You are on page 1of 18

tema

Novel Ekspedisi bertemakan kegigihan dan keberanian golongan

remaja mengejar impian mereka. Hadi bersama dengan beberapa

rakannya menyertai ekspedisi mendaki Gunung Itik yang diketuai

oleh Cikgu Murad. Untuk sampai ke puncak gunung itu, mereka

terpaksa meredah kawasan hutan yang ada binatang buas, binatang

berbisa dan mendaki/menuruni lereng gunung yang dipenuhi batu-

batu yang bercerakan. Namun begitu, hasil daripada kegigihan dan

keberanian anggota ekspedisi itu, akhirnya mereka berjaya

menjejakkan kaki di puncak Gunung Itik.


sinopsis

Novel EKSPEDISI mengisahkan pengalaman menarik dan


mendebarkan yang dialami oleh anggota ekspedisi yang diketuai
oleh Cikgu Murad. Antara yang turut terlibat dalam ekspedisi
tersebut termasuklah Hadi, Pak Musa, Zarul, Salim, Nazri, Send
Nam, Surindran, Ban Lee dan Shanta.

Ekspedisi itu akan melibatkan kawasan


hutan di belakang kampung Hadi.
Menurut ayah Hadi iaitu Pak Salleh,
kawasan itu amat bahaya kerana
terdapat pelbagai jenis binatang buas,
hantu, jin dan jembalang. Pada
mulanya, Pak Salleh tidak
membenarkan Hadi menyertai
ekspedisi tersebut kerana Pak Saleh
tidak suka kepada Cikgu Murad yang dianggapnya sebagai
penjenayah. Bagaimanapun, Hadi tetap dengan pendiriannya dan
menyertai ekspedisi tersebut. Ketika Hadi menyertai ekspedisi
tersebut, ayahnya juga keluar berburu di kawasan ekspedisi itu
berlangsung.

Dalam ekspedisi itu, mereka menempuh pelbagai halangan seperti


menuruni lurah, mendaki bukit, dan meredah hutan. Mereka juga
menemui pelbagai benda yang menarik seperti tasik yang indah dan
padang yang luas. Dalam perjalanan tersebut, Hadi termimpikan
ayahnya. Ayahnya amat marah dia menyertai ekspedisi tersebut.

Anggota ekspedisi akhirnya sampai di puncak Gunung Itik. Dari


puncak gunung tersebut mereka ternampak sebuah pondok. Sedang
mereka mengintai ke dalam pondok tersebut, beberapa orang lelaki
datang ke pondok tersebut. Bagaimanapun, anggota ekspedisi
sempat menyelamatkan diri mereka. Hadi pula hampir-hampir
terperangkap oleh seorang lelaki
daripada anggota sindiket tersebut
tetapi apabila dia menjerit, dia
sebenarnya sudah berada di rumah
iaitu dua hari selepas ekspedisi
tersebut mencapai kejayaan. Ketika
Hadi pulang daripada menyertai
ekspedisi tersebut, ayahnya belum
pulang. Bagaimanapun, ayahnya
pulang kemudian dalam keadaan
selamat.

Penduduk Kampung Dataran gempar apabila Cikgu Murad ditangkap


oleh polis. Dalam perbualan antara Pak Salleh dengan Hadi, Pak
Salleh memberitahu Hadi mengenai aktiviti cikgu Murad. Cikgu
Murad sebenarnya seorang penjenayah yang terlibat dengan
sindiket mencuri jongkong emas dan tempat persembunyian
kumpulan penjenayah tersebut ialah di puncak Gunung Itik.

Pak Salleh juga membongkar rahsia kekayaannya kepada Hadi dan


Mak Jamilah. Kekayaannya dihadiahkan oleh Tauke Eddie Jar kerana
dia telah membantu menyelamatkan jongkong emas milik tauke itu
yang dicuri oleh satu sindiket.

Hadi tidak mempercayai kata-kata Pak Salleh. Pak Salleh pun


menceritakan pengalaman terbarunya ketika berburu. Dia nampak
Cikgu Murad mengetuai kumpulan tersebut di puncak Gunung Itik.
Bagaimanapun, Hadi tidak mempercayainya kerana ketika kejadian
yang diceritakan oleh ayahnya, Cikgu Murad
ada bersama-sama mereka dalam ekspedisi
tersebut.

