You are on page 1of 59

PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH


BAHAGIAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
JABATAN PERDANA MENTERI 1995

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1. Kata-kata Aluan
1.1. Y.B. Menteri di Jabatan Perdana Menteri
1.2. Ketua Pengarah Baheis

2. Tujuan

3. Latarbelakang

4. Kesesatan Fahaman Anti Hadith


4.1. Penyelewengan Dari Sudut Akidah dan Ulasan
4.2. Penyelewengan Dari Sudut Syariah dan Ulasan
4.3. Penyelewengan Dari Sudut Akhlak dan Ulasan

5. Contoh Penyelewengan Terjemahan Buku

6. Penutup

1
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

1. KATA-KATA ALUAN

1.1. Y.B. MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

SAYA bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan rahmatnya, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan
Perdana Menteri telah berjaya menyiapkan sebuah buku kecil bertajuk "PENJELASAN TERHADAP FAHAMAN
ANTI HADITH" yang bertujuan untuk memberi penjelasan kepada seluruh masyarakat awam tentang aspek-
aspek dasar penyelewengan yang dilakukan oleh kumpulan anti hadith ini.

Kerajaan sentiasa peka dan sensitif serta amat mengambil berat mengenai perkara-perkara yang
berkaitan dengan aqidah,memandangkan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah menjadi pegangan utama
umat Islam di negara ini. Pegangan aqidah yang tidak berlandaskan Al-Quran dan Hadith akan memberi kesan
yang negatif dan merbahaya kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat di negara ini.

Penyimpangan aqidah seumpama ini akan menyebabkan umat Islam hidup di dalam suasana kacau
bilau, pecah belah dan bercakaran sesama sendiri yang akhirnya akan memberi peluang kepada musuh-
musuh Islam menghancurkan keamanan dan kestabilan politik dan negara.

Ancaman yang amat merbahaya ini seharusnya disekat dengan segera agar tidak merebak dengan
meluas di kalangan masyarakat awam. Oleh yang demikian Kerajaan berusaha dengan bersungguh-sungguh
untuk memastikan umat Islam di negara ini memiliki kemurnian aqidah yang kental berdasarkan aqidah Ahli
Sunnah Wal Jamaah.

Akhirnya saya berharap penerbitan buku kecil ini dapat memberi sumbangan dan kefahaman kepada
umat Islam ke arah menangani isu penyelewengan anti hadith yang melanda umat Islam hari ini.
Sekian, Terima kasih.

Dato' Dr. Abdul Hamid bin Othman


Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Pusat Islam Malaysia
Kuala Lumpur.

2
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

1. KATA-KATA ALUAN

1.2. KETUA PENGARAH BAHEIS

SAYA memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana Cawangan Penyelidikan, Pembangunan dan
Perundangan Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri sekali lagi berjaya menerbitkan buku kecil bertajuk
"PENJELASAN TERHADAP FAHAMAN ANTI HADITH". Buku ini diterbitkan dengan tujuan untuk memberi
penjelasan kepada seluruh umat Islam tentang fahaman yang dibawa oleh gerakan ini.

Dalam menyelesaikan masalah yang menyentuh aqidah urnat Islam ini, seluruh masyarakat Islam
hendaklah berwaspada dan sentiasa memelihara diri dan ahli keluarga daripada terjebak dan terjerumus
kepada fahaman seumpama ini. Oleh yang demikian setiap muslim hendaklah bertanggungjawab memelihara
kemumian aqidahnya daripada diselewengkan oleh kumpulan-kumpulan tertentu, kerana menghayati
pegangan yang menyeleweng akan mengakibatkan sesat dari jalan Allah dan memporak peranda pegangan
aqidah masyarakat Islam di negara ini.

Akhirnya saya mengucapkan terima kasih kepada semua pegawAl-pegawai dan pihak yang terlibat
bagi menerbitkan buku ini. Semoga segala usaha dan amal bakti ini dapat mempertahankan kesucian dan
ketinggian agama Islam. Semoga usaha cemerlang ini diberkati Allah jua.

Sekian, terima kasih.

Brig. Jen. Dato' Abdul Hamid bin Hj. Zainal Abidin,


Ketua Pengarah,
Bahagian Hal Ehwal Islam.

3
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

2. TUJUAN

Buku ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada orang ramai mengenai fahaman Anti
Hadith supaya orang-orang Islam dan masyarakat menjauhi dan tidak terpengaruh dengan fahaman ini dan
menyedarkan kumpulan tersebut bahawa fahaman mereka adalah bercanggah dan terkeluar dari ajaran
Islam.

3. LATARBELAKANG

Isu mengenai Anti Hadith di Malaysia bermula pada tahun 1986 ekoran daripada penulisan sebuah buku
bertajuk "Hadis Satu Penilaian Semula" tulisan Kassim Ahmad. Di dalam buku tersebut, beliau cuba mengupas
masalah perpecahan ummah dan menurutnya keimanan kepada Hadith sebagai sumber rujukan selepas Al-
Quran adalah meniadi punca utama perpecahan ummah. Dengan demikian, beliau menggesa umat Islam
supaya meninggalkan Hadith kerana menurut beliau Hadith adalah palsu" dan "omong-omong" yang
menyesatkan manusia dari jalan Tuhan. Beliau sebaliknya menyarankan supaya umat Islam merujuk kepada
Al-Quran sahaja sebagai panduan hidup.

Pengarang buku tersebut telah mempersoalkan autoriti hadith dan memberikan beberapa gambaran
yang mengelirukan mengenainya. Beliau juga telah menuduh bahawa hadith adalah rekaan semata-mata dan
beliau menolak kewibawaan ulama'-ulama' hadith. Berikutan daripada itu, pada 19 Jun 1986 Jawatankuasa
Fatwa Kebangsaan telah meneliti secara khusus terhadap buku berkenaan dan seterusnya menyimpulkan
bahawa buku tersebut bercanggah dengan ajaran Islam dan orang yang menolak Hadith sebagai sumber
hukum adalah terkeluar dari ajaran Islam. Jawatankuasa Fatwa juga telah mengesyorkan kepada
Kementerian Dalam Negeri supaya buku tersebut diharamkan. Pada 10 Julai 1986, Kementerian Dalam Negeri
secara rasminya telah mewartakan pengharaman buku tersebut.

4
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

4.1. PENYELEWENGAN DARI SUDUT AQIDAH DAN ULASAN

Kesesatan kumpulan yang berpegang kepada fahaman Anti Hadith dapat dilihat penyelewengan mereka
dalam bidang-bidang seperti berikut:

4.1. Aqidah
4.2. Syariah
4.3. Akhlak

4.1. PENYELEWENGAN DARI SUDUT AQIDAH DAN ULASAN

Antaranya :

(a) Menolak Hadith Secara Total Sebagai Sumber Akidah dan Perundangan Islam
(b) Menolak Dua Kalimah Syahadah
(c) Menolak Qada' dan Qadar
(d) Memesongkan Pengertian Sebenar Ayat-ayat Al-Quran
(e) Mempertikaikan Kesahihan Ayat-ayat Al-Quran
( f) Mendakwa Kiamat Akan Berlaku Pada 1710H / 2280M
(g) Menolak Berlakunya Siksaan Kubur Selepas Mati
(h) Menafikan Kedudukan Nabi Adam Sebagai Manusia Pertama Ciptaan Allah s.w.t.
( i) Menolak Kemaksuman Para Nabi

(a) Menolak Hadith Secara Total Sebagai Sumber Aqidah dan Perundangan Islam

Antara bahan-bahan penulisan mereka yang memuatkan fahaman ini ialah:

(i) Buku "Hadis Satu Penilaian Semula" tulisan Kassim Ahmad:

"Hadis atau Sunnah Nabi suatu ajaran palsu yang muncul antara 200-250 tahun kemudian dan yang
dikaitkan dengan Nabi Muhammad" (Hal. 18)

"Satu daripada kuasa-kuasa palsu yang dipegang oleh umat Islam lebih seribu tahun ialah Hadis/
Sunnah" (hal. 20)

"Kebanyakan hadis merupakan 'omong kosong' yang menyesatkan manusia dari jalan Tuhan tanpa
pengetahuan" (hal. 91).

"Hadis merupakan pandangan dan pendapat manusia yang tidak terjamin kebenaranya. Ia tidak lebih
daripada tekaan dan agakkan" (hal. 112).

5
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

(ii) Buku "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" tulisan Kassim Ahmad

"Tesis-tesis saya dalam buku ini ialah bahawa umat Islam telah membelakangkan Quran selama kira-
kira 1,000 tahun dan ini telah menyebabkan kejatuhan mereka. Dan bahawa ajaran Hadis/Sunnah sebagai
sumber hukum merupakan suatu perkembangan dan ajaran baru yang muncul kira-kira tiga ratus tahun
setelah Nabi Muhammad wafat, tanpa izin Nabi, dan tidak mempunyai autoriti dalam Quran dan sejarah".
(hal. 12)

(iii) Buku "The Computer Speaks: God's Message to The world" tulisan Dr. Rashad Khalifa

"Hadith and Sunnah are false doctrines, and that we shall uphold Quran, the whole Quran and
nothing but the Quran".

"Hadith, Sunnah and regulation made up by various imams are false doctrines sponsored by satan".
(hal. 507)

iv) Risalah lqra, Syaaban 1415/Januari 1995

"Imam-imam penulis hadis juga telah membawa fahaman baru, iaitu hadis qudsi: ........kepercayaan
seperti ini tidak lain daripada khurafat yang paling dahsyat". (hal. 3)

ULASAN

Al-Quran dan hadith adalah dua sumber rujukan utama umat Islam di dalam kehidupan mereka di
dunia ini.

Al-Quran sendiri telah memperakui kedudukan sunnah. Allah S.W.T. sendiri telah menentukan tugas
Rasulullah s.a.w. di dalam menyampaikan syariatnya. Kelahiran sunnah adalah ketetapan dan arahan wahyu
Allah. Antara kedudukan sunnah yang dinyatakan oleh Al-Quran:

(i) Al-Quran memperakui bahawa Nabi Muhammad s.a.w. tidak bertutur mengenai Islam
berdasarkan hawa nafsu, malah ia adalah wahyu dari Allah, sepertimana firman Allah yang bermaksud:

“Dan ia (Muhammad) tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut
kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (sama ada Al-Quran atau Hadith) tidak lain
melainkan wahyu yang diwahikan kepadanya” (An-Najm ayat 3-4)

(ii) Al-Quran sendiri menyuruh umat Islam menerima segala apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
sebagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“....Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w.) kepada kamu, maka terimalah serta
amalkan dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya ....... (Al-Hasyr ayat
7)

6
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

(iii) Al-Quran mengarahkan supaya mentaati Rasulullah s.a.w. sesudah mentaati Allah S.W.T. dan
Baginda merupakan tempat rujukan dalam menyelesaikan sesuatu masalah, sebagaimana firman Allah yang
bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasulullah dan
kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah
(berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah, (Al-
Quran) dan (Sunnah) RasuINya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian
adalebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya” (An-Nissa' ayat 59)

(iv) Al-Quran meletakkan Rasulullah s.a.w. sebagai pemutus dan penghukum sesudah Al-Quran tanpa
boleh memilih hukum yang lain, sebagaimana firman Alla yang bermaksud:

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan Rasul-
Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih
ketetapan sendiri, mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya
maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata” (Al-Ahzaab ayat 36)

Oleh kerana kedudukan sunnah dan Rasulullah s.a.w. itu sendiri memainkan peranan penting dalam
menyempurnakan pelaksanaan syariat Allah dengan pengakuan dari Al-Quran, maka sudah tentu
pengawasan terhadap Al-Quran akan melibatkan sama pengawasan kepada sunnah Rasulullah s.a.w. Ini
bukanlah bererti bahawa kita tidak mengakui tentang lengkapnya Al-Quran, tetapi persoalannya bahawa
manusia (umat Muhammad) tidak akan dapat memahami kandungan Al-Quran tanpa penjelasan dan huraian
daripada Rasulullah s.a.w. sendiri. Maka antara tugas Rasul itu ialah menerang, menjelas dan menghuraikan
segala perintah dan hukum daripada Allah, yang terkandung di dalam wahyu-Nya kepada seluruh manusia.
Dengan sebab itu berdasarkan kepada Al-Quran, sunnah itu sendiri, diletakkan sebagai sumber kedua
perundangan Islam.

Al-Sunnah dari segi bahasa bermaksud perjalanan, amalan, method atau cara hidup [1]. Al-Sunnah
juga bermaksud membuka atau merintis jalan sama ada yang baik atau yang buruk [2] Al-Sunnah dari segi
istilah Ahli-ahli Hadith ialah apa-apa yang terbit daripada Nabi Muhamad s. a. w. daripada perkataan,
perbuatan, pengakuan, sifat, kejadian, akhlak, sejarah sama ada sebelum diutuskan menjadi Rasul atau
selepas diutuskan menjadi Rasul [3].

Takrif Al-Sunnah di atas juga merupakan takrif Hadith pada pandangan ahli-ahli Hadith. Oleh yang
demikian Al-Sunnah dan Hadith pada pandangan ahli-ahli Hadith adalah membawa maksud yang sama.

Sebenarnya Hadith telah wujud di zaman Rasulullah. Pada masa Rasulullah s.a.w. Hadith
disampaikan melalui:

(i) Pengucapan

Dalam masa menyampaikan Hadith, didapati Rasulullah s.a.w. tidak menentukan tempat tertentu.

7
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

Walau bagaimanapun sudah menjadi kebiasaan bagi Rasulullah s.a.w. menyampaikan Hadith di masjid dan di
rumah Rasulullah s.a.w. sendiri. Oleh kerana apa-apa yang disampaikan begitu penting kepada orang-orang
Islam, maka di dalam menyampaikannya, Rasulullah s.a.w.mengulanginya sebanyak tiga kali, supaya apa-apa
yang disampaikan itu, senang dihafaz dan diamal oleh para sahabat [4] Sementara bahasa dan nada suaranya
pula mengikut keadaan dan suasana. Adakala Rasulullah s.a.w. menyampaikan Hadith dengan nada suara
yang tinggi, agar memberi ingatan kepada sahabat bahawa kandungan Hadith itu adalah mustahak dan
sebaliknya dalam keadaan tertentu Rasulullah s.a.w. menyampaikan dengan nada suara yang rendah. Ini
semua dilakukan supaya menimbulkan keberkesanan kepada orang-orang yang mendengarnya. Dari bukti
sejarah ada menunjukkan bahawa pengajaran Hadith bukan sahaja disampaikan kepada kaum lelaki, malah
kepada kaum perempuan, walau bagaimanapun penyampaian itu dilakukan di tempat yang berasingan.

(ii) Catatan

Di samping penyampaian Hadith melalui pengucapan, didapati Rasulullah s.a.w. menyampaikan


Hadith melalui catatan iaitu pada masa hayatnya, Rasulullah s.a.w. ada memerintah penulis-penulis baginda
menulis surat untuk dihantar kepada pemerintah-pemerintah bukan Islam menyeru mereka kepada agama
Islam, surat kepada gabenor-gabenor, ketua-ketua tentera dan membuat surat perjanjian [5].

(iii) Amalan

Ajaran-ajaran agama Islam yang tersirat dalam Hadith tidak memadai disampaikan melalui
pengucapan dan catatan sahaja, malah ia memerlukan contoh teladan daripada Rasulullah s.a.w. sendiri.
Berdasarkan hakikat inilah, didapati banyak Hadith menggambarkan bagaimana Rasulullah s.a.w. mengajar
para sahabat melakukan sembahyang, melakukan ibadat puasa, haji dan lain-lain lagi. Umpamanya dalam
ibadat sembahyang, terdapat Hadith yang menegaskan bahawa orang-orang Islam hendaklah menunaikan
sembahyang sepertimana baginda bersembahyang [6].

Berdasarkan huraian di atas, dapatlah disimpulkan:

Pertamanya Rasulullah s.a.w. menyampaikan Hadith melalui pengucapan, amalan dan penulisan.
Kedua, oleh kerana Hadith merupakan sumber yang kedua penting di dalam Islam, para sahabat berusaha
sedaya upaya untuk memperolehinya. Ketiga, pada masa ini penulisan dan pengumpulan Hadith secara
individu telah berlaku, contohnya; Abdullah bin Amr telah mengumpulkan Hadith dalam satu sahifah: Al-
Sahifah Al-Sadiqah [7].

_____________________________________

Nota Kaki:

[1] Muhamad Salam Madkur, Tarikh al-Tasyri'al-Islamiy Wa Masadiruhu, Qahirah 1958, hal. 219.
[2] Muhammad Ali al-Sais-Tarikh al-Fiqh al-Islamiy, hal. 29.
[3] Dr. Mustafa as-Sibaie, As-Sunnah Wamakanatuha Fi Al-Tasyri'al-Islamiy, Damsyiq, Al-Makatabah Al-Islami,
Hal. 47 Cetakan 11, 1978.
[4] Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Jilid I, Hal. 34.

8
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

[5] Muhamad Hamidullab, al-Wathaiq al-Siyasiyah, Beirut, Dar al-lrsyad, 1969, Cetakan 3, Hal. 100 - 101.
[6] Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Jilid 1, Hal. 162-163.
[7] Dr.Subhi Al-Soleh, Ulum Al-Hadith Wa Mustolahulu, Beirut, Dar Al Ilmi Lil Malayyan Cetakan 6, 1971, hal.
32.

(b) Menolak Dua Kalimah Syahadah

Kumpulan Anti Hadith ini berfahaman bahawa Dua Kalimah Syahadah yang diucapkan oleh umat Islam adalah
dilarang oleh Al-Quran, kerana syahadah yang diwajibkan hanyalah kalimah 'lahilaha illallah' (Tiada Tuhan
melainkan Allah).

Antara penulisan-penulisan mereka yang dikenaipasti mengembangkan fahaman ini ialah:

(i) Buku "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik Tulisan Kassim Ahmad:

"Quran mengajar syahadah dalam tiga buah ayat, iaitu ayat 18, surah 3 yang menyatakan bahawa
Tuhan, para malaikat dan orang-orang yang berilmu bersaksi bahawa "Tiada Tuhan melainkan Allah", Ayat
19, Surah 47 yang menegaskan "Ketahuilah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. "dan ayat 1, Surah 63 yang
Membatalkan kenyataan orang-orang munafik yang mendakwa, "Kami bersaksi bahawa Muhammad Rasul
Allah".

"Dua kalimah syahadah yang diajar dalam hadis itu bercanggah dengan ayat-ayat di atas" (hal. 141).

(ii) Akhbar Utusan Malaysia 14 Julai, 1995, kenyataan oleh Othman Ali:

"Selain itu, tambahnya, Al-Quran turut menyebut bahawa syahadat itu tiada Tuhan Melainkan Allah
sedangkan ulama mengajarkan kepada kita bahawa syahadat itu termasuklah juga bahawa Nabi Muhammad
itu pesuruh Allah. Bukan sahaja syahadat kita salah, malah ia juga mengakibatkan sembahyang kita salah
kerana menyebut nama Nabi semasa tahiyat awal dan akhir."

(iii) Buku "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari TuhanMu-Hadith Di dalam Al-Quran", Oleh Idris Abdul
Rahman,

"Beriman kepada Nabi pada mereka bermakna beriman kepada Hadithnya. Mereka gunakan dua
kalimah syahadah sebagai bukti mereka. Kata mereka syahadah kepada Allah tidak boleh dipisahkan dari
syahadah kepada Rasul Ini sahaja mereka sudah mempersekutukan Allah dengan Rasul seolah-olah Allah
tidak boleh berdiri dengan sendirinya." (hal. 316).

ULASAN

9
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

Agama Islam dibina di atas lima rukun. Mengucap dua kalimah syahadah adalah rukun Islam yang
pertama. Ini telah dijelaskan oleh hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud:

Daripada Ibnu Umar ra. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Islam itu dibina di atas lima perkara
iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. Pesuruh Allah,
mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan puasa di bulan Ramadan". (Riwayat
Ahmad, AI Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan An Nasa'i)

Sabda Nabi lagi: Daripada Umar ra. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya tentang Islam Ialu baginda
menjawab, "Islam ialah engkau menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan
sesungguhnya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat berpuasa di
bulan Ramadan dan menunaikan haji jika engkau berkemampuan. Ia berkata "engkau benar
"............................" (Riwayat Muslim)

Oleh itu setiap orang yang mengaku dirinya seorang Islam, wajib menerima dan mengakui bahawa
tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Rasulullah. la wajib memelihara agama Islamnya
daripada segala apa yang boleh merosakkannya.

Di dalam Al-Quran sendiri dijelaskan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pesuruh Allah yang
diutus kepada sekalian manusia. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Katakanlah! (Wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah
kepada kamu semuanya, (diutuskan oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak
disembah) melainkan Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan
RasuINya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kalimah-kalimahnya (Kitab-kitabnya) dan ikutilah
dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk. (Surah Al-A'raaf ayat 158)

(c) Menolak Qada' dan Qadar

Kumpulan ini juga menolak kepercayaan kepada Qada' dan Qadar yang merupakan salah satu tonggak
keimanan yang wajib dipegang oleh setiap umat Islam. Antara hujah mereka:

(1) "Kepercayaan kepada takdir yang dipegang oleh kebanyakan umat Islam hari ini dimasukkan ke
dalam Rukun Iman dan berasal dari Hadis ......... Kepercayaan ini tidak ada, malah dibantah dalam
Quran........... "Tidakkah fahaman ini melumpuhkan daya kreatif umat Islam dan menjadi punca utama
kejatuhan mereka?" (Petikan dari IQRA' Jil. 3/Bil. I., Syaaban 1415/Januari 1995, hal.2)

(2) Faham qada' dan qadar ini sebahagian penting dalam teologi kaum Asy'ariah, berasal dari ajaran
kaum stoik, dan dimasukkan ke dalam Hadis, kerana ia tidak terdapat dalam Quran, malah ia anti-Quran".
(Petikan dari buku "HADIS JAWAPAN KEPADA PENGKRITIK, Kassim Ahmad hal. 90)

10
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

(3) Isu Quran itu sebenarnya saintifik dan rasional Contohnya kepercayaan kepada takdir baik dan
jahat itu daripada Tuhan yang dirumuskan dalam hadith itu, bercanggah dengan ajaran Quran dan ditolak
oleh Quran yang menggesa manusia bekerja kuat kejalan kebaikan. Pegangan kepada hadis ini merupakan
suatu punca besar kejatuhan umat Islam. (Petikan dari cerpen "POLITIK" oleh Kassim Ahmad Dewan Sastera
keluaran Feb. 1995 hal. 74)

ULASAN

Beriman dengan Qada' dan Qadar ialah mempercayai bahawa segala undang-undang, peraturan dan
hukum hakam yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. pada azal serta diputuskan hukum itu berlaku seperti
yang telah ditetapkan itu.

