You are on page 1of 29

KESAN PEMBELAJARAN KOPERATIF TEKNIK THINK-PAIR-SHARE TERHADAP

MARKAT PENCAPAIAN KARANGAN BAHASA MELAYU


PELAJAR TINGKATAN 4

Munsyi Norliza binti Abu Bakar


Jabatan Pengajian Melayu
IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesan pembelajaran koperatif think-pair-share


terhadap markat pencapaian karangan Bahasa Melayu pelajar tingkatan 4. Kajian
dijalankan menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen model single group pretest-posttest
design terhadap 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Empat Sekolah
Menengah Kebangsaan Bandar Maharani, Muar, Johor. Dapatan kajian dinyatakan dalam
bentuk jadual yang diperoleh daripada analisis yang dibuat melalui min, sisihan lazim dan
ujian-t. Kajian menunjukkan min pencapaian pelajar dalam ujian pra adalah di peringkat
memuaskan, manakala pencapaian dalam ujian pasca berada pada tahap cemerlang .
Ujian-t yang dijalankan mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian
pelajar dalam ujian pra dan ujian pasca penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu
menggunakan strategi pembelajaran koperatif teknik Think-Pair-Share. Pelajar
memperoleh pencapaian yang lebih baik dalam ujian pasca berbanding pencapaian dalam
ujian pra .

BAB 1: PENGENALAN

Latar Belakang Kajian

Globalisasi telah mengubah senario pendidikan kini. Pendidikan di Malaysia telah


mengalami reformasi untuk mencapai Wawasan 2020 agar dapat melahirkan generasi baru
yang boleh bersaing di arena antarabangsa. Sehubungan dengan itu, warga pendidik
perlulah peka dengan perubahan dalam sistem pendekatan serta sentiasa bersifat dinamik
dalam menongkah arus perubahan ini. Warga pendidik yang merupakan pencorak generasi
baru Malaysia harus bersedia untuk melakukan perubahan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran agar produk yang dihasilkan oleh institusi pendidikan dapat memenuhi
tuntutan pasaran pekerjaan yang semakin mencabar kini.

1
Dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, kita memerlukan paradigma dalam
pengajaran dan pembelajaran. Potensi diri pelajar perlulah dieksploitasi secara maksimum
dan optimum agar pembelajaran dan pengajaran bukan sahaja menjadi lebih menarik dan
berkesan malah menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan dalam pencapaian diri pelajar-
pelajar. Peranan guru terpaksa ditransformasikan daripada penyampai ilmu pengetahuan
kepada pemudah cara atau fasilitator; membimbing pelajar meneguhkan strategi
pembelajaran dan pemprosesan maklumat agar mereka berupaya menentukan hala tuju
pemikiran mereka serta merangka strategi pencapaian.(BPG 2002)
Oleh itu, transformasi bukan sahaja dari sudut medium penyampaian ilmu pengetahuan
iaitu guru tetapi juga peranan pelajar itu sendiri. Pelajar perlu berupaya menjana
pemahaman dan pengetahuan mereka secara maksimum dengan mengeksploitasi pelbagai
sumber ilmu pengetahuan yang ada kini,(KPM 1999). Untuk mencapai matlamat tersebut,
pelajar perlu melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang
dirangka. Suasana pembelajaran yang kondusif akan dapat melibatkan pelajar secara aktif
dalam pembelajaran iaitu melalui kepelbagaian aktiviti seperti penyelesaian masalah,
pembelajaran secara pengalaman, dan pengaplikasian teknologi secara inovatif.

Pernyataan Masalah

Penulisan karangan merupakan satu kemahiran menulis bagi menguji kemampuan pelajar
dalam berbahasa serta dapat menyampaikan isi dengan huraian yang lengkap. Dalam
pengajaran bahasa, strategi pengajaran yang disarankan ialah pengajaran dan
pembelajaran berpusatkan pelajar(PPK 2001). Kaedah pengajaran dan pembelajaran guru
antara yang disarankan dalam sukatan pelajaran sekolah bestari ialah pembelajaran secara
koperatif (KPM 1999), justeru pada tahun 2010 semua sekolah di Malaysia akan dijadikan
sekolah bestari. Namun, penggunaan strategi pembelajaran tradisional masih meluas dalam
kalangan guru iaitu pendekatan berpusatkan guru kerana guru masih kurang kemahiran
dan kepakaran dalam menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran (Salbiah 2000).
Oleh itu, pengkaji berpendapat amatlah perlu untuk mengkaji penggunaan strategi
pengajaran dan pembelajaran dalam meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan
pelajar.

2
Kerangka Konseptual Kajian

Rawatan
(4 minggu)
Kumpulan Pembelajaran
UJIAN PRA UJIAN
Rawatan Koperatif
(Pencapaian) PASCA
(Think- Pair-
Share) (Pencapaian)

PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


(One- group Pretest-Posttest Design )

Rajah 1.1 Kerangka Konseptual Kajian Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Markat
Pencapaian Karangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4

Kajian ini menggunakan kaedah kuasi-eksperimen one group pretest- posttest design
(Wiersma 2000, Jackson 2003). Satu kumpulan rawatan akan dipilih secara intact dan
diberikan ujian pra dalam penulisan karangan berpandu bagi menguji pencapaian mereka.
Rawatan akan dijalankan selama 4 minggu menggunakan strategi pembelajaran koperatif
think-pair-share. Selepas itu ujian pasca akan diberikan untuk melihat pencapaian pelajar
dalam penulisan karangan berpandu.

Objektif Kajian:

1 Mengenal pasti pencapaian pelajar dalam ujian pra penulisan karangan berpandu
Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-Pair-Share
2 Mengenal pasti pencapaian pelajar dalam ujian pasca penulisan karangan berpandu
Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-Pair-Share
3 Mengenal pasti perbezaan pencapaian pelajar antara ujian pra dan ujian pasca dalam
penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran
koperatif model Think-Pair-Share

Soalan Kajian
1 Sejauh mana pencapaian pelajar dalam ujian prapenulisan karangan berpandu
Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-Pair-
Share

3
2 Sejauh mana pencapaian pelajar dalam ujian pascapenulisan karangan berpandu
Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-Pair-
Share
3 Adakah terdapat perbezaan pencapaian pelajar antara ujian pra dengan ujian pasca
dalam penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu dengan menggunakan strategi
pembelajaran koperatif model Think-Pair-Share

Hipotesis Kajian

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian pelajar
antara ujian pra dengan ujian pasca dalam penulisan karangan berpandu
Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-
Pair-Share

Kepentingan Kajian

Kajian ini penting kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri,
Pejabat Pelajaran Daerah dan pihak sekolah dalam merangka program bagi meningkatkan
prestasi kecemerlangan dalam penulisan Bahasa Melayu pelajar-pelajar serta mengatur
program dalam meningkatkan strategi pengajaran Bahasa Melayu dalam kalangan guru.
Selain itu, kepentingan kajian ini kepada pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia
adalah untuk merangka kursus yang lebih rinci berkaitan pelbagai teknik dalam strategi
pengajaran kooperatif.

Batasan Kajian

Kajian kuasi-eksperimen ini terbatas kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 di Sekolah


Menengah Bandar Maharani, Muar, Johor. Responden dipilih seramai 30 orang yang diajar
menggunakan kaedah pembelajaran koperatif think- pair- share selama 4 minggu. Penilaian
adalah berdasarkan pencapaian mereka dalam aspek bahasa dan isi dengan menggunakan
strategi pembelajaran tersebut.

