You are on page 1of 4

Sistem Beraja

Pengenalan
Institusi beraja di Tanah Melayu di kesan seawall abad ke-15 iaitu semasa pemerintahan
Kerajaan Melayu Melaka. Pada masa ini, mereka mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
Sistem ini menerima pengaruh yang amat kuat dari India dan agama Hindu-Buddha. Mengikut
sistem ini, raja merupakan seorang ketua negara dan baginda dibantu oleh golongan pembesar.
Sistem pemerintahan beraja Kerajaan Melayu Melaka ini kemudian diwarisi oleh negeri-negeri
Malayu yang lain seperti Johor, Perak, Pahang dan Terengganu.
Konsep Raja Melayu
1. Dewa raja
Dalam sistem beraja, raja itu dianggap sebagai dewa raja. Baginda disifatkan sebagai
seorang yang mulia dan berkebolehan dalam pelbagai bidang. Menurut Sejarah Melayu, raja
dianggap sebagai wakil Tuhan di bumi atau Zul-Illahi fil-alam. Menurut Adat Raja-raja
Melayu dan Undang-undang Melaka pula, raja dianggap sebagai “Khalifah Allah di Dunia”.
Raja juga dianggap sebagai seseorang yang paling berkuasa dan menjadi perantaraan rakyat
dan Tuhan. Kepercayaan ini menyebabkan raja itu wajib disembah.
2. Mulia
Raja dianggap sebagai seorang yang mulia. Keadaan ini dapat dilihat dari segi pentadbiran.
Raja dianggap sebagai ketua kerajaan di mana semua keputusan yang hendak diambil perlu
disahkan oleh baginda. Baginda berkuasa untuk melakukan apa sahaja mengikut budi
bicaranya. Kekuasaannya bukan sahaja meliputi bidang pentadbiran tetapi juga soal
ekonomi, agama dan peradatan orang Melayu. Kata-kata baginda adalah muktamat dan
menjadi undang-undang. Di sini dapat kita membuat kesimpulan bahawa raja sebagai
seorang ketua kerajaan, merupakan kuasa tertinggi dengan budi pekerti yang mulia.
3. Kuasa mutlak
Dalam pemerintahan, raja itu berkuasa mutlak. Raja berkuasa mutlak bermakna bahawa
semua undang-undang yang dibuat bertujuan untuk mengukuhkan kedudukannya, rakyat
tidak dibenarkan mempersoalkan segala undang-undang yang dibuat oleh baginda. Baginda
juga berkuasa penuh ke atas semua aspek dalam kerajaan seperti memegang jawatan
penting dan menjatuhkan hukuman mati. Selain itu, baginda juga boleh melantik sesiapa
sahaja yang akan menjadi pembesar. Walaupun baginda berkuasa mutlak tetapi baginda
masih tidak boleh memerintah sesuka hati. Dalam Sejarah Melayu menasihatkan : “Raja-raja
itu jikalau bagaimana sekalipun bijaksananya dan tahunya sekalipun, jikalau tiada muafakat
dengan segala pegawai, tiada akan sentosa kerajaannya; kerana raja-raja itu umpama api,
segala menteri itu umpamanya kayu, kerana api itu tidak akan nyala, jikaalau tiada kayu…”
4. Daulat
Daulat dikatakan berasal daripada perkataan Arab, “daulah” yang bermaksud “negeri”.
Walau bagaimanapun, daulat bermaksud kesucian seseorang raja dan bagi masyarakat
melayu, konsep ini menjadi batas pemisah antara raja dengan rakyat biasa. Konsep ini juga
merupakan unsur asas kepada kekuasaan dan keagungan seseorang raja dan kerajaannya. Di
Tanah Melayu, telah banyak berlaku kes yang membabitkan persoalan daulat ini.