Allah telah menetapkan bagi tiap-tiap sesuatu perkara itu, ada pendahuluannya dan sebab
musababnya serta bagi tiap-tiap satu tujuan ada jalan untuk mencapainya. Dengan yang demikian, sesiapa
yang menunggu berhasilnya sesuatu dengan tidak melalui sebab, pendahuluan dan jalan mencapainya yang
ditetapkan dan tentukan oleh Allah, ini bermakna ia telah kufur kerana ia tidak beriman kepada Qada' dan
Qadar Allah s.w.t.

Dengan penjelasan tersebut, maka orang yang beriman kepada Qada' dan Qadar ini ialah orang yang
rajin berusaha dan beramal mengikut undang-undang, peraturan dan hukum hakam Allah s.w.t. dan giat
mencari Qada' dan Qadar yang dapat menjayakan maksudnya.

Qada' dan Qadar adalah salah satu daripada rukun Iman. Ini dapat dibuktikan melalui hadith Nabi
S.A.W. yang bermaksud: "Daripada Umar ra. katanya "Pada suatu hari datang seorang lelaki dengan
berpakaian serba putih, rambutnya hitam, badannya kemas. Lalu ia duduk dan bertanya kepada Nabi
Muhammad s.a.w .............. Beritahuku mengenai iman, Lalu Baginda menjawab "Bahawa engkau beriman
dengan Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, hari akhirat dan beriman dengan qada' dan qadar ........" (Riwayat
Muslim)

Daripada Jabir r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak dikira seseorang beriman sehingga ia
percaya dan mengakui benarnya Qada' dan Qadar baik dan jahatnya dan sehingga ia menyakini bahawa apa
yang ditakdirkan berlaku atau sampai kepadanya, tidak sekali-kali akan menyimpang daripadanya dan apa
yang ditakdirkan menyimpang daripadanya, tidak sekali-kali akan berlaku atau sampai kepadanya." (Riwayat
Al-Tirmidhi)

Di dalam Al-Quran sendiri telah disebutkan tentang konsep Qada' dan Qadar ini berdasarkan maksud
ayat seperti berikut:

“Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran,
untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara
serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah (kepadamu) dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan

11
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara
kamu, Kami jadikan (tetapkan) sluatu syariat danjalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) (Al-
Maidah: 48)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa
yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan
itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal” (at-Taubah: 51)

Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan). (Al-
Qamar: 49)

(d) Memesongkan Pengertian Sebenar Ayat-ayat Al-Quran

Antara penyelewengan paling nyata yang dilakukan oleh Kumpulan Anti Hadith ini ialah menterjemah dan
menafsirkan ayat-ayat Al-Quran mengikut "selera" sendiri tanpa memperhitungkan disiplin ilmu Islam yang
sebenarnya. Contoh ayat-ayat yang telah diselewengkan tersebut ialah:

(i) Ayat 12, Surah at-Taghaabun.

Ayat ini telah ditafsirkan dengan maksud bahawa taat kepada rasul bermakna taat kepada wahyu
(Quran). Penjelasan mengenai ayat ini dikembangkan oleh Kassim Ahmad, di dalam buku "HADIS JAWAPAN
KEPADA PENGKRITIK".

"Ayat ini menerangkan bahawa tugas rasul hanyalah menyampaikan wahyu Allah, iaitu Quran. Jadi,
taat kepada rasul bermakna taat kepada Allah yang diwakili oleh rasul-Nya dalam Quran, dan berpegang
kepada Quran. Jadi, taat kepada rasul dengan sendirinya bermakna taat kepada Allah dan berpegang kepada
Quran".

"Bukti-bukti bahawa inilah makna ungkapan tersebut yang sebenar dapat dilihat dari kegunaan
perkataan "rasul" dan bukan Muhammad', dan juga dari banyak ayat Quran lain yang memerintah kita
supaya tunduk, berpegang dan patuh hanya kepada Tuhan". (hal. 26 & 27)

(ii) Ayat 114, Surah Hud.

Pengertian ayat ini telah diselewengkan dengan maksud bahawa sembahyang hanya tiga kali sehari,
iaitu Subuh, Maghrib dan Isyak.
"Othman memberikan contoh surah II : 114 yang berbunyi:

Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang dan awal malam. Ayat ini bermakna sembahyang hanya tiga

12
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

kali sehari, iaitu Subuh, Maghrib dan Isyak ........ (Petikan dari Utusan Malaysia, 14 Julai 1995 Kenyataan oleh
Othman Ali).

(iii) Ayat 15, Surah Toha.

Pengertian ayat ini telah diselewengkan dengan maksud bahawa: "Saat itu (tamatnya dunia) pasti
tiba, Aku hampir-hampir merahsiakannya supaya tiap-tiap diri dibalas mengikut kerjanya" (Petikan dari buku
"HADIS JAWAPAN KEPADA PENGKRITIK tulisan Kassim Ahmad hal. 57)

Dengan pentafsiran seperti di atas, Kumpulan Anti Hadith ini mendakwa bahawa tarikh akan
berlakunya kiamat tidak menjadi rahsia kepada manusia, malah ianya boleh ditentukan dengan
menggunakan kaedah Kod 19 (Lihat Perkara e).

ULASAN

Nabi Muhammad adalah Nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah s.w.t. Ini sebagaimana yang
dijelaskan oleh firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa sebenar bagi
seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. (Al-Ahzaab:
ayat 40)

Oleh yang demikian adalah menjadi kewajipan kepada setiap individu yang mengaku dirinya seorang
Islam, mentaati Allah dan RasuINya iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Ketaatan kepada Rasul ini ialah dengan
mengikuti dan mentaati ajaran Allah yang dilaksanakan dalam peribadi Nabi Muhammad s.a.w. semasa
hidupnya dan selepas wafatnya serta mentaati ajaran yang ditinggalkan iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah. Ini
bertepatan dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan
ke"Ulil Amri"(orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan)
dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (Al-Quran) dan
(sunnah) RasuINya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik
(bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (An-Nisaa': ayat 59)

Ayat Al-Quran di at'as jelas menyatakan bahawa setiap individu Islam wajib mentaati Rasulullah
s.a.w. tanpa berbelah bagi dan mengakui kerasulannya yang diutuskan oleh Allah sebagai pentafsir kepada
Al-Quran. Jika sekiranya timbul sesuatu perselisihan di dalam menyelesaikan sesuatu masalah, perlulah
dirujuk kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Inilah garis panduan yang telah diberikan oleh Islam.
Mentafsir ayat-ayat Al-Quran dengan menggunakan akal fikiran sendiri dengan sewenang-wenangnya adalah
haram. Ini telah disepakati oleh para ulama, berdasarkan hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud:

Daripada Ibnu Abbas ra katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berkata

13
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

tentang Al-Quran tanpa berdasarkan ilmu pengetahuan, maka hendaklah ia menempah tempat duduknya di
dalam neraka" (Riwayat At-Tirmidhi)

(e) Mempertikaikan Kesahihan ayat-ayat Al-Quran

Selain daripada memesongkan pengertian ayat-ayat Al-Quran, kumpulan ini juga didapati telah
mempertikaikan kesahihan ayat 128 dan 129, surah At-Taubah. Kassim Ahmad melalui bukunya "HADIS
JAWAPAN KEPADA PENGKIRITIK", hal 60, mendakwa bahawa terdapat sabotaj dalam penulisan kedua-dua
ayat ini kerana ia tidak dapat diselaraskan dengan kod 19.

"Kita tidak boleh meninggalkan bab ini tanpa menyebut suatu lagi pendedahan besar yang telah
dibuat oleh Kod 19. Bukhari dan Al-Suyuti (811 T.M.) menyatakan bahawa ketika Khalifah Uthman melantik
sebuah suruhanjaya untuk menyemak naskhah-naskhah Quran yang wujud pada waktu itu, termasuk
menyemak dengan mereka yang menghafal Quran untuk mengadakan suatu naskhah Quran yang rasmi,
suruhanjaya itu mendapati bahawa tiap-tiap ayat Quran disahkan oleh banyak saksi, "kecuali ayat-ayat 128
dan 129, surah 9, ................ Tetapi yang amat memeranjatkan itu bila kita dapati bahawa kedua-dua ayat ini,
dari segi huruf, perkataan dan ayat -ditolak oleh Kod 19. Ini bermakna Kod 19 mengesahkan dua kenyataan
sejarah oleh Bukhari dan Al-Suyuti yang kita petik tadi bahawa ayat-ayat ini ialah tambahan yang tidak
terdapat dalam Quran".

ULASAN

Sumber rujukan umat Islam selepas wafat Rasulullah s.a.w. ialah Al-Quran dan Sunnah. Ini jelas
melalui sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi s.a.w. sabdanya: "Aku tinggalkan kepada kamu dua
perkara yang kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya iaitu kitab Allah (Al-
Quran) dan sunnah Rasulullah (s.a.w.)" (Riwayat Malik)

Daripada hadith di atas dapatlah difahami bahawa Kod 19 yang menjadi rujukan utama Kumpulan
Anti Hadith adalah bercanggah dengan Islam, kerana Kod 19 bukanlah wahyu daripada Allah, malah ianya
teori manusia sahaja sebagai penemuan baru. Berbanding dengan Al-Quran dan hadith, kedua-duanya adalah
daripada wahyu Allah s.w.t. lanya terjamin sehingga hari kiamat. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t.
yang bermaksud:

“Dan ia (Muhammad) tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut
kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadith) tidak
lain melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya. (Surah An-Najm: ayat 3-4)

Kesahihan ayat-ayat Al-Quran tidak perlu diragui dan dipertikaikan lagi kerana ayat-ayat suci Al-

14
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

Quran tetap terpelihara daripada sebarang bentuk sabotaj, perubahan dan penyelewengan. Ini bertepatan
dengan firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”
(Surah Al-Hijr: ayat 9)

Susunan ayat-ayat Al-Quran di dalam Mashaf Uthman ini adalah benar-benar daripada penyusunan
yang dibuat secara "tauqifi" oleh Malaikat Jibril kepada Nabi s.a.w. dan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri
mentauqifkan pula kepada penulis wahyu. Sebab itu Saidina Uthman apabila ditanya beliau menjawab
bermaksud: "Wahai anak saudaraku, aku tidak mengubah sesuatu dari tempatnya" [8]. Al-Quran Mashaf
Uthman ini juga telah diterima di zaman sahabat sebagai ijma' sahabat tanpa sebarang bantahan dan yakin
sampai darjat mutawatir.

Kalau sekiranya kita mempertikaikan kesahihan ayat-ayat Al-Quran, ini menunjukkan kita sendiri
tidak berpegang teguh dan mempercayai sepenuhnya terhadap Al-Quran itu sendiri. Sebagai seorang Islam,
kita wajib mempercayai kesucian seluruh ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi
Muhammad s.a.w., sedangkan Kod 19 yang menjadi rujukan kumpulan Anti Hadith tidak terjamin
keasliannya, kerana ia adalah hasil pemikiran manusia yang mempunyai batas-batas ilmu yang sangat terhad,
malah Allah s.w.t. Maha Mengetahui dan Maha Kuasa terhadap dunia dan segala yang terkandung di dalam
alam ini.

_____________________________________

Nota Kaki:

[8] Jalaluddin As-Sayuti, Al-ltqan fl Ulum Al-Quran, Mesir, Syarikab Maktabah Wa Matbaah Mustafa Al-Babi AI
Halabi Wa Auladuhu, Juzu 1, m.s. 70.

(f) Mendakwa Kiamat Akan Berlaku Pada 1710H/ 2280M

Kumpulan Anti Hadith ini juga mendakwa kiamat akan berlaku pada 1710H/2280M berdasarkan
kepercayaannya kepada Kod 19. Kenyataan ini terkandung di dalam buku "HADIS JAWAPAN KEPADA
PENGKRITIK" tulisan Kasim Ahmad.

"Angka 309 ada disebut dalam Quran dalam konteks yang berkaitan dengan tamatnya dunia dan
kiamat. Ini bermakna Quran sendiri mengesahkan tarikh tamatnya dunia dan kiamat. Oleh yang demikian,
dunia ini akan berakhir 309 tahun Hijrah dari 1400 atau 300 tahun masihi dari 1980 pada 1710 T.H.
bersamaan dengan 2280 T.M." (hal. 59)

ULASAN

Tidak ada siapa daripada makhluk Allah yang mengetahui tentang bilakah akan berlakunya Hari

15
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

Kiamat. Perkara ini adalah termasuk di dalam perkara ghaib yang tidak boleh dicapai oleh pancaindera
manusia, juga oleh para malaikat. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Katakanlah lagi: "Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib
melainkan Allah. Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula
(sesudah mati). (Surah An-Naml: Ayat 65)

Nabi-nabi dan Malaikat sendiripun tidak mengetahui bilakah berlakunya hari kiamat. Ini
sebagaimana yang dijelaskan oleh hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud: Daripada Ibnu Umar ra. katanya
Rasulullah s.a.w. ditanya (oleh Malaikat Jibril)

"...... Beritahulah kepadaku tentang hari Kiamat". Nabi berkata: "tidakkah orang yang bertanya lebih
mengetahui daripada orang yang ditanya" (Riwayat Muslim)

Allah Maha Berkuasa menentukan bila berlakunya hari kiamat. Manusia tidak dapat meramal waktu
dan masanya. Manusia tidak disuruh dan diperintah untuk meramal hari kiamat. Sebaliknya manusia dituntut
supaya memakmurkan bumi Allah ini dengan kerja-kerja kebajikan dan bukannya melakukan perkara-perkara
yang boleh membantut pembangunan negara dan seterusnya akan memberi kesan buruk kepada masyarakat
kerana mereka akan meramalkan sikap "anti establishment".

Sikap seumpama ini amat bercanggah dengan ajaran Islam. Islam menuntut umatnya supaya
berlumba-lumba mengerjakan amal kebajikan sebagaimana firman Allah s.w.t.:

“Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya. Oleh itu berlumba-
lumbalah kamu mengerjakan kebaikan kerana di mana sahaja kamu berada, maka Allah tetap akan
membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan), sesungguhnya Allah Maha
Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". (Surah Al-Baqarah: ayat 148)

Agama Islam melarang keras umatnya yang menjadi tukang tilik atau menenung nasib seseorang
terhadap sesuatu perkara ghaib, kerana perbuatan sedemikian adalah termasuk di dalam perkara keji dan
kotor. Ini jelas diperakui oleh Al-Quran melalui firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan
mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari pesyaitan. Oleh itu
hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya". (Surah Al-Maidah: ayat 90)

Kita sebagai manusia biasa seharusnya insaf dan sedar bahawa kita ini semuanya hamba Allah s.w.t.
yang dikurniakan oleh Allah ilmu-ilmu yang terbatas sahaja dan tidak mampu untuk menjangkau dan memiliki
alam ghaib dan sepatutnya kita akur dan tawadhu' bahawa Allah s.w.t. sahaja yang Maha Berkuasa di dalam
perkara ini.

(g) Menolak Berlakunya Siksaan Kubur Selepas Mati

16
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

Kumpulan Anti Hadith ini juga didapati menafikan berlakunya perkara 'ghaib selepas mati', contohnya seperti
siksaan kubur selepas mati kerana ia tidak disebut di dalam Al-Quran dan hadith-hadith mengenainya adalah
palsu belaka.

Contohnya:

"Hamdan takjumpa dalam Quran. Ajaran ada siksa kubur menunjukkan seolah-olah nabi mengajar
yang Tuhan itu tak adil dan zalim. Dia melaksanakan hukuman sebelum dihukum atau didengar dan
dibuktikan apa-apa kesalahan. Ini semua Hadith Palsu" (Petikan dari buku "PENDEDAHAN KEBENARAN
ADALAH DARI TUHAN MU-HADITH DI DALAM AL-QURAN" Idris Abdul Rahman, hal. 269)

Penolakan ini dinyatakan oleh KASSIM AHMAD sendiri melalui akhbar UTUSAN MALAYSIA 14 OGOS
1995: "Allah tidak akan menghukum manusia sebelum dibicarakan di Padang Mahsyar. Mati ibarat tidur dan
jangka waktu di antara mati dengan hari pembalasan bagi mereka (yang sudah mati) adalah terlalu cepat".

ULASAN

Kubur ialah tempat perhentian yang pertama di antara tempat-tempat perhentian alam akhirat yang
juga dinamakan "Alam Barzakh", tempat seseorang akan mendapati apa yang dijanjikan dalam hadith di
bawah ini menjadi kenyataan kepadanya iaitu:

Daripada Uthman bin Affan r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya kubur ialah
tempat perhentian yang pertama dari tempat-tempat perhentian alam akhirat. Oleh itu jika seseorang
terselamat dari huru-hara azabnya, maka huru-hara di tempat lain lebih ringan lagi kepadanya dan jika ia
tidak terselamat dari yang tersebut, maka huru-hara di tempat-tempat yang lain lebih berat lagi. (Riwayat At-
Tirmidhi dan Ibnu Majah)

Menyakini adanya siksaan kubur selepas mati adalah termasuk sebahagian daripada perkara-perkara
samiyyat iaitu beriman dengan perkara-perkara ghaib. Adanya siksaan kubur selepas mati adalah perkara
benar dan tetap akan berlaku kepada orang yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Seseorang
yang telah meninggal dunia, tidak akan terlepas daripada siksaan kubur. Ini bertepatan dengan hadith Nabi
s.a.w. yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah bersabda: "Mintalah kamu perlindungan kepada Allah
dari azab kubur ............." (Riwayat Al-Bukhari, Tirmidhi dan an-Nasa'i)

Sabdanya lagi yang bermaksud: Daripada Ummi Mubasysyir r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Mintalah kamu perlindungan kepada Allah daripada azab kubur, sesungguhnya mereka itu sedang diazab di
dalam kubur mereka dengan suatu azab yang dapat didengari oleh haiwan-haiwan." (Riwayat Ahmad dan At-
Tabrani)

17
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

Sabda baginda lagi yang bermaksud, Dari Al-Bara'bin Aazib ra. katanya, "Kami telah keluar bersama-
sama Nabi s.a.w. mengiringi jenazah seorang lelaki dari kaum Ansar, Ialu kami sampai dikuburnya yang
disediakan. Rasullah s.a.w. pun duduk. Lalu kami duduk disekelilingnya dengan keadaan tidak bergerak dan
membisu, manakala Baginda s.a.w. pula mencucuk-cucuk tanah dengan seranting kayu yang ada
ditangannya. Setelah itu Baginda s.a.w. mengangkat kepalanya Ialu bersabda, "Mintalah kamu perlindungan
kepada Allah dari azab kubur (diulangi sabdanya itu) dua atau tiga kali ..........." (Riwayat Ahmad, Abu Daud,
An-Nasa'i dan Ibnu Majah)

(h) Menafikan Kedudukan Nabi Adam Sebagai Manusia Pertama Ciptaan Allah s.w.t.

Kassim Ahmad, juga menafikan tentang kejadian Nabi Adam, seperti mana dakwaannya yang disiarkan oleh
Akhbar UTUSAN MALAYSIA, 14 Ogos 1995:

"............. Nabi Adam bukanlah manusiapertama secara mutlak yang dicipta oleh Tuhan tetapi ia lebih
merujuk kepada tiga konsep. Pertama, jelas Dr. Kassim Ahmad, Adam melambangkan manusia, kedua, ia
mewakili masyarakat awal tamadun manusia dan ketiga, mewakili rasul-rasul yang pertama dalam
masyarakat mereka".

"Sehubungan dengan itu, tambahnya lagi, manusia pertama dicipta oleh Tuhan sebenarnya wujud di
beberapa tempat dan mereka boleh dianggap sebagai Adam".

"Ini benda yang belum pasti Adam bukan ada di satu tempat. Ia ada di beberapa tempat. Manusia
yang asal, kita kata Adam dan orang yang menjadi guru yang Allah hantar untuk mereka, juga kita namakan
Adam".

ULASAN

Di dalam Al-Quran jelas menyatakan tentang sejarah asal usul kejadian manusia pertama yang
diciptakan oleh Allah s.w.t. sebagaimana firmannya di dalam surah Al-Hijr ayat 28-29 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari
tanah kental yang berubah warna dan baunya. Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku
tiupkan padanya roh dari (ciptaan)Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya. (Al-Hijr, ayat 28-29)

Di dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud: "Kamu semua adalah anak
Keturunan Nabi Adam dan Adam dijadikan daripada tanah ......... ". (Riwayat Al-Bazzar)

Seluruh agama samawdi dunia ini, mengakui Nabi Adam adalah manusia pertama yang diciptakan
oleh Allah s.w.t. Perkara ini adalah benar dan diperakui sendiri oleh Al-Quran. Kalau sekiranya kita berpegang
teguh dengan Al-Quran, sewajamya kita menerima dan mengakui bahawa Nabi Adam adalah daripada

18
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

ciptaan Allah. Kalau sekiranya kita tidak mempercayai perkara ini, dengan sendirinya kita tidak percaya
kepada Al-Quran dan secara tidak langsungnya kita telah terang-terang menolak Al-Quran itu sendiri. Sebagai
seorang Islam, kita wajib beriman dengan Al-Quran dan segala isi kandungannya.

(i) Menolak Kemaksuman Para Nabi

Fahaman ini telah dicetuskan oleh Dr. Rashad Khalifa melalui buku "THE COMPTJTER SPEAKS: GOD'S
MESSAGE TO THE WORLD".

"And that Mohammad the man committed many mistakes". (hal: 507)

Idea yang menyeleweng ini diperkukuhkan lagi oleh Kassim Ahmad melalui buku "HADIS JAWAPAN
KEPADA PENGKRITIK"

"Jika para nabi itu maksum, mereka bukan lagi manusia. Jika mereka bukan manusia, bolehkah
mereka menjadi teladan kepada manusia"? (Hal: 48)

ULASAN

Allah s.w.t. telah memilih pada masa-masa yang Ialu, Nabi dan Rasul untuk menyampaikan perintah-
perintahnya, kepada manusia agar manusia memperolehi kebaikan di dunia dan di akhirat. Kita wajib
mempercayai bahawa Allah s.w.t. mengutus para Nabi dan Rasul untuk memberi bimbingan kepada seluruh
umat manusia, tetapi di dalam menyampaikan dakwah para Nabi dan Rasul selalu mendapat tentangan
daripada kaumnya.

Nabi ialah seorang manusia lelaki yang merdeka yang diwahyukan oleh Allah s.w.t. kepadanya,
supaya dia melakukan perbuatan yang baik hanya untuk dirinya sendiri. Dia tidak pula disuruh untuk
menyampaikan kepada orang lain. Faedahnya mereka diutus supaya menjadi teladan kepada kaumnya.

