P. 1
Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj

Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj

|Views: 9,155|Likes:
Published by iyra96

More info:

Published by: iyra96 on Jun 09, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/14/2014

pdf

text

original

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL -HAJ

NAMA: NURUL SAHIRAH BINTI KADARISMAN KELAS :2A NAMA GURU:

SENARAI KANDUNGAN
1 .Penghargaan 2. pendhuluan 3. objektif kajian 4. kaedah kajian 5. tokoh a) latar belakang : kelahirah : keluarga : pendidikan 6. hasil kajian 7. cadangan dan kesimpulan 8. lampiran

PENGHARGAAN

Saya Nurul sahirah binti Kadarisman ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang membantu saya untuk menyiapkan kajian sejarah tempatan ini. Pertama, saya merakamkan sekalung ucapan terima kasih terhadap pihak sekolah terutamanya pengetua Smk Taman Melati iaitu Datin Seri Zavirah Binti Shaari. Seterusnya, terima kasih tidak terhinnga kepada guru sejarah kami yang telah banyak memberi tunjuk aja r ,pendapat dan juga idea untuk menghasilkan folio ini. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya iaitu Encik Kadarisman bin Haji Pajar dan Puan Rogaya h binti Buang kerana telah membantu saya dari segi kewangan untuk menyiapkan folio ini.

PENDAHULUAN

Folio sejarah yang akan dipersembahkan ini adalah bertajuk TOKOH; iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Tajuk ini dipilih adalah kerana ianya merupakan satu pernyataan sejarah yang harus dipelajari dan didedahkan kepada semua pelajar agar dapat mengenali dengan lebih mendalam lagi tentang negarawan dan tokoh negara yang terbilang.

Tunku Abdul Rahman adalah merupakan seorang bekas Perdana Menteri Malaya/Malaysia yang pertama. Beliau juga dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan. Jasa-jasa beliau di dalam memperjuangkan kemerdekaan dari penjajah dan mengerakkan negara Malaysia kearah kemajuan yang bebas dari kalangan penjajahan adalah amat besar sekali. Jasa -jasa dan usaha beliau akan dipaparkan di dalam folio ini. Gambar -gambar kenangan serta lampiran lampiran yang berkaitan dengan perjuangan beliau juga turut disertakan.

OBLEKTIF KAJIAN

Objektif yang ingin dicapai di dalam melengkapkan kajian ini adalah seperti berikut:

A) Mengenali dan mengetahui tokoh -tokoh yang ada di dalam negara pada zaman silam yang telah banyak memberikan sumbangan.

B) Mengenal sumbangan & kemajuan yang telah diberi kepada negara.

C) Mencontohi perjuangan tokoh dan menjadika nnya sebagai panduan kita dalam memberi sumbangan kepada negara.

D) Mempelajari cara-cara sesuatu kajian ilmiah dibuat dan mempersembahkannya dalam bentuk folio.

E) Untuk melengkapkan kerja khusus Sejarah.

Justeru, diharapkan agar folio ini akan mem beri manfaat dan faedah kepada semua pelajar di dalam mempelajari dan mengenali tokoh negara ini.

KAEDAH KAJIAN

a. Internet.

b. Buku Sejarah.

c. Surat Khabar.

TOKOH
Latar Belakang Tunku Abdul Rahman Al Haj Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Al-Haj

Perdana Menteri Malaysia Dalam pejabat 31 Ogos 1957 ± 22 September 1970 Raja Abdul Rahman Hisamuddin Alam Shah Putra Ismail Nasiruddin Shah Timbalan Abdul Razak Didahului oleh Pejabat ditubuhkan Digantikan oleh Abdul Razak
Lahir Meninggal

8 Februari 1903 Alor Star, Kedah, British Malaya 6 Disember 1990 (umur 87) Kuala Lumpur, Malaysia

Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu -Parti Perikatan/National Front Pasangan

Meriam Chong (1933 ± 1935) Violet Coulson (1935 ± 1946) Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah (1939 ± 1990) Peguam Islam

Pekerjaan Agama

KELAHIRAH TUNKU ABDUL RAHMAN ALHAJ
Tunku Abdul Rahman telah dilahirkan di Istana Pelamin, Alor Setar Kedah, pada 8 Februari 1903. Beliau merupakan anak lelaki yang ke empat belas daripada dua puluh anak kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah iaitu sultan Kedah yang ke-dua puluh empat. Ibunya Cik Menjalara, anak kepada Luang Naraborirak dari Thailand.