Pada suatu malam, Pak Salleh, Mak Jamilah dan


Hadi diminta ke balai polis. Di balai polis,
mereka dapati cikgu Murad telah dilepaskan.
Pak Salleh tidak begitu setuju dengan tindakan
tersebut kerana dia yakin bahawa cikgu Murad terlibat dalam
sindiket tersebut. Seorang inspektor polis menjelaskan keadaan
sebenarnya kepada Pak Salleh. Inspektor itu ialah ketua dalam
operasi membanteras sindiket tersebut. Selepas itu, inspektor polis
itu menunjukkan seorang penjenayah yang wajahnya mirip cikgu
Murad.

Pak Salleh insaf akan kesalahannya menuduh Cikgu Murad terlibat


dalam kumpulan haram itu. Pak Salleh meminta maaf daripada
Cikgu Murad. Bagaimanapun, Pak Salleh berpuas hati kerana punca
kekayaanya selama ini diyakini oleh orang ramai.
persoalan

Persoalan

1. Semangat kerjasama tanpa mengira kaum akan

melahirkan hubungan yang erat dan harmoni. Walaupun

anggota ekspedisi terdiri daripada remaja pelbagai kaum

seperti Melayu, India dan Cina, namun mereka tetap

bekerjasama melaksanakan semua tugasan agar ekspedisi itu

lancar.

2. Tindakan yang dilakukan secara terburu-buru akan

mendatangkan kesusahan. Pak Salleh menuduh Cikgu


Murad sebagai penjenayah apabila dia melihat seorang lelaki

yang wajahnya mirip Cikgu Murad di dalam hutan. Akibatnya,

beberapa orang kampung yang terpengaruh oleh kata-kata

Pak Salleh turut menuduh Cikgu Murad sebagai penjenayah.

Keadaan lebih buruk apabila Cikgu Murad ditahan oleh polis.

Namun akhirnya, Cikgu Murad telah dibebaskan kerana dia

tidak bersalah.

3. Semangat cinta akan keamanan dan benci akan

kejahatan. Pak Salleh segera melaporkan peristiwa dia

ternampak akan jongkong emas di sebuah pondok di dalam

hutan kepada polis. Pasukan polis yang bertindak

berdasarkan maklumat itu dapat menemukan semua

jongkong emas kepunyaan Eddie Jar yang dirompak dari

gudangnya di lapangan terbang semula.

4. Kebesaran kuasa Ilahi yang mencipta alam semesta.

Semua anggota ekspedisi yang mempercayai kewujudan Allah

S.W.T mengakui keagungan Allah mencipta alam yang indah

ini apabila mereka sampai di puncak gunung. Hal ini demikian

kerana dari puncak gunung mereka dapat melihat

pemandangan alam semula jadi yang sungguh indah.

5. Ketaatan kepada Allah dengan melaksanakan

suruhannya setiap masa. Para anggota ekspedisi yang

beragama Islam tetap melakukan solat walaupun mereka

berada di dalam hutan.


WATAK DAN PERWATAKAN

1. Watak utama dalam novel ini ialah Hadi

2. Watak sampingannya termasuklah Cikgu Murad, Pak Salleh,

Pak Musa, dan Mak Jamilah.

HADI
1. Anak tunggal kepada pasangan Pak Salleh dan Mak Jamilah.

2. Belajar di tingkatan 5 dan akan mengambil peperiksaan SPM

tidak berapa lama lagi.

3. Suka duduk melamun atau berkhayal. Buktinya, ketika dia

duduk di bangku berhampiran dengan tangga, dia berkhayal

tentang pengalamannya menyertai ekspedisi ke Gunung Itik.

4. Mudah berubah fikiran. Contohnya, pada mulanya Hadi

mengatakan bahawa dia tidak dapat menyertai ekspedisi

kerana dilarang oleh ayahnya. Namun begitu, apabila

mendengar pengalaman Cikgu Murad berekspedisi, dia

membuat keputusan untuk menyertai ekspedisi itu.

5. Dia juga berani. Hal ini terbukti apabila Hadi sanggup

meredah hutan dan terdedah kepada bahaya apabila

menyertai ekspedisi.

6. Hadi juga ringan tulang. Contohnya apabila Mak Jamilah

menyuruh Hadi membasuh cawan yang kotor, tanpa banyak

dalih, Hadi mencuci cawan itu. Malahan dia juga menyapu

lantai.

7. Hadi mudah meminta maaf. Buktinya, apabila dia ditegur oleh

Pak Musa kerana bercakap celupar di dalam hutan, Hadi

segera meminta maaf.

