P. 1
MATERI PESANTREN KILAT

MATERI PESANTREN KILAT

5.0

|Views: 11,722|Likes:
Published by Abdurrahman,S.Ag
MARI CARI ILMU UNTUK MEMPERKUAT IMAN
MARI CARI ILMU UNTUK MEMPERKUAT IMAN

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Abdurrahman,S.Ag on Jun 09, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/29/2013

pdf

text

original

{540} Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Setiap
pemilik emas atau perak yang tidak mengeluarkan zakat akan dipakaikan dengan kepingan-kepingan
api pada Hari Kiamat, lalu dia dibakar di bahagian rusuk, dahi dan belakangnya dengan kepingan
tersebut dalam Neraka Jahanam. Setiap kali kepingan itu menjadi sejuk, ia akan dipanaskan kembali.
Setiap hari menyamai lima puluh ribu tahun ukuran sekarang. Keadaan ini berterusan sehingalah
umat manusia diputuskan ke manakah akan ditempatkan, apakah ke Syurga atau ke Neraka.
Kemudian baginda ditanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana dengan unta yang tidak dikeluarkan
zakatnya? Rasulullah s.a.w bersabda: Begitu juga pemilik unta yang enggan menunaikan zakatnya. Zakat unta
ialah susunya ketika diperah. Pada hari Kiamat, pemilik unta-unta tersebut akan dibiarkan di padang terbuka
bersama untanya sebanyak jumlah yang dimilikinya dan tidak berkurangan walaupun seekor dari unta-untanya
tersebut. Unta-unta peliharaannya akan memijak-mijak dan menggigit pemiliknya. Tatkala unta yang pertama
selesai dari menyiksanya, maka unta yang lain pula datang kepadanya. Keadaan ini terjadi dalam satu hari yang
mana ukurannya sama dengan lima puluh ribu tahun, sehinggalah umat manusia selesai diputuskan ke mana akan
ditempatkan, apakah ke Syurga atau ke Neraka.
Baginda ditanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana dengan
lembu dan kambing? Rasulullah s.a.w bersabda: Demikianlah juga pemilik lembu dan kambing yang
enggan menunaikan zakatnya. Pada Hari Kiamat pemilik lembu dan kambing tersebut akan dibiarkan
di padang terbuka bersama lembu dan kambingnya sebanyak jumlah yang dimilikinya dan tidak
berkurangan walaupun seekor lembu dan kambingnya tersebut. Lembu-lembu dan kambing-kambing
itu tidak ada yang bertanduk bengkok, tidak ada yang tidak bertanduk atau tidak ada yang bertanduk
pecah. Semua lembu-lembu dan kambing tersebut menanduk orang itu iaitu pemiliknya yang enggan
membayar zakatnya tadi dengan tanduknya dan memijak-mijak dengan tapak kakinya. Apabila lembu
atau kambing yang pertama selesai dari menyiksanya, maka datang pula yang lain kepadanya. Keadaan
ini terus-menerus terjadi dalam satu hari yang ukurannya sama dengan lima puluh ribu tahun,
sehinggalah diselesaikan urusan umat manusia. Lalu dibentangkan jalan kepada umat manusia ke
manakah mereka akan ditempatkan, apakah ke Syurga atau ke Neraka. Ditanyakan lagi: Wahai
Rasulullah! Kuda itu ada tiga jenis: Sebagai beban bagi seseorang, sebagai pendinding bagi seseorang
dan juga sebagai ganjaran bagi seseorang. Adapun kuda yang menjadi beban bagi seseorang
pemiliknya iaitu kuda yang diikat untuk tujuan pameran, bermegah-megah dan memusuhi pendokong
Islam. Kuda itu merupakan beban iaitu dosa bagi pemiliknya. Kuda yang menjadi pendinding bagi
seseorang pula ialah kuda yang diikat oleh pemiliknya untuk keperluan perjuangan di jalan Allah,
kemudian pemilik itu tidak melupakan hak Allah yang terdapat pada punggung dan leher kuda
tersebut. Kuda itu merupakan pendinding iaitu penghalang pemiliknya dari api Neraka. Sedangkan
kuda yang menjadi ganjaran bagi pemiliknya ialah kuda yang diikat iaitu dipelihara untuk perjuangan
di jalan Allah, untuk pendokong Islam, pada tanah yang subur atau taman. Apapun yang dimakan
oleh kuda itu dari tanah subur atau taman tersebut, pasti dicatat untuk pemiliknya kebaikan iaitu
ganjaran sebanyak yang telah dimakan olah kuda itu dan dicatatkan juga kebaikan untuk pemiliknya
sebanyak kotoran dan air kencingnya. Bila tali kekang terputus dan kuda itu meliar iaitu
memberontak, ia lari sekali atau dua kali, maka Allah juga akan mencatatkan untuk pemiliknya
kebaikan sebanyak langkah-langkah dan kotoran-kotorannya. Jika pemilik kuda itu membawa
kudanya pada sebatang sungai, kemudian kuda itu minum dari air sungai tersebut, padahal sebenarnya
dia tidak berniat memberi minum kudanya itu, maka Allah mencatatkan untuknya kebaikan sebanyak
yang telah diminum oleh kudanya. Baginda ditanya lagi: Wahai Rasulullah! Bagaimana pula dengan
kaldai? Rasulullah s.a.w bersabda: Mengenai kaldai, tidak ada sesuatu pun iaitu Wahyu diturunkan
kepadaku, kecuali ayat al-Fazzah al-Jami'ah: Yang bermaksud: Sesiapa yang melakukan kebaikan
sekalipun seberat zarah, nescaya dia akan mendapat balasannya dan sesiapa yang mengerjakan
kejahatan sekalipun seberat zarah, nescaya dia akan melihat balasannya juga.

