You are on page 1of 6

Persamaan dan perbezaan antara Tamadun Islam, Tamadun Cina dan Tamadun

India

Tamadun- tamadun yang pernah lahir di dunia mempunyai latar belakang


yang tersendiri, justeru setiap darinya mempunyai persamaan dan perbezaan di
antara satu tamadun dengan satu tamadun yang lain. Persamaan dan
perbezaan di antara tamadun-tamadun ini dapat dilihat dalam konteks wujudnya
budaya dan nilai-nilai sejagat yang dikongsi oleh manusia di dalam tamadun
manakala perbezaannya boleh dilihat dari unsur agama dan budaya yang
berbeza malah perbezaan yang paling asas dan ketara serta sensitive adalah
dari segi agama.Namun, terdapat juga persamaan di antara tamadun-tamadun
tersebut.Persamaan dan perbezaan di antara tamadun Islam, tamadun Cina dan
tamadun India dapat dilihat melalui beberapa aspek seperti kekeluargaan dan
kemasyarakatan, alam sekitar, teologi, idea intelektual dan juga pendidikan.

Aspek kekeluargaan dan kemasyarakatan menekankan nilai dan etika


yang baik dan bermula dari institusi kekeluargaan. Justeru, ia penting dalam
sesebuah masyarakat yang bertamadun. Prinsip yang meletakkan keluarga
sebagai asas pembentukan masyarakat begitu dihayati oleh tamadun- tamadun
tradisional. Dalam Tamadun Cina,ajaran Konfusianisme member penekanan
kepada hubungan kasih sayang dan hierarki kuasa dalam hubungan sesame
manusia. Kasih sayang antara manusia akan mewujudkan ketenteraman dan
harmoni dalam masyarakat. Selain itu, kesetiaan dan pertalian yang erat
merupakan konsep kekeluargaan yang penting. Pengabaian terhadap konsep
kekeluargaan merupakan penafian hak seseorang dan bertentangan dengan
keadilan kerana keluarga merupakan unit asas di dalam tamadun ini. Lima
jalinan hubungan sesama manusia yang diterapkan melalui konsep ‘li’ ialah
hubungan maharaja dengan rakyat, hubungan bapa dengan anak, hubungan
abang dengan adik, hubungan suami dengan isteri dan hubungan kawan dengan
kawan.

Seterusnya, tamadun Islam member panduan pembentukan keluarga


sejak dari peringkat asas bagi membentuk keluarga yang diingini seperti dalam
agama Islam. Perihal kekeluargaan ini juga disebut di dalam Al-Quran dan hadis.
Hubungan setiap ahli keluarga adalah berasaskan hak dan tanggungjawab
masing-masing. Hak dan tanggungjawab dalam keluarga Islam adalah seperti
hak dan tanggungjawab suami, hak dan tanggungjawab isteri, hak dan
tanggungjawab bapa, hak dan tanggungjawab ibu dan juga hak dan
tanggungjawab anak.

Tamadun India juga mementingkan institusi kekeluargaan. Pembinaan


keluarga mempunyai matlamat yang untuk membentuk sistem sokongan yang
berbentuk fizikal dan kerohanian serta penurus kepada zuriat keturunan. Sistem
kekeluargaan India menekankan bentuk keluarga bersama. Ikatan kasih sayang
merupakan elemen yang penting walaupun hubungan darah yang dikira dari
anggota lelaki dari keluarga yang sama merupakan asas ikatan kekeluargaan.

Di dalam aspek kemasyarakatan, di dalam tamadun Cina, pembentukan


masyarakat Cina dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan yang berasaskan kuasa
lelaki dan bapa. Selain itu, sistem kekerabatan yang berasaskan hubungan
darah juga memainkan peranan penting dalam pembentukan masyarakat Cina.
Dalam sistem ini, pemusatan kuasa terhadap bapa atau lelaki amat kuat dan unit
keluarga adalah penting walaupun masyarakat turut terpengaruh dalam
pembentukan identiti individu. Sistem kelas dalam komuniti ditentukan
berdasarkan tahap pendidikan dan kemahiran.

