You are on page 1of 18

Bab 2: Pemikiran Dan Gaya Pembelajaran

2.1 Konsep Pemikiran


2.1.1 Pengertian

Pemikiran adalah satu proses mental bagi memperoleh pengetahuan dan


pemahaman dengan tujuan menyelesaikan masalah.
Ia melibatkan penerimaan dan pemahaman rangsangan dalaman dan luaran,
pembentukan konsep, pentafsiran, dan penghasilan gerak balas yang sesuai.
Menurut V.R. Ruggiero, 1984, pemikiran ialah satu proses mental yang
digunakan untuk membentuk/menyelesaikan masalah dan kemudiannya
membuat keputusan demi memenuhi keinginan mendapatkan jawapan.
Menurut Beyer, 1981, pemikiran pula ialah satu operasi mental terhadap input
deria, dan menggunakan maklumat dalam ingatan untuk membuat
penyesuaian dan asimilasi yang bertujuan untuk membentuk/memahami
sesuatu konsep.
Ia juga boleh ditakrifkan sebagai satu kebolehan/keupayaan otak dalam
pelbagai kemahiran berfikir.
Pemikiran juga merupakan satu proses bagaimana otak kanan manusia
berfikir secara kreatif dan bahagian otak kiri berfikir secara kritis.
Sebagai rumusan, pemikiran ialah satu usaha oleh otak manusia untuk
mencari maklumat dan mencapai keputusan yang paling wajar.

Input Memproses Output

Apakah perkara- Bagaimana Jawapan-


perkara yang kita kita memikirkannya ? jawapan yang
difikirkan? (Operasi) diperoleh.
(Kandungan) (Hasil)

Rajah 1: Konsep pemikiran

1
2.1.1 Jenis-jenis Pemikiran

Terdapat beberapa teknik yang dapat mempertingkatkan kemahiran


berfikir seseorang pelajar, antaranya ialah:
 Mengadakan perbincangan di antara pelajar dalam suatu kumpulan
yang kecil dengan mempertimbangkan sesuatu idea/isu semasa
dari segi kebaikan dan kelemahannya.
 Menggunakan teknik penyelesaian masalah yang sesuai untuk
mencari sesuatu yang alternatif, kemungkinan/pilihan untuk
membuktikan hipotesis/mendapat suatu rumusan.
 Membimbing pelajar supaya mempertimbangkan semua faktor
dalam proses pilihan/semasa membuat suatu keputusan.
 Membimbing pelajar meneliti segala akibat (apabila melakukan
sesuatu tindakan) yang mungkin berlaku dalam jangka masa
pendek serta jangka masa panjang.
 Membimbing pelajar supaya memahami dan menentukan tujuan
dan objektif tentang sesuatu perkara dalam kajian dengan cara
yang tepat.

Pemikiran Mendatar Pemikiran Menegak

Pemikiran Konvergen Jenis-jenis Pemikiran Kritis


pemikiran

Pemikiran Divergen Pemikiran Kreatif

Rajah 2: Jenis-jenis pemikiran

2
2.1.2 Jenis –Jenis Konsep Kendiri
2.1.2.1 Pemikiran Mendatar/ Pemikiran Lateral

 Pemikiran Mendatar ialah keupayaan untuk menjana idea-idea bercapah


daripada pelbagai penyelesaian bagi sesuatu masalah
 Pemikiran ini melibatkan proses pemikiran ‘luar kotak’ (out of a box) di
mana penyelesaian kepada masalah diperoleh daripada sumber-sumber
yang tidak sama dan tidak berkaitan.
 Kepentingan pemikiran mendatar ialah sesuatu masalah perlu dilihat
daripada perspektif- perspektif yang berlainan supaya ia mudah
diselesaikan.
 Oleh itu, dalam pemikiran ini seseorang guru harus menggalakkan murid
untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan mencari jalan
penyelesaian berdasarkan perspektif yang berlainan.
 Penggunaan pemikiran lateral di dalam bilik darjah akan menggalakkan
proses pemikiran kreatif di kalangan murid apabila idea baru dijanakan.
 Guru mesti mengajar murid-murid untuk melihat alternatif-alternatif yang
berbeza dan bukan alternatif tradisional sahaja dalam penyelesaian
sesuatu masalah.
 De Bono mengatakan bahawa terdapat 4 langkah penting dalam
pemikiran lateral, iaitu:
i. Mengenal pasti idea-idea dominan utama dalam masalah yang
dihadapi.
ii. Melihat sesuatu masalah daripada sudut-sudut yang berlainan.
iii. Melonggarkan cara pemikiran yang terkawal.
iv. Menggunakan idea-idea yang diberikan oleh orang lain.

