You are on page 1of 16

MODUL 3

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ANTARABANGSA

Isi Kandungan:
3.0 ObjektifModul
3.1Pengenalan
3.2 Konsep-Konsep Asas Hubungan Antarabangsa
3.2.1 Negara-Bangsa
3.2.2 Kuasa
3.2.3 Kedaulatan Nasional
3.2.4 Kepentingan Nasional
3.2.5 Keselamatan Negara
3.3 Kesimpulan
3.4SoalanKendiri
3.5Bibliografi
2 'Konsep-konssp Asas Hub. Antarabangsa

MODUL 3

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ANTARABANGSA

3.0 OBJEKTIF MODUL

> Mengenalpasti ciri-ciri konsep negara bangsa, kuasa, kedaulatan nasional,


kepentingan nasional dan keselamatan nasional.
> Memahami pengertian setiap konsep yang dihuraikan.
> Mengaplikasi konsep-konsep yang dihuraikan dengan realiti semasa hubungan
antarabangsa.

3.1 PENGENALAN

Di dalam arena politik, pada kebiasaannya individu-individu tidak mampu untuk


bertindak bersendirian. Mereka akan saling berinteraksi dengan perkumpulan-
perkumpulan sosial yang lain bagi mencapai matlamat dan keperluan masing-masing.
Begitu juga dalam hubungan antarabangsa, negara-negara perlu berhubung di antara satu
sama lain untuk memenuhi kepentingan serta matlamat negara. Senario ini dikenali
sebagai suatu keadaan yang diistilahkan sebagai saling pergantungan.1 Semakin
meningkat kadar saling pergantungan maka akan meningkat juga kadar interaksi. Dalam
proses ini, kemungkinan besar akan tercetus konflik atau kerjasama serta wujud
penggunaan kekerasan atau kerjasama di antara negara-negara dalam mengejar matlamat

Istilah ini digunakan bagi mencirikan hubungan-hubungan di dalam sistem antarabangsa globa
J.David Singer mengatakan ianya bermaksud sekumpulan n3anusia yang saling bergantungan akan
beikongsi satu nasib yang sama atau melihat tindakan-tindakan sesetengah daripada mereka selalunya akan
membsri kesan kepada indi\'idu-mdividu yang lain (Dougherty & Pfaltzgraff, 1981: 136). Dalam lain
perkataan, saling pergantungan merujuk kepada suatu keadaan di mana tindakan dan peristiwa pada satu
bahagian dunia memberi kesan kepada orang ramai di bahagian lain dunia. Bagi ^ling pergantungan ini
wTijud, periu ada satu tahap pergantungan bersama atau kesan-kssan yang bertimbal-balik. Saling
pergantangan boleh bersifat political, sosial- ekonomi, ketenteraan.atau ideologikal.
3Konsep-konsep Asas Hub. Antarabangsa

dan keperluan negara. Maka modul ini bertujuan untuk memperkenalkan beberapa
konsep asas hubungan antarabangsa yang biasa digunakan dalam penelitian senario yang
disebutkan tadi. Konsep-konsep tersebut adalah negara-bangsa, kuasa, kepentingan
nasional, kedaulatan nasional dan keselamatan negara yang merupakan asas bagi
memahami tingkah-laku sesebuah negara dalam hubungan dengan negara-negara lain di
arena antarabangsa. Ciri-cu-rsetiap konsep'termasuk hubungkait konsep negara-bangsa

dengan setiap konsep yang dihuraikan turut ditinjau dalam modul mi.

3.2 KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ANTARABANGSA

3.2.1 Negara-bangsa

Istilah-istilah nation (bangsa) dan state (negara) kerapkali digunakan secara


ditukarganti dalam karya-karya pengantar hubungan antarabangsa berbahasa Inggens.
Walau bagaimanapun kedua-duanya mempunyai makna konsepsual yang berlainan.
Istilah nation membawa erti satu identiti etnik dan budaya umum yang dikongsi bersama
oleh sekumpulan manusia, manakala state atau negara merujuk kepada sebuah unit
politik yang didefmisi dari segi wilayah, populasi dan sebuah kerajaan otonomos yang
mempraktikkan kawalan efektif ke atas wilayah serta penduduk-penduduknya tanpa
mengira kehomogenan atau keheterogenan etnik mereka. Dalam lain perkataan, negara
merujuk kepada sebuah organisasi politik yang mempamerkan kedaulatan kedua-dua
dalam sebuah sempadan geografi dan dalam hubungan dengan negara-negara lain

(McLean, 1996:331).