Definisi Operasional

Pencapaian

Dalam kajian ini pencapaian dinilai berdasarkan markat yang dicapai melalui penulisan
karangan yang diberi. Pencapaian pelajar adalah berdasarkan penskoran yang ditetapkan
oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (2005). Dalam kajian ini pencapaian bermaksud

4
markat yang dicapai dalam penulisan karangan berdasarkan penskoran yang ditetapkan
oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Pembelajaran Koperatif

Slavin (1990) mendefinisikan pembelajaran koperatif sebagai pelajar bekerjasama untuk


belajar dan bertanggungjawab atas pembelajaran rakan kumpulan serta diri mereka sendiri.
Tiga konsep utama ialah ganjaran kumpulan, akauntabiliti individu, dan peluang kejayaan
yang saksama.
Menurut Kagan and Kagan’s (1994) pembelajaran koperatif ditunjangi oleh empat
prinsip iaitu “simultaneous interaction, equal participation, positive independence and
individual accountability”. Neil Davidson (1990), Johnson et. Al (1994), dalam Slavin (1991)
mendefinisikan pembelajaran koperatif sebagai menyiapkan satu tugasan secara kumpulan
melalui perbincangan dan seterusnya mencapai resolusi, berinteraksi secara bersemuka
dalam kumpulan kecil dalam suasana bekerjasama dan bantu-membantu melalui
akauntabiliti individu. Menurut Kagan (1994), think-pair-share dibangunkan oleh Prof Frank
Lyman dan rakan-rakan dari University of Maryland Howard County Southern Teacher
Education Center berasaskan pendekatan struktural Kagan. Pendekatan ini berasaskan
kemahiran berfikir yang tinggi dan sangat berkesan dalam pembelajaran.
Lyman (1981,1989) menjelaskan bahawa think-pair-share is a multimode
cooperative learning strategies that incorporates wait time, pair learning and signaling. Its
also a vehicle for numerous other structured or scripted, response possibilities in the share
mode such as vote, show and choral speak as well as for cognitive and social variations
within the think and pair modes.
Dalam melaksanakan think-pair-share terdapat 3 langkah iaitu:

Langkah 1- Think (Write) – Berfikir dan Menulis


Setiap pelajar berfikir secara sendirian dan mencatatkan isi daripada bahan bacaan atau
rangsangan mengikut masa yang diperuntukkan. Semasa perkongsian ada dalam kalangan
rakan yang tidak bersependapat tetapi ini adalah wajar dan dibenarkan. Proses berfikir
boleh berbentuk terarah atau berpandu, Kagan (1992).
Langkah 2 – Pair (Berpasangan)
Kumpulan membincangkan idea secara berpasangan. Langkah ini adalah peluang untuk
latihan kemahiran kolaboratif terhadap memberi dan menerima pujian.
Langkah 3 – Share ( Berkongsi )
Pasangan berkongsi idea dengan kumpulan berempat (square) atau seluruh kelas.

5
Oleh itu pembelajaran koperatif think-pair-share dalam kajian ialah pembelajaran
secara berpasangan melalui aktiviti berfikir, berpasangan daan berkongsi dengan rakan
sekumpulan.

Karangan Berpandu

Menurut LPM(2005) karangan berpandu merupakan penulisan yang bertemakan


bahan bahan rangsangan seperti gambar foto, gambar rajah, ilustrasi kartun, pelan, iklan,
petikan dan catatan. Karangan ini berbentuk respon terbuka berdasarkan bahan
rangsangan yang perlu dijawab dalam bentuk esei yang mengandungi tiga hingga empat isi
yang panjangnya di antara 200 hingga 250 patah perkataan. Bahan rangsangan dalam
karangan berpandu bertujuan untuk membantu pelajar menghuraikan, menjelaskan atau
membincangkan isi tersurat dan tersirat dan pemarkahan adalah berdasarkan skor yang
ditetapkan iaitu dinilai dari segi idea, wacana dan bahasa.
Objektif penulisan karangan berpandu ialah supaya pelajar dapat memproses
maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca dan ditonton untuk
memperoleh ilmu dan maklumat. Penulisan karangan berpandu adalah untuk mentaksir
keupayaan pelajar memahami dan menilai maklumat daripada pelbagai sumber secara
berkesan dan bertatasusila. Selain itu ia juga bertujuan untiuk mentaksir keupayaan pelajar
memahami respon positif terhadap maklumat dalam pelbagai bahan rangsangan. Pelajar
juga dinilai dari segi keupayaan menggunakan maklumat untuk menyelesaikan masalah dan
keputusan. Dalam kajian ini maksud karangan berpandu ialah bahan bergambar digunakan
sebagai panduan untuk menghasilkan penulisan.

BAB 2: KAJIAN LITERATUR

Kurikulum Bahasa Melayu

Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan
keterampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan
harian, pendidikan dan pekerjaan. Kandungan Sukatan Pelajaran meliputi perkara berikut:
i. Bidang pembelajaran (pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai
berasaskan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis)
ii. Hasil pembelajaran (perincian kemahiran dipertingkatkan kepada 3
aras berdasarkan kebolehan pelajar iaitu aras paling asas yang harus
dikuasai oleh murid yang paling rendah pencapaiannya, aras sederhana

6
yang sepatutnya dikuasai oleh kebanyakan murid dan aras tinggi yang
mencabar kebolehan murid cemerlang).
iii Cadangan aktiviti/ sumber/ teknik (pilihan aktiviti yang dicadangkan
untuk mencapai hasil pembelajaran).

(Kementerian Pendidikan Malaysia 2003)

Kurikulum Bahasa Melayu edisi Sekolah Bestari (KPM1998) menyepadukan kemahiran-


kemahiran berbahasa iaitu mendengar bertutur, membaca, menulis dan pelbagai kemahiran
generik serta kemahiran menggunakan teknologi secara langsung dan tidak langsung.
Kandungan kurikulum bestari memberi tumpuan kepada empat komponen utama iaitu
pengetahuan, kemahiran, nilai dan kecekapan berkomunikasi. Aspek komunikasi, kognitif,
fizikal, afektif, emosi dan sosial menjadi domain kepada perkembangan menyeluruh ini.
Semuanya disepadukan dengan teknologi dan keupayaan pelajar (Kementerian Pendidikan
Malaysia 1997).

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Strategi pengajaran ialah cara penyampaian isi kandungan dan objektif pembelajaran yang
akan dicapai secara induktif atau deduktif, (Burden & Byrd,1994). Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KPM 2003) menyenaraikan strategi pengajaran dan pembelajaran
adalah bercirikan:
i. Pendekatan Berpusatkan pelajar
Strategi pengajaran yang membolehkan pelajar berinteraksi dan menguasai
kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri agar pelajar dapat membina
keyakinan berbahasa. Pendekatan ini selari dengan pendekatan masteri yang
menekankan keperluan bagi memastikan pelajar menguasai hasil
pembelajaran dan maju mengikut kadar keupayaan sendiri. Aktiviti penilaian,
pemulihan dan pengayaan adalah sebahagian daripada proses pengajaran
dan pembelajaran.
ii. Kepelbagaian Teknik
Pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang bersesuaian dengan
kebolehan pelajar perlu digunakan oleh guru untuk meningkatkan minat
pelajar terhadap pelajaran. Keberkesanan pengajaran bergantung kepada
pengolahan teknik, serta penggunaan bahan bantu dan teknologi yang dapat
merangsang dan menggalakkan pelajar berinteraksi serta berfikir secara
kritis dan kreatif. Antara teknik yang disarankan ialah kaedah dan teknik

7
perbincangan, simulasi , projek dan inkuiri berasaskan kajian masa depan,
kecerdasan pelbagai dan konstruktivisme.
iii. Kepelbagaian Sumber dan Bahan
Penggunaan pusat sumber dan komputer bagi mendapatkan bahan dan
maklumat amat digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu serta untuk pembacaan luas.
iv. Penggunaan Tatabahasa yang Tepat
Guru perlu merancang dan memilih aspek tatabahasa yang hendak diajarkan
berserta contoh penggunaannya dalam pelbagai konteks dan kegiatan
bahasa yang bermakna sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
v. Pengajaran dan Pembelajaran Bertema
Melalui pengajaran dan pembelajaran bertema, kemahiran bahasa,
pembelajaran tatabahasa dan pengembangan kosa kata dapat disepadukan
dan dikukuhkan disamping menyerapkan ilmu dalam bidang lain. Tema
haruslah berkisar kepada bidang ilmu, hal persendirian dan kemasyarakatan
serta isu semasa.
vi. Bacaan Luas
Bacaan luas bertujuan untuk menimba lilmu pengetahuan dan sahsiah yang
baik serta meningkatkan daya berfikir dan minat untuk terus membaca.
Pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan secara serapan
menggunakan bahan ilmiah dan bahan sastera.
vii. Penggabungjalinan
Satu proses yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana
beberapa kemahiran dapat dikuasai secara serentak melalui proses ini.
Penggabungjalinan berlaku antara hasil pembelajaran, serta antara
kemahiran bahasa dengan tatabahasa, kosa kata dan peribahasa.
viii. Penyerapan
Proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai
tambah yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran. Penyerapan
unsur-unsur adalah seperti isi pelajaran Bahasa Melayu menyerapkan
pelbagai bidang ilmu yang mencakupi pelbagai tema serta hal-hal
persendirian dan kemasyarakatan. Semangat kewarganegaraan juga
diserapkan bersama nilai murni berlandaskan kepercayaan kepada tuhan
secara sedar dan terancang. Kemahiran berfikir pula diserapkan sacara
terancang dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Kemahiran bernilai tambah seperti teknologi maklumat dan komunikasi,
kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, konstruktivisme,

8
kecerdasan pelbagai dan pembelajaran kontekstual diserapkan dengan
mengambil kira kesesuaian dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai,
kebolehan murid serta sumber yang ada.
ix. Penilaian
Sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran ialah penilaian
dengan tujuan untuk menentukan pencapaian sesuatu hasil pembelajaran
supaya tindakan susulan dapat diambil.
x. Pemulihan
Aktiviti untuk membantu murid mencapai apa yang belum dicapai, dijalankan
mengikut kadar kemampuan murid.
xi. Pengayaan
Aktiviti yang perlu diberi penekanan kerana setiap pelajar adalah berbeza dari
segi kebolehan, keupayaan, bakat dan minat.