5. Derhaka
Konsep derhaka ini seiring dengan konsep daulat. Dalam konsep ini, seseorang yang
melanggar konsep daulat didapati menderhaka kepada sultan atau raja dan akan ditimpa
tulah. Kepercayaan yang begini terus diperturun sejak zaman berzaman. Sebenarnya, konsep
ini dibiuat semata-mata untuk meninggikan kedudukan raja-raja Melayu. Golongan ini akan
dipandang mulia dan disanjung sebagai seorang yang sakral.
All The Best™
6. Hak istimewa
Raja-raja Melayu ini mempunyai hak-hak istimewa dan hak ini tidak boleh digunakan oleh
rakyat. Contohnya, warna kuning merupakan warna diraja dan hanya boleh digunakan oleh
raja dan keluarga raja. Warna kuning digunakan untuk perhiasan, membuat sapu tangan, tepi
tabir dan tilam. Rakyat adalah dilarang menggunakan kain berwarna kuning kecuali untuk
baju dan destar. Selain itu, paying putih adalah khas untuk sultan yang memerintah dan
paying kuning adalah khas bagi anak raja. Penggunaan bahasa dalaman seperti santap,
gering dan beta juga dilarang sekali terhadap rakyat jelata. Hanya golongan diraja sahaja
berhak menggunakannya.
7. Lambang kebesaran
Sejak dahulukala, sultan adalah lambang kebesaran tetapi baginda merasakan kedudukan
sultan sebagai pucuk kerajaan bergantung kepada alat-alat kebesaran yang dimilikinya. Alat-
alat kebesaran ini ialah cop mohor, keris, payung, kendi, lembing, tombak dan sebagainya.
Alat kebesaran ini yang akan membezakan hak istimewa sultan daripada pembesarnya.
Contohnya, cop mohor yang melambangkan kuasa sultan yang memerintah digunakan
dalam surat-menyurat rasmi untuk menunjukkan pengesahan kuasa dan arahan daripada
kerajaan. Nama raja yang memerintah terukir dalam cop mohor ini. Dengan cop mohor ini,
baginda dapat melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran.
Struktur sultan dan raja
1. Perak
Di negeri Perak, raja yang memerintah dipanggil sultan. Pengganti yang akan menaiki takhta
adalah secara bergilir-gilir di antara 3 ketua keluarga iaitu apabila sultan mangkat, Raja
Muda menjadi Sultan, Raja Bendahara pula menjadi Raja Muda, Raja Dihilir menjadi Raja
Bendahara dan putera sulung sultan menjadi Raja Dihilir.
2. Negeri Sembilan
Di Negeri Sembilan, raja yang memerintah dipanggil Yang Dipertuan Besar. Sistem politik yang
diamalkan dipengaruhi oleh adat perpatih. Baginda dilantik oleh 4 orang Undang atau Penghulu yang
menjadi ketua Luak, iaitu Undang Sungai Ujong, Rembau, Johol dan Jelebu.
3. Negeri-negeri Melayu yang lain
Sistem pemerintahan yang diamalkan dipengaruhi oleh adat temegung. Raja yang
memerintah digelar sultan kecuali negeri Perlis dimana dikenali sebagai Raja. Apabila sultan
yang memerintah mangkat, baginda akan diganti oleh putera baginda yang sulung yang
masih hidup.
Peranan sultan dan raja
1.
Sebelum kehadiran British, Sultan bertanggungjawab sebagai :
a. Ketua kerajaan dan bertanggungjawab terhadap aspek pentadbiran.
b. Wajib mengekalkan keamanan dan kesejahteraan wilayah.
c. Merupakan seorang ketua tentera danpenjaga undang-undang dalam negeri.
d. Mengambil bahagian dalam perniagaan dan mendapat keuntungan yang banyak.
e. Melantik sesiapa sahaja untuk menyandang jawatan Bendahara, Menteri atau Orang-
orang Besar.
f.
Menjatuhkan hukuman bunuh terhadap orang-orang yang didapati menderhaka.
g. Melantik penggantinya sendiri iaitu di kalangan putera-putera.
2.