Sempadan-sempadan sebuah bangsa dan sebuah negara tidak semestinya


mempunyai tempat perhentian yang sama. Kerapkali ianya tidak bersifat sedemikian.
Negara-negara boleh meliputi banyak bangsa (nations), contohnya China dan India-
Negara-negara boleh memintas bangsa-bangsa seperti sempadan Iran dan Iraq yang
membahagikan bangsa Kurdish kepada dua. Negara-negara mungkin merupakan satu
koleksi beberapa bangsa di mana tiada satupun daripadanya terletak secara eksklusif di
4 Konssp-konsep Asas

dalam sempadan-sempadan negara seperti Zaire dan Angola (Abdul A-ziz Said, Lerche, Jr
&Lerchem, 1995: 106).

Negara membekalkan asas untuk pentadbiran keadilan politik dan legal dalam
bentuk kerakyatan. Bangsa atau nation pula mempromosi satu hubungan emosi melalui
___._____________@___@--..-._..--...-, .<@/- /// \
mana seseorang individu memperolehi perasaan identiti budaya. Oleh itu,\ istilah negara-
bangsa telah digunakan oleh golongan saintis sosial untuk member! erti paduan beransur-
ansur yang mungkin berlaku di antara sempadan-sempadan budaya dan politik setelah
wujudnya pengekalan berpanjangan kawalan politik oleh sebuah otoriti pusat ke atas
sebuah wilayah tertentu serta penduduk-penduduknyanCouIoumbis & Wolfe, 1994: 59-
60). Negara-bangsa iaitu unit politik nasional turut dianggap oleh para sarjana sebagai
satu sinonim untuk negara.

Di dalam pendekatan realis, negara-bangsa. merupakan unit primer dalam kajian


hubungan antarabangsa. Sebuah dunia yang terdiri daripada negara-bangsa negara-
bangsa menandakan sebuah sistem antarabangsa yang mengandungi entiti berdaulat yang
tulin. Mereka berhubungkait di antara satu sama lain sebagai sama taraf atau as equals.
Negara-bangsa boleh menjadi samada homogen atau heterogen- Walau bagaimanapun,
kebanyakan negara-bangsa jatuh ke dalam kategori heterogen. Sesebuah negara-bangsa
heterogen mengandungi sebilangan perkumpulan-perkumpulan etnik yang memiliki
samada sebuah perasaan kebalighan bangsa (nationhood) yang sedia wujud atau baru
bermula. Contoh-contohnya adalah seperti negara-negara Brazil, Canada, Great Britain,
India, Indonesia, Lebanon, Nigeria, Peru, Soviet Union, Switzerland dan Amerika
Syarikat.

Negara-bangsa telah mengatur konsep sistem antarabangsa tradisional sehingga


baru-baru ini di mana ianya telah mengalami kebobrokan dari aspek kuasa apabila tain-
lain badan dunia seperti perbadanan multinasional (MNCs), organisasi-organisasi
antarabangsa dan lain-lain kolektiviti mula memperolehi kuasa dalam hubungan
antarabangsa termasuklah kebangkitan supranasional seperti European Union. Begitu
5Konsep-konsep Asas Hub. Antarabangsa

juga dengan masalah minoriti-minoriti "extranational" seperti bangsa Jerman yang berada
di luar negara Jerman atau bangsa China yang berada di luar negara China.

3.2.2 Kuasa

Konsep kuasa mempunyai pelbagai makna dalam hubungan antarabangsa


bergantung kepada konteks ianya digunakan. Bagi Kautilya contohnya, kuasa adalah
memiliki kekuatan yang diperolehi daripada 3 elemen iaitu: pengetahuan, kekuatan
militer dan kegagahan (Couloumbis & Wolfe, 1994; 77). Beliau juga melihat kuasa
sebagai matlamat akhir yang perlu diambil kira dalam pembentukan dan pemilihan dasar
luar. Hans Morgenthau pula melihat kuasa sebagai perhubungan di antara dua aktor
dalam mana aktor A mempunyai kemampuan untuk mengawal pemikiran dan tindakan-
tindakan aktor B. Oleh itu menurut beliau, kuasa boleh menjadi apa saja yang akan
membentuk dan mengekalkan kawalan manusia ke atas manusia lain, daripada keganasan
berbentuk fizikal kepada hubungan-hubungan psikologikal melalui mana satu minda
mengawal minda yang lain (Couloumbis & Wolfe, 1994: 77-78, Morgenthau, 1973: 28-
29). Konsep kuasa (power) pada asasnya terkandung dalam pendekatah realist.2 la
digunakan bagi untuk menerangkan keupayaan aktor-aktor untuk menggunakan sumber
dan aset zahir (tangible) dan tidak nyata ( intangible) dalam isu-isu antarabangsa bagi
mencapai tahap kepuasan yang dikehendakinya/Dalam banyak isu antarabangsa yang
melibatkan aktor-aktor sama ada negara atau bukan negara yang terdiri daripada intitusi-
institusi serta organisasi antarabangsa, ia akan menggunakan apa sahaja kuasa yang ada
padanya untuk mencapai matlamat yang diingini. Menurut Jones (1991) ada tiga sumber
kuasa yang digunakan oleh negara bagi mencapai matlamat mereka. Pertama, kuasa
semulajadi; merangkumi geografi, penduduk dan sumber alam. Kedua, sosio-psikologi;
merangkumi imej negara itu sendiri, situasi dalam negara, sosialisasi politik dan budaya,
kohesi, sokongan rakyat awam bagi negara dan kepimpinan negara. Ketiganya, kuasa
sintetik yang merangkumi kapasiti industri dan ketenteraan.

