You are on page 1of 6

Contoh Karangan Pelajar : Kewajaran Larangan Penggunaan Telefon Bimbit

di Sekolah..Teknologi yang canggih telah membantu manusia untuk melaksanakan pelbagai urusan dan menjadikan negara
kita semakin maju. Ringkasnya, peralatan teknologi yang canggih dapat membantu manusia membuat sesuatu kerja yang tidak
termampu dilakukan oleh manusia. Sehubungan itu, pelbagai alat teknologi seperti komputer, telefon bimbit, satelit dan
sebagainya telah dicipta dari semasa ke semasa untuk kemudahan kita.

Antara alat canggih yang telah dicipta oleh manusia, telefon bimbitlah yang paling biasa digunakan. Dengan adanya telefon

bimbit, kita dapat menghubungi sesiapa sahaja walau di mana-mana pun hatta berada di tempat yang sangat jauh. Selain itu,

pengendali telefon bimbit juga memperkenalkan perkhidmatan mesej pendek. Oleh itu, kita dapat menghantar berita dengan

telefon bimbit, bukan lagi menggunakan perkhidmatan pos yang lambat dan berkos tinggi. Perkhidmatan ini lebih menjimatkan

masa dan wang. Oleh itu, banyak orang menggunakan telefon untuk perkhidmatan ini. Selain itu, kamera serta pemain muzik

juga telah dipasangkan pada telefon bimbit. Telefon bimbit juga semakin canggih hingga boleh melayari laman web dan juga

menggunakan perkhidmatan 3G.

Kebanyakan ibu bapa membeli telefon bimbit untuk anak-anak mereka kerana mudah dihubungi. Oleh itu, kita dapat melihat

banyak murid yang mempunyai telefon bimbit termasuklah murid-murid sekolah rendah. Setelah mempunyai telefon bimbit,

mereka dapat membuat apa-apa sahaja serta dapat pergi ke mana-mana sahaja kerana dengan kemudahan telefon bimbit,

mudah sahaja hendak menghubungi mereka. Sebagai akibatnya, banyak murid akan membawa telefon bimbit ke sekolah

walaupun tidak dibenarkan.

Langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah memang tepat. Apabila pelajar

membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka akan mengakibatkan banyak masalah disiplin. Mereka akan menunjuk-nunjukkan

telefon yang dibelikan oleh ibu bapa mereka. Maka, sikap materialistik wujud dalam diri pelajar yang masih berusia muda itu.

Pelajar yang tidak mempunyai telefon bimbit juga akan berasa tersisih kerana tidak ada teman berbual seperti kawan lain yang

mempunyai telefon bimbit. Mereka berasa rendah diri dan tidak puas hati dan akhirnya mereka mungkin mencuri telefon bimbit

orang lain. Kesannya, pihak sekolah pula terpaksa menguruskan kes kecurian sehingga menyebabkan proses pembelajaran

terganggu. Soalnya, adakah patut kita membebankan guru dengan beban baharu, iaitu menjadi pegawai penyiasat kecurian

telefon bimbit?

Selain itu, pelajar tidak dapat menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar kerana mereka akan bermain dengan

telefon bimbit. Seterusnya, apabila terdapat deringan telefon bimbit, proses pembelajaran dan pengajaran akan mengalami

gangguan. Semasa ujian, pelajar juga boleh menggunakan telefon bimbit untuk menghantar mesej berbentuk jawapan kepada

rakan yang lain. Perkara ini adalah amat tidak berakhlak dan tidak adil terhadap pelajar lain. Dengan telefon bimbit yang

canggih, mereka dapat mengambil gambar serta mendengar lagu kegemaran mereka. Gejala seperti ini tidak patut berlaku di

sesebuah sekolah. Selain itu, dengan menggunakan telefon bimbit, pelajar-pelajar dapat memuat turun gambar-gambar atau

klip-klip video yang tidak senonoh. Mereka akan berkongsi gambar atau klip video tersebut dengan rakan. Maka, pelajar akan

mudah tepengaruh dengan gejala tidak sihat.

