You are on page 1of 70

BIOTEKNOLOGI

BIOTEKNOLOGI
&&KEJURUTERAA
KEJURUTERAA
GENETIK
GENETIK
BIOTEKNOLOGI
PENGENALAN

BIOTEKNOLOGI terus mempengaruhi kehidupan manusia sejak dulu tanpa mengira agama, warna kulit
dan cara hidup seseorang. Sama ada disedari atau tidak, kita telahpun menjadi pengguna kepada hasil
bioteknologi itu.

Bioteknologi merupakan suatu bidang yang menggunakan teknologi atau kaedah untuk memanipulasikan
organisma hidup bagi tujuan

1.
 Menghasilkan atau mengubahsuai hasil sesuatu produk biologi
2.
 Meningkatkan mutu hasil keluaran ternakan atau tanaman
3.
 Membangunkan penggunaan mikroorganisma dalam sesuatu tujuan yang khusus

Pada abad ke-21 ini, bioteknologi memainkan peranan penting dalam pelbagai aktiviti kehidupan, misalnya
penggunaan cap jari DNA bagi mengesan penjenayah; penghasilan bahan ubatan seperti vaksin dari
organisma diubahsuai bahan genetik (GMOs); terapi gen bagi mengubati penyakit yang diwarisi dan
tumbuhan transgenik (GM) bagi sektor pertanian.

 Bioteknologi dianggap sebagai julat teknologi serba boleh yang dapat diterapkan dalam pelbagai sektor
industri.

Antara disiplin semula jadi dalam bioteknologi ialah genetik biokimia, kimia, sains pemakanan, kejuruteraan
teknologi makanan, kejuruteraan makanan, kejuruteraan kimia, kejuruteraan biokimia, elektronik dan
mikrobiologi.
DEFINISI BIOTEKNOLOGI

 Bioteknologi terbit daripada dua unsur iaitu ‘biologi’ dan ‘teknologi’.


 Kamus Dewan- mentakrifkan ‘biologi’ sebagai ilmu hayat atau benda-
benda hidup. Sementara ‘teknologi’ itu pula bermakna ilmu pengetahuan
mengenai segala ilmu yang berkaitan dengan perindustrian dan sains
gunaan yang mempunyai nilai ekonomi.
 Persidangan mengenai kepelbagaian Biologi
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah
membuat satu takrifan bagi bioteknologi:- “Bioteknologi
bererti sebarang penggunaan teknologi yang menggunakan sistem biologi,
organisma hidup, atau teori terhasil darinya, bagi menghasilkan atau
mengubah barangan atau proses bagi kegunaan khusus.”
SEJARAH BIOTEKNOLOGI

Dalam sejarah tamadun manusia terawal seperti Mesir dan Babylon dicatatkan bahawa
masyarakat mereka telah menghasilkan minuman dan makanan seperti bir, roti dan keju.
Namun pada masa itu, manusia tidak mengetahui bahawa proses untuk menghasilkan

bahan-bahan tersebut merupakan suatu proses sains dipanggil bioteknologi.


. Apabila saintis seperti Meischer menemui DNA dalam nukleus sel dan James D.

Watson serta Francis Crick (1953) mencadangkan bahawa DNA berbentuk heliks ganda
dua, bidang bioteknologi telah berkembang dengan pesat.
Sebelum 1970-an, istilah bioteknologi, kebanyakannya digunakan dalam industri

pemprosesan makanan dan pertanian. Semenjak 1970-an, ia mulai digunakan oleh badan
saintifik Barat untuk merujuk kepada teknik berasaskan makmal yang dibangunkan
dalam penyelidikan biologi, seperti pengabungan semula DNA atau proses berasaskan
penkulturan tisu
Malah istilah ini boleh digunakan dalam erti lebih meluas bagi menggambarkan

keseluruhan kaedah, yang silam atau moden, bagi memanipulasi organik bagi memenuhi
kehendak manusia.
KRONOLOGI SEJARAH BIOTEKNOLOGI
8000SM Pengumpulan benih untuk ditanam semula. Bukti bahwa bangsa Babilon, Mesir, dan Romawi
melakukan praktik pengembangbiakan selektif (seleksi artifisal) untuk meningkatkan kualiti ternak.
6000SM Pembuatan bir, fermentasi anggur, membuat roti dengan bantuan ragi
4000SM Bangsa Tionghoa membuat yoghurt dan keju dengan bakteria asam laktat
1500 Pengumpulan tumbuhan di seluruh dunia
1665 Penemuan sel oleh Robert Hooke(Inggris) melalui mikroskop.
1800 Nikolai I. Vavilov menciptakan penelitian komprehensif tentang pengembangbiakan haiwan
1880 Penemuan Mikroorganisme 
1856 Gregor Mendel mengawali genetika tumbuhan rekombinan
1865 Gregor Mendel menemukan hukum hukum dalam penyampaian sifat induk keturunannya.
1919 Karl Ereky, Jurutera Hongaria, orang pertama menggunakan perkataan bioteknologi
1970 Peneliti di AS berhasil menemukan enzim pembatas yang digunakan untuk memotong gen gen
1975 Metode produksi antibodi monoklonal dikembangkan oleh Kohler dan Milstein
1978 Para peneliti di AS berhasil membuat insulin dengan menggunakan bakteri yang terdapat pada usus
besar
1980 Bioteknologi modern dicirikan oleh teknologi DNA rekombinan. Model prokariot-nya, E. coli,
digunakan untuk memproduksi insulin dan obat lain, dalam bentuk manusia. Sekitar 5% pengidap diabetes
alergi terhadap insulin hewan yang sebelumnya tersedia)
1992 FDA menyetujui makanan GM pertama dari Calgene: tomat "flavor saver"
2000 Perampungan human genome project
CABANG BIOTEKNOLOGI

BIOTEKNOLOGI TRADISIONAL BIOTEKNOLOGI MODEN


BIOTEKNOLOGI TRADISIONAL

 .Bioteknologi tradisional telah dipraktikkan sejak ribuan


tahun dahulu semenjak awal tamadun manusia.
 Bentuk bioteknologi lain yang telah wujud selama ribuan
tahun ialah penggunaan mikroorganisma dalam pemprosesan
makanan.
 Mikroorganisma digunakan untuk menukarkan susu menjadi
keju dan susu masam.
 Mikroorganisma juga digunakan untuk menapai bir dan
wine.Yis juga  digunakan untuk membuat roti
 Contoh-contoh Bioteknologi Tradisional ialah
pembuatan baja organic serta baja kimia, agen
biokawalan, sel serta kultur tisu.
BIOTEKNOLOGI MODEN
 BioteknologiModen membabitkan kombinasi kejuruteraan genatik seperti
genomik,bioinformatik, tranformasi molekul, pembiakan, diagnostik dan
teknologi vaksin.

 Bidang ini semakin diberi perhatian serta dimajukan melalui penelitian dan
analisis saintitik yang rapi.

 BidangBioteknologi Moden, kini terlibat dalam bidang kejuruteraan


genetik, enzim, makanan dan minuman, perubatan, pertanian, perhutanan
dan persekitaran manusia.

 Bioteknologi Moden lebih kepada bidang-bidang industri antara nya ialah


 1. Industri pertanian
2. Industri ternakan
3. Perubatan
INDUSTRI PERTANIAN

Dalam
 industri pertanian, petani-petani banyak mengalami
masalah yang mampu menggugat hasil pendapatan mereka.