Sila lihat pendekatan realis dalam Bab 5.


6Konsep-konsep Asas Hub. Antarabangsa

Sejarah yang mengkaji tentang kuasa secara spesifik tidak menonjol dalam era
pemikiran politik klasik misalnya Machiavelli dan Hobbes. la mula berkembang sebagai
kajian yang sistematik dan saintifik melalui tulisan-tulisan selepas Perang Dunia Pertama,
dipelopori oleh tokoh-tokoh aliran realist. Di antara tokoh yang mempopularkan konsep
kuasa secara sistematik ialah Catlin (1927-1930), Merriam (1939), Laswell (1936)' dan
Morgenthau (1948)."--

K.J. Holsti (1995: 118) melihat kuasa sebagai kapasiti umum sebuah negara
dalam mengawal tindakan-tindakan negara lain. Contohnya, negara A cuba untuk
mempengaruhi B kerana A tidak dapat mencapai objektif-objektifhya sekiranya B tidak
melakukan X. Beliau turut mengatakan bahawa konsep kuasa boleh dipecahkan kepada 3
elemen analitik yangjelas berbeza.; Kuasa mengandungi (1) tindakan (proses, hubungan)
mempengaruhi negara-negara lain (2) sumber-sumber atau kekuatan supaya untuk
penggunaan pengaruh berjaya dilaksanakan dan (3) respon-respon terhadap tindakan-
tindakan diambil.) Contohnya dalam memformulasi dasar dan strategi untuk mencapai
matlamat-matlamat khusus, pembuat-pembuat dasar akan menanyakan 5 soalan ini secara
eksplisit atau implisit:

1. Merujuk kepada matlamat-matlamat kita, apa yang ingin kita B lakukan atau
tidak lakukan? (X)
2. Bagaimana kita akan membuat B melakukan atau tidak melakukan X?
(membayangkan sebuah hubungan dan proses)
3. Apakah sumber-sumber yang kita ada untuk merangsang B melakukan atau
tidak melakukan X?
4. Apakah kemungkinan reaksi B terhadap percubaan-percubaan kita untuk
mempengaruhi tingkahlakunya?
5. Apakah kos-kos mengambil tindakan-tindakan 1, 2 atau 3 - berbanding
dengan alternatif-altematif lain? (Holsti, 1995: 119).
7 Konsep-konsep Asas Hub. Antaraban

Analisis kos dan keuntungan ini akan membantu menjamin matlamat dan kepentingan-

kepentingan negara diperolehi atau dicapai.

Couloumbis. & Wolfe (1994: 79) mendefinisikan kuasa sebagai satu konsep
payung yang menandakan apa saja yang menubuhkan dan mengekalkan kawalan aktor A
ke atas aktor a) Oleh itu, kuasa boleh^mhat-"sebagafmengandungi(3 elemen penting.

Pertama, kekerasan yang boleh didefmisikan sebagai ancaman eksplisit atau penggunaan
instrumen-instrumen ketenteraan, ekonomi dan lain-lam alat paksaan oleh aktor A ke atas .
aktor B dalam mencapai matlamat-matlamat politik aktor A. Kedua, pengaruh yang
didefmisikan sebagai penggunaan instrumen-instrumen pemujukan oleh aktor A untuk
mengubah atau mengekalkan perilaku aktor B dalam bentuk yang bersesuaian dengan
keutamaan aktor A - 'a means to an end: Ketiga ialah otoriti iaitu kepatuhan sukarela
aktor B akan arahan-arahan dan perintah aktor A dididik oleh persepsi-persepsi B tentang
A hasil pertalian rapat, kepimpinan, pengetahuan, rasa hormat dan kepakaran A;> Lantas
kuasa juga boleh dilihat sebagai satu pertalian dan satu proses. Holsti (1977: 166) telah
menambah satu lagi elemen selain daripada di atas iaitu kuasa sebagai satu kuantiti dan
boleh diukur. Walau bagaimanapun, kuasa sebagai satu kuantiti hanya akan bermakna

apabila ianya dibandingkan dengan kuasa aktor-aktor lain.

