You are on page 1of 9

BAB 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

MAKSUD EKONOMI
Ekonomi ialah ilmu mengkaji bagaimana manusia menggunakan sumber ekonomi
yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.

Kata Kunci:
- sumber ekonomi yang terhad
- kehendak manusia yang tidak terhad

Sumber Ekonomi / Faktor Pengeluaran


1. Terdiri daripada buruh, tanah, modal, dan usahawan. **(BTMU)
2. Buruh – manusia yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam proses
pengeluaran barang dan perkhidmatan.
3. Tanah – sumber semula jadi yang terdapat di bumi dan di lautan.
4. Modal – alat ciptaan manusia yang digunakan untuk melicinkan proses
pengeluaran.
5. Usahawan – individu yang menggabungkan sumber-sumber ekonomi untuk
mengeluarkan barang dan perkhidmatan.

** BTMU hanya untuk memudahkan ingatan, jangan tulis BTMU dalam


peperiksaan. Sila tuliskan buruh. tanah, modal, dan usahawan.

Kata Kunci:
1. Buruh – tenaga fizikal dan mental
2. Tanah – sumber semulajadi
3. Modal – alat ciptaan manusia
4. Usahawan – menggabungkan sumber-sumber ekonomi

Kehendak Manusia
Keinginan manusia untuk memiliki barang dan perkhidmatan.

1
UNIT EKONOMI / PELAKU EKONOMI
1. Terdiri daripada isi rumah, firma, dan kerajaan.
2. Isi rumah – individu, sekumpulan individu ataupun sekeluarga yang tinggal
bersama dan membuat keputusan ekonomi bersama.
3. Firma – organisasi yang merancang penggunaan sumber ekonomi yang terhad
untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
4. Kerajaan – pemerintah sesebuah negara.

Kata Kunci:
1. Isi rumah – tinggal bersama – membuat keputusan ekonomi bersama
2. Firma – merancang penggunaan sumber ekonomi – keluarkan barang dan
perkhidmatan
3. Kerajaan - pemerintah

MASALAH EKONOMI
1. Terdiri daripada kekurangan, pilihan, kos lepas.
2. Masalah kekurangan berlaku disebabkan sumber ekonomi yang terhad manakala
kehendak manusia tidak terhad.
3. Manusia terpaksa membuat pilihan.
4. Pilihan kedua terbaik yang tepaksa dilepaskan menjadi kos lepas.

Isi Rumah Firma Kerajaan


Kekurangan Pendapatan Sumber ekonomi Pendapatan negara
Pilihan Memaksimumkan Memaksimumkan Memaksimumkan
kepuasan keuntungan kebajikan
masyarakat
Kos Lepas Barang dan Keluaran / Output Projek
perkhidmatan kedua terbaik yang pembangunan
kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan kedua terbaik yang
terpaksa dilepaskan terpaksa dilepaskan

JENIS BARANG
1. Terdiri daripada barang percuma, barang awam dan barang ekonomi.

2
2. Boleh dibandingkan dari segi berikut:

Ciri-ciri Barang Percuma Barang Awam Barang Ekonomi


Pengeluar Tuhan / Semulajadi Kerajaan Firma / Swasta
Penawaran Tidak Terhad Terhad Terhad
Kos Lepas Tidak Wujud Wujud Wujud
Bayaran Tidak Perlu Tidak Perlu Perlu
Pengecualian Tidak Ada Tidak Ada Ada
Contoh Air Hujan, Udara, Stesen Bas, Lampu Baju, Kereta, Pen,
Cahaya Matahari Jalan, Jalan Raya Telefon Bimbit

MASALAH ASAS EKONOMI


1. Apa yang hendak dikeluarkan
- Penentuan jenis barang yang hendak dikeluarkan
- Diselesaikan berdasarkan permintaan pasaran
2. Berapa yang hendak dikeluarkan
- Penentuan kuantiti barang yang hendak dikeluarkan
- Diselesaikan berdasarkan permintaan pasaran
3. Bagaimana hendak dikeluarkan
- Penentuan kaedah / teknik pengeluaran (intensif buruh atau intensif modal)
- Ditentukan berdasarkan kos minimum atau kecekapan maksimum
4. Untuk siapa hendak dikeluarkan
- Penentuan sasaran pengguna / corak agihan barang dan
perkhidmatan
- Diselesaikan berdasarkan corak agihan pendapatan / kuasa beli masyarakat

