P. 1
Sejarah Penubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia

Sejarah Penubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia

|Views: 6,008|Likes:
secara rinkas mengenai penubuhan bsmm
secara rinkas mengenai penubuhan bsmm

More info:

Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/22/2013

pdf

text

original

Sejarah Penubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia

TARIKH 1948 1950 1952 1953 1957

4 Julai 1963

24 Ogos 1963

1965

21 Ogos 1975

4 September 1975

25 Mac 2007 27 Jun 2007

PERISTIWA Kolonial British menubuhkan cawangan bagi Persatuan Palang Merah British di Sabah dan Sarawak. Penubuhan cawangan pertama tersebut bagi negara ini telah dilakukan selepas kunjungan Kolonel Stevenson ke Sandakan, Sabah. British membuka lebih banyak cawangan di Semenanjung Tanah Melayu pula bermula dengan Cawangan Pulau Pinang. Pembukaan cawangan di negeri Perak, Selangor, Melaka, Johor, Terengganu dan Pahang. Lebih banyak cawangan dibuka. Semasa Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, cawangan-cawangan di Semenanjung telah dikelolakan sebagai Federation of Malaya Red Cross Society yang kemudiannya diperbadankan mengikut peruntukan Akta Federation of Malaya Red Cross Society (Incorporation) 1962. Federation of Malaya Red Cross Society telah menerima pengiktirafan rasmi daripada International Committee of the Red Cross (ICRC) sebagai pertubuhan nasional yang bebas. Berikutan dengan itu, Federation of Malaya Red Cross Society telah diperakui sebagai ahli dalam International League of Red Cross and Red Crescent Societies. Selepas pembentukan negara Malaysia pada tahun 1963, akta untuk menubuhkan Federation of Malaya Red Cross Society beserta dengan cawangan-cawangannya di Sabah dan Sarawak di bawah nama Persatuan Palang Merah Malaysia telah diluluskan oleh Parlimen melalui peruntukan Akta Malaysian Red Cross Society (Incorporation) 1965 (Akta 47). Akta Malaysian Red Cross Society (Change of Name) 1975 (Akta 162) yang telah diluluskan oleh Parlimen mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong pada ketika itu. Akta tersebut telah diwartakan dan secara rasminya Persatuan Palang Merah Malaysia bertukar namanya kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM). Mesyuarat Majlis PBSMM kali ke-116 telah memutuskan penjenamaan semula bagi PBSMM yang melibatkan pertukaran nama kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Surat Pekeliling dikeluarkan dan diedarkan kepada semua cawangan bagi memaklumkan penukaran nama tersebut.

Berdasarkan rekod pada 8 Mei 2004, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) telah mempunyai 15 cawangan dan 148 chapter dengan keanggotaan seramai 290,832 ahli.

BULAN SABIT MERAH
Bulan Sabit Merah Di Malaysia Giat Berjasa Untuk Negara Tidak Kira Kaum Dan Agama Waktu Aman Atau Bahaya

Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia Membantu Semua Yang Menderita Badan Sukarela Berkhidmat Dengan Tabah Dan Bersemangat Di Mana Jua Adanya Sengsara Di Sana Ada Kita Di Darat Dan Laut Kita Bersedia Walaupun Diancam Bahaya

Lirik : Dato’ Dol Ramli Lagu : Dato’ Johari Salleh Lagu “Bulan Sabit Merah” untuk pertama kalinya telah dimainkan pada tahun 1975 dalam satu majlis sempena penukaran nama persatuan dari Pertubuhan Palang Merah Malaysia (Malaysian Red Cross Society) kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Malaysian Red Crescent Society).

Kini, berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) kali ke116 pada 25 Mac 2007, persatuan ini lagi sekali melalui penjenamaan semula dan dinamakan sebagai Bulan Sabit Merah Malaysia (Malaysian Red Crescent) atau secara ringkasnya disebut BSMM.

7 PRINSIP ASAS

Kemanusiaan (Humanity) Kesaksamaan (Impartiality) Berkecuali (Neutrality) Kebebasan (Independence) Sukarela (Voluntary Service) Bersatu (Unity) Kesejagatan (Universality)

Teknik Ikatan Dan Simpulan
DIkirim oleh BSMMcUiTM di Selasa, 6 November 2007 Ikatan & Simpulan juga perlu dipelajari oleh anggota-anggota BSMM c UiTM. Selain daripada mempelajari kaedah ikatan bagi kain anduh, jenis-jenis ikatan asas lain juga perlu diketahui terutamanya apabila melibatkan latihan perkhemahan dan ikhtiar hidup atau operasi menyelamat. Anda dinasihatkan menyediakan terlebih dahulu

sekurang-kurangnya 2 utas tali yang sesuai dengan panjangnya kira-kira 1 depa sebelum melayari laman ini.
IKATAN BUKU SILA