Sedangkan Rasul iaitu seorang manusia lelaki merdeka yang di wahyukan oleh Allah s.w.t. supaya dia
beramal untuk dirinya sendiri kemudian menyampaikan wahyu Allah s.w.t. itu kepada kaumnya. Oleh sebab
itu tidaklah Nabi itu Rasul, tetapi setiap Rasul adalah Nabi.

Segala yang disampaikan oleh Rasul bukanlah daripada emosi dan rekaanya semata-matanya bahkan
daripada wahyu Allah s.w.t. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan
dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (sama ada Al-Quran dan Hadith) tidak lain hanyalah
wahyu yang diwahyukan kepadanya. (An-Najm, ayat 3-4)

Para nabi dan Rasul adalah manusia biasa, Mereka makan, minum, tidur, berkahwin, bekerja dan
sebagainya, tetapi mereka mempunyai kedudukan yang istimewa di sisi Allah, kerana Para Rasul ditugaskan

19
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

oleh Allah untuk menyampaikan segala suruhan dan perintah Allah serta larangan-Nya kepada makhluk Allah.

Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang Nabi dan Rasul terakhir. Baginda juga adalah manusia biasa.
Tidak ada lagi Nabi-nabi dan Rasul selepas Baginda. Baginda adalah termasuk dalam kategori "Ulul Azmi"
yang paling tinggi darjatnya di kalangan para Nabi kerana paling banyamenerima ujian Allah. Gelaran ini
diberikan juga kepada Nabi Noh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.

Para Nabi dan Rasul dikurniakan Allah dengan sifat "maksum" terpelihara daripada melakukan
sebarang kejahatan dan dosa. Ini dapat dibuktikan melalui Al-Quran mengenai keunggulan peribadi Nabi
Muhammad, yang diutuskan oleh Allah ke dunia ini, yang menjadi contoh teladan kepada umat manusia,
sepertimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi
orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut
dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” (Al-Ahzaab: ayat 21)

Para Nabi dan Rasul mempunyai berbagai-bagai keistimewaan dan mukjizat yang dikumiakan oleh
Allah s.w.t. kepada mereka, berbanding dengan kita manusia sebagai hamba Allah yang tidak ada langsung
mukjizat yang boleh mengatasi orang lain. Yang kita ada hanyalah akal fikiran yang diberikan oleh Allah
supaya kita tunduk dan patuh kepada segala ajaran Al-Quran dan juga menghayati Sunnah Rasullah s.a.w.
Nabi Muhammad s.a.w. diberikan tugas oleh Allah s.w.t untuk menyampaikan syariatnya seperti firman Allah
yang bermaksud:

Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Allah (Muhammad
s.a.w.) dengan membawa kebenaran dari Tuhan kamu, maka berimanlah kamu (kerana yang demikian itu)
amatlah baiknya bagi kamu. Danjika kamu kufur ingkar (maka kekufuran kamu itu tidak mendatangkan
kerugian apa-apa kepada Allah, kerana sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan di bumi;
dan Allah sentiasa Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (An-Nisaa": 170)

Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan kepada RasuINya serta kepada penerangan cahaya Al-
Quran yang Kami turunkan. Dan (ingatlah) Allah Amat Mendalam PengetahuanNya akan segala yang kamu
kerjakan. (At-Taghaabun: 8)

“Sesungguhnya aku ini ialah Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu” (Asy-
Syuaraa': 107)

20
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

4.2. PERCANGGAHAN DARI SUDUT SYARIAH DAN ULASAN

Percanggahan dari sudut SYARIAH antaranya :

(a) Menolak Pensyariatan Sembahyang


(b) Menolak Ketetapan Hukum Fiqh Islam Tentang "Aurat Wanita"

(a) Menolak Pensyariatan Sembahyang

(i) Di dalam beberapa penulisan mereka, kumpulan ini mendakwa bahawa melaksanakan syariat Islam cukup
dengan Al-Quran sahaja, contohnya dalam kaifiat melaksanakan ibadat sembahyang. Umat Islam tidak perlu
merujuk kepada amalan Rasulullah kerana amalan sembahyang telah pun ada sejak zaman Nabi Ibrahim.
Oleh yang demikian kita boleh melakukan sembahyang dengan cara meniru cara datuk nenek kita
melakukannya mengikut cara asal Nabi Ibrahim, Ismail, Yaakub, Musa, Isa dan pengikut-pengikut mereka.
Disebabkan Al-Quran tidak menyebutkan perincian, maka cara melakukannya bolehlah dengan akal dan
perundingan". (* Fakta ini dipetik dari buku HADIS JAWAPAN KEPADA PENGKRITIK, Kassim Ahmad-hal. 40-41)

(ii) Mengikut hadis, perintah sembahyang diterima oleh Nabi Muhammad di dalam perjalanan
"Malam Isra' dan Mikraj" di mana cerita-cerita hadis menggambarkan beliau tawar menawar dengan Tuhan
tentang bilangan waktu sembahyang untuk umat Islam dengan Nabi Musa sebagai penasihat beliau:
Nyatakan ini satu cerita rekaan untuk menyedapkan telinga yang mendengar. (Petikan dari buku HADIS SATU
PENILAIAN SEMULA tulisan Kassim Ahmad-hal. 99).

(iii) Proses pensyariatan sembahyang ini kemudiannya telah diselewengkan lagi oleh Othman Ali,
penulis buku BACAAN yang mengatakan bahawa. "Ayat ini bermakna sembahyang hanya tiga kali sehari iaitu
Subuh, Maghrib dan Isyak, tapi ulamak mengajar kita sembahyang lima kali sehari. Ini satu
pembohongan,"jelasnya.

Sembahyang juga, kata beliau minimumnya satu rakaat sahaja dan umat Islam juga boleh
menggunakan apa sahaja bahasa semasa menunaikannya, termasuk semasa membaca surah Al-Fatihah.
(Petikan dari Utusan Malaysia 14 Julai, 1995)

ULASAN

lbadat sembahyang adalah rukun Islam yang kedua. Setiap orang yang mengaku dirinya seorang
Islam, wajib mendirikan sembahyang, kerana ia adalah daripada perintah Allah s.w.t. Di dalam Al-Quran
banyak ayat-ayat yang menyebut mengenai perkara tersebut. Antaranya yang bermaksud:

“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya; Dialah yang memilih
kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu
keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim: Ia menamakan kamu "orang-

21
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi
yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang
memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah
sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. Maka
(Allah yang demikian sifatNYA) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan".
(Al-Hajj: 78)

Di dalam Al-Quran tidak disebut mengenai cara mendirikan sembahyang. Disinilah peranan hadith
yang dapat menerangkan cara bagaimana sembahyang itu didirikan.

Cara mendirikan sembahyang hendaklah kita mengikut cara Nabi Muhammad s.a.w.
mengerjakannya, sebagaimana sabda baginda yang bermaksud: "Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu
melihat aku bersembahyang" (Riwayat Al-Bukhari)

lbadat sembahyang yang dikerjakan dengan akal dan perundingan serta menggunakan apa sahaja
bahasa, tidak akan diterima dan ditolak Allah s.w.t. kerana rnereka-reka sesuatu yang bertentangan dengan
syariat yang telah ditentukan oleh s.w.t. adalah dianggap "bidalah". Ini sebagaimana yang dinyatakan oleh
hadith

Nabi s.a.w. yang bermaksud: Daripada Aishah r.a. katanya. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang
melakukan sesuatu amalan yang bukan daripada suruhan Kami, maka ianya ditolak" (Riwayat Ahmad dan
Muslim)

lbadat sembahyang yang difardukan ke atas umat Islam ialah sebanyak lima waktu sehari sernalam.
Ini telah disepakati oleh para ulama berdasarkan firman Allah s.w.t yang bennaksud:

“Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad) engkau atau umatmu, pada dua bahagian siang
(pagi dan petang) dan pada ketika-ketika yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya
amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang
demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat". (Surah Hud: 114)

“Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah)
sembahyang subuh. Sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya). (Surah Al-
Israa': 78)

“Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang
fardu, khasnya sembahyang WUSTA (Sembahyang Asar) dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang
kamu) dengan taat dan khusyu'. (Surah Al-Baqarah: 238)

Hadis Isra' dan Mikraj yang bermaksud:

Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya: "Daripada Nabi s.a.w.: Jibril telah datang dua kali ke Baitullah
menemui Rasulullah s.a.w. dan sembahyang bersama Jibril iaitu Sembahyang Zohor pada hari pertama ketika
gelincir matahari dan SembahyangAsar diwaktu nampak bayang-bayang dan bersembahyang Maghrib ketika

22
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

hilang matahari dan Sembahyang Isyak ketika hilang syafaq merah dan Sembahyang Subuh ketika terbit fajar.
Dan mengharamkan makan dan minum kepada orang yang berpuasa setelah terbit fajar .........." (Riwayat
Ahmad, Abu Daud, Al-Tirmidhi dan Al-Hakim)

Daripada penjelasan di atas dapatlah difahami bahawa ibadat sembahyang adalah sebanyak lima
waktu bukannya tiga waktu sepertimana yang didakwa oleh Kumpulan Anti Hadith ini.

(b) Menolak Ketetapan Hukum Fiqh Islam Tentang "Aurat Wanita"

Kumpulan Anti Hadith ini juga didapati menolak ketetapan yang telah disyariatkan oleh islam tentang 'Aurat
Wanita' yang wajib dipelihara dan diikuti oleh setiap umat Islam:

(i) "............ wanita Muslim boleh memakai apa sahaja pakaian walaupun mendedahkan anggota-
anggota berkenaan dengan syarat ia hendaklah bersopan dan tidak menyalahi adat serta budaya masyarakat
setempat. Aurat ialah menutup bahagian sulit yang apabila kita dedahkan menjadi sumbang kepada
masyarakat. Tanda tentang auialah wuduk. Semasa wuduk, Allah menyuruh kita membasuh muka, tangan
dan menyapu kepala. Maknanya kepala itu tidak ditutup, kerana kalau kepala ditutup, tentu Tuhan tidak
menyuruh kita menyapunya" (Petikan dari Akhbar Utusan Malaysia14 Ogos 1995, kenyataan oleh Kassim
Ahmad).

(ii) "Surah An-Nur, ayat 31 menyuruh wanita menutup dada dan bukan kepala mereka. Surah Al-
Ahzab juga menjelaskan lagi hal yang sama "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri, anak-anak perempuan
dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka menutup baju luar mereka ke seluruh badan mereka.
Dengan begitu, mereka lebih mudah untuk dikenal dan mereka tidak diganggu ...........

Ayat ini juga menyuruh tutup badan sahaja dan bukan kepala. Apabila kepala ditutup, tambahan
dengan memakai purdah, tentulah susah dikenali". (Petikan daripada surat Pn. Kalsom Abd. Rahman (isteri
kepada Wadan Kassim) yang telah dikemukakan kepada BAHEIS pada 15-12-1994).

ULASAN

Di dalam Al-Quran, surah an-Nur, ayat 31 dengan jelas menyatakan bahawa aurat wanita ialah
keseluruhan tubuh badannya kecuali muka dan kedua tapak tangannya sebagaimana firman Allah s.w.t. yang
bermaksud:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka
(daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup
belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka ..........” (Surah An-Nur, ayat 31)

Ayat ini menjelaskan bahawa wanita Islam bukan sahaja diperintahkan supaya menyekat pandangan
mereka daripada melihat yang haram dan menjaga kehormatannya daripada melakukan zina dan lain-

23
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

lainnya, tetapi juga diharamkam mendedahkan tubuhnya kepada lelaki yang bukan mahramnya, kecuali
anggota tubuhnya yang zahir iaitu bulatan muka dan kedua tapak tangan [9].

Oleh yang demikian, tafsiran mengikut selera sendiri yang menyatakan bahawa aurat ialah bahagian
sulit sahaja dan tanda tentang aurat ialah wuduk, iidak boleh diterimapakai untuk dijadikan amalan hidup
umat Islam di negara ini, kerana ia telah bercanggah dan bertentangan dengan ajaran Islam yang terkandung
di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Di dalam hadith Nabi Muhammad s.a.w. diterangkan dengan jelas; mengenai aurat wanita ini
sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Daripada Aishah r.a. katanya bahawa Asma'binti Abu Bakar
pernah masuk ke rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga nampak kulitnya. Kemudian Baginda
berpaling dan bersabda "Wahai Asma', sesungguhnya seseorangperempuan, apabila sudah datang waktu
haid, tidak boleh diperlihatkan tubuhnya melainkan ini dan ini (sambil ia menunjukkan muka dan kedua tapak
tangannya. (Riwayat Abu Daud)

_____________________________________

Nota Kaki:

[9] Sheikh Muhamad Ali Sais, Ta, ir Ayat Al-Ahkam, Mesir (Azhar), Cetakan Mohamad Ali Sobeh Wa Awladuhu
1953. Jilid 31 hal. 160.

24
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

4.3. PERCANGGAHAN DARI SUDUT AKHLAK DAN ULASAN

Percanggahan dari sudut AKHLAK antaranya:

(a) Menghina Peribadi dan Kedudukan Rasulullah s.a.w.


(b) Mencerca dan Memfitnah Para Ulama
(c) Mencabar dan Mempertikaikan Kewibawaan Pihak Berkuasa Agama
(d) Tidak Mengikut Disiplin limu-ilmu Islam

(a) Menghina Peribadi dan Kedudukan Rasulullah s.a.w.

Antara contoh penghinaan tersebut yang dimuatkan dalam penulisan mereka ialah:

(i) "Cuba saudara beri maksud, apabila saudara membaca semasa bertahyat, Betulkah Allah
memerintah kita mengucapkan assalamualaikum kepada Nabi semasa Allah memerintah kita BERSOLAT
dengannya? Agak-agak saudara apabila memberi salam kepada Nabi Muhammad semasa kita BERSOLAT
dengan Allah, Nabi boleh membalas balik SALAM kita atau tidak?" (Petikan surat daripada A. Manan Harun
kepada Datuk Abu Hasan Din, 5 Ogos, 1989).

(ii) "Adakah Nabi Muhammad seorang manusia yang berakhlak tinggi, setelah berjuang selama 23
tahun menyeru manusia kepada agama tauhidyang diajar oleh semua nabi, menyuruh umat Islam mengucap
dua kalimah syahadah yang mengutamakan beliau sendiri mengatasi nabi-nabi lain?"

"Menyebut nama Nabi Muhammad dalam kalimah syahadah melanggar perintah Tuhan yang
menegah kita daripada membeza-bezakan di antara rasul-rasuINya (rujuk 2:285)". (Petikan daripada IQRA'.
Jil. 3/Bil. 3) (Muharram 1416H/1995M, hal. 3)

(iii)"Rasul (Muhammad) adalah sama seperti posmen dan dia adalah manusia biasa, tidak perlu
didewa-dewakan atau dipertuhankan". (Petikan daripada surat Pn. Kalsom Abd. Rahman isteri kepada Wadan
Kassim) yang telah dikemukakan kepada BAHEIS PADA 15-12-94)

ULASAN

Nabi Muhammad s.a.w. adalah Nabi dan Rasul terakhir. Baginda mempunyai peribadi dan akhlak
yang terunggul yang diutuskan oleh Allah untuk menjadi contoh teladan kepada umat manusia sebagaimana
firman Allah yang bermaksud:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi
orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut
dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Al-Ahzaab: 21)

Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:

“Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia'. (Al-Qalam: 4)

25
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak
yang baik" (Riwayat Malik)

Di dalam Al-Quran sendiri dijelaskan bahawa Allah sendiri dan para Malaikat berselawat sebagai
penghormatan ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan)
kepada Nabi (Muhammad s.a.w.), wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta
ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya". (Al-Ahzaab: 56)

Sebagai seorang utusan Allah kepada umat manusia, Nabi Muhammad s.a.w. diiktiraf oleh Allah di
dalam Al-Quran sebagai manusia teladan yang mempunyai budi pekerti yang luhur dan mulia. Perkara
seumpama ini tidak perlu disangsikan lagi dan Al-Quran sendiri menyuruh umatnya supaya meneladani dan
mengikuti contoh akhlak Nabi Muhammad s.a.w. yang menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia
dan di akhirat.

Oleh yang demikian setiap orang Islam wajib beriman kepada Rasulullah s.a.w. dan menerima serta
menurut hukum hakam dan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w.

Kedudukannya sebagai seorang Rasul tidak perlu diragui dan dipertikaikan. Ini dijelaskan oleh hadith
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Dari Abu Hurairah ra. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi Tuhan
yang diri Muhammad di dalam kekuasaannya! tidak ada seseorangpun dari umat manusia ini sama ada
Yahudi atau Nasrani yang mendengar akan perihalku (menjadi utusan Allah) kemudian ia mati sedang ia tidak
beriman dengan (agama Islam) yang aku diutus membawanya melainkan ia dari ahli neraka". (Riwayat
Muslim)

Mengikut pendapat ijma' ulama' bagi keempat-empat mazhab, orang yang mencaci dan menghina
Rasulullah s.a.w. adalah murtad dan hukumnya dibunuh.

(b) Mencerca dan Memfitnah Para Ulama

Kumpulan Anti Hadith ini juga sering kali mencerca dan memfitnah para ulama dengan berbagai tuduhan
melalui penulisan-penulisan mereka. Contohnya:

(i) "Seperti Samiri yang telah menggunakan 'berhala anak lembu'yang telah dibentuk atas arahannya
untuk menyesat dan menindas umat Nabi Musa, begitu juga ulama hadith yang lampau ini telah menyesat
dan menindas umat Muhammad dengan menggunakan 'Hadith Nabi rekaan mereka. Melalui ajaran mereka,
orang-orang Islam telah menjadi orang-orang Musyrik penyembah berhala atau penyembah ulama yang telah
membentuk hukum-hakam rekaan mereka melalui apa yang mereka katakan sebagai hadith Nabi. Bukanlah
berhala anak lembu yang telah menyesatkan umat Nabi Musa bahkan Samiri. Dan bukanlah Hadith Nabi yang
telah menyesatkan umat Nabi Muhammad bahkan ulama hadith yang lampau ini". (Petikan dari buku
"PENDEDAHAN KEBENARAN ADALAH DARI TUHAN MU-HADIS DI DALAM AL-QURAN", Idris Abdul Rahman,

26
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

hal. 147)

(ii) "Seperti yang diberitakan, RM3 juta wang rakyat digunakan untuk pelajar negeri Kelantan saja
yang di peringkat darjah enam ke bawah supaya mereka mahir melagu-lagukan Al-Quran sebagai syair. Wang
RM3 juta itu tentunya aka'n masuk ke dalam saku guru-guru syair. Apabila umat sudah mempelajari Al-
Quran, ulama akan kehilangan pengaruh dan fungsi mereka. Agama tidak akan menjadi punca rezeki yang
lumayan lagi". (Petikan dari akhbar Berita Harian 14 Julai 1995, tulisan Wadan Kassim, hal. 10).

Selain daripada itu mereka juga memfitnah para ulama melalui ayat Al-Quran dengan memesongkan
pengertian ayat tersebut, contohnya:

"Dalam hal ini Al-Quran mengatakan: "Wahai orang beriman sesungguhnya kebanyakan pendita-
pendita dan alim ulama itu memakan harta manusia dengan cara yang palsu (batil) dan mereka menghalang
orang daripada jalan Allah". (Petikan dari akhbar Berita Harian 14 Julai 1995, tulisan Wadan Kassim, hal. 10).

ULASAN

Umat Islam adalah umat yang terkenal sebagai umat yang paling baik. Ini telah diperakukan sendiri
oleh Allah s.w.t. di dalam surah Aali 'Imran ayat 110 yang bermaksud:

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat
manusia (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara
yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar iman) .......” (Ali 'Imran
ayat 1 10)

Di antara ciri-ciri umat Islam yang paling baik ialah dari segi akhlaknya. Islam mengajar umatnya
supaya menghayati akhlak mulia umpamanya mengamalkan sifat hormat menghormati di antara satu sama
lain lebih-lebih lagi terhadap para ulama, kerana para ulama ini adalah pewaris Nabi-nabi. Ini bertepatan
dengan firman Allah yang bermaksud:

“Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang
ternak, ada yang berlain-lain jenis dan warnanya. Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar
perintah) Allah dari kalangan hamba-hambanya hanyalah orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha
Kuasa lagi Maha Pengampun.” (Faatir: 28)

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Daripada Ali r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda "Para ulama
adalah ibarat lampu-lampu yang menerangi bumi dan merupakan khalifah-khalifah para Nabi dan pewarisku
dan pewaris para Nabi" (Riwayat Ibnu Addi)

Peranan para ulama adalah sangat penting di dalam menyampaikan dakwah kepada manusia,
menyeru berbuat kebaikan dan mencegah daripada melakukan kemungkaran. Sekiranya dinafikan segala
pengorbanan dan sumbangan ulama, maka besar kemungkinan, masyarakat akan hidup di dalam kejahilan
tentang ugama Islam dan masyarakat akan hidup di dalam kucar kacir dan berpecah belah. Ulama menyeru
manusia berpegang teguh dengan agama Allah dan sentiasa bersatupadu. Dengan wujudnya perpaduan,

27
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

masyarakat akan hidup di dalam aman, tenteram dan harmonis.

Apabila urusan agama diserahkan kepada orang lain yang tidak mengetahui tentang hal ehwal
agama, maka akan timbul kacau bilau, porak peranda, perpecahan yang akhimya membawa kepada
kehancuran. Ini bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah
r.a. katanya, Rasulullah bersabda, "Apabila diserahkan sesuatu perkara bukan kepada ahlinya, maka
tunggulah saat kehancurannya." (Riwayat Al-Bukhari)

(c) Mencabar Dan Mempertikaikan Kewibawaan Pihak Berkuasa Agama

Kumpulan Anti Hadith ini sering kali mencabar Kerajaan, khususnya Pihak Berkuasa Agama supaya
mengambil tindakan ke atas mereka jika sekiranya benar fahaman yang dibawa oleh mereka bertentangan
dengan ajaran Islam. Contohnya:

"Kassim Ahmad hari ini mencabar Pusat Islam serta Jawatankuasa Majlis Agama supaya
mendakwanya jika beliau dan anggota-anggota Persatuan Jemaah Al-Quran Malaysia (JAM) benar-benar
menyeleweng".

