You are on page 1of 1

Membuat Wau

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa,dari kerja-karja meraut
buluh untuk dijadikan rangka , mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan
kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap.Rangka
buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya , kemudian diikat
denagn menggunakkan benang mengikut bentuk serta jenisnya.

Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan
lutsinar dengan berlainan warna.Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat ,
lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dann bercorak awan larat iaitu
bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk.Pada lapisan ketiga
pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kana kepak , akan
dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna-warni mananbah cantik lagi
rupanya.Busul akan diregangkan di bahagian belakang tngkuk wau , agar ianya
mengeluarkan bunyi denggung apabila diterbangkan di udara.Busul diperbuat dari
daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan
kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu
kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi menginbangi wau- Teraju Tiga.

You might also like