Strategi pengajaran di sekolah Bestari pula adalah berpusatkan pelajar dan guru
hanyalah sebagai pembimbing atau fasilitator. Hal ini kerana konsep Bestari ialah
pembelajaran terarah kendiri, akses kendiri dan kadar kendiri. Pelajar dibimbing supaya
bersedia menerima pengajaran dan berupaya untuk meneruskan pembelajarannya sendiri.
serta dilatih untuk berdikari, yakin pada diri sendiri dan meningkatkan rasa tanggungjawab.
Pelajar yang cerdas digalakkan supaya maju ke hadapan dan pelajar yang lemah diberikan
tugasan pada aras yang boleh dicapainya(asas). Pembelajaran digalakkan secara koperatif
dan koloboratif (Kementerian Pendidikan Malaysia 1997). Pelbagai strategi boleh dirancang
oleh guru supaya proses pengajaran pembelajaran menjadi lebih bermakna dan
menyeronokkan.
Antaranya adalah:
i) Terarah – Pembelajaran adalah untuk pemerolehan dan penguasaan
pengetahuan. Pelajar dilatih dalam prosedur tertentu termasuk latih tubi.
Sebagai contohnya pembelajaran masteri dan pengajaran secara langsung.
ii) Pemerhatian - Pelajar belajar dengan memerhati bagaimana sesuatu itu
dilakukan. Pembelajaran juga berlaku tanpa disedari, pemerhatian rapi diikuti
dengan peniruan atau pemerhatian formal cara kerja seseorang.
iii) Reflektif – Pembelajaran reflektif membantu pelajar mempelajari bagaimana
menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
mengenal pasti andaian melandasi sesuatu, menilai ketepatan andaian,
kesimpulan dan pegangan, menaakul perbezaan moral dan etnik termasuklah
pembentukan dan pemahaman konsep, inkuiri kesedaran dan nilai

9
iv) Generatif - Membantu pelajar mempelajari bagaimana untuk bertindak apabila
situasi memerlukan kreativiti, pemahaman, keaslian, rekaan dan penyelesaian
secara unik. Melatih pelajar dalam prosedur tertentu termasuklah percambahan
fikiran, peta minda, pemikiran lateral dan kreativiti.
v) Kolaboratif- Membantu pelajar mempelajari kemahiran untuk bekerja dan berfikir
bersama-sama untuk menyelesaikan masalah secara kumpulan. Sebagai contoh
pembelajaran koperatif, permainan pasukan, penyelesaian berdua dan
perbincangan kelas.
vi) Luar konteks- Pembelajaran melalui aktiviti yang berfokus dan berintensif pada
satu-satu masa seperti sesi hands-on seminar dan bengkel dan pembelajaran
kendiri.
vii) Metakognitif – Menilai dan merenungkan pembelajaran sendiri tentang apakah
yang telah saya lakukan? Bagaimanakan saya boleh memperbaiki prestasi?
Apakah bantuan yang saya perlukan?
(Kementerian Pendidikan Malaysia 2000)

Strategi yang ditekankan banyak yang berasaskan kepada teori-teori pengajaran


konstruktivisme, behaviorisme serta ‘brained based learning’. Burden & Byrd(2003)
menjelaskan strategi pengajaran berpusatkan pelajar termasuklah kaedah induktif inkuri.
Manakala kaedah perbincangan adalah berpusatkan pelajar atau berpusatkan guru
mengikut cara pelaksanaannya. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran Koperatif adalah satu strategi pengajaran di mana kumpulan kecil yang terdiri
daripada pelbagai kebolehan dan kecerdasan, menggunakan pelbagai aktiviti pembelajaran
untuk meningkatkan kefahaman tentang sesuatu subjek. Setiap ahli dalam kumpulan bukan
sahaja bertanggungjawab untuk menguasai pembelajaran malah saling membantu ahli
dalam kumpulan untuk belajar yang dan menghasilkan kejayaan setiap ahli kumpulan.
Pelajar melaksanakan tugasan bersama-sama sehingga semua ahli kumpulan berjaya
memahami dan menyelesaikan tugasan yang diberi. Menurut Azizah et.al (2000),
pembelajaran koperatif adalah bersandarkan tiga teori utama iaitu Teori Persandaran Sosial,
Teori Perkembangan Kognitif dan Tingkahlaku Pembelajaran. Pendekatan ini mementingkan
kerjasama antara kumpulan .
Dalam metodologi Pembelajaran Bersama, tugasan perbincangan dilakukan secara
kumpulan yang mengandungi empat hingga lima orang. Setelah selesai tugasan, pelajar-

10
pelajar akan diberi ganjaran dan pujian berdasarkan hasilan mereka yang berupa skor
setiap individu dalam kumpulan. Ganjaran juga diberikan untuk sikap dan semangat
kerjasama secara berpasukan sepanjang proses penyelesaian tugasan dijalankan.
Pembelajaran Koperatif merupakan satu pendekatan pengajaran kumpulan kecil yang
mementingkan kerjasama ahli di dalam kumpulan ke arah penggarapan input objektif
pengajaran yang optimum dan setiap individu bertanggungjawab untuk belajar bersungguh-
sungguh bukan sahaja untuk dirinya malah menyumbang ke arah kejayaan kumpulan
sebagai matlamat.
Robert Slavin (1990) dalam George et.al (1995) mendefinisikan pembelajaran Koperatif
sebagai suatu kaedah perkongsian idea di mana pelajar-pelajar bekerjasama dan
bertanggungjawab terhadap rakan kumpulan dalam pembelajaran untuk mencapai kejayaan
dan matlamat kumpulan. Neil Davidson dalam George et.al (1995) pula melihat
Pembelajaran Koperatif dari pelbagai perspektif iaitu perbincangan dan penyempurnaan
tugas kumpulan, interaksi bersemuka dalam kumpulan kecil, kebergantungan dan saling
membantu antara ahli kumpulan dan tanggungjawab setiap individu.
Dalam Pembelajaran Koperatif ahli-ahli kumpulannya adalah kecil iaitu terdiri daripada
tiga hingga lima orang pelajar yang mempunyai kebolehan dan sosio ekonomi yang berbeza
seperti perbezaan etnik, jantina, sosio ekonomi, serta pencapaian yang tinggi, sederhana
dan rendah. Setiap pelajar dalam kumpulan boleh meningkatkan pencapaian, meningkatkan
harga diri pelajar, memiliki sikap kemahiran berkolaborasi sesama rakan dan pergaulan
sekitarnya. (Stevens & Slavin 1995; Sharan 1992, Johnson & Johnson 1991; Kagan 1989)
Pembelajaran secara koperatif akan meningkatkan kejelekitan antara pelajar dalam
kumpulan kerana mereka terpaksa menerima kehadiran rakan sekumpulan, saling
mempelajari dan saling berempati. Pelajar juga perlu saling mempercayai agar
perbincangan yang dilakukan dalam pembelajaran dapat dijalankan dalam suasana
menyeronokkan, telus dan berhasil. (Susan Hill and Tim Hill ,1990)
Menurut David and Roger Johnson (2000, 2001) pembelajaran Koperatif adalah lebih
produktif berbanding belajar secara persaingan atau individu melalui lima elemen iaitu
saling bergantung secara positif antara ahli kumpulan pembelajaran dalam memberi
sumbangan demi kejayaan, setiap ahli berinteraksi secara bersemuka untuk meningkatkan
kejayaan antara satu lain, akauntabiliti individu dan setiap ahli kumpulan dalam
melaksanakan setiap tugasan dan tanggungjawab, hubungan interpersonal dan kemahiran
kumpulan kecil dalam membuat keputusan, komunikasi dan menangani konflik ketika
perbincangan secara bijak dan membuat rumusan tentang pencapaian dan hasilan
kumpulan ke arah penambahbaikan.
Takrifan yang diberi menjelaskan bahawa Pembelajaran Koperatif ialah kaedah
pembelajaran dalam kumpulan kecil yang hetrogenus dari segi latar belakang dan

11
pencapaian yang melibatkan proses pembelajaran berkongsi maklumat, tanggungjawab
individu yang saling membantu bagi mencapai sesuatu kejayaan secara bersama-sama.
Kepelbagaian ini akan mewujudkan perasaan akauntabiliti dan tanggungjawab serta saling
membantu sesama ahli dalam mencapai kejayaan kumpulan.