CIKGU MURAD
1. Bertugas sebagai pendidik di sekolah tempat Hadi belajar.

Berkelulusan Universiti Utara Malaysia.

2. Memiliki wajah yang hampir sama dengan wajah seorang

perompak emas.

3. Merupakan guru yang sentiasa rajin menjalankan tugasnya.

4. Melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan. Banyak

menabur jasa kepada masyarakat.

5. Amat menggemari aktiviti lasak. Buktinya, beliau suka

mendaki gunung. Beliau mengajak pelajarnya mendaki

Gunung Itik.

6. Beliau juga seorang yang pemaaf. Hal ini terbukti apabila dia

memaafkan Pak Salleh yang telah menuduhnya sebagai

perompak kerana Pak Salleh pernah terserempak dengan

perompak yang memiliki wajah seperti Cikgu Murad.

7. Cikgu Murad seorang yang tabah. Beliau tetap tabah

menghadapi tuduhan bahawa dirinya penjenayah sehingga

ditahan di lokap polis.

Pak Salleh

Bapa Hadi, suami Mak Jamilah, pemburu yang berpengalaman,

mahir dalam bertukang,berani, gigih cepat marah, dan mudah salah

sangka.
Mak Jamilah

Emak Hadi, isteri Pak Salleh,penyayang, rajin, dan

bertanggungjawab.

Pak Musa

Pesara pengawai perhutanan, berpegalaman dengan keadaan di

dalam hutan, berani, bertanggungjawab, dan suka menolong orang.

Tauke Eddie Jar

Tauke emas, mengenang budi, baik hati, dan berhemah tinggi.


Kampung Dataran - Pak Salleh dan Mak Jamilah berhijrah ke .1

kampung ini. Mereka membuka tanah hutan untuk dijadikan tapak

.rumah dan kebun. Kampung ini terletak berhampiran dengan hutan

Rumah Pak Salleh - rumah yang menggunakan kayu daripada .2

hutan dibina oleh Pak Salleh sendiri. Setelah mendapat hadiah wang

daripada Eddie Jar, Pak Salleh memasang pagar elektronik dan siren

.di rumahnya

Bilik tingkatan - di bilik ini Cikgu Murad menceritakan .3

pengalamannya mendaki Gunung Itik dan menunjukkan gambar-

gambar semasa dia menyertai ekspedisi ke Gunung Itik suatu ketika

.dahulu

Bilik guru - tempat Hadi bertemu dengan Cikgu Murad. Hadi .4

yang pada mulanya menarik diri daripada menyertai ekspedisi ke

Gunung Itik telah menyatakan keinginannya untuk menyertai

.ekspedisi itu semula walaupun dilarang oleh ayahnya

Kawasan hutan - di sinilah Hadi dan rakan-rakannya menyertai .5

.ekspedisi ke Gunung Itik

Pondok di puncak gunung - di pondok ini Pak Salleh .6


.menjumpai bongkah emas milk Eddie Jar
1. Dalam bahagian eksposisi atau permulaan, pengarang

memperkenalkan watak utama, Hadi yang tidak dibenarkan

menyertai ekspedisi oleh ayahnya, Pak Salleh.

2. Dalam bahagian perkembangan, digambarkan beberapa

konflik yang dihadapi oleh watak-watak dalam cerita ini.

Umpamanya, konflik Hadi dan ayahnya, Pak Salleh. Pak Salleh

tidak membenarkan Hadi menyertai ekspedisi. Di bahagian ini

juga digambarkan konflik antara Pak Salleh dengan Cikgu

Murad. Pak Salleh membenci Cikgu Murad dan selalu

mendakwa Cikgu Murad sebagai penjenayah. Konflik itu

semakin menjadi rumit apabila Pak Salleh membuat laporan

polis dan Cikgu Murad ditahan polis.

3. Pada bahagian klimaks atau puncak cerita,

segala konflik yang wujud menemukan

penyelesaian. Pihak polis mendapati Cikgu

Murad tidak bersalah apabila penjenayah

sebenar yang mempunyai wajah seperti Cikgu Murad

ditangkap.

4. Pada bahagian peleraian, Pak Salleh yang terkeliru dengan

dua orang berwajah sama telah meminta maaf kepada Cikgu

Murad. Cikgu Murad memaafkan Pak Salleh. Rumah Pak Salleh

dikunjungi orang kampung apabila kisah Pak Salleh membantu

pihak polis menangkap penjenayah disiarkan di akhbar.


