You are on page 1of 9

Orang 

Melayu

Pakaian : baju melayu, kebaya, kurung songkok, kain pelikat..

Makanan : laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi lemak..

Permainan : congkak, gasing, wau..

Alat muzik : kompang, gong, rebana, gambus..

Perayaan : Hari Raya Aidrilfitri(Puasa), Hari Raya Haji

Tarian : tarian keris, tarian inai, tarian Piring, tarian lilin..

Kepercayaan : Agama Islam

Bahasa : Bahasa Melayu

Orang Cina

Pakaian : Cheongsam, Sam Fu..

Suku kaum : Teochew, Hakka, Hokkien..

Makanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum.

Permainan : catur cina

Alat muzik : gitar bulan, dram,

Perayaan : Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih Bulan

Tarian : Tarian kipas, tarian singa, tarian payung..

Kepercayaan : Agama Buddha, Taoisme, Kristian

Bahasa : Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew..

Orang India

Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung..

Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu,

Permainan  : kaudi Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei..

Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya

Tarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam


Kepercayaan : Agama Hindu, Kristian, Islam

Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam

Hari Raya Aidilfitri


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Hari Raya Aidilfitri

Nama rasmi Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Puasa,Bahasa

Arab: ‫' عيد الفطر‬Ayd al-Fiṭr

Juga Feast of the Breaking of the Fast, Eid, Idul

dinamakan Fitri, Lebaran (Indonesia), Shemai Eid

(Bangladesh), Ramazan Bayramı (Turki)

Diraikan Umat Islam seluruh dunia, juga bukan muslim

oleh di negara Muslim

Jenis Perayaan Agama

Keutamaan Selepas berakhirnya bulan Ramadhan, bulan

puasa

Tarikh 1 Syawal

Tarikh 2009 21 September

Tarikh 2010 10 September

Perayaan Menghias, menziarahi keluarga dan sahabat

taulan, memasang lampu pelita


Amalan Solat

Berkaitan Hari Raya Aidiladha, perayaan

dengan umatIslam lain, yang disambut 70 hari

kemudian

Sebahagian dari siri berkaitan

Islam
Rukun Iman

Allah · Kitab · Malaikat · Nabi

Hari Akhirat · Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah · Solat · Puasa

Zakat · Haji

Kota Suci

Makkah · Madinah

Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri · Aidiladha
Hukum

Quran · Sunnah · Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam

Khulafa al-Rasyidin

Khalifah · Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w

Ahlul Bait · Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah

Hanafi · Syafie

Maliki · Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik · Haiwan · Seni

Takwim · Kanak-kanak

Demografi · Perayaan

Masjid · Dakwah · Falsafah

Sains · Wanita · Politik

Lihat juga

Kritikan · Islamofobia

Glosari

Portal Islam

 p • b • s 

Hari Raya Aidilfitri (bahasa Arab: ‫' ;عيد الفطر‬Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah.

Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri

merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya

bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua

perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.


Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan).

Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-

10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah

petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.

Isi kandungan

 [sorok]

1 Zakat fitrah dan takbir

2 Simbol

3 Persiapan

4 Amalan lazim

5 Pakaian

6 Aidilfitri dalam Kalendar

Masihi

7 Perayaan lain

8 Pautan luar

[sunting]Zakat fitrah dan takbir

Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan

kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah

meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula

dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitridimulakan.

Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran

Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari(hari terakhir bulan

Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut

pada pagi hingga malam.

[sunting]Simbol
Gambar ketupat yang dianyam dari riben.

Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah istimewa yang masih

dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan

selalunya dihidangkan bersama dengan rendang. Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang, lontong, dodol,

dan kuih raya.

Namun begitu, simbol lain yang berteraskan Islam seperti kalimah Allah dan Nabi Muhammad, bunga-bungaan,

tumbuh-tumbuhan, geometri, dan lain-lain yang tiada unsur haram juga adalah digalakkan untuk digunakan sebagai

simbol perayaan Hari Raya Aidilfitri.

[sunting]Persiapan

Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut

menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan

murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan

di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis

perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.

Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang

pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga.

Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.

[sunting]Amalan lazim
Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan

dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah

menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi

pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung

ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau.

Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali

persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.

Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh

orang dewasa kepada kanak-kanakmelalui sampul duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya

diadaptasi daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari

Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz

sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan

saiz wang kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.

Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk individu

Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang

bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita

bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid

bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin

membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti hari ini.[1]

Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan membawa lampu

sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga Allah s.w.t. menerangi kubur Umar sebagaimana dia

telah menerangi masjid-masjid kami." [2], dan juga riwayat dari Umar (‫ )رضى هللا عنه‬menyebutkan bahawa:

"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka Allah akan memberi pula

baginya lampu penerang di dalam kuburnya. "[3]

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan Syawal.

Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan
hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat.Biasanya minggu pertama

hari raya,jalan akan dipenuhi dengan kereta dan menyebabkan jalan sesak.

[sunting]Pakaian

Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia pada Hari Raya.

Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi

kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju kurung dan Baju kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan

bagi mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini. Pada tahun 2005, pemakaian batik, songket, dan baju

kebaya nyonya semakin meningkat hasil promosi dan komersialisasi oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon

Mahmood, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

[sunting]Aidilfitri dalam Kalendar Masihi

Tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah sentiasa tetap dan sama mengikut kalendar Hijrah. Namun begitu tarikhnya

sentiasa berubah mengikut kalendar Masihi kerana kalendar Hijrah adalah mengikut

peredaran bulan manakala kalendar Masihi pula mengikut peredaran Bumi mengelilingi Matahari. Oleh itu,

tarikh Hari Raya adalah berbeza daripada tahun ke tahun, dengan beza lebih kurang antara sepuluh hingga 15

hari.

Hari Raya pada tahun-tahun yang akan datang diramalkan akan jatuh pada tarikh-tarikh berikut. Tarikh-tarikh

tersebut adalah tertakluk kepada perubahan.

 2008: 1 Oktober

 2009: 21 September

 2010: 10 September

 2011: 31 Ogos

 2012: 19 Ogos

 2013: 8 Ogos

 2014: 29 Julai

 2015: 19 Julai
Hari Raya bermula pada malam sebelum tarikh-tarikh tersebut, bermula terbenamnya matahari.

[sunting]Perayaan lain

Di Malaysia, terdapat populasi Cina dan India. Masing-masing menyambut perayaan Deepavali dan Tahun

Baru Cina. Kadangkala, salah satu perayaan tersebut iaitu Deepavali dan Tahun Baru Cina sering bertembung

dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri mengikut kalendar Masihi. Oleh sebab itu, terdapat segelintir pihak yang

mengadakan sebuah 'rumah terbuka' untuk dua perayaan sekaligus. Disebabkan situasi itu, wujudlah fenomena

"DeepaRaya" dan "KongsiRaya".

Walau bagaimanapun, mufti negeri Perak menyatakan perayaan umat Islam yang dikongsi dengan perayaan

keagamaan orang kafir yang lain seperti "DeepaRaya" dan "KongsiRaya" serta lain-lain kerana dianggap

menjurus ke arah perbuatan syirik dan ditegah sama sekali oleh Islam. Ini berdasarkan surah Al-Kafirun yang

menyebutkan amaran Allah bermaksud " Bagimu (orang kafir) agamamu dan bagi ku agamaku"

‫عيد الفط‬

You might also like