Kajian Lepas

Banyak kajian yang telah dijalankan berkaitan strategi pembelajaran koperatif Hasil kajian
yang dilakukan oleh Norijah(1997) mendapati pencapaian para pelajar dalam kaedah
pembelajaran koperatif modul (PKM) lebih tinggi berbanding pelajar dalam kaedah
pembelajaran modul (PM) dan pencapaian para pelajar kumpulan PM lebih tinggi
dibandingkan dengan pelajar kaedah pembelajaran tradisional (PT). Bagi perkaitan antara
pencapaian pelajar dengan kognitif pelajar, didapati pelajar-pelajar dalam kumpulan kaedah
PKM gaya kognitifnya tidak memainkan peranan yang signifikan daalm pencapaian Bahasa
Melayu mereka. Namun bagi kumpulan PM gaya kognitifnya mempengaruhi peningkatan
pencapaian pelajar. Kajian juga mendapati sikap dan minat pelajar sangat positif terhadap
pembelajaran PKM dan PM dan mereka memperlihatkan kesungguhan dan keyakinan yang
tinggi. Kesimpulan daripada kajian ini ialah jenis pengajaran dan pembelajaran yang
sistematik amat berkesan dan memberi sumbangan yang signifikan ke arah peningkatan
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Kajian yang dilakukan oleh Ahmad Najdi(2001),Razman (2001) dan Iskandar Shah
(2003) mendapati pembelajaran secara koperatif kaedah STAD sangat berkesan dalam
meningkatkan pencapaian pelajar Ahmad Najdi mendapati kemahiran membaca bagi mata
pelajaran Bahasa Arab Tinggi Tingkatan Empat meningkat dan kajian oleh Razman juga
mendapati kaedah koperatif STAD sangat berkesan dalam meningkatkan pencapaian
pelajar dalam menguasai kemahiran-kemahiran bahasa Arab komunikasi terutama
kemahiran bertutur dan membaca.
Kajian dalam disiplin ilmu lain yang telah dijalankan juga menunjukkan bahawa
penggunaan pembelajaran koperatif menunjukkan dapatan yang positif (Khatijah 1997; Nor
Azizah, Siti Rahayah dan Musa 1998; Lee Siew Gek 1999; Abd. Samat 2002; Salmiah
2003;Zainun 2003; dan Effandi 2003). Kajian Nor Azizah, Siti Rahayah dan Musa (1998)
mendapati pelajar memberikan respon yang positif terhadap penerapan nilai murni iaitu
bekerjasama, kejujuran dan kerajinan dan Lee Siew Gek(1999) mendapati bahawa kaedah
pembelajaran koperatif dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
Sains KBSM. Abd. Samat (2002) pula mendapati bahawa pencapaian dalam mata
pelajaran Matematik kumpulan homogenus adalah lebih baik daripada pencapaian

12
kumpulan hetrogenus, manakala kumpulan etnik Cina lebih baik pencapaiannya daripada
kumpulan etnik Melayu. Sementara itu dalam kajian yang dilakukan oleh Salmiah (2003)
untuk menentukan dan mengatasi masalah pengendalian dan pembelajaran berkumpulan
yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan Enam Atas dalam mata pelajaran Pengajian Am
mendapati kaedah ini dapat meningkatkan prestasi, menarik minat dan lebih berpusatkan
pelajar.
Effandi (2003) dalam kajiannya mendapati bahawa terdapat perbezaan secara
keseluruhan antara kumpulan koperatif dan kumpulan tradisional dalam kemahiran
menyelesaikan masalah, pencapaian matematik, kesedaran metakognitif, sikap terhadap
matematik dan sikap terhadap penyelesaian masalah. Zainun (2003) dalam kajiannya
terhadap kesan PK Model STAD ke atas sikap dan persepsi murid Tahun Lima dalam mata
pelajaran Matematik mendapati bahawa Ujian t menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan dari segi sikap pelajar terhadap matematik antara kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan. Analisis item mengikut kategori menunjukkan terdapat perbezaan sikap
yang signifikan bagi kategori keseronokan dalam matematik dan kategori aktiviti sosial
dalam matematik tetapi tidak ada perbezaan yang signifikan bagi kepentingan/ nilai dalam
matematik. Kedua-dua pelajar dan guru bersikap positif terhadap pembelajaran
koperatif.Maklumat yang didapati melalui temubual mendapati guru menyatakan pelajar
seronok dan berminat dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi pembelajran koperatif
mengambil masa yang lebih panjang untuk dilaksanakan.
Walau bagaimanapun Amizal (2000) mendapati dalam kajiannya terdapat
peningkatan kemahiran saintifik melalui pembelajaran secara koperatif berlaku dengan baik
berbanding secara tradisional jika dilihat dari segi persepsi guru dan pelajar. Daripada ujian
hipotesis didapati bahawa hanya satu sahaja kemahiran saintifk yang menunjukkan
perbezaan yang signifikan iaitu kemahiran mengelas berbanding kemahiran lain yang tidak
menunjukkan perbezaan yang signifikan iaitu kemahiran memerhati, mengukur dan
menggunakan nombor, mentafsir maklumat, meramal, berkomunikasi, manipulatif dan
menyelaesaikan masalah .
Selain kajian eksperimen, beberapa dapatan lain yang dijalankan melalui kajian
tinjauan bagi menilai pelaksanaan kaedah pembelajaran koperatif di sekolah mendapati
pelaksanaan di kalangan guru adalah sederhana. Penilaian input dan penilaian proses juga
adalah sederhana. Faktor seperti pengetahuan sedia ada guru, kursus dalam perkhidmatan
Jabatan Pendidikan Negeri, guru Pusat Sumber sekolah, perabut sekolah, kemudahan
fizikal sekolah, media pengajaran dan pembelajaran(P&P), tugas dalam perkhidmatan,
penglibatan guru-guru, pentadbir dan pelajar-pelajar mempengaruhi pelaksanaan kaedah
Pembelajaran Koperatif. (Ramlah Khalid 2003).

13
Mazlan(2002) telah mengkaji amalan pembelajaran koperatif oleh guru-guru dan
kesan ke atas sikap pelajar terhadap matematik. Dapatan kajian mendapati guru-guru
berminat dan yakin menggunakan amalan PK semasa mengajar matematik tetapi amalan
aktiviti kurang memuaskan. Tiada perkaitan amalan PK antara lokasi sekolah, jantina guru
dan pengalaman mengajar. Hasil kajian juga mendapati dapatan min skor kelas rawatan
lebih tinggi daripada kelas kawalan dan terdapat perbezaan yang signifikan dari segi trait
keseronokan, aktiviti sosial dan purata keseluruhannya.
Slavin (1980,1990) dalam kajian-kajiannya mendapati pembelajaran koperatif
membantu meningkatkan prestasi pelajar melalui peranan yang dimainkan oleh individu
dalam kumpulan masing-masing. Johnson et.al(1993), Slavin(1990) mendapati
pembelajaran koperatif bukan sahaja meningkatkan pencapaian akademik pelajar malah
meningkatkan pencapaian akademik murid melalui interaksi dalam kumpulan dan kerja
berpasukan. Hal ini turut disokong melalui dapatan kajian yang dilakukan oleh Kagan (1992,
1994), George M Jacobs, Gan Siowck Lee & Jessica Ball(1997), Nail Davidson & Toni
Worsham(1992)

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

Kaedah Kajian
Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kuasi eksperimen model single group
pretest -posttest design.