 Ini menyebabkan ramai generasi-generasi baru tidak
berminat mengusahakan industri disebabkan  hasil
pendapatan mereka yang tidak menentu.

Maka
 dengan menggunakan bioteknologi masalah
kesuburan tanaman, jangkitan penyakit dan haiwan perosak
serta pengaruh alam sekitar dapat dikurangkan’

Dengan
 penggunaan teknologi genetik,  tumbuhan yang
dihasilkan akan lebih bermutu dan produktif. Sebagai
contohnya :-
(i)-Buah yang besar
  (ii)-Buah tanpa biji
 (iii)- Tumbuhan yang lebih tahan dengan serangan
penyakit dan haiwan perosak
  (iv)- Tumbuhan yang lebih kuat dan lasak dengan
perubahan alam sekitar
INDUSTRI PERTERNAKAN
 Penggunaan teknologi ini sangat penting
dalam menampung keperluan protein
manusia seluruh dunia.
Contohnya :
 - Kambing yang menghasilkan susu yang
lebih banyak
- Ayam yang menghasilkan telur yang
lebih besar dan  bervitamin
- Ikan yang lebih besar dan tahan lasak
dengan keadaan persekitaran

 Gen-gen yang berguna telah diselitkan


kepada haiwan ini semasa dalam
keadaan persenyawaan invitro dan sel
telur yang telah disenyawakan
dipindahkan kepada ibu tumpang yang
sesuai bagi pembesaran berikutnya. Anak
yang baru lahir ini akan mempunyai ciri-
ciri yang telah dibawa oleh gen yang
telah diterapkan.
PERUBATAN

 Dalam perubatan
penghasilan seperti
hormon-hormon khusus,
vaksin, antibiotik, dan
pendermaan organ atau sel
khusus adalah intipati
penting dalam
menyelamatkan nyawa
manusia
BIOTEKNOLOGI TERBAHAGI KEPADA 3
BAHAGIAN
[1]- BIOTEKNOLOGI MERAH
 Bioteknologi merah adalah berkaitan dengan
mikroorganisma yang telah diubah bahan genetiknya
yang digunakan untuk menghasilkan produk seperti
insulin dan vaksin untuk kegunaan perubatan.
[2]-BIOTEKNOLOGI PUTIH
 Bioteknologi putih melibatkan penciptaan bahan kimia
berguna untuk sektor perindustrian melalui organisma-
organisma seperti kulat dan yis. Jenis bioteknologi ini
juga dikenali sebagai bioteknologi kelabu.
[3]-BIOTEKNOLOGI HIJAU

 Bioteknologi hijau melibatkan manipulasi tumbuhan dan


haiwan untuk menghasilkan spesis yang lebih mesra alam
sekitar dan produktif.
 Pembangunan pelbagai jenis gandum yang tahan penyakit
dengan cara pembiakan silang jenis gandum yang berbeza
adalah satu contoh bioteknologi hijau.
PERANAN BIOTEKNOLOGI DALAM
KONTEKS PEMBANGUNAN NEGARA

PENGENALAN-
Bioteknologi secara amnya merujuk kepada penggunaan teknologi
proses biologi untuk mengatasi pelbagai masalah kehidupan manusia.
Kaedah teknologi ini meliputi kejuruteraan genetik iaitu melibatkan
pengubahan ciri genetik organisma (haiwan atau tumbuhan) demi
memenuhi matlamat tertentu, kultur tisu dan pengklonan sel-sel.
Fokus asal teknologi biologi adalah untuk membaiki kesihatan manusia
dan haiwan
Aplikasi teknologi ini kini meliputi penggunaan organisma hidup untuk
mengubah suai produk dan memproses pengeluaran makanan,
membaiki spesis tumbuhan dan haiwan ternakan serta pembangunan
mikrob untuk kegunaan tertentu.
1. Bioteknologi memajukan industri pengeluaran
makanan

