You are on page 1of 11

Bab 2: Pemikiran Dan Gaya Pembelajaran

2.1 Konsep Pemikiran


2.1.1 Pengertian

Pemikiran adalah satu proses mental bagi memperoleh pengetahuan dan pemahaman dengan tujuan
menyelesaikan masalah.
Ia melibatkan penerimaan dan pemahaman rangsangan dalaman dan luaran, pembentukan konsep,
pentafsiran, dan penghasilan gerak balas yang sesuai.
Menurut V.R. Ruggiero, 1984, pemikiran ialah satu proses mental yang digunakan untuk
membentuk/menyelesaikan masalah dan kemudiannya membuat keputusan demi memenuhi
keinginan mendapatkan jawapan.
Menurut Beyer, 1981, pemikiran pula ialah satu operasi mental terhadap input deria, dan
menggunakan maklumat dalam ingatan untuk membuat penyesuaian dan asimilasi yang bertujuan
untuk membentuk/memahami sesuatu konsep.
Ia juga boleh ditakrifkan sebagai satu kebolehan/keupayaan otak dalam pelbagai kemahiran berfikir.
Pemikiran juga merupakan satu proses bagaimana otak kanan manusia berfikir secara kreatif dan
bahagian otak kiri berfikir secara kritis.
Sebagai rumusan, pemikiran ialah satu usaha oleh otak manusia untuk mencari maklumat dan
mencapai keputusan yang paling wajar.

Input Memproses Output

Apakah perkara- Bagaimana Jawapan-


perkara yang kita kita memikirkannya ? jawapan yang
difikirkan? (Operasi) diperoleh.
(Kandungan) (Hasil)

Rajah 1: Konsep pemikiran

2.1.1 Jenis-jenis Pemikiran

Terdapat beberapa teknik yang dapat mempertingkatkan kemahiran berfikir seseorang pelajar,
antaranya ialah:
 Mengadakan perbincangan di antara pelajar dalam suatu kumpulan yang kecil dengan
mempertimbangkan sesuatu idea/isu semasa dari segi kebaikan dan kelemahannya.
 Menggunakan teknik penyelesaian masalah yang sesuai untuk mencari sesuatu yang
alternatif, kemungkinan/pilihan untuk membuktikan hipotesis/mendapat suatu
rumusan.
 Membimbing pelajar supaya mempertimbangkan semua faktor dalam proses
pilihan/semasa membuat suatu keputusan.
 Membimbing pelajar meneliti segala akibat (apabila melakukan sesuatu tindakan) yang
mungkin berlaku dalam jangka masa pendek serta jangka masa panjang.
 Membimbing pelajar supaya memahami dan menentukan tujuan dan objektif tentang
sesuatu perkara dalam kajian dengan cara yang tepat.

1
Pemikiran Mendatar Pemikiran Menegak

Pemikiran Konvergen Jenis-jenis Pemikiran Kritis


pemikiran

Pemikiran Divergen Pemikiran Kreatif

Rajah 2: Jenis-jenis pemikiran

2.1.2 Jenis –Jenis Konsep Kendiri


2.1.2.1 Pemikiran Mendatar/ Pemikiran Lateral

 Pemikiran Mendatar ialah keupayaan untuk menjana idea-idea bercapah daripada pelbagai
penyelesaian bagi sesuatu masalah
 Pemikiran ini melibatkan proses pemikiran ‘luar kotak’ (out of a box) di mana penyelesaian
kepada masalah diperoleh daripada sumber-sumber yang tidak sama dan tidak berkaitan.
 Kepentingan pemikiran mendatar ialah sesuatu masalah perlu dilihat daripada perspektif-
perspektif yang berlainan supaya ia mudah diselesaikan.
 Oleh itu, dalam pemikiran ini seseorang guru harus menggalakkan murid untuk menyelesaikan
sesuatu masalah dengan mencari jalan penyelesaian berdasarkan perspektif yang berlainan.
 Penggunaan pemikiran lateral di dalam bilik darjah akan menggalakkan proses pemikiran kreatif
di kalangan murid apabila idea baru dijanakan.
 Guru mesti mengajar murid-murid untuk melihat alternatif-alternatif yang berbeza dan bukan
alternatif tradisional sahaja dalam penyelesaian sesuatu masalah.
 De Bono mengatakan bahawa terdapat 4 langkah penting dalam pemikiran lateral, iaitu:
i. Mengenal pasti idea-idea dominan utama dalam masalah yang dihadapi.
ii. Melihat sesuatu masalah daripada sudut-sudut yang berlainan.
iii. Melonggarkan cara pemikiran yang terkawal.
iv. Menggunakan idea-idea yang diberikan oleh orang lain.

