You are on page 1of 4

DAPATAN KAJIAN

JENIS KEGIATAN
Penduduk di kawasan Tanam Aman melibatkan diri dalam pelbagai jenis kegiatan

ekonomi, antaranya ialah :

Pertanian

Daripada 80 orang respon.en yang ditemu bual, didapati seramai 32 orang

daripadanya terlibat dalam kegiatan pertanian. Kebanyakan kawasan pertanian mereka

dimiliki oleh petani sendiri dan mereka mengerjakan tanah pertaniaan mereka secara

bekerjasama. Mereka menanam padi dan getah di atas tanah-tanih yang subur. Keluasan

tanah pertanian mereka agak luas, kira-kira 8 ekar persegi. Mereka tidak menggunakan

teknologi yang lebih canggih seperti negara Jepun. Semua kegiatan pertanian yang

dijalankan dapat membukal makanan di seluruh kawasan kajian. Selain menawarkan

banyak peluang pekerjaan, kegiatan ini juga merupakan pembekal bahan mentah kepada

pelbagai industri di kawasan kajian ini. Makanan tambahan bagi penduduk si kawasan ini

adalah seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.


Perindustrian

Terdapat 18 orang responden yang terlibat dalam kegiatan perindustrian. Antara

kegiatan perindustrian berasaskan padi. Padi yang dituai akan diproses untuk dijadikan

beras. Beras merupakan keperluan penduduk di kawasan Tanam Aman untuk terus hidup.

Penduduk di kawasan kajian saya rajin dan sangat bertanggungjawab dalam pekerjaan.

Mereka menerima pendapatan yang agak lumayan dalam sebulan. Mereka berulang-alik

ke kilang setiap hari kecuali hari cuti umum. Mereka menggunakan pengangkutan darat

seperti bas, motosikal, dan lain-lain lagi, tetapi tidak menggunakan pengangkutan darat

lebih canggih seperti di Jepun.

PERDAGANGAN

20 orang responden yang ditemubual merupakan responde yang terlibat dalam

kegiatan perdagangan. Kegiatan perdagangan yang dijalankan hanyalah kegiatan

perdagangan secara kecil-kecilan. Contoh kegiatan yang dijalankan ialah kedai runcit,

restoran, pasar mini, dan lain lagi. Mereka merupakan pedagang runcit yang sentiasa

menjaga kebersihan premis-premis perniagaan mereka. Mereka tidak menggunakan

peralatan perdagangan yang moden seperti yang digunakan di negara Jepun.


PERKHIDMATAN

Daripada 80 orang responden yang ditemubual, didapati 11 orang responden

sahaja yang terlibat dalam kegiatan perkhidmatan seperti perkhidmatan pendidikan.

Sistem pendidikan di sini sangat berkesan untuk melahirkan generasi yang berdisiplin,

bertanggungjawab serta menjadi insan yang berguna pada masa hadapan, walaupun

sistem pendidikan di sini tidak semoden sistem pendidikan di negara Jepun. Selain itu,

sistem pengangkutan dan perhubungan turut disediakan oleh Majlis Daerah Kota Star.

Perkhidmatan di sini dapat memudahkan penduduk di sekitar Taman Aman melakukan

kegiatan harian dengan mudah dan selesa. Antara sistem pengangkutan yang disediakan

ialah bas awam, teksi dan sebagainya. Sistem pengangkutan ini digunakan untuk pergi

tempat kerja, pusat bandar dan lain-lain lagi. Mereka menggunakan sistem pengangkutan

dan perhubungan yang disediakan dengan penuh hemah dan hati-hati walaupun tidak

dapat menikmati pengangkutan dan perhubungan yang jauh lebih moden seperti di negara

Jepun.

Saya amat bersyukur kerana dapat tinggal di kawasan Anak Bukit yang

penduduknya terlibat dalam pelbagai kegiatan ekonomi yang mendatangkan nilai dan

pendapatan kepada penduduknya.

You might also like