You are on page 1of 47

Kuliah 7

Gunaan Ilmu
Psikologi
Dalam Kehidupan
BIDANG PEMBELAJARAN:
1. PRINSIP BEHAVIURISME DALAM
PEMBELAJARAN
2. TINGKAH LAKU
3. PEMBELAJARAN
4. PERLAKUAN
5. PELAZIMAN KLASIKAL
6. PELAZIMAN OPERAN
7. PRINSIP PEMBELAJARAN DAN
PEMBENTUKAN TINGKAH LAKU
PRINSIP BEHAVIURISME DALAM
PEMBELAJARAN

• Aplikasi teori behavioristik dalam


kegiatan pembelajaran bergantung
kepada beberapa hal seperti:
tujuan pembelajaran
 karakteristik pelajar
 fasiliti pembelajaran yang tersedia
• Pembelajaran yang dirancang dan
berpegang kepada teori behavioristik
memandang bahawa pengetahuan adalah
objektif, pasti, tetap, tidak berubah.
• Pengetahuan telah terstruktur dengan
rapi, sehingga belajar adalah perolehan
pengetahuan, sedangkan mengajar
adalah memindahkan pengetahuan
(transfer of knowledge) kepada orang
yang belajar atau pelajar.
• Dalam hal pembelajaran, pelajar
dianggap sebagai objek pasif yang selalu
memerlukan motivasi daripada pendidik.
• Oleh itu, para pendidik mengembangkan
kurikulum yang berstruktur dengan
menggunakan standard-standard
tertentu dalam proses pembelajaran
yang harus dicapai oleh para pelajar.
• Tujuan pembelajaran menurut teori
behavioristik ditekankan pada
penambahan pengetahuan,
sedangkan belajar sebagai aktiviti
“mimetic”, yang menuntut pelajar
untuk mengungkapkan kembali
pengetahuan yang sudah dipelajari
dalam bentuk laporan, kuiz, atau
test.
DEFINISI PEMBELAJARAN
• “learning is about how we perceive and
understand the world, about making
meaning” (Marton & Booth, 1997)
• Pembelajaran didefinisikan sebagai
perubahan tingkah laku pengetahuan,
kebolehan atau sikap yang secara
relatifnya kekal,yang diperolehi melalui
pengalaman dan bukan disebabkan oleh
penyakit, kecederaan, atau pematangan.
7
Klasifikasi Domain Pembelajaran

1. Domain Kognitif:
-pembelajaran yang melibatkan
pemikiran dan minda
2. Domain Afektif:
-pembelajaran berhubung dengan
perasaan dan emosi
3. Domain Psikomotor:
-pembelajaran yang melibatkan
penggunaan anggota fizikal badan
Teori Pembelajaran
• Merujuk kepada prinsip-prinsip dan
hukem-hukum pembelajaran yang
dihasilkan daripada kajian-kajian ahli-
ahli psikologi pembelajaran.
• Terdapat 4 mazhab utama teori
pembelajaran.
Teori Pembelajaran

4 Mazhab Utama

Behavioris Kognitif Sosial Humanis

Pavlov Gagne Bandura. Rogers


Thorndike Bruner
Skinner Ausubel
Teori Pembelajaran Unsur Berkaitan Tokoh Psikologi

Behavioris Tingakahlaku, Pelaziman Pavlov


klasik (emosi) ,(tabiat) Watson
Pelaziman Operan, cuba- Guthrie
ralat dan peneguhan Thorndike
Skinner
Kognitif Pemikiran, Celik akal, Koffka/Kohler,Bruner
(Gestalt) Penemuan, Kategori Gagne ,Ausuble
pembelajaran, Resepi

Sosial Prestasi Bandura


(neo behavioris) Pemodelan

Humanis Kemanusiaan ,Sempurna Rogers


kendiri, Keperluan asas dan Maslow
meta.
BEHAVIORIS
PELAZIMAN KLASIK
 Pembelajaran haiwan dan Manusia yang
terhasil daripada gerak balas automatik
terhadap sesuatu rangsangan yang mula-
mula tidak memberikan sebarang kesan.
 Behaviorisme adalah perhubungan antara
rangsangan (R) dengan gerak balas (G)
 Tingkahlaku adalah gerakbalas yang
nyata dan dapat diramalkan.
Jadual: Pelaziman klasik Pavlov
Sebelum Proses pelaziman Selepas pelaziman
pelaziman
Makanan Eksperimen Makanan
(Rangsangan tak 1.Bunyi loceng (Rangsangan tak terlazim)
terlazim) 2.Tunggu sementara
3.Diberikan makanan
Air liur 4.Proses berulang-ulang Perembesan air liur
(Gerak balas tak (Gerak balas tak terlazim)
terlazim )
DAN
TETAPI bunyi loceng
bunyi loceng( (Rangsangan Terlazim)
Rangsangan neutral)

