You are on page 1of 7

CARA-CARA INSTALL WINDOWS 7 DAN FORMAT.

--USTAZ MUSA PTP2 PKG—

PASTIKAN PC anda dapat membaca DVD ketika ia mula-mula dihidupkan. Ini dapat
dilaksanakan dengan menetapkan boot sequence yang pertama kepada CD/DVD (RUJUK
MENUAL CARA INSTALL WINDOWS XP). Setelah boot sequence telah ditetapkan,
masukkan DVD Windows 7 dan hidupkan komputer anda.

Perhatian: Oleh kerana Windows 7 ini masih dalam peringkat , masalah mungkin berlaku
dalam proses pemasangan. Gunakan hard disk berasingan sekiranya anda bimbang akan
keselamatan hard disk yang mempunyai dokumen-dokumen anda. Jika anda ingin
meneruskan pemasangan, ikuti langkah-langkah di bawah ini:

1. Skrin pertama yang keluar akan memaparkan msej “Windows is loading files…”,
tunggu sehingga proses ini selesai.
2. Kotak pertama, kedua, dan ketiga memaparkan pilihan bahasa, zon masa dan
matawang, serta tetapan papan kekunci. Tetapkan pilihan anda dan klik Next.

3. Klik pada butang “Install Now” untuk memulakan pemasangan Windows 7.


4. Tandakan pada kotak “I accept license terms” dan klik Next.

5. Klik pada butang Custom untuk melakukan pemasangan bersih Windows 7.


6. Pilih partition manakah yang akan memuatkan Windows 7, dan klik Next.

7. Proses pemasangan telah bermula. Tunggu sehingga proses pemasangan selesai.

8. Setelah proses pemasangan siap, anda akan dikehendaki untuk membuat beberapa
tetapan asas terhadap Windows 7 anda. Pertama sekali, masukkan nama anda dan
nama bagi komputer, kemudian klik Next.

9. Masukkan kata laluan bagi akaun Windows 7 anda dan klik Next.
10. Masukkan nombor siri yang anda perolehi dari Microsoft sewaktu muat—turun
dahulu, dan klik Next.

11. Pilih pilihan bagi Windows Update. Untuk memastikan Windows 7 anda sentiasa
dikemaskini, pilih “User recommended settings”
12. Pilh zon masa anda dan klik Next.

13. Kini Windows 7 sudah siap dipasang, dan anda sudah boleh mula menggunakannya.

Proses pemasangan Windows 7 adalah lebih mudah dan pantas berbanding Windows XP.
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, sila tinggalkan di ruangan komen, selamat
mencuba :)

You might also like