P. 1
projek khidmat masyarakat sivik

projek khidmat masyarakat sivik

|Views: 6,965|Likes:
Published by Clarissa
folio ini tidak disiapkan selengkapnya, tetapi anda boleh mengambilnya sebagai contoh untuk projek anda... sorry sebab ayat2 dalam folio ini tidak semuanya betul, malah agak lucu...^^...kami tidak kisah, kerana guru kami pun sporting jugak...
folio ini tidak disiapkan selengkapnya, tetapi anda boleh mengambilnya sebagai contoh untuk projek anda... sorry sebab ayat2 dalam folio ini tidak semuanya betul, malah agak lucu...^^...kami tidak kisah, kerana guru kami pun sporting jugak...

More info:

Published by: Clarissa on May 29, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/17/2013

pdf

text

original

SEKOLAH MENENGAH ST.

DOMINIC LAHAD DATU, SABAH
Laporan Khidmat Masyarakat
Tema: Malaysia Negara Berdaulat
Tajuk Projek

10 Tahun Sebelum Merdeka
Nama Ahli Kumpulan

Yap Xien Yin (Pengerusi) Clarissa Patrick Balinu (Setiausaha) Connelia Augustine (AJK) Enosnitha Daini (AJK) Ho Kiet Yung (AJK)
Nama Guru

4E (Science)

Cik Fauziah Deraman
T.T:

( CLARISSA PATRICK BALINU )

( CIK FAUZIAH DERAMAN )

Senarai Kandungan

Isi Kandungan
Pengenalan Objektif Lokasi Rancangan Pelaksanaan Senarai Tugas Jawatankuasa Jadual Pelaksanaan Projek Masalah-masalah Pelaksanaan Kos Pelaksanaan Tempoh Pelaksanaan Penghargaan Kesimpulan Lampiran
a) Gambar b) Surat Kebenaran Melaksanakan Projek c) Borang Refleksi Diri Murid

Pengenalan
Saya, Clarissa Patrick Balinu ialah pelajar Tingkatan 4 Science di Sekolah Menengah St. Dominic, Lahad Datu, Sabah. Saya bersama-sama dengan ahli kumpulan yang terdiri daripada Yap Xien Yin, Connelia Augustine, Enosnitha, dan Ho Kiet Yung telah menjalankan projek Khidmat Masyarakat (Penyampaian Dokumentasi Berunsur Patriotik) yang bertajuk ´10 Tahun Sebelum Merdekaµ. Dokumentasi ini disampaikan melalui penyampaian video kepada para pelajar. Kami memilih tajuk tersebut kerana semangat cinta kami terhadap Negara, lantas ingan memupuk perasaan yang sama dalam kalangan rakyat pelbagai bangsa. Tambahan pula, kami kagum dengan perjuangan beberapa orang rakyat Malaysia yang sanggup mengorbankan masa, tenaga, dan nyawa demi tanah air yang tercinta. Secara tidak langsung, persembahan video dokumentasi tentang perjuangan tokohtokoh terkenal ini dapat menjadi teladan kepada pelajar yang lain dan menaikkan semangat mereka untuk ikut menurut jejak rakyat Malaysia yang telah mengharumkan nama negara di persada dunia. Penyampaian video klip ini kami dapati daripada internet iaitu Youtube. Jelasnya, tanpa mengira bidang apa-apa pun yang diceburi, rakyat Malaysia wajar menunjukkan semangat cinta kepada Negara.

Objektif Projek
Antara objektif projek ini termasuklah untuk: a) Mengenal pasti perjuangan rakyat dalam mengaharumkan nama negara b) Memupuk semangat cinta kepada Negara dalm kalangan rakyat Malaysia c) Menyebarkan kisah pengorbanan rakyat Malaysia dalam perjuangan mengharumkan nama Negara kepada warga sekolah d) Menghargai perjuangan individu tertentu dalam perjuangannya mengharumkan nama Malaysia e) Menjadi warganegara yang patriotic dan bertnaggungjawab dalam usaha meningkatkan maruah dan imej negara

Lokasi Projek
Kami telah menjalankan projek ini dengan cara mendapatkan maklumat tertentu melalui internet, dan buku teks pendidikan sivik dan kewarganegaraan tingkatan 4. Selain itu, kami turut berkumpul di rumah Enosnitha untuk berbincang tentang projek ini. Setelah segala maklumat telah dikumpulkan, video tersebut ditayangkan kepada pelajar tingkatan 3 di makmal sekolah.