"Saya fikir saya tidak buat salah malah hadis itu perlu dikaji dengan teliti mengikut Al-Quran".
(Petikan dari akhbar Utusan Malaysia 26-7-95, kenyataan oleh Kassim Ahmad)

Selain daripada itu, corak propaganda Kumpulan Anti hadith ini yang mempertikaikan tindakan dan
kewibawaan pentadbiran agensi-agensi agama adalah merupakan elemen menghasut yang boleh
mencetuskan kesangsian terhadap kewibawaan Kerajaan. Contohnya:

"Saya yakin pengharaman itu dibuat berdasarkan pendapat daripada sesetengah ulama yang
mendesak Kerajaan bertindak demikian dan bukan daripada penelitian yang mendalam. Ini satu
perkembangan yang tidak sihat dan bahaya kepada individu Islam yang mahu mengembangkan syiar Islam."
(Petikan dari Akhbar Watan, 24-7-95 Kenyatan oleh Kassim Ahmad.

ULASAN

Pihak Berkuasa Agama di peringkat Pusat dan Negeri adalah pihak yang mempunyai autoriti yang
besar di dalam membuat dan menentukan sesuatu hukum tentang sesuatu masalah yang berlaku di kalangan
umat Islam. Para Mufti adalah orang yang berwibawa di dalam memberi dan menjelaskan sesuatu perkara
dan hukum di dalam agama. Segala hukum hakam yang telah dikeluarkan adalah diakui sah dan benar,
kerana segala kata-kata mereka bukanlah reka-reka dan khayalan bahkan berpandukan Al-Quran dan Sunnah
Rasulullah s.a.w.

Sikap suka mencabar dan mempertikaikan Pihak Berkuasa Agama adalah dengan sendirinya
mempertikaikan pihak Kerajaan yang memerintah. Kerajaan dan Pihak Berkuasa Agama sentiasa bersikap
terbuka dengan membenarkan seseorang itu berdakwah kepada orang ramai selagi ia tidak bertentangan

28
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah nabi Muhammad s.a.w.

Setiap perkara yang berhubung dengan selok-belok agama, sewajarnya terlebih dahulu hendaklah
dirujuk kepada orang yang arif tentang agama dan begitulah juga dengan ilmu-ilmu yang lainnya, sekiranya
kita tidak mengetahui tentang perkara tersebut. Ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud:

“Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki
yang kami wahikan kepada mereka (bukan Malaikat), maka bertanyalah kamu kepada Ahludz Dzikri (orang
yang berpengetahuan agama) "jika kamu tidak mengetahui". (Al-Anbiyaa': 7)

(d) Tidak Mengikut Disiplin limu-ilmu Islam

Di dalam menghuraikan ilmu-ilmu Islam, kumpulan Anti Hadith ini juga didapati melanggar disiplin-disiplin
ilmu yang telah digariskan oleh Islam.

Contohnya perbahasan-perbahasan tentang syariat sembahyang, aurat wanita Islam dan kejadian
perkara-perkara ghaib. Penghuraian mengikut akal dan "kaedah saintifik" semata-mata tanpa berpandukan
Al-Quran, Hadith, ljma' Ulama dan Qias adalah melanggar disiplin ilmu Islam dan akan menyesatkan umat
Islam.

Kumpulan Anti hadith ini juga tidak merujuk kepada kitab-kitab yang muktabar dalam mentafsirkan
ayat-ayat Al-Quran dan perkara-perkara yang berkaitan dengan aqidah dan syariah Islam.

Contohnya, dalam menterjemahkan ayat-ayat Al-Quran (seperti buku 'BACAAN') menentukan


kesahihan ayat-ayat Al-Quran dan Hari Kiamat, Kumpulan Anti Hadith ini lebih mengagongkan dan merujuk
kepada -buku-buku yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa dan buku-buku yang ditulis oleh sarjana-sarjana
orientalis seperti Ignaz Goldzihar dan Joseph Schacht.

ULASAN

Di dalam menghuraikan ilmu-ilmu Islam, Kumpulan Anti hadith juga didapati melanggar disiplin-
disiplin ilmu yang telah digariskan oleh Islam. Contohnya perbahasan-perbahasan tentang syariat
sembahyang, aurat wanita Islam dan kejadian perkara-perkara ghaib. Penghuraian mengikut akal, logik dan
kaedah saintifik semata-mata tanpa berpandukan Al-Quran, Hadith, ljma' Ulama dan Qias dan lain-lain
kaedah yang telah disepakati oleh ulama adalah melanggar disiplin ilmu Islam dan akan menyesatkan umat
Islam, sedangkan berpegang kepada Al-Quran dan Sunah serta kaedah-kaedah ilmu Islam yang lain, akan
menjamin keselamatan di dunia dan di akhirat.

Kumpulan Anti hadith ini juga tidak merujuk kepada kitab-kitab yang muktabar dalam mentafsirkan
ayat-ayat Al-Quran dan perkara-perkara yang berkaitan dengan aqidah dan syariah Islam. Contohnya, dalam
menterjemahkan ayat-ayat Al-Quran (seperti buku 'BACAAN') menentukan kesahihan ayat-ayat Al-Quran dan
hari Kiamat, Kumpulan Anti Hadith ini lebih mengagungkan dan merujuk kepada buku-buku yang ditulis oleh
Dr. Rashad Khalifa dan buku-buku yang ditulis oleh sarjana-sarjana orientalis seperti Ignaz Goldzihar dan

29
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

Joseph Schacht. Inilah yang kita rasa aneh, kerana mereka sendiri mendakwa tidak mahu berpegang kepada
pendapat ulama dan hanya berpegang kepada Al-Quran sahaja, di sini nampaklah pendirian dan
penyelewengan mereka sebenarnya. Sebarang bentuk pentafsiran terhadap ayat-ayat Al-Quran perlu dirujuk
dari kitab-kitab Tafsir Muktabar. Jumhur Ulama memperakukan kitab-kitab Tafsir Ma'thur dan Tafsir Ra'yu
Jaiz sebagai kitayang muktabar yang telah diperakui di kalangan ulama' salaf dan khalaf tentang isi
kandungannya, di antara kitab-kitab tersebut ialah:

(a) Kitab-kitab Tafsir Ma'thur yang masyhur digunakan untuk rujukan, antaranya adalah seperti berikut:

Bil. Nama Kitab Pengarang


(i) Jame'u Al-Bayan Fi Tafsir Al-Quran Ibnu Jarir At Tabari
(ii) Bahru Al-Ulum Abu Al-Laith As-Samar Qandi
(iii) Al-Kasyfu Wal-Bayan 'An Tafsir Al-Quran Abu Ishak At Tha'labi.
(iv) Maalim Al-Tanzil Abu Muhammad A-Husain Al-Baghawi
(v) Al-Muharrir Al-Wajiz Fi Tafsir Al-Kitab AI Aziz Ibnu Attiyah Al-Andalusi
(vi) Tafsir Al-Quran Al-'Azim Abu Fida' Al-Hafiz Ibnu Kathir.
(vii) Al-Jawahir Al-Hisan Fi Tafsir Al-Quran Abd. Rahman At Tha'labi
(viii) Ad-Dur Al-Manthur Fi At Tafsir Al-Ma'thur Jalaluddin As-Suyuti

(b) Kitab Tafsir Rakyu Jaiz yang disepakati ulama' diterima pakai sebagai sumber rujukan, di antaranya:

Bil. Nama Kitab Pengarang


(i) Mafatih al-Ghaib Al-Fakhr Ar-Razi
(ii) An-Nur An-Tanzil Wa Asrar At Ta'wil Al-Baidhawi
(iii) Madarij At Tanzil Wa Haqaiq At Ta'wil An-Nasafi
(iv) Lubab At Takwil Fi Maani At Tanzil Al-Khazin
(v) Al-Bahr Al-Muhit Abu Hayyan
(vi) Gharaib Al-Quran Wagharaib Al-Furqan An-Naisaburi
(vii) Tafsir Al-Jalalain Jalal Al-Mahalli Wa Jalal As-Sayuti
(viii) Siraj Al-Munir Fi Al-Jannah Al Makrifah
Ba'di bi Maani Kalam Rabbina Al-Halim Al-Khatib As-Syarbini
(ix) Irsyad Al-Aql As-Salim ila Mazaya Al-Kitab Al-KarimAbu Mas'uud
(x) Ruh Al-Maani Fi Tafsir Al-Quran Al-Aziim Wa
As-Sab'u Al-Mathani Al-Alusi
(xi) Ahkam Al-Quran Al-Qurtubi
(xii) Ahkam Al-Quran Al-Jassos

Kitab-kitab rujukan di atas adalah menjadi sebagai panduan para ulama. Pengarang-pengarang kita
kesemuanya merujuk daripada kitab-kitab tersebut, untuk tujuan mengeluarkan sesuatu hukum dan hujjah
dalam tulisannya atau pertuturannya. Sebarang penulisan yang tidak merujuk kitab muktabar adalah tidak
diterima, kerana ia akan menimbulkan kekeliruan akidah khususnya kepada masyarakat awam.

5. CONTOH PENYELEWENGAN TERJEMAHAN BUKU

30
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

Antara Contoh Penyelewengan-Penyelewengan Lain Yang Dilakukan Oleh Kumpulan Anti Hadith

Di antara contoh penyelewengan-penyelewengan lain yang dilakukan oleh Kumpulan Anti Hadith
ialah menterjemahkan Al-Quran secara literal dengan tidak berpandukan kitab-kitab tafsir yang muktabar.
Kandungan buku "BACAAN" dalam memberi pengertian nama surah, jelas tidak mengikut panduan sebenar
dan memberi pengertian yang amat bercanggah. Di bawah ini dipertutunkan sebahagian daripada tulisan
tersebut.

Bil. Nama Surah Dlm. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Penjelasan

1. Al-Maidah Meja Hidangan Hidangan Meja sebagai penambah tidak

terkandung dalam Al-Quran

2. Al-Kahfi Gua Gua Kahfi Nama Khas dijadikan Am

3. Ar-Rahman Pemurah Amat/Maha Pemurah Peranan Alif dan Lam sebagai


sifat Allah bermakna "Tafdil"

4. Al-Ikhlas Tulus Ikhlas Ikhlas Maksud ikhlas mentauhidkan


Allah s.w.t. dengan
sebersih-bersihnya

5. Al-Buruj Gugusan Bintang Tempat beredar bintang-bintang Berlainan makna


dan
pengertiannya

6. Al-Insyiqaq Berpecah belah Terbelah Berlainan makna dan


pengertianya

7. Al-Jumu'ah Yang berkumpul Jumaat Ayat perintah menunaikan


fardhu Jumaat

6. PENUTUP

Dengan penjelasan yang diberikan di atas, pihak Kerajaan berharap semoga masyarakat Islam dapat
memahami kedudukan sebenar mengenai sesatnya fahaman Anti hadith ini. Majlis Muzakarah Fatwa
Kebangsaan telah memutuskan bahawa orang yang berfahaman sedemikian adalah murtad dan terkeluar
daripada Islam. Kepada para pengikut Kumpulan Anti Hadith ini, diharap dapat kembali semula ke jalan yang
diredai oleh Allah s.w.t. dan kepada orang ramai diseru supaya berhati-hati dan menjauhkan diri daripada
terpengaruh dan terlibat dengan fahaman yang menyeleweng ini. Ini amat penting untuk memelihara
kesucian akidah setiap individu serta menjamin keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dan negara.

31
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

32
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

Soal Jawab Dan Diskusi Mengenai Anti Hadith (AH) :

Siapakah Pengasas AH, Dari Mana Asal Usul Mereka?


Apakah Prinsip Golongan Anti Hadith?
Apakah Ada Gerakan Anti Hadith Pada Zaman Dahulu?
Apakah Pendirian/Fatwa Ulama Islam Tentang Anti Hadith?
Siapakah Mula-mula Mempersoalkan Kekudukan Hadith?
Benarkah Hadith Hanya Wujud 200 Tahun Selepas Kewafatan Nabi?
Isu Hadith; Mengenai Meminum Air Kencing Unta
Isu Mengenai Lafaz Salam; Bagaimana Cara Lafaz Yang Betul?
Apakah Ada Hadith Nabi Mengenai Golongan Anti Hadith ini?
Benarkah Solat 5 Waktu Sehari Adalah Warisan Zaman Jahiliah?
Adakah Golongan Anti Hadith Pengikut Nabi Ibrahim?
Apakah Tindakan Kerajaan Untuk Membendung Gerakan Anti Hadith?

“Dan ia (Muhammad) tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut
kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadith) tidak
lain melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya.” [Qur’an Surah An-Najm 53: 3-4]

33
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

Siapakah Pengasas Dan Dari manakah Asal Usul Mereka?

Jawapan / Penjelasan :

Fahaman Anti-Hadith atau Ingkarul Sunnah di asaskan oleh Prof Dr Goldziher, kelahiran Yahudi
Hungary pada tahun 1870 dan meninggal pada tahun 1921. Goldziher mendapat biasiswa Zionis International
Jerman untuk melanjutkan pelajaran di al Univ. Azhar dari tahun 1873. Dia diutus khas mendalami bidang
Sunnah dan akhirnya dia mencetuskan ajaran ingkarus Sunnah dengan slogan pembaharuan Islam Pada
tahun 1876 sekembali dari Mesir, beliau menjawat jawatan Setiausaha Zionis international cawangan
Budapest.

Kemudian selama 15 tahun dia mengajar di maktab Zionis Budapest untuk melahirkan graduan-
graduan Zionis yang akan bertibaran di seluruh dunia mengembangkan ajaran ingkaru sunnah (anti hadith) ini
bertujuan melemahkan ajaran Islam dari dalam. Bapak ajaran Ingkarus Sunnah ini meninggalkan hampir 200
judul karya khas dalam jurusan Ingkaru Sunnah dan melahirkan ratus ribuan graduan yang telah dirosakkan
kefahaman mereka tentang Sunnah. Prof Goldziher adalah salah satu agenda Zionis Antarabangsa.

Kebanyakan cendikiawan Islam yang menuntut di Eropah akan terpengaruh dengan ajaran Goldziher
ini. Di antara murid-murid tersohor Goldziher dari Mesir ialah Dr Ali Hasan Abdul Kadir, Toha Hussin, Dr
Ahmad Amin, Rasyad Khalifa, dan Dr Abu Rayyah.

Gerakan Anti Hadith dibawa ke USA:

Gerakan Anti-Hadith telah dibawa ke USA pada tahun 60-70'an oleh Dr Rasyad Khalifa bangsa Arab
keturunan Egypt, Mesir (1930-1990), yang kemudiannya mendapat kerakyatan USA. Dr Rashad Khalifa yang
menemui teori kod 19 dan menggerakkan gerakan al Qur'an di Masjid Tuscon Arizona. Beliau telah
menterjemah dan mengeluarkan kitab tafsir al Qur'an yang memesongkan maksud sebenar al Qur'an dan
merendahkan martabat kerasulan. Beliau telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk: "Islam: Masa
Lampau, Kini dan masa Depan" pada seminar Misionari Kristian dan Yahudi dari 8-17 Jun, 1983 di USA.
Bermula pada tarikh inilah, Dr Rasyad telah menubuhkan secara resminya gerakan `The Quranic Society' yang
berpusat di Tucson dimana beliau mengajar di Universiti Tucson. Dr Rasyad dengan angkuh telah menyebut:
"Hadith-hadith adalah bikinan Iblis, mempercayai hadith bermakna mempercayai omongan Iblis." Celupar
beliau telah menyebabkan dia dibunuh dengan penuh misteri sebaik sahaja Arab Saudi mengeluarkan fatwa
sesatnya Dr Rasyad dan `Golongan al Qur'annya'.

Gerakan Anti Hadith Di Malaysia:

Di Malaysia ia diasaskan oleh Kassim Ahmad, kelahiran Baling Kedah (1933) telah terpengaruh
dengan ajaran Rashad Khalifa dan telah mengembangkannya di Malaysia pada tahun 1985. beliau telah
menulis sebuah buku, 'Hadith satu Penilaian semula' yang telah diharamkan oleh Pusat Islam; kemudian
Kassim telah menubuhkan Jama'ah Al-Qur'an Malaysia tetapi ditolak oleh pendaftar Pertubuhan.

Selain dari itu golongan ini juga muncul di beberapa buah negara seperti Indonesia, Singapura, India,
Pakistan, Iran dan khususnya dikebanyakan negara Arab.

Rujukan:

1. Fatwa Kebangsaan Anti Hadith, 1993


2. Fatwa Komisi Fatwa Majlis Ulama Indonesia Pusat, 1983

34
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

3. Keputusan Jaksa Agung Republik Indonesia, Nomor KEP 169/J.A/9/1983


4. The Qur'an's Numerical Miracle: 19 Hoax and heresy, Abu Aminah Bilal Phillips
5. Kod 19 Menyesatkan, terbitan YADIM, (Dr Abd Fatah Ibrahim)
6. Gerakan Inkaru Sunnah, Ahmad Husnan, Media Dakwah, jakarta.

Apakah Gagasan Atau Prinsip Golongan Anti Hadith Dan Bagaimana Cara Mengenali Mereka?

Jawapan / Penjelasan :

Kumpulan Anti Hadith atau jama'ah Al-Qur'an Gagasan/prinsip/pegangan/dasar:

(a) Menolak Hadith Secara Total Sebagai Sumber Akidah dan Perundangan Islam
(b) Menolak Dua Kalimah Syahadah
(c) Menolak Qada' dan Qadar
(d) Memesongkan Pengertian Sebenar Ayat-ayat Al-Quran
(e) Mempertikaikan Kesahihan Ayat-ayat Al-Quran
( f) Mendakwa Kiamat Akan Berlaku Pada 1710H / 2280M
(g) Menolak Berlakunya Siksaan Kubur Selepas Mati
(h) Menafikan Kedudukan Nabi Adam Sebagai Manusia Pertama Ciptaan Allah s.w.t.
( i) Menolak Kemaksuman Para Nabi
( j) Menerima pengajaran Nabi Ibrahim dan mendakwa mengamalkan ibadat sebagaimana Nabi
Ibrahim lakukan.

Jama'ah Anti Hadith atau Jama'ah Al-Qur'an diwartakan sesat pada tahun 1995 oleh Majlis agama
Islam Selangor dan diikuti oleh negeri-negeri lain pada tahun berikutmya. Kumpulan ini masih aktif.

Bagaimana mengenali mereka?

Ambillah kata-kata Umar Al-Khattab r.a. kita menghukum seseorang berdasarkan zahir seseorang;
Kita dapat mengenali mereka dengan melihat cara hidup mereka dan mendengar percakapan dan membaca
penulisan mereka yang hanya berpegang kepada Al-Qur'an. Itulah mereka.

Apakah Ada Gerakan Anti Hadith Pada Zaman Dahulu? (Dialog Imam Syafie Dengan Golongan AH)

Jawapan / Penjelasan :

Pada kurun kedua hijrah, telah muncul satu golongan yang menolak as-Sunnah sebagai salah satu
sumber perundangan Islam. Golongan ini terdiri daripada mereka yang menolak hadith yang diriwayatkan
bukan secara mutawattir (Hadith Ahad) dan juga terdiri daripada golongan mengatakan bahawa hadith
bukanlah penerang kepada Al-Qur'an dan bukan juga penguat kepadanya, malah ia merupakan satu hukum
yang terpisah daripada Al-Qur'an.

Dan orang pertama yang menjawab golongan anti-hadith ini ialah Imam Al-Syafie di mana beliau
telah menulis di dalam bukunya "Jama' al-Ilm" dari kitabnya "al-Um" di dalam bab khas. Di dalam buku-
bukunya tersebut Al-Syafie telah menyebut tentang perdebatannya dengan satu golongan yang dikenali
sebagai golongan anti-hadith ini. Beliau juga telah meletakkan bab khas di dalam bukunya "Ar-Risalah"
tentang berhujah dengan hadith ahad, sepertimana yang dinyatakan di dalam kitabnya "al-Um".

Imam Al-Syafie telah berkata:

35
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

Salah seorang dari golongan ini (anti-hadith) telah bertanya kepadaku: kamu dari kalangan Arab, dan
Al-Qur'an diturunkan di dalam bahasa kamu, dan kamu juga mampu menghafaznya, dan di dalamnya Allah
S.W.T telah menurunkan hukum-hukumnya. Dan sekiranya seseorang itu berasa syak dan kurang jelas akan
Al-Qur'an, maka kamu akan menyuruhnya supaya memilih samada bertaubat ataupun dihukum bunuh.

Dan Allah S.W.T telah berfirman di dalam Al-Qur'an: Menerangkan setiap sesuatu (an-Nahl: 89). Dan
bagaimanakah kamu mengatakan kepada diri kamu dan orang ramai tentang perkara yang difardhukan oleh
Allah dengan menyatakan bahawa ianya adalah am, dan sesekali kamu mengatakan ianya khas, dan buat kali
yang seterusnya pula kamu mengatakan bahawa perintah di dalam Al-Qur'an membawa maksud fardhu, dan
seterusnya pula kamu mengatakan di dalam perintah ada dalil yang mungkin membawa maksud harus. Dan
apa yang menyebabkan perbezaan ini berlaku di kalangan kamu adalah berdasarkan hadith yang
diriwayatkan oleh seseorang perawi dari seorang perawi yang lain, atau dua potong hadith atau lebih
hinggalah sampai sanadnya kepada Rasulullah S.A.W.

Dan saya telah mendapati bahawa kamu dan mereka yang bersependapat dengan kamu tidak sedikit
pun mengengkari orang yang kamu temui di kalangan perawi hadith tentang kebenaran dan kekuatan
hafalan mereka. Dan saya lihat di kalangan mereka ini tiada seorang pun yang tidak melakukan kesilapan dan
lupa semasa meriwayatkan hadith-hadith Rasulullah. Bahkan kamu sendiri berkata: "Si polan telah melakukan
kesilapan di dalam hadith ini, dan si polan ini pula telah membuat kesilapan di dalam hadith itu."

Dan kamu juga telah berkata: "Sekiranya seseorang itu berkata tentang hadith yang kamu benarkan
dan juga hadith yang kamu larang berdasarkan sesuatu cara: sesungguhnya Rasulullah tidak pernah
menyebut hadith ini dan kamu telah melakukan kesilapan atau satu penipuan, dan kamu tidak menyuruh
mereka bertaubat, dan kamu berkata kepada mereka lagi: Berdosalah kamu di atas apa yang kamu katakan,
adakah boleh kamu membezakan antara sesuatu itu dengan hukum-hukum di dalam Al-Qur'an yang pada
hakikatnya ianya adalah sama, dan kamu telah meletakkan berita yang dibawa oleh mereka (perawi) setaraf
dengan Al-Qur'an, dan kamu telah melarang dan mengharuskannya.

