You are on page 1of 38

KEBUDAYAAN MELAYU :

KONSEP & PERKEMBANGAN


SOSIALISASI

Disediakan oleh:
Nordiana Mat Yaacob
Otago 1
KONSEP SOSIALISASI

• Definisi
• Proses sosialisasi
• Sosialisasi budaya
• Agen-agen sosialisasi


DEFINISI

• Sosialisasi bermaksud proses


mendidik seseorang untuk
menyesuaikan diri dengan
suasana (sikap, nilai dsb) yang
dapat diterima dalam masyarakat.

 Kamus Dewan Edisi keempat


• Menurut Hassan Mustafa, Sosialisasi
adalah satu konsep umum yang
boleh diertikan sebagai sebuah
proses di mana kita belajar melalui
interaksi dengan orang lain,
tentang cara berfikir, merasakan,
dan bertindak, di mana
kesemuanya merupakan hal-hal
yang sangat penting dalam
menghasilkan partisipasi sosial
yang efektif. Sosialisasi merupakan
proses yang berterusan dalam
hidup kita.
• Sosialisasi ialah proses
pengalaman sosial berpanjangan
di mana individu
mengembangkan potensi masing-
masing and belajar corak
kebudayaan mereka.

 (Macionis J.J, 2000)



PROSES SOSIALISASI
• Proses jangka panjang
– Antropologi : proses pembudayaan
– Psikologi : proses pembentukan nilai
– Sosiologi : proses mempelajari dan
memperolehi norma-norma sosial


SOSIALISASI BUDAYA
• Anak dilahirkan dalam dunia sosial.
Mereka merupakan anggota baru di
dunia tersebut.
• Dari kacamata masyarakat, fungsi
sosialisasi adalah untuk
mengalihkan pelbagai informasi
yang ada dalam masyarakat
tersebut kepada anggota-anggota
barunya agar mereka dapat segera
dapat terlibat di dalamnya.
• Budaya atau kebudayaan adalah
sesuatu yang dicipta oleh unit-
unit sosial di mana setiap
anggota unit sosial tersebut
memberikan makna yang sama
dari segi nilai, norma,
pengetahuan, bahasa, pola
interaksi, dan juga hal-hal yang
berkaitan dengan fizik, seperti
bangunan, kereta, baju dan buku.

UNSUR BUDAYA

• Nilai adalah prinsip-prinsip etika yang


dipegang kuat oleh individu atau
kelompok sehingga mempengaruhi
seseorang dalam perlakuannya.
• Nilai berkaitan dengan gagasan tentang
baik dan buruk, yang dikehendaki dan
yang tak dikehendaki.
• Nilai membentuk norma, iaitu aturan-
aturan yang harus dipatuhi oleh setiap
anggota suatu unit sosial.
• Norma sendiri ada berbagai peringkat,
iaitu:
• Adat istiadat (folkways) adalah sesuatu
yang diaplikasi dalam rutin seharian dan
interaksi kasual seperti cara makan dan
cara berpakaian. Anggota yang tidak
melaksanakannya hanya akan dianggap
tidak mematuhi etika.
• Sebagai contoh, tidak memakai tali leher
bagi lelaki semasa urusan rasmi akan
dianggap tidak mematuhi etika sosial.
• “mores” adalah aturan tidak bertulis yang
membezakan yang betul dan salah.
Anggota yang tidak mematuhi mores
akan dipandang buruk/negatif dalam
masyarakat. Sebagai contoh, hanya
memakai tali leher semsa urusan
rasmi.
 hukum (laws) – aturannya tertulis dan
perlanggarnya boleh dipenjarakan.

• Selain nilai dan norma, satu lagi
unsur budaya adalah peranan.
• Peranan adalah harapan atau
tuntutan kepada seseorang untuk
menampilkan perilaku tertentu
kerana orang tersebut menduduki
status sosial tertentu.

AGEN-AGEN SOSIALISASI
• Terbahagi kepada dua;
• Institusi – Institusi adalah satu
bentuk unit sosial yang
memfokuskan pada pemenuhan
satu bentuk keutuhan masyarakat.
Misalnya sekolah, keluarga, agama
dan media massa : majalah, televisi,
radio.
• Individu – kakak, adik, ayah, ibu,
teman, guru, kelompok hobi, dsb
1. Institusi Kekeluargaan
• Keluarga merupakan institusi yang terpenting
dalam kehidupan seorang kanak-kanak.
• Adalah tanggujawab ibu-bapa and ahli keluarga
yang lain untuk menyediakan keperluan
seorang kanak-kanak.
• Kajian telah menunjukkan bahawa kana-kanak
perlu diberi sepenuh perhatian di peringkat
awal; “sentuhan fizikal, rangsangan
perkataan dan lain-lain berupaya memupuk
perkembangan intelektual kanak-kanak
(Belsky, Lerner & Spanier,1984)
• Institusi kekeluargaan meletakkan kanak-
kanak di dalam masyarakat dalam
bentuk kaum, agama dan status.
• Elemen ini adalah sebahagian daripada
konsepkendiri (self concept) kanak-
kanak tersebut.
• Sesetengah elemen tersebut seperti
kedudukan sosial mungkin berubah
tetapi kedudukan sosial semasa lahir
tetap memberi kesan kepada
seseorang.