Mengikut kajian, telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang bunyi yang akan menjejaskan kesihatan. Tambahan

pula, kini para pelajar masih dalam proses tumbesaran. Telefon bimbit tidak sesuai digunakan oleh murid-murid yang berusia

muda kerana akan menjejaskan kesihatan mereka. Hakikat ini haruslah diberikan perhatian oleh setiap pihak. Mencegah itu

lebih daripada merawat. Janganlah apabila kesihatan sudah terjejas, pihak lain pula dipersalahkan sedangkan mereka sudah

diingatkan berkali-kali tentang kesan gelombang telefon itu.

Tuntasnya, langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah sememangnya

merupakan langkah yang bijak. Melalui perbincangan saya di atas, kita dapat mengetahui impak penggunaan sebuah alat yang

canggih ini terhadap para pelajar. Bagi mengelakkan perkara-perkara tersebut berlaku, adalah lebih baik para pelajar

menggunakan telefon bimbit apabila dewasa nanti kerana telefon bimbit memerlukan kos penggunaan yang tinggi
Dasar Buruh Asing di Malaysia

Kemelesetan Ekonomi yang berpunca dari keruntuhan sistem Kewangan di Negara-negara maju seperti

Amerika Syarikat dan Britain telah memberi kesan yang ketara kepada ekonomi dan seterusnya peluang

pekerjaan kepada penduduk Malaysia. Kemelesetan ekonomi di negara maju tersebut bererti penurunan kuasa

beli rakyat mereka, dan keadaan ini berlarutan kepada penurunan permintaan terhadap barangan yang

diimport dari luar negeri. Seterusnya permintaan eksport keatas barangan keluaran di sektor pertanian dan

perindustrian dari Malaysia telah terjejas. Ianya menjejaskan prestasi syarikat-syarikat yang mengeluarkan

barangan pertanian dan perindustrian yang bergantung kepada pasaran eksport tersebut. Prestasi syarikat-

syarikat di Malaysia akan terjejas. Penurunan prestasi, bererti pengurangan pekerja di dalam syarikat terpaksa

dilakukan. Begitu juga tidak akan berlaku pengambilan pekerja baru. Kedudukan buruh tempatan yang

terpaksa bersaing dengan buruh asing di dalam pekerjaan pula boleh membawa kepada satu elemen 'krisis

modal insan'.

Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Thomas George berkata, dasar yang semakin liberal

terhadap pengambilan pekerja asing di Malaysia wujud berikutan pertumbuhan pesat ekonomi, yang

sebahagian besarnya dipacu oleh perkembangan industrialisasi di negara ini. Kalau dahulu, pekerja asing hanya

dibenarkan bekerja di sektor perladangan, pembinaan dan pembantu rumah, kini telah dibenarkan pula bekerja

disektor perkhidmatan seperti peruncitan, restoran dan industri kecil dan sederhana. Kedai gunting rambut

juga telah kedapatan ramai pekerja asing pada masa kini. Dengan membenarkan hampir semua sektor dalam

ekonomi menggaji buruh asing, kesatuan sekerja tempatan seperti Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)

merasakan akan kurang kuasa tawar menawar dalam menjaga kebajikan pekerja apabila membuat

perbincangan berkaitan isu-isu kebajikan pekerja. Syarikat-syarikat yang ingin mengurangkan kos operasi

berkemungkinan besar akan menggunakan buruh asing berbanding dengan buruh tempatan.

Berucap merasmikan Simposium Kebangsaan mengenai Dasar Pekerja Asing di Malaysia anjuran bersama

kementerian Kementerian Sumber Manusia dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Datuk Thomas George

berkata, daripada jumlah keseluruhan 11.3 juta tenaga kerja yang ada di Malaysia, 2.2 juta adalah warga

asing. Untuk mengurangkan kedudukan Malaysia yang terlalu bergantung terhadap pekerja asing dan bagi

melindungi peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan, kerajaan membuat keputusan untuk mengurangkan

secara beransur-ansur kadar pergantungan terhadap pekerja asing daripada 2.2 juta sekarang kepada 1.5 juta

menjelang 2015 (Utusan Malaysia 20 Oktober 2009).