Tiada gerak balas perembesan air liur


(tiada perembesan (Gerak balas terlazim)
air liur)
RANSANGAN DAN TINDAK BALAS

• Dalam eksperimen pelaziman klasik


terdapat terdapat empat
pembolehubah:
a.) Ransangan terlazim
b.) Ransangan tak terlazim
c.) Gerak balas tak terlazim
d.) Gerak balas terlazim

14
Generalisasi
• Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama
akan menghasilkan tindak balas yang sama
• Anjing juga akan mengeluarkan air liur sebagai
respons pada bunyi dan juga bunyi yang hampir
sama.
• Cth: Ali menjadi risau setiap kali ujian kimia
akan diadakan. Ali juga menjadi risau setiap kali
ujian biologi akan diadakan, kerana kedua mata
pelajaran tersebut mempunyai perkaitan antara
satu sama lain. Jadi kerisauan dalam satu mata
pelajaran (kimia) telah digeneralisasikan kepada
satu mata pelajaran (biologi).
Diskriminasi
• Dikriminasi berlaku apabila individu bertindak
balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu
sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain
• Dalam kajian terhadap anjing, didapati anjing
tersebut hanya bertindak balas apabila
mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada
bunyi selain daripada loceng.
• Dalam kes Ali, Ali tidak akan menjadi risau jika
mengambil ujian bahasa Inggeris atau ujian
sejarah, kerana kedua-dua mata pelajaran
tersebut amat berbeza dari mata pelajaran sains.
Penghapusan
• Penghapusan berlaku apabila rangsangan
terlazim yang tidak disertai dengan
rangsangan tidak terlazim.
• Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak
disertakan rangsangan tak terlazim
(daging). Dalam hal ini, lama-kelamaan bunyi
loceng tadi tidak akan merangsang anjing
tersebut untuk mengeluarkan air liur.
• Tindak balas akhir akan terhapus dan
prinsip ini dikenali sebagai penghapusan.
Pemulihan Spontan
• Gerak balas terlazim yang terhapus
atau hilang boleh muncul kembali tanpa
adanya pelaziman tambahan.Ini adalah
dinamakan sebagai “pemulihan spontan”

• Dalan ujian makmal,didapati jarak


rehat adalah diikuti oleh penghapusan
gerakbalas terlazim.

18
• Pelaziman semula merupakan proses
pembelajaran yang lebih cepat
berbanding dengan pelaziman yang
asal.

• Dengan demikian,pelaziman semula


adalah diharapkan sekiranya kita ingin
mempertingkatkan pola gerakbalas dan
untuk mempastikan tingkah laku yang
tahan lama.

19
PELAZIMAN KLASIK WATSON
 Ahli psikologi pertama menggunakan
perkataan “behaviorisme”.
 Sangat dipengaruhi model pelaziman klasik
Pavlov
 Perbezaan antara manusia ialah pengalaman
 Pengalaman yang baik boleh diubah menjadi
pengalaman yang buruk
 Rangsangan yang didedahkan dan jenis
gerak balas akan mempengaruhi
pengalaman pembelajaran murid
Watson ‘Little Albert Experiment’

 Menggambarkan kuasa pelaziman


(conditioning)
 Albert - 11 bulan – tidak menunjukkan
sebarang rasa takut pada seekor tikus
putih.
 Semasa pelaziman Albert hendak
mengambil tikus, bunyi pemukul diketuk
pada besi
 Kesannya Albert terkejut dan terjatuh
 keadaan itu diulang berkali-kali. (tikus
putih dan berbunyi pemukul).
 Akhirnya eksperimen menunjukkan
Albert memberi reaksi emosional
terhadap tikus contohnya takut pada
tikus, anjing, arnab.
 Selepas diuji lagi ia menunjukkan reaksi
emosi yang sederhana.
 Kesimpulannya,Pelaziman boleh
melahirkan reaksi emosional.
Peranan Pelaziman Klasik Dalam Hidup
Seharian
• Dalam kehidupan seharian kita cuba
mengkaitkan ransangan yang neutral dengan
perkara-perkara tertentu.