 Hasil bioteknologi baru membaiki proses pengeluaran dan


kaedah pengawetan makanan.
 Produk baru misalnya perasa, pemanis, dan pewarna dapat
dihasilkan dengan mikrob (bakteria) yang diubah suai
secara genetik.
 Kaedah ini adalah penting kearah penggunaan bahan
semulajadi sebagai ramuan asas atau bahan campuran
dalam industri makanan.
 Penggunaan ramuan kimia dalam industri makanan setakat
ini terbukti amat memudaratkan kesihatan manusia.
 Enzim keluaran mikrob kejuruteraan genetik boleh
membaiki rasa dan ‘texture’ makanan seperti roti dan kek.
2. Bioteknologi berperanan penting dalam
mengatasi masalah pencemaran
 Mikrob seperti bekteria baru hasil kaedah bioteknologi dapat
mempercepat proses pereputan, membantu penguraian najis haiwan
ternakan dan manusia dengan sempurna.
 Kaedah ini telah digunakan oleh syarikat pembentungan Indah Water
Konsortium Sdn Bhd untuk menguruskan air kumbahan penduduk
Malaysia dalam tangki –tangki septik di seluruh negara dengan
sempurna.
 Mikrob biotek tertentu boleh digunakan untuk merawat najis haiwan
ternakan, sisa keluaran kelapa sawit, koko malah hasil sampingan
industri makanan untuk menjadi baja organik.
 Penguraian dan penggunaan selengkapnya sisa pertanian
membantumengatasi masalah pencernaan khususnya sistem saliran
dalam negara.
3. Bioteknologi merevolusikan kaedah perubatan
untuk  mengatasi masalah kesihatan  
  Pengaplikasian  teknologi pengklonan dan kultur tisu akan dapat
menghasilkan sel-sel neutron untuk menghasilkan saraf otak rosak dalam
pesakit  Parkinson.
 Sel dan tisu kulit mungkin dapat dikultutkan untuk menggantikan kulit yang
terbakar teruk kepada mangsa kebakaran.
 Usaha kultur tisu (jika berjaya) pankreas untuk menghasilkan horman insulin
bagi merawat pesakit diabetis pasti merupakan satu pencapaian terunggul
dalam bidang perubatan.
 Pengubahsuaian kod genetik seperti kuda dan lembu supaya seperti yang
ada pada manusia untuk tujuan ekstrak insulin dan hormon-hormon lain
ialah satu pendekatan baru dalam mengatasi penyakit ketidakseimbangan
hormon.
 Teknologi pengklonan pula membolehkan saintis menghasilkan  klon
manusia (atau organ tertentu) dan haiwan untuk mengatasi masalah
kerosakan organ seperti jantung dan kegagalan ginjal.
4.Bioteknologi merupakan pendekatan baru
untuk meningkatkan produktiviti pertanian
 “Bovine Growth Hormone” ialah sejenis hormon keluaran dalam badan lembu
untuk merangsang pertumbuhan anak lembu dan mengawal penghasilan susu
pada lembu dewasa.
 Kini hormon “Bovine” ini dapat dihasilkan oleh bakteria yang dibangunkan
secara kejuruteraan genetik.
 Lembu-lembu yang memakan hormone ini setiap hari telah terbukti dapat
meningkatkan keluaran susu sehingga 7-14 peratus.
 Penggunaan baka kapas kebal kepada ulat perosak kapas di ladang-ladang
kapas Amerika telah mengurangkan penggunaan racun makhluk perosak.
 Ini bukan sahaja menjimatkan kos racun makhluk perosak malah telah
meningkatkan keluaran kapas berlipat kali ganda di Amerika.
 Di Malaysia, kaedah kultur tisu dan pengklonan telah digunakan untuk
menghasilkan baka pokok durian , kelapa sawit, pisang, bunga orkid dan
tanaman-tanaman lain dengan ciri-ciri istimewa secara besar-besaran untuk
meningkatkan produktiviti sektor pertanian.
5. Penganalisis DNA (kod genetik) membantu
pengenalan biologi seseorang
 Ujian DNA membantu untuk mengenal pasti ibu bapa kandung seseorang
dengan tepat.
 Teknologi ini berguna dalam mahkamah untuk menyelesaikan kes-kes sivil
seperti perebutan anak dan kes jenayah seperti kes rogol.
 Kegunaan-kegunaan lain analisis ini meliputi membantu pakar forensik
mengenal pasti identiti mangsa kebakaran, peperangan, dan pembunuhan
yang tidak dapat dicam muka lagi.
 Identiti seseorang itu dapat dikenal pasti hanya dengan melakukan ujian
terhadap tisu badan, rambut, gigi atau tulangnya.
 Kod genetik setiap insan berbeza jika dilihat mengikut kaca mata pena
gen manusia yang telah dihasilkan daripada kajian dalam bidang biologi
sel dan molekul.
Penutup:
 Bidang bioteknologi amat bergunu dalam pelbagai
aspek pembangunan negara.
 Usaha penyelidikan dan pembangunan patut
dipergiatkan untuk meningkatkan lagi potensi bidang
bioteknologi demi kebaikan umat manusia.
 Namun semua pihak hendaklah menggunakan
teknologi ini dengan berhati-hati tanpa melampaui
batasan etika dan mesra kemanusiaan demi menjauhi
kecelakaan yang mungkin timbul akibat
penyalahgunaannya
LANGKAH KERAJAAN DALAM
MEMBANGUN BIOTEKNOLOGI
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 28 April 2005 telah melancarkan
Dasar Bioteknologi Negara yang menggariskan sembilan teras utama dalam membangunkan
bidang bioteknologi sebagai enjin pertumbuhan ekonomi yang baru.
Kerajaan telah memperuntukkan RM4 billion untuk pembangunan bioteknologi manakala sektor
awam dan swasta pula dijangka melabur sebanyak RM30 billion. Ini akan membuka ruang
kepada bioteknologi menjadi antara penyumbang terbesar pendapatan negara.
Kerajaan juga telah meletakkan sasaran sumbangan sebanyak 2.5 peratus daripada industri
bioteknologi kepada keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2010. Sumbangan
industri bioteknologi kepada KDNK juga dijangka meningkat kepada empat peratus menjelang
2015 dan lima peratus pada 2020.
Sejajar dengan itu, kerajaan akan membangunkan Bionexus Malaysia iaitu rangkaian pusat
kecemerlangan terdiri daripada institusi terbaik dalam negara yang menawarkan subsektor
khusus bioteknologi dengan permulaannya akan tertumpu kepada tiga pusat kecemerlangan, iaitu
bioteknologi pertanian di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) dan
Universiti Putra Malaysia (UPM); genomik dan biologi molekular di Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), manakala pusat kecemerlangan bidang farmaseutikal dan nutraseutikal akan
dibina di tapak asal Lembah Bio di Dengkil.
Lebih
 RM2 bilion diperutukkan menerusi Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMK-9) khusus untuk industri bioteknologi.
Daripada
 jumlah itu, RM363 juta disediakan untuk bidang penyelidikan
dan pembangunan (R&D), RM100 juta dikhaskan sebagai dana sains
biologi, RM100 juta lagi untuk pengkomersialan dan RM100 juta bagi
pemerolehan teknologi.
Beberapa
 agensi penyelidikan seperti Institut Penyelidikan dan
Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI), Institut Penyelidikan
Minyak Sawit Malaysia (PORIM) dan Institut Penyelidikan Getah
Malaysia (RRIM) sudah lama bergiat di dalam penyelidikan dan
pembangunan menggunakan kaedah ini.
Antara hasil penyelidikan itu ialah pengenalan baka padi yang boleh
menambahkan hasil petani daripada sekali setahun kepada lima kali
dalam tempoh dua tahun dan lebih tahan kepada cuaca dan penyakit.
 Pusat Bioteknologi Felda pula menyediakan kemudahan makmal untuk
menghasilkan anak benih tumbuh-tumbuhan menerusi kaedah kultur tisu
terutama sawit, pisang dan tongkat ali yang terbesar di dunia. Pusat yang
dibina dengan perbelanjaan RM25 juta itu terletak di bandar Enstek, Nilai,
Negeri Sembilan berupaya menghasilkan sehingga tiga juta anak benih
sawit setahun menerusi kaedah pengklonan bagi keperluan ladang sawit
dalam dan luar negara. 
  
Lagipun, penekanan yang diberikan kepada bidang ini mendorong
kerajaan memperuntukkan sejumlah RM2.021 bilion dalam Rancangan
Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi membangunkan industri bioteknologi.
Diharapkan usaha itu diiringi dengan kelahiran lebih ramai saintis tempatan
berkaliber setaraf dengan saintis dunia pada dekad akan datang.  Dalam
pada itu, kerjasama dan hubungan kukuh dengan komuniti bioteknologi
antarabangsa cukup penting bagi membantu Malaysia merealisasikan cita-
cita dan objektifnya.
BIOTEKNOLOGI DALAM TEKNOLOGI PERUBATAN
a) Pemindahan organ
Di sini dinyatakan hukum yang diputuskan oleh Akademi Fiqh Islam:

 1-Untuk memindahkan organ dari tubuh badan seseorang manusia lain perlu
dipastikan pemindahan itu menghasilkan manfaat lebih besar berbanding mudarat
yang timbul. Syaratnya ialah bertujuan mewujudkan kembali anggota yang hilang
atau mengembalikan semula bentuknya atau fungsinya sebagaimana biasa untuk
menghilangkan kecacatan yang boleh menimbulkan kesan psikologi dan fizikal
pesakit.

 2-Memindahkan organ dari tubuh badan seorang insan kepada insan lain sekiranya
organ dipindahkan itu boleh membina segera seperti darah dan kulit. Syaratnya
penderma itu mestilah seorang yang layak menderma dan memenuhi syarat dalam
syarak.

3-Mengambil manfaat daripada organ yang dipotong dari tubuh badan seseorang
dan diberikan kepada pesakit lain seperti kornea, kerana penyakit menimpa pesakit
itu.
4-Haram pindahkan organ yang menjadi penggantungan hidup
manusia lain seperti jantung

 . 5-Haram memindahkan organ daripada insan hidup yang


mengganggu tugas utama dalam kehidupannya, walaupun
keselamatan nyawanya tidak terganggu seperti 2 kornea.

 6-Memindahkan organ daripada orang yang meninggal kepada


yang hidup adalah diharuskan, walaupun organ tersebut
menjadi penggantungan hidup manuia dan melaksanakan
tugas-tugas utama, dengan syarat hendaklah mendapat
persetujuan dahulu daripada si I sebelum meninggal ataupun
waris terdekat selepas si mati atau persetujuan daripada pihak
berkuasa jika wsi mati tiada waris ataupun tidak dikenali
identitinya.
b) Mengesan penyakit melalui gen
1-Boleh menggunakan ilmu kejuruteraan genetik untuk memelihara tubuh badan
daripada penyakit, merawatnya atau meringankan kemudaratan yang timbul oleh
penyakit dengan syarat tidak menimbulkan kemudaratan yang besar.