Ringkasnya dalam hubungan antarabangsa kuasa merujuk kepada kekuatan sedia


ada, kapabiliti-kapabiliti relatif dan cara-cara sebuah .negara cuba untuk mengawal
tingkahlaku sebuah negara yang lain. Kuasa juga adalah -multifaceted\ sumber politik
yang berteaisan, berubah-ubah dan jumlah pelbagai elemen-elemen yang membolehkan
kepentingan-kepentingan sebuah negara mengatasi kepentingan-kepentingan sebuah

negara yang lain (Holsti, 1986: 140). 1


8Konsep-konsep Asas Hub. Antarabangsa

3.2.3 Kedaulatan Nasiona!

Penelitian tentang kedaulatan dan kajian hubungan antarabangsa telah


dikemukakan sejak era klasik oleh tokoh-tokoh seperti Bodin, Hobbes , Locke dan
Rousseau. Menurut Jean Bodin (1530-1596) dalam bukunya "Six Books Concerning the
State" telah "menegaskan bahawaTedaulatah ialahTcuasa tertinggi yang terdapat dalam
sesuatu kesatuan negara. Kesatuan itu adalah bersifat mutiak. Dalam hal ini raja
dimaksudkan sebagai aktor yang paling berdaulat dan tidak ada sesiapa yang lebih
daripadanya kecuali Tuhan. Bagi Hobbes pula, beliau mengatakan bahawa kedaulatan
hanya ada pada satu orang sahaja dan tidak boleh dipegang oleh orang lain. Pandangan
Hobbes didapati serupa dengan Bodin. Manakala bagi Locke pula, kedaulatan wujud
dalam majlis perundangan yang tertinggi di mana rakyat berhak untuk memilih wakil
yang dipersetujui oleh mereka untuk membuat undang-undang yang memperjuangkan
kepentingan negara. Kedaualtan ini dipanggil sebagai kedaulatan popular.

( Kedaulatan nasional merupakan satu konsep yang sering digunakan dalam


mengesahkan tindak-tanduk negara dalam arena antarabangsa. Ianya adalah ciri utama
negara-bangsa. Di dalam kesusasteraan hubungan antarabangsa, kedaulatan didefmisikan
sebagai otoriti negara tertinggi yang tidak fertakluk kepada sebarang had-had luaran atau
sebarang otoriti tertinggi yang lain dalam membentuk dan melaksanakan keputusan-
keputusan politiknya, iaitu hak untuk berkerajaan sendiri.. Kedaulatan turut didefmisikan
sebagai kuasa tertinggi ke atas rakyat dan subjek-subjek yang tidak dikawal oleh

sebarang undang-undang.

Pengiktirafan bersama akan hak ke atas kedaulatan merupakan asas dalam


masyarakat antarabangsa- Namun, kedaulatan tidak boleh disamakan dengan kebebasan
bertindak. Dalam hal ini, aktor-aktor berdaulat mungkin mendapati diri mereka
mempraktikkan kebebasan membuat keputusan dalam keadaan yang disekat oleh
hubungan-hubunsan kuasa yang tidak setanding (McLean. 1996: 464). Dalam hubungan
antarabangsa juga kedaulatan bertindak sebagai asas untuk pertukaran-pertukaran
9Konsep-konsep Asas Hub. Antarabangsa

pengiK-tirafan atas dasar kesamarataan legal. Oleh itu kedaulatan adalah sebagai asas
diplomasi dan undang-undang antarabangsa. Kedaulatan juga adalah kemampuan sebuah
negara-bangsa melalui kerajaannya menjadi tuan di rumahnya sendiri, memiliki kuasa ke
atas hal-ehwal domestik dan luarannya serta mempunyai pilihan samada untuk menyertai
atau meninggalkan perikatan, pergi berperang atau kekal nutral demi melindungi
kepentingan-kepentingannya. )

Kedaulatan boleh dibahagikan kepada kedaulatan dalaman dan kedaulatan luaran.