Reka Bentuk Kajian


Tujuan kajian ini ialah untuk melihat keberkesanan strategi pembelajaran koperatif dalam
pengajaran penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu. Kajian deskriptif kuantitatif ini
dijalankan menggunakan model kuasi–eksperimen. Rekabentuk ini dinyatakan seperti
berikut:

Kumpulan ujian pra eksperimen ujian pasca


GI O1 X1 O2
----------------------------------------------------------
4 minggu

Rajah 3.1:Reka bentuk penyelidikan kuasi- eksperimen


(Jackson 2003)

14
Singkatan: G1: Kumpulan Rawatan
O1: Ujian pra
X1: Eksperimen
O2: Ujian pasca

Menurut Jackson(2003) model ini dikenali sebagai single group pretest-posttest


design dengan tujuan untuk mengukur dapatan kajian sebelum dan selepas rawatan. G1
merupakan kumpulan rawatan menggunakan strategi pembelajaran koperatif think pair
share. Ujian pra diberi kepada G1. Rawatan dalam penulisan karangan berpandu
menggunakan strategi pembelajaran koperatif diberi selama 4 minggu. Kemudian diikuti
dengan ujian pasca.

Responden Kajian

Sampel kajian yang digunakan untuk menjalani rawatan ialah 30 orang pelajar Tingkatan 4
Rancangan Khas Agama di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Maharani, Muar,
Johor.

Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan model kuasi eksperimen dan instrumen utama yang digunakan
dalam kajian ini ialah kajian rintis, ujian pra dan ujian pasca. Ujian pra dan ujian pasca
menggunakan tajuk-tajuk yang telah ditetapkan.
Alat kajian yang digunakan adalah karangan berpandukan gambar yang diberi.
Panjang karangan yang perlu ditulis antara 200 hingga 250 patah berkataan berpandukan
gambar yang diberi.

1. Tajuk kajian ujian pra : Faedah menyambut perayaan kaum di Malaysia


2. Tajuk kajian ujian pasca: Cara-cara mengatasi pencemaran alam sekitar
3. Tajuk karangan yang diberikan dalam latihan menulis karangan:
3.1 Memanfaatkan masa lapang
3.2 Amalan gaya hidup sihat
3.3 Kempen anti merokok
3.4 Gejala vandalisme

15
Pembolehubah yang digunakan dalam kajian ini ialah strategi dalam pengajaran
karagan iaitu pembelajaran koperatif model think-pair-share dan pencapaian pelajar dalam
menulis karangan.

Kajian Rintis
Kajian rintis yang dijalankan bertujuan untuk :
1. Memastikan kesesuaian kandungan soalan karangan yang dikemukakan
2. Memastikan arahan yang diberi dapat difahami oleh pelajar
3. Menentukan kesesuaian masa menjawab soalan.

Daripada kajian rintis yang dijalankan oleh guru yang berpengalaman ke atas empat
buah kelas, pelajar berupaya untuk menjawab soalan dengan mengarang menggunakan
bahasa yang gramatis dan idea yang menepati tema. Perbincangan yang dijalankan dengan
guru-guru tersebut mendapati tajuk karangan berpandu yang digunakan adalah bersesuaian
untuk pelajar Tingkatan 4.

Tatacara Pemerolahan Data

Dalam pengumpulan data pengkaji telah memilih sampel yang sesuai, seterusnya
melakukan ujian pra, memberikan rawatan kepada kumpulan dan diikuti dengan ujian pasca.
Setiap kali rawatan dan ujian dijalankan pengkaji akan memeriksa karangan mengikut
skema pemarkahan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia(2005). Setelah
selesai rawatan dan ujian, data direkod dan dianalisis serta rumusan dibuat hasil daripada
dapatan.

Tatacara Penganalisisan Data

Data dianalisis melalui markat yang diperoleh dalam ujian pra dan ujian pasca
menggunakan program SPSS versi 11.5. Penganalisisan data dijalankan secara statistik
deskriptif dengan menggunakan taburan kekerapan dan ujian-t yang akan di dasarkan pada
aras signifikan 0.05 untuk menerima dan menolak hipotesis.

Pemarkahan

Pemarkahan yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan peraturan pemarkahan
karangan berpandu (LPM 2005). Skema pemarkahan adalah berdasarkan bahasa, wacana,

16
tema dan idea. Peringkat penilaian ialah cemerlang (26-30), kepujian (20-25), memuaskan
(15-19), kurang memuaskan (10-14), pencapaian minimum (01-09)

BAB 4: HASIL KAJIAN

Responden kajian terdiri daripada 30 orang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah
Kebangsaan Bandar Maharani,Muar Johor.

KEBERKESANAN STRATEGI PEMBELAJARAN KOPERATIF TERHADAP MARKAT


PENCAPAIAN KARANGAN BERPANDU BAHASA MELAYU

4.3.1 Pencapaian pelajar dalam ujian pra penulisan karangan berpandu Bahasa
Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model
Think-Pair-Share

Strategi Pembelajaran Markah Kekerapan Peratus N Min SL

Pembelajaran Koperatif 15-19 20 67%


20-25 10 33%
Think-Pair-Share 30 17.9 2.68
26 -30 0 0%

JADUAL 4.1: Analisis keputusan pencapaian pelajar dalam ujian pra penulisan
karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi
pembelajaran koperatif model Think-Pair-Share

Jadual menunjukkan keputusan analisis pencapaian pelajar dalam ujian prapenulisan


karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model
Think-Pair-Share. Keputusan ini menunjukkan 67% pelajar mendapat peringkat memuaskan
dengan memperoleh markah antara 15-19. Manakala 33% pelajar mendapat peringkat
kepujian dengan memperoleh markah antara 20 -25 . Min pencapaian pelajar dalam ujian
pra ialah 17.9 dan sisihan lazim ialah 2.68. Hal ini menunjukkan min pencapaian pelajar
adalah dalam peringkat memuaskan.

4.3.2 Pencapaian pelajar dalam ujian pasca penulisan karangan berpandu Bahasa

17
Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model
Think-Pair-Share

Strategi Pembelajaran Markah Kekerapan Peratus N Min SL

Pembelajaran Koperatif 15-19 0 0%


20-25 28 93.3%
Think-Pair-Share 30 23.97 1.397
26 -30 2 6.7%

JADUAL 4.2: Analisis keputusan pencapaian pelajar dalam ujian pasca penulisan
karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi
pembelajaran koperatif model Think-Pair-Share.

Jadual menunjukkan keputusan analisis pencapaian pelajar dalam ujian pos penulisan
karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model
Think-Pair-Share. Keputusan ini menunjukkan 0% pelajar mendapat peringkat memuaskan
dengan memperoleh markah antara 15-19 namun 93.3% pelajar mendapat peringkat
kepujian dengan memperoleh markah antara 20 -25. Sebanyak 6.7% pelajar mendapat
peringkat cemerlang dengan memperoleh markah antara 26-30. Keputusan ini menunjukkan
min pencapaian pelajar dalam ujian pra ialah 23.97 dan sisihan lazim ialah 1.397. Hal ini
menunjukkan min pencapaian pelajar adalah dalam peringkat kepujian.

4.3.3 Pencapaian pelajar antara ujian pra dan ujian pasca penulisan
karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran
koperatif model Think-Pair-Share

Strategi Pembelajaran N Min SL Ujian –t P


Ujian Pra 30 17.9 2.68
Ujian Pasca 30 23.97 1.397
2.045 0.00

JADUAL 4.3: Analisis keputusan pencapaian pelajar antara ujian pra dan ujian
pasca penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan
strategi pembelajaran koperatif model Think-Pair-Share

Jadual menunjukkan keputusan analisis pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos
penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran
koperatif model Think-Pair-Share. Keputusan ini menunjukkan min pencapaian pelajar
dalam ujian pra ialah 17.9 dan sisihan lazim ialah 2.68, manakala min pencapaian dalam

18
ujian pos ialah 23.97 dan sisihan lazim 1.397. Ha ini menunjukkan min pencapaian pelajar
meningkat dari peringkat memuaskan ke peringkat kepujian.
Keputusan ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara
pencapaian penulisan karangan berpandu menggunakan strategi pembelajaran koperatif
dalam ujian pra dan ujian pasca pada nilai t 2.045 dan P >0.05 . Strategi yang digunakan
telah memberi kesan kepada markat pencapaian pelajar. Oleh itu hipotesis nul iaitu tidak
terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian pelajar antara ujian pra dan ujian
pasca dalam penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi
pembelajaran koperatif model Think-Pair- Share ditolak.