2.1.2.2 Pemikiran Menegak/ Pemikiran Vertical


 Pemikiran Menengak merujuk kepada keupayaan menjana satu idea/penyelesaian kepada suatu
masalah serta membuat penerokaan ke atasnya secara lebih mendalam dan terperinci.
 Menurut Dr. Edward De Bono, pemikiran ini menggunakan proses-proses akal yang tradisional
untuk mengatasi sesuatu masalah.
 Pemikiran ini membolehkan kita mempertimbangkan hubungan antara sesuatu situasi/idea yang
membantu kita untuk memahaminya dengan lebih baik dan menggunakan idea itu dalam situasi
tertentu secara berkesan.

2
 Pemikiran ini juga dikenali sebagai pemikiran logik kerana ia menggunakan satu urutan langkah-
langkah yang sistematik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
 Guru harus menggalakkan para murid menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi dengan
pemikiran menegak melalui satu set soalan seperti berikut:
i. Apakah masalah yang dihadapi?
ii. Apakah alternatif-alternatif yang terdapat?
iii. Apakah kebaikan dan keburukan setiap alternatif tersebut?
iv. Apakah pilihan-pilihan jalan penyelesaiannya?
v. Adakah jalan penyelesaian yang dipilih itu efektif atau tudak?

Jadual 1: Perbezaan di antara Pemikiran Menegak dengan Pemikiran Mendatar


Pemikiran Menegak Pemikiran Lateral
Mencari pendekatan yang betul Mencari pendekatan sebanyak yang
mungkin
Menekankan kebenaran idea Menekankan kekayaan
Sedia ada tuju hala Membentuk tuju hala
Mengikut kronologi Tidak tersusun
Setiap langkah mesti betul Tidak tersusun
Menggunakan unsur negatif untuk menghalang idea-idea Tidak ada unsur negatif
tertentu
Menolak semua yang tidak releven Menerima sebarang pendapat
Membuat analisis terhadap sesuatu idea Tidak banyak penerokaan

2.1.2.3 Pemikiran Kritis/ Pemikiran Kritikal/Pemikiran Reflektif


 Pemikiran Kritis didefinisikan sebagai satu penerokaan yang bertujuan mengkaji situasi,
fenomena, persoalan/masalah untuk menghasilkan rumusan yang merangkumi semua maklumat
yang ada.
 Secara ringkasnya, ada mungkin juga berpendapat bahawa pemikiran kritis adalah penggunaan
kemahiran intelektual untuk menilai dan mempertimbangkan sesuatu situasi.
 Pemikiran ini melibatkan penyusunan kembali konsep-konsep dengan tujuan menilai sesuatu
objek/situasi.
 Beberapa aktiviti boleh dijalankan untuk membina dalam diri murid supaya berfikiran kritis:
i. Menyusun sesuatu mengikut keutamaan
ii. Mengenal pasti kepentingan pada bahan yang dibaca oleh mereka
iii. Menentukan akibat/kesan (walaupun tidak dinyatakan)
iv. Menentukan kesan
v. Membuat kesimpulan
vi. Membuat perbandingan
vii. Membuat rumusan dan penilaian
 Selain itu, pemikiran kritis merangkumi perkara-perkara berikut:
i. Kefahaman untuk menghujah
ii. Usaha mengumpul maklumat
iii. Pertimbangan tentang kebaikan dan kelemahan
iv. Usaha mengetepikan makna yang kabur dan kesimpulan yang tidak
munasabah

3
 Dengan kata lain, pemikiran kritis mendorong seseorang menguji kebenaran sesuatu
perkara/masalah agar tidak membentuk kesimpulan yang salah.
 Tahap pemikiran murid-murid boleh ditentukan oleh guru dengan penggunaan jenis-jenis
soalan yang sesuai.