Kedaulatan dalaman bersangkut-paut dengan otoriti negara yang tertinggi dan sah di sisi
undang-undang terhadap rakyat-rakyatnya, manakala kedaulatan luaran merujuk kepada
pengiktirafan oleh kesemua negara-negara akan kemerdekaan, integriti wilayah dan hak
tidak boleh ceroboh setiap negara sebagaimana yang diwakili oleh kerajaannya. Walau
bagaimanapun secara praktikalnya, kita dapati bahawa setengah-setengah negara adalah
lebih berdaulat berbanding negara-negara yang lain. Setengah-setengah kuasa besar
mempunyai "substance' dan juga huruf literal kedaulatan itu sendiri, manakala negara-
negara yang lebih kecil khususnya sekiranya mereka terletak secara strategik akan
seringkali disusupi oleh kuasa-kuasa yang lebih besar (Couloumbis & Wolfe, 1994: 69).
Contoh-contohnya sebagaimana yang berlaku dalam krisis Israel-Palestin, Bosnia-
Herzebogavina dan Kosovo serta Perang Teluk. Oleh itu, negara-negara ini hanya boleh
dikatakan berdaulat hanya dalam erti tidak tulinnya.

Penelitian oleh beberapa orang tokoh seperti Bodin, Locke dan seumparnanya
yang ditunjukkan di atas melahirkan beberapa jenis kedaulatan.

i. Kedaulatan rakyat
Kerajaan dibentuk atas persetujuan rakyat, misalnya melalui pilihanraya.

ii. Kedaulatan nasional


Terbentuk hasil kedaulatan rakyat. la terletak di peringkat kebangsaan.
10' . Konsep-konsep Asas Hub. Antarabangsa

iii. Kedaulatan politik


la wujud daripada pendapat-pendapat umum yang boleh mempengaruhi pengundi dalam
negara. Kedaulatan ini diasaskan di peringkat individu yang mana kemahuan rakyat
disalurkan melalui wakil-wakil rakyat di parlimen. Ini merupakan hasil daripada
kedaulatan nasional.

iv. Kedaulatan Undang-Undang


Ini merupakan kedaulatan yang paling tinggi yang menentukan tindakan politik.
Landasan yang digunakan bagi kedaulatan ini ialah undang-undang misalnya mstitusi
parlimen yang bertanggungjawab untuk meluluskan undang-undang.. Kedaulatan ini
diperkenalkan oleh Jean Austin.

v. Kedaulatan Titulan
Merupakan kedaulatan yang tidak konkrit atau kabur sifatnya. la tidak menetapkan tugas
atau fungsi khusus yang harus dimainkan oleh aktor individu mahupun negara.
Maksudnya kedaulatan ini hanyalah pada nama sahaja. Misalnya Yang diPertuan Agong
di Malaysia, kedaulatan mereka hanyalah sebagai simbol sistem pemerintahan raja
berpelembagaan. la tidak berfungsi dalam tugas-tugas pentadbiran dan perundangan
negara kecuali meluluskan rang undang-undang yang dibawa ke dewan negara atau soal-
soal yang melibatkan agama dan adat-istiadat sahaja.

vi. Kedaulatan de facto


Iaitu kedaulatan luaran yang mana aktor individu mahupun negara diarahkan mematuhi
atau akur terhadap arahan dari luar. Contohnya bekas kerajaan boneka di Afghanistan
semasa peperangan Afghanistan dan Soviet Union, pemerintahannya mendapat arahan.
dari pihak Soviet Union.
11Konsep-konsep Asas Hub. Antarabangsa

vii. Kedaulatan dejure


Kedaulatan ini hampir sama dengan kedaulatan undang-undang. Bagaimanapun bezanya
hanyalah dari sudut penekanannya kepada undang-undang semata-mata yang mana aktor
individu mahupun negara harus patuh kepada undang-undang yang dibuat. Misalnya
perlembagaan negara yang menjadi garis panduan dalam sebarang keputusan atau
tindakan politik.

3.2.3 Kepentingan Nasional

( Konsep kepentingan nasional secara tradisional dianggap sebagai alat melalui


mana seorang pembuat dasar mengapplikasi pertimbangan nilai-nilai kepada realiti-realiti
tindakan politik. j Dicadangkan bahawa^apa yang dimaksudkan dengan istilah
kepentingan nasional ialah sebuah tujuan umum, berjangka panjang dan berterusan di
mana sebarang negara, kerajaan atau rejim melihat diri mereka sebagai
dipertanggungjawabkan untuk melaksanakannya pada sebarang masa. Di dalam praktis
pembuat-pembuat keputusan, hubungan .rasmi di antara masyarakat nasional dan
persekitaran luar merumuskan dan menerangkan kepentingan nasional negara. Oleh itu,
kepentingan nasional seharusnya membayangkan penilaian-penilaian mereka tentang
kebaikan-kebaikan awam dan juga keadaan-keadaan material negara seperti saiznya,
populasi, kekayaan, pembahagian-pembahagian dalaman, geografi, aktiviti-aktiviti
ekonomi utama dan sebagainya (Abdul Aziz Said, Lerche, Jr. & Lerche TIT, 1995: 27). ") @