Selepas kehadiran British, kuasa seseorang sultan dikurangkan. Peranan baginda diambil
alih oleh Residen.
a. Di bawah sistem Residen, Residen merupakan kuasa tertinggi dalam pemerintahan. Sultan kehilangan
kuasa pentadbirannya. Majlis Sultan diganti dengan Majlis Negeri tetapi semua keputusan dalam majlis
itu dibuat oleh Residen.
All The Best™
b. Menjadi ketua agama Islam atau mengenai adat-istiadat orang Melayu.
c. Melantik waris-waris, Permaisuri, Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja.
d. Membuat peraturan mengenai balai diraja dan istana.
e. Merupakan pihak yang penting bagi menyatupadukan rakyat.
Sistem Pembesar
Pengenalan
Sistem pembesar merupakan sebahagian daripada struktur pemerintahan Tanah Melayu pada
abad ke-19. Seperti juga sistem beraja, sistem ini berasaskan kepada sistem pembesar Kesultanan
Melayu Melaka. Pembesar Empat Lipatan yang terdapat di Kesultanan Melayu Melaka
diamalkan di hampir semua negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan, tetapi gelaran pembesarnya
berbeza-beza di antara satu sama lain. Selepas kedatangan British, sistem pembesar ini
mengalami penjejasan.
Struktur sistem pembesar
Pada dasarnya, struktur pembesar yang utama di Tanah Melayu ialah seperti berikut :
Bendahara ® Laksamana ® Temanggung ® Penghulu Bendahari. Walau bagaimanapun, terdapat
juga pembesar yang bertugas sebagai penguasa sesuatu kawasan jika kawasan pentadbiran
sesebuah negeri itu luas.
Seseorang pembesar itu boleh jadi menguasai sesuatu kawasan yang luas yang mungkin terdiri
daripada beberapa buah kampung atau lembah. Perlantikan beliau dilakukan olah Sultan melalui sepucuk
surat tauliah dan sebilah pedang sebagai lambing jawatannya. Dan ketua-ketua kampung ini adalah
bertanggungjawab kepada pembesar itu.
1. Kedah
Di negeri Kedah terdapat seorang pembesar Raja Bendahara yang lebih tinggi tarafnya
daripada Menteri Berempat dan gelarannya ialah Seri Paduka Maharaja Sura. Menteri
Berempat pula terdiri daripada Seri Paduka Raja Laksamana, Seri Maharaja Anggota Desa
dan Seri Maharaja Putera Dewa. Selain itu, terdapat seorang Syahbandar yang tergolong
dalam pembesar enam belas.
2. Pahang
Di Pahang, Orang Besar Berempat ialah Orang Kaya Maharaja Indera Perba, Orang Kaya Indera Segara,
Orang Kaya Indera Pahlawan dan Orang Kaya Indera Syahbandar. Orang Besar Berempat ini diberikan
kawasan tertentu untuk ditadbir. Pembesar pertama berkuasa di Tanjung Lindung, pembesar kedua di
Temerloh, pembesar ketiga di Bera ke Kuala Luit dan pembesar keempat di Luit ke Bebar.
3. Perak
Orang Besar Berempat juga dikenal sebagai Orang Empat di Balai. Mereka ialah Bendahara,
Orang Kaya Besar Penghulu Bendahari, Orang Kaya Temenggung Paduka Raja dan Orang
Kaya Menteri Paduka Tuan. Orang Besar Delapan pula terdiri daripada Maharajalela,
Syahbandar, Laksamana, Imam Paduka Tuan, Sri Amar Diraja, Sri Adika Raja, Panglima
Kinta dan Panglima Bukit Gantang. Orang Besar Enambelas memakai gelaran Maharaja,
Paduka dan Sri.
4. Negeri Sembilan
Ketua pemerintah memakai gelaran Yang Dipertuan Besar. Di bawahnya ialah 4 orang
Undang yang merupakan ketua daerah yang dipanggil Luak. Terdapat 4 Luak utama iaitu
All The Best™

You might also like