Imam Al-Syafie menjawab: Sebenarnya kami telah menetapkan satu lingkungan (keyakinan) dan dari
aspek kebenaran sesuatu berita itu dengan qias. Dan sebab-sebabnya adalah berbeza dan sekiranya kami
memberikan kesemuanya, maka sebahagian darinya adalah lebih kuat dari sebahagian yang lain. Contohnya,
sekiranya seseorang itu telah berikrar dengan mengemukakan dalilnya, dan juga bersumpah, maka ikrarnya
adalah lebih kuat dari dalilnya, dan segala dalilnya adalah lebih kuat daripada sumpahnya. Dan begitu juga,
sekiranya kami meletakkan sesuatu itu pada satu keadaan, maka sebab-sebabnya adalah berbeza.

Musuh: “Berdasarkan pendapat kamu tadi, sekiranya kamu menerima apa yang di datangkan oleh
mereka (hadith), dan kamu juga telah mengemukakan tentang kriteria yang disyaratkan untuk menerima
hadith dari mereka ini, maka apakah hujah-hujah kepada golongan yang menolak pendapat kamu ini? Dan
bagi saya, saya tidak dapat menerima sedikit pun apa yang kamu katakan tadi, selagi mereka ini manusia
yang mungkin melakukan kesilapan, maka saya tidak akan menerima kecuali menerusi keyakinan dan
kepercayaan dan apa yang saya percaya Al-Qur'an sahaja yang tidak mendatangkan sebarang syak kepada
seseorang tentang kebenarannya, dan bukan dengan konsep lingkungan tadi. “

Al-Syafie: “Aku akan berkata kepada mereka, apabila membicarakan tentang Al-Qur'an dan hukum-
hukamnya, di sana terdapat beberapa dalil yang menyatakan bahawa Al-Qur'an itu sendiri memerlukan
hadith-hadith yang benar diriwatatkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W samada dalam bentuk
umum mahupun khas“.

Kemudian Al-Syafie mengemukakan dalil yang menyokong pendapatnya dan berkata, firman Allah
Ta’ala: Dialah yang mengutuskan kepada golongan ummi seorang rasul dari kalangan mereka untuk

36
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

membacakan kepada mereka ayat-ayatNya, membersihkan mereka dan mengajarkan kepada mereka Al-
Kitab dan Al-Hikmah (al-Jumu’ah: 2).

Musuh: “Maka telah kita ketahui bahawa “Al-Kitab” yang dimaksudkan dalam ayat tadi ialah Al-
Qur'an al-Karim, maka apa pula yang dimaksudkan dengan “Al-Hikmah”?

Al-Syafie: “Sunnah Rasulullah S.A.W “

Musuh: “Dan mungkin juga apa yang dimaksudkan dalam ayat tadi ialah Al-Qur'an itu diturunkan
secara jumlah, dan al-hikmah itu bermaksud hukum-hakamnya yang khas?”

Al-Syafie: “Apa yang dimaksudkan di sini ialah penerangan kepada manusia tentang apa yang telah
diturunkan oleh Allah, contohnya seperti hukum faraid (pembahagian harta), sembahyang, zakat, haji dan
sebagainya. Maka Allah telah menetapkan hukum di dalam Al-Qur'an, dan Rasulullah pula menerangkan
bagaimana ibadat-ibadat ini dilaksanakan.

Musuh: “Itu mungkin juga satu andaian/kebarangkalian sahaja. “

Al-Syafie: “Dan sekiranya kamu mengikut pendapat ini, maka kamu menerima bahawa Al-Qur'an
tidak akan difahami kecuali setelah diterangkan oleh Nabi S.A.W.”

Musuh: “Dan bagaimana sekiranya saya mengatakan bahawa Al-Qur'an dan al-Hikmah itu adalah
suatu benda yang sama?"

Al-Syafie: “Yang manakah lebih afdhal (utama), Al-Qur'an dan al-Hikmah itu adalah berbeza ataupun
kedua-duanya adalah perkara yang sama?”

Musuh: “Mungkin juga ianya adalah dua perkara yang berbeza seperti yang kamu jelaskan tadi, dan
mungkin juga kedua-duanya adalah perkara yang sama.”

Al-Syafie: “Dan yang paling rajih (tepat) ialah pendapat yang pertama, kerana di dalam Al-Qur'an
terdapat dalil yang menguatkan hujah kami dan berbeza dengan pendapat kamu.”

Musuh: “Mana dalilnya? ”

Al-Syafie: “Firman Allah Ta’ala: Dan bacalah ayat-ayat Allah dan Al-Hikmah yang dibacakan didalam
rumah-rumah kamu, sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui ( al-Ahzab: 34) maka menerusi
ayat ini bahawa telah dibacakan di rumah perempuan-perempuan itu dua perkara iaitu Al-Qur'an dan as-
Sunnah. Dan apa yang dimaksudkan dengan tilawah (bacaan) ialah bacaan Al-Qur'an dan as-sunnah. ”

Musuh: “Di dalam ayat ini menunjukkan bahawa Al-Qur'an bukan bermaksud al-Hikmah adalah lebih
tepat.”

Al-Syafie: “Dan Allah telah mewajibkan kita mengikut Nabi Muhammad S.A.W. ”

Musuh: “Mana dalilnya? ”

As-Syafie: “Firman Allah Ta’ala: Tidak ! Demi tuhanmu, mereka tiada juga beriman, sehingalah
mereka meminta keputusan kepada engkau di dalam perselisihan mereka, kemudian mereka tiada
memperoleh keberatan dalam hati mereka untyk menerima keputusan engkau dan mereka menerimanya

37
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

dengan sebenar-benarnya. (an-Nisa’: 65) dan firman Allah lagi: Barangsiapa yang mentaati rasul, maka
sesungguhnya dia telah mentaati Allah (an-Nisa’: 80) dan seterusnya firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat
7: Sebab itu hendaklah takut orang yang melanggar perintah rasul itu bahawa mereka akan ditimpa fitnah
(ujian) dazab yang pedih.

Musuh: “Tidak ada yang lebih utama pada kami tentang maksud Al-Hikmah adalah Sunnah
RasulS.A.W, sepertima yang diperkatakaoleh sebahagian dari kami: “ Sesungguhnya Allah telah
memerintahkan kepada kami supaya menerima hukum Rasulullah S.A.W dan hukum-hukumNya Dialah yang
menurunkannya ” Maknanya di sini, maka sesiapa yang tidak menerima hukum Allah, maka adalah lebih
tepat jika kita katakan mereka ini menolak perintah Allah daripada kita mengatakan mereka ini menolak
perintah rasul.

As-Syafie: “Dan Allah telah menyeru kepada hambanya supaya mentaati segala perintahnya,
sepertimana firmanNya yang bermaksud Apa yang didatangkan oleh Rasul kepada kamu, maka hendaklah
kamu terima, dan apa yang dilarang olehnya maka hendaklah kamu tinggalkan (surah al-Hasyr: 7)”

Musuh: “Dan ayat ini menerangkan tentang penurunan Al-Qur'an, maka adalah wajib bagi kita
melakukan apa yang diperintahkan oleh rasul dan meninggalkan apa yang dilarang olehnya.”

As-Syafie: “Adakah fardhu-fardhu yang disyariatkan kepada kita dan kepada umat yang sebelumnya
sama?”

Musuh: “Ya !”

As-Syafie: “Jika yang demikian, maka hendaklah kita mengikut apa yang diperintahkan oleh rasul
kepada kita. Dan sekiranya difardhukan kepada kita sesuatu ibadat, adakah ianya diambil berdasarkan dalil
yang memerintahkan supaya kita mengerjaknnya? ”

Musuh: “Ya !”

As-Syafie: “Maka disini, adakah pada pendapat kamu cara untuk mengerjakan suruhan Allah ini yang
telah diperintahkan oleh rasul kepada kamu atau (kaum sebelum atau selepas kamu) yang mereka ini tidak
pernah bertemu dengan Rasulullah S.A.W kecuali dengan Hadith Al-Nabawi?”

(Di sini, Imam As-Syafie menyebut tentang bagaimana dinasakhkan ayat-ayat Al-Qur'an, dan tiada
cara lain untuk mengetahui pemansukhan ayat-ayat Al-Qur'an ini kecuali melalui hadith yang diriwayatkan
oleh Nabi S.A.W)

Musuh: “Dan sesungguhnya hujah kamu adalah kuat, dan kami menerima pendapat kamu dan
menerima hadith dari Rasulullah S.A.W, dan saya hampir menerima pendapat bahawa hadith menjadi
pegangan seseorang muslim.” Kemudian musuh ini menerima pendapat yang dikemukakan oleh Imam As-
Syafie dan menganggap ia satu kebenaran.

Musuh ini telah bertanya lagi kepada Imam As-Syafie kemudiannya, tentang permasalahan “ Umum ”
didalam Al-Qur'an, sesekali didatangkan dalam didalam Al-Qur'an makna umum dan sesekali didatangkan
makna khas. Maka Imam As-Syafie menerangkan bahawa bahasa Arab adalah bahasa yang sangat luas, dan
kadangkala kita dapati mereka bertutur menggunakan lafaz umum akan tetapi maknanya adalah khusus, dan
bilamana kita berbicara tentang pengkhususan yang umum, maka kita tidak akan dapati melainkan setelah
merujuk kepada Al-Qur'an dan as-Sunnah.

38
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

Kemudian Imam as-Syafie memberikan beberapa contoh tentang lafaz umum didalam Al-Qur'an
yang dikhususkan hukumnya oleh as-Sunnah seperti fardhu sembahyang ke atas mereka yang dituntut dan
dikhususkan kepada mereka yang datang haidnya, dan fardhu zakat ke atas harta adalah umum kemudian
dikhususkan kepada sebahagian dari harta tersebut (bukan kesemuanya), dan wasiat kepada kedua ibu bapa
kemudiannya dimansukhkan dengan turunnya ayat faraid (pembahagian harta), dan harta warisan kepada
kedua ibu bapa dan anak-anak dikhususkan bahawa orang kafir tidak boleh menerima wasiat dari seorang
islam, dan dari seorang tuan tidak boleh diwariskan kepada hambanya dan dari seorang yang dibunuh tidak
boleh diwarisi hartanya kepada pembunuhnya. Dan semua yang demikin itu adalah dari hadith, maka musuh
tadi menerima bahawa tiada cara lain untuk mengetahui penerangan tentang hukum yang didatangkan oleh
Al-Qur'an kecuali melalui hadith.

Musuh: “Dan saya masih berpendapat tentang perbezaan makna tadi, sehingga saya menyalahkan
sesiapa yang mengikut golongan tersebut, dan di sana ada 2 jenis golongan: dan salah satu daripadanya tidak
menerima as-Sunnah dan mengatakan di dalam Al-Qur'an terdapat penerangan kepada semua hukum.”

As-Syafie: “Apa yang menyebabkan semua itu?”

Musuh: “Maka sampailah kita ke noktah yang penting, berkata seorang pemuda: Barangsiapa yang
mendatangkan sesuatu atas perkataan solat, maka dia seolah-olah telah menunaikannya, walaupun ia
mengerjakan solat dua rakaat pada setiap hari. Dan sebarang ibadat yang tidak terdapat di dalam Al-Qur'an
maka ianya bukan ibadat yang dituntut. Dan telah berkata yang lain: Apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an,
maka diterima baginya hadith. Mereka ini seolah-olah menerima hadith setelah mereka menolaknya. Dan
sebenarnya mereka ini tidak mengetahui tentang nasakh dan mansukh di dalam Al-Qur'an serta lafaz am dan
khas di dalamnya. Dan di sini jelas kelihatan kesesatan mereka, namun satu pertanyaan yang perlu
dikemukakan, bolehkah kita mengharam sesuatu dengan adanya dalil zanni?”

As-Syafie: “Ya !”

Musuh: “Apakah ia? ”

As-Syafie: “Apa pendapat kamu tentang lelaki ini? Adakah diharamkam darah dan hartanya?

Musuh: “Ya !”

As-Syafie: “Sekiranya datang kepada kamu dua orang saksi, dan mengatakan bahawa lelaki ini telah
didapati membunuh, dan merampas hartanya, apa pendapat kamu? ”

Musuh: “Saya akan bunuh lelaki tersebut dan hartanya akan dipulangkan kepada warisnya.”

As-Syafie: “Dan pada pendapat kamu adakah saksi tadi mungkin melakukan satu penipuan atau satu
kesilapan?”

Musuh: “Mungkin juga”

As-Syafie: “Dan bagaimana kamu menghalalkan darah dan hartanya melalui dalil zanni atau hanya
berpandukan 2 orang saksi?”

Musuh: “Aku menerimanya berdasarkan penyaksian tadi”

As-Syafie: “Dan adakah kamu dapati di dalam Al-Qur'an ada menyebut tentang penyaksian terhadap

39
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

pembunuhan?”

Musuh: “Tidak, akan tetapi ianya difahami menerusi makna.”

As-Syafie: “Dan sekiranya kamu berpendapat demikian, maka kamu secara zahirnya telah menerima
penyaksian dua orang saksi tadi yang tidak mengetahui apa-apa tentang perkara ghaib (peristiwa lepas dan
akan datang) kecuali Allah. Dan begitu, kami telah mensyaratkan kepada perawi hadith syarat yang lebih
ketat daripada penyaksian tadi dalam meriwayatkan sesuatu hadith. Kami tidak menerima hadith yang
diriwayatkan oleh seorang perawi sahaja, dan kami juga mengesan kebenaran dan ketidaksahihan sesuatu
hadith itu menerusi perbandingan hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi dengan hadith yang
diriwayatkan oleh perawi yang lain dan juga menerusi Al-Qur'an dan as-Sunnah itu sendiri, dan dalam
keadaan ini terdapat beberapa perkara yang yang tidak mungkin disyaratkan di dalam penyaksian.”

Dan setelah mendengar hujah-hujah Imam as-Syafie tadi maka musuh itu pun berpuas hati dengan
penjelasannya dan menerima kepentingan as-Sunnah sebagai penerang kepada Al-Qur'an. Maka di sini
dapatlah kita membuat beberapa kesimpulan:

Imam as-Syafie tidak menerangkan secara terperinci siapakah golongan ini yang sebenarnya, dan
siapa pula syakhsiah sebenarnya orang yang telah kita bincangkan sebentar tadi. Dan Syeikh al-Khudri di
dalam bukunya “Tarikh at-Tasyri’ al-Islami” telah menjelaskan bahawa golongan yang dimaksudkan tadi ialah
golongan “Mu’tazilah” (Dan Imam as-Syafie juga tidak menerangkan syakhsiah yang berpegang pada
pendapat ini, sepertimana sejarah juga tidak menjelaskan siapakah golongan ini yang secara terperinci.

Tetapi Imam as-Syafie di dalam perdebatannya yang seterusnya (dengan mereka yang menolak
hadith secara keseluruhan) secara terangan telah mendakwa bahawa golongan ini berasal dari Basrah, dan
Basrah sepertimana yang kita ketahui merupakan pusat gerakan falsafah (ilmu kalam) dan di sinilah lahirnya
mazhab Mu’tazilah. Dan di sini jugalah dibesarkan para ulama’ mu’tazilah dan penulis-penulisnya, yang mana
golongan ini terkenal dengan tentangan terhadap ahli hadith. Dan diperkatakan bahawa pendapat yang telah
kita bincangkan sebentar tadi merupakan sebahagian daripada golongan ini.

Pada pendapat saya (Dr. Mustafa as-Siba’i), kenyataan yang dikemukakan adalah kukuh sepertimana
yang pernah saya lihat di dalam buku tulisan Abu Muhammad Abdullah Bin Muslim Bin Qutaibah yang
berjudul “Takwil Mukhtalaf Al-Hadith” yang mana beliau telah menyebut tentang pendirian ulama Mu’tazilah
terhadap as-Sunnah.

Al-Khudri juga telah membuat kesimpulan bahawa fahaman ini lahir pada zaman Imam as-Syafie
atau beberapa tahun sebelumnya, yang muncul di kalangan ula’ kalam. Dan kebanyakan ulama kalam ini
berasal dari Basrah. Maka jelaslah kepada kita bahawa perdebatan antara Imam as-Syafie dengan golongan
yang telah kita bicarakan sebentar tadi adalah terdiri dari golongan ulama’ kalam tersebut. Dan inilah
pendapat yang rajih yang telah disimpulkan oleh Syeikh al-Khudri.

Tidak syak lagi, bahawa apa yang dimaksudkan dengan “pengingkaran terhadap as-Sunnah” ialah
pengingkaran terhadap cara bagaimana sesuatu hadith itu diriwayatkan. Dan hal ini berkaitan juga dengan
kekurangan dan kesilapan yang berlaku di kalangan perawi, dan berkaitan juga dengan kemunculan pereka-
pereka hadith dan mereka yang cuba memalsukan al-sunnah.

Dan di sini dapat kita simpulkan bahawa mereka yang mengatakan bahawa Al-Qur'an tidak
memerlukan kepada hadith sebagai penerang, bukanlah kerana mereka ini menolak perkataan, perbuatan
dan taqrir dari Rasulullah, malah setiap muslim itu sudah pasti tidak akan berbuat demikian. Bahkan tiada
satu pun golongan di dalam Islam yang mengatakan bahawa taat kepada Rasulullah itu bukanlah satu

40
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

kewajipan. Dan tiada juga golongan yang mengatakan bahawa perkataan dan perbuatan rasul itu bukanlah
sumber perundangan Islam, kerana yang demikian itu bertentangan dengan hukum-hukum yang terdapat di
dalam Al-Qur'an serta ijma’ para sahabat dan kaum muslim. Dan mereka ini diketegorikan di dalam golongan
yang menolak kenabian Nabi Muhammad S.A.W maka topik ini tidak termasuk di dalam skop perbincangan
kita, malah apa yang penting di sini ialah pendapat-pendapat firqah islamiah, dan bukanlah pendapat mereka
yang secara terang menolak Islam.

Imam as-Syafie telah menyebut di dalam kitabnya Jama’ al-‘llmi dari kitabnya al-Um: “Saya tidak
pernah mendengar satu pun golongan yang menolak perintah Allah supaya mentaati Rasulullah, dan
menerima segala yang dibawa olehnya, dan Allah juga tidak akan menurunkan nabi lagi selepasnya. Dan tidak
disyariatkan sesuatu hukum kecuali menerusi Al-Qur'an dan As-Sunnah. Apa yang didatangkan melalui
kedua-duanya maka hendaklah diamalkan. Dan Allah juga telah memerintahkan kita serta generasi selepas
kita supaya menerima apa yang disampaikan oleh Rasulullah (Hadith) kecuali satu golongan yang akan kita
bincangkan sebentar nanti (golongan yang telah kita bincangkan di atas)."

Dan tidak syak lagi, bahawa skop perbincangan kita tentang penolakan golongan tadi ke atas as-
Sunnah adalah berkisar tentang kesahihan hadith itu sendiri.

Ibn Hazm telah berkata: “ Dalam menerangkan tentang Al-Qur'an asas sumber perundangan Islam,
kami dapati bahawa di sana terdapat dalil-dalil yang menyeru kita supaya mentaati segala yang diperintahkan
oleh Rasulullah, di sana juga kami dapati bahawa Allah S.W.T telah berfirman: Dan dia (Nabi Muhammad)
tidak berkata dengan kemahuannya sendiri, itu hanyalah wahyu yang diwahyukan oleh Allah kepadanya
(surah an-Najm: 3 & 4).

Maka menerusi ayat ini jelaslah kepada kita bahawa wahyu itu terbahagi kepada dua bahagian yang
pertama: ialah wahyu yang dibaca dan susunan katanya dianggap sebagai mu’jizat iaitu Al-Qur'an, dan yang
kedua: ialah wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah dan disampaikan oleh rasul menggunakan bahasanya
sendiri dan ianya tidak dianggap mu’jizat. Ia juga merupakan hadith yang didatangkan oleh Rasulullah S.A.W.
yang mana asalnya datang dari Allah S.W.T.

Firman Allah Taala lagi: Supaya engkau terangkan kepada manusia apa yang diturunkan kepada
mereka (surah an-Nahl: 44). Dan menerusi ayat ini pula Allah Taala telah memerintahkan kita supaya
mentaati rasul sebagaimana kita mentaati Al-Qur'an.

Maka firmanNya lagi di dalam surah al-Maidah ayat 92: Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul.
Dan kenyataan yang kita kemukakan ialah merupakan salah satu dari tiga perkara yang wajib ditaati,
sepertimana yang terdapat di dalam firman Allah yang lain di dalam surah an-Nisa’ ayat 59: Wahai orang-
orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri"
(orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan)
dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Qur'an) dan
(Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik
(bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

Wahai orang-orang yang beriman! taatlah kamu kepada Allah. Dan di sini pula maksudnya adalah Al-
Qur'an Dan taatlah kamu kepada rasulNya dan yang kedua ialah taat kepada rasul dan apa yang dimaksudkan
di sini ialah hadith Nabi Muhammad S.A.W dan yang ketiga ialah Dan orang yang menguruskan kamu dan
ayat ini bermaksud ijma’ yang sahih yang asalnya dari Rasulullah S.A.W. Dan katanya lagi: “ Seseorang muslim
itu tidak akan merujuk selain dari Al-Qur'an dan As-Sunnah ketika berasa syak di dalam bab tauhid. Dan
sekiranya beliau masih berasa syak selepas merujuk kepada kedua-dua sumber ini maka hukumnya adalah
fasiq, dan sekiranya beliau mengingkarinya maka hukumnya kafir”

41
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

Kata Ibn Hazm lagi: “ Sekiranya seseorang mengatakan bahawa, aku tidak akan mengambil sesuatu
itu kecuali apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an sahaja, maka ulama’ bersepakat bahawa hukumnya adalah
kafir. Dan nescaya tidak diwajibkan ke atas mereka ini menunaikan solat kecuali satu rakaat di antara
terbenamnya matahari dan malam, dan satu waktu lagi ialah pada waktu subuh (fajar). Dan orang yang
mengatakan sedemikian adalah kafir, syirik dan dihalalkan darahnya dan hartanya.

Dan kata pula Imam As-Sayuti pula: “ Dan golongan yang mengingkari As-Sunnah dan hanya
bergantung kepada Al-Qur'an sahaja, golongan ini beranggapan bahawa kenabian adalah hak Saidina Ali dan
Jibril A.S telah melakukan kesilapan semasa menurunkan wahyu dengan menurunkannya kepada Nabi
Muhammad S.A.W.”

Secara kesimpulannya, hujah-hujah golongan yang menolak hadith ini adalah sepertimana yang
diperkatakan oleh Imam As-Syafie: “Sesungguhnya Al-Qur'an itu adalah penerang kepada semua perkara, dan
sekiranya terdapat hadith tentang sesuatu hukum yang tidak terdapat di dalam Al-Qur'an, maka ia
bersanggahan dengan apa yang didatangkan di dalam Al-Qur'an. Dan Hadith (zanni) tidak kuat untuk
menyalahi Al-Qur'an (qat’i), dan sekiranya hadith itu adalah penguat kepada Al-Qur'an, maka ikutannya
adalah kepada Al-Qur'an itu sendiri dan bukannya As-Sunnah.