Kandungan dan proses melalui mana kepentingan nasional dirumuskan adalah


khusus kepada sejarah dan mstitusi-mstitusi masyarakat yang diben. ; Kepentingan v"
nasional boleh dikatakan memenuhi 2 fungsi utama iaitu (1) ia memberi dasar satu
orientasi umum terhadap persekitaran politik antarabangsa dan (2) yang lebih penting, ia
bertindak sebagai satu asas untuk memilih di antara tindakan-tindakan altematif apabila
sebuah negara menghadapi satu situasi yang memerlukan respon serta-merta./'[Dalam lain
perkataan, kepentingan nasional yangjelas boleh memandu usaha-usaha jangka panjang
sebuah negara dalam dasar luar dan menentukan apa yang ia lakukan dalam konteks
12 Konsep-konsep Asas Hub.

jangka pendek. Kepentingan nasional juga kebiasaannya adalah lambat untuk berubah
dan perubahan yang dilalui adalah secara beransur-ansur atau evolutionary tetapi bukan
revolutioner kecuali dalam keadaan-keadaan yang khas/'(Abdul Aziz Said, Lerche, Jr. &
Lerche III, 1995:28).

Di dalam hubungan antarabangsa,; kepentingan nasional adalah satu konsep


penting untuk menghurai, menjelas, meramal atau menentukan tingkahlaku antarabangsa.,
i/;
Ianya adalah kepentingan-kepentingan fundamental "yang memandu dasar luar sesebuah
negara seperti survival fizikal, kesejahteraan ekonomi dan penentuan nasib sendiri
negara- Kepentingan-kepentingan fundamental ini .didefinisikan'bleh kerajaan,/ /
/'

Kepentingan nasional turut membawa kekeliruan bersama-samanya. Antaranya,


kepentingan nasional tidak boleh didefinisikan dalam istilah-istilah yang jelas dan
diterima umum serta boleh diapplikasikan untuk menghurai, meramal dan menetapkan
tindakan sebenar dunia oleh negara-negara. .Kepentingan nasional adalah isti!ah yang
begitu subjektif; Sebagaimana yang digunakan oleh pembuat-pembuat keputusan-
keputusan, ianya adalah satu projeksi persepsi-persepsi sesebuah rejim khusus atau
seorang pemimpin politik di dalam persekitaran antarabangsa atau domestik. Contohnya,
rejim komunis Soviet telah mengikuti sebuah dasar yang agresif untuk mengekalkan
negara tersebut sebagai satu kuasa dunia, manakala Presiden Kennedy melibatkan diri
dalam konfrontasi Cuban Missile sebahagiannya adalah untuk menyelamatkan maruah
politik beliau. Oleh itu kepentingan nasional boleh diterjemahkan secara keseluruhan
atau sebahagian dari kepentingan negara atau individu.

Di samping itu terdapat \beberapa varibel yang mempengaruhi pembuatan


kepentingan nasional iaitu kualiti-kualiti, personaliti-personaliti dan 'ideals' pembuat-
pembuat keputusan; jenis-jenis falsafah struktur-struktgur dan proses-proses kerajaan;
stail-stail, budaya-budaya serta adat-resam masyarakat-masyarakat yang berbeza; lokasi
geopolitik dan kemampuan pelbagai negara dan akhir sekali jenis-jenis cabaran dan
tekanan yang dihadapi oleh setiap negara daripada negara-negara jiran, kuasa-kuasa besar
13Konsep-konsep Asas Hub. Antarabangsa

dan organisasi antarabangsa, Ideologi juga memainkan peranan di mana wujud satu
hubungan mutual dan berbentuk maklum balas di antara ideologi dan kepentingan
nasional di dalam mana setiap satu mempengaruhi dan membentuk formulasi-formulasi
yang satu lagi. /'

pertimbangan-pertimbaQgaa-
udeolpgikal
pCeputusan-keputusan Dasar
JLuar dan Tindakan
|Pertimbangan-p ertimbangan
perbentuk Kepentingan

Sumber: M. Imtiaz Shahid, 1994. International Relations: Yesterday, Today,


Tomorrow. Lahore: Caravan Enterprise, m/s. 43.