Ikatan Buku Sila digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh; menyambung tali yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarang ikatan. Ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.
IKATAN BUNGA KETI

Ikatan Bunga Keti digunakan bagi menyambungkan tali yang tidak sama besar saiznya. Contohnya bagi menyambungkan tali perahu dengan tali kapal.
IKATAN BUNGA KETI BERGANDA

Ikatan Bunga Keti Berganda juga digunakan untuk menyambung dua tali yang tidak sama besar saiznya dan dapat digunakan dengan lebih selamat.
IKATAN SIMPUL PULIH

Ikatan Simpul Pulih digunakan bagi memendekkan tali yang panjang tanpa perlu memotongnya. Ia juga digunakan untuk menguatkan bahagian tali yang tidak kukuh.
SIMPULAN PENGAIL (Fisherman’s Knot)

Simpulan pengail digunakan untuk menyambung dua utas tali yang licin atau menyambung tali pada mata. Jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja menyelamat kerana gegelung yang dibuat tidak mudah tergelongsor.
SIMPULAN TINDIH KASIH

Simpulan Tindih Kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau mengikat leher binatang supaya tidak terjerut. Jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja menyelamat seperti menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai.
IKATAN SIMPUL MANOK (Clove Hitch)

Ikatan Simpul Manok biasanya digunakan sebagai permulaan ikatan ketika mula mengikat pada kayu atau sebagainya
IKATAN SIMPUL BELIT / LILIT 2 SIMPUL

Ikatan Simpul Belit digunakan untuk mematikan ikatan ke pokok, tiang atau ke pacang setelah mengikatnya. Kaedah ini memudahkan kepanjangan tali diubah-ubah, tali mudah dibuka semula dan tidak mudah tanggal ikatannya.

IKATAN BUNGKUSAN - Ada lagi 40 JENIS IKATAN

Teknik Menangani Mangsa Tercekik

Rawatan Kecemasan Tercekik Bagi Dewasa Rawatan Kecemasan Tercekik Bagi Kanak-Kanak
Rawatan kecemasan bagi kanak-kanak yang tercekik (Umur 1 – 8 tahun):
• • • •

Pastikan kanak-kanak tersebut boleh berkata-kata atau batuk. Lakukan tujahan di perut dengan menggunakan kaedah Heimlich Manoeuvre seperti video di atas berulang-kali sehingga bendasing itu terkeluar. Tekanan di dada boleh dilakukan sekiranya kanak-kanak itu berbadan besar sepertimana kaedah bagi perempuan yang mengandung. Jika kanak-kanak itu tiba-tiba pengsan, segera lakukan CPR. Periksa bendasing di kerongkong atau mulutnya dan elakkan mengorek-ngorek dengan jari. Alihkan bendasing hanya sekiranya kelihatan.

Teknik CPR Bagi Bayi & Kanak-Kanak

Teknik CPR Bagi Bayi
KETERANGAN CPR UNTUK BAYI (KURANG 1 TAHUN):
• • • • • •

Jerit dan tepuk bahu bayi dengan perlahan. Sekiranya tiada tindakbalas, pastikan posisi bayi dalam keadaan terlentang. Buka salur pernafasan dengan teknik dongakkan kepala dan angkat dagunya. Jangan dongakkan kepala terlalu jauh. Beri 2 hembusan sekiranya tiada pernafasan. Tutup mulut dan hidung bayi sekaligus dengan mulut kita dan hembus dengan kadar 1.5 hingga 2 saat pada setiap hembusan. Sentiasa periksa dada bayi untuk melihat sebarang pergerakan pada setiap bantuan pernafasan yang diberikan. Posisikan 2 jari di tengah-tengah dada dan ½ inci ke bawah putingnya. Kemudian, beri 30 tekanan sedalam antara ½ ke 1 inci pada kadar 100 kali seminit. Ulangi dengan 2 hembusan nafas dan 30 tekanan. Selepas 1 minit (ulangan 1 pusingan), hubungi ambulans (999 atau 991) dan teruskan dengan teknik hembusan dan tekanan di dada.

Rawatan Kecemasan Tercekik Bagi Bayi
Rawatan kecemasan bagi bayi yang tercekik dan dalam keadaan sedar (Umur tidak lebih 1 tahun):

• • • • •

Pastikan bayi tersebut boleh menangis atau batuk. Jika tiada tindakbalas, beri 5 tepukan di belakang. Kemudian beri 5 tekanan di dada. Ulangi 5 tepukan di belakang dan 5 tekanan di dada. Jika bayi itu tiba-tiba pengsan, segera lakukan CPR. Periksa bendasing di kerongkong atau mulutnya dan elakkan mengorek-ngorek dengan jari. Alihkan bendasing hanya sekiranya kelihatan.