2-Tidak harus sama sekali menggunakan ilmu kejuruteraan genetik dan wasilah-
wasilahnya dalam tujuan jahat dan yang diharamkan syarak.

3-Tidak harus sama sekali menggunakan ilmu kejuruteraan genetik dan


wasilahnya untuk mempermainkan manusia dan tanggungjawab individunya atau
untuk campurtangan dalam persoalan binaan gen, atas dakwaan mencantikkan
keturunan manusia.

4-Tidak harus sama sekali menjalankan apa-apa penyelidikan, rawatan atau


pemeriksaan berkaitan gen manusia tertentu kecuali setelah mengambil prosedur
yang diperlukan dan melihat bahaya dan faedah bakal diperoleh dari rawatan ini.
Selepas mendapat persetujuan yang diterima syarak dan menjaga sepenuhnya
rahsia berkaitan dengan natijah penyelidikan, hendaklah menjaga hokum-hukum
syarak yang menghukumkan supaya menjaga hak-hak dan kemuliaan manusia.
c) Pengklonan

1-Haram mengklon manusia dengan cara apa sekalipun yang


boleh memperbanyakkan bilangan manusia.

2-Haram untuk semua keadaan melibatkan pihak ke-3 dalam
hubungan suami isteri, sama ada dalam bentuk sewa rahim,
telur, sperma, atau sel badan untuk tujuan pengklonan.

3-Harus dari segi syarak menggunakan pengklonan dan
kejuruteraan genetik untuk menyelidik mikrob, hidupan halus,
tumbuh-tumbuhan dan binatang, dalam batasan yang
dibenarkan syarak, asalkan boleh mendatangkan kemaslahatan
kepada manusia dan menolak kemudaratan daripada mereka.
d) Persenyawaan in vitro
 Semua cara persenyawaan adalah salah kecuali 2:

1-Benih suami dan isteri diambil dan disenyawakan secara


luaran, kemudian ditanam ke dalam rahim isteri.

2-Benih suami diambil kemudian disuntik di tempat yang


sesuai di dalam saluran uterus isterinya atau rahimnya secara
luaran.

Kesemua cara selain 2 cara dinyatakan di atas telah


diharamkan kerana dikhuatiri berlaku percampuran
keturunan dan mengelakkan timbulnya kesamaran dalam
menentukan hukum yang berkaitan dengan keduanya.
e) Penggunaan kolagen khinzir

1-Jika bahan ini cair ketika diproses bersama dengan bahan kimia, di mana tiada lagi
zatnya, maka menggunakannya sebagai ubat adalah harus kerana zat yang terdapat
pada tulang khinzir telah mengalami proses istihalah(berubah rupa bentuk, rasa dan
bau) bersama bahan lain. Jika zatnya masih ada walaupun sedikit, tidak harus
menggunakannya untuk perubatan. Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Berubatlah kamu sekelian tetapi jangan berubat dengan benda yang haram.”

2-Walaubagaimanapun, untuk langkah berhati-hati, lebih baik mengambil ubat


daripada binatang lain yang halal. Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itupun jelas. Antara kedua-duanya
adalah perkara-perkara yang tidak jelas, yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang.
Sesiapa mengelakkan diri daripada perkara syubhah, bermakna telah membersihkan
agama dan kehormatannya. Sesiapa yang terjerumus ke dalam perkara syubhah,
bererti terjerumus ke dalam perkara haram sepertimana seorang pengembala yang
mengembala binatang di tepi pagar kawasan larangan, lambat laun akan terjerumus ke
dalam kawasan larangan itu. Sesungguhnya setiap raja itu ada kawasan larangan dan
kawasan larangan Allah ialah perkara-perkara yang diharamkannya. Sesungguhnya
pada jasad itu terdapat seketul daging. Apabila baik daging itu, bererti baiklah seluruh
jasad. Jika rosak daging itu, bererti rosaklah seluruh jasad. Itulah hati.”
f) Penggunaan insulin khinzir untuk
pesakit kencing manis

1-Jika insulin diambil daripada khinzir itu sudah berubah sama
sekali sifat asalnya, malah timbul bahan baru yang berbeza sekali
dengan asal, baik dari segi nama, kriteria mahupun sifat-sifatnya
(mengalami proses istihalah), maka hukum menggunakannya adalah
halal dan suci.

2-Walaubagaimanapun, penggunaannya hanya ketika darurah
sebagaimana resolusi Nadwah Fiqh ke-8:
“Insulin yang berasal dari khinzir, harus digunakan oleh pesakit
kencing manis dengan syarat dalam keadaan darurah dan meraikan
neraca-neraca syariat.”
BIOTEKNOLOGI DALAM TEKNOLOGI
PERUBATAN DAN PANDANGAN ISLAM
 DIAMBIL DARI BUKU BERTAJUK;-Bioteknologi : Teknologi Perubatan &
Pandangan Islam tulisan Dr. Basri Ibrahim. [Akademi Fiqh Islam di dalam
muktamarnya kali ke-10]
 Memutuskan;-

i. Haram melakukan pengklonan manusia berdasarkan apa-apa cara sekalipun yang


boleh memeperbanyak bilangan manusia.

ii. Haram di dalam semua keadaan, penglibatan pihak ketiga di dalam hubungan
suami isteri, sama ada dalam bentuk sewa rahim, telur sperma atau sel badan untuk
tujuan pengklonan

iii. Harus dari segi syarak menggunakan teknik pengklonan dan kejuruteraan
genetik di dalam lapangan penyelidikan tentang mikrob, hidupan halus, tumbuh-
tumbuhan dan juga binatang, di dalam batasan yang dibenarkanoleh syarak, asalkan
ia boleh mendatangkan kemaslahatan kepada manusia dan menolak kemudaratan
daripada mereka.
KEPENTINGAN BIOTEKNOLOGI
1. Bidang Perubatan
 Menghasilkanubat-ubatan yang baru dan berkesan untuk
menyembuhkan penyakit yang sukar diubati seperti AIDS, SARS,
Selsema Burung, kanser dan sebagainya.
 Memajukan bidang kejuruteraan genetik untuk penyelidikan punca
penyakit dengan mengenapasti gen-gen yang mengkodkan punca
penyakit dan mengubahsuaikan gen tersebut untuk mengurangkan
risiko manusia menghidapi penyakit yang serius.
 Membantu pasangan suami isteri yang menghadapi masalah
kesuburan atau kemandulan mendapat zuriat dengan kaedah "In-Vitro".
 meningkatkan daya tahan manusia dengan menghasilkan supplimen-
supplimen yang berkesan.
2. Bidang Pertanian

Memajukan bidang penternakan seperti kambing biri-biri


Dolly yang dihasilkan.
 Menghasilkan biji benih padi yang boleh meningkatkan
pengeluaran dan mempunyai daya tahan yang lebih kuat
berbanding dengan benih yang biasa.
Menjalankan R&D (Research & Development) untuk
menghasilkan hormon tiruan seperti hormon auksin untuk
meningkat produktiviti bahan pertanian.
3. Membanteras mengatasi masalah jenayah

Melalui ujian DNA, identiti seseorang mangsa dapat


diketahui seperti dalam kes pengeboman wanita Mongolia,
Altantuya.
 Mengesan kegiatan penyeludupan binatang terlindiung
seperti harimau, cobra, penyu oleh Jabatan Kastam Malaysia.
KEBURUKAN BIOTEKNOLOGI
 Menerusi kajian para saintis, bioteknologi ini masih terdapat kekurangan
yang mampu membawa padah kepada manusia dan alam
 Teknologi baru yang radikal yang memecahkan sempadan genetik ini bukan
sahaja antara spesis tetapi juga antara manusia, haiwan dan tumbuhan
mendatangkan risiko serius serta ibarat meletakkan manusia sebagai ‘tikus
makmal’.