PENDIDIKAN TUNKU ABDUL RAHMAN ALHAJ
Tunku Abdul Rahman memulakan persekolahan pada tahun 1909 di Sekolah Menengah Melayu, Jalan Baharu, Alor Setar dan kemudiannya telah bertukar ke ³Government English School´ yang sekarang ini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah. Beliau bersekolah pada waktu pagi dan pada waktu tengahari beliau mengaji Al Quran. Dua tahun kemudian apabila berumur lapan tahun, beliau telah dihantar belajar ke Debsirin School di Bangkok bersama-sama tiga adik beradiknya yang lain. Pada tahun 1915 beliau kembali untuk menyambung pelajarannya di Penan g Free School, Pulau Pinang. Pada 1918, Tunku Abdul Rahman telah dianugerahkan Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan pelajaran di St Catherine¶s College di Universiti Cambridge, London di mana beliau telah memperolehi Ijazah Sastera pada 1925. Beliau merupakan pelajar pertama dari Kedah yang belajar di United Kingdom di bawah pembiayaan Kerajaan Ne geri Kedah. Selepas kepulangan ke tanah air, beliau bekerja di dalam sektor awam negeri Kedah dan dilantik sebagai Pegaw ai Daerah Kulim dan Sungai Petani.

Beberapa tahun kemudian, beliau pergi semula ke England untuk melengkapkan pelajarannya di dalam bidang Undang -Undang di Inner Temple College tetapi terpaksa menghentikannya pada 1938, semasa berlakunya perang Dunia ke Dua dan kembali ke tanahair. Beliau kemudiann ya telah menyambung pelajaran di Inner Temple pada 1947 dan pada 1949 beliau layak sebagai Peguam.

KELUARGA TUNKU ABDUL RAHMAN AL-HAJ
Tunku Abdul Rahman telah berkahwin sebanyak empat kali. Isteri pertamanya ialah seorang perempuan cina bernama Meriam Chong dan memperolehi Tengku Ahmad Merang Putra dan Tungku Khadijah. Isteri pertamanya meninggal pada tahun 1933. Setelah kematian Mariam, beliau mengahwini seorang wanita di England iaitu Violet Coulson dan diarahkan untuk bercerai pada 1946 oleh kesultanan Kedah dan kemudianya berkahwin dengan saudara jauh iaitu Sharifah Radziah Syed Alwi Barakbah dan telah memperolehi empat anak iaitu Sulaiman, Mariam, Faridah dan seorang lagi. Ingin memperolehi seorang la gi anak sendiri, beliau secara rahsianya telah berkahwin dengan seorang wanita Cina bernama Bibi Chong (isteri keempat) dan telah mendapat dua orang anak bernama Tengku Noo rhayati dan Tengku Mastura.

kerjaya
Selepas beliau kembali ke Malaya pada 1949, Tunku telah dilantik sebagai Pegawai Undang-Undang di Pejabat Undang-undang Alor Star. Kemudiannya beliau ditukarkan ke Kuala Lumpur dan dilantik sebagai Timbalan Pendakwa dan kemudiannya beliau telah dilantik sebag ai Presiden Mahkamah Seksyen. Semasa tempoh ini, semangat nasionalisma sedang berkembang dengan Dato¶ Onn Jaafar mengetuai ³The United Malays National Organisation´ (UMNO) dalam perjuangan menentang Malayan Union.

Tunku Abdul Rahman telah memasuki UMNO dan bergerak aktif di dalam politik negara. Pada Ogos 1951 krisis dalaman UMNO memaksa Dato Onn berundur sebagai Presiden parti. Tunku telah dipilih sebagai Presiden baru dan memegang jawatan tersebut selama 20 tahun.

SUMBANGAN KEPADA NEGARA MENUNTUT KEMERDEKAAN
Pada 1955 Tunku telah membuat kunjungan sekali lagi ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Di atas kebijaksanaan, kesabaran dan kesungguhannya untuk membebaskan negara dari penjajahan maka British telah menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 adalah tarikh kemerdekaan n egara. Apabila bendera British diturunkan di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku mengetuai perhimpunan tersebut dengan mengumumkan ³Merdeka´. Gambar Tunku mengangkat tangannya dan perasaan emosinya telah dirakamkan. Namun demikian suara keazamannya d an diiringi oleh sorakkan orang ramai telah menjadi ikon yang popular dalam memperingati kemerdekaan negara. Beliau juga lebih dikenali sebagai ³Bapa Kemerdekaan´.

SEBAGAI PERDANA MENTERI
Tunku mengetuai politik Malaya (bertukar kepada Malaysia pada 1963) dan mengetuai parti Bersekutu di dalam pilihanraya umum pada 1959 dan 1964.