Jadual 2 Penentuan Tahap Pemikiran


Aras Jenis Pemikiran Contoh
Pengetahuan Murid mengingat kembali fakta Bilakah…
Namakan…
Siapakah…
Di manakah…
Kefahaman Murid memahami sesuatu Terangkan…
situasi/fenomena Huraikan…
Bandingkan…
Jelaskan…
Penggunaan Murid menggunakan fakta/hukum untuk ABC ialah sebuah segitiga. Cari
menyelesaikan masalah nilainya.

Analisis Murid memecahkan sesuatu peristiwa/ Golongkan benda-benda kepada


kejadian kepada bahagian-bahagian benda hidup dan benda bukan hidup
kecil
agar dapat memahami keseluruhan
situasi.
Sintesis Murid membuat rumusan tentang 1. Apakah yang akan terjadi sekiranya
bahan-bahan yang telah dipecah- Perang Dunia Ke-3 tercetus?
pecahkan. 2. Bagaimanakah anda sebagai pelajar
berusaha ke arah kecemerlangan?
Penilaian Murid menilai sesuatu berdasarkan Sekiranya anda seorang pelabur,
kriteria-kriteria tertentu. kawasan perindustrian manakah yang
akan anda pilih, Pasir
Gudang/Tampoi-Larkin?

2.1.2.4 Pemikiran Kreatif

 Pemikiran Kreatif ialah sesuatu pemikiran imaginatif untuk memproses maklumat yang
menghasilkan sesuatu baru dan asli yang belum difikirkan oleh orang lain untuk menyelesaikan
sesuatu masalah.
 Seseorang guru yang cekap harus menjanakan pemikiran kreatif di kalangan murid-murid
dengan memberikan peneguhan positif dalam bentuk ganjaran dan hadiah apabila murid-murid
dapat melahirkan idea-idea kreatif dan unik.
 Guru boleh memperbanyakkan soalan terbuka dalam bilik darjah dan menerima pelbagai
jawapan yang betul asalkan ia logik dan munasabah bagi menggalakkan pemikiran kreatif para
murid.

4
 Guru juga harus berusaha untuk membina murid yang mempunyai ‘open mind’ dan tidak melihat
sesuatu permasalahan daripada satu aspek sahaja.
 Beberapa kriteria yang dikaitkan dengan pemikiran kreatif adalah ditunjukkan seperti berikut:

KELANCARAN- keupayaan menyedia-


kan gerak balas tanpa halangan.

FLEKSIBEL- tidak terbatas kepada satu


kaedah sahaja.
Ciri-ciri
Pemikiran
Kreatif
KEASLIAN- personal, unik/luar biasa.

HURAIAN- keupayaan menerang secara


terperinci.

Rajah 3: Ciri-ciri Pemikiran Kreatif

2.1.2.5 Pemikiran Divergen/ Pemikiran Bercapah

 Pemikiran Divergen kerap kali dirujuk sebagai keupayaan mencadangkan idea-idea/penyelesaian


yang berbeza terhadap masalah yang terbuka.
 Ia disifatkan oleh beberapa jawapan yang secara logik dan boleh diterima.
 Dalam pemikiran divergen, pengetahuan/pengalaman dan idea-idea baru digunakan serentak
untuk menyelesaikan masalah dengan memberikan pelbagai jawapan yang mungkin.
 Kemahiran guru dalam membahagikan sebuah tajuk kepada unit-unit yang kecil supaya murid-
murid dapat menganalisis tajuk utama secara lebih mendalam.
 Seseorang individu yang melibatkan diri dalam pemikiran ini akan menonjolkan idea-idea yang
asli.
 Jenis pemikiran seperti ini turut menggalakkan pemikiran kreatif dan lebih sesuai digunakan
dalam bidang sastera serta humanistik.
 Beberapa tajuk kendiri yang boleh dikemukakan oleh guru kepada murid untuk menggalakkan
pemikiran divergen di kalangan murid-muridnya adalah seperti yang berikut:
i. Apakah yang menganggu saya?
ii. Apa yang saya ingin mengubah dalam hidup saya?
iii. Apakah kepercayaan, nilai dan falsafah hidup saya?
 Tajuk-tajuk pengajaran yang boleh dikemukakan oleh guru dalam pengajarannya untuk
menggalakkan pemikiran divergen pula ditunjukkan di bawah:
i. Bagaimana anda menerangkan sesuatu?