Kepentingan nasional seringkali juga mengundang kekeliruan antara matlamat


(ends) dan metod (means) dalam politik antarabangsa. Konsep kuasa adalah penting
khususnya juga adalah satu metod kerana memilikinya membolehkan sesebuah negara
mencapai matlamat-matlamat lain. Justeru, kuasa mewakili sebuah kekaburan antara
matlamat dan metod - adakah kepentingan nasional sebuah negara untuk memperolehi
kuasa atau kuasa merupakan alat untuk mencapai kepentingan nasional (Rourke, 1986:

119).

iTerdapat dua sekolah pemikiran utama dalam mendefinisikan kepentingan


nasional iaitu pertama, pemikiran elitis dan kedua, pemikiran demokratik- Bapa sekolah
pemikiran elitis ialah Plato yang mengatakan bahawa kebaikan awam boleh dibuat oleh
seorang raja-ahli falsafah (philosopher king) yang dibantu oleh beberapa penasihat-
penasihat yang berpelajaran, tidak terikat dan bersikap adil. Individu-individu ini boleh
membuat keputusan-keputusan yang bijak dan bermaklumat mengenai kebaikan awam
tanpa mensambil kira keinginan-keinginan golongan kurang berpelajaran atau
menempatkan tekanan-tekanan memikirkan kepentingan-kepentingan sendiri dan sesuatu
mazhab. Ide-ide Plato menjadi sumber inspirasi untuk kerajaan berbentuk diktator.
kedua-dua yang berhaluan kanan dan kin. Kediktatoran patemalistik, autoritarian atau
14Konsep-konsep Asas Hub. Antarabangsa

parti-parti massa - mnggal selalunya mengandaikan bahawa mereka patut menekankan


perisian dan kebijaksanaan dasar dan bukannya proses dasar seperti perbahasan umum,
konsultasi, partisipasi dan kritikan. Penyokong-penyokong autoritarianism percaya
seorang dengan kekuatan, kebijaksanaan, pengetahuan dan kuasa boleh membuat
keputusan-keputusan yang baik, manakala kolektiviti-kolektiviti yang terikat dengan
undang-undang dan terlalu kompleks selalunya menghasilkan banyak rhetoria dan sedikit
tindakan Aliran pemikiran kedua yang didokong oleh .Aristotle pula mengatakan
f
kebaikan umum boleh didefmisikan melalui proses demokratik. .Proses ini melibatkan
perbahasan terbuka dan berterusan serta ekspressi pelbagai persepsi tentang kepentingan
kolektif.) Keputusan-keputusan dibentuk oleh majoriti rakyat melalui perwakilan mereka
dan pada masa yang sama hak-hak dan kepentingan-kepentingan golongan minoriti
dilindungi. Pada zaman ini, kepentingan nasional lebih elok dilihat sebagai satu sintesis
pendekatan-pendekatan objektif dan subjektif bermaksud keputusan-keputusan
kepentingan nasional negara ditentukan oleh kerajaan yang diwakili oleh seorang atau
beberapa individu serta pembolehubah-pembolehubah yang telah disebutkan sebelum ini.

3.2.5 Keselamatan Negara

("Keselamatan negara adalah berkaitan dengan perlindungan daripada serangan-

serangan ganas oleh negara-negara lain termasuklah juga bebas daripada risiko dan
bahaya jiwa (psychic). Apabila seseorang individu atau perkumpulan-perkumpulan
merasa selamat, mereka akan mengalami satu perasaan kemerdekaan daripada sebarang

ancaman. ,)

( Keselamatan antarabangsa dilihat sebagai urusan keselamatan umum. Golongan

realis melihat keselamatan sebagai asas kelangsungan atau "basic survivaF\ kebajikan
dan perlindungan negara. Negara-negara mengejar keselamatan dalam suasana
persaingan yang tidak berkesudahan. Oleh itu wujud kemungkinan berterusan bahaya
perluasan dan peperangan walaupun perkara-perkara ini kelihatan tipis untuk berlaku
15Konsep-konsep Asas Hub. Antarabangsa

pada sesuatu masa. Golongan pluralis3 mempunyai definisi keselamatan negara vang
lebih meluas, mengaplikasi konsep ini kepada individu-individu dan kumpulan manusia.
Sesungguhnya negara bagi mereka bukanlah pembekal keselamatan tetapi sebuah-
ancamTn kepada keselamatan kebanyakan manusia.) Pluralis juga mempunyai satu imej

politik dunia yang menekankan berbagai aktor-aktor antarabangsa - @negara-negara,