2.1.2.2 Pemikiran Menegak/ Pemikiran Vertical

3
 Pemikiran Menengak merujuk kepada keupayaan menjana satu
idea/penyelesaian kepada suatu masalah serta membuat penerokaan ke
atasnya secara lebih mendalam dan terperinci.
 Menurut Dr. Edward De Bono, pemikiran ini menggunakan proses-proses
akal yang tradisional untuk mengatasi sesuatu masalah.
 Pemikiran ini membolehkan kita mempertimbangkan hubungan antara
sesuatu situasi/idea yang membantu kita untuk memahaminya dengan
lebih baik dan menggunakan idea itu dalam situasi tertentu secara
berkesan.
 Pemikiran ini juga dikenali sebagai pemikiran logik kerana ia
menggunakan satu urutan langkah-langkah yang sistematik untuk
menyelesaikan sesuatu masalah.
 Guru harus menggalakkan para murid menyelesaikan sebarang masalah
yang dihadapi dengan pemikiran menegak melalui satu set soalan seperti
berikut:
i. Apakah masalah yang dihadapi?
ii. Apakah alternatif-alternatif yang terdapat?
iii. Apakah kebaikan dan keburukan setiap alternatif tersebut?
iv. Apakah pilihan-pilihan jalan penyelesaiannya?
v. Adakah jalan penyelesaian yang dipilih itu efektif atau tudak?

Jadual 1: Perbezaan di antara Pemikiran Menegak dengan Pemikiran Mendatar


Pemikiran Menegak Pemikiran Lateral
Mencari pendekatan yang betul Mencari pendekatan sebanyak yang
mungkin
Menekankan kebenaran idea Menekankan kekayaan
Sedia ada tuju hala Membentuk tuju hala
Mengikut kronologi Tidak tersusun
Setiap langkah mesti betul Tidak tersusun
Menggunakan unsur negatif untuk menghalang idea-idea Tidak ada unsur negatif
tertentu
Menolak semua yang tidak releven Menerima sebarang pendapat
Membuat analisis terhadap sesuatu idea Tidak banyak penerokaan

2.1.2.3 Pemikiran Kritis/ Pemikiran Kritikal/Pemikiran Reflektif

4
 Pemikiran Kritis didefinisikan sebagai satu penerokaan yang bertujuan
mengkaji situasi, fenomena, persoalan/masalah untuk menghasilkan
rumusan yang merangkumi semua maklumat yang ada.
 Secara ringkasnya, ada mungkin juga berpendapat bahawa pemikiran
kritis adalah penggunaan kemahiran intelektual untuk menilai dan
mempertimbangkan sesuatu situasi.
 Pemikiran ini melibatkan penyusunan kembali konsep-konsep dengan
tujuan menilai sesuatu objek/situasi.
 Beberapa aktiviti boleh dijalankan untuk membina dalam diri murid supaya
berfikiran kritis:
i. Menyusun sesuatu mengikut keutamaan
ii. Mengenal pasti kepentingan pada bahan yang dibaca oleh mereka
iii. Menentukan akibat/kesan (walaupun tidak dinyatakan)
iv. Menentukan kesan
v. Membuat kesimpulan
vi. Membuat perbandingan
vii. Membuat rumusan dan penilaian
 Selain itu, pemikiran kritis merangkumi perkara-perkara
berikut:
i. Kefahaman untuk menghujah
ii. Usaha mengumpul maklumat
iii. Pertimbangan tentang kebaikan dan kelemahan
iv. Usaha mengetepikan makna yang kabur dan
kesimpulan yang tidak munasabah
 Dengan kata lain, pemikiran kritis mendorong seseorang menguji
kebenaran sesuatu perkara/masalah agar tidak membentuk kesimpulan yang
salah.
 Tahap pemikiran murid-murid boleh ditentukan oleh guru dengan
penggunaan jenis-jenis soalan yang sesuai.

