P. 1
kegiatan ekonomi

kegiatan ekonomi

4.88

|Views: 12,275|Likes:
Published by asterprincess

More info:

Published by: asterprincess on Jun 06, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/18/2015

pdf

text

original

PERBANDINGAN JENIS-JENIS KEGIATAN EKONOMI DI KAWASAN BAYAN LEPAS DENGAN KAWASAN DI NEGARA JEPUN

Bayan Lepas adalah kawasan perindustrian yang penting di Pulau Pinang dan negara Malaysia. Selain itu, Bayan Lepas juga merupakan kawasan Zon Perdagangan Bebas. Kawasan Bayan Lepas mempunyai pelbagai jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh penduduk di sekitarnya. Antara jenis kegiatan ekonomi yang banyak terdapat di kawasan ini adalah kegiatan perindustrian.

Terdapat sebanyak 251 kilang beroperasi di kawasan ini. Saya telah membuat analisa dan mengambil 6 jenis kilang yang menghasilkan produk elektrik, elektronik, bahan kimia, mesin dan fabrik.

Jenis kilang

Jenis produk

Jumlah 76 9 48 10 35 11

Elektronik dan Elektrikal Microcip, litar komputer dan Chemicals / Fertilizers Automation Machinery & Percision Tooing Barangan Plastik Fabricated Metal Pulpa dan Kertas barangan elektrik Bahan kimia dan baja kimia Jentera dan mesin berat Alatan plastik Besi tempa, dawai Kertas dan papan lapis

Bilangan Jenis Kilang Yang Beroperasi di Sekitar Bayan Lepas
80 70 60 50 Jumlah 40 30 20 10 0 Jenis Kilang Pulpa dan Kertas Elektronik dan Elektrikal Chemicals / Fertilizers Automation Machinery & Percision Tooing Barangan Plastik Fabricated Metal

Jepun merupakan sebuah Negara perindustrian yang paling maju di dunia. Sektor perindustrian di Jepun menghasilkan pelbagai barangan dan produk antaranya barangan kejuruteraan permotoran dan jentera, mesin berteknologi tinggi, kapal-kapal penumpang, bahan kimia, elektrik dan sebagainya.

Menerusi kaedah rujukan internet dan buku rujukan, saya merumuskan bahawa kawasan perindustrian di Jepun dapat dilihat dalam jadual di bawah.

Kawasan Perindustrian Kawasan perindustrian Keihin

Jenis Industi Besi dan keluli, membina dan membaiki kapal, bahan kimia, tekstil, makanan dan

Kawasan perindustrian Hanshin

kejututeraan elektrik Tekstil, kejuruteraan, besi dan keluli, petro kimia, sutera dan kain

Kawasan perindustrian Kitakyushu

Kapal, besi dan keluli, kejuruteraan elektrik, bahan kmia dan makanan

Kawasan perindustrian Chukyo

Kain kapas dan sutera, bahan kimia, kereta dan makanan minuman

PERBANDINGAN SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI DI KAWASAN BAYAN LEPAS DENGAN KAWASAN DI NEGARA JEPUN

 Menberikan Peluang Pekerjaan

Dengan adanya kegiatan perindustrian, kewangan, pendidikan, perdagangan serta pengangkutan di kedua-dua kawasan kajian telah membuka banyak peluang pekerjaan seperti pengurus, akuantan, jurutera, kerani, operator pengeluaran, guru, pegawai bank, tukang masak, pemandu lori, jurujual serta banyak lagi jenis pekerjaan. Kedua-dua kawasan kajian telah memberikan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan mahupun pekerja asing. Contoh, di Bayan Lepas perindustrian memberi peluang pekerjaan dalam bidang Industri kepada 101, 110 penduduk (unit pembangunan ekonomi). Di Jepun, 60% penduduk terlibat dalam bidang industri.