5
ii. Apakah yang menyebabkan sesuatu?
iii. Apakah yang penting mengenai sesuatu?
 Maka, untuk menggalakkan pemikiran divergen, guru harus sentiasa menggunakan soalan-soalan
terbuka di dalam bilik darjah.
 Contoh: Jika seseorang diminta untuk memberi cadangan tentang penggunaan sebatang pensel,
dia berupaya menyenaraikan cadangan-cadangan berikut:
i. Menulis dan melukis
ii. Menebuk lubang pada kertas
iii. Sebagai senjata
iv. Sebagai alat permainan
Contoh di atas menunjukkan bahawa seseorang berupaya memikirkan pelbagai jawapan yang
logik. Jawapan yang diberi mungkin terlalu personal/unik berasaskan keupayaan meneroka
mindanya yang kreatif.
 Guilford telah mengenal pasti 4 ciri pemikiran divergen seperti yang ditunjukkan dalam jadual di
bawah:

Jadual 3: Ciri-ciri Pemikiran Divergen

Kelikatan Mampu memberi penjelasan dengan mengemukakan banyak idea dan contoh
(Fluidity)
Kelenturan Menjana pelbagai idea dan cara bagi menyelesaikan masalah
(Flexibility)
Keaslian Mampu memikirkan idea-idea baru yang bernas dan unik
(Originality)
Terperinci Mampu menjelaskan idea-idea dengan panjang lebar dan terperinci
(Detail)

Idea
Idea
Idea Idea
Idea Idea

Idea Rangsangan Idea


Idea Idea

Idea Idea
Idea Idea
Rajah 4: Corak Pemikiran Divergen

2.1.2.6 Pemikiran Konvergen/Pemikiran Tertumpu/Pemikiran Berpandu

6
 Pemikiran Konvergen merujuk kepada keupayaan memfokus ke satu arah untuk mencari satu
jawapan.
 Proses ini mengurangkan kepelbagaian jawapan kepada hanya satu jawapan bagi sesuatu
masalah yang jelas dan hanya mempunyai jawapan yang tepat.
 Dalam pemikiran konvergen, seseorang individu mengaplikasi pengetahuannya dan peraturan-
peraturan serta prinsip-prinsip dalam usahanya untuk mencari satu jawapan yang paling sesuai.
 Seseorang yang berfikir secara konvergen biasanya:
 berupaya menyelesaikan masalah yang memerlukan satu penyelesaian yang betul.
 tidak suka meneka dan tidak akan mencuba menjawab sesuatu yang tidak pasti.
 Contohnya, sesebuah bangunan baru mula retak selepas enam bulan. Jurutera awam itu perlu
mencari sebab-sebabnya. Berdasarkan pengetahuan serta pengalamannya, jurutera perlu
berusaha mencari sebab-sebab dan membuat satu kesimpulan tentang keretakan tembok
bangunan itu. Jadi, jurutera itu dikatakan menggunakan pemikiran konvergen.
 Murid-murid di sekolah yang menggunakan hukum-hukum dan rumus-rumus untuk
menyelesaikan masalah Matematik dan Fizik adalah menggunakan pemikiran konvergen.
 Pemikiran ini sesuai diaplikasikan dalam mata pelajaran Sains dan banyak diuji dalam
peperiksaan awam.