Dan setelah mendengar penjelasan ini, mungkin terlintas di fikiran kita bahawa golongan ini masih
lagi berpegang pada hadith yang diriwayatkan secara mutawattir kerana ianya dianggap qat’i thubut (kukuh),
namun mengapa Imam As-Syafie menganggap mereka ini menolak hadith secara keseluruhan? dan apa yang
telah maklum, mereka ni tidak mengiktiraf mutawattir, malah apa yang kita bincangkan sebentar tadi
mengenai hadith mutawattir mereka anggap ianya sebagai zanni.

Hal ini kerana mereka menganggap bahawa hadith walaupun ianya mutawattir, namun cara
penyampaiannya adalah Ahad (zanni), dan periwat hadith berkemungkinan melakukan penipuan, walaupun
ianya merupakan satu usaha pengumpulan yang dianggap suci. Dan di sini jelaslah apa yang telah
diperkatakan oleh Al-Khudri bahawa pendapat-pendapat tadi datangnya dari golongan Mu’tazilah.

Dan secara keseluruhannya, pendapat-pendapat Imam As-Syafie tadi dapatlah kita ringkaskan
seperti berikut:

Allah memerintahkan kita supaya mentaati rasul, dan lafaz ini adalah umum samada mereka yang
hidup semasa zaman Rasulullah sendiri atau pun selepasnya. Dan tiada cara lain bagi mereka hidup selepas
kewafatan baginda untuk mentaatinya kecuali menerusi hadith (As-Sunnah).

Tidak boleh tidak kita mestilah merujuk kepada hadith untuk mengetahui hukum-hakam yang
terdapat di dalam Al-Qur'an. Dan nasakh dan mansukh juga tidak dapat diketahui kecuali menerusi hadith
Rasulullah.

Dan di sana terdapat noktah permuafakatan di kalangan kita dan mereka yang menolak hadith. Dan
ianya tidak mungkin dapat diketahui kecuali menerusi hadith.

Dan hukum syara’ sendiri mungkin mengkhususkan sesuatu hukum dengan zanni, contohnya
penyaksian ke atas pembunuhan dan harta dengan dua orang saksi, dan hukum pembunuhan dan rampasan
harta terdapat di dalam Al-Qur'an. Dan penyaksian dua orang saksi adalah disyariatkan menerusi dalil zanni
tanpa sebarang khilaf (perbezaan pendapat di kalangan ulama).

Dan hadith sendiri sekiranya terdapat kemungkinan berlakunya kesilapan dan penipuan, akan tetapi

42
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

hadith-hadith ini dikuatkan menerusi pengukuhan terhadap keadilan perawi, dan juga menerusi persamaan
antara satu hadith dengan hadith yang lain, maka kemungkinan berlakunya kesalahan tadi dapat dihindari.

Imam As-Syafie semasa menjawab tuduhan musuh tadi tidak menolak kata-kata mitu bahawa:
Sesungguhnya Allah menerangkan segala-galanya di dalam Al-Qur'an, namun di dalam Al-Qur'an sendiri
terdapat nas-nas yang memerintahkan supaya kita mentaati segala yang disampaikan oleh Rasulullah.

Apakah Pendirian/Fatwa Ulama Islam Tentang Anti Hadith atau Menolak Al-Sunnah?

Jawapan / Penjelasan :

Fatwa Ulama Islam Tentang Hukuman Orang Yang Menolak Al-Sunnah Al-Sohehah (Hadith Sahih) Sebagai
Sumber Perundangan Islam.

ULAMA telah sepakat mengatakan bahawa al-Sunnah al-Sohehah merupakan sumber perundangan
Islam. Berikut dibawakan fatwa ulama-ulama Islam tentang hukum sesiapa yang menolak al-Sunnah al-
Sohehah.

Al-Quran yang merupakan sumber primer kepada syariat memerintahkan kita supaya taat kepada
Rasulullah S.A.W. Firman Allah Taala di dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan dia tidaklah mengikut
hawanya. Tetapi ucapannya itu merupakan wahyu yang diturunkan kepadanya” (al-Najm: 3 dan 4).

Wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah terbahagi kepada dua: Wahyu yang diturunkan kepada
Rasulullah yang merupakan mukjizat iaitu al-Quran. Kedua: Berita yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W.
yang merupakan penerang kepada ayat-ayat al-Quran. Firman Allah Taala lagi yang bermaksud: Untuk
diterangkan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka (al-Nahl: 44). Dan kita juga mendapati
bahawa mendengar dan taat kepada wahyu yang kedua samalah seperti mendengar dan taat kepada wahyu
yang pertama. Firman Allah Taala yang bermaksud: Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul (al-
Maidah: 92).

Ibnu Hazem berkata: Kami telah diberitahu oleh Muhammad bin Nasr al-Maruzi bahawa Ishak bin
Rahawaeh telah berkata: Sesiapa yang menerima satu khabar yang saheh daripada Rasulullah lalu dia
menolaknya tanpa wujud waspada (taqiyyah), maka sesungguhnya dia telah menjadi kafir. (Ibnu Hazem, al-
Ihkam, 1: 97).

Kata Ibnu Hazem lagi: Ali bin Ahmad telah berkata: Sesiapa yang sampai kepadanya satu khabar yang
saheh daripada Rsulullah S.A.W., kemudian dia meninggalkannya lalu berpegang kepada Qias, atau
mengambil kata-kata fulan dan fulan, maka sesungguhnya dia telah menyalahi perintah Allah dan perintah
Rasulullah. Dia layak menerima azab yang begitu pedih (Ibnu Hazem, al-Ihkam, 1: 100).

Katanya lagi: Sekiranya seseorang berkata: Kami tidak mengambil sesuatu kecuali apa yang kami
dapati di dalam al-Quran, sesungguhnya dia telah menjadi kafir. Sesiapa yang berkata bahawa solat itu hanya
terdiri dariapda dua rakaat di antara gelincir matahari hingga terbenam matahari dan satu solat lagi pada
waktu fajar kerana itulah yang disebutkan oleh al-Quran, sesungguhnya dia telah menjadi kafir dan darahnya
halal ditumpahkan manakala hartanya pula halal dirampas (Ibnu Hazem, al-Ihkam, 2: 80).

Doktor Muhammad Mustafa Syalabi pula berkata: Dan sesiapa yang engkar terhadap al-Sunnah al-
Sohehah, maka dia telah terkeluar daripada Islam kerana dia telah mengengkari dalil yang dogma. Tetapi
kengkaran ini dipandang sekiranya dia menolak keseluruhan al-Sunnah al-Sohehah. Ini berbeza dengan al-
Quran di mana seseorang yang menolak satu ayat daripada ayat-ayat al-Quran sudah menjadi kafir

43
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

(Muhammad Mustafa Syalabi, Usul a-Fiqh al-Islami, 1: 124).

Ini adalah sedutan Fatwa Syaikh Abd Aziz ben Bazz, The Grand Mufti of Saudi:

"Gerakan Ingkar Sunnah yang digerakkan oleh Rasyad Khalifah adalah batil dan berbahaya, iaitu
mengadakan kegiatan Ingkar Sunnah dengan cara memutar balikkan tafsir Al-Qur'an secara batil. Maka saya
atas nama Pemerintah Arab Saudi menyeru agar seluruh muslimin agar berhati-hati terhadap gerakan yang
dicetuskan oleh Rashad Khalifa dan jangan sampai terpengaruh dengan ajaran sesat tersebut." Fatwa No 903,
Syawal 1403 bersamaan Ogos 1983.

Siapakah Yang Mula-mula Mempersoalkan Kekudukan Hadith?

Sipakah mula-mula mempersoalkan Kekudukan Hadith, dan membuahkan idea bahawa tugas Nabi SAW
hanyalah untuk menyampaikan Al-Qur'an sahaja?

Jawapan / Penjelasan :

Di dalam sejarah Islam, orang-orang yang mula-mula sekali mempersoalkan kedudukan hadith dalam
Islam ialah para orientalis Yahudi dan Nasrani.

Orientalis adalah ilmuan-ilmuan yang bukan beragama Islam tetapi mereka mendalami serta
memahami Islam sehingga ke tahap USUL Islam. Mereka ini asalnya adalah orang Eropah Yahudi dan Kristian
yang pergi belajar di Universiti-universiti di negara-negara Islam di zaman kegemilangan Andalus, Baghdad
dan sebagainya. Mereka mahir dalam bahasa Arab klasik serta mahir dalam banyak jurusan ilmu Islam,
seperti Fiqh, Usul dan tidak ketinggalan ilmu hadith. Antara contohnya ialah FIBONACCHI yang telah meminta
kebenaran khas dari POPE untuk menyamar sebagai Islam supaya dapat menuntut di Universiti Baghdad.
Hasilnya, beliau telah membawa satu "Series" yang dipanggil sebagai "FIBONACCHI SERIES" (dalam ilmu
kalkulus). Yang sebenarnya series itu adalah apa yang beliau bawa balik dari Universiti Baghdad.

Semua matapelajaran di Universiti-universiti Islam ini baik dalam matapelajaran Sains ataupun
Agama di ajar dalam bahasa Arab Klasik. Penuntut juga tidak diasingkan antara ILMU DUNIA dan AKHIRAT.
Ertinya walaupun penuntut aliran SAINS di mestikan mempelajari Ilmu Islam yang agak mendalam. Hasilnya,
para penuntut Yahudi dan Nasrani ini juga telah terdedah dengan Ilmu Islam dan membuatkan sebahagian
dari mereka telah mendalami serta menghalusi Ilmu Islam.

Para orientalis awal ini kemudiannya membuka Universiti-universiti mereka sendiri di Eropah.
Sebagai contohnya Universiti Cambridge dibuka oleh sekumpulan orang Yahudi lulusan University Cordoba.
Mereka menubuhkan Cambridge mengikuti konsep serta model Universiti Islam Cordoba. Di Universiti-
universiti barat ini, jurusan Ilmu Islam masih tetap di ajar dan disebarkan kepada penuntut-penuntut mereka.
TUJUAN Islam di ajar adalah supaya mereka (Yahudi dan Nasrani) ini dapat membuahkan idea-idea yang
boleh menimbulkan keraguan serta kesalahfahaman terhadapa Islam yang sebenar.

Tidak hairanlah para orientalis ini mahir dalam Bahasa Arab klassik, mahir dalam Ilmu Hadith, hafiz
Al-Qur'an serta Hadith dan sebagainya. Malangnya pengikut-pengikut mereka tidak mahir dan tidak tahu
bahasa Arab menyebabkan mereka mengkritik hadith sewenang-wenangnya.

Para orientalis-orientalis inilah yang mula-mula sekali membawa idea bahawa:

As-Sunnah itu adalah palsu dan ciptaan manusia (seperti Imam Bukhari dan sebagainya).
Tugas Nabi SAW hanyalah sebagai PENYAMPAI Al-Qur'an dan tidak lebih dari itu (seperti tape

44
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

recorder atau posman).


Ilmu hadith itu adalah batil dan palsu dan tidak membuktikan kesahihan mana-mana hadith.

Antara nama-nama orientalis ini ialah:

1) AJ Weisnick 2) A. Spreanger 3) I Goldzeiher 4) J Horowitz 5) TW Juynboll 6) Edward Salisbury


7) OV Hondas

A Spreanger adalah orientalis yang paling terkehadapan di dalam mengkritik hadith. Bukunya Das
Luben und die Lehre Des Muhammad adalah pelopor dalam usaha untuk menafikan hadith. Inilah
sebenarnya NABI pertama orang-orang anti hadith - NABI SPREANGER. Nabi pertama kita orang-orang Islam
ialah Nabi Adam AS. Nabi pertama orang-orang Anti hadith ialah AJ Sprenger.

Goldzeiher pula memulakan perbandingan ilmu hadith dengan kesusteraaan Yahudi dan kristian.
Berasaskan kepada perbandingan inilah Goldzeiher menolak hadith. Samalah juga dengan para anti hadith
zaman sekarang. Karya beliau paling utama adalah bertajuk "Muhammadien Studien". Di dalam buku ini
beliau telah terpengaruh dengan New Testament, neo plationic dan Gnostic untuk menafikan hadith.

Jelas dalam bahagian pertama ini betapa fahaman anti hadith ini adalah berasal dari para orientalis
Yahudi dan Nasrani dan TIDAK pernah berasal dari dunia Islam ataupaun mana-mana orang yang mengaku
sebagai orang Islam.

Fahaman anti-hadith adalah buah fikiran musuh-musuh Islam dan musuh-musuh Allah SWT untuk
merosakkan Islam dan menghapuskan Islam. Ertinya orang-orang anti Hadith mengkafirkan Imam Syafie,
Imam Bukhari dan sebagainya tetapi "MENGISLAMKAN" orang Yahudi dan Nasrani seperti Spreanger,
Goldzeiher dan sebagainya.

Mereka telah melanggar perintah Allah SWT dalam Al-Qur'an yang berbunyi:

“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani
sebagai pemimpin-pemimpinmu, sebahagian mereka adalah pemimpin kepada sebahgian yang lain.
Barangsiapa di antara kamu yang mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu
adalah termasuk dalam golongan mereka....” ( 5: 51)

Oleh kerana pemimpin kepada fahaman Anti Hadith adalah orang-orang Yahudi dan Nasrani, maka
pengikut-pengikut anti hadith ini adalah dikira sebagai sebahagian dari golongan Yahudi dan Nasrani.

Rujukan:

1) Islam dan Al Hadith : Abdul Halim El-Muhammaddy


2) Golden Age Of The Moors
3) Al Quran dan terjemahannya: Department Agama Republik Indonesia.

Benarkah Hadith Hanya Wujud 200 Tahun Selepas Kewafatan Nabi Seperti Yang Didakwa Anti Hadith?

Jawapan / Penjelasan :

Mereka yang mempelopori sikap tidak percaya kepada sunnah/ hadith sebagai sumber teologi dan
perundangan yang berwibawa dan berautoriti membuat pendirian di atas dasar kajian sejarah. Mereka
mendakwa bahawa konsep sunnah/ hadith hanya timbul di kurun kedua dan ketiga hijrah di zaman Imam al

45
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

Syafi'e iaitu 200 tahun selepas nabi wafat. Begitu juga, semua kitab-kitab hadith (al-Kutub al-Sittah) dihasilkan
antara tempoh 200-250 tahun selepas kewafatan nabi s.a.w. Penghujahan di atas disokong pula oleh petikan
ayat-ayat Al Quran yang menjelaskan bahawa Al Quran sudah lengkap dan hanya Al Quran sahaja yang
bersumberkan wahyu dan terpelihara di mana sunnah/ hadith adalah rekaan di kurun ketiga hijrah dan
seterusnya.

Namun, mereka juga menerima bahawa tidak semua hadith tidak betul dan benar di mana ada juga
yang benar seperti Piagam Madinah yang termetri di zaman Rasulullah s.a.w., perjanjian-perjanjian Rasulullah
s.a.w. dengan pelbagai pihak serta surat-surat nabi yang dihantar kepada pelbagai pihak. Namun, ini
hanyalah sebagai sumber rujukan sejarah yang tidak berautoriti dalam agama Islam. Mereka juga membuat
kenyataan bahawa sikap menolak sunnah/ hadith bukan bererti tidak beriman dengan Rasulullah tetapi
kefahaman anti-hadith hanyalah sekadar menjelaskan bahawa sunnah/hadith tidaklah bertaraf wahyu yang
mengikat umat Islam dan juga sunnah/hadith adalah palsu, rekaan dan ciptaan yang kalaupun hendak
diterima hanya sekadar sebagai sumber rujukan sejarah dan bukan sebagai sumber teologi dan perundangan.

"Sumbangan" para orientalis Barat yang lebih banyak menimbulkan keraguan terhadap autoriti
hadith ini telah diambil sebagai asas ilmiah golongan anti hadith untuk mereka membebaskan diri dari hadith
yang dirasakan mengongkong kebebasan akal dan nafsu mereka dalam membuat tafsiran bebas tentang
agama, manakala para ulama dan perawi hadith pula dijadikan sasaran serangan mereka seterusnya.

Antara para orientaslis Barat yang mempelopori gerakan meragui autoriti hadith, yang menjadi
rujukan utama dan guru mereka ini ialah Ignaz Goldziher dan ramai lagi seperti Aloyer Sprenger dan James
Robinson Sprenger dan Muir misalnya, mendakwa bahawa hadith hanya mula dikumpulkan oleh Abu Bakar
bin Muhammad bin Amr bin Hazmi (meninggal 117H) atas arahan Khalifah Umar b. Abdul Aziz.

Begitu juga dengan Goldziher dan Schact yang bersependapat bahawa hadith, khususnya yang
berkaitan dengan hukum-hakam, hanya mula dikumpul dan dilakukan pada pertengahan kurun kedua
selepas hijrah seperti oleh Imam Abu Hanifah (meninggal 150H), Abdul Malik bin Juraij (meninggal 150H)
Imam Malik (meninggal 179H), Imam Shafei (meninggal 240H) dan lain-lain.

Memandangkan hadith mengikut pengajian mereka hanya mula dikumpul dan dibukukan selepas
lebih 150 tahun hijrah, besar kemungkinan berlakunya tokok-tambah dan pemalsuan hadith. Mereka juga
khususnya Goldziher, menolak pendapat majoriti ulama hadith yang mengatakan pengumpulan hadith sudah
bermula sejak dari zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq r.a lagi setelah menerima pandangan
yang diberikan oleh Sayidina Umar r.a. agar pengumpulan hadith dibuat. Mereka berhujah bahawa memang
benar Sayidina Umar pernah mengutus surat kepada Sayidina Abu Bakar mencadangkan sedemikian, tetapi
bukti Sayidina Abu Bakar menerima cadangan Umar itu tidak dapat dikesan di dalam sejarah Islam.

Hujah para orientalis itu sebenarnya telah lama dijawab oleh para ulama dan sarjana Islam, dan jika
mereka (golongan yang meragui hadith itu) benar-benar berminat dan ikhlas mengkaji Islam, mereka juga
sepatutnya turut merujuk kepada jawapan balas para ulama dan sarjana Islam yang telah mengemukakan
bukti yang jelas menangkis tuduhan tersebut. Fuad Sezgin di dalam bukunya Tarikh al-Turath al-‘Arabi dan
Muhammad Mustafa Azmi di dalam Studies In Early hadith Literature misalnya, telah satu persatu
mematahkan hujah Sprenger, Muir, Goldziher dan Schacht.

Mengenai dakwaan para orientalis bahawa hadith mula dikumpulkan setelah lebih 150 tahun selepas
hijrah, Mustafa Azmi menjawab dengan mendakwa bahawa para orientalis itu sebenarnya gagal memahami
maksud sebenar bahasa Arab terhadap perkataan seperti Tadwin, Tasnif, Risalah, Sahifah dan juga Nuskhah.
Pengumpulan hadith sebenarnya telah wujud sejak kurun pertama hijrah lagi, cuma ia di dalam bentuk

46
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

Sahifah dan Nuskhah yang bertaburan dan tidak tersusun secara kemas dan sistematik seperti Sahifah
Hammam Ibn. Munabbih, Sahifah al-Sadiqah, Nuskhah Salim bin Abdillah al-Khayyat dan seterusnya.

Bertitik tolak dari sahifah dan nuskhah inilah para ulama hadith seawal kurun pertama lagi seperti
Abdul Malik bin Abdul Aziz bin Juraij (80-1150H), Muhammad bin Ishaq (80-151H), Ma’mar bin Rashid (96-
153H), Said bin Abi Aruba (80-155H), Muhammad bin Abdul Rahman Ibni abi. Dh’ib) (80-158H), Abdul
Rahman bin Amr al-Auzai (88-158H), Sufyah bin Said al-Thauri (96-161H) dan ramai lagi, mula menyusun dan
mengkelaskan hadith-hadith yang sememangnya sedia terkumpul dalam bentuk sahifah dan naskhah itu tadi,
kepada bentuk buku yang lebih kemas, sistematik dan tersusun.

Kesilapan yang lebih besar yang terjadi pada kebanyakan orang ialah mereka beranggapan bahawa
hadith hanya mula dikumpulkan di zaman enam ulama hadith. (Sihah Sittah) pada awal kurun ketiga hijrah
iaitu oleh Imam Bukhari (194-256H), Muslim (206-281H), al-Nasai (214-303H) Abu Dawud (202-275H), al-
Tirmizi (209-274H) dan Ibn Majah (209-273H).

Tanpa mengkaji sejarah, pasti akan timbul keraguan bagaimana mungkin keenam-enam imam
tersebut yang hanya hidup setelah hampir 200 tahun kewafatan Rasulullah s.a.w (wafat 11H) dapat
mengumpul hadith yang begitu banyak.

Mereka tidak menyedari bahawa keenam-enam imam hadith itu tadi bukanlah di peringkat
pengumpulan hadith, sebaliknya mereka adalah di peringkat memastikan kesahihan sesuatu hadith dan
seterusnya mengklasifikasikan hadith-hadith tersebut mengikut bad-bad tertentu sesuai dengan disiplin ilmu
dalam Islam yang kemudiannya di panggil Musnad dan Musannaf.

Kita tegaskan sekali lagi bahawa pengumpulan hadith memang telah bermula sejak dari zaman
pemerintahan Sayidina Abu Bakar lagi (di dalam bentuk sahifah dan nuskhah seperti mana yang kita jelaskan
sebelum ini), dan bukannya hanya baru bermula di zaman Khalifah Umar Abdul Aziz seperti mana yang
didakwa oleh para orientalis, atau di zaman Imam hadith yang enam.

Berhubung dengan kegagalan mengesan jawapan bertulis Sayidina Abu Bakar r.a. terhadap cadangan
Sayidina Umar sepertimana yang didakwa oleh Goldziher, ia juga telah dijawab oleh Mustafa Azmi. Memang
benar tiada bukti bertulis (sama ada tidak diketahui atau sememangnya tiada) sebagai menandakan
persetujuan Sayidina Abu Bakar terhadap cadangan pengumpulan hadith oleh Sayidina Umar. Namun
persoalannya apakah bukti persetujuan itu mesti dalam bentuk bertulis?

Kita berpendapat bahawa sama ada Sayidina Abu Bakar menjawab secara bertulis atau tidak, itu
sepatutnya bukanlah perkara pokok. Apa yang lebih penting dari itu ialah apa yang sejarah telah catatkan
terhadap tindakan Sayidina Abu Bakar selepas menerima cadangan itu. Apakah beliau hanya berpeluk tubuh
dan mendiamkan diri, atau berbuat sesuatu ke arah pengumpulan hadith seperti dicadangkan Umar?

