You are on page 1of 2

Latar Belakang

Sejak zaman-berzaman sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang
melayu , antaranya ialah rakyat biasa dan golongan istana. Perkataan “wau”
dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti
Kelantan,Terengganu,Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.
Perkataan laying-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di
Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor,Melaka dan
Johor.Selain itu,kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada
busur yang diikat pada wau.Apabila dinaikkan ke udara,daun ibus yang dipasang pada
busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau”,”wau”,”wau”secara berirama.
Permainan laying-layang atau wau amat digemari penduduk-penduduk
kampung.Permainan ini dimainkan semenjak lebih 500 tahun yang lalu.Wau masih
digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan,Terengganu,Kedah dan
Perlis. Musim bermain wau adalah buluh yang diraut halus yang ditampalkan dengan
kertas berwarna mengikut bentuk rangka.
Wau bukan sahaja dimainkan tetapi diperbandingkan yang dititikberatkan
ialah kecantikan rupa, kemerdukan bunyi dan tinggi serta keindahan naiknya.

Sejarah Wau Malaysia


Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahilan
tarikh serta asal-usulnya.Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart,
laying-layang di Malaysia berasal dari Negara China. Ini kerana rekabentuk serta
karektor mempunyai persamaan dengan laying-layang tradisional dari Negara China.
Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang
lebar.Kemungkinan evolusi laynag-layang di Malaysia juga turut menyerap unsure-
unsur kebudayaan dari Negara China.

Mitos permainan Wau


Permainan Wau dikaitkan dengan mitos “semangat padi” yang berasal dari
utara Semenanjung Malaysia iaitu negeri Kedah.
Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja
sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma.Ketika mereka
sedang menanam padi, meraka terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya
bayi tersebut sehinggalah dewasa..Oleh kerana suaminya ingin mengucapkan syukur
dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan
ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh padi.
Perbuatan itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu.
Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga
melarikan diri mengikut arah mata angina Barat.Akibatnya, pada tahun itu juga padi
yang telah dikerjakan tidak menjadi.Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan
bahawa anak gadis mereka sebenarnya adalah “Semangat Padi” dan menasihatkan
petani tersebut sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah
lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.

You might also like