P. 1
DEFINISI WAKAF

DEFINISI WAKAF

|Views: 3,762|Likes:
Published by cik_nasya

More info:

Published by: cik_nasya on Jun 01, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/30/2013

pdf

text

original

http://www.maik.gov.my/Info%20Wakaf.

htm

DEFINISI WAKAF : Wakaf dari segi bahasa : tahan atau berhenti Wakaf darisegi istilah : menahan sesuatu benda atau harta yang suci dan halal bentuk zatnya supaya digunakan untuk tujuan kebaikan dan mendapat manfaat daripadanya. Wakaf ialah menahan harta tertentu yang boleh diambil manfaat daripada zatnya untuk digunakan pada tujuan kebajikan, dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dan tidak boleh dijadikan jual-beli atau "hibah" pada zat benda yang diwakafkan itu. HUKUM WAKAF Hukum wakaf adalah HARUS dalam syariat Islam dan ia adalah amalan yang digalakkan dengan berdasarkan nas al-Quran dan hadis. DALIL AL-QURAN Firman Allah S.W.T dalam surah ali-imran ayat 92: Maksudnya: kamu tidak sekali-kali akan mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. DALIL HADIS 1) Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah: Maksudnya : Apabila mati seseorang itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang termanfaat dan anak yang soleh mendoakan untuknya. 2) Diberitakan dari Ibnu Umar bahawa Umar mendapat bahagian sebidang tanah di Khaibar. Beliau berkata, "wahai Rasullullah. Saya mendapat sebidang tanah di Khaibar sedangkan saya belum pernah mendapat yang lebih berharga daripada itu. Apa yang sebaiknya saya lakukan?" Rasullullah S.A.W menjawab, "Bila kamu mahu, sedekahkanlah." Lalu Umar menyedekahkan tanah itu dengan syarat tidak boleh dijual, dihibahkan dan diwariskan. Tanah itu harus digunakan untuk digunakan kaum miskin, karib kerahat, para hamba sahaya, orang-orang lemah, dan ibnu sabil. Pengelola tanah mengikut sekadarnya" (Hadis Riwayat Jamaah) RUKUN WAKAF
1. Orang yang mewakafkan.

2. Pihak yang menerima wakaf 3. Benda yang diwakafkan. 4. "Sighah" iaitu ijab dan qabul.

SYARAT ORANG YANG MEWAKAFKAN Pewakaf adalah :
1. Beragama Islam 2. Cukup umur (akil baligh) 3. Waras (sempurna akal fikiran) 4. Ahli tasarruf / tabaruk 5. Pilihan sendiri (ikhtiari)

6. Merdeka SYARAT HARTA YANG DIWAKAFKAN
1. Harta itu mestilah benda yang dapat di ambil manfaatnya. 2. Harta yang diwakafkan kepada penerima wakaf wujud waktu itu. 3. Harta yang diwakafkan itu memberi faedah yang berpanjangan. 4. Diwakafkan untuk tujuan yang baik sahaja dan tidak menyalahi syarak. 5. Harta yang diwakafkan ditentukan jenis, bentuk, tempat, luas dan jumlah. 6. Milik sempurna orang yang memberi wakaf.

SYARAT-SYARAT LAFAZ WAKAF
1. Hendaklah dilafazkan bagi orang yang bertutur. 2. Hendaklah diganti dengan tulisan atau isyarat bagi orang yang tidak boleh

bertutur.
3. Lafaz wakaf mestilah difahami oleh penerima wakaf atau saksi. 4. Lafaz wakaf mestilah jelas dari segi jenis wakaf, luas, tempat, bentuk dan jumlah.

JENIS WAKAF
1. Wakaf Mutlak (AM) - Seseorang yang mewakafkan sesuatu harta untuk

maslahah umum.

2. Wakaf Muqayyad (Khas) - Wakaf yang mempunyai syarat tertentu terhadap

harta wakafnya selagimana tujuannya tidak menyalahi syarak. HIKMAH WAKAF
1. Membuka jalan ke arah ibadah kepada Allah s.w.t.

2. Merealisasikan minat orang beriman yang suka memberi wakaf dan berlumba-

lumba dalam amal kebajikan dan mengharapkan pahala. harta wakaf tersebut berkekalan.

3. Memberi pahala yang berterusan kepada pewakaf selepas kematian selagimana 4. Untuk kebaikan Islam, seperti membina masjid, surau, tanah perkuburan dan

sebagainya.

5. Membantu mengurangkan benana orang fakir dan miskin serta anak yatim

SYARAT HARTA YANG DIWAKAFKAN 1. Harta itu mestilah benda yang dapat di ambil manfaatnya. 2. Harta yang diwakafkan kepada penerima wakaf wujud waktu itu. 3. Harta yang diwakafkan itu dapat memberi faedah dan manfaat yang berpanjangan. 4. Diwakafkan untuk tujuan yang baik sahaja dan tidak menyalahi syarak. 5. Harta yang diwakafkan ditentukan jenis, bentuk, tempat, luas dan jumlah. 6. Harta yang diwakafkan itu adalah milik sempurna orang yang pewakaf.

