You are on page 1of 5

Sekolah Kebangsaan kayan,

Sitiawan, Perak.
Minit Mesyuarat Kurikulum
Bil 1/2010

TARIKH : 29 Disember 2009


HARI : Selasa
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : Bilik Mesyuarat

KEHADIRAN:

1. Pn Rudiah binti Abas Guru Besar (Penasihat)


2. En. Mohd. Zahid bin Zainuddin GK Kurikulum (Pengerusi )
3. Pn. Zalina binti. Zakaria GK HEM
4. En. Saidin bin Mahmud GK Koku
5. En. Mazni bin Othman (Setiausaha)
6. Pn. Juriah binti Adris
7. Pn. Mimi Farizianawaty binti Ariffin
8. Pn. Hanafiah binti Hussin
9. Pn. Nor Azlina binti Othman
10. Pn. Nor Mazidah binti Musman
11. En. Mohd. Zaidi bin Mohd. Rashid
12. En. Haris bin Husin
13. Pn. Salina binti Ibrahim
14. Pn. Hasnah binti Saad
15. Pn. Wan Aishah binti Wan Yusoff
16. Cik Noor Irwani binti Ismail
17. Cik Rafidah binti Hashim

BIL AGENDA
1. Ucapan Pengerusi (En. Mohd Zahid b. Zainuddin)
1.1 Bacaan Ummul Kitab
1.2 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua ahli mesyuarat.
1.3 Harapan pengerusi agar semua panitia pelajaran bergerak cergas bagi menjana
perkembangan akademik murid-murid.
1.4 Semua ajk dapat bincang masalah pelajaran murid-murid dalam P&P dan adakan
program-program bagi menyelesaikan masalah tersebut.
1.5 Pengerusi memaklumkan beberapa perubahan pada Buku Takwin 2010
Tindakan
Makluman semua guru

2. Ucapan Penasihat (Guru Besar)


2.1 Penasihat memaklumkan hari Sabtu 2 Januari 2010, Program Orentasi Tahun 1
dan Pendaftaran Prasekolah akan diadakan dan semua guru mesti hadir.
Tindakan
Semua guru
2.2 Buku Ringkasan mengajar hendaklah dilengkapkan dan diserah pada Guru Besar
pada 15 Januari 2010. Bahagian impak hendaklah dicatat dengan pen dakwat
merah dan ditulis bilangan bukannya peratus.
Tindakan
Semua guru
2.3 Perhimpunan rasmi hari Isnin, guru bertugas bersedia sepenuhnya dengan PA
System, radio dan bendera.
2.4 Penasihat juga menegaskan pada tahun 2010 akan datang SK Kayan akan lebih
memfokuskan kepada Kurikulum dan Visi SK Kayan ialah SK Kayan terbilang
menjelang 2010.
Tindakan
Makluman semua guru

3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu

2.1 En. Mazni bin Othman membentangkan minit mesyuarat kurikulum yang lalu.
2.2 En. Saidin bin Mahmud mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu diterima
dan disahkan dan disokong oleh Pn. Juriah binti Adris.