Menurut pakar, keselamatan proses ujikaji kajian akan sentiasa berada
dihujung tanduk kerana kesilapan yang berlaku tidak akan dapat ditarik
balik daripada alam dan kesannya akan merebak tanpa sempadan. Tidak
seperti kajian dan ujikaji kimia dan nuklear, ‘pencemaran genetik’ tidak
dapat dibersihkan. Kesilapan genetik ini akan berpanjangan dan
bersambung antara generasi ke generasi (Mohideen Abdul Kader, A guide
to Genetically-modified Foods ini Malaysia).
Edwin Chargoff, seringkali dirujuk sebagai Bapa Biologi Molekul, pernah
menyatakan bahawa pengubahsuaian genetik di dalam makanan ibarat
“Suatu eksperimen yang paling besar dan berbahaya di dalam sejarah
manusia.” Beliau mengibaratkan pengubahsuaian ini sebagai ancaman yang
paling besar berbanding teknologi nuklear.

Padatahun 1998, Dr. Arpad Pusztai, seorang saintis British telah


mempelopori kajian mengenai kesan makanan yang mengalami
pengubahsuaian genetik (GM) terhadap nutrisi haiwan dan alam telah
mendapati bahawa ia memberikan kesan negatif terhadap usus, badan,tahap
metabolisma dan sistem imunisasi tikus yang diuji.

Kajiannya melibatkan ubi kentang GM yang diberikan kepada tikus bagi


diperhatikan kesan perubahan pada fisiologi, terutamanya usus, proses
metabolisma dan sistem imunisasinya. Kajian mendapati saiz beberapa
organ tikus telah mengecil termasuk otak dan sistem imunisasi melawan
penyakitnya bertambah lemah. Akibat daripada hasil dapatannya itu, Pusztai
telah disingkirkan dan dipaksa bersara daripada pasukan ujikajinya di
Rowett Tesearch Institute selepas melahirkan kegusarannya kepada media.
 Antara ancaman makanan GM ini adalah alahan, kadar toksid, daya tahan
antibiotik meningkat dan kesan-kesan sampingan luar jangkaan lain.
Mengubahsuai struktur genetik suatu makanan juga boleh mewujudkan
toksin pembunuh yang pada asalnya adalah selamat bagi tubuh badan.

Bakteria yang telah mengalami kejuruteraan genetik (GE) bagi tujuan
menghasilkan makanan tambahan dalam kuantiti besar, L-tryptophan, telah
menghasilkan toksik yang membunuh lebih 30 orang dan mencacatkan lebih
5,000 orang di Amerika Syarikat sebelum ditarik balik dan diharamkan
penghasilannya oleh Food and Drug AdmKajian yang dijalankan oleh
Michigan State University juga mendapati tanaman yang melalui proses GM
dan GE bagi melindungi daripada virus akan mengakibatkan virus tersebut
bermutasi kepada suatu bentuk baru lebih berbahaya dan berupaya
menyerang spesis tumbuhan dan hidupan lain. inistration (FDA).

 . Penyelidikan dalam bioteknologi juga bertujuan untuk pengekstrakan


logam dari tanah untuk menyediakan perlombongan yang bersih, mengesan
periuk api dan pembersihan logam arsenik dan logam lain yang mencemar.
 Selain kesannya terhadap kesihatan dan alam, persoalan yang lebih
besar adalah makanan yang dihasilkan melalui kaedah bioteknologi ini
tidak terlepas daripada isu halal haramnya. Surah al-Baqarah ayat 172
bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki
yang baik-baik yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah
kepada Allah jika kamu benar-benar menyembah hanya kepada-Nya.”

 Al Quran dan Sunnah memandang soal halal haram makanan ini


sebagai suatu yang besar yang mana mampu memberi kesan terhadap
kehidupan di dunia dan di akhirat. Menurut perkiraan Islam, soal halal
haram makanan akhir yang diambil bergantung juga dengan persoalan
asas bagaimana ia dihasilkan, dari mana ia dihasilkan dan siapa yang
menghasilkannya.

 Firman Allah s.w.t yang bermaksud, “Hai manusia! Makanlah dari apa-
apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu
mengikuti jejak syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang
terang-terangan bagi kamu.” (al-Baqarah: 168
KEJURUTERAAN GENETIK
PENGENALAN
Merupakan satu kaedah baru dalam negara dan perkembangan pesat
dalam bidang ini telah membantu membangunkan negara dalam
pelbagai bidang

Iajuga dikenali sebagai teknologi DNA rekombinan kerana gen


yang terdiri daripada urutan

DNA tertentu diasingkan dan digabung semula dengan DNA


organisma lain.Ia membolehkan

Manusia memindahkan sesuatu maklumat genetic yang berguna


daripada sesuatu spesies

Organisma kepada sepsis organisma lain. Perkara ini tidak dapat


dilakukan dengan teknik pembiakan.
DEFINISI KEJURUTERAAN GENETIK
Dr. Ricarda Steinbrecher (1998), menyatakan kejuruteraan genetik merupakan
satu kaedah untuk menggabungkan satu gen dan sebahagian DNA sesuatu spesis
dengan gen bagi satu spesis yang lain. Kejuruteraan genetik memecahkan halangan
bagi ketidaksamaan sesuatu spesis dan mewujudkan kesesuaian bagi mencipta spesis
yang baru daripada penggabungan gen. dan DNA.

Jurnal elektronik Wikipedia (2008) menyatakann kejuruteraan genetik


melibatkan penggunaan DNA rekombinan - iaitu DNA yang menggabungkan
maklumat genetik dua species organisma yang berlainan. Jika gen-gen ini
digabungkan dalam sel telur atau sel sperma supaya maklumat genetik ini boleh
diturunkan kepada progeni, maka hasil daripada gabungan ini dinamakan organisma
transgenik. Penghasilan DNA rekombinan melibatkan tiga proses:
Manipulasi DNA in vitro (luar sel organisma)
Gabungan, atau rekombinasi DNA sesuatu organisma dengan DNA bakteria dalam
plasmid atau bakteriofaj.
Pengklonan, atau teknik untuk mereplikasi progeni yang membawa DNA rekombinan .
TEKNIK-TEKNIK DALAM
KEJURUTERAAN GENETIK
1. Pengasingan Gen yang dikehendaki
2. Pengisian gen-gen tersebut kedalam vektor( sasaran)
3. Transformasi sel bagi organisma yang diubahsuai
4. GMO(Organisma yang diubahsuai genetiknya) adalah
berbeza dari organisma yang tidak diubah suai
KELEBIHAN KEJURUTERAAN GENETIK
Penyakit
 boleh dikesan dan dielakkan dengan seawal samada pada manusia/tumbuhan/haiwan
yang boleh terdedah kepada penyakit keturunan
. Penyakit yang berjangkit juga boleh diatasi dengan memindahkan gen yang mengkodkan

protein antiviral dan menghasilkan antigen yang spesifik haiwan dan tumbuhan boleh diubahsuai
dengan ciri-ciri yang lebih baik.