Jadual 2 Penentuan Tahap Pemikiran

5
Aras Jenis Pemikiran Contoh
Pengetahuan Murid mengingat kembali fakta Bilakah…
Namakan…
Siapakah…
Di manakah…
Kefahaman Murid memahami sesuatu Terangkan…
situasi/fenomena Huraikan…
Bandingkan…
Jelaskan…
Penggunaan Murid menggunakan fakta/hukum untuk ABC ialah sebuah segitiga. Cari
menyelesaikan masalah nilainya.

Analisis Murid memecahkan sesuatu peristiwa/ Golongkan benda-benda kepada


kejadian kepada bahagian-bahagian benda hidup dan benda bukan hidup
kecil
agar dapat memahami keseluruhan
situasi.
Sintesis Murid membuat rumusan tentang bahan- 1. Apakah yang akan terjadi sekiranya
bahan yang telah dipecah-pecahkan. Perang Dunia Ke-3 tercetus?
2. Bagaimanakah anda sebagai
pelajar
berusaha ke arah kecemerlangan?
Penilaian Murid menilai sesuatu berdasarkan Sekiranya anda seorang pelabur,
kriteria-kriteria tertentu. kawasan perindustrian manakah yang
akan anda pilih, Pasir
Gudang/Tampoi-Larkin?

2.1.2.4 Pemikiran Kreatif

 Pemikiran Kreatif ialah sesuatu pemikiran imaginatif untuk memproses


maklumat yang menghasilkan sesuatu baru dan asli yang belum difikirkan
oleh orang lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
 Seseorang guru yang cekap harus menjanakan pemikiran kreatif di
kalangan murid-murid dengan memberikan peneguhan positif dalam
bentuk ganjaran dan hadiah apabila murid-murid dapat melahirkan idea-
idea kreatif dan unik.

6
 Guru boleh memperbanyakkan soalan terbuka dalam bilik darjah dan
menerima pelbagai jawapan yang betul asalkan ia logik dan munasabah
bagi menggalakkan pemikiran kreatif para murid.
 Guru juga harus berusaha untuk membina murid yang mempunyai ‘open
mind’ dan tidak melihat sesuatu permasalahan daripada satu aspek
sahaja.
 Beberapa kriteria yang dikaitkan dengan pemikiran kreatif adalah
ditunjukkan seperti berikut:

KELANCARAN- keupayaan menyedia-


kan gerak balas tanpa halangan.

FLEKSIBEL- tidak terbatas kepada satu


kaedah sahaja.
Ciri-ciri
Pemikiran
Kreatif
KEASLIAN- personal, unik/luar biasa.

HURAIAN- keupayaan menerang secara


terperinci.

Rajah 3: Ciri-ciri Pemikiran Kreatif

2.1.2.5 Pemikiran Divergen/ Pemikiran Bercapah

 Pemikiran Divergen kerap kali dirujuk sebagai keupayaan mencadangkan


idea-idea/penyelesaian yang berbeza terhadap masalah yang terbuka.
 Ia disifatkan oleh beberapa jawapan yang secara logik dan boleh diterima.

