P. 1
Produk Kayu Tempatan Untuk Penghasilan Perabot

Produk Kayu Tempatan Untuk Penghasilan Perabot

|Views: 2,516|Likes:
Published by Ariechad Azieme

More info:

Published by: Ariechad Azieme on Jun 10, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/12/2013

pdf

text

original

2.

1 Produk Kayu Tempatan Menurut Malaysian Timber Industry Board (M11B) di dalam kertas bertajuk //Specifying Timber for Building Constructions/ kayu-kayan ternpatan dikelas kepada 4 kumpulan utama iaitu; (a) Kumpulan kayu keras yang berat (HHW -Heavy Hardwood) Jenis kayu adalah cengal, balau/selayan barn, kekatong, merbau, tembesu dan resak. (b) Kumpulan kayu keras yang sederhana berat (MHW - Medium Hardwood) Jenis kayu adalah kapur, kempas, keruing dan tualang. (c) Kumpulan kayu keras yang ringan (LHW - Light Hardwood) Jenis kayu adalah jelutung, meranti, nyatuh, ramin, sepetir dan kayu getah ( d) Kumpulan kayu yang lembut (SW - Softwood) Jenis kayu adalah damar minyak, geronggang, jelutorig, petai, sesendok, terap dan terentang.

2.1.1

Ciri-Ciri dan Kegunaan Kayu Tempatan Untuk Perabot

Boleh dikatakan semua kayu di negara ini sesuai untuk digunakan membuat perabot. Tetapi ianya bergantung kepada sturktur kayu tersebut. Bagi kategori kayu keras dan berat, kesemua jenis boleh digunakan untuk membuat perabot. Sebagai contohnya ialah merbau dan tembesu boleh dibuat kerja hiasan, parket dan perabot. Bagi kategori kayu keras dan sederhana berat, hanya kayu tualang sahaja sesuai untuk dibuat perabot. Seterusnya semua jenis kayu keras dan ringan sesuai dibuat perabot. Kayu-kayu itu ialah nyatuh, meranti, ramin, sepetir dan kayu getah. Begitu juga dengan kayu lembut iaitu damar minyak, jelutung, geronggang, petai dan pulai adalah sesuai untuk perabot. Melalui Jadual di bawah di ceritakan mengenai iri-ciri dan kegunaan kayu tempatan Malaysia. \

1

Jadual : Ciri-Ciri dan Kegunaan Kayu Di Malaysia Kekuatan Kumpulan Nama Ketumpatan Tekanan 1. Cengal 993 kg/m3 2. Balau (A) Keras dan Berat 3. Kekatung 4. Merbau 5. Resak 6. Tembusu 1. Kempas (B) Keras dan Sederhana Berat 2. Keruing 3. Kapur 4. Tualang 1. Nyatuh 2. Meranti 3. Ramin 4. Sepetir 5. Kayu getah 1. Damar minyak (0) 2. Jelutung Kayu lembut 3. Geronggang 4. Petai 5. Pulai 926kg/m3 926kg/m3 791kg/m3 875kg/m3 758kg/m3 707kg/m3 657kg/m3 707kg/m3 5.93N/mm2 4.69N/mm2 3.38N/mm2 6.74N/mm2 8.00N/mm2 847kg/m3 1027kg/m3 9.98N/mm2

Kegunaan Kapal, rangka, ukiran kayu.

Jambatan, cerucuk,gelegar, lantai dan perabot. Rasuk, rangka pintu/tingkap, 11.38N/mm2 pemegang alai lantai parket dan panel. Kerja hiasan, parket, perabot, venier 9.17N/mm2 dan pemegang alat Pembinaan berat,tiang rasuk, cerucuk, 4.9 lantai, jambatan, kaval, rangka pintu / 11.45N/mm2 tingkap. Pembinaan berat, lantai parket dan 8.00N/mm2 perabot. Pembinaan berat, tiang gelegar, panel, 7.52N/mm2 jambatan, parket, gerobok, cerucuk dan pemegang alat. 4.349.17N/mm2 Pembinaan umum, tiang, landasan, jambatan dan gerabak lori Kekuda, rasuk dan tiang. Tiang, rasuk, parket, lantai dan perabot. Pintu, tingkap, rasuk, tiang, lantai, siling dan perabot. Pembinaan ringan, lantai,venier, perabot, papan lapis, pelapisan pintu, tingkap dan panel. Hiasan perabot, dinding dalam dan panel. Gerobok, panel dan perabot. Perabot, panel, parket dan susur tangga. Panel hiasan, vernier, papan lapis dan perabot. Bingkai gambar dan ukiran, pensel, patung.

(C) Keras dan Ringan

2.65N/mm2

Sumber: Kandar et al. Rekabentuk dan Teknologi 1: Asas Kejuruteraan awam dan Mekanikal 2008.