2. Sekolah

• Sekolah meluaskan dunia sosial kanak-


kanak dengan melibatkan orang yang
berlainan latar belakang.
• Sekolah juga mengajar kanak-kanak
banyak ilmu pengetahuan dan
kemahiran.
• Secara tidak formal, sekolah turut
menyampaikan perkara lain (hidden
curriculum) kepada kanak-kanak. Aktiviti
sukanmengajar kanak-kanak nilai
pencapaian dan kejayaan.
3. Rakan sebaya

• Kanak-kanak menjumpai rakan


sebaya apabila mereka
mendaftarkan diri di sekolah.
• Rakan sebaya memberi peluang
kepada kanak-kanak terlepas
daripada pemantauan orang
dewasa.
• Kanak-kanak mendapat pengalaman
yang berguna dalam hubungan
sosial dan mengukuhkan identiti diri
masing-masing.

4. Media massa

• Perkataan ‘media’ berasal daripada


perkataan Latin yang bermaksud
‘tgh’ yang mencadangkan fungsi
media untuk menghubungkan orang
ramai.
• Pengaruh media massa semakin
berleluasa dengan adanya teknologi
komunikasi (akhbar, radio,
televisyen, dsb) yang membolehkan
maklumat disampaikan dalam skala
yang besar.

• Media massa memberikan impak yang
besar dalam perlakuan dan
pandangan seseorang.
• Bertahun sebelum kanak-kanak belajar
membaca, mereka menghabiskan
masa dengan menonton televisyen.
• Semakin mereka membesar, mereka
menghabiskan masa banyak di
hadapan televisyen dan di sekolah.
Kebaikan Media Massa
• Sumber maklumat, informasi, dan hiburan
• Menambah pengetahuan dan kefahaman
tentang pelbagai budaya
• Menyampaikan nilai-nilai dan norma
masyarakat
• Mengandungi kempen-kempen yang berguna
kepada masyarakat
– Contohnnya: “Keselamatan Jalan Raya”, Tak Nak
merokok”, “Cintai Sungai Kita”
Keburukan Media Massa
• Menjadi ikutan dan mempunyai pengaruh
terhadap sikap sesorang, terutama kanak-
kanak
• Menyiarkan keganasan – terdapat dalam iklan,
drama, filem, dll.
 5. Institusi keagamaan
 Agama mempengaruhi pegangan dan
tindakan individu
• Sentiasa menerapkan nilai-nilai murni
• Menjadi asas panduan kepada individu
• Memberi kesan kepada rohani
• Dari segi sosiologi, fungsi agama
adalah:
a) nyata (manifest) - mendefinisikan
kehidupan spiritual dan memberikan
maksud kepada istilah divine; dan
b) tidak nyata (latent) -
menyediakan forum untuk upacara
keagamaan dan tempat pertemuan
untuk aggotanya.
• Apabila agama dilihat sebagai institusi, maka
fungsinya adalah:
• a) memberikan sokongan sosial - dilihat secara
mikro iaitu sokongan dalam masa cemas,
ketidakpastian dan kesedihan yang dialami
oleh seseorang.
• b) integrasi dan kawalan sosial - Karl Marx
berpendapat bahawa agama meneruskan
dan mengesahkan keadaan struktur sosial
yang sedia ada. Seperti Marx, ahli konflik
berpendapat bahwa agama menguatkan lagi
bentuk dominasi dan ketidakserataan dalam
masyarakat.
• Menurut pandangan Marxist, agama
berfungsi sebagai agent of de-politicization
dengan mewujudkan perasaan false
consciousness dikalangan anggota
masyarakat yang kurang bernasib baik dan
mengurangkan kemungkinan tindakan
politik secara kolektif yang dapat
mengakhiri penindasan sistem kapitalis dan
memajukan masyarakat. Pendeknya
agama menghalang pembangunan dan
perubahan dengan mendorong golongan
kurang bernasib untuk fokus kepada aspek
kerohanian dan bukan kepada kemiskinan
dan penindasan.