{546} Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Dulu, Abu Talhah r.a adalah salah
seorang daripada kaum Ansar yang paling banyak hartanya di Madinah. Harta yang paling

* Rohnya dunia adalah MANUSIA dan Rohnya manusia adalah AGAMA dan Rohnya Agama adalah DAKWAH *

Pendidikan Agama Islam @ Abdurrahman,S.Ag

disayanginya ialah kebun Bairaha yang menghala tepat ke masjid. Rasulullah s.a.w selalu masuk ke
kebun itu untuk minum air yang enak terdapat di situ. Anas berkata lagi: Ketika turun ayat Yang
bermaksud: Kamu sekali-kali tidak akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian
yang sempurna sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Kemudian
Abu Talhah datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: Allah telah berfirman dalam kitabNya:
Yang bermaksud: Kamu sekali-kali tidak akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang
sempurna sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Sedangkan harta yang
paling kucintai adalah kebun Bairaha, lalu kebun itu aku sedekahkan karena Allah. Aku
mengharapkan kebaikan dan bekalannya iaitu pahalanya di akhirat di sisi Allah. Dari itu, wahai
Rasulullah! Manfaatkanlah kebun itu semahumu. Rasulullah s.a.w pun bersabda: Eloklah! Itu adalah
harta yang menguntungkan, itu adalah harta yang menguntungkan! Aku telah mendengar apa yang
engkau katakan mengenai kebun itu dan pendapatku, seeloknya kebun itu engkau berikan kepada
kaum kerabatmu. Abu Talhah pun membahagikan kebun itu dan memberikan kepada kaum kerabat
dan anak-anak saudaranya

{553} Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya: Nabi s.a.w telah bersabda: Pada setiap orang
muslim terdapat sedekah. Baginda ditanya: Apa pendapat kamu jika seseorang itu tidak mempunyai apa-apa untuk
disedekahkan? Rasulullah s.a.w bersabda: Dia berusaha mengunakan kedua tangannya, sehingga dia dapat memberi
manfaat untuk dirinya dan bersedekah.
Baginda ditanya lagi: Apa pendapat kamu jika dia tidak mampu?
Rasulullah s.a.w bersabda: Dia mampu membantu orang yang memerlukan pertolongan. Baginda
ditanya lagi: Apa pendapat kamu jika dia juga tidak mampu? Rasulullah s.a.w bersabda: Dia
mampu melakukan kebaikan. Baginda ditanya lagi: Apa pendapat kamu jika dia tidak mampu
melakukannya juga? Rasulullah s.a.w bersabda: Dia menahan diri dari melakukan keburukan, maka itu juga
dikira sebagai sedekah.