DIKSI

1. Pemilihan kata oleh pengarang bersesuaian dengan cerita yang

mengisahkan suatu ekspedisi di dalam hutan. Antara kata yang

digunakan termasuklah sungai, bukit, gunung, berkhemah, tasik,

unggun api dan kicauan burung.

2. Pengarang turut menggunakan beberapa kata bahasa Inggeris

seperti steady, stop, math, zero eight hundred dan very good.
3. Selain itu, terdapat juga penggunaan bahasa Arab seperti Insya-

Allah, assalamualaikum, nauzubillahiminzalik dan alhamdulillah.

AYAT

1. Ayat pendek.

Cth:

-Sepi tiba-tiba.

-Dia akur.

2. Ayat panjang.

Perihal Pak Musa, Cikgu Murad dan ahli-ahli ekspedisi ternampak

seorang lelaki mendaki lereng dan kemudiannya berpatah semula

ke belukar tebal yang membaluti tebing tasik semasa mereka

dalam perjalanan hendak mendaki gunung, menggugat keunggulan

pendiriannya menuduh Cikgu Murad sebagai penjenayah berbahaya

selama ini. [ hal. 167 ]

3. Peribahasa

a. Bukan sekadar buah hati dan pengarang jantung mereka,

dirinya juga tangkai nyawa Pak Salleh dan Mak Jamilah.

b. Dia mati akal jadinya.


c. Hendak dikatakan ayahnya ada saham berlot-lot sebelum ini,

jauh panggang dari api.

4. Penggunaan Pantun

Nyiur gading puncak mahligai,

Sayang ketupat berisi inti,

Hancur daging tulang berkecai,

Belum kudapat belum kuberhenti. (hal. 173)

5. Personifikasi

Tanda-tanda tabir malam akan diangkat pancaran matahari

yang bakal menjenguk kian ketara kini.

6. Inversi

Sepi tiba-tiba (sepatutnya: Tiba-tiba sepi)


1. Kasih Sayang : Pak Salleh dan Mak Jamilah

sayang akan anak tunggal mereka, Hadi. Oleh

itu, mereka berusaha memberikan sepenuh

kasih sayang dan memenuhi kehendak Hadi.

2. Sabar : Cikgu Murad senantiasa bersabar

walaupun dia difitnah atau dituduh sebagai penjenayah oleh

Pak Salleh.

3. Kerjasama : Semua anggota ekspedisi senantiasa

bekerjasama dalam perjalanan ke puncak Gunung Itik.

4. Berani : Hadi dan rakan-rakannya berani kerana sanggup

berhadapan dengan pelbagai bahaya ketika menyertai

ekspedisi.

5. Dedikasi : Cikgu Murad merupakan guru yang bekerja

dengan penuh iltizam. Dia begitu bersungguh-sungguh

melibatkan diri dalam kegiatan masyarakat juga.

6. Hormat kepada orang tua : Hadi sangat menghormati

orang tua. Dia tidak meninggikan suara ketika bercakap

dengan orang tua.


7. Mengakui kesalahan : Pak Salleh segera meminta maaf

kepada Cikgu Murad apabila menuduh Cikgu Murad sebagai

penjenayah.

8. Pemaaf atau tidak berdendam. Walaupun Pak Salleh

menuduh Cikgu Murad sebagai ketua penjenayah, Cikgu

Murad tetap bersedia memaafkan Pak Salleh apabila Pak

Salleh meminta maaf kepadanya.

9. Gigih. Pak Salleh begitu gigih membuka kawasan hutan untuk

dijadikan tapak rumah dan kebun ketika baru sampai di

Kampung Dataran

PENGAJARAN

Secara ringkasnya terdapat beberapa pengajaran yang dapat


dipetik menerusi novel ini. Antaranya ialah :

a. Kita mesti gigih.

b. Kita mesti hormat akan ketua.

c. Kita hendaklah bekerjasama setiap masa


agar mudah mencapai cita-cita.

d. Kita hendaklah mengenang jasa seseorang.

e. Kita jangan mudah berprasangka atau terburu-buru membuat


tuduhan.

f. Mesti patuh akan arahan ketua.

g. Umat Islam hendaklah menunaikan solat walau di mana mereka


berada.

h. Hormat dan menurut arahan orang tua.

i. Orang ramai hendaklah membantu polis membanteras kegiatan


jenayah.

j. Meminta maaf atas kesalahan yang kita lakukan.

You might also like