Fakta
Fakta
Fakta Fakta
Fakta Fakta
Jawapan
Jawapan
Fakta
Fakta
Fakta
Fakta Fakta
Fakta
Fakta
Fakta
Rajah 5: Pemikiran Konvergen

2.1.2.7 Cara-cara Guru Memupuk Daya Berfikir Murid

Guru perlu memupuk daya berfikir murid-murid dengan cara-cara yang berikut:
a) Mengemukakan banyak soalan divergen dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
 Ini akan memberikan peluang kepada murid-murid untuk memikirkan jawapan-jawapan
yang ada banyak alternatif/penyelesaian.
 Soalan-soalan divergen yang lebih sukar harus diformulasikan oleh guru untuk murid-
murid yang lebih mahir supaya mereka dapat mengaplikasikan kemahiran berfikir secara
kritis dalam kerja rumah dan tugasan harian mereka.

b) Menerapkan KBKK (Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif) dalam langkah-langkah P&P
guru.

7
 Guru mesti secara sedar menerapkan elemen KBKK dalam langkah-langkah pengajaran
yang guru merancangkan untuk murid-muridnya.
 Guru mesti sentiasa mensimulasikan pemikiran dan minda murid-murid dengan pelbagai
aktiviti KBKK dalam pengajarannya. Sebagai contoh, guru boleh menyuruh mereka
melengkapkan borang grafik banding beza untuk konsep-konsep yang berlainan supaya
murid-murid dapat mengembangkan kemahiran berfikir mereka.

c) Menyediakan aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah supaya murid-murid dapat mengaplikasikan


kemahiran berfikir dengan cara-cara yang berikut:
 Mengenal pasti dan memahami masalah
 Menjelaskan masalah
 Memikirkan alternatif-alternatif penyelesaian masalah
 Membuat operasi-operasi penyelesaian
 Membuat pertimbangan kepada penyelesaian-penyelesaian yang telah dibuat.
d) Memastikan yang tugasan dan kerja rumah yang guru memberikan kepada murid-murid
mengandungi arahan-arahan kemahiran berfikir seperti berikut:
 Mencirikan
 Membanding dan membezakan
 Mengumpul dan mengelaskan
 Menganalisis
 Menjanakan idea
 Membuat inferens
 Menghubung kaitkan
 Meramal
 Membuat hipotesis
 Menilai
 Mesintesis
 Menyusun megikut keutamaan
Tugasan P&P dan kerja rumah yang merangkumi arahan-arahan seperti yang tertera di atas dapat
meningkatkan lagi daya fikiran para murid.

2.2 Gaya Pembelajaran

2.2.1 Pengertian

1. Gaya bermaksud cara. Maka gaya pembelajaran seseorang merujuk kepada cara pembelajarannya.
2. Di bawah konteks psikologi pendidikan, gaya pembelajaran ialah cara seseorang pelajar memberi
tumpuan dan tindakan untuk memproses dan memperoleh serta memperolehi maklumat, ilmu atau
pengalaman yang baru.
3. Mengikut Hunt (1981), gaya pembelajaran merujuk kepada syarat-syarat pendidikan yang
membolehkan pembelajaran paling berkesan.
4. Mengikut Peterson (1979) dan Stewart (1981), gaya pembelajaran ialah pendekatan pengajaran yang
paling digemari oleh seseorang murid.
5. Mengikut Dunn & Dunn (1981), gaya pembelajaran merujuk kepada keadaan di mana murud belajar
dengan cara yang paling optima.

8
6. Mengikut Entwistle (1981) pula, gaya pembelajaran merujuk kepada tingkah laku konsisen seorang
pelajar dalam cara ia belajar.
7. Mengikut Dunn, Beaudry dan Klaus (1989), gaya pembelajaran merupakan satu set ciri-ciri peribadi
yang dikembangkan secara biologi yang membuat sesuatu cara pengajaran berkesan untuk
sesetengah pelajar dan tidak berkesan untuk yang lain.
8. Gaya pembelajaran juga merujuk kepada cara-cara bagaimana seseorang memproses, menghayati
dan mempelajari bahan pembelajaran yang baru dan mencabar.
2.2.2 Jenis-Jenis Gaya Pembelajaran