• Tegasnya,ransangan neutral dikaitkan


dengan orang,objek,lokasi,situasi,atau
perkataan tertentu,dan membentuk kuasa
untuk mengeluarkan perasaan yang sama
seperti ransangan yang asal.

23
Faktor Mempengaruhi Pelaziman Klasik
 Beberapa faktor memudahkan pemerolehan
gerakbalas pelaziman klasik.Di antaranya
adalah seperti berikut:

 Sejauh mana boleh dipercayai bahawa


ransangan terlazim boleh meramalkan
ransangan tak terlazim
 Bilangan penggandingan ransangan terlazim
dengan ransangan tak terlazim.
 Sekuen masa
 Kekuatan pembolehubah

24
PELAZIMAN OPERAN

• Operan adalah tindakan yang subjek


mulakan,atau gerakbalas sukarela.

• Contoh Operan (tindakan) manusia yang


umum ialah:
berjalan,menari,senyum,menulis,minum
air,menonton televisyen,main dan
berborak.
• Walaupun operan nampaknya adalah
spontan,dan keseluruhan dikuasai
manusia,tetapi ia adalah begitu dipengaruhi
oleh konsekuennya (akibatnya).

• Pelaziman operan berlaku apabila konsekuen


yang mengikuti sesuatu operan (tindakan)
adalah sama ada meninggi atau
mengurangkan kemungkinan operan akan
dilakukan lagi dalam situasi yang sama di
masa akan datang.

26
• Sekiranya sesuatu operan itu diikuti
secara berulang-ulang oleh kesudahan
(hasil) yang menyeronokkan
pembelajaran,maka tindakan itu akan
cenderung dilakukan lebih sering dalam
kondisi yang sama.

• Sekiranya tingkah laku adalah diikuti oleh


konsekuen atau kesudahan yang tidak
menyeronokkan,maka ianya akan kurang
cenderung diulang dalam keadaan demikian.

27
• Perbezaan antara pelaziman klasik
dengan pelaziman operan adalah dimana
pelaziman melibatkan gerakbalas yang
dikawal oleh subjek.

• Sementara dalam pelaziman


klasik,subjek adalah pasif dimana
ransangan bertindak kepada subjek
untuk mengeluarkan satu gerakbalas dan
subjek bergerakbalas secara automatik.

28
• Dalam pelaziman operan subjek adalah
aktif,dimana subjek memberi kesan ke
atas ransangan,yang seterusnya
ransangan tersebut memberi kesan
balik kepada subjek.

• Pelaziman operan kadangkala juga


dikenali sebagai pelaziman
instrumental. Ini kerana operan itu
dilakukan sebagai alat untuk mencapai
matlamat.

29
KAJIAN AWAL PELAZIMAN
OPERAN

Di peringkat awal,pelaziman
operan banyak dikaitkan dengan
dua orang tokoh utama iaitu
Edward Thorndike dan B.F
Skinner.

30
Teori Edward Lee Thorndike
 Manusia belajar menggunakan kaedah cuba
dan ralat.
 Ganjaran dan denda dua faktor penting
bantu pembelajaran manusia.
 Pembelajaran manusia berlaku mengikut
hubungan antara rangsangan dan gerak
balas.
 Motivasi, ganjaran dan denda amat penting
dalam proses pembelajaran.
 Beliau mengemukakan teori perikatan
dikenali sebagai Teori R-G.(Rangsangan dan
Gerak balas)
Teori R-G menjadi asas tiga hukum
Thorndike iaitu :
Hukum Kesediaan (HK),
Hukum Latihan (HL)dan
Hukum Kesan.(HK)
Eksperimen Thorndike
Beliau menjalankan kajiannya ke atas
haiwan seperti kucing, ayam, anjing dan
monyet
Melalui kajiannya ke atas seekor kucing,
yang dimasukkan ke dalam sebuah
sangkar dengan makanan diletakkan di
luar sangkar, beliau mendapati kucing
tersebut telah melakukan beberapa
percubaan untuk keluar dari sangkar.
Pembelajaran ini dikenali sebagai pembelajaran
“cuba jaya”.
Melalui pembelajaran cuba jaya ini, kucing
tersebut melakukan pelbagai reaksi; dan apabila
terpijak selak pintu, sangkar itu terbuka.
Kucing tersebut akan keluar untuk mendapatkan
makanan.
Apabila dimasukkan ke dalam sangkar itu semula,
sekali lagi kucing tersebut akan melakukan
beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar
tersebut.
Dengan kata lain kucing tersebut belajar
membuka pintu sangkar secara cuba jaya dan
pengulangan.
PELAZIMAN OPERAN B.F SKINNER
• Walaupun idea pelaziman operan berasal
daripada Edward Thorndike,namun B.F Skinner
adalah tokoh yang paling dikaitkan dengan
pelaziman operan.