BAB 5: RUMUSAN

Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesan pembelajaran koperatif terhadap pencapaian
karangan berpandu Bahasa Melayu pelajar tingkatan 4. Kajian dijalankan menggunakan
reka bentuk kuasi-eksperimen model single group pretest-posttest design (Wiersma2000,
Jackson 2003) terhadap 30 orang respoenden yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Empat
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Maharani, Muar, Johor. Dapatan kajian dinyatakan
dalam bentuk jadual yang diperoleh daripada analisis yang dibuat melalui min, sisihan lazim
dan ujian-t. Kajian menunjukkan min pencapaian pelajar dalam ujian pra adalah di
peringkat memuaskan, manakala pencapaian dalam ujian pasca berada di tahap cemerlang.
Ujian-t yang dijalankan mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian
pelajar dalam ujian pra dan ujian pasca penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu
menggunakan strategi pembelajaran koperatif teknik Think-Pair-Share. Pelajar
memperoleh pencapaian yang lebih baik dalam ujian pasca berbanding pencapaian dalam
ujian pra .

Perbincangan Dapatan Kajian

Kajian yang dijalankan adalah untuk meninjau kesan pembelajaran koperatif model think-
pair- share terhadap markat pencapaian karangan berpandu Bahasa Melayu. Dapatan yang
dianalisis secara deskriptif selaras dengan objektif kajian mendapati bahawa min
pencapaian pelajar dalam ujian pra penulisan karangan berpandu berada pada tahap
memuaskan iaitu 17.9% .Sebanyak 67% pelajar berada di peringkat memuaskan dan 33%
peratus sahaja yang berada di peringkat kepujian. Hal ini disebabkan pelajar masih belum
dapat menguasai kemahiran teknik menjawab penulisan karangan berpandu iaitu
penggunaan bahasa yang kurang gramatis dan penggunaan kosa kata serta frasa menarik

19
yang masih terhad. Selain itu pelajar juga tidak dapat menyampaikan idea mengikut tema
dengan baik serta huraian yang kurang jelas
Setelah menjalani rawatan selama 4 minggu menggunakan strategi pengajaran
koperatif think-pair-share, pencapaian pelajar dalam ujian pasca penulisan karangan
berpandu berada pada tahap kepujian dan cemerlang dengan min pencapaian iaitu
23.97%. Sebanyak 93.3% pelajar berada pada peringkat kepujian dan 6.7% berada pada
peringkat cemerlang. Teknik pembelajaran yang menekankan proses berfikir serta
perkongsian secara berpasangan dan kumpulan telah dapat meningkatkan kemahiran
menulis pelajar dalam aspek bahasa dan olahan idea, menepati tema yang diberi serta
huraian yang jelas dan menarik.
Analisis pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pasca penulisan karangan
berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-Pair-
Shar menunjukkan min pencapaian pelajar dalam ujian pra ialah 17.9 dan sisihan lazim
ialah 2.68, manakala min pencapaian dalam ujian pos ialah 23.97 dan sisihan lazim 1.397.
Hal ini menunjukkan min pencapaian pelajar meningkat dari peringkat memuaskan ke
peringkat kepujian. Keputusan ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan
antara pencapaian penulisan karangan berpandu menggunakan strategi pembelajaran
koperatif dalam ujian pra dan ujian pos pada nilai t 2.045 dan P >0.05 . Strategi yang
digunakan telah memberi kesan kepada markat pencapaian pelajar.
Dapatan kajian mendapati penggunaan strategi pembelajaran koperatif teknik think-
pair-share telah dapat merangsang daya berfikir pelajar untuk menjana idea bagi
mendapatkan maklumat berkaitan tema yang diberi sepanjang sesi pembelajaran. Proses
berfikir berlangsung dari langkah pertama hingga ke langkah akhir. Selain itu perkongsian
maklumat antara pelajar dapat menjalin hubungan interpersonal serta memperkaya
penguasaan bahasa dan menjadikan pelajar lebih kritis dalam membincangkan idea-idea
tertentu. Pelajar-pelajar yang pasif dan berpencapaian rendah dapat dibantu oleh pelajar
aktif dan berpencapaian tinggi menjana idea melalui soal-jawab yang dikemukakan semasa
proses interaksi dan hal ini telah dapat membantu meningkatkan proses berfikir pelajar-
pelajar Perkongsian maklumat secara berpasangan dan berkumpulan telah dapat
membantu pelajar untuk menyatakan dan menghuraikan idea dengan lebih bernas dalam
wacana yang lebh menarik. Lyman (1992) menyatakan bahawa dalam model think-pair-
share, idea-idea tersebut dapat dikembangkan dan dihuraikan dengan lebih jelas dan
menarik melalui sesi perbincangan. Kajian juga mendapati proses berfikir berlaku secara
berterusan dari awal sesi pembelajaran sehingga ke proses penulisan. Strategi ini telah
dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam penulisan karangan berpandu dari segi
bahasa dan idea yang disampaikan.

20
Menurut Bellanca & Fogarty(2003) strategi pembelajaran koperatif think-pair-share
dapat membantu pelajar mengingat fakta selepas pengajaran, mengaitkan pengalaman
lepas dalam pembelajaran serta merangsang proses berfikir pelajar serta menjadikan
suasana pembelajaran lebh menarik dan berkesan. Johnson et.al(1993)dan Slavin(1990)
mendapati pembelajaran koperatif bukan sahaja meningkatkan pencapaian akademik
pelajar malah meningkatkan pencapaian akademik murid melalui interaksi dalam kumpulan
dan kerja berpasukan.
Amizal (2000) menjelaskan dalam kajiannya terdapat peningkatan kemahiran
saintifik melalui pembelajaran secara koperatif berlaku dengan baik berbanding secara
tradisional jika dilihat dari segi persepsi guru dan pelajar dan Norijah(1997) mendapati
pencapaiaan pelajar menggunakan pembelajaran koperatif lebih tinggi berbanding
pembelajaran tradsional. Sikap dan minat pelajar juga menunjukkan kesungguhan dan
keyakinan yang tinggi. Kajian yang dilakukan oleh Ahmad Najdi(2001),Razman (2001) dan
Iskandar Shah (2003) mendapati pembelajaran secara koperatif sangat berkesan dalam
meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran bahasa.

Kesimpulan dapatan Kajian

5.4.1 Pencapaian pelajar antara ujian pra dan ujian pasca dalam penulisan karangan
berpandu bahasa melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif
model Think-Pair-Share

Hasil dapatan kajian yang dijalankan tentang kesan pembelajaran koperatif model
think-pair-share terhadap pencapaian karangan berpandu Bahasa Melayu dalam kalangan
30 orang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Maharani, Muar,
Johor mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian pelajar
dalam ujian pra dan ujian pasca. Pencapaian pelajar dalam ujian pasca adalah lebih baik
dengan min pencapaian 23.97 dan 93.3%pelajar berada di peringkat kepujian manakala
6.7% berada di peringkat cemerlang berbanding dalam ujian pra min pencapaian ialah 17.9
iaitu 67% di peringkat memuaskan dan 33 % berada di peringkat kepujian Dapatan kajian
telah dianalisis secara deskriptif menggunakan min, sisihan lazim dan ujian-t.
Daripada kajian yang dijalankan, didapati pelajar telah dapat meningkatkan
pencapaian mereka dari segi penyampaian idea secara kritis melalui penggunaan pelbagai
bahan rangsangan yang diberikan. Pelajar juga telah dapat menghuraikan idea dalam
wacana yang menarik serta penggunaan bahasa yang gramatis dan frasa yang menarik.
Selama 4 minggu pelajar telah menjalani rawatan menggunakan pembelajaran koperatif
model think-pair-share di mana pelajar melalui proses berfikir bagi menjana idea untuk

21
mendapatkan maklumat yang menepati tema bahan rangsangan. Selain itu pelajar juga
menjana idea dan berkongsi idea bersama pasangan dan kumpulan.
Slavin(2000), Davidson et.al(1995) menjelaskan bahawa pembelajaran koperatif
dapat mewujudkan sikap bekerjasama dan perkongsian idea dalam kalangan pelajar dalam
sesuatu kumpulan untuk mencapai kejayaan dan matlamat kumpulan. Hasilnya melalui
kajian ini, pelajar bukan sahaja berupaya mendapatkan maklumat dan meningkatkan
pencapaian dalam penulisan karangan berpandu malah dapat menjalin hubungan
interpersonal melalui interaksi berpasangan dan kumpulan kerana menurut Azizah et.al
( 2000), pembelajaran koperatif adalah bersandarkan tiga teori utama iaitu Teori
Persandaran Sosial, Teori Perkembangan Kognitif dan Tingkahlaku Pembelajaran. Kajian-
kajian yang dijalankan oleh Ahmad Najdi( 2001); Razman(2001); Zainun(2003); Salmiah
(2003) dan Iskandar(2003) juga mendapati pembelajaran koperatif dapat meningkatkan
pencapaian pelajar dan memberi kesan yang positif terhadap sikap dan minat pelajar
terhadap pembelajaran.