1. Mengikut Dunn (2000), kebanyakan orang mempunyai cara yang unik untuk menguasai sesuatu
bahan pembelajaran yang sukar.
2. Satu lagi definisi gaya pembelajaran ialah ia merujuk kepada unsur-unsur alam sekitar seperti bunyi,
cahaya, perhiasan dalam bilik darjah yang boleh meningkatkan lagi keberkesanan proses
pembelajaran dan pengajaran.
3. Terdapat gaya-gaya pembelajaran yang berbeza seperti visual, audio, taktil/kinestetik, aktivis,
reflector, teoris dan pragmatis.
4. Murid yang menggunakan gaya pembelajaran visual (pandang) belajar dengan cepat dan berkesan
dengan melihat carta, graf, isyarat badan, imej-imej dan gambar rajah serta gemar membaca pada
diri sendiri.
5. Terdapat juga gaya pembelajaran seperti murid audio. Murid-murd seperti ini suka mendengar
dengan cara membaca, menyebut, mendengar kuliah dan perbincangan.
6. Terdapat juga gaya pembelajaran murid taktil/kinestetik di mana murid-murid belajar melalui
pergerakan seperti sentuhan, merasa dan meraba secara aktif persekitarannya.
7. Pelajar aktivis mengambil bahagian yang aktif dalam proses pembelajaran dan menganggap
pengetahuan baru sebagai milik peribadinya.
8. Reflektor berfikir dan mengkaji semula maklumat atau pengetahuan supaya dapat disesuaikan
dengan skema-skema mental yang wujud.
9. Pelajar teoris menganalisis dan mencari bukti-bukti supaya dapat membuat generalisasi hukum atau
teori.
10. Pelajar pragmatis membina semula pengalaman dan mengambil bahagian yang aktif dalam
menyelesaikan masalah.
11. Gaya pembelajaran lain ialah murid yang suka belajar dengan cara konvergen dan divergen.
12. Murid yang suka belajar dengan cara konvergen dapat memberikan penyelesaian kepada satu soalan
tertutup dengan cepat dan tepat.
13. Murid yang suka belajar dengan cara divergen pula dapat memberikan pelbagai jawapan atau
alternatif kepada satu soalan terbuka.

2.2.1.1 Model Dunn & Dunn

1. Mengikut Dunn & Dunn, gaya pembelajaran adalah cara bagaimana seorang murid memberikan
fokus, memproses dan mengekalkan maklumat yang baru dan mengekalkan maklumat yang baru dan
susah.
2. Ia terdiri daripada ciri-ciri peribadi yang menyebabkan kaedah pengajaran guru sesuai untuk
setengah murid dan bukan untuk murid-murid yang lain.
3. Mengikut Dunn & Dunn, terdapat 21 elemen yang boleh mempengaruhi gaya pembelajaran
murid. Ada elemen yang biologikal dan ada juga yang bercorak perkembangan.