• Pada akhir 1920an,Skinner mula menjalankan


penyiasatan ke atas tingkah laku operan.

• Secara kerap beliau melatih sekumpulan kecil


burung merpati dan tikus yang dinafikan
makanan untuk menekan kunci atau menekan
satu palang.

35
• Setiap kali haiwan yang lapar ini melakukan
tindakan yang tepat,satu pilet makanan
akan keluar dan masuk ke dalam mangkuk
makanan yang boleh haiwan tersebut
makan,yang merupakan ganjaran kepada
tindakan berjaya haiwan tersebut.

• Persekitaran yang digunakan oleh Skinner


ialah persekitaran yang bebas daripada
gangguan,satu kotak yang dikenali sbg
kotak Skinner

36
PRINSIP PENEGUHAN
• Dalam pelaziman operan,peneguhan adalah
memperkukuhkan tingkah laku.

• Dalam pelaziman juga,subjek adalah


diperteguhkan oleh kesan atau konsekuen
yang menyeronokkan.

• Dua jenis peneguhan operan adalah


dikenalpasti iaitu peneguhan positif dan
peneguhan negatif.

37
PENEGUHAN POSITIF
• Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu
ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan,
yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau
diperkuatkan lagi

• Tingkah laku yang tepat dikalangan burung


merpati menyebabkan ia menerima peneguhan
positif iaitu makanan.

• Dalam bahasa umum ia dirujuk sebagai


ganjaran positif.

38
• Apabila melakukan tingkah laku yang
betul kita biasanya menerima ganjaran
sama ada dalam bentuk pujian atau pun
material.

• Tingkah laku yang sering diulang kembali


akibat diberi ganjaran dikenali sebagai
gerak balas operan, sementara konsekuen
positif (ganjaran) dinamakan sebagai
peneguh positif.

39
Jenis Peneguh Positif
• Peneguh asas
• Peneguh sekunder
• Peneguh sosial

Keberkesanan Aplikasi
Peneguhan Positif
• Kesegeraan
• Konsistensi dalam pemberian peneguhan
• Peneguh positif yang digunakan mestilah yang
dapat memberikan peneguhan.

40
PENEGUHAN NEGATIF
• Peneguhan negatif adalah
memperkuatkan tingkah laku yang cuba
mengetepikan atau membuang perkara –
perkara yang tidak menyenangkan untuk
menghasilkan kesudahan yang
menyenangkan.
• Rangsangan serta merta yang tidak
selesa atau menyakitkan yang diberikan
selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan

41
• Contohnya, seorang bapa memarahi
anaknya kerana tidak membuat kerja
rumah yang diberikan oleh guru. Oleh
kerana jemu dengan leteran bapanya,
maka si anak tadi pun menyiapkan kerja
sekolahnya.
• Tindakan anak (membuat kerja rumah)
dapat mengelak daripada rangsangan
yang tidak diingini (leteran bapa).
Dendaan
• Dendaan adalah satu proses atau
tatacara untuk melemahkan atau
mengurangkan berulangnya tingkah laku
yang tidak diingini.
• Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif
yang membawa kepada pengurangan
dalam kekerapan berlakunya tingkah laku
tersebut
Prinsip Premack
Konsep utama prinsip Premack ialah
mengaitkan aktiviti yang kurang diminati
dengan aktiviti yang lebih diminati untuk
mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti
yang kurang diminati.
Prinsip Premack juga dikenali sebagai
“Grandma’s Rule” yang berasaskan
kenyataan “kamu boleh keluar bermain
selepas kamu habis memakan sayur-sayuran
ini”.
Pelupusan
 Pelupusan bermaksud perlakuan yang
tidak diberi peneguhan akan lupus
dengan sendirinya.
 Keadaan ini dapat di atasi jika:
• Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu
dapat dikenal pasti.
• Peneguhan itu tidak lagi digunakan
Homework

• Sila beri contoh yang boleh diaplikasikan


dalam kehidupan berkaitan dengan:
i. Pelaziman klasik ivan pavlov
ii. Pelaziman klasik watson
iii. Pelaziman operan thorndike
iv. Pelaziman operan b.f skinner
Teman manusia yang
sebenar ialah akal dan
musuhnya yang celaka
ialah jahil.
( Saidina Ali Abi Talib).

You might also like