3
CIRI-CIRI SISTEM EKONOMI

Ciri-ciri Kapitalis Perancangan Pusat Campuran Islam


Milikan Sumber Isi rumah dan firma bebas Kerajaan sahaja yang Isi rumah dan firma bebas Tuhan memiliki sumber.
memiliki sumber. memiliki sumber. memiliki sumber dengan Manusia menjadi
kawalan undang-undang pemegang amanah sahaja.
kerajaan.

Pilihan Isi rumah dan firma bebas Kerajaan sahaja yang Isi rumah dan firma bebas Isi rumah dan firma bebas
membuat pilihan. membuat pilihan. membuat pilihan dengan membuat pilihan yang
kawalan undang-undang halal dengan kawalan
kerajaan. hukum syarak oleh
kerajaan.

Pembuat Keputusan Isi rumah dan firma bebas Kerajaan sahaja yang Isi rumah dan firma bebas Isi rumah dan firma bebas
membuat keputusan. membuat keputusan. membuat keputusan membuat keputusan yang
dengan kawalan undang- halal dengan kawalan
undang kerajaan. hukum syarak oleh
kerajaan.

Penentuan Harga Harga ditentukan oleh Kerajaan sahaja yang Harga ditentukan oleh Harga ditentukan oleh
mekanisme harga. menentukan harga. mekanisme harga dengan mekanisme harga dengan

4
kawalan undang-undang kawalan hukum syarak
kerajaan. oleh kerajaan.

Persaingan Isi rumah dan firma bebas Tidak wujud persaingan. Isi rumah dan firma bebas Isi rumah dan firma bebas
bersaing. bersaing dengan kawalan bersaing secara adil dan
undang-undang kerajaan. saksama dengan kawalan
hukum syarak oleh
kerajaan.

Motif Isi rumah bermotifkan Kerajaan bermotifkan Isi rumah bermotifkan Mendapat keredhaan
kepuasan maksimum. kebajikan masyarakat kepuasan maksimum. Tuhan di dunia dan di
Firma bermotifkan maksimum. Firma bermotifkan akhirat.
keuntungan maksimum. keuntungan maksimum.
Kerajaan bermotifkan
kebajikan masyarakat
maksimum.

PENYELESAIAN MASALAH ASAS EKONOMI OLEH SISTEM EKONOMI

Masalah Asas Ekonomi Kapitalis Perancangan Pusat Campuran Islam


Apa yang hendak - pengeluar bebas - kerajaan menentukan - pengeluar bebas - pengeluar bebas

5
dikeluarkan menentukan jenis barang dan menentukan menentukan
pengeluaran barang perkhidmatan yang pengeluaran barang pengeluaran barang
dan perkhidmatan dikeluarkan. dan perkhidmatan dan perkhidmatan yang
mengikut kuasa mengikut kuasa halal.
permintaan pasaran. permintaan pasaran. - kerajaan mengeluarkan
- kerajaan mengeluarkan barang awam yang
barang awam yang tidak dikeluarkan oleh
tidak dikeluarkan oleh swasta.
swasta.

Berapa yang hendak - diselesaikan melalui - kerajaan menentukan - diselesaikan melalui - diselesaikan melalui
dikeluarkan mekanisme harga. kuantiti barang dan mekanisme harga. mekanisme harga.
perkhidmatan yang - kerajaan menyediakan - kerajaan menyediakan
hendak dikeluarkan barang dan barang dan
bergantung kepada perkhidamtan yang perkhidamtan yang
keperluan masyarakat. tidak cukup di pasaran. tidak cukup di pasaran.

