You are on page 1of 1

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TELEFON BIMBIT

Semakin zaman berlalu, telefon bimbit melalui pelbagai reka bentuk. Pada awalnya, telefon
bimbit agak berat dan besar tetapi kini, telefon bimbit semakin kecil dan mudah untuk
dibawa ke mana-mana sahaja. Bukan sahaja orang yang bekerja, malah remaja juga kini ramai
yang memiliki telefon bimbit. Di sini, saya akan membincangkan tentang kebaikan dan
keburukan memiliki telefon bimbit.

Saya akan membincangkan tiga kebaikan telefon bimbit. Pertama sekali, penggunaan telefon
bimbit memudahkan remaja untuk menghubungi keluarga di mana-mana sahaja mereka
berada. Contohnya, pada waktu kecemasan, kita dengan mudah boleh meminta bantuan ahli
keluarga. Kita juga boleh memberitahu ibu atau bapa jikalau perlu pulang lewat agar mereka
tidak rasa bimbang akan keselamatan anak-anaknya.

Kebaikan yang kedua adalah tentang memuat turunkan maklumat dengan menggunakan
teknologi 'bluetooth'. Kita boleh melungsuri internet di telefon bimbit tersebut dan
menyimpan data-data dengan mudah untuk menyelesaikan sesuatu projek.

Merapatkan silaturahim dengan rakan yang berada jauh di rantauan adalah kebaikan yang
ketiga. Telefon bimbit 3G membolehkan kami membuat panggilan video dengan rakan di luar
negeri. Teknologi sebegini membenarkan kami berbual sambil melihat wajah pemanggil, dan ini
boleh mengubati perasaan yang rindu terhadap dirinya.

Di sebalik kebaikan yang telah disebutkan tadi, ada juga beberapa keburukan yang perlu
diingatkan.

Yang pertama, jika kita tidak tahu mengawal kos, penggunaan telefon bimbit boleh mencapai
beribuan dolar. Contohnya, kos membuat panggilan video agak mahal jika kita terlalu asyik
berbual sehingga tidak sedari masa yang terlalu lama bergantung di telefon.

Remaja-remaja sekarang juga saling bersaing untuk memiliki model telefon yang terkini.
Setiap kali, ibu bapalah yang mengeluarkan duit untuk mencapai keinginan remaja yang
mahukan telefon bimbit. Bagi orang yang berkemampuan sederhana, ini menjadi suatu
bebanan untuk memaksa diri memiliki benda yang tidak mereka mampu. Yang penting sekali
ialah ini memupuk persaingan yang kurang sihat. Kita patut bersyukur terhadap apa yang kita
ada.

Yang akhir ialah dikhuatiri pelajar meniru melalui SMS bersama kawan-kawan di dalam dewan
peperiksaan. Kemudahan teknologi yang membantu dalam kehidupan tetap boleh membantu
orang untuk membuat kejahatan, seperti mendorong sesetengah pelajar untuk menipu.

Saya rumuskan bahawa pelajar boleh memiliki telefon bimbit tetapi sebaiknya tidak
dibenarkan untuk membawanya ke sekolah kerana di sekolahlah tempat untuk mereka
menimba ilmu dan bukan untuk tunjuk-menunjuk telefon bimbit masing-masing. Telefon
bimbit jika digunakan dengan sebaik mungkin boleh memudahkan kehidupan dan bukan
sebaliknya..

You might also like