Masyarakat adalah unit penting menurut tamadun Islam. Bukan sahaja


bersandarkan hubungan kekerabatan bahkan hubungan sesama manusia dan
hubungan sesama agama juga dititik beratkan dalam ikatan sesame anggota
masyarakat. Ikatan- ikatan ini juga merupakan asas hubungan individu dalam
Tamadun Islam. Masyarakat dalam tamadun Islam sangat luas dan tidak
terbatas kepada sesuatu bangsa tertentu sahaja dengan melihat kepada konsep
ummah.

Tamadun India pula mempunyai peraturan-peraturan yang ketat


terutamanya dalam masyarakat tradisional. Tamadun ini menekankan sistem
kasta yang rigid di dalam sistem sosial masyarakat dan juga penentuan
kastanya. Penentuan kasta individu adalah diwarisi oleh nenek moyang.
Sebelum itu, pada awal perkembangan tamadun, sistem kasta ini juga turut
menentukan jenis pekerjaan serta layanan kepada individu dari kasta-kasta
tersebut. Selain itu, konsep dharma diberikan penekanan penting dalam
hubungan sesama anggota dalam sesebuah masyarakat. Konsep ini
menggariskan fungsi dan peraturan bagi menentukan semua perkara yang harus
dilakukan oleh setiap anggota masyarakat.

Justeru, ajaran agama-agama lain menyeru untuk mewujudkan suasana


harmoni dalam hubungan kekeluargaan dan masyarakat seperti Confusius
manakala tamadun India pula menekankan konsep perbezaan taraf ataupun
kasta antara individu dalam kemasyarakatan sedangkan agama Islam
matlamatnya lebih jauh lagi dan lebih jelas iaitu untuk mendapatkan keredhaan
dan kerberkatan Allah S.W.T.

Aspek alam sekitar dipersetujui oleh setiap tamadun-tamadun ini. Hal ini
kerana pada asasnya, alam sekitar perlu dijaga agar tidak memudaratkan
kehidupan manusia di dunia. Sedikit perbezaan dari aspek ini adalah mungkin
dari segi ketelusan untuk menjaga alam sekitar berdasarkan masyarakat setiap
tamadun. Hal ini kerana ada juga di kalangan masyarakat yang bertamadun
sanggup merosakkan dan tidak memelihara alam sekitar kerana rancak dengan
perkembangan pesat arus kemodenan.

Seterusnya adalah melalui aspek teologi. Teologi adalah aspek tamadun


spiritual yang penting bagi sesebuah masyarakat. Kepercayaan kepada Tuhan
merupakan asas utama dalam agama Islam, Kristian dan Hinduisme. Namun
begitu, ia berbeza dari konsep Buddihisme. Manifestasi konsep monoteisme bagi
agama-agama ini adalah berbeza. Dalam agama Kristian, konsepnya
diterjemahkan berdasarkan konsep triniti. Agama Islam adalah berdasarkan
Allah S.W.T yang tunggal dan tidak boleh disekutukan. Asosiasi nabi-nabi
tertentu juga berbeza dalam agama Islam,Kristian dan Yahudi. Aspek-aspek
tertentu seperti dari segi hidup selepas mati dan balasan di akhirat, konsep
syurga, neraka,hai perhitungan dna pembalasan juga wujud persamaan di antara
agama Islam,Kristian dan Yahudi. Agama Hindu pula wujud agak kabur dan
agama ini tidak mempunyai pengasas ataupun nabi. Buddhisme pula bukanlah
satu agama tetapi merupakan ajaran moral dan etika. Ia tidak membincangkan
mengenai ketuhanan sebaliknya tentang perilaku-perilaku yang perlu dicapai
oleh manusia untuk mencapai tahap nirwana ataupun pembebasan diri dan
melepasi tahap kesengsaraan. Persamaan di antara Buddhisme dan Hindu
adalah melalui konsep karma ataupun hokum karma iaitu pembalasan setimpal
dengan usaha dan perlakuan manusia.

Selain itu, semua agama juga mempunyai doktrin dan amalan-amalan


tertentu yang perlu dilaksanakan oleh pengikut-pengikutnya. Malahan, setiap
doktrin agama ini terkandung dalam kitab-kitab suci agama-agama tersebut.
Seperti Al-Quran bagi umat Islam, Old Testament bagi penganut Yahudi, New
Testament bagi penganut Kristian dan kitab-kitab Ved bagi penganut Hindu.