Bagaimana hendak - pengeluar bebas - kaedah pengeluaran - pengeluar bebas - pengeluar bebas
keluarkan memilih teknik yang paling cekap memilih teknik memilih teknik
pengeluaran sama ada untuk mengelakkan pengeluaran sama ada pengeluaran sama ada
intensif buruh atau pembaziran dan intensif buruh atau intensif buruh atau

6
intensif modal yang meningkatkan intensif modal yang intensif modal yang
mana paling cekap dan kebajikan masyarakat. mana paling cekap dan mana paling cekap.
meminimumkan kos - biasanya intensif buruh meminimumkan kos - kerajaan campur
untuk dipilih untuk untuk tangan untuk
memaksimumkan mengurangkan kadar memaksimumkan memastikan pengeluar
keuntungan. pengangguran. keuntungan. tidak mengabaikan
kesan luaran negatif.

Untuk siapa dikeluarkan - diselesaikan melalui - barang dan - diselesaikan melalui - diselesaikan melalui
corak agihan perkhidmatan corak agihan corak agihan
pendapatan / kuasa beli diagihkan secara pendapatan / kuasa beli pendapatan.
masyarakat. samarata kepada masyarakat. - melalui sistem zakat,
- kebajikan masyarakat rakyat. - kerajaan menyediakan golongan kaya akan
tidak diutamakan. - biasanya sistem catuan barang awam untuk membantu golongan
akan digunakan. semua lapisan miskin.
masyarakat. - kerajaan juga
menyediakan barang
awam untuk semua
lapisan masyarakat.

7
KEBAIKAN SISTEM EKONOMI KAPITALIS

1. Pilihan yang banyak


Pengguna bebas memilih barang dan perkhidmatan yang dikehendaki. Pengeluar pula
bebas mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang diminta oleh pengguna. Maka
pengguna mempunyai banyak pilihan.

2. Daya usaha dan kadar kecekapan yang tinggi


Firma bermotifkan keuntungan maksimum. Jadi penggunaan sumber akan menjadi
cekap untuk mengelakkan pembaziran. Ini menyebabkan daya usaha dan kadar
kecekpan menjadi tinggi.

3. Kemajuan teknologi
Untuk memaksimumkan untung, firma akan meningkatkan inovasi teknologi supaya
kos pengeluaran diminimumkan. Ini akan menggalakkan kemajuan teknologi.

KELEMAHAN SISTEM EKONOMI KAPITALIS

1. Kebajikan sosial diabaikan


Agihan barang dan perkhidmatan hanya untuk golongan berpendapatan tinggi sahaja.
Golongan berpendapatan rendah tidak dapat menikmati barang dan perkhidmatan
yang baik dan cukup.

2. Barang awam tidak disediakan


Tidak ada campur tangan menyebabkan barang awam tidak disediakan. Barang-
barang yang menguntungkan sahaja disediakan.

3. Wujud kos sosial


Untuk memaksimumkan keuntungan, firma tidak mengambil kira kesan negatif yang
akan wujud. Contohnya pencemaran.

4. Agihan pendapatan yang tidak setara


Golongan berpendapatan tinggi menikmati banyak barang dan perkhidmatan.
Manakala golongan berpendapatan rendah tidak mampu menikmati banyak barang
dan perkhidmatan.

8
KEBAIKAN SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT

1. Mengutamakan kebajikan masyarakat


Kerajaan bermotifkan kebajikan masyarakat maksimum. Kerajaan hanya akan
mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat.

2. Peruntukan sumber ekonomi yang lebih cekap


Peruntukan sumber ekonomi akan dirancang sebelum sesuatu projek dijalankan. Ini
dapat meminimumkan kos sosial yang mungkin berlaku.

3. Agihan pendapatan yang lebih adil


Semua barang dan perkhidmatan diagihkan secara sama rata. Ini menyebabkan jurang
pendapatan tidak ada atau sangat kecil.

KELEMAHAN SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT

1. Masyarakat tidak mempunyai kebebasan


Semua pilihan dan keputusan dibuat oleh kerajaan. Masyarakat tidak ada kebebasan
untuk membuat apa-apa pilihan dan keputusan.

2. Tingkat kecekapan yang rendah


Disebabkan tidak wujud persaingan, perkembangan teknologi amat rendah
menyebabkan produktiviti juga rendah.

3. Mewujudkan birokrasi
Semua keputusan ekonomi dibuat oleh kerajaan. Ini menimbulkan masalah
ketidakcekapan, pembaziran sumber dan kelewatan melaksanakan projek kerana
wujudnya birokrasi yang bertingkat-tingkat.

You might also like