{554} Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w telah bersabda: Pada setiap
hari terdapat sedekah di setiap sendi manusia ketika matahari terbit. Seterusnya baginda bersabda:
Berlaku adil di antara dua orang manusia adalah sedekah, membantu seseorang naik ke atas
binatang tunggangannya atau mengangkatkan barang-barangnya ke atas belakang binatang
tunggangannya juga adalah sedekah. Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Perkataan yang baik adalah
sedekah, setiap langkah menuju sembahyang adalah sedekah dan membuang sesuatu yang berbahaya di jalan adalah
sedekah.

{555} Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hari
ketika umat manusia memasuki waktu pagi, pasti ada dua Malaikat turun. Satu di antara keduanya akan
mengucapkan:
Ya Allah, kurniakanlah ganti kepada orang yang berbelanja iaitu menggunakan
harta untuk beribadat, untuk kepentingan keluarga, tetamu, bersedekah dan sebagainya.

Sedangkan Malaikat yang satu lagi akan mengucapkan: Ya Allah, berikanlah kerosakan iaitu kerugian
kepada orang yang tidak mahu berbelanja.

{558} Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hari Kiamat
tidak akan berlaku sebelum harta menjadi banyak serta melimpah-ruah sehingga ada seseorang yang
mengeluarkan zakat hartanya tetapi tidak bertemu seorangpun yang ingin menerimanya dan
sehinggalah Tanah Arab kembali menjadi padang-padang gembala dan sungai-sungai.

{559} Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sedekah
seseorang itu tidak dikira kecuali dari hasil atau harta yang baik. Allah tidak menerima sedekah kecuali
dari hasil yang baik dan sudah pasti Ar-Rahman (Allah Yang Maha Pengasih) akan menerima hasil
sedekah itu dari kananNya walaupun sedekah itu hanya berupa sebiji kurma. Lalu sedekah tersebut
dijaga di sisi Allah Yang Maha Pengasih sehingga menjadi lebih besar dari gunung sebagaimana
seseorang di antara kamu membesarkan anak kuda atau anak untanya.

{568} Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Seorang
wanita tidak boleh berpuasa ketika suaminya ada bersama kecuali dengan izin suaminya. Dia juga

* Rohnya dunia adalah MANUSIA dan Rohnya manusia adalah AGAMA dan Rohnya Agama adalah DAKWAH *

Pendidikan Agama Islam @ Abdurrahman,S.Ag

tidak boleh mengizinkan orang lain masuk ke rumahnya ketika suaminya ada bersama kecuali
mendapat keizinan suaminya dan apapun yang dia belanjakan dari hasil kerja suaminya tanpa perintah
atau izin suaminya itu, maka separuh dari pahalanya adalah untuk suaminya.

{572} Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w telah bersabda: Ada tujuh
golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naunganNya. Hari tersebut tidak
ada naungan kecuali naungan Allah. Golongan tersebut ialah (1) pemimpin yang adil, (2) pemuda
yang sentiasa beribadat kepada Allah semasa hidupnya, (3) seseorang yang hatinya sentiasa berpaut
pada masjid-masjid iaitu sangat mencintainya dan selalu melakukan sembahyang berjemaah, (4) dua
orang yang saling mengasihi karena Allah iaitu keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah, (5)
seorang lelaki yang diundang oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa paras
yang elok untuk melakukan kejahatan tetapi dia berkata: Aku takut kepada Allah!, (6) seorang yang
memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kanan tidak tahu apa yang diberikan
oleh tangan kirinya dan (7) seseorang yang mengingati Allah di waktu sunyi sehingga mengalirkan air
mata dari kedua matanya.

* Rohnya dunia adalah MANUSIA dan Rohnya manusia adalah AGAMA dan Rohnya Agama adalah DAKWAH *

Pendidikan Agama Islam @ Abdurrahman,S.Ag

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->