4. Perkara Berbangkit
3.1 Tiada

5. Lantikan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.


4.1 Guru Besar menyerahkan surat lantikan sebagai Ketua Panitia Mata Pelajaran
kepada semua ketua panitia dan beliau menegaskan yang surat lantikan itu boleh
digunakan jika guru ingin memohon kursus atau kenaikan paangkat.
Tindakan
Makluman
5. Dasar Kurikulum
5.1 Pengerusi mesyuarat memohon agar guru peka dan prihatin terhadap pekeliling-
pekeliling ikhtisas terkini yang berkaitan dengan kurikulum.
5.2 Semua pekeliling berkaitan program dan dasar kerajaan perlulah difahami
terutamanya yang berkaitan dengan PPSMI, KIA2M, Penulisan Ringkasan
Mengajar, Garis Panduan Menghukum murid dan sebagainya.
Tindakan
Maklman
6. Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran
6.1 Setiap panitia mestilah mempunyai fail menyimpan semua Huraian Sukatan
Pelajaran dan Rancangan Pelajaran Tahunan daripada Prasekolah hingga Tahun 6
Tindakan
SU/Ketua Panitia
6.2 Beliau juga berharap panitia membuat pendua HSP dan RP dan disimpan di bilik
PK Pentadbiran.
Tindakan
Ketua Panitia
6.3 Bagi panitia yang kekurangan HSP bolehlah meminjam dari sekolah berdekatan
atau memuat turun dari internet di laman web Kementerian Pelajaran atau Pusat
Perkembangan Kurikulum.
Tindakan
Semua guru
7. Persedian Rekod Mengajar
7.1 Pengerusi mesyuarat berharap agar guru-guru melengkapkan maklumat di dalam
Buku Rekod Pengajaran secepat yang boleh. Buku Rekod Pengajaran juga perlu
diserahkan pada hari Jumaat setiap minggu bermula minggu pertama.
7.2 Ringkasan Pengajaran juga perlu di buat mulai hari pertama persekolahan kerana
P&P akan berjalan mulai hari pertama.
7.3 Guru Besar juga menegaskan yang guru mesti menulis diruangan yang betul
seperti Tahun di ruang kiri diikuti dengan Tajuk, Objektif, Kemahiran, Aktiviti
dan yang berkaitan dengan subjek. Ketua Panitia maklumkan dalam mesyuarat
paniti tentang penulisan RPH yang betul dan selaras.
7.4 Bahagian catatan dan impak tulis dengan pen dakwat merah.
Tindakan
Semua guru

8. Pengajaran dan Pembelajaran


8.1 Pengerusi mesyuarat memaklumkan yang P&P akan berjalan seperti biasa pada
hari pertama persekolahan
8.2 Guru juga perlu menghabiskan Sukatan Pelajaran jika gagal berbuat demikian
boleh dikenakan denda sehingga RM 5000.00.
Tindakan
Semua guru
8.3 Buku Aktiviti SPBT dan Buku Teks SPBT wajib digunakan.
Tindakan
Semua guru
9. Penilaian dan Peperiksaan
9.1 Guru Besar menegaskan yang perkara ini amat penting bagi setiap panitia. Beliau
juga mengedarkan edaran tentang kaedah pengiraan GPC/GPMP/GPK/GPS
9.2 Ujian bulanan boleh dijalankan dalam perbagai bentuk ianya untuk mengukur
pencapaian, dan menguji kefahaman murid.
9.3 Guru juga perlu menerapkan nilai-nilai murni dalam P&P dan juga pemulihan
dan pengayaan perlu dilaksanakan didalam kelas.
Tindakan
Semua guru
9.4 Guru Besar juga mau memperkukuhkan Program Nilam bagi meningkatkan
pencapaian murid dalam peperiksaan.
9.5 En Haris mencadangkan kita menjemput panel penilai NILAM datang
memberikan panduan program Nilam ini kerana sekolah kita tiada wakil dalam
anugerah Nilam.
9.6 Guru Besar meminta Guru Cemerlang merancang satu program bagi
meningkatkan tahap pembacaan murid dan menjadikan buku sebagai bahan P&P.
Tindakan
Semua guru