Pembentukkan Malaysia pada 1963 merupakan kejayaan besar Tunku. Pada 1961 beliau membuat ucapan di perhimpunan ³Association of Southeast Asia´ (ASA) di Singapura, mencadangkan dibentuk Persekutuan Malaysia, yang terdiri daripada Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei. Pada 16 September 1963, kecuali Brunei Tunku telah mengisytiharkan penubuhan Malaysia dan beliau sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun faktor perkauman telah menjadi isu yang hangat selepas kemasukkan Singapura dalam Malaysia yang mana ianya telah menambahkan bilangan orang Cina iaitu hampir kepada 40%. UMNO dan MCA berasa bimbang terhadap kemungkinan parti Lee Kuan Yew iaitu People Action Party (PAP, yang dilihat parti sosial yang radikal) kepada pengundi di Malaysia. Tungku cuba untuk menubuhkan parti di Singapura untuk mencabar kedudukan Lee Kuan Yew. Lee Kuan Yew pula mengancam untuk menempatkan calon PAP di Malaysia pada pilihanraya Persekutuan 1964, walaupun perjanjian awalnya beliau tidak akan melakukannya. Perkara ini telah menyebabkan Tunku mencadangkan agar Singapura dikeluarkan dari Malaysia. Pada 7 Ogos 1965, Tunku mengumumkan di Parlimen bahawa Parlimen perlu mengundi ³ya´ terhadap resolusi untuk mengeluarkan Singapura dari Persekutuan kerana tidak taat kepada Kerajaan Pusat. Singapura telah keluar dari Malaysia dan mengisytiharkan kemerdekaan pada 9 Ogos 1965.

Tunku juga telah memulakan cadangan penubuhan Association of Southeast Asia (ASA) pada 1961 terdiri daripada Malaysia, Thailand dan Filipina. Pertubuhan ini kemudiannya telah diubah kepada the Association of Southeast Asian Nations (ASEAN), ditubuhkan pada 8 Ogos 1967.

Pada pilihanraya Umum 1969, majoriti pihak Bersekutu telah berkurang dengan banyaknya. Demonstrasi telah berlaku dan selanjutnya merebak kepada isu perkauman sehingga terjadinya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969. UMNO dengan diketuai oleh Tun Abdul Razak telah menubuhkan satu jawatankuasa dikenali sebagai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang telah mengambilalih pemerintahan negara dan mengisytiharkan Darurat. Dengan berlakunya peristiwa ini ianya telah mengoncang kedudukan Tunku sebagai Perdana Menteri. Pada 22 September 1970 beliau telah dip aksa untuk meletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dan diganti oleh Tun Abdul Razak. Beliau kemudianya berundur sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 setelah berhadapan dengan gerakan golongan muda dalam parti dikenali sebagai µYoung Turks¶ seperti Dr Mahathir dan Musa Hitam.

SUMBANGAN KEPADA ISLAM
Selepas menjadikan islam sebagai agama rasmi negara pada 1960, Tunku menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk menolong orang islam di dalam hal -hal kebajikan dan amalan agama . Beliau merupakan Presiden PERKIM pertama sehinggalah beliau meninggal dunia. Pada 1951 Tunku telah mencadangkan supaya dianjurkan pertandingan membaca Al Quran peringkat negeri, dimulai dengan negeri Kedah. Seterusnya pada 1961, Malaysia telah menganjurk an pertandingan Membaca Al Quran Peringkat Antarabangsa.

Pada 1969, Tunku telah memainkan peranan di dalam menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang mana beliau merupakan Setiausaha Agong yang pertama. Seterusnya beliau mencadangkan penubuha n Bank Pembangunan Islam (IDB) sebagai badan khas dalam OIC. Beliau juga merupakan Presiden Regional Islamic Dakwah Council of Southeast East Asia and Pasific dari 1982 hingga 1988.

Pada 1977 Tunku adalah pemegang saham dalam akhbar The Star, Tunku menjadi penulis dalam kolum ³Looking Back and As I see It´ yang banyak mengkritik pentadbiran Kerajaan pada masa itu. Pada 1987 Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohammad telah mengharamkan akhbar tersebut. Perkara ini telah menjadikan UMNO berada dalam keadaan yang kurang harmoni. Tunku dan bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn telah menubuhkan parti UMNO Malaysia tetapi pendaftaranya tidak diluluskan oleh Dr Mahathir. Kemudiannya menubuhkan parti baru iaitu UMNO Baru yang kemudiannya dikenali sebagai p arti Semangat 46 , parti serpihan UMNO yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau menyokong dan berkempen secara aktif pada Pilihanraya Umum 1990. Tetapi dengan umur yang lanjut dan kesihatan berada dalam keadaan kurang memuaskan telah memaksa beli au berundur terus dari politik.

Pada tahun-tahun kemudiannya, Tunku Abdul Rahman tinggal di rumahnya di Pulau Pinang. Tunku telah meninggal dunia pada 6 Disember 1990 pada umur 87 dan telah dikebumikan di Makam Diraja Langgar, Alor Star, Kedah.

HASIL KAJIAN
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

RUJUKAN

1.INTERNET a) http://ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman_Putra_Al_Haj b)http://ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman_Putra_Al_Haj#Pendidik an

2. BUKU RUJUKAN

LAMPIRAN

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->