7
 Dalam pemikiran divergen, pengetahuan/pengalaman dan idea-idea baru
digunakan serentak untuk menyelesaikan masalah dengan memberikan
pelbagai jawapan yang mungkin.
 Kemahiran guru dalam membahagikan sebuah tajuk kepada unit-unit
yang kecil supaya murid-murid dapat menganalisis tajuk utama secara
lebih mendalam.
 Seseorang individu yang melibatkan diri dalam pemikiran ini akan
menonjolkan idea-idea yang asli.
 Jenis pemikiran seperti ini turut menggalakkan pemikiran kreatif dan lebih
sesuai digunakan dalam bidang sastera serta humanistik.
 Beberapa tajuk kendiri yang boleh dikemukakan oleh guru kepada murid
untuk menggalakkan pemikiran divergen di kalangan murid-muridnya
adalah seperti yang berikut:
i. Apakah yang menganggu saya?
ii. Apa yang saya ingin mengubah dalam hidup saya?
iii. Apakah kepercayaan, nilai dan falsafah hidup saya?
 Tajuk-tajuk pengajaran yang boleh dikemukakan oleh guru dalam
pengajarannya untuk menggalakkan pemikiran divergen pula ditunjukkan
di bawah:
i. Bagaimana anda menerangkan sesuatu?
ii. Apakah yang menyebabkan sesuatu?
iii. Apakah yang penting mengenai sesuatu?
 Maka, untuk menggalakkan pemikiran divergen, guru harus sentiasa
menggunakan soalan-soalan terbuka di dalam bilik darjah.
 Contoh: Jika seseorang diminta untuk memberi cadangan tentang
penggunaan sebatang pensel, dia berupaya menyenaraikan cadangan-
cadangan berikut:
i. Menulis dan melukis
ii. Menebuk lubang pada kertas
iii. Sebagai senjata
iv. Sebagai alat permainan

8
Contoh di atas menunjukkan bahawa seseorang berupaya memikirkan
pelbagai jawapan yang logik. Jawapan yang diberi mungkin terlalu
personal/unik berasaskan keupayaan meneroka mindanya yang kreatif.
 Guilford telah mengenal pasti 4 ciri pemikiran divergen seperti yang
ditunjukkan dalam jadual di bawah:

Jadual 3: Ciri-ciri Pemikiran Divergen

Kelikatan Mampu memberi penjelasan dengan mengemukakan banyak idea dan contoh
(Fluidity)
Kelenturan Menjana pelbagai idea dan cara bagi menyelesaikan masalah
(Flexibility)
Keaslian Mampu memikirkan idea-idea baru yang bernas dan unik
(Originality)
Terperinci Mampu menjelaskan idea-idea dengan panjang lebar dan terperinci
(Detail)

Idea
Idea
Idea Idea
Idea Idea

Rangsangan
Idea Idea
Idea Idea

Idea
Idea Idea
Idea

Rajah 4: Corak Pemikiran Divergen

9
2.1.2.6 Pemikiran Konvergen/Pemikiran Tertumpu/Pemikiran
Berpandu

 Pemikiran Konvergen merujuk kepada keupayaan memfokus ke satu arah


untuk mencari satu jawapan.
 Proses ini mengurangkan kepelbagaian jawapan kepada hanya satu
jawapan bagi sesuatu masalah yang jelas dan hanya mempunyai jawapan
yang tepat.
 Dalam pemikiran konvergen, seseorang individu mengaplikasi
pengetahuannya dan peraturan-peraturan serta prinsip-prinsip dalam
usahanya untuk mencari satu jawapan yang paling sesuai.
 Seseorang yang berfikir secara konvergen biasanya:
 berupaya menyelesaikan masalah yang memerlukan satu
penyelesaian yang betul.
 tidak suka meneka dan tidak akan mencuba menjawab sesuatu
yang tidak pasti.
 Contohnya, sesebuah bangunan baru mula retak selepas enam bulan.
Jurutera awam itu perlu mencari sebab-sebabnya. Berdasarkan
pengetahuan serta pengalamannya, jurutera perlu berusaha mencari
sebab-sebab dan membuat satu kesimpulan tentang keretakan tembok
bangunan itu. Jadi, jurutera itu dikatakan menggunakan pemikiran
konvergen.
 Murid-murid di sekolah yang menggunakan hukum-hukum dan rumus-
rumus untuk menyelesaikan masalah Matematik dan Fizik adalah
menggunakan pemikiran konvergen.
 Pemikiran ini sesuai diaplikasikan dalam mata pelajaran Sains dan
banyak diuji dalam peperiksaan awam.