Implikasi Dapatan Kajian

Kajian ini dapat memberi implikasi kepada guru, pihak pentadbir sekolah dan institusi
pendidikan secara umumnya.

1. Kajian mendapati strategi pembelajaran koperatif dapat meningkatkan pencapaian


pelajar dalam penulisan karangan berpandu. Sehubungan dengan itu, guru perlulah lebih
kreatif dalam mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran agar dapat
meningkatkan minat dan keupayaan berfikir pelajar dan seterusnya meningkatkan
pencapaian pelajar dalam bidang penulisan. Keupayaan dan kemahiran berfikir para pelajar
perlu ditingkatkan dan dirangsang melalui penggunaan pelbagai kaedah dan strategi
pengajaran untuk melahirkan pelajar yang berdaya fikir. Guru juga perlulah bersedia untuk
mempelbagaikan strategi dan kaedah pengajaran yang lebih menarik dan berkesan demi
meningkatkan pencapaian pelajar dalam penulisan khasnya dan pembelajaran amnya.

2. Penyelidikan tindakan boleh dijalankan oleh guru atau pihak panitia untuk mengenal
pasti aspek kelemahan pelajar dan seterusnya merangka strategi pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Selain itu, kursus yang
berkaitan juga boleh dirangka oleh pihak panitia untuk meningkatkan kemahiran pedagogi
guru-guru.

22
2. Dalam mendepani perubahan pendidikan yang bersifat global, institut pendidikan
guru yang bertanggungjawab dalam melatih guru dari semasa ke semasa perlulah
merancang dan mengadakan kursus serta latihan tentang strategi dan kaedah pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu yang berpusatkan pelajar dan berdaya fikir. Kursus
pendek kelolaan institut merupakan antara landasan terbaik untuk pendedahan dan
penataran strategi pengajaran tersebut. Kursus dan latihan yang dirangka akan dapat
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru lantas dapat diaplikasi dalam pengajaran
dan pembelajaran dan seterusnya meningkatkan minat, motivasi dan pencapaian pelajar.

3. Pemantauan dan bimbingan daripada Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran,


Jemaah Nazir serta pihak pentadbir dan ketua bidang akan dapat meningkatkan kualiti
strategi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Hasilnya pendidikan di Malaysia dapat
melahirkan pelajar yang yang bercapaian tinggi dan mampu berfikir serta berdaya saing di
peringkat sejagat.

4. Walau bagaimanapuna, kurikulum yang berorientasikan peperiksaan merupakan


antara kekangan yang terpaksa dihadapi oleh para guru dalam mempelbagaikan strategi
dan kaedah pengajaran. Hal ini kerana guru terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran demi
tuntutan peperiksaan lantas penggunaan pelbagai strategi dalam pengajaran terpaksa
dibataskan. Selain itu lebih banyak masa terpaksa digunakan oleh para guru untuk
mengulang kaji pelajaran dan menfokuskan pengajaran dan pembelajaran ke arah
peperiksaan.

Cadangan Kajian Lanjutan

Kajian ini telah dilakukan dalam ruang masa dan keperluan yang terhad. Oleh itu untuk
kajian-kajian yang akan datang pengkaji mencadangkan beberapa kajian selanjutnya.
Antaranya:
1. Kajian lanjutan meliputi skop yang lebih luas dan menyeluruh supaya boleh
digeneralisasikan memandangkan kajian ini terbatas kepada pelajar Tingkatan 4 Sekolah
Menengah Bandar Maharani, Muar, Johor.
2. Kajian yang membandingkan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran untuk
meninjau keberkesanan antara strategi tersebut.
3. Kajian yang menggunakan teknik-teknik lain dalam pembelajaran koperatif sebagai
variasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa untuk pembelajaran yang berkesan
dan seterusnya meningkatkan pencapaian.

23
4. Kajian berbentuk trangulasi yang meliputi temu bual pelajar dan guru serta
pemerhatian supaya dapat mencerminkan keadaan sebenar proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah.

Rumusan

Strategi pengajaran memainkan peranan yang amat penting dalam meningkatkan prestasi
kemahiran berbahasa pelajar-pelajar. Penggunaan kaedah pembelajaran yang berkesan
dalam pembelajaran akan meningkatkan kemahiran berfikir serta kemahiran interpersonal
pelajar. Strategi pembelajaran koperatif dapat meningkatkan pencapaian pelajar,
meningkatkan kemahiran kognitif dan pelajar dapat menjalin hubungan sosial yang lebih
baik dalam kumpulan (Lynn 1981,1989).
Penggunaan strategi pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran amat
mempengaruhi pencapaian pelajar dalam penulisan Bahasa Melayu. Hasil kajian telah
menunjukkan pencapaian pelajar bertambah baik selepas rawatan penulisan karangan
berpandu menggunakan strategi pembelajaran koperatif think-pair-share dilaksanakan.
Sekiranya guru dapat mempelbagaikan strategi, maka pengajaran dan pembelajaran akan
menjadi lebih menarik dan berkesan. Strategi pengajaran yang disarankan dalam KBSM
ialah strategi pengajaran yang berpusatkan pelajar yang sesuai dengan kebolehan pelajar
agar dapat meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran bahasa dan seterusnya
melahirkan pelajar yang dapat berinteraksi serta berfikir secara kreatif dan kritis. Seterusnya
pencapaian pelajar secara keseluruhannya dapat ditingkatkan kerana bahasa Melayu
merupakan bahasa pengantar dalam semua mata pelajaran. Implikasi kajian ini, para
pendidik, pihak pentadbir sekolah, jabatan pendidikan negeri dan institut pendidikan guru
diharapkan akan mempertingkatkan usaha ke arah meningkatkan strategi pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu yang inovatif, kreatif, berdaya fikir dan berpusatkan pelajar.

RUJUKAN

Ahmad Najdi. 2001. Keberkesanan pembelajaran secara koperatif dalam mata pelajaran
Bahasa Arab Tinggi Tingkatan empat. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti
Kebangsaan Malaysia
Awang Ideris Awang Daud. 2000. Pembelajaran kooperatif : Strategi alternatif
pengajaran-pembelajaran di peringkat pengajian tinggi. Prosiding Seminar
Pendidikan Kebangsaan 2001.UKM 14-15 November
Bahagian Pendidikan Guru 2002. Pengurusan pembelajaran bestari . Kementerian
Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur
Bellanca. James & Fogarty Robin 2003. Blueprints for achivement in the cooprative
classroom. Person Education.USA.
Burden, P.R. & Byrd, D.M. 2003. Methods for effective teaching. Boston: Ally and
Bacon.
Davidson, Neil & Worsham, Toni (1992). Enhancing teaching through cooperative