• c) menggalakkan perubahan sosial -
Max Weber kurang setuju dengan
pendapat Karl Marx. Beliau
mengkaji penduduk di Eropah yang
menceburi perniagaan dan
mendapati bahawa kebanyakan
anggota yang berjaya dari kelompok
Protestant yang menekankan etika
kerja yang berdisiplin,
mementingkan kehidupan duniawi
dan pegangan hidup yang rasional.
• Weber berpendapat sistem kapitalis
dapat berterusan selama-lamanya.
Namun perkembangan dalam
kepercayaan keagamaan dapat
membuka ruang kepada anggota
masyrakat untuk menyuarakan
ketidakpuasan secara lebih terbuka.
PERKEMBANGAN SOSIALISASI

 Kedudukan Budaya dalam


masyarakat Melayu:
 Dasar Kebudayaan Kebangsaan
1971
 Kepentingan Budaya dalam
Masyarakat Melayu
 Peranan Budaya dalam Masyarakat
 Pengaruh Budaya dalam Masyarakat

KEDUDUDKAN BUDAYA
DLM MSYKT MELAYU :
DASAR KEBUDAYAAN
KEBANGSAAN

Latar belakang Dasar Kebudayaan


Kebangsaan
 Pembentukan satu kebudayaan kebangsaan
dapat memupuk perpaduan menerusi satu
gaya hidup dan nilai-nilai yang dipersetujui
dan dihayati bersama oleh semua kaum. Ia
juga dapat mewujudkan satu identiti negara
yang dapat dikenali oleh negara-negara luar.
• Oleh yang demikian, Kerajaan Malaysia
telah menitikberatkan
pembentukannya secara beransur-
ansur daripada pelbagai kebudayaan
yang terdapat di negara kita dengan
berteraskan kebudayaan asli
tempatan.
Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan

1. Kebudayaan kebangsaan negara ini hendaklah


berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini.

 - Menurut prinsip ini, kebudayaan kebangsaan


Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat
setempat rantau ini.
- “Rantau” membawa maksud alam Melayu, yakni
warisan tradisi kebudayaan Kepulauan Melayu yang
sebahagian besar suku bangsanya terdiri daripada
orang Melayu, Bugis, Jawa, Iban, Minang, Murut,
Kadazan dan lain-lain lagi.
- Merekalah yang dimaksudkan sebagai rakyat asal
rantau ini.
 2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai
dan wajar boleh diterima menjadi unsur-
unsur kebudayaan kebangsaan.

 - Prinsip ini memberi pengakuan


bahawa unsur-unsur kebudayaan kaum lain
yang sesuai dan wajar memanglah telah
lama diamalkan.
- Masyarakat pribumi telah banyak
menerima unsur-unsur ini sejak zaman-
berzaman.
3. Islam merupakan unsur yang

penting di dalam pembentukan


kebudayaan kebangsaan itu.
• Dasar ini telah menjadi garis
panduan dalam membentuk serta
mewujudkan satu bangsa yang
bersatu padu serta mengekalkan
identiti negara dalam kalangan
dunia antarabangsa.
KEPENTINGAN BUDAYA
• Mencirikan sesebuah masyarakat
• Meneruskan kesinambungan negara pada
masa hadapan
• Mempertahankan identiti Melayu
PERANAN BUDAYA
• Sebagai jelmaan nilai – asas penting dalam konteks
masyarakat
• Membina konsep Budaya Kebangsaan (Budaya
Malaysia)
• Memperkukuhkan integriti dalam masyarakat
majmuk di Malaysia
• Memantapkan generasi belia untuk menggerakkan
perubahan dan mencorakkan hala tuju
perjalanan negara
PENGARUH BUDAYA
• Budaya memberi impak kepada masyarakat –
pemakaian, komunikasi, hiburan; ekonomi
• Budaya masa kini – budaya destruktif
• Golongan yang paling mudah terpengaruh –
remaja dan belia

RUJUKAN
• Macionis, J.J. (2000). Sociology 7th ed.
Upper Saddle River: Prentice Hall.
• Kamus Dewan. (ed. ke 4). (2005).
Selangor: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
• Muhammad Khairi. Dasar Pembangunan
Negara: Dasar Kebudayaan
Kebangsaan. http://muhammadkhairi.
Dasar Pembangunan Negara: Dasar
Kebudayaan Kebangsaan.
blogspot.com/2005/11/.html
• Wan Abdul Kadir. Pembangunan Industri
Budaya dan Identiti Melayu.
http://ccm.um.edu.my/umweb/fsss/ima
ges/persidangan/Kertas%20Kerja/Prof
%20wan%20Abd%20Kadir.doc
• Khairul Arifin Moh Munir. (2008).
Peranan Belia dalam Memperkasa
Budaya. http://komentar-
massa.blogspot.com/2008/06/peranan
-belia-dalam-memperkasa-
budaya.html

You might also like