You are on page 1of 3

KELEBIHAN BISMILLAH.

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih”

Bismillah adalah satu kata nama bahasa Arab yang digunakan


sebagai nama kolektif keseluruhan frasa Islam berulang
“bismillahi-r rahmani-r rahim”. Frasa ini menjadikan rangkap
pertama setiap “surah” (atau bab) Qur’an (kecuali untuk surah
kesembilan), dan digunakan dalam sejumlah konteks oleh orang
Islam.

Bismillah Miliki Pelbagai Kelebihan


Ayat Bismillah mempunyai pelbagai kelebihan dan keutaman tersendiri.
Disebutkan di dalam hadis yang bermaksud :

“Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka
ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t.”

Dalam satu hadis lain juga dinyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w.
bersabda:

“Tiada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah kecuali Allah s.w.t.


memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk
mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan.”

Selain itu sesungguhnya Bismillah mempunyai pelbagai khasiat lain.


Antaranya adalah :-
1. Barang siapa membaca Bismillah dan diikuti dengan lafaz, maka dia
akan dihindarkan daripada 70 musibah, kesusahan, penyakit akal dan
bebal.
2. Sesiapa yang mengamalkan membaca Bismillah sebanyak 21 kali
ketika hendak tidur, nescaya dia aman dan bebas daripada syaitan,
kecurian, maut yang mengejut dan sebarang bencana.
3. Apabila di baca sebanyak 19 kali apabila bertemu dengan orang yang
berpangkat besar, yang sombong dan garang, InsyaAllah akan
menjadi lembut.
4. Setiap kali bila memasuki rumah bacalah kalimah bismillah itu sekali,
insyaAllah diberkati dan mendapat kebahgiaan dalam rumahtangga
tersebut.
5. Apabila dibaca sebanyak 100 kali dan dihembuskan kepada penyakit
selama 3 hari berturut-turut, Insyaallah sembuh penyakitnya.
6. Barang siapa membaca Bismillah ketika hendak bersetubuh (jimak)
maka anaknya kelak akan menjadi orang yang cerdas dan terbuka
hatinya sehingga anak-anak yang soleh.
7. Jika didapati seseorang yang sedang pengsan, maka hendaklah
dibacakan Bismillah sebanyak 41 kali pada telinganya, insya-Allah, dia
akan sedar dan kembali siuman dengan serta merta.
8. Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 313 kali dan selawat ke
atas Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 100 kali pada hari ahad di saat
matahari terbit dengan mengadap kiblat.Maka Allah s.w.t. akan
menganugerahkan rezeki tanpa diduga sama sekali.
9. Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 786 kali lalu ditiupkan
pada air sebelum diberi minum kepada seseorang yang bebal selama
tujuh hari sebelum matahari terbit, maka akan lenyaplah
kebebalannya dan insya-Allah dia akan mudah hafal terhadap apa
yang didengarnya.
10. Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 50 kali dihadapan
orang zalim atau penguasa yang bengis, maka dia akan segera tunduk
atau ketakutan.
11. Barang siapa menulis Bismillah 101 kali lalu diletakkan di
sawahnya, maka insya-Allah sawah itu akan menjadi subur dan
terjaga daripada sebarang bencana.
12. Sesiapa yang menpunyai hajat kepada Allah s.w.t maka
sebaiknya dia berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat.
Kemudian pada hari Jumaat itu, dia mandi sunat dan berwuduk
sebelum berangkat untuk sembayang Jumaat dengan bersedekah
semampunya. Selepas sembayang Jumaat, dia hendaklah membaca
satu doa yang bermaksud : Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon
kepada- mu dengan nama-Mu, dengan nama Allah Yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang
mengetahui yang ghaib dan yang terang, Dialah Yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang.” Aku mohon kepada-Mu dengan namu-MU
dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang
tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup dan tidak pernah mengantuk
apa lagi tidur (sampai akhir hayat). Dialah yang penuh kebesaran-Nya
di langit dan di bumi. “Dan aku memohon kepada-Mu dengan nama-
Mu, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
yang melutut kepadanya setiap wajah, tunduk kepada-Nya riqab
(tengkok) dan khusyuk bagi-Nya setiap hari kerana terlalu takut, dan
mengalir kerana-Nya air mata, berilah selawat serta salam, kepada
penghulu kami Muhammad s.a.w. keluarga dan sahabatnya, dan
berilah kepadaku apa yang ku hajati, tunaikanlah apa aku hajatkan
……. ” Insya-Allah apa yang menjadi hajatnya pasti akan dikabulkan
oleh Allah s.w.t. dengan segala keizinan dan keagungannya.
13. Bagi seseorang yang ingin sentiasa dilapangkan dan
dipermudahkan rezekinya serta mempunyai keberkatan luar biasa,
disegani dan dimuliakan oleh makhluk, maka hendak membaca
Bismillah sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalahannya
dan membaca doa yang bererti : ” Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu
rahmat-Mu dan kurniaMu serta rezeki-Mu. Curahkanlah keatasku
perasaan reda kepada-Mu dan bertakwa kepada-Mu. Mudahkalah
untuk memperolehi rezeki-Mu dani sekalian makhluk-Mu,
sesungguhnya Engkau berkuasa ke atas setiap sesuatu”.
14. Untuk mengubati sesuatu penyakit, boleh diikhtiarkan dengan
menulis Bismillah sebanyak 66 kali lalu diberi air diberi minum kepada
orang yang berpenyakit dan orang yang terkena cubaan.
15. Untuk mengubati sakit pening pula hendaklah ditulsikan lafaz
Bismillah sebanyak 21 kali ke atas kertas lalu dikalungkan kepada
orang sakit kepala itu.
16. Bagi orang yang mengharap supaya hajatnya dikabulkan oleh
Allah s.w.t. dia hendaklah membaca Bismillah selesai sembahyang
Asar pada hari Jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis dan
menghadap kiblat sehinggalah matahari terbenam. Kemudian,
mohonlah kepada Allah mengenai hajat yang dimintanya, insya-Allah
dengan semalam kemurahan dan sifat Rahman dan Rahimnya akan
dikabulkan Oleh Allah.
17. Barang siapa yang menulis lafaz Bismillah sebanyak 50 kali
dengan huruf jawi lalu dibawa dan pergi ke depan orang zalim, maka
dia kan terhindar daripada sebarang niat jahat itu. Ketika
menghadapnya, hendaklah dia membaca Bismillah sebanyak 50 kali
pula.

Dari http://blog.mixterr.com/kelebihan-bismillah/

You might also like