Teknik CPR Bagi Kanak-Kanak KETERANGAN CPR BAGI KANAK-KANAK (1 – 8 TAHUN): CPR untuk kanak-kanak adalah sama seperti melakukan CPR bagi orang dewasa. Walau bagaimanapun, terdapat 3 perbezaan dalam langkah melakukannya:
• • •

Jika hanya anda berdua dengan kanak-kanak tersebut, lakukan CPR terlebih dahulu selama 2 minit sebelum menghubungi ambulans. Gunakan tumit salah satu tapak tangan untuk melakukan tekanan di dadanya. Berikan tekanan sedalam 1 hingga 1½ inci.

Langkah asas melakukan CPR untuk kanak-kanak (Umur 1 – 8 tahun):
• • •

Pastikan tindakbalas pesakit. Dongakkan kepalanya. Kemudian lihat, dengar dan rasai pernafasannya. Jika tidak bernafas, beri bantuan pernafasan sebanyak 2 hembusan. Jika tiada tanda-tanda pesakit mula bernafas, batuk atau bergerak, mulakan tekanan di dada sedalam 1½ hingga 2 inci sebanyak 30 kali di antara 2 puting dadanya. Tekan pada kadar 100 kali seminit. Teruskan dengan 2 hembusan pernafasan dan 30 kali tekanan di dada sehingga bantuan tiba.

Manual Pengurusan Bencana
DIkirim oleh BSMMcUiTM di Khamis, 18 Oktober 2007 Pengurusan Bencana adalah siri aktiviti yang kompleks melibatkan penilaian tahap risiko, langkah pencegahan, persediaan dalam menangani situasi bencana pada masa akan datang, tindakbalas kecemasan, penambahbaikan, pemerolehan, penyembuhan dan pemulihan.

Menitikberatkan persediaan bencana dalam pembangunan komuniti boleh mengurangkan impak terhadap bencana yang akan dialami terutamanya kepada mereka yang tinggal dalam kawasan yang mudah ditimpa bencana di samping purata sara hidup keluarga yang rendah. Tindakbalas terhadap kecemasan sewaktu bencana secara amnya adalah seperti berikut:
• • •

• • • • • • • •

Operasi Mencari dan Menyelamat – mencari dan menyelamat mangsa bencana Penilaian Tahap Keperluan – memastikan apa yang diperlukan, berapa kuantitinya dan kepada siapa perlu diberikan Kesihatan – menyediakan keperluan perubatan, mencegah dari wabak penyakit, menyediakan air dan makanan yang bersih dan selamat, pelupusan sampah dan pengebumian mangsa-mangsa yang meninggal dunia. Keperluan Asas – mendapatkan dan mengagihkan makanan, khemah dan pakaian Jantina – memahami peranan lelaki dan wanita dalam keluarga dan komuniti untuk mengenalpasti keperluan dan memastikan pengagihan sumber yang lebih adil Sara Hidup dan Ekonomi – membantu mangsa dalam membaikpulih kehidupan mereka Sokongan Emosi – Kaunseling dan menyatukan keluarga yang terpisah semasa bencana Logistik – pengangkutan awam dan peralatan Kewangan – mendapatkan dan mengagihkan sumber kewangan Komunikasi – liputan media, maklumat kepada keluarga mangsa dan pengumpulan dana atau bekalan Infrastruktur – membaikpulih jalan, bekalan elektrik, sambungan telefon, sambungan paip-paip air dan sistem pelupusan sampah

Berikut adalah Manual Latihan Persediaan Bencana. Manual ini mengandungi kaedah atau tatacara dalam pengurusan pasukan, pengendalian kerja, penyediaan tempat, peralatan dan tenaga sokongan serta persiapan diri sewaktu menghadapi bencana. Manual ini adalah manual am bagi menghadapi bencana antarabangsa. Walaubagaimana pun, ia boleh diadaptasikan bagi menangani bencana dalam negara seperti banjir, ribut, kebakaran, tanah atau bangunan runtuh ataupun tsunami. Manual ini dirangka dalam 9 modul latihan: 1. Modul 1 – Pengenalan Kepada Persediaan Bencana 2. Modul 2 – Rancangan Persediaan 3. Modul 3 – Rancangan Projek

4. 5. 6. 7. 8. 9.

Modul 4 – Pengurangan Risiko Modul 5 – Meningkatkan Kesedaran Bencana Dalam Komuniti Modul 6 – Penilaian Terhadap Keperluan Kecemasan Bencana Modul 7 – Maklumat Dan Laporan Program Bencana Modul 8 – Kemajuan Koordinasi Modul 9 – Kemajuan Latihan Kemahiran Asas

Selain daripada itu, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia juga menyediakan manual Pelan Tindakan Menghadapi Banjir dan Pendidikan Kesihatan Semasa Banjir sebagai garis panduan dalam menghadapi bencana banjir negara.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->