10
Fakta
Fakta
Fakta Fakta
Fakta Fakta

Jawapan
Jawapan
Fakta
Fakta
Fakta
Fakta
Fakta
Fakta

Fakta
Fakta

Rajah 5: Pemikiran Konvergen

2.1.2.7 Cara-cara Guru Memupuk Daya Berfikir Murid

Guru perlu memupuk daya berfikir murid-murid dengan cara-cara yang


berikut:
a) Mengemukakan banyak soalan divergen dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P).
 Ini akan memberikan peluang kepada murid-murid untuk
memikirkan jawapan-jawapan yang ada banyak
alternatif/penyelesaian.
 Soalan-soalan divergen yang lebih sukar harus diformulasikan oleh
guru untuk murid-murid yang lebih mahir supaya mereka dapat
mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kritis dalam kerja rumah
dan tugasan harian mereka.

b) Menerapkan KBKK (Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif) dalam


langkah-langkah P&P guru.

11
 Guru mesti secara sedar menerapkan elemen KBKK dalam
langkah-langkah pengajaran yang guru merancangkan untuk
murid-muridnya.
 Guru mesti sentiasa mensimulasikan pemikiran dan minda murid-
murid dengan pelbagai aktiviti KBKK dalam pengajarannya.
Sebagai contoh, guru boleh menyuruh mereka melengkapkan
borang grafik banding beza untuk konsep-konsep yang berlainan
supaya murid-murid dapat mengembangkan kemahiran berfikir
mereka.

c) Menyediakan aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah supaya murid-murid


dapat mengaplikasikan kemahiran berfikir dengan cara-cara yang berikut:
 Mengenal pasti dan memahami masalah
 Menjelaskan masalah
 Memikirkan alternatif-alternatif penyelesaian masalah
 Membuat operasi-operasi penyelesaian
 Membuat pertimbangan kepada penyelesaian-penyelesaian yang
telah dibuat.
d) Memastikan yang tugasan dan kerja rumah yang guru memberikan
kepada murid-murid mengandungi arahan-arahan kemahiran berfikir
seperti berikut:
 Mencirikan
 Membanding dan membezakan
 Mengumpul dan mengelaskan
 Menganalisis
 Menjanakan idea
 Membuat inferens
 Menghubung kaitkan
 Meramal
 Membuat hipotesis
 Menilai

12
 Mesintesis
 Menyusun megikut keutamaan
Tugasan P&P dan kerja rumah yang merangkumi arahan-arahan seperti yang
tertera di atas dapat meningkatkan lagi daya fikiran para murid.

2.2 Gaya Pembelajaran

2.2.1 Pengertian

1. Gaya bermaksud cara. Maka gaya pembelajaran seseorang merujuk kepada


cara pembelajarannya.
2. Di bawah konteks psikologi pendidikan, gaya pembelajaran ialah cara
seseorang pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses dan
memperoleh serta memperolehi maklumat, ilmu atau pengalaman yang baru.
3. Mengikut Hunt (1981), gaya pembelajaran merujuk kepada syarat-syarat
pendidikan yang membolehkan pembelajaran paling berkesan.
4. Mengikut Peterson (1979) dan Stewart (1981), gaya pembelajaran ialah
pendekatan pengajaran yang paling digemari oleh seseorang murid.
5. Mengikut Dunn & Dunn (1981), gaya pembelajaran merujuk kepada keadaan
di mana murud belajar dengan cara yang paling optima.
6. Mengikut Entwistle (1981) pula, gaya pembelajaran merujuk kepada tingkah
laku konsisen seorang pelajar dalam cara ia belajar.
7. Mengikut Dunn, Beaudry dan Klaus (1989), gaya pembelajaran merupakan
satu set ciri-ciri peribadi yang dikembangkan secara biologi yang membuat
sesuatu cara pengajaran berkesan untuk sesetengah pelajar dan tidak
berkesan untuk yang lain.
8. Gaya pembelajaran juga merujuk kepada cara-cara bagaimana seseorang
memproses, menghayati dan mempelajari bahan pembelajaran yang baru
dan mencabar.

