport.

10
9.0 Kesimpulan

Konklusinya, kajian lapangan ini penting untuk dilaksanakan agar kami lebih memahami
tentang subjek geografi secara mendalam. Pembangunan ekonomi akibat kegiatan
pelancongan di kawasan sekitar Kuala Gandah telah meningkatkan penyediaan kemudahan
infrastruktur dan kemudahan sosial. Penduduk juga telah mengalami peningkatan taraf hidup
kerana berlaku penambahan jumlah pendapatan dalam kalangan mereka yang bekerja. Walau
bagaimanapun, segala pembangunan perlulah dirancang dan kesan jangka panjangnya
difikirkan dahulu supaya tidak memberi kemudaratan kepada generasi akan datang. Selain itu,
kita hendaklah menyokong usaha pemiliharaan dan pemuliharaan spesies. Contohnya tidak
membeli barangan yang diperbuat daripada anggota badan haiwan yang dilindungi.Selain itu,
kajian secara berterusan hendaklah dijalankan agar kita dapat menyedari segera jika berlaku
masalah di kawasan kajian tersebut dan dapat mengatasinya serta merta. Tambahan lagi,
Gajah Asia kini dikategorikan sebagai spesies yang kian terancam dengan anggaran kurang
40,000 ekor gajah liar di Asia dan kurang daripada 1,200 ekor gajah liar di Semenanjung
Malaysia. Kajian lapangan ini telah memberi kesedaran kepada kami tentang spesies yang
terancam serta perlu diselamatkan daripada kepupusan. Akhir sekali kami menyimpulkan
bahawa kajian lapangan ini telah menambahkan lagi pengalaman kami tentang keadaan
sebenar impak perbuatan manusia terhadap alam sekitar.

11

10.0 Lampiran
Cafetaria dan tempat penjualan cenderamata.

Sebahagian petempatan penduduk Asli


Sebahagian kanak-kanak masyarakat
penduduk setempat.

Pembinaan infrastruktur yang sedang dijalakan.


Institut Biodiversiti

Kuala Gandah

DEERLAND

Aktiviti pembangunan bagi membina


infrastruktur
Penarahan di tebing sungai yang membawa
larian air permukaan

Aktiviti penyahhutanan

You might also like