9
4. Model ini berdasarkan beberapa prinsip-prinsip yang asas iatu:
(a) Setiap murid ada kekuatan mereka.
(b) Kebanyakan individu boleh belajar.
(c) Guru boleh membuat pengajaran secara individu.
(d) Guru harus mengajar mengikut gaya pembelajaran murid-muridnya.
(e) Kebanyakan murid boleh memperkukuhkan gaya pembelajaran masing-masing.
5. Mengikut Dunn & Dunn, gaya pembelajaran murid boleh berubah mengikut masa.
6. Beberapa elemen dan stimuli yang berkaitan dalam Model Dunn & Dunn adalah seperti berikut:
(a) Persekitaran – Elemen persekitaran terdiri daripada lampu, bunyi, suhu dan tempat duduk.
Elemen ini merujuk kepada aspek bahawa ada murid yang memerlukan bilik berhawa dingin
untuk belajar dan ada murid pula yang perlu mendengar muzik apabila mereka belajar.
(b) Emosi – Elemen emosi terdiri daripada motivasi, tanggungjawab, daya ketahanan, dan struktur.
Elemen ini merujuk kepada aspek bahawa ada murid yang mempunyai daya ketahanan,
motivasi dan tanggungjawab yang tinggi tetapi ada pula yang mempunyai daya ketahanan yang
rendah. Sebagai contoh, ada murid yang mesti menghabiskan satu projek sebelum memulakan
yang baru. Ada murid pula dapat membuat beberapa buah projek pada masa yang sama.
(c) Fisiologi – Elemen yang terdiri daripada gaya pembelajaran ini ialah persepsi (audiotori, visual, dan
kinestetik). Ada murid yang lebih gemar belajar pada waktu malam dan ada yang suka belajar
pada waktu pagi. Ada murid yang lain lebih suka rangsangan audio.
(d) Sosiologi – Elemen ini merujuk bagaimana murid-murid belajar dalam konteks sosial. Guru harus
meneliti murid-muridnya dan melihat corak pembelajaran mereka yakni adakah mereka suka
belajar secara bersendirian, atau suka belajar dengan orang dewasa atau rakan sebaya.
(e) Psikologi – Elemen ini terdiri daripada empat jenis murid iaitu reflektif, impulsif, global dan
analitik.
Murid-murid yang mempunyai gaya pembelajaran reflektif suka membuat satu tugasan
secara perlahan tetapi mereka yang mempunyai gaya pembelajaran impulsif dapat membuat
sesuatu tugasan pembelajaran dengan cepat.
Murid-murid yang mempunyai gaya pembelajaran global ialah murid-murid yang suka
belajar dalam satu persekitaran di mana terdapat lampu malap dan tempat duduk informal.
Sebaliknya, murid yang mempunyai gaya pembelajaran analitik suka duduk dalam satu
persekitaran yang mempunyai lampu terang dan tempat duduk yang formal.

2.2.3 Implikasi Gaya Pembelajaran Ke Atas Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

1. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran murid yang berlainan adalah penting supaya guru lebih
sensitif kepada perbezaan-perbezaan yang wujud antara murid.
2. Aspek gaya pembelajaran adalah penting kerana ia boleh menjadi satu panduan kepada guru supaya
mereka cipta pengalaman pembelajaran yang sepadan dengan cara murid-muridnya belajar.
3. Jika guru dapat menyediakan satu pengalaman pembelajaran yang sejajar dengan gaya pembelajaran
murid, maka mereka dapat belajar dengan lebih berkesan.
4. Sebaliknya, jika guru tidak dapat memadankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid, ia
mungkin menjejaskan prestasi akademik murid.
5. Guru juga perlu mengetahui bahawa gaya pembelajaran murid berubah dengan umur dan mereka
suka bekerja dengan kumpulan yang berlainan. Selain daripada itu, leleki dan perempuan mempunyai
gaya pembelajaran yang berlainan.

10
6. Mengikut kajian Dunn (2000), perempuan lebih auditori, memerlukan tempat yang senyap dan satu
persekitaran yang formal untuk belajar. Mereka juga mempunyai motivasi intrinsik yang lebih tinggi
daripada lelaki.
7. Murid-murid yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih tinggi mempunyai gaya pembelajaran
yang berbeza berbanding dengan murid-murid yang mempunyai pencapaian akademik yang rendah.
8. Satu implikasi gaya pembelajaran ialah guru harus mengetahui bagaimana murid-muridnya
menunjukkan respon yang berlawanan kepada persekitaran pembelajaran mereka.
9. Satu lagi implikasi gaya pembelajaran ialah guru harus mengajar murid-muridnya pelbagai teknik-
teknik kemahiran belajar.
10. Guru juga mesti mengajar murud-muridnya untuk mengenal pasti gaya pembelajaran mereka masing-
masing.
11. Guru boleh menggunakan inventori-inventori seperti Myers-Briggs Type Indicator (MBTI), Model Gaya
Pembelajaran Kolbs dan Instrumen Herman Brain Dominance (HBDI) untuk mengenal pasti gaya
pembelajaran muridnya.
12. Guru boleh menekankan pada aktiviti-aktiviti untuk melibatkan para pelajar dalam pengajaran dan
pembelajaran.
13. Waktu pembelajaran yang terlalu lama seharusnya diselitkan dengan rehat yang pendek. Pelajar yang
mempunyai dominans otak-kanan sukar belajar secara berterusan.

11

You might also like