13
2.2.2 Jenis-Jenis Gaya Pembelajaran

1. Mengikut Dunn (2000), kebanyakan orang mempunyai cara yang unik untuk
menguasai sesuatu bahan pembelajaran yang sukar.
2. Satu lagi definisi gaya pembelajaran ialah ia merujuk kepada unsur-unsur
alam sekitar seperti bunyi, cahaya, perhiasan dalam bilik darjah yang boleh
meningkatkan lagi keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran.
3. Terdapat gaya-gaya pembelajaran yang berbeza seperti visual, audio,
taktil/kinestetik, aktivis, reflector, teoris dan pragmatis.
4. Murid yang menggunakan gaya pembelajaran visual (pandang) belajar
dengan cepat dan berkesan dengan melihat carta, graf, isyarat badan, imej-
imej dan gambar rajah serta gemar membaca pada diri sendiri.
5. Terdapat juga gaya pembelajaran seperti murid audio. Murid-murd seperti ini
suka mendengar dengan cara membaca, menyebut, mendengar kuliah dan
perbincangan.
6. Terdapat juga gaya pembelajaran murid taktil/kinestetik di mana murid-murid
belajar melalui pergerakan seperti sentuhan, merasa dan meraba secara aktif
persekitarannya.
7. Pelajar aktivis mengambil bahagian yang aktif dalam proses pembelajaran
dan menganggap pengetahuan baru sebagai milik peribadinya.
8. Reflektor berfikir dan mengkaji semula maklumat atau pengetahuan supaya
dapat disesuaikan dengan skema-skema mental yang wujud.
9. Pelajar teoris menganalisis dan mencari bukti-bukti supaya dapat membuat
generalisasi hukum atau teori.
10. Pelajar pragmatis membina semula pengalaman dan mengambil bahagian
yang aktif dalam menyelesaikan masalah.
11. Gaya pembelajaran lain ialah murid yang suka belajar dengan cara
konvergen dan divergen.
12. Murid yang suka belajar dengan cara konvergen dapat memberikan
penyelesaian kepada satu soalan tertutup dengan cepat dan tepat.

14
13. Murid yang suka belajar dengan cara divergen pula dapat memberikan
pelbagai jawapan atau alternatif kepada satu soalan terbuka.

2.2.1.1 Model Dunn & Dunn

1. Mengikut Dunn & Dunn, gaya pembelajaran adalah cara bagaimana


seorang murid memberikan fokus, memproses dan mengekalkan maklumat
yang baru dan mengekalkan maklumat yang baru dan susah.
2. Ia terdiri daripada ciri-ciri peribadi yang menyebabkan kaedah pengajaran
guru sesuai untuk setengah murid dan bukan untuk murid-murid yang lain.
3. Mengikut Dunn & Dunn, terdapat 21 elemen yang boleh mempengaruhi
gaya pembelajaran murid. Ada elemen yang biologikal dan ada juga yang
bercorak perkembangan.
4. Model ini berdasarkan beberapa prinsip-prinsip yang asas iatu:
(a) Setiap murid ada kekuatan mereka.
(b) Kebanyakan individu boleh belajar.
(c) Guru boleh membuat pengajaran secara individu.
(d) Guru harus mengajar mengikut gaya pembelajaran murid-
muridnya.
(e) Kebanyakan murid boleh memperkukuhkan gaya pembelajaran
masing-masing.
5. Mengikut Dunn & Dunn, gaya pembelajaran murid boleh berubah mengikut
masa.
6. Beberapa elemen dan stimuli yang berkaitan dalam Model Dunn & Dunn
adalah seperti berikut:
(a) Persekitaran – Elemen persekitaran terdiri daripada lampu, bunyi, suhu
dan tempat duduk. Elemen ini merujuk kepada aspek bahawa ada murid
yang memerlukan bilik berhawa dingin untuk belajar dan ada murid pula
yang perlu mendengar muzik apabila mereka belajar.
(b) Emosi – Elemen emosi terdiri daripada motivasi, tanggungjawab, daya
ketahanan, dan struktur.

