You are on page 1of 6

1.

PERAYAAN TRADISI

1.0 . Nama Perayaan / Nama Lain

 Masyarakat Melayu di negara ini khususnya memang sinonim dengan pelbagai perayaan

yang berkaitan dengan keagamaan dan perayaan – perayaan ini disambut dengan meriah

pada setiap tahun. Sambutan diadakan dalam keadaan sederhana seperti yang digalakkan

dalam agama Islam.

 Antara perayaan yang dirayakan ialah Hari Raya Aidilfitri. Hari Raya Aidilfitri disambut

pada 1 Syawal tahun hijrah sesudah sebulan umat Islam berpuasa sepanjang bulan

Ramadhan.

 Selain Hari Raya Aidilfitri, nama rasmi bagi perayaan ini ialah Hari Raya Puasa, dan

Bahasa Arab "Ayd al - Fitr " .

 Perayaan ini juga dinamakan , Hari Raya Fitrah , Feast of the Breaking of the Fast ,

Eid , Idul Fitri dan Lebaran ( Indonesia) , Shemai Eid ( Banglaesh ) , dan Ramazan

Bayrami ( Turki )

1.1 . Pihak / Etnik / Kaum yang terlibat


1.2. Tarikh / Tempoh masa dirayakan

 Hari Raya Aidilfitri bermula melalui dua cara, iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan),

atatupun secara hisab ( kiraan ) . Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan,

ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke – 10 dalam Takwim Hijrah

Islam .

 Tarikh Hari Raya Aidilfitri sentiasa tetap dan sama mengikut kalendar Hijrah .

 Namun demikian, tarikhnya sentiasa berubah mengikut kalendar Masihi kerana kalendar

Hijrah adalah mengikut peredaran bulan, manakala kalendar Masihi pula mengikut

peredaran Bumi mengelilingi Matahari.

 Oleh itu, tarikh Hari Raya ada;lah berbeza daripada tahun ke tahun, dengan beza antara

sepuluh hingga 15 hari .

 Malahan, tarikh Hari Raya pada tahun – tahun berikutnya diramalkan akan jatuh pada

tarikh-tarikh tersebut .

 Tarikh-tarikh tersebut tertakhluk kepada perubahan .

 2010 : 10 September

 2011 : 31 Ogos

 2012 : 19 Ogos

 2013 : 8 Ogos

 2014 : 29 Julai
 Umumnya , perayaan ini disambut selama beberapa hari , sekurang – kurangnya 15 hari .

 Malah sejak kebelakangan ini , sambutan hari raya diadakan selama sebulan ,

terutamanya penduduk di kawasan bandar yang mengadakan rumah terbuka.

You might also like