24
learning. Teachers College Press. New York.
David & Roger Johnson 2000 Thinking through cooperative learning. New York,
Teachers College Press
George, Gan Siowck Lee & Jessica Ball. 1997. Cooperative learning: A sourcebook of
lesson plans for teacher education. SEAMEO: Singapore
Hill S & Hill T. 1993. The Collaborative Classroom. Victoria, Eleanor Curtain
Iskandar Shah. 2003. Kesan dua strategi pengajaran terhadap pembelajaran komponen
sastera di Sekolah Menengah Tun Tuah Melaka. Projek Sarjana Pendidikan.
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jackson L. Sherri 2003 . Research methods and statistic : A critical thinking approach.
Thomson Learning. USA
Johnson D.W. & Johnson R.T. 1994. Learning together and alone: Cooperative,
competitive and individualistic learning. Massachusetts, Allan and Bacon.
Johnson D & R Johnson. Cooperative learning.(atas talian)
http://www.clcrc.com/pages/cl.html (19 Januari 2004)
Johnson D. & Johnson R. An overview of cooperative learning." (atas talian)
http://www.clcrc.com/pages/overviewpaper.html (19 Januari 2004)
Johnson & Johnson. 1991. Cooperative learning lesson structures.Edina. MN Interaction
Book Company.
Kagan, Spencer. Kagan structures for emotional intelligence. ( atas talian )
http://www.kagancooplearn.com/Newsletter/1001/index.html (19 Januari 2004)
Kagan 1994. Cooperataive learning. San Juan Capistrano,CA: Kagan Cooperative
Learning
Khatijah Endut.1997. Satu kajian eksperimen tentang keberkesanan pembelajaran
koperatif dalam Pendidikan Islam. Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
Bahasa Melayu . Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Huraian sukatan pelajaran Bahasa Malaysia
KBSM . Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2002. Latihan Guru Bestari: Modul Pengurusan
Pembelajaran Bestari . Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1998. Huraian sukatan pelajaran Bahasa Malaysia
KBSM edisi Sekolah Bestari. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1997. The Malaysian Smart School: An MSC
Flagship Application: A Conceptual Blueprint. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Lembaga Peperiksaan Malaysia . 2005. Bahasa Melayu 1- Karangan berpandu:
peraturan pemarkahan. Kuala Lumpur
Lyman 1981. Think-Pair-Share, thinktrix,thinklink and weird facts: An interactive system
for cooperative thinking. Dlm Davidson and Worsham (pnyt) . Enhancing Thinking
through cooperative learning, hlm. 169-181. Teachers College Press, New York.
Lyman 1989 Think-Pair-Share, thinktrix,thinklink and weird facts: An interactive system
for cooperative thinking. Dlm Davidson and Worsham(pnyt) . Enhancing Thinking
through cooperative learning, hlm 169 – 181. Teachers College Press, New York.
Nor Azizah Salleh, Siti Rahayah Ariffin, Musa Daia. 1998. Penerapan nilai-nilai murni
melalui pembelajaran kooperatif dalam sains. Laporan IRPA, UKM.
Mazlan. 2002. Amalan pembelajaran koperatif oleh guru-guru dan kesan ke atas sikap
pelajar terhadap matematik. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan
Malaysia
Norijah 1997 Keberkesanan pembelajaran koperatif dan pengajaran secara modul bagi
peningkatan pencapaian pelajar dalam Bahasa Melayu peringkat sekolah
menengah. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ramlah Ab Khalid. 2003. Penilaian pelaksanaan kaedah pembelajaran kooperatif di
sekolah menengah. Penyelidikan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia
Razman Muhamad. 2001. Satu kajian eksperimen tentang keberkesanan

25
pembelajaran secara koperatif dalam mata pelajaran Bahasa Arab komunikasi.
Projek Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Salbiah Mohd Som. 2000. Kajian kes tentang pelaksanaan kemahiran proses sains dalam
pengajaran dan pembelajaran Biologi Tingkatan Empat. Tesis Sarjana Pendidikan.
Universiti Kebangsaan Malaysia
Slavin(1987) Cooperative learning: theory, research and practice. Englewood Cliffs. NJ
Prentice Hall
Slavin, R.E .1990. Foundations of cooperative learning. Dlm George, Gan Siowck Lee &
Jessica Ball. 1997. Cooperative learning: A sourcebook of lesson plans for teacher
education.hlm 30-35 SEAMEO: Singapore
Suhailah Ishak 1999. Pelaksanaan pembelajaran koperatif di kalangan guru sekolah
menengah kebangsaan di daerah Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah. Projek
Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia
Toni Worsham 1992. The inclusion process: Cooperative metacognition for
disccovering, describing and assessing thinking skills. Dlm Davidson and Worsham
(pnyt) . Enhancing Thinking through cooperative learning, hlm 66-83. Teachers
College Press, New York.
Unit Matematik, MPKT 1999. Pengenalan sekolah Bestari Malaysia. Maktab Perguruan
Kuala Trengganu. Kuala Trengganu.
Wiersma William 2000. Research and methods in education. Allyn and Bacon. Boston
Zaenab Hanim, Rahmat Soe’oed, Siti Rahayah Ariffin & Noriah Ishak. 2004.
Penggunaan kaedah pembelajaran koperatif dalam pengajaran matematik:
Penyelidikan tindakan di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan UKM 29(2004): 105- 124.
Zainun Ismaun. 2003. Kesan pembelajaran koperatif model STAD ke atas sikap dan
persepsi murid tahun lma dalam mata pelajaran Matematik. Projek Sarjana Pendidikan.
Universiti Kebangsaan Malaysia

26
LAMPIRAN A

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( 1 )


BAHASA MELAYU

Mata pelajaran: Bahasa Melayu


Tingkatan : 4 Bestari
Masa:
Tajuk karangan : Karangan Bergambar-Memanfaatkan Masa Lapang
Objektif: Pada akhir pelajaran , murid dapat:
i) Menghuraikan idea yang relevan dengan tema bahan
rangsangan secara jelas dan matang
ii) Menulis karangan menggunakan ungkapan yang menarik dan
unsur bahasa yang bervariasi

Tatabahasa: Peribahasa
Ilmu: Sains sosial
Kemahiran
Bernilai Tambah: Kemahiran Berfikir
Fokus Utama: 2.1 Mencetuskan idea bernas semasa memberikan pendapat
dalam perbincangan
Aras 1
(ii) Menjelaskan idea secara deduktif
(iii) Mendengar pendapat yang dikemukakan untuk memberikan
repons yang sesuai
Fokus Sampingan: 7.3 Mengemukakan soalan bagi mendapatkan penjelasan
lanjut.
Aras 1
(i) Mendengar dan mengemukakan persoalan pokok , isi penting
dan kurang penting dalam pelbagai bahan
(iii) Membina dan mengajukan soalan bercapah aras rendah dan
tinggi untuk mendapatkan penjelasan lanjut

9.1 Menggunakan peribahasa yang tepat untuk menyampaikan


maklumat secara tersusun dan kohesif
Aras 1
(i) Menentukan peribahasa yang sesuai untuk menyampaikan
maklumat.
Bahan Bantu Belajar: Edaran Gambar Bersiri
Borang Pengurusan Grafik (Peta Minda)

27
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Langkah Aktiviti Pengajaran Isi Pelajaran

Induksi Set Bersoal jawab tentang hobi pelajar Jelaskan hobi anda?
(5 minit)
Apakah faedahnya kepada
diri anda?

Langkah 1 BERFIKIR DAN MENULIS 1. Teknik sumbang saran


(5 minit) Think and Write 2. Mencatatkan idea secara
1. Setiap pelajar di beri edaran individu
bergambar bertajuk 3. Ungkapan menarik
‘Memanfaatkan Masa 4. Peta minda – Faedah
Lapang’ memanfaatkan masa
2. Pelajar membaca dan lapang
memahami kehendak
soalan.
3. Pelajar memikirkan dan
mencatatkan idea tersurat
dan tersirat.
4. Pelajar memikirkan
ungkapan yang menarik
sesuai dengan tema bahan

Langkah 2 BERPASANGAN 1. Aktiviti berpasangan


(20 minit) Pair 2. Perbincangan
1. Perbincangan tentang idea merangkumi idea dan
tersurat dan tersirat dengan bahasa.
pasangan masing-masing. 3. Soalan bercapah
2. Pelajar memberikan pelbagai aras
pendapat dan menjelaskan 4. Peta minda
idea kepada pasangan
3. Pasangan memberi respons
dengan mengajukan soalan
bercapah aras rendah dan
tinggi untuk penjelasan
4. Membincangkan
penggunaan bahasa dan
peribahasa yang sesuai
dengan konteks.
5. Pasangan memilih idea yang
menepati tema dan
peribahasa yang bersesuaian
dan menarik daripada hasil
perbincangan secara
berpasangan

28
Langkah 3 BERKONGSI MAKLUMAT 1. Pembentangan hasilan
(20 minit) (Kumpulan Berempat) perbincangan pasangan
2. Soalan bercapah aras
Share rendah dan tinggi
3. Hasilan merangkumi:
1. Pelajar membentangkan - idea
hasil perbincangan kepada - bahasa
ahli kumpulan
2. Pelajar dalam kumpulan
memberi respons.
3. Pelajar memilih idea yang
relevan serta ungkapan
menarik hasil perbincangan
dengan ahli dalam
kumpulan.

Langkah 4 1. Pelajar menulis karangan 1. Menulis karangan


(25 minit) 2. Guru membuat ulasan berpandukan gambar
terhadap idea dan bahasa 2. Ulasan guru tentang idea
yang relevan dengan
tema dan ungkapan
menarik

Penutup Guru membincangkan hasilan Rumusan berkaitan dengan


(5 minit) penulisan pelajar yang terpilih tema Memanfaatkan Masa
Lapang

29

You might also like