Kajian sejarah secara teliti dan halusi khususnya terhadap manuskrip-manuskrip asal sejarah Islam,
terutamanya sejarah perkembangan hadith, yang masih tersimpan di beberapa perpustakaan seperti di
Maghrib, Turki, Mesir dan lain-lain telah menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 50 orang sahabat, 48
orang tabi’un kurun pertama hijrah, 86 orang para ‘ulama akhir kurun pertama dan awal kurun kedua hijrah
dan 256 orang ulama awal kurun kedua telah mencatatkan di dalam kitab-kitab mereka bahawa Sayidina Abu
Bakar pernah mengerahkan pengumpulan hadith dibuat, sekaligus membuktikan beliau menerima cadangan
Umar itu tadi.

Semua ini boleh dilihat di dalam menuskrip Kitab al-Maghazi oleh Musa bin Uqba (60-141H),
manuskrip Kitab al-Siyar oleh Ibrahim b. Muhammad b. Harith al-Farasi yang masih selamat tersimpan di

47
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

Perpustakaan Qarawiyyih, Fez, Maghribi. Begitu juga manuskrip Seerah oleh Muhammad bin Ishaq bin Yaser
(80-151H) yang baru ditemui dan Nuskhah, kepunyaan Salim bin Abdillah al-Mkhayyat (85-150H). Inilah dia
bukti dari segi sejarahnya.

Isu Hadith; Mengenai Meminum Air Kencing Unta

1. Anti Hadith menuduh bahawa sahih Bukhari tidak layak diberi status hadith sahih kerana memasukkan
hadith Arab Badwi minum air kencing unta untuk perubatan. Apakah komennya?

2. Ada teguran dari saudara kita yang menyatakan hadith Rasulullah saw tentang anjuran minum air kencing
unta adalah hadith Mutawatir dan kalaupun ia hadith Ahad, menurut setengah ulamak, wajib beramal
dengannya.

1. Anti Hadith menuduh bahawa sahih Bukhari tidak layak diberi status sahih kerana memasukkan hadith
Arab Badwi minum air kencing unta untuk perubatan. Apakah komennya?

Jawapan / Penjelasan :

Hadith tentang khasiat air kencing unta sebagai ubat memang ada diriwayatkan oleh Imam Bukhari
yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik dan hadith ini adalah hadith Ahad.

Ini akan dijelaskan oleh dua tokoh yang hebat iaitu:


1.1. Ibn Khaldun (Muqaddimah) dan
1.2. Prof Qardhawi (Fatwa Muasirat)

1.1. Mula-mula kita lihat komentar Ibn Khaldun dalam Muqaddimah, Cairo, 1867, pg 412-413).

Arab Badwi (Bedouins Arab), sejak purbakala lagi telah mempraktikkan pelbagai amalan perubatan
yang kebanyakan diasaskan kepada pengalaman yang terhad dan juga sebagai sesuatu yang diwarisi dari
nenek-moyang mereka. Memang ujud dukun-dukun Arab Badui yang masyhur antaranya al Harith Ibn Kalada.
Amalan perubatan tradisional Arab Badui ini kadang-kadang berkesan, namun ia tidaklah menepati
susurgalur ilmu perubatan tabi'iy kerana ia hanyalah suatu percubaan yang kadang-kadang menjadi dan
kadang-kadang tidak.

Jika ada orang yang membawa masuk amalan perubatan ini ke dalam Islam dinamakan sebagai
perubatan Islam atau perubatan menurut sunnah sebenarnya tidaklah tepat. Tidak patut sekali jika ia
digabungkan sekali kedalam kitab seerah Rasulullah saw atau menamakan dengan perubatan Nabawi kerana
ia bertentangan dengan tujuan wahyu diturunkan. Wahyu tidak turun untuk menerangkan tentang perubatan
dan sesuatu yang bersifat adat resam hidup seperti Rasulullah saw melihat seorang sahabat sedang
mengahwini benih kurma dengan sabdanya, engkau lebih mengetahui urusan duniamu, maka aku
beranggapan (Ibn Khaldun) tidak wajar menggabungkan hadith-hadith tentang perubatan walaupun hadith-
hadithnya hasan-sahih sebagai pakej koleksi hadith sumber hukum.

Aku berpendapat jika seseorang beramal dengan kandungan hadith sahih tentang perubatan itu
mungkin sembuh bukan kerana ubat itu tetapi berkat keyakinan dan keimanan kepada hadith itu.

1.2. Kita lihat pula apa kata Qardhawi (Koleksi Fatwa-fatwa Terkini)

Hadith Anas bin Malik tentang air kencing unta boleh dijadikan ubat.
Hujah kita untuk menolak fahaman anti hadith: saringan pandangan Qardhawi dan Syawkani (Nailool

48
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

Awthor)

Pertama : Jumhur fuqaha' (Maliki, Hanafi, Abu Yusof, Awza'iy, Hanbali dan Zuhri) menjelaskan
sucinya air kencing binatang yang halal dagingnya (termasuk unta). (Syawkani, Nailool Awthor, jld 1, pg 49) ,
sesiapa yang dibesarkan dengan madzhab Syafi'iy tentulah merasa jijik kerana bagi madzhab Syafi'iy air
kencing unta adalah najis.

Kedua: HADITH itu tiada kaitan dengan usuluddin (pokok agama); ia tidak ditetapkan oleh unsur
Ilahiyat (yang diwahyukan melalui Al-Qur'an) dan Nubuwwah (ajaran yang ditetapkan oleh Nabi), atau
Sam'iyat (semitic); ia tiada kaitan dengan kewajipan agama yang wajib dilaksanakan; ia tidak ada kaitan
dengan hukum halal dan haram seperti yang dijelaskan oleh Ibn Khaldun)

Ketiga: Hadith air kencing unta ini adalah tergolong dalam hadith-hadith ahad yakni yang tidak
mencapai taraf mutawatir (yang diriwayat oleh ramai perawi); maka kita tidak wajib beramal dengan hadith
ahad seperti hadith ini. (Qardhawi, fatawa mu'asirat)

Keempat: Oleh kerana air kencing unta dianggap ubat oleh masyarakat Arab badui ketika itu; ia boleh
dibuktikan dengan perubatan moden melalui uji-kaji.

Kelima: Jika masa telah berkembang dan manusia merasa jijik dengan air kencing unta dan
perubatan moden telah menemui hampir kesemua ubat penyakit yang tidak diketahui masa dulu, maka
hadith ini tidak perlu diungkitkan. Seperti saranan Ibn Khaldun sepatutnya hadith-hadith tentang perubatan
tidak dimasukkan sekali kedalam koleksi hadith yang membicarakan usul agama kerana ia boleh
mengelirukan manusia tentang fungsi agama. Apa yang disampaikan oleh Nabi hanyalah apa yang biasa
dilakukan oleh tradisi Arab Badwi dan bukanlah suatu yang diwahyukan khusus mengenai perubatan.

Kesimpulan:

Usaha kumpulan anti hadith untuk merendahkan kewibawaan Imam Bukhari adalah satu usaha yang
sia-sia. Ini kerana hadith dalam koleksi Bukhari tentang perubatan adalah tidak penting kerana wahyu datang
bukan bertujuan menerangkan soal perubatan. Ia hanya bersifat sampingan yang bercampur dengan amalan
tradisional masyarakat padang pasir.

Hadith-hadith Nabi tentang perubatan tidaklah satu yang termaktub dalam urusan Nubuwwahnya
(kerasulannya tidaklah mencakupi bidang perubatan, sains dan teknologi); apa yang disampaikan oleh Nabi
kepada mereka yang menghadapi masalah kesihatan ialah apa yang biasa diamalkan oleh orang Arab
terutamanya Arab badui.

Status hadith perubatan seperti sayap lalat mengandungi racun dan penawar dan air kencing unta
boleh dijadikan ubat bukanlah hadith mutawatir atau hadith yang muttafaq 'alaih (yang disepakati
keatasnya); maka jika kita tidak mahu beramal dengannya tidaklah menyebabkan kita terkeluar dari Islam.
Yang boleh menyebabkan kita keluar daripada Islam ialah apa yang dilakukan oleh anti hadith, mereka
banyak mengeluarkan kenyataan yang mengejek Islam, ulamak dan hadith-hadith.

2. Ada teguran dari saudara kita yang menyatakan hadith Rasulullah saw tentang anjuran minum air kencing
unta adalah Hadith Mutawatir dan kalaupun ia hadith Ahad, menurut setengah ulamak, wajib beramal
dengannya.

Jawapan / Penjelasan :

49
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

Saya rasa banyak aspek yang diutarakan oleh akh diperselisihkan oleh ulama. Contohnya ada ulama
yang mengatakan hadith Ahad wajib diamalkan setelah disabitkan kesahihannya (lihat mana-mana kitab Usul
Fiqh) Kebanyakan hadith adalah Ahad dan yang mutawatir adalah sedikit jadi sudah tentu ada perkiraan lain
untuk menentukan sama ada sesebuah hadith wajib diamalkan atau tidak. Apa yang disebut oleh Qardhawi
dalam Fatwa adalah samaada hadith Ahad memberi ilmu yakini atau dzanni. Begitu juga hadith kencing unta
adalah mattafaqun alaihi (Bukhari dan Muslim) dan menurut ulama hadith ia adalah antara jenis sahih yang
terkuat.

Walaupun ia jatuh hadith atau ahad atau muttafaq alaih, namun ia jatuh bab perubatan yang tidak
merupakan tujuan asal nubuwwah (seperti yang dijelaskan oleh Ibn Khaldun), walaupun ia adalah hadith
yang sahih, namun dengan advancement dalam medical development, remedy yang telah disembuhkan oleh
air kencing unta sudah terdapat ubat alternatif yang lebih acceptable. Bayangkan masyarakat yang tidak
terdapat unta seperti Malaysia, sudah tentulah ia tidak dapat beramal dengan hadith ini walaupun ia hadith
mutawatir.

Kalau kita menyuruhnya orang Hindu India minum air kencing lembu ia dapat menerima tanpa
masalah sebab lembu adalah suci bagi mereka. Misalnya ada sahabat yang mengadu sakit perut, Rasulullah
saw menyuruhnya minum madu lebah. Tidaklah menjadi kewajipan setiap orang Islam untuk minum madu
lebah bila setiap kali sakit perut; zaman kita langkah yang terbaik ialah pergi membuat pemeriksaan di klinik
untuk ditentukan sebab sebenar kenapa sakit perut.

Begitu juga dengan sakit mata, boleh dititik madu lebah kedalamnya, namun langkah terbaik ialah
pergi berjumpa doktor terlebih dahulu untuk mengenalpasti penyakit. Kita meninggalkan hadith mutawatir
minum madu lebah bila sakit perut itu tidaklah berdosa sebagaimana kita melanggar hadith mutawatir dalam
syarat-syarat rukun solah. Meninggalkan hadith dalam bab perubatan tidak sama dengan meninggalkan
hadith dalam bab iman, dan ibadah.

Inilah konsep yang Ibn Khaldun dan Qardhawi hendak terangkan bahawa hadith-hadith Nabi tentang
perubatan tertakluk kepada zaman dulu yang mana ilmu perubatan amatlah primitif. Tidak bermakna kita
meninggalkan hadith mutawatir dalam bab minum madu lebah dan air kencing unta kita telah ingkar kepada
Rasulullah saw. Kita juga tidak memperlecehkan Bukhari dalam hal ini.

Kita ambil contohnya amalan bersugi, menggunakan kayu sugi itu bukanlah sunnah hakiki, yang
sunnahnya ialah oral hyangiene (termasuk memberus gigi dengan berus yang moden, ubat gigi dengan tartar
control, juga regular dental check-up) Inilah sunnah kerana ia dapat menjaga gigi dengan lebih baik.

Begitu juga dengan perubatan, sunnah ialah mencari ubat bila sakit. Madu dan air kencing unta itu
adalah apa yang biasa digunakan oleh umat zaman dulu; atau akar-akar kayu oleh umat Melayu dan Cina.
Yang perlu kita tekankan ialah sunnahnya mencari ubat bila sakit, madu dan air kencing unta atau akar kayu
itu hanyalah releven dengan sesuatu penyakit sahaja atau untuk zaman tertentu. Namun dengan penemuan
baru dalam alopati dan hemeopati itu, maka ubat-ubat baru yang lebih saintifik dengan teknik pembedahan
laser serta IT, maka ini sebenarnya lebih sunnah. Kita tak mahu diketawakan oleh umat lain hanya
bergantung dengan air kencing unta dan madu lebah yang memang mujarab pada 1600 tahun dulu,
sedangkan penyakit-penyakit baru mendatangi manusia dalam bentuk yang lebih yang memerlukan ubat-
ubatan yang lebih canggih.

Saya ambil contoh hadith yang mengatakan, jika dengan usaha kamu seorang mendapat hidayah, ia
lebih baik daripada unta yang merah. Kalau zaman sekarang apa nilainya unta merah berbanding dengan
sebuah private jet atau Rolls Royce. Maka hadith ini hendaklah difahami dengan; jika dengan usaha kamu
seseorang mendapat hidayah, maka ia lebih baik daripada sebuah private jet. Barulah kena! Ini bermakna

50
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

kalau Rasulullah saw hidup di zaman kita dan ia melihat seorang sedang sakit, niscaya baginda akan berkata,
kenapa ia tidak pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan? Baginda tidak akan berkata, berilah
kepadanya air kencing unta.

Inilah pendapat Qardhawi dalam bukunya 'Bagaimana kita berinteraksi dengan as-Sunnah. Kita
hanya mengambil makna lahir dan gagal menyelami maksud sesebuah hadith yang kadang-kadang hanya
membawa makna lain yang mendalam.

Isu Mengenai Lafaz Salam; Bagaimana Cara Lafaz Yang Betul?

1. Kenapakah umat Islam mengucapkan Assalamulaikum sedangkan dalam Al-Qur'an Allah menyuruh kita
mengucapkan Salamun alaikum?

2. Saya kurang faham tentang perbezaan lafaz Al-Qur'an dan lafaz al-Hadith. Kenapa kita tidak boleh ambil
terus dari al-Qur'an sedangkan maknanya sama dan kenapa pula Rasulullah tidak menggunakan lafaz Al-
Qur'an? Harap THTL boleh terangkan.

1. Kenapakah umat Islam mengucapkan Assalamulaikum sedangkan dalam Al-Qur'an Allah menyuruh kita
mengucapkan Salamun alaikum?

Jawapan / Penjelasan :

Apabila kita diserang oleh ideologi yang asing bagi kita, maka langkah pertama ialah kita boleh
menangkis serangan mereka dengan mendapat kejelasan terhadap isu yang dibawa oleh mereka, dalam hal
ini kumpulan Anti Hadith (AH). Berikut saya perturunkan dialog saya dengan salah seorang ahli kumpulan itu
tidak lama dulu di rangkaian msm-net.

Anti-hadith menulis,
Salamun 'alaikum

Surah Al-An'aam(6) ayat 54: Apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami datang
kepadamu maka katakanlah: Salaamun-alaikum, bahawa barangsiapa yang berbuat kejahatan di antara kamu
lantaran kejahilan, kemudian ia bertaubat setelah mengerjakan dan mengadakan perbaikan, maka
sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang

Tuhan mengajar kepada kita dari perkara kecil iaitu memberi salam dengan bentuk ucapannya sekali
tetapi kita mencipta dan menambah ucapan salam yang lain - seolah-olah kita lebih mengetahui daripada
Tuhan.

Jawapan / Penjelasan :

Manakah lafaz salam yang lebih afdhal: Salaamun alaikum atau Assalamu'alaikum?!

Saya hendak memperbetulkan sedikit ucapan salam yang dikemukakan oleh saudara Chemat;
saudara telah mengambil lafaz Al-Qur'an 'salaamun alaikum' yang mana ia bukanlah lafaz yang dipraktikkan
dalam kehidupan sebenar Rasulullah saw dan golongan salaf atau khalaf. Lafaz salam yang dipraktikkan oleh
sunnah ialah: Assalamu'alaykum warahmatullah

Saya akan syarah dengan panjang lebar jika keliru kenapa terdapat perbezaan antara lafaz Al-Qur'an
dan lafaz sunnah/hadith:

51
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

Perbahasan:

Lafaz salam yang paling afdhal ialah: Assala mu'alaikum warahmatullahi wabarokaatuh. Ini
pandangan al Imam Abul Hassan al Maturidi (kitab: al Haawi fi Kitabi Sya'ir) dan Imam al-Mutawalli. Dalil
hadithnya: HR adDarimi, Abu Daud, Tirmidhi, status: hasan), dari Imran bin Husain: Seorang lelaki datang
kepada Nabi saw lalu memberi salam: 'Assalamu'alaikum', maka Nabi saw menjawabnya. Nabi bersabda :
Sepuluh hasanah. Kemudian datang seorang lagi seraya mengucapkan, Assala mu'alaykum warah matuLlah.
Maka nabi menjawabnya, kemudian Nabi saw bersabda, 20 hasanah. Kemudian datang pula seorang yang
lain, seraya ia mengucapkan, Assala mu'alaikum warah matuLlahi wabarokatuh. Nabi menjawab dan
bersabda, 30 hasanah.

Pandangan Imam Nawawi dan Madzhab Syafi'iy (kitab: al Azkar bab Adab)

Lafaz salam ' Assalamu'alaikum' sudah cukup ataupun 'Assala mu'alaika' adalah memadai; manakala
menjawab salam memadai dengan lafaz: 'Wa'alaikumussalam' atau Wa'alaikas salam'. Menurut Imam
Nawawi lagi, ucapan salam yang yang digunakan oleh Al-Qur'an seperti Ibrahim melafazkan 'salam' dalam
ayat 25 Ad Dzaariyat itu adalah syariat yang terdahulu dalam bahasa Hebrew atau Ibrahimic. Juga ucapan
yang disyari'atkan untuk Nabi Adam as.

Mengikut Imam Abu Hassan al Wahidi asySyafi'i: aku berpendapat salam yang dimulakan dengan
lafaz Assalam adalah lebih afdhal daripada Salaamun.

Pandangan Imam-imam lain:

Abu Bakar Jabir al Jazairi (kitabnya Adabul Muslim) lafaz salam yang betul ialah: Assalamu'alaikum
warahmatuLlah. lalu berjabat tangan, yang diberi salam menjawab: Wa'alaikumussalam.

Abdullah Nasih Ulwan dalam Tarbiatul Awlad juga menggunakan lafaz Assala, bukannya salamun.

Syaikh Yusof Qardhawi dalam Fatawa Mu'asirat juga menyebut lafaz salam yang betul ialah yang
bermula dengan Assalamu'alaikum bukannya Salaamun alaikum.

Kesimpulan: Lafaz Al-Qur'an tidak semestinya boleh terus dilaksanakan, kita kena melihat sunnah
bagaimana ia dilaksanakan. Kalimah Salamun 'alaikum itu hanyalah anjuran untuk bersalam; tetapi cara
sebutan yang betul ialah melihat pula kepada sunnah nabi saw. Adapun lafaz salamun itu adalah syari'at yang
terdahulu, di mana Orang Yahudi memberi salam dalam bahasa Hebrew.

Perbahasan lanjutan dari che'mat...

SALAAMUN 'ALAIKUM saudara,

Surah 58 ayat 8: Tidakkah engkau memerhatikan (wahai Muhammad) akan orang-orang (Yahudi)
yang telah dilarang daripada perbuatan berbisik-bisik, kemudian mereka berbalik melakukan perbuatan yang
telah dilarang itu serta mereka berbisik-bisik berkenaan dengan melakukan dosa dan pencerobohan serta
kederhakaan kepada Rasulullah? Dan lagi apabila mereka datang kepadamu, mereka memberi salam hormat
bukan dengan lafaz salam hormat yang diberikan Allah kepadamu; dan mereka berkata sesama sendiri:
(Kalau benar Muhammad utusan Tuhan, maka) sepatutnya kami diseksa oleh Allah disebabkan (kata-kata
buruk) yang kami ucapkan itu? Cukuplah untuk mereka neraka Jahannam, yang mereka akan dibakar
didalamnya; maka itulah seburuk-buruk tempat kembali.

52
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

Ayat diatas ada saya sertakan dalam mel pertama saya: Dan lagi apabila mereka datang kepadamu,
mereka memberi salam hormat bukan dengan lafaz salam hormat yang diberikan Allah kepadamu;

Terjemahan ini saya petik dari SAKHR

Ayat ini dengan jelas menerangkan larangan Tuhan supaya tidak memberi lafaz salam hormat lain
daripada apa yang tuhan wahyukan. Saudara terlupa untuk mengulas ayat ini dalam mel yang lepas.
Persoalan yang saudara bangkitkan akan saya ulas selepas mendapat jawapan ini.

Komentar THTL:

Baiklah saya akan ulas tafsir ayat 58: 8 daripada tafsir Qurthubi: Ayat ini ditujukan kepada
sekumpulan orang Yahudi yang datang menemui Nabi saw: mengikut Qatadah: mereka melafazkan ucapan
salam: Assaamulaykum (bererti: binasa atau matilah engkau)

Mengikut Aisyah RA: orang Yahudi datang kepada Nabi saw dan mengucap salam: Assaam alaik ya
Abal Qaasim (binasa atas engkau ya bapa si Kasim)

Ia tidak ada kaitan dengan perbahasan ayat 6: 54: Ayat 6:54; Allah menyuruh kita supaya mengucap
salam; maka lafaz salam yang popular diucapkan oleh Nabi saw ialah Assalamu'alaikum. Mengikut
perbahasan mufassir, adalah tidak salah untuk mengucap lafaz yang saudara suka itu iaitu Salaamun alaikum.
Ia adalah khilaf, namun lafaz assalamualaikum yang diketahui umum adalah lebih popular dan Jibrail tidak
menegur Rasulullah saw sehinggalah baginda wafat. Ini bermakna lafaz Rasulullah saw itu adalah menepati
ayat tersebut. Untuk menamatkan cerita..jika saudara suka dengan lafaz itu, silalah..maknanya tidak lari dari
lafaz Assalamu'alaikum. jangan Good morning atau Hoi udahlah.

sekian, THTL

Soalan saya:

Salaamun alaikum atau Assalamu'alaikum?!

2. Saya kurang faham tentang perbezaan lafaz Al-Qur'an dan lafaz al-Hadith. Kenapa kita tidak boleh ambil
terus dari al-Qur'an sedangkan maknanya sama dan kenapa pula Rasulullah tidak menggunakan lafaz Al-
Qur'an? Harap THTL boleh terangkan.