Contohnya

manipulasi
 gen pada pokok dengan meningkatkan kadar penyerapan gas karbon dioksida
(CO2) bagi mengurangkan kesan rumah hijau.

Manusia dapat menghasilkan tanaman yang tahan terhadap haiwan perosak dan tahan terhadap

pelbagai jenis gangguan iklim dan malapetaka. Contohnya :


- Penghasilan hormone insulin


- Penghasilan kacang soya yang tahan terhadap herbisid
- Penghasilan buah tomato yang tahap pemasakkannya telah dilambatkan
- Penghasilan tumbuhan jagung dan kapas yang tahan terhadap haiwan perosak.
Ini dilakukan dengan memnindahkan gen daripada sejenis bacteria (Bacillus thuringiensis) ke dalam
tumbuhan tersebut.
RISIKO KEJURUTERAAN GENETIK

DARI SEMULA JADI ATAU BUATAN MANUSIA;-


 Penghasilan alergi
 Pembentukan tumbuhan berbiji (weedy), di mana

perubahan ini berguna untuk


tumbuhan meliar
 Pemindahan gen dari tumbuhan pertanian kepada

tumbuhan liar
 Pengurangan nilai nutrisi makanan
Penghasilan racun
• Menambah makhluk perosak yang berbeza
SUMBANGAN KEJURUTERAAN
GENETIK
Bidang Perubatan
Perkembangan pesat teknologi genetik sejak awal 1900-an telah melahirkan ilmu baru
iaitu Kejuteraan Genetik (teknik manipulasi gen)
.Antara aplikasi terpenting yang terbit daripada teknologi DNA rekombinan ialah

pengubahsuaian sel bakteria supaya ia berfungsi sebagai penjana protein manusia.


Interferon, sejenis protein yang digunakan untuk merawat jangkitan virus dan sesetengah
barah, dan juga hormon insulin, merupakan antara produk terawal DNA rekombinan.
Kini, hormon tumbesaran boleh dihasilkan secara sintetik, termasuk juga vaksin, protein

pembeku darah untuk pengidap hemofilia, dan enzim-enzim seperti kolesterol oksidase
untuk mendiagnos masalah metabolisme kolesterol.
Penghasilan vaksin melalui proses DNA rekombinan bermakna ia lebih murah, tulen,
spesifik, dan tidak menyebabkan kesan sampingan yang banyak dan memudaratkan
. Banyak penyelidikan dilakukan untuk merawat penyakit genetik dengan memasukkan

gen yang berfungsi bagi menggantikan yang rosak. Ini adalah satu contoh terapi gen.
Malah, kemasukan gen dalam sel gamet yang kurang sempurna boleh mengelakkan

pewarisan penyakit oleh anak dalam kandungan.


Bidang Industri
 Proses fermentasi berlaku dalam penghasilan minuman alkohol,
antibiotik, dan roti.
 Tetapi kesemua ini boleh diperbaiki lagi dengan kehadiran agen yang
berDNA rekombinan.
 Contohnya, penambahan gen-gen tertentu kepada strain yis
Saccharomyces untuk sintesis amylase membolehkan penghasilan
alkohol daripada kanji.
 Lain-lain kegunaan DNA rekombinan dalam industri termasuklah
degradasi sellulosa dan lignin, penjanaan bahan api, dan pembersihan
agen-agen pencemar alam sekitar.
 Strain Pseudomonas putida yang boleh menghancur komponen-
komponen minyak yang berlainan telah "dijuruterakan" untuk
mempertingkatkan upayanya untuk mendegradasi kesemua komponen
minyak.
Bidang Pertanian
Sesetengah
 strain bakteria telah dicipta untuk mengawal
populasi serangga yang menyerang tanaman

Syarikat
 Monsanto berjaya mengubahsuai strain bakteria
Pseudomonas fluorescens yang membolehkannya membunuh
serangga perosak melalui penghasilan toksin yang berasal
daripada Bacillus thuringiensis.

Toksin
 B. thuringiensis telah lama digunakan sebagai bahan
pembunuh haiwan perosak

Kejuruteraan
 genetik tumbuhan membabitkan tiga aktiviti
berikut: mendapatkan gen yang diperlukan, proses kultur tisu
dan memindahkan gengen berkenaan ke dalam tisu tumbuhan.
 Pokok yang dihasilkan ini dipanggil pokok transgenik.Transgenik berasal daripada dua
perkataan dasar iaitu ‘trans’ dan ‘gen’. Trans adalah singkatan kepada perkataan ‘transfer’
atau pemindahan, oleh itu pokok transgenik adalah pokok yang telah dipindahkan dengan gen
baru (asing).Pokok transgenik dengan gen yang baru akan seterusnya membawa suatu ciri
baru.
 Antara kejayaan yang dicapai dalam bidang bioteknologi tumbuhan ialah penghasilan buah
tomato yang membawa gen pengawal buah masak. Pokok tomato ini menghasilkan buah yang
lambat lembik dan segar.
 Penemuan ini amat penting untuk mengeksport buah ke luar negara.
 Kejayaan ini menguntungkan penjual dan pembeli kerana mendapat bekalan buah yang masih
segar di pasaran.
 Kejayaan kedua ialah pemindahan gen sejenis asid lemak menghasilkan biji jarak yang tinggi
asid laurik (37 peratus) untuk kegunaan industri bahan pencuci, makanan dan penjagaan
badan.Pemindahan gen sejenis asid lemak lain telah meningkatkan kandungan asid stearik
daripada dua peratus kepada 40 peratus yang penting khususnya sebagai pengganti lemak
koko.
 Pemindahan tiga gen bakteria ke dalam beberapa pokok telah menghasilkan plastik mesra
alam. Penemuan ini penting kerana memberi pulangan lumayan dan memulihara alam sekitar.
 Plastik biasa (daripada petroleum) akan kekal selama puluhan tahun yang menimbulkan kesan
alam sekitar, sebaliknya plastik mesra alam ini akan terurai dalam masa beberapa minggu atau
bulan saja.
 Antara kegunaan plastik mesra alam ialah sebagai benang jahitan selepas pembedahan dan
sedang dikaji sebagai injap jantung dan injap pembuluh darah.
KESAN NEGATIF KEJURUTERAAN
GENETIK
Etika dan keagamaan
Merujuk kepada ajaran Islam, manipulasi yang dilakukan terhadap genetik yang dilakukan
oleh pakar-pakar kejuruteraan genetik, khususnya yang melibatkan makhluk yang bernyawa
mempunyai pelbagai implikasi.

Firman Allah s.w.t di dalam surah An Nisa' ayat yang ke 119, yang berbunyi; yang bermaksud:
"Dan aku (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-
angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka memotong telinga-telinga binatang
ternak (iaitu untuk dipersembahkan kepada berhala), lalu mereka benar-benar memotongnya,
dan akan aku suruh mereka merobah ciptaan Allah, lalu mereka benar-benar merobahnya."
Menurut Abu Bakar Bin Yang (2008) bahawa secara umumnya, merobah ciptaan Allah adalah
merupakan sebahagian daripada amalan syaitan yang akan membawa bala bencana kepada
manusia.