Jika dilihat pekerjaan buruh asing mengikut sektor, sebahagian besar pekerja asing diambil bekerja dalam

sektor pembuatan iaitu sebanyak 36 peratus, diikuti perladangan (24.6 peratus), pembantu rumah (15.7

peratus), pembinaan (14.2 peratus) dan selebihnya dalam sektor lain. Sementara itu, seorang pegawai kanan

Kementerian Sumber Manusia, Puan Azizah Ariffin berkata, warga asing mengambil kira-kira 45 peratus

peluang pekerjaan baru yang diwujudkan setiap tahun di negara ini. Puan Azizah juga merasakan penggunaan

pekerja asing secara berlebihan mengakibatkan timbulnya pelbagai masalah, termasuk penurunan purata

produktiviti, penyisihan pekerja tempatan, kewujudan kadar upah yang rendah serta menjejaskan imbangan

pembayaran, dan mencetuskan isu sosial dan keselamatan. Hampir keseluruhan buruh asing di sektor

perindustrian dan pembinaan itu pula kebanyakannya terdiri dari buruh tidak mahir atau separa mahir. Dengan
buruh asing mahir tidak melebihi lima peratus dari keseluruhan buruh asing, tentulah ianya tidak membantu

dalam persediaan Malaysia menghadapi persaingan kompetitif dalam perkembangan ekonomi di peringkat

global. Dari segi pengaliran keluar matawang, pada tahun 2007, wang yang buruh asing hantar pulang ke

negara asal masing-masing berjumlah kira-kira RM3.43 bilion.

Memang diakui juga buruh asing ada sumbangannya kepada pembangunan ekonomi Malaysia. Mereka sanggup

bekerja dengan kadar upah yang rendah dan bekerja di sektor yang menghadapi kekurangan tenaga kerja

seperti di sektor pembinaan dan perladangan. Mereka sanggup bekerja di sektor yang berbahaya, kotor dan

sukar. Mereka juga sebenarnya telah menyumbang kepada penurunan kadar inflasi kerana kadar upah yang

rendah, yang mana dalam ekonomi dipanggil inflasi tolakan kos. Walau bagaimanapun apabila majikan dalam

sektor perkhidmatan seperti restoran dan peruncitan, dan sektor perindustrian turut sama mengambil

kesempatan mengutamakan pengambilan buruh asing berbanding buruh Malaysia maka timbul persoalan

kesesuaian polisi buruh asing yang diamalkan di Malaysia. Apabila berlaku rungutan ketara dari rakyat Malaysia

seperti di waktu pilihanraya atau tekanan dari kemelesetan ekonomi, maka dasar buruh asing yang lebih

menjurus kepada kawalan dan pengurangan pengambilan buruh asing diperkenalkan. Walau bagaimanapun

selepas waktu pilihanraya atau apabila ada rayuan dari majikan, dasar ketat yang diperkenalkan itu

dilonggarkan semula. Yang terbaru apabila kerajaan menaikkan levi kepada buruh asing yang bekerja di sektor

perkhidmatan seperti di restoran dan membekukan pengeluaran permit baru kepada agensi pengambilan buruh

asing. Tetapi apabila ada bantahan dan ugutan dari pengusaha restoran seperti akan menaikkan harga

makanan yang dijual, maka terdapat ura-ura untuk mengkaji semula levi yang dikenakan.

Dengan objektif untuk mengurangkan pergantungan kepada buruh asing, dasar yang perlu digalakkan ialah

dasar yang menjurus kepada kemasukan buruh mahir, dan bukan hanya buruh tidak mahir sahaja. Malaysia

memerlukan dasar buruh asing yang jelas dan menyeluruh. Dasar tersebut perlu mengambilkira strategi jangka

pendek, sederhana dan jangka panjang. Ianya bersesuaian dengan dasar Malaysia untuk beralih kepada

perkembangan industri berteknologi tinggi yang memerlukan buruh mahir. Sektor-sektor yang diketahui ada

minat yang tinggi oleh pekerja Malaysia untuk bekerja, seperti di sector peruncitan dan restoran, dasar

menghalang pengambilan terus buruh asing untuk bekerja di sektor ini perlu dikuatkuasakan. Kita tidak mahu

satu masa nanti pekerja dari Malaysia terpaksa bertukar memiliki passport Indonesia, Bangladesh atau

Myanmar untuk bekerja di sektor pekerjaan di Malaysia. Ini kerana majikan lebih bersedia mengambil pekerja

dari Indonesia, Bangladesh atau Myanmar. Lebih terasa lagi apabila rakyat

Malaysia terpaksa bertukar bahasa loghat Indonesia untuk bekerja di kilang, restoran atau pasaraya di

Malaysia.

