You are on page 1of 4

Kerja Projek Matematik Tambahan 2 2010

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN 2/2010

BAHAGIAN 1
Teori tentang kebarangkalian telah diaplikasikan dalam pelbagai bidang seperti pasaran
saham, penyelidikan perubatan, pengangkutan, perniagaan dan pengurusan.

(a) Jalankan penyelidikan tentang sejarah ilmu kebarangkalian dan berikan sekurang-
kurangnya dua contoh bagaimana teori kebarangkalian diaplikasikan dalam kehidupan
harian. Setelah itu, tuliskan Pendahuluan kepada Kerja Projek ini berdasarkan dapatan
anda. Anda boleh membincangkan unsur sejarah, contoh-contoh aplikasi
kebarangkalian dan kepentingannya dalam kehidupan harian.

(b) Teori kebarangkalian dapat dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Kebarangkalian
Teoretikal dan Kebarangkalian Empirikal. Jalankan penyelidikan, bincangkan dan
seterusnya tuliskan tentang perbezaan antara Kebarangkalian Teoretikal dan
Kebarangkalian Empirikal.

BAHAGIAN 2
(a) Andaikan anda dan dua orang rakan sedang bermain permainan Monopoli. Bagi
memulakan permainan, setiap pemain akan melambung sebiji dadu sekali. Pemain
yang mendapat nilai terbesar pada permukaan atas dadu akan memulakan permainan.
Senaraikan semua kesudahan yang mungkin apabila dadu dilambung sekali.

(b) Selain daripada satu dadu, setiap pemain boleh juga melambungkan dua dadu secara
serentak. Pemain akan menggerakkan token berdasarkan jumlah nilai pada permukaan
atas kedua-dua dadu masing-masing. Sebagai contoh, jika dua dadu dilambung
serentak dan “2” terdapat pada satu dadu, dan “3” pada dadu yang satu lagi, maka
kesudahan lambungan ialah (2, 3) dan pemain akan menggerakkan token sebanyak
lima langkah. Nota: Kesudahan (2, 3) dan (3, 2) harus dianggap sebagai dua
kesudahan yang berbeza.
Senaraikan semua kesudahan yang mungkin apabila dua dadu dilambung serentak.
Susun dan wakilkan kesudahan anda dengan jelas. Anda boleh menggunakan jadual,
carta atau gambar rajah pokok.

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia


1
Kerja Projek Matematik Tambahan 2 2010

BAHAGIAN 3
Jadual 1 menunjukkan hasil tambah dua nilai yang muncul pada permukaan atas apabila
dua dadu dilambung serentak.
(a) Lengkapkan Jadual 1 dengan menyenaraikan semua kesudahan dan kebarangkalian
yang berkaitan.
Hasil tambah dua nilai pada
Kesudahan yang mungkin Kebarangkalian, P(x)
dadu (x)
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12

Jadual 1

(b) Berdasarkan Jadual 1 yang telah anda lengkapkan, senaraikan semua kesudahan
yang mungkin bagi peristiwa-peristiwa di bawah. Seterusnya, tentukan
kebarangkalian bagi peristiwa-peristiwa tersebut.

A = {Kedua-dua nombor adalah tidak sama }


B = {Hasil darab dua nombor adalah melebihi 36}
C = {Kedua-dua nombor adalah nombor perdana atau beza antara kedua-dua
nombor adalah ganjil}
D = {Hasil tambah kedua-dua nombor adalah genap dan kedua-dua adalah nombor
perdana}

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia


2
Kerja Projek Matematik Tambahan 2 2010

BAHAGIAN 4
(a) Lakukan aktiviti dengan melambungkan dua dadu serentak sebanyak 50 kali. Catatkan
hasil tambah dua nilai di permukaan atas kedua-dua dadu tersebut. Seterusnya
lengkapkan jadual kekerapan berikut:

Hasil tambah nilai pada kedua-dua dadu


Frekuensi (f)
(x)
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12

Jadual 2

Berdasarkan Jadual 2 yang telah anda lengkapkan, hitungkan nilai:


(i) min;
(ii) varians; dan
(iii) sisihan piawai.
bagi data berkenaan.
(b) Ramalkan nilai min sekiranya bilangan lambungan ditingkatkan kepada 100 kali.
(c) Uji ramalan anda dengan meneruskan Aktiviti 3(a) sehingga jumlah lambungan ialah
100 kali. Seterusnya hitungkan nilai:
(i) min;
(ii) varians; dan
(iii) sisihan piawai
bagi data terkini.
Adakah ramalan anda dapat disahkan?

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia


3
Kerja Projek Matematik Tambahan 2 2010

Bahagian 5

Apabila dua dadu dilambung serentak, min dan varians bagi hasil tambah nilai pada
permukaan atas dua dadu boleh ditentukan dengan menggunakan formula berikut:

Min =  x P(x)

Varians =  x 2 P(x) – (min) 2

(a) Berdasarkan Jadual 1, tentukan min, varians dan sisihan piawai bagi hasil tambah
dua nilai pada permukaan atas dadu menggunakan formula di atas.
(b) Bandingkan nilai min, varians dan sisihan piawai yang diperoleh pada Bahagian 4
dan Bahagian 5. Terangkan dengan menggunakan ayat anda sendiri tentang
interpretasi dan kefahaman anda terhadap kedua-dua nilai yang telah anda peroleh
dan kaitkan dengan Kebarangkalian Teoritikal dan Emperikal.
(c) Jika dua dadu dilambung serentak sebanyak n kali, apakah julat bagi nilai min
hasil tambah dua nilai pada permukaan atas dadu apabila nilai n berubah?
Nyatakan konjektur anda dan berikan sokongannya.

PENEROKAAN LANJUTAN
Dalam teori kebarangkalian, “Law of Large Numbers (LLN)” adalah satu hukum yang
menerangkan keputusan apabila sesuatu ujikaji yang sama diulang dalam jumlah
yang besar. Laksanakan penyelidikan berkaitan LLN menggunakan internet. Apabila
anda selesai dengan penyelidikan tersebut, bincangkan dan tuliskan dapatan anda.
Kaitkan ujikaji yang telah anda jalankan dalam kerja projek ini dengan LLN.

REFLEKSI
Semasa melaksanakan kerja projek ini, apakah yang telah anda pelajari? Apakah nilai murni
yang telah anda amalkan? Wakilkan pendapat atau perasaan anda terhadap perkara
tersebut menggunakan pelbagai kaedah kreatif seperti menggunakan simbol, ilustrasi,
lukisan atau lagu.

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia


4

You might also like