You are on page 1of 4

Definisi

 
Perkembangan penyeliaan, penilaian dan kajian semula adalah suatu proses berterusan yang melibatkan
Pengumpulan dan analisis maklumat tentang prestasi pekerjaan individu berdasarkan Kriteria yang kukuh
dan difahami. Ia termasuk falsafah yang yang kukuh, polisi dan prosedur yang terdahulu diberikan kepada
staf, yang melibatkan interaksi dan dialog.
 
Pendekatan2 terhadap Penyeliaan
 
*Freeman (1982) dan Gebhard (1984)
*Freeman memperkenalkan tiga pendekatan terhadap pemantauan/penyeliaan guru:
1)   pendekatan penyeliaan (dengan penyelia sebagai watak penguasa),
2)   pendekatan alternatif (dengan penyelia sebagai pemberi perspektif alternatif), dan
3)   pendekatan tidak langsung (dengan penyelia sebagai “pemaham”).
 
* Gebhard memperkenalkan lima model:
1)   penyeliaan langsung (dengan seorang penyelia yang mengarah dan menilai pengajaran),
2)   penyeliaan alternatif (dengan seorang penyelia dan yang diselia berkongsi tanggungjawab untuk
menjana alternatif),
3)   penyeliaan bekerjasama (dengan seorang penyelia yang bekerja dengan yang diselia tetapi tidak
mengarahkan mereka),
4)   penyeliaan tidak langsung (dengan seorang penyelia yang tidak menghakimi tetapi mendengar dan
menyatakan semula idea-idea yang diselia), dan
5)   penyeliaan kreatif (dengan seorang penyelia yang menggunakan kombinasi pendekatan-pendekatan).
 
Cabarannya
 
* Bagaimana menukarkan sikap negatif terhadap penyeliaan supaya guru-guru (dan program-program
kita) boleh meraih habuan dan faedah – dalam bentuk pembangunan profesional dan pengajaran yang
bertambah baik.
 
Falsafah
 
*Mana-mana model perkembangan penyeliaan, penilaian dan kajian semula mestilah berdasarkan konsep
bahawa:
→ semua pihak terlibat secara collegially dan bekerjasama
→ semua pihak mempunyai kepercayaan terhadap proses dan antara satu sama lain
→ semua pihak menjalankan tugas dan tanggungjawab menurut Akta Pendidikan, peraturan-
peraturannya, dan / atau polisi-polisi sekolah.
 
Kepercayaan
 
1.      Penyeliaan, perkembangan, penilaian dan kajian semula staf tertakluk kepada kepercayaan
bahawa belajar untuk mengajar adalah suatu usaha sepanjang hayat.
2.      Ia juga adalah berdasarkan premis bahawa perkembangan profesional guru boleh meningkatkan
kualiti pengajaran dan, seterusnya, meningkatkan kualiti sekolah secara umum dan mengukuhkan
pembelajaran pelajar. Selaras dengan kepercayaan ini, tujuan polisi penyeliaan adalah suatu undangan
bagi setiap individu guru untuk berkembang ke arah pencapaian kecemerlangan. Kami menganggap
proses penyeliaan guru sebagai penyumbang besar dalam perkembangan profesional guru-guru.
Kesusasteraan kini adalah empatik dalam menunjukkan penyeliaan guru berorientasikan
perkembangan sebagai  mempunyai impak positif ke atas prestasi guru.
 
Tujuan

1. Tujuan proses penyeliaan, perkembangan, penilaian dan kajian semula adalah untuk membantu
individu anggota staf dalam meningkatkan dan memperkayakan kualiti pengajaran mereka untuk
perkembangan profesional dan untuk faedah pelajar-pelajar kita. Komunikasi berterusan adalah
penting sekiranya matlamat pembelajaran sepanjang hayat mahu dicapai.

 
Proses

1. Suatu promosi komuniti profesional yang belajar, dinamik dan berkembang

2.       Meningkatkan kualiti pengajaran melalui pengiktirafan amalan-amalan mengajar yang


berjaya, selain daripada galakan dan bantuan dalam peluang-peluang perkembangan profesional
individu untuk menunjukkan perkembangan profesional staf dan sumbangan positif kepada
pembangunan pelajar dan sekolah
3.       Suatu dasar yang sah untuk keputusan-keputusan pentadbiran dalam mengesyorkan
promosi, perpindahan dan pelantikan semula
4.       Suatu prosedur perkembangan dan penilaian staf yang adil dan saksama
5.       Suatu rekod tentang bagaimana penyataan kepercayaan, matlamat dan objektif sekolah
diterapkan oleh individu
6.       Suatu penegasan semula bahawa matlamat pendidikan sedang dicapai dalam suatu cara
yang cekap, berkesan dan sistematik
7.       Suatu cara untuk menangani keperluan-keperluan perundangan Akta Pendidikan,
peraturan-peraturannya dan polisi-polisi sekolah, dan untuk memastikan proses apabila tiba
masanya.
 
