You are on page 1of 3

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian saya merangkumi objektif-objektif yang berikut:

I) Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber

sejarah yang sahih.Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian i

lmiah denganatacara yang betul,jelas dan tepat. Menguasai kemahiran

mencari, mengumpul,merekod dan menganalisis maklumat

tentang asal usul permainan tradisional.

II) Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang permainan tradisional

di kalangan masyarakat mengikut adat Melayu. Ini juga memberi saya

pendedahan untuk mengenali dan memahami asal-usul tentang permainan

tradisional iaitu wau. Serta berkesempatan untuk membuat kajian

yang berkaitan dengan latar belakang permainan tradisional

III) Kajian ini juga dapat menjadikan teladan dan iktibar malah menyedarkan

orang melayu betapa pentingnya permainan tradisional di kalangan

masyarakat melayu di Negara kita kerana ia melambangkan setiap

kaum dan adat tradisinya yang tersendiri. Selain itu, mangajar bahawa

orang melayu harus Bertanggungjawab memelihara dan memulihara

warisan sejarah supaya ia tidak ditelan zaman


Penghargaan

Saya, Hanim binti Mohammad Tahir dari kelas 3 Melur ,mengucapkan ribuan terima

kasih kepada Pengetua, Datin Hajjah Rohani, yang telah memberi kebenaran kepada

saya menjalankan kajian ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada guru sejarah

saya, Pn Suraidah Jaafar , yang telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar

hingga kajian ini selesai. Saya amat terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa saya,

Mohammad Tahir bin Hashim dan Halizah binti Hassan yang telah

memberi dorongan dan semangat sepanjang kajian ini dibuat. Ucapan terima kasih juga

kepada rakan-rakan saya Asila, Najihah, Iman Atira, Atiqah, Farisha, Aifa, Diyanah,

dan banyak lagi kerana menolong saya dari segala aspek dan tunjuk ajar sekiranya

saya membuat apa-apa kesilapan ketika menjalankan kajian ini. Seterusnya, kepada

orang ramai serta guru-guru yang lain yang turut membantu

dan meluahkan sedikit masa untuk menolong saya sedikit sebanyak.

Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan!


Rumusan

Secara kesimpulannya, permainan tradisional masyarakat Negara kita adalah

sangat unik, permainan tradisional Wau ini mempunyai pelbagai latar

belakang, tujuan dimainkan, alat-alat yang digunakan dan cara dimainkan .

Selepas saya menjalankan kajian ini, saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia atas

keunikan dan kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia. Permainan

ini adalah sangat menarik dan masih dimainkan sehingga hari ini.

Seperti peribahasa melayu yang mengatakan ‘tak kenal maka tak cinta’. Selepas kajian

dijalankan, saya dapat menghayati permainan tradisional orang melayu.

Andai rakyat Malaysia memahami dan menghayati permainan tradisional

sesuatu kaum yang mendalam,ini akan mewujudkan rasa

hormat-menghormat antara kaum.

.
Kita sebagai rakyat Malaysia harus mewarisi permainan tradisional masyarakat

Negara kita supaya generasi akan datang boleh menikmati permainan tradisional.

Tambahan pula, melalui permianan tradisional semangat perpaduan dapat diwujudkan

dan membolehkan perpaduan tanah melayu yang terdapat pelbagai kaum

ini terus berkekalan. Rakyat Malaysia bersatu padu ini dapat bersama-sama dalam semua

perkara untuk melahirkan Malaysia yang cemerlang.

You might also like