JENIS WAKAF Wakaf terbahagi kepada dua kategori utama iaitu : Wakaf Mutlak (AM) - merujuk kepada amalan menyerahkan harta wakaf dengan tidak menyatakan sesuatu tujuan tertentu dalam perwakafan hartanya. Harta itu boleh dibangunkan bagi apa-apa maksud, selagi tidak bertentangan dengan syarak. Wakaf Muqayyad (KHAS) – amalan mewakafkan harta dimana pewakaf menyatakan

tujuan wakaf secara spesifik semasa menwakafkan hartanya. Harta wakaf tersebut hendaklah digunakan hanya untuk tujuan yang dinyatakan secara khusus itu. Contohnya mewakafkan tanah khas untuk pembinaan masjid, surau, perkuburan dan sebagainya. HARTA YANG BOLEH DIWAKAFKAN Benda dan harta yang diwakafkan itu hendaklah milik sempurna yang diwakafkan dalam bentuk wakaf berikut : A) Wakaf Al-I'qar (Harta Tak Alih) 4 iaitu harta yang tidak boleh dipindahkan seperti: Memberikan tanah untuk bangunan atau kegiatan masyarakat yang berguna bagi syiar Islam. Memberikan bangunan untuk kegunaan sekolah, hospital dan sebagainya. B) Wakaf Al-Manqul (Harta Alih) Iaitu harta yang boleh dipindahkan seperti wang tunai, kitab, buku, meja, pakaian, senjata, alat-alat pertanian, binatang yang boleh diambil susunya dan sebagainya. C) Wakaf Al-Musya' Menurut kebanyakan ulama' harus mewakafkan harta yang dikongsi atau dimiliki bersama dengan orang lain yang tidak boleh dibahagi seperti dua orang mempunyai hak ke atas rumah dan sebuah kereta. Jika salah seorang pemilik mewakaf bahagiannya, maka wakaf ini adalah sah. D) Wakaf Haq Irtifaq (Hak Milik Bangunan Bertingkat) Golongan Syafie dan Hambali mengharuskan wakaf ini iaitu mewakafkan satu tingkat bangunan yang terdiri daripada beberapa tingkat, seperti seorang yang mewakafkan tingkat-tingkat daripada bangunannya atau tingkat bawah. Ia boleh dibuat demikian tanpa mewakafkan keseluruhan bangunan. Wakaf ini adalah sah menurut Mazhab Syafie dan Hambali. E) Wakaf Al-Irsod Iaitu wakaf yang dilakukan oleh pemerintah untuk kepentingan umum seperti sebidang tanah untuk dijadikan sekolah, rumah sakit dan sebagainya mengikut syarak.

PERBEZAAN DI ANTARA WAKAF DAN SEDEKAH Sedekah diberikan kepada golongan yang memerlukan manakala wakaf ditujukan bagi kegunaan seluruh masyarakat secara umum, meskipun golongan yang memerlukan diberikan keutamaan. Sedekah adalah sesuatu yang boleh dipindah milik. Sesuatu harta apabila telah diwakafkan, pewakaf sudah tidak memiliki hak dan campurtangan ke atas harta tersebut. Sedekah boleh diberi di dalam apa bentuk sekalipun manakala wakaf adalah terhad kepada sesuatu harta dimana harta tersebut boleh mendatangkan hasil atau menjana lebih banyak manfaat secara berterusan atau bentuk hasil yang boleh disimpan.

5 ISLAMIC RELIEF DAN WAKAF Islamic Relief menjalankan program wakaf sebagai salah satu usaha meneruskan amalan yang sangat dituntut oleh Islam, serta tradisi sosial yang yang dimulakan pada zaman Raulullah S.A.W. Sumbangan untuk program wakaf ini akan dimasukkan ke dalam satu tabung khas di mana penggunaannya akan dilakukan mengikut syarak. Diantara program Waqaf anjuran Islamic Relief yang dilaksanakan hasil sumbangan wang dan tenaga dari orang ramai dari seluruh dunia termasuk program kemanusiaan bagi mangsa Tsunami di Indonesia, Pusat Latihan Komputer bagi anak-anak yatim Palestin di Jordan dan project rawatan mata di Bangladesh. Islamic Relief Malaysia mengalu-alukan sokongan dan sumbangan orang ramai di dalam menjayakan program wakaf anjuran Islamic Relief. Setiap sokongan, samada kecil

mahupun besar begitu bermakna di dalam usaha umat Islam meneruskan tradisi sosial seperti yang diajarkan oleh Rasullullah S.A.W

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->