10. Program Peningkatan Akademik Tahun 1 - 6


10.1 Pengerusi membentangkan Program Peningkatan Akademik yang akan
dilaksanakan sepanjang tahun dari Tahun 1 hingga Tahun 6 antaranya ialah:
10.1.1 Peningkatan UPSR
10.1.2 REACT (Refined Examination Assessment Coordinet Training)
10.1.3 PEARLS (Pedogogy Enhancement And Reinforcement Learning
Strategies)
10.1.4 WAJA
10.1.5 JUSA
10.1.6 MODUL GALUS
10.1.7 LINUS Literasi Numerasi – Kohot pertama Tahun 1 2010)
10.1.8 PROTIM (Maths tahun 4,5 dan 6)
10.1.9 GPS (Aplikasi Geometer Sketch Pad )
10.1.10 ATS (Answer To Score)
10.1.11 AMA (Abakus & Arimetik Mental (Tahun 1,2 dan 3)
10.1.12 ICTL (Yahun 1,2,3,4,dan 5)
10.1.13 Program ‘First Steps 2nd Edition’
Tindakan
Makluman semua guru
10.2 Selain itu setiap panitia juga perlu merangcang program bagi memantapkan
pencapaian panitia masing-masing. Ianya boleh dibincang dalam mesyuarat
panitia kali pertama.
Tindakan
Semua guru/Panitia
11. Analisis Peperiksaan UPSR & Target UPSR 2010
11.1 En Haris bin Hussin menerangkan tentang cara menyediakan Headcount dan
meminta guru-guru membuat pengiraan.
11.2 Beliau juga mengedarkan analisis pepriksaan PKSR 2 2009 bagi Tahun 5.
Beliau menjelaskan maksud dan istilah khusus dalam Headcount dan TOV
seperti M, TM, TOV, OTR, AR dan ETR.
11.3 Beliau menerangkan pengiraan GPS, GPK dan GPMP dan semua guru membuat
amali menyediakan Headcount.
11.4 Sasaran UPSR 2010 5A ialah 5 orang.
11.5 En Mohd Zaidi menjelaskan yang sasaran boleh ditambah lagi kepada 7 orang
berdasarkan pelajar Tahun 6 sekarang.
11.6 En Haris menjelaskan pada tahun ini setiap pelajar akan membuat graf palang
menunjukkan prestasi mereka sepanjang tahun.
Tindakan
semua guru

12. Pemantauan
12.1 Guru Besar menegaskan yang pemantauan akan mengikut jadual yang
ditetapkan.
12.2 Pemantauan ini bertujuan untuk membimbing dan bukan untuk mencari
kesilapan guru.
Tindakan
Semua guru

13. Teknologi Maklumat dan Komunikasi


13.1 Guru Besar melahirkan rasa syukur kerana SK Kayan mendapat seorang FT
Pembantu Teknik Komputer yang boleh bekerja dan cepat bertindak.
Tindakan
Makluman semua guru
13.2 Pengerusi meminta guru Penyelaras Makmal Komputer menyediakan jadual
penggunaan makmal secepat yang boleh.
Tindakan
En Mazni
14. Anggaran Perbelanjaan Panitia
14.1 Guru Besar memaklumkan yang peruntukan bagi 2010 belum sampai tetapi guru
oleh membuat pesanan peralatan untuk panitia dengan mengisi borang dan
dihantarkan kepada beliau. Beliau akan membuat pembelian dahulu.
14.2 Guru Besar juga meminta agar Ketua Panitia memeriksa barang yang sampai,
ambil LO dan masukkan senarai barang tersebut dalam buku stok.
Tindakan
Semua Ketua Panitia
15. Hal-hal Lain.
15.1 Pengerusi meminta semua guru memastikan setiap pelajar menulis dalam buku
tulis Hari, Tarikh dan Tajuk pelajaran setiap hari. Bagi latihan yang banyak guru
boleh menyuruh murid bertukar buku dan menyemak jawapan rakan mereka dan
guru menurunkan tanda tangan.
15.2 Pengerusi juga memaklumkan yang jadual akan digunapakai mulai 4 Januari
2010 dan akan digunakan untuk 1 minggu percubaan, Jika tiada pertembungan
dan masalah, jadual boleh dipakai terus.

Tindakan
Semua guru
16. Ucapan Penangguhan
16.1 Pengerusi berharap selepas ini setiap panitia akan menjalankan mesyuarat kali
pertama secepat yang boleh. Beliau menangguhkan mesyuarat pada jam 11.30
pagi

Disediakan oleh: Disemak oleh:

........................................... ..................................................

(MAZNI BIN OTHMAN)


Setiausaha Kurikulum Sekolah
SK Kayan Sitiawan Perak
2010

You might also like