15
Elemen ini merujuk kepada aspek bahawa ada murid yang
mempunyai daya ketahanan, motivasi dan tanggungjawab yang tinggi
tetapi ada pula yang mempunyai daya ketahanan yang rendah. Sebagai
contoh, ada murid yang mesti menghabiskan satu projek sebelum
memulakan yang baru. Ada murid pula dapat membuat beberapa buah
projek pada masa yang sama.
(c) Fisiologi – Elemen yang terdiri daripada gaya pembelajaran ini ialah
persepsi (audiotori, visual, dan kinestetik). Ada murid yang lebih gemar
belajar pada waktu malam dan ada yang suka belajar pada waktu pagi.
Ada murid yang lain lebih suka rangsangan audio.
(d) Sosiologi – Elemen ini merujuk bagaimana murid-murid belajar dalam
konteks sosial. Guru harus meneliti murid-muridnya dan melihat corak
pembelajaran mereka yakni adakah mereka suka belajar secara
bersendirian, atau suka belajar dengan orang dewasa atau rakan sebaya.
(e) Psikologi – Elemen ini terdiri daripada empat jenis murid iaitu reflektif,
impulsif, global dan analitik.
Murid-murid yang mempunyai gaya pembelajaran reflektif suka
membuat satu tugasan secara perlahan tetapi mereka yang mempunyai
gaya pembelajaran impulsif dapat membuat sesuatu tugasan
pembelajaran dengan cepat.
Murid-murid yang mempunyai gaya pembelajaran global ialah
murid-murid yang suka belajar dalam satu persekitaran di mana terdapat
lampu malap dan tempat duduk informal.
Sebaliknya, murid yang mempunyai gaya pembelajaran analitik
suka duduk dalam satu persekitaran yang mempunyai lampu terang dan
tempat duduk yang formal.

16
2.2.3 Implikasi Gaya Pembelajaran Ke Atas Proses Pengajaran
Dan Pembelajaran

1. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran murid yang berlainan adalah


penting supaya guru lebih sensitif kepada perbezaan-perbezaan yang wujud
antara murid.
2. Aspek gaya pembelajaran adalah penting kerana ia boleh menjadi satu
panduan kepada guru supaya mereka cipta pengalaman pembelajaran yang
sepadan dengan cara murid-muridnya belajar.
3. Jika guru dapat menyediakan satu pengalaman pembelajaran yang sejajar
dengan gaya pembelajaran murid, maka mereka dapat belajar dengan lebih
berkesan.
4. Sebaliknya, jika guru tidak dapat memadankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran murid, ia mungkin menjejaskan prestasi akademik murid.
5. Guru juga perlu mengetahui bahawa gaya pembelajaran murid berubah
dengan umur dan mereka suka bekerja dengan kumpulan yang berlainan.
Selain daripada itu, leleki dan perempuan mempunyai gaya pembelajaran
yang berlainan.
6. Mengikut kajian Dunn (2000), perempuan lebih auditori, memerlukan tempat
yang senyap dan satu persekitaran yang formal untuk belajar. Mereka juga
mempunyai motivasi intrinsik yang lebih tinggi daripada lelaki.
7. Murid-murid yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih tinggi
mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza berbanding dengan murid-
murid yang mempunyai pencapaian akademik yang rendah.
8. Satu implikasi gaya pembelajaran ialah guru harus mengetahui bagaimana
murid-muridnya menunjukkan respon yang berlawanan kepada persekitaran
pembelajaran mereka.
9. Satu lagi implikasi gaya pembelajaran ialah guru harus mengajar murid-
muridnya pelbagai teknik-teknik kemahiran belajar.
10. Guru juga mesti mengajar murud-muridnya untuk mengenal pasti gaya
pembelajaran mereka masing-masing.

17
11. Guru boleh menggunakan inventori-inventori seperti Myers-Briggs Type
Indicator (MBTI), Model Gaya Pembelajaran Kolbs dan Instrumen Herman
Brain Dominance (HBDI) untuk mengenal pasti gaya pembelajaran muridnya.
12. Guru boleh menekankan pada aktiviti-aktiviti untuk melibatkan para pelajar
dalam pengajaran dan pembelajaran.
13. Waktu pembelajaran yang terlalu lama seharusnya diselitkan dengan rehat
yang pendek. Pelajar yang mempunyai dominans otak-kanan sukar belajar
secara berterusan.

18

You might also like