Contohnya,seperti eksperimen yang dilakukan di Russia tidak berapa lama dahulu, di mana
benih manusia telah dikacukkan dengan benih binatang, dengan harapan, kacukan ini akan
dapat menghasilkan satu spesis yang separuh manusia dan separuh binatang yang dapat
digunakan sebagai tenaga buruh di bidang industri ataupun pertanian.
 Tenaga-tenaga buruh ini diharapkan tidak akan mendatangkan
sebarang masalah kepada manusia kerana mereka senang
diarah dan tidak banyak kerenah seperti manusia biasa.
 Sungguhpun begitu, larangan ini adalah tidak mutlak. Islam
tetap lagi memberi ruang kepada sains untuk menerokai
bidang genetik ini, tetapi ianya hendaklah sesuai dengan
prinsip kemanusiaan dan tidak mendatangkan mudharat
ataupun bahaya kepada manusia dan juga alam sekitar.
 Umpamanya, kemajuan sains dan teknologi dalam
menghasilkan bayi tabung uji boleh digunakan kepada
pasangan yang tidak mempunyai anak. Di mana benih
daripada suami boleh disenyawakan dengan benih isteri dan
kemudian dibesarkan di dalam kandungan isteri itu sendiri.
 .
 Oleh itu tidak timbul masalah mengambil benih daripada
orang lain atau mengambil upah mengandungkan anak
orang lain, yang mana akibatnya mendatangkan porak-
peranda di dalam masyarakat.
 Begitu juga dengan kaedah kacukan binatang ataupun
tumbuh-tumbuhan yang boleh menghasilkan baka yang
lebih baik dan mendatangkan manfaat kepada manusia,
ianya adalah dibolehkan. Ini adalah sesuai dengan sebuah
hadis yang menceritakan ada seorang sahabat yang datang
bertanya dengan Rasullullah s.a.w tentang kacukan pohon
tamar yang telah dilakukannya. Maka Rasullullah
menjawab, "Engkau lebih mengetahui tentang itu.“
 Ini menjelaskan kepada kita bahawa kacukan yang
membawa faedah kepada manusia dan tidak
memudharatkan kehidupan adalah dibolehkan
Ketiadaan kawalan

Sekiranya
kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini tidak dibataskan, maka
bayangkanlah kerosakan yang akan dibawanya.

Akan timbul masalah-masalah masyarakat, seperti anak yang mempunyai dua ibubapa,
wanita-wanita yang kerjanya hanyalah mengambil upah untuk mengandungkan anak
untuk orang lain, ataupun akan wujud pula binatang yang mempunyai perasaan dan
tabiat seperti manusia ataupun sebaliknya, dan berbagai-bagai masalah lagi.

Bagipihak yang mempunyai sumber kewangan yang tidak terbatas, kejuruteraan


genetik akan menjadi satu bentuk pelaburan untuk mereka menghasilkan produk
genetik sebagai sokongan kepada bidang perubatan. Misalannya, menghasilkan klon
manusia khusus untuk mendapatkan organ-organ penting untuk tujuan pemindahan
kepada pesakit kronik atau menjadi bahan ujikaji bagi produk kesihatan.

Menyentuh soal ini Daniel Koshland (2000) mencadangkan reka bentuk keselamatan
yang standard bagi mengawal perkembangan kejuruteraan genetik. Standard ini
seharusnya menjadi panduan dan harus dipatuhi oleh setiap saintis serta pakar-pakar
yang terlibat dalam kejuruteraan genetik.
Standard keselamatan
 Terdapat juga persoalan mengenai keselamatan produk yang
dihasilkan melalui kejuruteraan genetik. Hal ini kerana
pengubahsuaian yang dilakukan terhadap gen tumbuhan
misalnya melibatkan peningkatan dari segi mutu, serta daya
tahan terhadap jangkitan penyakit

 Dr. Ricarda Steinbrecher (1998) menyatakan bahawa terdapat


kecenderungan untuk virus berintegrasi dalam sel tumbuhan
yang baru dihasilkan.

Keadaan ini akan menyebabkan kurangnya daya tahan
tumbuhan tersebut ke atas penyakit. Apa yang lebih bahaya lagi,
sejauh manakah kita mengetahui bahawa spesis tumbuhan yang
dihasilkan bebas daripada toksin yang baru atau mempunyai
kesan alergik kepada pengguna
 Dr. Patrick Dixon (2007) membangkitkan mengenai kesan
yang timbul yang membawa kepada kematian kambing klon
“Dolly”. Menurut kajian, kambing tersebut mungkin
mengalami atritis kerana kesan penuaan sel yang tidak
sepatutnya berlaku. Hal ini berkait rapat dengan petunjuk
daripada ujikaji yang merujuk penuaan sel berlaku kerana
secara genetiknya sel “Dolly” setua sel ibunya.
 . Sehubungan dengan itu juga, proses pengklonan manusia
yang dilakukan oleh pakar genetik kemungkinan besar akan
mewujudkan ketidakseimbangan kepada insan yang
dilahirkan dan akhirnya akan mewujudkan kegagalan kepada
proses tersebut.
 Terdapat juga kemungkinan teknologi dalam
kejuruteraan genetik digunakan oleh pihak yang tidak
bertanggung jawab untuk menghasilkan senjata biologi
secara besar-besaran yang boleh mengancam
kesejahteraan dunia sejagat.

soal ini Dr. Patrick Dixon (1995) menyatakan
kejuruteraan genetik membuka lebih banyak peluang
untuk penghasilan senjata untuk tujuan kemusnahan
manusia. Reka bentuk virus baru akan dihasilkan untuk
membunuh ribuan nyawa yang tidak berdosa.
 Hal ini kerana, penggunaan senjata biologi sedemikian
boleh disebarkan dalam sekelip mata melalui udara atau
sumber bekalan air.
Terdapat juga kecenderungan firma pembuat senjata biologi
untuk menggunakan sekelompok manusia sebagai sasaran
ujian kerana dalam penghasilan senjata biologi, kesan virus
yang disebarkan mungkin tidak sama hasilnya antara satu
kelompok dengan kelompok yang lain.

 Ini
berkaitan dengan kemampuan manusia untuk
menghasilkan mutasi atau kekebalan terhadap jangkita virus

Selain itu juga,penyebaran virus juga sebagai senjata tidak


akan mudah dikawal dan juga berkemungkinan ia akan
tersebar luas tidak dapat disangkal,menjadikan ia sebagai satu
wabak mengancam orang awam atau manusia
KELEMAHAN KEJURUTERAAN GENETIK
KELEMAHAN MAKLUMAT
 Tiada kajian jangka panjang yang berkecuali mengenai keselamatan produk
makanan atau tanam-tanaman yang dihasilkan melalui Kejuruteraan Genetik.
Hampir kesemua maklumat dan kajian yang sedia ada adalah daripada
industri yang mempromosikan produk dan tanam-tanaman tersebut.
TEKNOLOGI TIDAK TEPAT
Kejuruteraan Genetik boleh mengubah gen dari satu organisma ke organisma
yang lain. Gen boleh dipotong dengan tepat dari DNA sesuatu organisma,
tetapi jurutera genetik tersebut tidak tahu (walaupun jika dia tahu) di mana
gen tersebut akan dimasukkan ke dalam DNA organisma penerima, dan
mereka juga tidak sedar akibat yang mungkin berlaku. Menurut seorang ahli
sains gen yang terkemuka:
“Bayangkan seseorang sedang memanah kepada sasarannya. Sekarang tutup

mata orang yang sedang memanah itu, dan begitulah realiti mengenai seorang
jurutera genetik yang sedang melakukan pemindahan gen.”
KESAN SAMPINGAN
 Gen baru ini mungkin mempunyai kesan yang tidak dirancang.
 Gen menghasilkan protein, yang biasanya mempunyai fungsi-
fungsi tersendiri.
 Di dalam organisma yang berlainan, protein baru ini boleh jadi
mengubah sifat dan menghasilkan kesan baru atau kesan
tambahan yang tidak disengajakan atau diramal.
 Ahli-ahli sains tidak cukup pengetahuan mengenai sistem
kehidupan untuk melakukan pembedahan DNA tanpa menyebabkan
mutasi dan perubahan dalam organisma tersebut, yang mana ia
boleh mendatangkan kesan buruk.