 Meningkatkan Taraf Hidup Penduduk

Kegiatan-kegiatan ekonomi yang terdapat di kawasan kajian sememangnya telah dapat meningkatkan taraf hidup penduduk di sekitar kawasan ini. Dengan adanya pekerjaan, maka kuasa beli penduduk juga telah meningkat. Ini dapat dilihat dengan wujudnya pasar raya besar seperti Giant, Jusco, Quens Bay dan lain-lain di kawasan ini. Penduduk di kedua-dua kawasan kajian juga mampu menikmati taraf hidup yang lebih selesa bersama keluarga. Kawasan petempatan yang banyak dimajukan memberi ruang hidup yang

sempurna. Demikian juga negara Jepun yang menikmati hidup rakyat negara maju kesan dari perindustrian.  Meningkatkan Infrastuktur

Pembangunan kegiatan ekonomi di kedua-dua kawasan kajian didapati telah memberi sumbangan terhadap peningkatan infrastruktur seperti kemudahan pengangkutan dan perhubungan, kemudahan elektrik dan air, sekolah-sekolah, masjid, dewan orang ramai, balai polis dan sebagainya. Jalan pengangkutan di kawasan perindustrian dengan berkembangnya sektor perindustrian, tahap teknologi dikedua-dua kawasan kajian juga telah berkembang dengan pesatnya dibina secara terancang dan moden bagi kemudahan perkilangan sekaligus penduduk dapat menikmatinya. Negara Jepun mempunyai rangkaian pengangkutan dan perhubungan yang moden dan canggih. Contohnya sistem kereta api di Jepun yang moden dan laju seperti penggunaan Bullet Train.

PERBANDINGAN KESAN-KESAN KEGIATAN EKONOMI DI KAWASAN BAYAN LEPAS DENGAN KAWASAN DI NEGARA JEPUN

 Kesan-Kesan Kegiatan Ekonomi Di Kawasan Bayan Lepas

Pembangunan yang semakin pesat dalam bidang kegiatan ekonomi telah membawa beberapa kesan yang negatif terhadap alam sekitar di kawasan ini. Saya telah menjalankan kaedah soal selidik dengan memberikan borang soal selidik kepada 20 orang responden yang tinggal berdekatan. Daripada hasil dapatan, saya telah mengenalpasti beberapa kesan negatif kegiatan-kegiatan ekonomi ini terhadap alam sekitar. Ianya dapat dilihat dalam jadual dan carta pai di bawah. Jenis Pencemaran Sampah sarap Pencemaran udara Pencemaran air Perubahan pandang darat Kesan rumah hijau Hujan asid Bilangan Responden 18 16 12 8 6 14

Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar Di Kawasan Bayan Lepas

19% 8%

24%

Sampah sarap Pencemaran udara Pencemaran air Perubahan pandang darat Kesan rumah hijau

11% 16%

22%

Hujan asid

Melalui pemerhatian saya telah mendapati bahawa kegiatan ekonomi seperti aktiviti perdagangan di Bayan Lepas telah menyebabkan longgokan-longgokan sampah sarap seperti kertas, plastik, botol dan aluminium. Aktiviti perkilangan juga didapati menimbunkan bahan-bahan buangan kilang mereka di sekitar kawasan tersebut.

Pencemaran udara di kawasan Bayan Lepas banyak berpunca daripada asap kenderaan bermotor, asap daripada kilang, bahan kimia, dan butiran halus seperti debu yang dilepaskan ke udara. Ruang udara tercemar dengan gas karbon dioksida dan karbon monoksida.

Pencemaran air berlaku di laut terutama yang berlaku di pinggir laut di sekitar kawasan Bayan Lepas. Persisiran pinggir pantai di kawasan ini didapati agak keruh dan terdapat kilang-kilang di pantai itu yang membuang sisa kilang mereka terus ke dalam laut. Terdapat juga longkang-longkang yang tersumbat dan kotor kesan dari pembuangan sampah dari kilang.  Kesan-kesan Kegiatan Ekonomi Di Negara Jepun

Sebagai sebuah negara perindustrian yang paling maju, negara Jepun juga tidak terlepas daridapa memberi kesan terhadap alam sekitar. Antara kesan-kesan yang dihadapi oleh negara Jepun termasuk masalah pencemaran, kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon, hujan asid masalah kepupusan sumber.

Menurut satu laporan di dalam sebuah laman web, ada dinyatakan suatu kesan yang dahsyat telah menimpa penduduk Jepun telah membuang sisa toksik ke dalam laut dan telah mencemarkan ikan di laut tersebut yang menjadi sumber protein. Akhirnya penduduk sekitar kawasan tersebut telah menerima kesan seperti kecacatan dalam kelahiran serta keguguran bayi.