 
Landasan Penilaian atau suatu Landasan Perkembangan
 
Dalam landasan penilaian, pentadbir mempunyai tanggungjawab langsung terhadap penilaian guru.
 
Landasan Penilaian terdiri dari dua laluan:
1. Laluan Satu: Penilaian Prestasi
2. Laluan Dua: Dalam Kajian Semula
 
Dalam landasan perkembangan, pentadbir adalah bertanggungjawab untuk memudahkan perkembangan
profesional guru-guru. Mereka boleh bertindak sebagai mentor, jurulatih, atau pembekal sumber.
Landasan Perkembangan terdiri dari empat laluan:
1. Laluan Tiga: Pembelajaran Terarah-Kendiri
2. Laluan Empat: Pembelajaran Bekerjasama
3. Laluan Lima: Gambaran Portfolio
4. Laluan Enam: Pementoran
5. Laluan Tujuh: Surat Refleksi
 
Jenis-Jenis Guru
 
A. Guru-guru Permulaan/Baru kepada Sekolah
 
Semua guru baru/baru kepada sekolah bermula pada landasan penilaian, di mana kecekapan mengajar
dinilai. Sebaik sahaja kecekapan mengajar telah ditentukan, guru tersebut diletakkan di landasan
perkembangan.
 
B. Guru-guru Berpengalaman
 
Guru-guru berpengalaman yang pada masa ini berada di landasan perkembangan boleh meminta suatu
penilaian prestasi untuk tujuan mengekalkan penilaian sumatif semasa.
 
C. Guru-guru yang Mengalami Kesukaran
 
Guru-guru yang mengalami kesukaran, yang memerlukan penyeliaan langsung, akan diletakkan di
landasan penilaian. Prosesnya melibatkan permulaan suatu pelan tindakan mengarah kepada pentadbir,
mendapatkan bantuan, dan penulisan suatu penilaian sumatif.
 
•    Tujuan
•    Untuk memantapkan kecekapan mengajar
•    untuk penilaian
•    untuk penyesuaian diri kepada sistem
•    untuk membuat syor untuk pekerjaan berterusan.
 
Proses
 
1. pemerhatian tidak formal
A) maklumbalas lisan atau bertulis
B) berjalan-jalan
 
2. pemerhatian formal
•    perancangan pra-persidangan
•    pemerhatian, pengumpulan data
•    pasca-persidangan
•    laporan bertulis
 
3. laporan sumatif bertulis
 
•    Garis masa
 
•    Rekod-rekod
•    maklumbalas bertulis dari pemerhatian tidak formal
•    buat komen tentang maklumbalas bertulis dari pemerhatian formal
•    komen tentang penilaian sumatif
 
•    Pelan Perkembangan
•    Peluang-peluang akan diadakan kepada guru-guru tahun pertama untuk belajar tentang model
penyeliaan. Pelan-pelan tindakan dalam tahun pertama.
 
Guru-Guru Berpengalaman
 
•    Tujuan
•    untuk memantapkan kecekapan mengajar
•    untuk penilaian
•    untuk penyesuaian diri kepada sistem
•    untuk membuat syor untuk penempatan landasan.
 
Proses
 
1. pemerhatian tidak formal
•     maklumbalas lisan atau bertulis
 
2. pemerhatian formal
•     perancangan pra-persidangan
•     pemerhatian, pengumpulan data
•     pasca-persidangan
•     laporan bertulis
 
3. laporan sumatif bertulis
 
•    Garis masa
•    pemerhatian tidak formal permulaan, pemerhatian lanjutan, suatu laporan sumatif.
•    Rekod
•    maklumbalas bertulis dari pemerhatian tidak formal
•    komen tentang maklumbalas bertulis dari pemerhatian formal ke atas penilaian sumatif
•    Pelan Perkembangan
•    Peluang-peluang untuk belajar tentang model penyeliaan.

You might also like