KEGAGALAN TANAMAN YANG MELUAS


 Kejuruteraan genetik dijalankan untuk membuat duit dengan
pempatenkan benih yang dihasilkan melalui kejuruteraan genetik.
Ini bermakna, apabila peladang menanam benih-benih ini, kesemua
benih adalah sama, tidak seperti tanaman biasa yang lain.
Akibatnya, jika kulat, virus atau haiwan perosak tertentu
menyerang tanaman ini, keseluruhan tanaman akan gagal.
Ancaman Kepada Keseluruhan Sistem Makanan
Manusia

 Serangga, burung dan angin boleh membawa benih-


benih KG ini ke ladang berhampiran dan tempat-
tempat yang lebih jauh lagi. Apabila tumbuhan
transgenik ini didebungakan, persenyawaan silang
boleh berlaku di antara tumbuhan yang asal dari
segi genetiknya dan tumbuhan liar yang sama jenis
dengannya. Kesemua tanaman, samada organik atau
tidak organik, adalah terdedah kepada pencemaran
gen ini.
CONTOH-CONTOH KEJAYAAN BIOTEKNOLOGI
&KEJURUTERAAN GENETIK

 Saudara pernah tak terfikir


bagaimana pada satu ketika
dahulu padi ditanam hanya
membuahkan hasil sekali
setahun manakala pada masa
kini padi hanya memerlukan
masa 4 bulan sahaja untuk
dituai? Dan pernah tak saudara
terfikir bagaimana hormon
insulin yang digunakan dalam
perubatan dihasilkan? Semua
ini melalui proses bioteknologi.
 Beberapa tahun lepas ,
beberapa orang saintis
telah menunjukkan
bagaimana gen kunang
kunang yang dipindahkan
kedalam pokok tembakau
dan hasilnya kita dapat
melihat pokok tembakau
tersebut mengeluarkan
cahaya seperti kunang-
kunang! Menakjubkan
bukan!lihat gambar
Penantian sepasang suami
isteri selama lapan tahun untuk
menimang cahaya mata
berakhir, apabila anak mereka
lahir di Pusat Perubatan
Sunway di sini, kelmarin
melalui kaedah persenyawaan
tabung uji (IVF).
Bayi perempuan pasangan
Chiew Yuen Yee, 44, dan
Suaminya, Tee Eng Huat, juga
44, itu diberi nama Puteri
Nataliya Sonia Azizah.
Ibu Tumpang
 Ibu tumpang adalah fenomena yang masih baru
diperkatakan di negara kita. Namun di luar negara
terutamanya Amerika dan Eropah fenomena ibu
tumpang sudah menjadi satu pekara biasa. Kadar
permintaan ibu tumpang amat tinggi diatas
permintaan pelanggan pasangan yang kurang
upaya mendapatkan anak, dan juga dari alasan lain.

 Perkhidnatan ibu tumpang boleh didapati


dimana mana buku yellow pages mahupun
web site di internet. Biasanya perkhidmatan
ini diatur oleh agensi agensi secara sah.
Agensi ini mengatur dari awal dari segi
pengiklanan dan menyimpan data data
pengurusan kesihatan dan undang-undang
pada ibu terbabit dan pelanggan sehinggalah
proses melahirkan anak tersebut. Kira kira
sejumlah wang yang besar sepuluh ribu dollar
sehingga seratus ribu dollar diperlukan bagi
yuran kontrak dan pembiayaan kesihatan ibu
tumpang semasa mengandung.
PANDANGAN ISLAM TERHADAP PENGKLONAN
Ajaran syariat Islam mengajarkan kita untuk tidak boleh berputus asa dan
menganjurkan untuk senantiasa berikhtiar (usaha) dalam menggapai karunia
Allah SWT.
 Demikian halnya di ntara pancamaslahat yang diayomi oleh maqashid asy-
syari’ah (tujuan filosofis syariah Islam) adalah hifdz an-nasl (memelihara
fungsi dan kesucian reproduksi) bagi kelangsungan dan kesinambungan
generasi umat manusia. Allah telah menjanjikan setiap kesulitan ada solusi
(QS.Al-Insyirah:5-6) termasuk kesulitan reproduksi manusia dengan adanya
kemajuan teknologi kedokteran dan ilmu biologi modern yang Allah
karuniakan kepada umat manusia agar mereka bersyukur dengan
menggunakannya sesuai kaedah ajaran-Nya.
 Masalah inseminasi buatan ini sejak tahun 1980-an telah banyak
dibicarakan di kalangan Islam, baik di tingkat nasional maupun
internasional. Misalnya Majlis Tarjih Muhammadiyah dalam
Muktamarnya tahun 1980, mengharamkan bayi tabung dengan sperma
donor sebagaimana diangkat oleh Panji Masyarakat edisi nomor 514
tanggal 1 September 1986.

 Lembaga Fiqih Islam Organisasi Konferensi Islam (OKI) dalam


sidangnya di Amman tahun 1986 mengharamkan bayi tabung dengan
sperma donor atau ovum, dan membolehkan pembuahan buatan dengan
sel sperma suami dan ovum dari isteri sendiri. Vatikan secara resmi tahun
1987 telah mengecam keras pembuahan buatan, bayi tabung, ibu titipan
dan seleksi jenis kelamin anak, karena dipandang tak bermoral dan
bertentangan dengan harkat manusia.

 Mantan Ketua IDI, dr. Kartono Muhammad juga pernah melemparkan


masalah inseminasi buatan dan bayi tabung. Ia menghimbau masyarakat
Indonesia dapat memahami dan menerima bayi tabung dengan syarat sel
sperma dan ovumnya berasal dari suami-isteri sendiri.
 Dengan demikian, mengenai hukum inseminasi buatan dan bayi
tabung pada manusia harus diklasifikasikan persoalannya secara
jelas.

 Bila dilakukan dengan sperma atau ovum suami isteri sendiri,


baik dengan cara mengambil sperma suami kemudian
disuntikkan ke dalam vagina, tuba palupi atau uterus isteri,
maupun dengan cara pembuahannya di luar rahim, kemudian
buahnya (vertilized ovum) ditanam di dalam rahim istri; maka hal
ini dibolehkan, asal keadaan suami isteri tersebut benar-benar
memerlukan inseminasi buatan untuk membantu pasangan
suami isteri tersebut memperoleh keturunan.

 Hal ini sesuai dengan kaidah ‘al hajatu tanzilu manzilah al


dharurat’ (hajat atau kebutuhan yang sangat mendesak
diperlakukan
SALAMAT AT
PAGPALAIN KA
WA!!!!!!
(THANK YOU VERY P

MUCH!!!!GUD
R
E
A
P
A
R
E
D

B
Y

LUCK)
E
E
N
D
H
A

You might also like