PERBANDINGAN LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN KEGIATAN EKONOMI DI KAWASAN BAYAN LEPAS DENGAN KAWASAN DI NEGARA JEPUN

 Kitar Semula

Kitar semula merupakan aktiviti menggunakan atau memproses semula bahan-bahan yang telah digunakan. Terdapat banyak jenis bahan buangan daripada aktiviti ekonomi di sekitar kawasan Bayan Lepas ini boleh dikitar semla mahupun diproses dan dijadikan barangan baru.

Antara barang yang boleh dikitar semula ialah kertas, botol kaca, plastik, serta barangan alumunium yang dibuang daripada kilang-kilang mahupun kedai-kedai yang beroperasi di sekitar kawasan ini. Barangan seperti kertas, kaca dan alumunium boleh juga diproses menjadi barang baru ini dapat memaksimunkan pengunaan barangan tersebut serta dapat menjimatkan sumber. Agensi yang terlibat dengan kitar semula seperti Malaysia Newsprint Industry Sdn Bhd dan Alam Flora Sdn Bhd.

 Penguatkuasaan Undang-Undang

Kerajaan Malaysia telah mengubal pelbagai undang-undang untuk melindungi alam sekitar antaranya adalah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Ianya merupakan

perundangan secara menyeluruh tentang alam sekitar. Akta ini telah menetapkan bahawa segala aktiviti yang berpotensi menjejaskan alam sekitar harus dikawal dan dibendung.

Di negara Jepun, Undang-undang Kualiti Air dan Undang-undang Kawalan Buangan Industri 1958 telah diwartakan untuk mengawal keselamatan dan kualiti air. Terdapat juga Undang-undang Asas Bagi Kawalan Pencemaran Alam Sekitar 1983 serta Undangundang Sungai 1964 yang memberi penekanan kepada pembangunan sumber air dan empangan.

 Kempen Menjaga Alam Sekitar

Antara aktiviti lain yang boleh dijalankan untuk mengurangkan kesan negatif aktiviti ekonomi di kawasan Bayan Lepas ini adalah dengan mengadakan kempen. Para pekilang, usahawan, peniaga serta orang ramai mesti digalakkan supaya lebih berwaspada tentang kesan-kesan amalan mereka terhadap alam sekitar. Jabatan Alam Sekitar memainkan peranan yang besar dalam menjalankan kempen dan pendidikan alam sekitar.

Kempen alam sekitar ini boleh dijalankan melalui aktiviti ceramah, pameran, kem kesedaran, bengkel alam sekitar, serta kempen melalui media cetak atau elektronik. Dengan adanya kempen-kempen seumpama ini diharapkan dapat membuka mata

masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar khususnya yang mereka terlibat secara langsung dalam kegiatan ekonomi yang berpotensi mencemarkan alam sekitar.

 Rawatan Air di Jepun

Dengan teknologi yang canggih, sebanyak 53 juta metrik padu sisa air boleh dirawat sehari di Jepun. Air yang dirawat digunakan semula sebagai air siraman membasuh dan tandas dan industri. Jepun juga mengamalkan rawatan air secara biologi dan ozonisasi untuk mengeluarkan bauran rasa yang tidak diingini daripada air terpakai.

 Pembersihan Tasik di Jepun

Langkah-langkah pembersihan tasik dilaksanakan melalui Pengurusan Lembangan Saliran. Kerja-kerja ini termasuklah membersihkan air tasik dan meneutrakan keasidannya, mengawal pembiakan rumpai dalam tasik, mengorek dasar tasik bagi mengurangkan pemendapan seperti di Tasik Kasumigaura dan Tasik Kemayama.

 Perundangan

Undang-undang Kawalan Kualiti Air dan Undang-undang Kawalan Buangan Industri 1958 di wartakan untuk mengawal keselamatan dan kualiti bekalan air. Enakmen dan

undang-undang ini, pembangunan lestari, iaitu pembangunan pesat dengan kualiti alam sekitar di pelihara dapat dilaksanakan dengan berkesan di Jepun.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->