organisasi antarabangsa-dan-organisasi transnasional - mencabar keasyikkan realis
terhadap negara. Golongan pluralis tidak melihat negara sebagai aktor unitari dan
rasional, tetapi sebagai medan peperangan untuk konflik kepentingan-kepentingan
birokratik dan lain-lain kepentingan, tertalduk kepada tekanan-tekanan perkumpulan-
perkumpulan, kepentingan-kepentingan domestik dan transnasional (Viotti dan Kauppi,
1997: 359 dan 361). Negara-negara dalam arena antarabangsa beroperasi untuk
membekalkan orde, legitimasi dan predictability kedua-dua untuk rakyat-rakyat mereka
dan juga untuk dunia secara lebih umum selain daripada boleh dilihat sebagai sumber
persaingan, kacau-bilau ataupun anarki dalam arena antarabangsa (Hocking & Smith,
1995:. 8). Walau bagaimanapun, perkembangan-perkembangan dunia terbaharu seperti
politik minyak, global warming dan kegiatan keganasan (terrorism} telah memaksa
pembuat-pembuat" dasar untuk mendefinisikan semula urusan-urusan keselamatan.
Kuasa-kuasa kontemporari telah menjadi lebih cenderung untuk memastikan bahawa
dimensi ketenteraan diseimbangkan oleh faktor-faktor bukan ketenteraan lain yang
mengenai kelangsungan hidup (survival) komuniti-komumti politik. Dalam lain
perkataan, pembuat-pembuat keputusan kini menghadapi persekitaran keselamatan yang
lebih kompleks di mana dimensi ketenteraan telah digoyangkan oleh satu banjaran faktor-

faktor yang lain.

3 Golongan pluralis menekankan kewujudan perkumpulan-perkmnpulan sebagai intipati pohtik sebuah


maSS iu^dalah kenma mereka melihat keahlian sebuah perkampungan dan komumti-komumu
kSr^esatuan-kesatuan sekeqa, organisasi sukarelawan. gereja-gereja ^"^^"S^S
sempa sebagai lebih penting berbanding perbezaan-pertezaan di antara sebuah klas pemenntah dan sebuah
Sas vang dTperintah tyang merupakan penekanan faharmn elitis). F.R de Laimnenais Robert A Dahl dan
Ne^oX adalan dT antara sarjana-sarjana pluraUs ^g dikenali nunai. Golongan plurahs juga
^derungun^ mempercayai bah^va mas>-arakat-masyarakat terdm terutaiBanya danpada Perhnnpu^-
Perkumpulan dengan kehidupan politik merupakan sebuah persamgan untuk pengaruh kumpu^n dan hal-
ehwal yang ssdemikian adalah satu perkara yang baik(McLean, 1996:3 - /).
16Konsep-konsep Asas Hub. Antarabangsa

Implikasi-imptikasi keselamatan yang dibawa oleh isu-isu yang disebutkan di atas


menunjukkan perluasan agenda-agenda keselamatan. Peristiwa-peristiwa seperti
kenaikan harga minyak pada tahun 1970an atau 'Oil Embargo of 1973' telah mengangkat
urusan 'oil security' ke tempat tertinggi urusan-urusan nasional. Begitu juga dengan
kegiatan keganasan yang merupakan satu ancaman secara langsung kepada keselamatan
negara. Di dalairrkedua-dua kes^Tsu-Tsu "Im'menjadikan dimensi-dimensi keselamatan
mempunyai aspek-aspek dalaman dan luaran. Kebanyakan isu-isu kontemporari
mengenai keselamatan negara memberi penekanan kepada peningkatan pertalian
(linkages) di antara alam domestik dan antarabangsa. Ketidakmampuan sebuah kerajaan
untuk memenuhi harapan-harapan ekonomi populasi nasionalnya akan membentuk
desakan-desakan terhadap kerajaan. Sekiranya desakan-desakan ini tidak dipenuhi boleh
menghasilkan ketidakstabilan dalaman dan seterusnya, peningkatan ketidakselamatan
negara. Akibatnya, setiap negara merasakan keperluan untuk mengejar satu dasar
keselamatan yang komprehensif yang mengambil kira kedua-dua banjaran isu-isu tadi
dan alat-alat yang sedia ada untuk mencapai kepentingan nasional. Contohnya negara
Jepun yang telah meletakkan penekanan yang lebih berat ke atas dimensi ekonomi
berbanding dengan dimensi ketenteraan. Antara agenda-agenda keselamatan ekonomi
Jepun ialah pengekalan sistem-sistem perdagangan bebas, resolusi isu-isu Utara-Selatan,
mengekalkan hubungan yang kuat dengan negara-negara yang penting kepada ekonomi
Jepun, manakala dalam dimensi ketenteraan penekanan terhadap usaha-usaha
mewujudkan dunia yang a-man, kerjasama antarabangsa, kawalan persenjataan dan
sebagainya lebih diutamakan (Hocking & Smith, 1995: 148). Oleh itu, persoalan-
persoalan keselamatan nasional menuntut pengorbanan dalam bidang-bidang tertentu
untuk mengatasi ancaman yang dijangkakan dalam senario yang penuh dengan
ketidaktentuan persekitaran dunia.

3.3 KESIMPULAN

Modul ini menghuraikan beberapa konsep asas dalam hubungan antarabangsa


iaitu negara-bangsa, kuasa, kepentingan nasional, kedaulatan nasional dan keselamatan

You might also like