Terdapat juga perbezaan dari segi aspek teologi antara tamadun-tamadun


ini. Konsep monoteisme dalam agama Hindu menggambarkan tuhan dengan
pelbagai bentuk dan juga penjelmaan dewa-dewa yang boleh disembah dalam
bentuk patung. Perbezaan antara agama Hindu dan juga Buddhisme adalah
seperti konsep reinkarnasi. Hanya di dalam agama Hindu mempunyai konsep ini
ataupun lebih dikenali sebagai penjelmaan semula selepas kematian tetapi
dalam bentuk-bentuk berbeza dan tidak semestinya sebagai seorang manusia.
Setiap agama juga mempunyai institusi keagamaan sendiri yang mempunyai
peranan tersendiri dalam masyarakat iiatu sebagai tempat ibadah, pertemuan
dan juga upacara keagamaan.

Seterusnya adalah melalui aspek idea intelektual. Soal kerajaan, sistem


pemerintahan, masyarakat dan sebagainya juga mempunyai persamaan di
antara tamadun-tamadun. Idea tentang penubuhan kerajaan dan sistem
pemerintahan yang baik iaitu demokrasi telah dilahirkan oleh tokoh Socrates dan
Plato sejak dari awal Tamadun Greek dan Yunani. Dalam tamadun Cina, Kung fu
Tze, tokoh falsafah, telah memperkenalkan Kod 17 melalui ajaran Konfusionisme
sebagai satu kod etika atau panduan. Ini adalah bagi melahirkan pemimpin yang
baik dan bertanggungjawab. Idea yang terkandung dalam kod ini menyentuh
aspek-aspek tanggungjawab golongan pemerintah dan pegawai kerajaan seperti
amanah, jujur, mementingkan rakyat dari diri sendiri, sanggup berkorban, tidak
mengamalkan rasuah dan sebagainya.

Tokoh Islam dari tamadun Islam seperti Abu Nasir al-Farabi atau al-
Ghazali turut mempunyai idea melahirkan kerajaan yang baik dan
bertanggungjawab. Menurut Abu Nasir al-Farabi, dalam bukunya, Madianah Al-
Fadhilah telah menggariskan cara-cara seharusnya pemerintah memainkan
peranan bagi mewujudkan sebuah pemerintahan yang baik. Ini adalah melalui
sikap pemimpin yang telus, amanah, jujur dan bertakwa kepada Allah S.W.T.
Dalam tamadun India, Kautilya turut membincangkan ciri-ciri kepimpinan yang
saksama dan adil.

Kemajuan sesebuah masyarakat bertamadun adalah bergantung kepada


kemajuan pendidikan. Semua tamadun mementingkan pendidikan. Hal ini adalah
kerana ia bertujuan untuk pembentukan peribadi seseorang individu. Oleh itu,
tugas menyampaikan ilmu adalah satu tanggungjawab mulia. Dimensi Inner
being diberi kepentingan dalam konsep pendidikan Islam, Kristian,Hinduisme
dan agama-agama lain. Manusia tidak digalakkan menguasai persekitaran
luaran melalui pengetahuannya tentang alam tanpa perubahan dalaman yang
dapat dilakukan melalui pengetahuan dirinya. Hanya cara transformasi ini
berlaku berbeza dari satu tradisi ke tradisi yang lain. Dalam ajaran Islam,
persoalan tauhid memainkan peranan penting dalam transformasi manusia,
tetapi dalam ajaran Buddha dan beberapa ajaran Hindu, transformasi sifat dapat
dicapai melalui proses mencari diri sendiri.

Keismpulannya, berdasarkan pemerhatian terhadap kehidupan


bertamadun, jelaslah bahaw ateras kepada konsep-konsep kehidupan dan
pencapaian matlamat hidup dalam tamadun-tamadun tradisional mempunyai
beberapa ciri persamaan. Namun begitu, dalam persolan-persoalan tertentu,
terutamanya berkaitan dengan aspek teologi,wujud beberapa perbezaan yang
harus difahami. Memahami persamaan dan perbezaan antara satu tamadun
dengan tamadun yang lain seterusnya akan mendorong untuk lebih bersikap
toleransi ke arah mewujudkan keharmonian sejagat. Justeru, mengetahui
persoalan-persoalan dasar berkaitan dengan ilmu ketamadunan membuka ruang
kepada seluruh manusia untuk berinteraksi secara positis kea rah kehidupan
yang lebih baik pada masa hadapan.

You might also like