Masalah Ketika Pelaksanaan Projek
Terdapat beberapa masalah yang kami hadapi semasa melakukan projek ini. Pertama, kami sukar mengambil masa untuk membuat perbincangan secara berkumpulan kerana pelajar sering sibuk tentang pelajaran masing-masing kerana musim ujian yang semakin dekat. Selain itu, kami juga mempunyai masalah dalam memuat-turun (download) video klip yang dibuntuhkan kerana perkara ini memakan masa yang lama untuk menunggu supaya video tersebut siap dimuat-turun. Masalah seterusnya yang kami hadapi ialah lebihan masa perlaksanaan ketika penyampaikan video tersebut. Akibat kurang maklumat dari guru mata pelajaran sivik, kami telah menggunakan masa yang terlalu panjang untuk menayangkan video. Hal ini menyebabkan guru lain marah kerana terdapat ahli kumpulan lain yang tidak sempat menyampaikan projek mereka kepada penonton (pelajar tingkatan 3). Walaubagaimanapun, kami tetap bersyukur kerana berkat kesabaran kami, akhirnya kami berjaya juga mengadakan dan melaksanankan projek tersebut.

Kos Pelaksanaan
Projek yang kami jalankan hanya melibatkan kos untuk menghasilkan folio dan kos tersebut tidaklah begitu tinggi. Kos ini termasuklah juga memprosses semua gambar foto aktiviti yang diambil sebelum dan semasa melaksanakan projek. Kami telah berkongsi untuk menanggung kos tersebut. Manakala kos pengangkutan tidak dikeluarkan kerana kami telah dihantar oleh ibu bapa kami yang sanggup menghantar kami ke rumah Enosnitha untuk membuat perbincangan. Internet yang kami gunakan adalah daripada internet di rumah kami masing-masing.

Tempoh Pelaksanaan Projek
Kerja projek dimulakan pada 29 Mac 2010 yang bermula dengan sesi perbincangan di kelas bersama guru. Kami mengambil masa selama satu minggu untuk menentukan aktiviti yang dilaksanakan. Kami mengambil masa selama dua minggu untuk mengumpul semua maklumat termasuk video klip serta pengajaran yang didapati dari video tersebut. Tempoh kami menyampaikan video tersebut adalah selama 30 minit. Manakala masa untuk membuat folio adalah selepas penyampaian video tersebut yang memakan masa selama seminggu pada minggu musim peperiksaan.

Penghargaan
Keseluruhan rpojek dapat dilaksanakan dengan lancer dan sempurna kerana mendapat bantuan, sokongan, dan kerjasama daripada beberapa pihak. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada: a) Guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan saya, iaitu Cik Fauziah Deraman yang sentiasa memberikan bimbingan dan menguatkan semangat kami sepanjang tempoh pelaksanaan projek ini. b) Ibubapa kami yang telah memberiakn kebenaran dan sokongan dari mula hingga akhir pelaksanaan projek ini, termasuk meluangkan masa untuk menghantar dan mengambil kami ketika membuat perbincangan kumpulan di rumah saudari Enosnitha. c) Tuan Pengetua, Encik Ganasan a/l Ramasamy, yang telah memberikan kebenaran kepada kami untuk menjalankan projek ini. d) Cik Enosnitha, kerana membenarkan membuat perbincangan di rumahnya. e) Pihak sekolah, kerana membenarkan kami menggunakan makmal sekolah untuk menggunakan LCD. f) Terima kasih juga kepada guru-guru, seperti Puan Kamsiah dan Encik Mohd Shoffian serta rakan-rakan yang sudi berkongsi bahan atau maklumat dan memberikan bantuan ketika kami ingin menggunakan LCD. Akhir sekali kepada semua ahli kumpulan yang bersemangat dan berkomitmen penuh dalm menjayakan projek ini.

Kesimpulan
Kesimpuannya, kami telah Berjaya menyampaikan video kepada para pelajar. Diharapkan pelajar-pelajar akan menghayati mesej yang terdapat dalam video tersebut dan menjadikan tokoh-tokoh yang berkenaan sebagai idola untuk dijadikan teladan. Kami dapat menghayati erti kesabaran dan semagat setia kawan dalam menjayakan projek ini. Kami memperoleh dan berkongsi maklumat yang berharga dengan warga sekolah, khususnya dengan rakan-rakan yang lain. Melalui pelaksanaan projek ini, saya dan ahli kumpulan beroleh kesedaran Khidmat Masyarakat dapat dijadikan suatu amaln yang sungguh murni.

Lampiran

a)

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->