2

Gambar 1: Kabinet Dapor Perabot Kayu

Gambar 2: Set Meja Makan

3

2.2 Proses Rawatan Air Untuk Air Bersih Bagi Kegunaan Awam Syarikat pengeluar air di sesebuah negeri menjalankan proses rawatan air ketat dan mengikut piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia danm membekalkan air kepada pengguna. Syarikat itu mematuhi proses piawai ditetapkan dalam setiap langkah dan peringkat dalam rawatan air sebelum diagihkan kepada orang ramai. Berikut adalah proses rawatan air yang dijalankan di loji kendalian Loji Pembersihan Air Sungai.

A)

Muka Sauk.

Sebuah empangan limpah mengandungi beberapa unit pintu air yang dibina merentangi sungai. Pintu itu mengawal paras air sungai dan menghalakan air ke jejaring yang menghalang kemasukan sampah sarap kasar seperti daun dan ranting kayu. Air kemudiannya mengalir menerusi jejaring halus dan masuk ke ruang yang dilengkapi pendesak pasir bagi membuang pasir yang mendap sebelum mengalir ke lubang air mentah.

B)

Pam Air Mentah

Dari lubang itu, air mentah dipamkan dengan pam elektrik melalui paip ke loji pembersihan air. Lazimnya dua set pam dipasang iaitu satu set bertugas dan satu lagi dalam keadaan bersiap sedia. Selepas jangka masa ditetapkan, pam yang bertugas itu dihentikan dan pam bersiap sedia dihidupkan. Dengan cara ini, ada masa bertugas dan ada masa rehat untuk setiap pam.

C.

Pengudaraan

Di loji pembersihan, air mentah yang mula-mulanya tiba distruktur pengudaraan bagi menambahkan kandungan oksigen ke dalam air dan membuang gas terlarut. Kapur ditambah untuk meningkatkan

4

alkaliniti air ke tahap sesuai bagi memudahkan proses rawatan selanjutnya. Klorin juga didoskan untuk membunuh bakteria dan mengoksidasikan besi dan mangan (batu kiwi)

D.

Ruang Pencampuran

Selepas proses pengudaraan, air mentah dialirkan ke ruang pencampuran. Dalam proses ini, tawas didoskan bagi membolehkan pembukuan jisim halus dan membentuk gumpalan. Polyeletrolit kemudiannya didoskan bagi membantu proses pengentalan yang akan menguat dan membesarkan lagi gumpalan itu supaya bercantum dan mengelakkan daripada pecah. Melalui cara ini, ia senang dienapkan ke dasar tangki enapan.

E.

Tangki Enapan

Tangki enapan berfungsi memisahkan air yang akan berkelompok akan mendap melalui graviti atau kaedah lain. Air yang dipisahkan daripada mendapan kelihatan jernih dan akan dialirkan ke ruang penapis

F.

Penapis

Air jernih ditapiskan melalui lapisan pasir bagi memastikan tiada bahan terampal dalam air. Selepas penapisan, tahap warna air dan kekeruhan akan mencapai piawaian ditetapkan oleh Kementerian.

G.

Pemfluoridaan

Air yang ditapis akan mengalir ke tangki air bersih. Kandungan fluorida yang sesuai didoskan untuk mencegah kerosakan gigi, terutama di kalangan kanak-kanak.

5

H.

Pembetulan PH

Klorin dicampur untuk mengekalkan baki klorin sehingga air dibekalkan kepada pengguna. Baki klorin itu membasmi semua kuman jika ada. Kapur terhidrat dicampurkan untuk memastikan air yang akan dibekalkan mempunyai nilai PH yang sempurna akan mencegah air daripada mengaratkan bahan paip besi yang bersentuhan dengan air.

I.

Stesen Pam Air Bersih dan Kolam Imbangan

Air bersih perlu dipamkan melalui paip utama ke dalam imbangan yang lazimnyta dibina di atas bukit. Seperti stesen pam air mentah, lazimnya dua set pam dipasang iaitu satu set bertugas dan satu labi dalam keadaan bersiap sedia.

J.

Kolam Servis dan Kawasan Agihan

Dari kolam imbnagan, air dialirkan secara graviti ke kolam servis di kawasan berhampiran pengguna. Kolam ini seterusnya mengagihkan air ke kawasan pengguna.

K.

Pembuangan Sisa Enapcemar

Bagi memelihara alam sekitar, segala sisa enapcemar disalurkan ke tangki simpanan enapcemar dan seterusnya diproses di tangki penebalan enapcemat. Proses ini dapat megurangkan kandungan cecair dalam sisa enapcemar supaya mudah disimpan dalam danau enapcemar. Di danau enapcemar sisa itu dapat dikeringkan ke tahap lebih tinggi. Sisa yang kering itu kemudiannya diangkut dan dilupuskan di tapoak pelupusan sisa. Bagi keterangan lanjut, sila rujuk kepada rajah di bawah.

6

Rajah: Proses Rawatan Air

7

8

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->