【bahasa melayu】Kesan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar

    Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, penggunaan telefon bimbit telah menjadi satu

keperluan kepada kebanyakan umat manusia. Dahulu, hanya golongan kaya yang menggunakan telefon bimbit,

tetapi kini, dalam kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik marcapada ini, kebanyakan golongan

dewasa, remaja dan pelajar serta murid sekolah rendah juga berupaya menggunakan telefon bimbit. Remaja dan

murid sekolah rendah turut mengikut jejak orang dewasa menggunakan telefon bimbit. Pernahkah terlintas
dalam benak kita tentang implikasi penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar? Oleh hal yang demikian,

implikasi baik dan buruk yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan

bersama.

    Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa

penggunaan telefon bimbit dapat mengeratkan silaturahim dan ukhuwah. Pelajar dapat berinteraksi dengan

orang lain di segenap empat penjuru dunia pada bila-bila masa kerana segalanya di hujung jari. Selain itu, pelajar

juga boleh menghantar mesej melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) atau Khidmat Pesanan Multimedia

(MMS). Sebagai contoh, seorang mahasiswa yang melanjutkan pelajaran di Rusia dapat menghubungi

keluarganya yang berada di Malaysia dengan menggunakan telefon bimbit. Sekiranya mahasiswa tersebut tidak

mempunyai telefon bimbit, dia terpaksa menggunakan telefon awam di luar negara untuk menelefon ahli

keluarganya. Intihanya, kita perlu mengapresiasikan penggunana telefon bimbit kerana afdal untuk

mengukuhkan hubungan.

    Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah penggunaan telefon bimbit juga

menimbulkan impak negatif. Seyogianya pelajar perlu mengurangkan penggunakan telefon bimbit kerana

penggunaan telefon bimbit merupakan pembaziran. Hal ini dikatakan demikian kerana golongan remaja seperti

saya yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang juga ingin mempunyai model telefon bimbit

terbaru apabila melihat kawan lain juga memilikinya. Bukan itu sahaja, terdapat juga pelajar terpaksa

menanggung bil telefon yang mahal kerana kerap menelefon dan berbual-bual dengan kawan walaupun

mengetahui kadar bayarannya. Sebenarnya, mereka sepatutnya mengukur baju di badan sendiri dan jangan nanti

sudah terhantuk baru tengadah. Bak kata pepatah melayu,”ingat sebelum kena, jimat sebelum habis”. Oleh itu,

pelajar harus mengurangkan penggunaan telefon bimbit supaya dapat mengelakkan pembaziran

    Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sememangnya menjejaskan pelajaran mereka. Hal ini

berlaku kerana pelajar menggunakan telefon bimbit tanpa kawalan. Mereka sering menghantar mesej kepada

kawan untuk perbualan kosong. Selain itu, kita acapkali tersentak dengan masalah “pasangan” yang berlaku di

bangku sekolah. Penggunanan telefon bimbit dalam kalangan pelajar akan menimbulkan lagi masalah tersebut.

Tambahan pula, sekiranya pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka tidak akan menumpukan

perhatian untuk belajar tetapi leka dengan permainan video. Mereka juga terpaksa menanggung risiko kehilangan

telefon bimbit. Konklusinya, pelajar tidak mementingkan pelajaran seandainya mereka mempunyai telefon

bimbit.

    Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, penggunaan telefon bimbit juga akan menjejaskan

kesihatan pelajar. Kebanyakan perkhidamatan telefon bimbit seperti perkhidmatan telefon, GPRS(General Packet

Radio Service), khidmat pesanan ringkas (Short Message Service, SMS), khidmat pesanan multimedia
(Multimedia Message Service, MMS), dikenakan bayaran. Hal ini menyebabkan sesetengah pelajar sanggup

mengikat perut dan berlapar untuk membayar bil telefon bimbit. Mereka telah menyalahgunakan wang saku yang

diberi oleh ibu bapa mereka. Selain itu, telefon bimbit akan mengeluarkan gelombang semasa kita menjawab

telefon dan akan mengganggu fungsi saraf otak sehingga menyebabkan barah atau kanser. Tuntasnya, pelajar

sepatutnya tidak menggunakan telefon bimbit. Bak kata pepatah, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada

gunanya”

    Kesimpulannya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar mendatangkan lebih banyak kesan buruk

daripada kesan baik. Pelajar seyogianya memanfaatkan kebaikan dan mengelakkan keburukan penggunaan

telefon bimbit kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Bak kata pepatah, genggam

bara api biarlah sampai jadi arang, justeru itu, langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik perlu

dilaksanakan oleh semua pihak secara berterusan dan jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja untuk

membasmi masalah yang timbul ekoran daripada penggunaan telefon bimbit serta melahirkan remaja yang