AHMAD ZAMREE B. SHAARI, MMP

Jawapan / Penjelasan :

Utk memahami lafaz-lafaz Al-Qur'an (dan hadith), kita hendaklah difahami dengan kaedah-kaedah
bahasa Arab. Firman Allah (maksud), Sesungguhnya Kami turunkan Al-Qur'an itu dalam bahasa Arab. (Yusof:
2).Firman Allah lagi (maksud): Dengan lisan Arab yang jelas. (Asy Syu'ara:195)

Lafaz-lafaz Al-Qur'an ini tidak boleh diambil secara terlalu memberat-beratkan (takalluf) atau
membabibuta (ta'assuf); Takalluf ialah memahami lafaz-lafaz Al-Qur'an dengan makna-makna yang susah dan
sukar (seperti apa yang telah berlaku kepada Bani Israil yang terlalu memberat-beratkan lafaz kalimah
'baqarah' (sapi betina) hingga amat sukar bagi mereka untuk melaksanakan perintah Allah supaya
menyembelih sapi itu).

53
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

Manakala Ta'assuf ialah mengambil lafaz-lafaz Al-Qur'an tanpa panduan dan petunjuk; hanyasanya
mengikut akal fikiran. Misalnya ayat ini (maksud), maka berjalanlah kamu di muka bumi selama 40 hari. (At
Tawbah: 2) Maka mereka mentafsirkan makna ayat ini ialah kewajipan keluar berdakwah selama 40 hari
dalam setahun. Ini tidak benar!

Kemudian datang kaum zindik membawa ayat: apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat
Kami itu datang kepadamu, maka katakanlah, salaamun 'alaikum.. (al An'am:54) Maka mereka terus
menerima pakai lafaz Al-Qur'an itu secara ta'assuf (membabibuta, terus beramal dengannya tanpa ilmu dan
petunjuk)

Bolehkah kita beramal terus dengan ayat-ayat Al-Qur'an? Boleh. Dengan syarat kita melihat
tafsirannya yang ditafsir dengan lebih jelas oleh ayat-ayat lain, sebab sebaik-baik tafsir atau pengertian ayat
ialah apa yang diperinci oleh ayat-ayat yang lain.

Bagaimana jika kita merasa was-was dan tidak pasti dengan makna-makna atau lafaz Al-Qur'an itu?
Atau tidak ada ayat-ayat lain yang menjelaskan dengan lebih terperinci. Maka di sinilah peranan as-sunnah,
kerana assunnahlah yang mensyarahkan Al-Qur'an, menjelaskan dengan tepat sebagaimana yang
dikehendaki oleh Allah.

Lihat Firman Allah yang menjelaskan peranan sunnah: Maksud ayat: Dan tiadalah Kami turunkan
kitab kepadamu, melainkan supaya kamu jelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan, juga untuk
menjadi petunjuk hidayat dan rahmat bagi kaum yang beriman. (an Nahl: 64). Lagi, (maksud), dan tiadalah dia
(Muhammad) itu berkata-kata menurut hawa nafsunya, tiada lain yang disampaikan melainkan wahyu yang
diwahyukan. (An Najm)

HR Abu Daud dari al Miqdam bin Ma'adi RA katanya, Rasulullah saw bersabda, Ingatlah sungguh aku
telah diberi Al-Qur'an dan yang serupa dengan Al-Qur'an (assunah) selain daripada Al-Qur'an.

HR Imam Malik (al Muwatta # 899) (maksud) Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak
akan sesat selama mana kamu berpegang kepada keduanya: Kitaballah dan sunnah Rasul-Nya.

Mari kita tengok bab salam yang diambil lafaznya dari Al-Qur'an:

Firman Allah (maksud), Maka apabila kamu memasuki rumah-rumah, hendaklah kamu memberi
salam kepada penghuninya dengan salam yang ditetapkan di sisi Allah, yang penuh berkat lagi baik. an Nur:
61

Firman-Nya lagi, Apabila kamu diberi salam kehormatan, maka balaslah salam kehormatan itu
dengan salam yang lebih baik daripadanya atau salam yang serupa dengannya. (an Nisaa':86)

Ayat lain, Sudahkah sampai kepadamu cerita tetamu Ibrahim yang mulia, Ingatlah ketika mereka
masuk ke tempatnya lalu mengucapkan salam. Ibrahim menjawab,salam (maksud ayat: AdzDzariyat: 24)

Kemudian ayat al An'am: 54, katakanlah salaamun 'alaikum.

Maka dari sini kita dapati ada macam-macam kalimah yang digunakan oleh Al-Qur'an, arahan supaya
mengucap salam, kemudian lafaz Ibrahim salam dan di ayat yang lain salamun alaikum

54
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

Maka untuk mendapat lafaz yang tepat, maka di sinilah peranan al-hadith. sebagaimana arahan Al-
Qur'an, apa-apa yang dibawa atau diberi oleh Rasul, maka terimapakailah, dan apa-apa yang ditegahnya,
maka jauhilah dia. al Hasyr: 7

Bukan setakat Nabi saw mengajar lafaz salam yang betul, malah baginda telah mengajarkan pula
bagaimana menjawab salam dengan lebih baik, bagaimana salam di sebalik tembok, salam kepada wanita,
salam kepada kumpulan, orang berjalan kaki dan yang menunggang kenderaan dan kepada orang kafir.

Kemudian ulamak memperpanjangkan lagi sesuai dengan ruh sunnah, seni menyampaikan salam
kepada orang buta, tuli dan bisu, bila sunat, makruh dan harus memberi salam, dan seterusnya.

Apakah Ada Ramalan Nabi Atau Hadith Nabi Mengenai Golongan Anti Hadith Ini?

Jawapan / Penjelasan :

Salah satu hadith Rasulullah s.a.w. mengenai golongan Anti Hadith ialah:

Maksud hadith Rasullulah s.a.w. : "Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a. berkata : Bahawasanya
Rasullulah s.a.w telah bersabda : Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk
bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadith daripada hadithku maka ia
berkata: Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (Al-Quran) sahaja. Apa yang di halalkan oleh Al-Quran
kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan. (Kemudian Nabi s.a.w. melanjutkan sabdanya) :
Padahal apa yang diharamkan oleh Rasullulah s.a.w., samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh
Allah s.w.t". (H.R. Abu Daud dan Ibnu Majah)

Keterangan

Lelaki yang dimaksudkan di dalam hadith ini ialah seorang yang mengingkari kedudukan hadith
sebagai sumber hukum kedua selepas Al-Quran. Ia hanya percaya kepada Al-Quran sahaja. Baginya, hadith
tidak perlu untuk dijadikan sumber hukum dan tempat rujukan. Gologan ini tidak syak lagi telah terkeluar dari
ikatan Agama Islam. Dan pada realitinya seseorang tidak akan dapat memahami Al-Quran jika tidak merujuk
kepada hadith Nabi s.a.w. Al-Quran banyak menerangkan hal-hal yang besar dan garis panduan umum. Maka
hadithlah yang berfungsi untuk memperincikan isi dan kandungan serta kehendak ayat-ayatnya serta
menghuraikan dan menerangkan yang musykil. Oleh kerana itu, syariat tidak akan sempurna kalau hanya
dengan Al-Quran sahaja, tetapi ia mesti disertai dengan hadith Nabi s.a.w.

Benarkah Solat Sehari Semalam Lima Waktu Adalah Warisan Zaman Jahiliyyah?

Jawapan / Penjelasan :

Menurut Kassim Ahmad, solat sehari semalam lima waktu ialah warisan daripada zaman Jahiliyyah.
Pandangan ini diambil daripada Rashad Kalifa yang menyebut: The whole Arabian society before and during
the time of Muhammed followed the religion of Abraham. Thus Abu Lahab, Abu Jahl and the idolators of
Quraish used to observe the five daily salat prayers exactly as we (?) do today (diambil daripada Mustaffa
Suhaimi, 1996).

Jadi untuk mendapat kepastian soal ini mari kita bincangkan dakwaan Rashad Khalifa tersebut.
Adakah orang-orang Arab Jahiliyyah juga solat seperti yang orang-orang Islam masa kini lakukan?

Solat atau al-Solat sememangnya bukanlah perkataan Islam. Ini bereti perkataan ini digunakan

55
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

semenjak zaman Jahiliyyah lagi. Dikatakan juga perkataan ini berasal daripada Bahasa Babil dan Asyur.
Kebanyakan bahasa yang tergolong di dalam keluarga Semitik menggunakan perkataan ini yang bererti doa.
Makna solat pada zaman Jahiliyyah ialah doa ataupun meminta keampunan.

Kata al-A'sya (7H/629M) ketika memperkatakan tentang arak:

Dan angin pun menerpa masuk ke dalam tongnya (wa qabiluha al-rihu fi daniha), Lalu dia berdoa dan
meminta pertolongan agar araknya tidak rosak (wa salla ala daniha wartasamu).

Di dalam Bahasa Arab, perkataan ini mengandungi berbagai-bagai makna. Antaranya al-Luzum yang
bermaksud kekal dan tidak keluar-keluar. Dikatakan "Fulan Salla fi al-bait" bermaksud si polan itu tidak
keluar-keluar daripada rumahnya. Kedua diArabkan daripada perkataan Hebrew - salawta yang bermaksud
tempat solat. Di dalam al-Quran disebutkan: Orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka
tanpa alasan yang benar kecuali kerana mereka berkata: Pemelihera kami ialah Allah. Dan sekiranya Allah
tidak menolak sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain, tentulah dirobohkan biara-biara, gereja-
gereja, salawat (rumah ibadat Yahudi) dan masjid yang menjadi tempat menyebut nama Allah (al-Haj: 40). Di
dalam bahasa Arab, harus meletakkan kata nama tempat ke atas kata nama hal. Jadi kata nama tempat
(solat-doa) diletakkan di atas kata nama hal yang bermaksud berdoa.

Dengan kehadiran Rasulullah, baginda membawa makna baru terhadap solat. Perubahan ini memang
biasa berlaku di dalam apa bahasa sekalipun. Sesuatu makna pada sesuatu perkataan akan merubah
mengikut zaman. Contohnya perkataan al-Qitar yang bermaksud keretapi pada hari ini bermaksud
gerombolan unta yang bersambung talinya di antara satu sama lain. Apabila datang kenderaan yang
bersambung gerabaknya, lalu orang-orang Arab memanggilnya sebagai al-Qitar.

Di dalam surah al-Taubah, Allah Taala berfirman yang bermaksud: Dan sesungguhnya solat kamu
merupakan penenang jiwa bagi mereka (al-Taubah: 103). Dan firman Allah Taala lagi yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah dan Malaikatnya bersolat ke atas Nabi. Wahai orang-orang beriman! Solatkanlah ke
atasnya dan ucapkanlah juga salam kepadanya (al-Ahzab: 22). Manakala firman Allah Taala di dalam surah al-
Anfal pula, Allah menceritakan tentang hal ehwal solat orang-orang Jahiliyyah dengan firmannya yang
bermaksud: Solat mereka di sekitar Baitullah hanyalah siulan dan tepuk tangan (al-Anfal: 35).

Al-Quran tidak menyebutkan secara jelas bilangan solat dan juga bilangannya. Waktu-waktunya
disebutkan secara umum sahaja. Di antara ayat-ayat al-Quran yang menyebut waktu-waktu solat ialah:

1. Maka bertasbihlah kepada Allah pada waktu pagi dan petang (al-Rum: 17).
2. Dirikanlah solat daripada waktu gelincir matahari sehingga gelap dan dirikanlah juga solat fajar (al-
Isra: 78).
3. Dan dirikanlah solat pada tepian siang dan permulaan malam (al-Rum: 114).
4. Jagailah solat-solat dan solat pertengahan (al-Baqarah: 238).

Cara-cara menunaikan pula disebut oleh Allah sebagai:


1. Dirikanlah untuk Allah dengan khusyuk (al-Baqarah: 238).
2. Wahai orang-orang yang beriman! Rukuklah dan sujudlah (Al-Haj: 77).

Manakala sunnah pula menerangkan cara-cara terperinci cara melakukan solat. Rasulullah
mendirikan solat sehari semalam lima waktu dan diikuti oleh orang-orang Islam. Sabdanya pula kepada
mereka: Solatlah bagaimana aku solat.

Allah Taala juga mementingkan solat Jumaat. Firmannya yang bermaksud: Wahai orang-orang

56
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

beriman! Apabila diseru untuk bersolat pada hari Jumaat, maka bersegeralah engkau mengingati Allah dan
tinggalkanlah jual-beli (al-Jumuah: 9). Sunnah jugalah menunjukkan cara mengerjakan solat Jumaat. Sunnah
jugalah yang menerangkan cara khutbahnya. Di samping itu Allah Taala juga menerangkan cara-cara
menunaikan solat ketika berada di dalam ketakutan. Firman Allah Taala yang bermaksud: Sekiranya kamu
musafir, tidak apalah sekiranya kamu hendak memendekkan solat. Juga sekiranya kamu takut diserang oleh
orang-orang kafir. Mereka itu musuh kamu yang nyata. Sekiranya kamu berada bersama-sama mereka, maka
hendaklah kamu sama-sama mendirikan solat. Satu kumpulan daripada kamu hendaklah bangun sambil
menyandang senajata. Dan bilamana mereka sujud, hendaklah mereka itu berada di belakang pula lalu
datang pula kumpulan lain yang tidak bersolat sambil bersiap-sedia memikul senjata-senjata mereka juga (al-
Nisa: 101-102). Demikianlah Allah memerintahkan agar kita mendirikan solat. Manakala perlakuan solat ini
diterangkan oleh Rasulullah.

Daripada ayat 35 surah al-Anfal, kita dapati bahawa orang-orang Jahiliyyah bukanlah mengerjakan
solat seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam pada hari ini. Solat mereka hanyalah bertepuk-sorai
gembira. Justeru, tuduhan yang dilemparkan tidak berdasarkan kepada bukti al-Quran sendiri. Dikatakan
bahawa kaum Quraisy mengelilingi Kaabah secara berbogel sambil bertepuk tangan. Untuk menidakkan
perbuatan ini, Allah Taala berfirman yang bermaksud: Wahai anak Adam! Ambillah perhiasan kamu ketika
mengunjungi masjid (al-A'raf: 31).

Father Jorjouis Daud di dalam bukunya "Agama-agama Arab Sebelum Islam" menyebutkan bahawa
ibadat haji dilakukan oleh Nabi Ibrahim dengan mengelilingi kaabah sebayak tujuh kali. Selepas daripada
tawaf tersebut, dikatakan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail melakukan solat dua rakaat di belakang al-Maqam.
Kemudian Jibril mengajar pula berlari-lari di antara Safa dan Marwah serta amalan-amalan lain di Mina,
Muzdalifah dan Arafah. Tidak pula disebutkan adanya solat sehari semalam lima waktu seperti dakwaan
Rashad. Alangkah bagusnya sekiranya kita dapat melihat rujukan Rashad Khalifa tentang dakwaan ini.

Justeru, dengan menolak sunnah, mustahillah perlakuan solat dapat dilakukan. Tidak tahulah
sekiranya mereka hanya melakukan solat dengan rukuk dan sujud sahaja. Dan solat mereka tidak henti-henti
dari gelincir matahari sehingga pada permulaan malam dan satu solat lagi pada waktu fajar. Elok juga rasanya
kalau kita dapat meneliti buku panduan solat yang dilakukan oleh golongan anti-hadis ini.

Disesuaikan dari tulisan:


Hasmadi Hamdan, Al al-Bayt University, Jordan.

Adakah Golongan Anti Hadith Pengikut Nabi Ibrahim?

Jawapan / Penjelasan :

Sudah ramai orang memperkatakan tentang golongan yang digelar "anti hadith", namun golongan
tersebut terus tetap tidak menerima gelaran itu digelarkan ke atas mereka. Golongan ini, di peringkat global
bukan sahaja menolak kewibawaan hadith sebagai salah satu sumber hukum dalam Islam, malah mereka
mendakwa bahawa hadith itu adalah ayat-ayat Syaitan. Sebaliknya menerima syariat Nabi Ibrahim.

Lebih dari itu, mereka ini cuba membenamkan kewibawaan Rasulullah s.a.w. dengan berbagai
dakwaan yang sengaja dibuat-buat. Sebagai ganti, mereka cuba berselindung di sebalik bayang Nabi Ibrahim
a.s. Konon mereka sembahyang mengikut Nabi Ibrahim, puasa ikut Nabi Ibrahim, zakat mengikut Nabi
Ibrahim, pendek kata segala-galanya mengikut Nabi Ibrahim a.s.

Kalau Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan nabi yang terakhir di kalangan para nabi-nabi,
dianggap oleh golongan ini tidak dapat diyakini kemurnian pengajaran yang dibawakan melalui hadith-hadith

57
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

baginda, lalu hadith-hadith baginda ditolak atau dipertikai dan konon mahu dinilai semula. Betapa pula
dengan pengajaran yang dibawakan oleh Nabi Ibrahim?

Di mana pula mereka temui sahifah-sahifah (suhuf) Nabi Ibrahim? Apa pula method yang digunakan
untuk mengumpul dan mempastikan kemurnian pengajaran yang tertera di dalam sahifah-sahifah tersebut?
Siapakah yang tahu siapakah pengumpul sahifah-sahifah tersebut?

Apakah buku-buku atau disiplin ilmu yang disusun untuk mempastikan ketulenan ajaran: salat,
puasa, zakat dan lain-lain yang dibawakan oleh Nabi Ibrahim di dalam suhufnya itu? Kalaupun semuanya itu
ada, apakah alasan-alasan yang mampu menyakinkan golongan tersebut untuk:

a) Lebih menerima apa yang dibawa oleh Nabi Ibrahim


b) Menolak apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad .

Maksud 'apa yang dibawa' itu ialah:

a) Suhuf Nabi Ibrahim yang tidak ditemui naskhah asal dalam bahasa asalnya.
b) Quran dan hadith Nabi Muhammad yang wujud dalam bentuk masyaf dan kitab-kitab dengan
banyaknya dalam bahasa Arab (asal) dewasa ini.

Dalam kata lain golongan ini begitu dahuk untuk menampilkan diri mereka sendiri sebagai ulama
reformer yang membaharui semua pengajaran Islam yang sudah lebih 1,416 tahun diamalkan oleh semua
orang Islam di semua negara.

Golongan ini mahu memberitahu kepada dunia bahawa selama 1,416 tahun ini umat Islam di seluruh
dunia telah salah kerana mengikut ajaran yang dibawakan oleh Nabi Muhammad, tetapi yang sepatutnya
diikuti ialah apa yang dibawakan oleh Nabi Ibrahim. Mahu diberitahunya lagi bahawa seluruh bangsa,
termasuk bangsa Arab yang dilahirkan menuturkan bahasa al-Quran (satu-satunya cuma pegangan mereka)
juga telah salah memahami al-Quran.

Apa yang betul ialah fahaman yang dibawakan oleh seorang engineer di bidang pertanian yang untuk
pertama kalinya dapat mendedahkan kemukjizatan komputer yang konon membuktikan kebenaran al-Quran.
Engineer itu ialah Rasyad Khalifa yang sempat mengikrarkan bahawa dialah seorang Rasul (selepas
Muhammad s.a.w.) yang diutus oleh Allah.

Semua prinsip-prinsip ajaran Engineer di bidang pertanian ini selepas kematiannya diteruskan oleh
golongan anti-hadith. Adakah mana-mana peribadi dari kalangan mereka mahu menafikan bahawa pemimpin
kampungan mereka itu mengkagumi sipenipu yang mengaku rasul itu? Buku beliau yang diharamkan oleh
kerajaan dalam tahun 70-an itu adalah saksi benar yang merakamkan kekaguman tersebut.

Apa yang mereka berpegang teguh ialah kepada tafsir Quran yang tentunya ditulis oleh juru tafsir
yang mutakhir, di kurun yang akhir-akhir ini sahaja, itupun melalui bahasa kedua yang tidak legal untuk
dijadikan rujukan.

Apa yang perlu diulas lagi, cumalah golongan yang sebegini tidak melakukan segalanya kerana
mereka jahil, tetapi mereka ada tujuan dan wawasannya sendiri. Kata orang tua-tua, malu bertanya sesat
jalan, tapi kalau bongkak pula tentu saja menyesatkan orang lain pula.

Disesuaikan dari tulisan:


Omar Abdul Aziz, Dakwah Ogos 1995)

58
PENJELASAN TERHADAP ANTIHADITH

Apa Tindakan Kerajaan Malaysia Untuk Membendung Gerakan Anti Hadith.

Jawapan / Penjelasan :

Gerakan anti hadith adalah merupakan satu fahaman ataupun kepercayaan yang boleh mengancam
aqidah, syariah dan akhlak umat Islam sekiranya tidak dibendung. Ini kerana fahaman tersebut adalah
menyeleweng dan terkeluar dari ajaran Islam yang sebenar. Memandangkan gerakan anti hadith ini boleh
mengancam akqidah umat Islam di negara ini maka kerajaan sentiasa berusaha dari masa ke semasa bagi
membendung gerakan ini dari terus merebak melalui beberapa pendekatan seperti berikut:-

(i) Satu penerangan kepada mereka yang tidak terlibat dibuat dari masa ke semasa melalui ceramah,
forum, kursus, bengkel dan seminar Pemantapan Akidah Islam. Ianya bertujuan menjelaskan mengenai
bahaya fahaman anti hadith kerana ia adalah bercanggah dengan fahaman Hadith Sunnah Wal Jamaah;

(ii) Juga disampaikan juga menerusi khutbah-khutbah Jumaat dan juga penerbitan risalah, buku dan
lain-lain yang berkaitan dengan akidah Hadith Sunnah Wal Jamaah;.

(iii) Di samping itu, diadakan juga dialog dengan golongan yang terlibat dengan gerakan Anti Hadith
yang diadakan dari masa ke semasa bagi mengenal pasti dan seterusnya mengatasi apa jua kekeliruan yang
timbul di kalangan mereka; dan.

(iv) Seterusnya pemantauan dan sekatan pengedaran bahan penerbitan seperti buku-buku yang
dipercayai menyebabkan fahaman Anti Hadith tidak mengancam kepada umat Islam di negara ini.

Brig. Jen. (B) Datuk Abdul Hamid bin Haji Zainal Abidin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Wallau'alam

Sekian semuga jelas.

Jazakallah khair,

Kandungan dari e-book ini diambil dari laman web JAKIM. E-book ini dilarang dikomersial atau dijual beli
dengan apa-apa maksud dan tujuan tanpa kebenaran bertulis. Sebarang komen dan teguran yang mungkin
membina sila e-mel kepada e_bookhelp@yahoo.com. Terima kasih. (Jul '02)

E-book ini diedarkan dengan percuma bagi tujuan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya
fahaman Anti Hadith yang boleh memesongkan akidah sebenar umat Islam; reproduksi untuk tujuan
komersial atau dijual-beli dengan apa-apa maksud dan tujuan tanpa kebenaran adalah dilarang.

59

You might also like