berwawasan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

SEMPENA Hari Ibu awal Mei ini TV3 dalam siri siasatannnya memaparkan nasib terlantar dan terbiar beberapa orang ibu
yang sudah menjadi nenek. Tiada sanak saudara yang brupaya menyara dan melayan kehidupan dan keperluan mereka setua
70 dan 80an.
Antaranya sepasang suami isteri berasal tidak berada dari Kedah ditinggal anaknya di Lok Kawi Baru, Sabah. Seorang nenek
buta gara-gara deraan suami di Kelantan yang bergantung harapan dari adiknya yang juga seorang nenek yang tidak berada
juga. Adiknya sendiri memerlukan perhatian.
Orang tua senasib itu masih ramai yang tidak sempat ditemui oleh TV dan akhbar untuk perhatian umum.
Jika nenek ditinggal anak atau cucu, secara mudahnya anak dan cucu itulah yang disalahkan dan kepada mereka dikumpul
segala seranah dan kutukan. Sama dengan membuang bayi di belukar, di serambi masjid dan di mana-mana, undang-undang
tidak memihak kepada ibu berkenaan. Hukum yang diperuntukan kepada ibu itu hampir menyamai membunuh bayinya.
Sayang ibu kepada anak istimewa bayi jauh lebih besar dari sayang anak kepada ibu apa lagilah ibu tua yang bermasalah –
uzur, nyanyuk dan sebagainya. Kalau ibu yang masalah tergamak membuang anak sedang kasihnya yang tidak terhingga
sukar dipersoal, maka apa yang dapat difikirkan tentang anak yang bermasalah yang kasih terhadap ibu dan bapa tidak setebal
kasih kepada anak untuk menjaga ibu yang bertaraf nenek usur?
Apapun yang hendak dikata, anak yang membiarkan ibu dan bapa seperti itu dalam keadaan begitu, dalam keadaan apa
sekalipun, tetap dikira tidak wajar dan tidak bertanggungjawab.
Dalam apa keadaan jua, anak dan waris terdekat mesti menerima tanggungjawab dan berbuat sesuatu. Masyarakat tidak dapat
menerima sikap melepaskan tanggungjawab dari anak dan waris.
Apabila keadaan sudah jadi seperti itu, maka menjadi tanggungjawab siapa pula nenek tua terbiar yang tidak punya apa-apa
itu?
Sebagai seorang rakyat, perlembagaan menjamin keselamatan mereka. Selagi nyawa belum tercabut, mereka berhak
mendapat perlindungan. Maka mereka menjadi tanggungjawab negara. Raja-raja dan pemerintahanlah yang mesti memenuhi
keperluan mreka. Anak mereka lari dan hilang. Tetapi raja mereka tidak hilang dan kerajaan mereka tidak hilang dan tidak
boleh lari.
Raja dulu dan raja sekarang menydiakan peruntukan kebajikan. Kerajaan yang berkebajikan menyediakan peruntukan untuk
orang-orang yang kurang upaya apa lagilah yang tidak berupaya.
Islam menyediakan bahagian kepada orang miskin dalam harta setiap orang kaya. Selain dari zakat, orang Islam yang tidak
kayapun dianjurkan memberi makan orang miskin. Jika individu Muslim diwajibkan berzakat dan digalakkan memberi
makan orang miskin, motifnya adalah untuk mendapat pahala, menerima tanggungjawab dan untuk merengankan
tanggungjawab pemerintah atau negara.
Kerajaan mesti bertanggungjawab atas kejadian seperti itu. Justeru itulah ia dibenarkan memjngut cukai, mendenda orang
yang bersalah, berkuasa atas tanah, api, air dan angin. Kalau hantu dan jin boleh dilihat, jika mereka mahu tinggal di perairan
dan ruang udara sesebuah negara, maka negara itu akan memburunya untuk mendapat cukai dan sebagainya.
Justeru itu, nenek yang ditinggal anak dan cucu tidak wajar terbiar dan terlantar. Kerajaanlah ganti anak dalam keadaan
seperti itu. Hanya kerajaan yang tidak bertanggungjawab, raja dan pemimpin yang mementingkan diri saja mempersetankan
warga emas yang terbiar.
Dalam era global dan teknologi maklumat, dunia menolak konsep raja bersiung. Juseru itu kerajaan yang baik, bertamaddun
dan berkebajikan, tidak patut ada nenek menerima nasib seperti Safura Yakub dan suaminya, Saad Hanafi di Lok Kawi Baru
itu. Nenek buta dan adiknya di Kelantan mesti mendapat peliharaan selesa.
Jika berlaku dalam masyarakat nenek ditinggalkan oleh anak dan kerajaan, itu tandanya negara dan masyarakat itu tidak
hadhari, dan ada ciri-ciri pentadbiran raja bersiung yang kerjanya adalah menghirup darah rakyat.
Cara mana nenek terbiar ditadbir terserah kepada budaya dan agamanya. Zakat dan cukai adalah untuk mereka sama. Konsep
rumah orang tua atau rumah kebajikan, bukan seratus peratus tidak berguna. Ia berguna dan banyak gunanya. Dalam keadaan
tertentu saja ia dilihat tidak bererti apa-apa.
Menghantar ibu dan bapa ke hospital bukan kerana anak dan cucu tidak sanggup menjaga mereka, tetapi ia lebih baik dirawat
dan rehat di hospital dari terbiar tidak terurus di rumah dikeliling oleh anak dan cucu.
Pesakit angin ahmar tidak diterima lama oleh hospital. Menjaganya di rumah bertahun-tahun secara tidak terurus, adalah
lebih baik mereka diuruskan di sebuah rumah bersistem. Pesakit ahmar penuh dengan tekanan mental. Di rumah lazimnya
terbiar sendirian di katil dan di biliknya. Anak cucu tidak sepenuh masa bersamanya, kerana masing-masing ada urusan.
Pesakit memerlukan layanan sepenuh masa, mahu bercakap dan berinteraksi dengan orang lain.
Jika beberapa pesakit ahmar di tempatkan sebilik, ada rakan bercakap 24 jam.Makan bersama, tidur bersama. Mandi
diuruskan dan makan di suapkan bagi memerlukannya. Jika ada keset Quran, Nasyid dan ceramah agama, sangat diminati
oleh orang yang menunggu ketibaan malaikat maut itu. Jika masjid dan surau dapat mentadbirkannya adalah lebih baik.
Warga emas lazimnya suka dekat dengan masjid dan surau. Jika nenek di Lok Kawi dan di Kelantan itu ditempatkan dekat
masjid, maka ia adalah yang terbaik untuk mereka. Anak yang seribu satu masalah dan miskin pula, boleh melawat dari
semasa ke semasa. Tetapi bagi ibu yang anaknya susah dan bermasalah, tinggal di rumah yang diperhatikan kerajaan adalah
lebih baik dari duduk di rumah kadang-kadang kencing pun tak berbasuh.
Cuma bagaimana kerajaan bijak mengurusnya, supaya nenek terjaga dan anaknya dapat memberi tumpuan kepada kewajipan
lain, kerana masalah ibu sudah direngankan oleh pengendalian kebajikan dari kerajaan. Ia tidak bererti anak terlepas langsung
d ari tanggungjawab. Cuma apakah persediaan kerajaan untuk merengan dan membantu anak yang mempunyai ibu atau bapa
banyaak cabaran?
Dan kalau anak dan cucu tidak bertanggungjawab, jangan kerajaan pula tidak bertanggungjawab sama

You might also like